Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 31 Mei 2009

bini aku tomboy ke? 13

' Arin! Sini kejap. Tolong rasa sikit apa rasa bubur aku masak ni?' Zack memanggil Arin yang sedang sibuk mencuci kolam di luar. Kalau kecik takpe jugak, ini besar sebesar-besar kolam dengan air terjunnya lagi, mahu patah pinggang nak mencuci!

' Mak ai, bos! Kenapa rasa semacam telur masin je ni??' Arin mengerutkan dahinya tanda kemasinan yang amat.

' Hah? Masin? Bebetul punya masin ni? Tak tipu?' Ai, betul lah rasa lidah and anak tekak aku tadi, memang masin pun bubur yang aku masak ni huhu yela, first time in my life memasak bubur! Tapi punya lah teruknya, sampai garam dengan gula pun tak boleh beza! Anak siapa la tuh?

' Betul, bos!' Arin tergangguk-angguk laju.

' Arin ku sayang. Please jangan panggil ‘abang’ hensem ni bos and yang seangkatan dengannya lagi boleh tak, em?' Zack merenung dalam muka Arin dengan suara sehabis romantik dah, tak semena-mena muka Arin merah lagi. Aduh, apa kes asyik blush-blush pulak pipi ni? Jangan la dekat-dekat, Zack. Ya tuhan! Wangi pulak tu badan dia. Perfume apa dia pakai ni? Kuat kan lah iman aku, ya Allah!

' Arin? Dengar tidak aku cakap ni?' Zack hairan melihat si Arin yang tetiba je tersenyum-senyum and tertunduk-tunduk. Sama kes dengan budak tadika bercakap dengan secret admire dia, dengan tangan meramas-ramas tangan sebelahnya lagi. Pening jugak aku tengok dia ni huhu tersampuk agaknya?

' Dengar. Baik, Zack. Saya.. erm.. Pergi terjun kolam dulu ye.' Arin tersipu-sipu malu dan terus keluar menuju ke kolam.

' Eh, kejap. Buat apa kau nak terjun kolam?'

' Siapa nak terjun kolam?' Arin bertanya kembali, lembut. Matanya nampak malu-malu merenung ke arah Zack.

' Aduh, Men in Black punya kes ni! Yang kau sebut nak terjun kolam tadi tu kenapa?'

' Ada ke saya sebut?' Arin berfikir sejenak.

' Arin, kau tak sihat beritahu aku. Kau ada masa tertentu sawan kau datang ye?' Zack bertanya selamba sambil menghadap Arin.

' Takde apa-apa. Saya sihat je, Zack.' Jawab Arin dan terus berlalu dengan tenang. Macam takde apa-apa pun yang terjadi. Eh?

Zack masuk dan berfikir, apa patut aku buat dengan bubur MASIN tahap air laut ni? Buang? Oh tidak sekali-kali! Aku tak suka membazir, tambahan lagi kalau makanan. Sebabnya, kita patut bersyukur dapat makan, orang lain sampai meninggal-ninggal tak dapat makan. Bukan sikit-sikit yang mati sebab tak makan, tiap hari 25 ribu orang mati sebab lapar! Aku tak reka, ni kenyataan! So conclusionnya = jangan buang-buang.

Yep! Idea!

' Arin! Tak habis-habis lagi ke kau proses kolam tu? Sini, masuk makan dulu. Aku buat special punya meal huhu.' Karang mati pulak anak orang ni, suruh buat kerja tak bagi makan hehe.

' Arin, kau makan dulu. Aku nak naik tukar baju kejap, nak keluar kejap lagi.' Zack meninggalkan Arin dengan sandwich dan jagung yang dah dibasuh dan dicampur dengan marjerin, mayonis, gula dan garam sikit.

' Awak nak tinggalkan saya sorang-sorang ke?' A'ah kan. Mana boleh aku tinggalkan dia sorang-sorang. Jadi apa-apa payah pulak.

' Em, kolam dah cuci? Lepas makan, siap. Ikut aku keluar, okay?’

‘ Ya, Zack!’ Arin menyuapkan makanan cepat-cepat. Tak boleh makan lama-lama sebab dia bersiap lamanya kalah orang sembelit melabur!

Zack memakai seluar jeans hitam dan baju t shirt putih, kemudian jaket kulit berwarna hitam disarung di luar. Hai, mama ni memang memahami aku. Tau je baju yang aku suka hehe mujur dia tak bawak baju kurung aku datang sini! Sekali lagi dia men’spray’ perfume Boss for Men pada badannya.

Kemudian dia pun turun, sambil menunggu Arin, dia melawat-lawat kolam ikan yang dicuci Arin tadi.

‘ Ikan, kau sihat tak? Tak rasa pening-pening ke makan Whiskas tadi huhu. Kalau pening, aku bawak kau pergi klinik.’

‘ Zack, jom. Arin dah siap.’

‘ Mak datuk! Kau nak pergi kenduri ke, Rin??’ Arin sengih-sengih. Baju kebaya pendek + ketat berwarna putih berkain batik hitam tersarung cantik di tubuhnya. Zack menelan air liur. Mati lah kalau lelaki mengorat dia nanti! Dengan bersanggulnya. Memang cun habis! Mujur iman aku(ehem) still kuat dan tak tergugat hehe.

‘ Baju ni Datin Gold hadiahkan. Cantik tak, Zack?’ Arin pusing-pusing depan Zack dengan senyuman manis, gerenti cair kalau pun Shah Rukh Khan tengok hehe.

‘ Cantik memang lah cantik, Arin. Tapi tak sesuai dengan occasion kita ni. Arin pergi tukar, boleh kan?’ Zack memujuk lembut. Mesti dia kata tak nak ni, menyusahkan orang! Gerenti punya.

‘ Okay, takpe. Zack nak Arin pakai macam mana?’

Mak ai! Biar lah benar ini budak? Nak kata tertelan racun tikus, tak. Termakan Whiskas pun tak. Tersambar kilat lagi, tu no comment huhu. Pelik semacam. Semalam lain, hari ni lain pulak. Ish, risau pulak aku jadinya!

‘ Baju kurung and tudung. Is it okay? Fine with you?’

‘ Okay, Zack!’ Arin tersenyum lebar. Kemudian lompat-lompat masuk ke dalam menukar baju dengan senang hatinya. Giler happy. Apesal agaknya?

Zack merenung Porshe berwarna hitam di depannya. Ni kalau buat modal mengorat perempuan + kehenseman aku, aku boleh berkata dengan yakin yang 387 orang gadis + makcik tua = tak berkelip memandang aku huhu. Gadis = of course nak aku jadi kekasih, makcik tua = menantu la beb. Orang sekarang, harta + rupa yang penting, bukan agama. Aku kalau nak ukur agama aku ni, 20 persen pun takde lagi hehe insaf sekejap. Uhh, tapi takde maknanya aku nak mengorat perempuan. Mana aku nak letak si abang Din tu huhu.

10 minit menunggu, Arin keluar dengan bertudungnya. Ayu jugak walaupun tak bersolek.

‘ Okay tak, Zack?’

‘ Kan comel kalau pakai tudung. Jom.’ Arin senyum dan menuju ke pintu kereta Porshe selepas pintu rumah dikunci.

‘ Kenapa tak bukak pintu kereta, Zack?’ Arin hairan.

‘ Kita jalan kaki!’

‘ Jalan??’

‘ Yep! Excersice! Aku tengok badan kau macam banyak lemak je, so kita jalan-jalan biar kemontelan kau tu berkurang sikit.’

‘ Bila Arin montel pulak? Ini montok tau?’ Zack gelak sambil membuka jaket kulitnya tadi. Panas.

‘ Zack, naik la kereta. Arin rasa tak larat nak jalan jejauh.’

‘ Meow ku, aku takde lesen. Lesen aku dah kena curi. Kalau ada polis, macam mana? Dah, jom. Bawak payung. Kau kan puteri lilin?’ Tengok kulit putih si Arin ni, aku tau dia mesti takut matahari hehe. Lagipun, matahari dunia ni dah semakin bahaya. Boleh kena kanser kulit kalau dedah lama-lama dekat cahaya matahari tu! Tambah lagi orang kulit putih berisiko tinggi daripada orang kulit gelap-gelap. Hai, bersaintifik pulak aku huhu.

‘ Pagi-pagi takpe kena matahari. Sampai pukul 10, cahaya tu kira vitamin D untuk kulit. Kalau up then 10 a.m, kau kena pakai sunblock. Kau ada sunblock tak? Nanti aku belikan kalau kau takde.’ Zack membebel sambil berjalan. Hati Arin berbunga tulip. Wah, caringnya dia! How cute!

Mereka berjalan sehingga ke jalan besar, kemudian Zack menahan teksi.

‘ Bro, bro stop dekat A.T.M. kejap.’ Zack berkata selepas duduk di dalam perut teksi iswara itu.

‘ Arin, kau kena sabar and tahan, okay? Hari ni, selagi aku tak putuskan urat kaki kau, kau anggap aku bukan Zack huhu.’

‘ Putus.. urat?’ Arin telan air liur.

‘ Lepas ni gerak pergi JPN ( Jabatan Pendaftaran Negara), bro.’

Habis di JPN, mereka ke JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan) pulak bagi menguruskan lesen Zack yang hilang. Kemudian, mereka berhenti di sebuah shopping complex berdekatan.

‘ Kau larat lagi tak? Tu dia la aku habaq awai-awai dah tadi, hang jangan pakai kasut tinggi, hang tak mau dengaq, ketegaq sangat, kan dah tak larat jalan?’

‘ Duduk kejap, Zack.’ Arin berhenti dan duduk di sebuah kerusi panjang di situ.

‘ Kau duduk sini, jangan pergi memana, okay? Berapa saiz kaki kau?’

‘ 6 ‘

‘ Bapak kecik huhu. Tunggu sini.’ 8 minit berlalu..

‘ Nah, tukar kasut. Minum air. Hai, baru sikit kau ni, dah macam mak nenek tua, pucat, berpeluh-peluh. Tu la. Kau kena rajin bersenam macam aku ni. Tengok, badan pun maintain taf je. Padan tak sandal tu? Pandai tak aku pilih untuk kau? Comel kan.’ Zack senyum.

‘ Terima kasih, Zack.’ Arin terharu la pulak.

‘ Ala, poyo poyo pulak kau ni. Sikit air, dahaga tetiba. Tadi tak rasa.’ Zack dengan selamba menghirup air jus oren menggunakan straw yang diguna Arin tadi.

‘ Orang kata, kalau minum guna satu straw sekali, nanti cepat serasi.’ Arin bersuara ceria.

‘ Jom! Kau tak nak ke serasi dengan aku? Baru happy!’ Zack meletak tangannya pada bahu Arin dan mereka berjalan beriringan. Lahir rasa bahagia dan bunga-bunga wangi di hati Arin.

Mereka berdua menjadi perhatian sepanjang mereka berjalan, bukan sebab 2 2 cun and comel, tapi sebabnya kecoh nak mati! Sekejap je Arin sudah serasi dengan Zack, bukan sebab share straw, tapi sebab Zack memang caring and attractive! Wah! Kenapa ni? Bukan ke semalam aku sibok dok mengata dia perasan bagus, alih-alih hari ni aku kata dia caring pulak? Something wrong somewhere..? Wayar mana pulak putus kali ni huhu.

‘ Kau rasa baju mana cun? Yang ni okay tak?’ Zack cuba memadankan sehelai baju t-shirt ke tubuhnya.

‘ Aku nak hadiahkan baju ni kat sorang pakcik tu.’

‘ Pakcik? Kalau macam tu, baju ni tak sesuai, Zack. Dah tua-tua ni, kena pakai yang gelap-gelap je, baru la padan dengan dia yang dah tua tu.’ Balas Arin.

‘ Takpe, dia muda lagi Arin. Dalam 30-an. Tapi, tak nampak pun macam muda hehe.’ Zack senyum lebar, moodnya sangat baik hari ni, entah kenapa dia pun tak tau jugak.

‘ Eh? Dah pukul 2. Jom Arin. Aku nak jumpa pakcik tu pulak. Karang dia pergi kerja, payah dah nak kacau.’

‘ Okay.’ Arin senyum lagi.

‘ Assalamualaikum, bang Din, ohh bang Din.’ Zack mengetuk pintu dan memberi salam sebijik macam dalam kartun Upin Ipin.

‘ Waalaikumussalam. Zack! Masuk masuk! Amboi banyaknya barang, shopping sakan, dik?’ Oh, hensemnya dia walaupun pakai baju pagoda je! Eh, aku hensem lagi la hehe.

‘ Macam mana? Dah jumpa mak?’

‘ Dah. Dah okay dah semua, bang. InsyaAllah, beres je semua masalah nanti. Eh, lupa pulak. Ni kawan saya, Arin. Arin, ni bang Din.’ Arin angguk dan senyum je kat abang Din. Matanya masih terkelip-kelip memandang atas bawah, kiri kanan rumah abang Din, sebijik macam aku dulu haha. Terkejut la tu.

‘ Zack, jom balik.’ Arin tiba-tiba bersuara lepas lama diam men’ta’jub’kan diri sendiri dengan keadaan rumah abang Din.

‘ Kenapa?’ Aduh, aku baru nak melepas rindu(ehem) kat abang Din ni! Huh, tahun bila aku pandai melayan rindu-rinduan pulak dah? Hish, kes berat gajah ni beb!

‘ Arin pening-pening, rasa loya nak muntah.’ Muka Arin nampak betul-betul menderita nak muntah. Tadi okay sihat wal afiat, alih-alih datang sini terus nak muntah!

‘ Betul-betul ke ni, Arin?’ Zack bertanya lagi. Muka abang Din dah seram. 1, 2..

‘ Be.. Uwekk.’ Arin muntah atas baju hensem Zack, tepat dekat dada si Zack! Aduh, muntah keluar habis bermacam-macam warna! Aku nampak jagung, burger kecik-kecik, salad pun ada! Ai, ni mesti makan main telan je ni, tu yang tak hadam tu!

‘ Zack, tengok apa nya? Bangun, tukar baju baru. Lepas ni bawak Arin balik, okay?’ Boleh pulak budak ni berkhayal, bisik abang Din.

‘ Arin, kau okay tak? Aku bawak kau pergi klinik ye kejap lagi.’ Zack mendekati Arin lalu mengurut-urut dada dan belakang Arin. Abang Din hanya melihat, dalam hati rasa cemburu mula mendidih. Kenapa aku kena cemburu pulak? Padan la dia dengan perempuan, takkan nak berpasang dengan aku yang lelaki ni? Abang Din cuba menenangkan hatinya.

‘ Arin baring dulu, kejap je lagi kita balik.’ Zack membaringkan Arin di atas tilam. Mukanya yang tadi ceria nak mati dah berubah terkerut-kerut. Apa dah jadi dengan dia?? Zack mula risau.

‘ Bang Din, sorry menyusahkan abang lagi.’

‘ Takpe. Jaga dia elok-elok.’ Abang Din rasa patah hati and frustrated, namun mukanya cuba diceriakan macam selalu. Diorang nampak memang serasi. Mungkin aku kena lupakan Zack. Aku yakin dia normal. Takkan nak terima aku yang gay ni??

Zack memapah Arin sambil abang Din membawakan barang-barang yang dibeli tadi dan menahan teksi.

‘ Thank you, bang! Lupa, ni hadiah untuk Bang Din, babai bang, jumpa lagi nanti.’ Zack memberikan bungkusan plastik pada abang Din. Kenapa kau suka buat aku rasa bahagia, Zack?

‘ Arin, kita pergi klinik, okay?’ Muka Arin pucat, dia mengangguk dengan matanya tertutup.

‘ Baring atas aku.’ Arin dibaringkan atas paha Zack. Sesampainya di klinik, Arin pun dikejutkan, namun dia hanya diam membatu.

‘ Rin! Kau dah mati ke, Rin?? Kejap, jangan mati dulu, aku tak sempat nak mintak maaf kat kau lagi!’ Cepat-cepat Zack membayar tambang dan mendukung Arin ke dalam klinik. Sejam lebih Zack menunggu, akhirnya doktor pun keluar.

‘ Macammana dia, doktor? Hidup lagi tak??’ Zack membuat kecoh di klinik itu.

‘ Tenang, encik. Dia selamat dan okay. Tahniah, encik bakal menjadi papa. Babynya dah 2 bulan.’ Kata doktor wanita itu sambil tersenyum.

‘ PAPA??!’ Bergegar satu klinik dengan suara Zack. But, am i suppose to be mama, not papa??

** Thank you100 to all readers! Kalau korang takde, tak bermakna la karya aku ni. Sorry coz t'emo pulak hari tu, kesian korang kena pujuk huhu wat malu je hihi. Pe pun, aku harap aku dapat buat yang t'baik utk korang semua yg t'baik n t'best ni! TQ komen na lepas bc. Aku sgt2 m'hargai. ;) Sorry kalau epi kali ni cam kureng tau. Bab mengarut dikurangkan w'pon still banyak jugak aku rasa hehe. Peace!

XIE XIE NI

‘ Adi, I takut nak jumpa mama and papa.’ Janice menyatakan kerisauannya kepada Adi. Jari-jemarinya memintal-mintal rambut lurusnya, sambil dahinya berkerut seribu.

‘ Jan, there’s nothing, okay? I’m with you. Don’t be afraid. Jom.’ Adi keluar dari perut keretanya lalu membukakan pintu kereta untuk Janice. Janice berdebar kuat. Kakinya seolah-olah mahu tercabut, jantungnya kuat mengepam sehingga seakan boleh pecah dadanya itu.

Mereka kini berada di hadapan rumah besar Janice. Janice masih ragu-ragu, namun cuba ditabahkan hatinya untuk berdepan dengan situasi yang pasti mencemaskannya nanti. Senyuman Adi di sebelahnya seakan memberikannya semangat untuk melangkah masuk ke rumah.

‘ Papa, mama. Ini kawan Jan, Adi.’ Janice menegur kedua-dua orang tuanya yang sedang duduk-duduk di ruang tamu sambil minum petang.

‘ Oh, ya? Mari mari, duduk sini. Adi ya?’ Mama Janice menjemput Adi untuk duduk bersama mereka.

‘ Auntie Rosie? Saya kawan Jan, kami sama kos masa study dulu.’ Adi menghadiahkan senyuman kepada mama Janice. Mereka terus berbual mesra. Papanya yang agak pendiam dan serius itu kadang kala menyampuk juga di dalam perbualan mereka.

‘ Mama, papa. Jan ada benda mahu beritahu.’ Janice berdehem berkali-kali. Dadanya mula berdebar kuat kembali. Matanya merenung Adi yang duduk bertentang dengannya.

‘ Apa dia, honey?’ Mamanya bertanya lembut.

‘ Jan.. Jan.. dah.. masuk Islam.’ Suara Janice bergetar. Suaranya serak, kepalanya tertunduk merenung lantai.

‘ Apa semua ini, Jan?!! Kamu dah hilang akal ke?!’ Papanya bangun dan mula menyinga.

‘ Papa, mama. Ampun. Jan terlalu cintakan Adi, Jan nak hidup bersama dengan dia. Kenapa mama dan papa tak boleh restui Jan?’ Janice menitiskan airmatanya, sebak.

‘ Kenapa Islam?? Papa tak dapat terima itu!’ Papanya berlalu ke dapur dengan muka merah padam. Adi menggigit bibir melihat situasi itu. Kasihan Janice. Namun, dia tidak dapat membantu apa-apa, kerana dia juga cintakan Janice. Jika Janice tidak memeluk Islam, mereka tidak akan dapat berkahwin.

‘ Mama. Tolong Jan. Pujuk papa.’ Janice menggenggam tangan mamanya. Mamanya cuma berdiri tegak. Mukanya berkerut dan kelihatan seperti berada di dunia lain.

‘ Lari, Jan! Pergi, cepat!’ Mamanya secara tiba-tiba bersuara dan menyuruh anaknya itu segera beredar.

‘ Kau nak pergi mana?! Jangan kau berani balik ke rumah ini! Kau bukan anak aku!!’ Papa Janice mengejar mereka berdua dengan parang kontot yang berkilat. Adi dan Janice berlari-lari anak masuk ke dalam kereta. Janice menangis tersedu-sedu di sebelah Adi.

‘ Jan, I minta maaf buat you begini.’ Adi risau melihatkan yang Janice tidak henti-henti menangis sehingga mereka sampai ke rumah ibubapa Adi.

‘ Takpe, Adi. I tahu apa yang I buat. I harap ada sinar untuk kita nanti.’ Janice cuba menenangkan hatinya dan juga kekasih hatinya itu.

‘ Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk I, Jan.’ Adi terharu dengan ucapan Janice. Janice berusaha untuk tersenyum walaupun hatinya tidak seperti apa yang digambarkan pada luarannya.

*****

‘ Saya, Muhammad Adi bin Ahmad, terima nikahnya, Fatimah az-Zahra Lee, dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50, tunai.’

‘ Jan, thanks sebab sudi jadi isteri I.’ Adi tersenyum melihat isterinya yang kelihatan amat jelita walaupun cuma berdandan sendiri. Mungkin seri pengantin, fikirnya. Namun, Janice memang menjadi tarikan sejak mereka di universiti dahulu lagi. Dia amat bertuah dapat memiliki Janice.

‘ Sebab cinta, sayang. Yang penting, abang jangan tinggalkan Jan. Jan tak tahu nak ke mana kalau abang tinggalkan Jan.’ Airmatanya bertakung di tubir mata. Kelopaknya dikelip-kelipkan agar airmata itu tidak mengalir, namun sebak di hatinya tidak dapat ditahan lagi. Adi memeluknya erat dan mengusap-usap belakangnya.

‘ Jan rindu mama, rindu papa. Mereka tak datang pun kenduri kita, bang.’ Airmatanya mengalir laju seperti empangan pecah, tidak dapat ditahan lagi, namun, dia sendiri menyedari itulah hakikat yang perlu ditanggung demi cintanya.

‘ Sshh. Sudah ya. Ini malam pertama kita. Jan kena senyum ya. Jangan macam ni, abang susah hati tengok.’ Adi cuba memujuk isterinya itu. Janice tersenyum dan mengangguk.

Jam 6.30 pagi, jam di sebelahnya berbunyi nyaring. Janice tersedar. Dia membuka mata perlahan-lahan. Dilihat wajah kacak Adi di sebelahnya. Lalu dia pun menggerak-gerakkan badan suaminya itu.

‘ Abang, bangun. Kita kena sembahyang kan?’ Walaupun Janice kurang mengetahui tentang Islam dan hukum-hakamnya, namun dia tahu yang orang Islam wajib atau hukumnya mandatori di dalam solat. Setiap hari, lima waktu. Dia amat kagum dengan rakan sebiliknya dahulu yang amat taat dengan perintah Allah, begitu rajin dia solat tanpa meninggalkan walaupun satu waktu.

‘ Abang penat, ngantuk. Abang..’ Adi membebel sesuatu namun tidak dapat ditangkap butir bicaranya, kemudian terlena kembali. Janice bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik air. Sayup-sayup di luar, terdengar suara wanita mengalunkan sesuatu ayat yang amat indah didengar, pasti ibu mertuanya sedang mengalunkan ayat al- Quran.

Selepas siap mandi, Janice keluar dan duduk bersimpuh di sebelah ibu Adi. Ibunya berhenti mengaji sebentar lalu memandang ke arah anak menantunya yang sedang terkebil-kebil merenungnya.

‘ Zahra, dah solat?’ Mak Minah bertanya lembut. Dia tersenyum selepas melihat Janice menggelengkan kepala.

‘ Zahra tak sempat belajar solat betul-betul lagi, ibu.’ Perlahan dia mengatur ayat, bimbang juga jika ibu mertuanya memandang sinis kepadanya.

‘ Nak belajar tak? Ibu ajarkan.’ Mak Minah tersenyum lagi melihatkan menantunya itu terangguk-angguk laju seperti ayam mematuk makanan apabila dia bertanya. Syukur alhamdulillah. Insya Allah dia pasti akan menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya.

‘ Zahra baru nak belajar, ibu. Kalau ada tersilap, ibu tolong betulkan.’ Fasih anak keturunan baba nyonya itu berkata-kata.

‘ Insya Allah, sayang.’ Ibu Adi begitu penyayang. Dia membantu Janice di dalam melakukan suruhan-Nya. Dia tahu anaknya agak liat sedikit jika bab-bab solat dan agama ini. Nak harapkan budak tu, kasihan Janice, pasti akan terabai begitu sahaja.

*****

‘ Ibu, ibu! Macam mana Zahra nak baca ayat ni? Lepas itu, kenapa dia huruf macam ni? Takde pun terjemahan maksud dia, ibu?’ Janice menunjukkan ayat dari surah Yasin pada pagi hari itu.

‘ Oh, ini huruf muqata’ah. Huruf ya dengan sin kan? Jadi Zahra sebut saja huruf-huruf ni tanpa baris. Ayat ni takde maksudnya, sayang. Hanya Allah sahaja yang mengetahui maksudnya. Ada 2 jenis ayat di dalam al Quran, iaitu ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Muhkamat, yang terang-terangan kita tahu maknanya, mutasyabihat pula, ayat yang susah difahami atau Allah sahaja yang mengetahui.’

‘ Contohnya, ibu?’ Janice membulatkan matanya yang sudah sedia bulat seperti guli itu.

‘ Contohnya ayat yang menyebut tentang tangan Allah. Ada ulama yang mentafsir ayat ini sebagai kuasa Allah. Namun, lebih baik untuk kita serahkan sahaja persoalan ni pada Allah, sebab ilmu yang dah terbentang luas untuk kita pun kita tak habis teroka lagi, jadi ilmu yang Allah simpan tu kita biarkan sahaja, ya. Tapi, persoalan ni banyak menimbulkan khilaf antara ulama.’

‘ Khilaf?’ Dahinya berkerut hairan. Apa tu?

‘ Khilaf ni percanggahan pendapat. Banyak orang, banyak pendapatnya. Yang penting, Zahra kena jaga hati jangan sampai terpesong, ya.’ Mak Minah menasihati menantunya itu. Dia seorang yang berpelajaran tinggi di dalam bidang agama. Ilmunya banyak kerana dahulunya dia seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

‘ Insya Allah, ibu.’

‘ Lagi satu, cuba Zahra rujuk surah Yasin ayat 40 dan surah al Mudassir ayat 2. Ada ayat magic dekat situ.’ Mata Janice tak lepas dari memandang muka mak mertuanya.

‘ Cuba Zahra susun ayat ‘ RABAKA FA KABBIR’ dan ‘ KULLUN FI FALAKIN’ (dalam arab) tu, lepas tu baca secara terbalik, apa yang Zahra nampak?’

‘ Eh? Huruf-hurufnya tetap sama walaupun kita baca terbalik, ibu?’

‘ Ya, betul. Tu lah antara salah satu mukjizat al Quran.’ Janice terangguk-angguk dan mengkagumi keistimewaan al Kitab di hadapannya itu.

' Eh, abang dah balik?’ Janice menutup al Quran dan membuka telekungnya setelah dilihat suaminya sudah pulang dari kerja. Dia mengambil keputusan untuk tidak bekerja bagi mendalami Islam dan juga menjaga suami dan rumahtangganya. Hidupnya cukup tenang setelah dia menjumpai nur Islam itu.

‘ Abang ada berita baik. Abang dah jumpa rumah sewa untuk kita, sayang.’

‘ Ye? Tapi, Zahra suka duduk dengan ibu, bang.’ Ujar Zahra.

‘ Kita duduk rumah sewa lebih privasi, sayang. Tak ganggu ibu.’ Zahra termenung sebentar.
‘ Berapa sewa sebulan, bang?’ Tanya Janice seakan dia bersetuju untuk berpindah. Lagipun, dia tidak boleh membantah kata suami. Suami perlu dihormati selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip syariat, seperti yang dibaca di dalam buku-buku ilmiah tentang Islam.

*****
‘ Zahra, sayang. Jom makan kat luar malam ni. Tak payah masak lah.’ Kata Adi kepada isterinya yang sedang mengurut belakang badannya.

‘ Ye, bang. Nak pergi bila?

‘ Zahra siap ye. Abang baring dulu jap.’ 10 minit kemudian..

‘ Bang, bang. Jom, Zahra dah siap.’

‘ Haa? Oh mak datuk kau! Zahra? Kenapa selubung macam ni?? Zahra tak sihat ke, sayang?’ Adi yang baru dikejutkan dari tidur melatah lantaran melihat isterinya itu memakai purdah. Berselubung macam hantu raya saja lagaknya. Berbeza dengan semasa mereka berkenalan dahulu. Janice yang dikenalinya selalu berpakaian seksi dan mendedahkan tubuhnya yang putih melepak dan lembut itu. Mungkin disebabkan itulah dia jatuh cinta pada Janice..?

‘ Zahra nak abang sahaja yang tengok muka Zahra. Zahra tak nak orang lain tengok.’ Jawab Zahra di dalam purdah putihnya. Begitu ayu walaupun bertutup.

‘ Kalau tak pakai, tak boleh ke sayang?’

‘ Kenapa, bang? Zahra pakai untuk menjaga maruah abang jugak, bang.’

‘ Aduh! Perut abang senak tiba-tiba! Zahra tunggu kejap ye. Abang pergi melabur saham tak laku ni kejap tau. Zahra rehat-rehat la dulu, na. Abang lama sikit ni, bukan Zahra tak tahu kan?’

‘ Baik, bang.’ Janice menunggu di meja studi sambil membaca buku La Tahzan karya Dr Aidh al- Qarni sehingga akhirnya dia tertidur menunggu suaminya tidak juga keluar-keluar.

******

‘ Bang, bangun lah. Dah subuh, solat dengan Zahra sekali.’ Suara lembut Janice menusuk kalbu, namun Adi makin nyenyak tidur dan menarik selimutnya menutupi tiga per empat tubuhnya. Adi memang susah hendak solat. Selama 4 bulan mereka berkahwin, hanya beberapa kali sahaja Adi dilihatnya bersolat, tidak cukup 5 kali sehari.

‘ Dah la, jangan sibuk. Abang nak tidur.’ Selalunya itu lah jawapan yang diberikan oleh suaminya apabila diajak bersolat. Berbeza benar dengan ibu bapanya. Sebab itu lah nasyid dari kumpulan Raihan ada menyatakan ‘iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa..’

‘ Abang, pukul berapa nak balik?’ Janice menelefon suaminya di pejabat bagi memastikan yang dia sempat membukakan pintu untuk suaminya jika dia tahu bilakah suaminya akan pulang. Dia mahu menjadi seperti wanita teladan pada zaman Rasulullah dahulu. Apabila suaminya pulang dari luar, wanita itu akan membawa bekas air, tongkat dan mengangkat kainnya hingga menampakkan kakinya.

Tujuannya apabila suaminya dahaga, dia akan menghulurkan air. Jika suaminya marah padanya, pukullah dia dengan tongkat, dia mengangkat kain bagi memudahkan apabila suaminya ingin bermesra. Itulah wanita yang akan berada di syurga kerana begitu taat akan suami.

‘ Ehm, abang tak tahu lagi nak balik pukul berapa malam ni. Lambat sikit kot. Ada meeting ni.’ Janice hampa dengan jawapan acuh tak acuh suaminya itu. Cara suaminya itu melayannya sudah tidak seperti dulu. Kenapa? Tersilapkah aku? Aku terabaikan dia? Aku tak endahkan dia? Ya Allah! Kau ampunkanlah aku jika aku tersalah! Astaghfirullah..

*****

‘ Abang, Zahra nak minta kebenaran abang. Zahra nak keluar berkhidmat untuk masyarakat, nak berdakwah. Boleh tak bang?’ lembut Janice mengutarakan hasrat hatinya ketika suaminya itu sedang menonton televisyen.

‘ Dekat mana?’

‘ Dekat Kuala Lumpur, bang.’

‘ Jauhnya? Siapa yang nak tengokkan abang kalau macam tu?’

‘ Zahra jemu duduk rumah bang. Terperap saja. Kalau dekat sana nanti, Insya Allah Zahra dapat belajar secara praktikal macam mana nak berdakwah pada orang. Tapi, kalau abang tak izinkan, Zahra tak pergi.’

‘ Ehm, pergi lah. Berapa lama?’

‘ Tak pasti, bang. Tapi dalam 3,4 hari saja kot, bang. Tak lama. Terima kasih, bang!’

********

‘ Apa khabar dia ye? Rindunya.’ Zahra berbisik perlahan petang itu pada hari pertama dia berada di KL bagi tujuan berdakwah. Telefon bimbitnya dicapai lalu mendail nombor telefon bimbit Adi. Namun, talian sibuk dan tidak dapat disambung. Kenapa? Dia sihat ke tak? Dah makan belum? Kenapa hati aku tak sedap ni? Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu.

Akhirnya, disebabkan rasa tidak sedap hati itu, lalu Zahra pun pulang ke rumah. Dia menarik nafas lega apabila dilihatnya lampu bilik tidur mereka menyala. Bermakna Adi sudah pulang dan selamat. Dengan gembiranya, dia melangkah masuk ke dalam rumah, lalu perlahan-lahan dia naik ke atas untuk memberi suprise kepada suaminya. Tentu dia gembira aku pulang awal.

‘ Abang! Bang..’ Kakinya terasa lembik apabila pintu bilik itu dikuak. Hatinya berdebar kuat. Inilah sebabnya rasa tidak sedap hatinya tadi. Rupanya Allah memberinya petanda.

‘ Zahra??!’

‘ Astaghfirullah. Kau ampunkanlah aku, ya Allah.’ Dia sudah terduduk di atas lantai. Suaminya sedang berasmara bersama dua orang wanita yang tidak dikenalinya di bilik tidur mereka, di atas katil mereka. Mereka bertiga tidak berpakaian langsung, lalu segera Adi mencapai kain pelikatnya yang tergantung berdekatan dengannya.

‘ Diamlah kau, Zahra!’ Dua wanita tadi mencapai pakaian masing-masing dan berlalu keluar tanpa mempedulikan Zahra.

‘ Kenapa bang?? Kenapa?’ Zahra tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir. Pedih yang teramat apabila cintanya dikhianati.

‘ Semuanya berpunca daripada kau lah, Zahra! Aku nak keluar dengan kau, kau sibuk nak pakai purdah! Aku nak tidur, kau sibuk kacau aku ajak aku solat! Aku kat pejabat, kau sibuk telefon tanya bila nak balik! Aku rimas tau tak? Aku rimas, benci, kau tau??! Aku kahwin dengan kau sebab kau cun melecun. Sayang kalau aku tak ambil peluang. Mana aku tau, lepas kau kahwin dan masuk Islam, terus kau berubah. Aku tak suka! Aku nak enjoy life!’

‘ Ya Allah, bang. Mengucap, bang. Mengucap!’

‘ Disebabkan kau ni macam perempuan hina tak tahu malu, bodoh, aku ce.. ahh..’

‘ Abang!’ Adi jatuh ke atas lantai. Dia terbaring di situ. Nafasnya singkat-singkat. Janice meriba suaminya itu dan mengurut-urutkan dadanya. Dia beristighfar tanpa henti, cemas, tak tahu apa yang perlu dibuat. Mulut Adi berbuih putih.

‘ Bang, mengucap. Lailahaillallah..’

‘ La.. i..’ Adi menghembuskan nafas terakhirnya di atas riba isterinya yang hendak diceraikan sebelumnya tadi. Siapa sangka, mautnya datang tanpa dapat diduga. Zahra @ Janice hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa arwah suaminya itu. Dengan bantuan arwah, dia dapat mengecapi nikmat hidup yang sebenar. Bayi di dalam perut yang baru berusia 2 bulan itu akan dijaga dan diasuh dengan didikan agama yang sempurna. Selepas seminggu pemergian Adi, Zahra disahkan mengandung.

Walaupun suaminya telah tiada, namun hatinya telah bersumpah, hanya Islam yang akan menjadi panduan hidupnya. Tidak dapat dinafikan dia amat menyintai arwah suaminya, namun selepas dia memeluk Islam, cinta pertamanya kepada Allah dan Rasul, kemudiannya baru lah kepada manusia lainnya.

Daripada cinta kepada manusia, dia menemui cinta-Nya. Betapa besar dan luas rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya. Allah menurunkan ke dunia 1 rahmah, lalu 99 rahmah disimpan di sisi-Nya. Jika ditelusuri, hanya Islam lah agama yang benar, Alhamdulillah. Berkat usaha ibu Adi dan juga Zahra, kedua-dua ibu bapa Zahra juga menemui nur Ilahi. Xie xie ni, Islam.

Semoga semua manusia akan menyedari Islam agama yang suci, benar dan satu-satunya agama yang akan terpelihara di sisi Tuhan. Juga moga ada peluang untuk kita mengubah diri dan bertaubat, insya Allah.

{{( kepada malaikat diperintahkan): ‘ Kumpulkan orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah, selain Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka. Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan disoal.’}} (As Saffat22-24)

Sabtu, 30 Mei 2009

Karangan UPSR






Aku kesian kat budak ni. Tapi agak kreatif dia buat karangan utk darjah 6.. aku tak kenal siapa dia, tp aku doakan dia bjaya dunia akhirat.

Jumaat, 29 Mei 2009

Aku cedey!

Semalam aku baru balik dari Jakarta, Indonesia. Penat giler huhu coz aktiviti lawatan sambil belajar(ehem) aku tu padat giler walaupun aku banyak ponteng huhu.

Yang aku nak cite, aku sedih coz ade orang komen aku wat cter zack tu xguna otak. Pdahalnya, boleh kata tiap masa aku dok pikir camne nak bagi orang hepi dgn cter Zack tuh. N lagi, dia kata aku tulis cite ngarut, tu xpela coz memang ngarut pun. yg aku xleh time die kata aku tulis xguna otak. Wuu cedey!

org len plak kata, aku nih mengotori nikmat akal n m'bincangkan hal yang remeh n xde pekdah. nk plak aku ambil sbg kritikan m'bina. aku xkisah dia nak kritik, tp kalau dah dr awal cterny mmg mngarut, smpai ke akhir msti lah tetap akan ade benda yg ngarut gak. Lg, dia kata kat aku, jgnla wat cter yg blh mmudaratkan p'baca. aku xpenah pon pikir aku wat cter ni utk mudaratkan p'baca. aku wat utk hepikan org yg m'baca, 2 je. lgpun, aku dah pesan awal2, cter nh aku sendiri yg reka, yg buruk jgn la ikut.

Aku rasa orang ramai pun tau, yg jd tmboy ni bukan benda yg baik, kalau tak tau, kena la ambik tau. betul x? tah la. honestly, aku menulis, bukan utk m'influence orglen utk jd tmboy n ikut pangai zack tuh, tak penah sekali2, aku tulis nak bg org bc je. utk p'bc, mohon nilai lah mana yang baik n yg buruk.

Aku rasa mgkin aku patut stop menulis cter nih, coz nya aku xnak pulak aku kena tanya kat 'sana' nt kenapa aku wat cter yg influence benda xbaik pd orglen. huhu aku tulis n simpan utk diri sendiri jela. 2 all, thanx coz m'support aku selama ni. Aku mmg sgt2 m'hargai nya. Tq100 n xie xie ni! N sori kalau aku tak dapat sambung g cter tu, mntak maaf.

Rabu, 20 Mei 2009

July's Nights

Minggu Haluan Siswa yang memenatkan aku sudah pun berlalu. Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini. Pening kepala dengan nak mengisi borang tu, borang ni, serabai aku! Tapi takpe la kan, sebabnya bukan senang nak dapat masuk U ni, aku antara orang yang terpilih, bak kata PM (Pembantu Mahasiswa) di kolej aku ni la.

Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik. Kelilingnya hutan, macam hutan simpan pun ada. Pagi-pagi memang syok sebab nyaman. Tapi, agak menyeramkan jugak la bila malam.

' Wei, kau tak dengar ke pasal kolej kita ni?' Tanya Am, roomate aku pada satu malam. Dia ni kawan baik aku masa sekolah lagi, entah macammana boleh satu bilik hehe.

' Kenapa?' Aku bertanya selamba sambil membaca komik. Bagus betul! Dekat U pun boleh nak membaca komik lagi. Tapi takpe jugak, sebabnya kuliah pun belum mula lagi.

' La, kau ni memang pending betul la! Kolej kita ni berhantu siot!' Am bercerita dengan semangat waja.

' Ler, kalau ye pun, kenapa?' Aku malas nak melayan kerenah si Am ni. Bukan betul sangat budak ni. Mereng sikit. Kekadang tu orang cakap lain, dia faham ikut lain.

' Kau tak takut ke, beb?'

' Biasa je.' Aku lantas menutup komik dan ke tandas. Aku membelek jam di tangan aku yang berbulu lebat ni, baru 11.30. Awal lagi nak tidur pun. Aku memang kaki tidur lewat. Pukul 2, 3 pagi selalunya baru aku tidur.

Selepas mengambil wudhuk, aku menapak ke bilik, lantas menghampar sejadah untuk solat Isyak. Kiblat yang mengarah ke arah matahari terbenam tu menghadap ke arah katil aku. Am dah bersedia untuk tidur. Aku angkat ta'bir dan mencuba untuk khusyu'. Namun, kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang secara tiba-tiba mengganggu solat aku. Dia tegak duduk di sudut katilku, merenungku tajam. Hatiku kuat berdebar, namun aku cuba bertenang. Mungkin cuma khayalan aku. Namun, selepas aku bangun dari sujud, 'dia' masih kaku di situ!

' Allahuakbar!' Sengaja aku kuatkan suara ku bagi memberi amaran padanya. Lantas perlahan-lahan dia hilang dari pandangan. Berani betul kacau aku, tengah solat pulak tu! Mak ai. Mungkin betul apa yang disebut oleh Am tadi, kolej ni ada penunggu!

Selepas solat, aku mencapai al-Quran dan mengalunkan ayat-ayatnya merdu. Aku cuba mengabaikan gangguan 'makhluk' wanita tadi, namun makin aku cuba lupakan, makin bayangannya mengejar. Aku beristighfar. Aku meletakkan kembali al-Quran tadi di dalam almariku lantas ke meja studi dan membuka laptop ku. Aku khayal sejenak, hilang di dalam game yang aku sedang godek-godek itu.

' Khairul..' Terdengar gemersik perlahan suara memanggil namaku sayu. Ahh, sudah! Dia datang lagi! Makin lama makin terasa dekat dengan telingaku, tanganku bergetar, cuba memberanikan diri memandang ke belakang, namun tiada apa-apa. Aku telan air liur untuk sekalian kalinya. Mp3 bacaan ayat al-Quran aku buka sekuat mungkin bagi menjadi 'pagar' dari gangguan makhluk ghaib.

Seketika, suara yang memanggil aku tadi pun menghilang. 10 minit kemudian, telingaku menangkap bunyi ketukan di pintu. Aku memandang sekilas jam di tangan, 5 minit menghampiri pukul 1 pagi. Siapa pulak mangkuk datang bilik aku pepagi buta ni? Aku dengan malas bangun dan membuka pintu bilikku. Tiada sesiapa, cumanya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menerpa masuk ke dalam bilikku. Bulu romaku segera menegak. Subhanallah! Segera aku menutup rapat pintu bilikku dan menuju ke katil. Untuk malam ni, aku give-up!

Aku baring dan membaca ayat-ayat sebagai pelindung sebelum tidur. Aku mengambil keputusan untuk tidak menutup lampu. Sejenak, aku pun tertidur.

Geli.. Aku cuba menepis. Kemudian, tanganku seperti diusik lagi. Esh! Kacau betul la! Apa benda ni?? Aku segera membuka mata. Aku boleh menelan air liur sahaja melihatkan tanganku sedang diusap-usap lembut oleh 'seorang' wanita berambut hitam panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelahku. Tak lama, dia pun sedar yang aku sedang memandang ke arahnya, lalu dia yang sedang asyik bermain-main dengan tanganku tadi segera berpaling ke arahku.

Cantik! Cun giler! Dia senyum. Namun, tak lama dia tersenyum, bibir yang berwarna merah saga itu berubah menjadi pucat, matanya yang redup membulat dan taringnya dapat kulihat dengan nyata.

' Lailahaillallah!' Aku menempik kuat apabila dia cuba mencekikku. Aku membaca ayat Kursi di dalam hati sambil memejamkan mata. Seminit lagi dia cekik aku, mati dalam iman lah aku alamatnya! Namun, lama kelamaan, cekikan yang agak kuat tadi akhirnya lemah dan kemudian hilang begitu saja. Aku kepenatan dan tertidur kembali.

-----

Pagi esoknya, aku terbangun selepas terdengar bunyi alarm handphone Am. Pukul 6.30. Aku teringat peristiwa aku dicekik malam tadi. Tapi, aku pun tak pasti samada aku bermimpi atau pun apa. Aku bangun perlahan ke tandas. Aku kembali ke bilik selepas mengambil wudhuk.

' Subhanallah!' Muka Am tercongok di pintu bilik dengan mata layu. Tangannya menggosok-gosok mata kirinya.

' Esh! Kau ni, buat terkejut aku aje!'

' Em, kenapa dengan leher kau, Rul? Siapa cekik kau? Biru semacam aje?' Mata Am membulat merenung leherku.

' Yeke? Entah, hantu kot cekik.' Aku menjawab dengan nada bergurau.

' Gila kau! Kalau betul macam mana??'

' Takde apa-apa lah, beb! Dah la, lewat dah ni, solat!'

------

Kuliah hari Khamis penuh dengan tutorialnya membuatkan aku terpaksa untuk melepak di fakultiku sahaja sepanjang hari. Pukul 6 sampai 7, ada sejam tutorial. Gila lambat baru habis!

' Woi, Ril! Kau tunggu kejap, aku nak pergi toilet. Tak tahan dah ni!'

' Okay, aku tunggu dekat luar.' Ril menunggu di atas kerusi panjang berdekatan dengan tandas di situ.

' Khairul. Lama lagi ke?' Ketukan pintu dan suara yang memanggil aku membuatkan aku bengang.

' Sabar ar Ril! Aku baru bukak zip aje ni!' Kemudian aku dengar derap kaki berjalan ke sebelah tandas ku. Pintu tidak kedengaran ditutup, namun terdengar bunyi air paip yang dibuka perlahan.

' Siapa tu? Kau ke Ril?' Aku bersuara, dan dengan segera air paip di sebelah ditutup.
Aku berdebar. Kenapa lah perut aku nak buat hal waktu-waktu senja macam ni jugak? Aku bising di dalam hati.

Tik.. Tik..

Aku dengar air menitik. Aku abaikan. Aku cepat-cepat memcuci apa yang patut. Tak sempat aku menzip seluar jeans aku, aku terasa ada air menitik di pipi. Aku sapu, bukan air, tapi darah! Aku pandang ke atas, wanita berbaju putih dan berdarah di perutnya sedang melekat di siling! Rambutnya yang panjang meleret sampai ke muka ku!

' Allahuakbar!' Kuat aku menjerit dan membuka pintu tandas untuk keluar. Suara hilaian wanita jelas kedengaran. Pintu tandasku seakan terkunci dari luar. Ya Allah! Bermacam surah aku cuba baca. Aku rasa surah Yassin dah tercampur dengan ayat Kursi dah selama aku cuba membaca!

' Hik.. hik.. hik..' Suaranya begitu dekat dengan telinga aku. Aku lihat wanita tadi sudah berada di belakangku, di atas peti pam air! Senyum sekejap, kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh. Matanya mengalir darah merah menghiasi pipinya yang putih seperti seorang Geisha. Aku kelip-kelip. Kakiku ketar.

' Ke..na..pa..?' Aku tak terdaya nak terus bertanya kepadanya lagi kerana tangannya mula dihulurkan ke arahku dengan kuku panjangnya.

' Rul!' Aku terdengar suara Ril memanggil. Kuku wanita tadi yang tak sampai 1 cm ingin mencecah ke muka ku segera terhenti. Dia melompat ke tandas sebelah dan pintu tandasku terbuka dengan sendiri.

' Rul! Kau okay tak??' Ril bertanya, namun aku diam saja. Peristiwa tadi betul-betul meng'shock'kan aku. Aku cepat-cepat melangkah keluar dan pulang ke kolej. Ril aku biar dengan seribu pertanyaan.

-----

' Khairul.. Awak di mana?' Suara wanita yang begitu syahdu terdengar lagi memanggil-manggil namaku. Uhh! Hantu ni sah dah jatuh cinta dengan aku! Aku abaikan. Rasa takut aku cuba padamkan. Aku berlakon selamba sambil terus mengemas baju untuk pulang ke rumah menghabiskan cuti hari minggu memandangkan hari Jumaat jadualku kosong.

' Am, aku balik rumah ni! Kau ada apa-apa, call aku, okay? Jangan lupa solat and mengaji!' Aku tepuk bahu Am selepas kami bersalaman.

Aku menuju ke arah motorku diparkir, masih awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Aku meletakkan beg sandangku di dalam raga dan mula bergerak meninggalkan kolej. Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam je beratnya motor aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kot! Kan dah kata! Dari cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Hai, dalam banyak-banyak lelaki, kenapalah dia nak memilih aku ni jugak?

Sampai di flat tempat femiliku tinggal, aku pun turun dari motorku dan berlagak selamba. Buat-buat macam bini aku ikut aku balik jumpa mak dan bapak mertuanya. Ehem! Aku menunggu lif sampai. Tak lama, pintu lif pun terbuka. Bau bunga cempaka kuat menusuk ke dalam hidung tak mancungku.

Bismillah. Langkah kanan aku masuk ke dalam perut lif itu. Tawakkal aje la. Nak naik tangga sampai tingkat 16, tak sempat sampai aku rasa dah bermacam pesyen muka and rambut dah dia tayang kat aku nanti!

Aku berlagak steady, padahal dalam hati dah nak pecah dah berdebarnya! Aku telan air liur lagi mendengar peti lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan! Lampunya terkelip-kelip, sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif itu pulak bergegar-gegar semacam ada buldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak ai! Apa jadi ni?? Janganlah nak putus pulak tali lif ni! Mahu maut aku nanti!

Seorang diri di dalam lif, aku duduk bercangkung. Telinga dan mataku ku tutup rapat. Ayat Kursi ku baca sekuat hati dan akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif terbuka sendiri. Aku bangun dan merenung. Tingkat 16. Alhamdulillah! Aku pun keluar. Apesal aku rasa macam pelik aje? Bukan macam kat rumah aku pun? Ya Allah!

Aku terpaku di depan lif tadi. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Aku pandang ke hadapan. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi angin yang kadang kala bertiup ke muka. Darahku tersirap. Ini bukan flat rumah aku! Bukan! Aku tarik nafas panjang. Kelihatan seorang wanita berpakaian baju skirt putih dan berambut panjang tidak jauh dariku. Aku agak dia lah yang selalu mengganggu aku selama ini.

Aku mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku dah penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa.

' Awak..' Suaranya lembut mendayu. Mukanya tidak memandang ke arahku.

' Ya..' Lama baru aku menjawab.

' Saya.. nak mintak tolong awak.'

' Tolong? Apa?' Dia berpaling ke arahku. Mukanya cantik dan ayu. Serupa amoi cina. Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi dan aku pengsan di situ.

-----

Esoknya, aku tersedar dan membelek jam di tangan. Matahari menyinar, pukul 630. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. Aku segera bangun, lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya. Namun aku memilih untuk turun menggunakan tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit!

Mimpi semalam bermain-main di benakku. Mungkin si amoi cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut.

Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Aku ke surau untuk solat. Dalam pukul 8 malam, aku menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Palang yang menutup jalan tersebut aku langkah, dengan lampu torch light dari handphoneku, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku.

' Tolong saya..' Dia mendarat di atas tanah dan menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir.

' Awak.. tunggu sekejap. Saya lapor pada pak guard.' Kekonon aku bercakap dengan dia. Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku.

' Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!' Abang guard pun mula menghubungi beberapa rakannya. Mujur dia mempercayai aku. Kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng'iringi' kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana pak guard lain macam steady je. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.

Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan. Sebelum dikebumi, aku nampak amoi itu tersenyum padaku di sebelah tapak kuburannya dan melambai ke arahku sebelum hilang. Rupa-rupanya, seorang pelajar U ku telah dilaporkan hilang 2 tahun dahulu, namun apa-apa pun tentangnya tidak ditemui. Di paper, aku lihat mukanya sebijik macam si dia yang suka mengganggu aku itu. Polis mengesyaki dia dibunuh, betul la seperti yang aku mimpi.

Hidup aku mula tenang selepas itu. Namun, tak sampai seminggu, aku mula terdengar namaku diseru lagi. Hantu mana pulak ni??

Sabtu, 16 Mei 2009

bini aku tomboy ke? 12

' Besar ke, Zack? Rambut dia panjang tak? Mata dia merah tak??' Arin bertanya penuh semangat dengan keketaran yang nyata. Nafas mereka semput kerana berlari tadi.

' Kita dekat bilik siapa ni?' Zack bertanya selepas pintu ditutup rapat.

' Ni bilik tetamu. Zack, jawabla rupa dia macam mana? Muka dia hodoh tak??' Arin masih tidak berpuas hati. Dia menggoyang-goyangkan bahu Zack yang sedang duduk di atas sofa melepaskan lelah.

' Hodoh gila yang amat! Kau tak nampak ke tadi? Aku ingat kau nampak??'

' Dia pakai baju putih? Rambut mengerbang?? Apa lagi yang Zack nampak? Beritahu la Arin!'

' Ler, yang kau semangat-semangat tanya aku ni, kenapa? Kau nak tengok sangat kau pergi la tempat tadi, senang cerita! Pergi bukak tingkap tu, aku panas gila ni!' Zack berkata-kata kuat.

' Tak nak, Zack! Arin takut kalau-kalau dia terbang masuk ikut tingkap nanti!'

' Takpe, ni ada Ridsect! Senang je nak bunuh!' Zack mengambil Ridsect yang diletakkan di bawah meja solek di sudut bilik besar itu.

' Zack, mana boleh bunuh 'hantu' guna benda ni!' Arin memperlahan suaranya apabila menyebut perkataan hantu. Kemudian, dia menyambar botol Ridsect yang sedang digoncang-goncang oleh Zack.

' Arin. Kau ni demam ke? Bila masa nya pulak aku kata aku nampak hantu? Aku nampak lipas la! Lipas. Mata kau ni kalau dah rabun tu pergi buat spek, tau?'

' Lipas??'

' Yela, lipas! Habis yang kau lari terjerit-jerit dengan aku tadi tu kenapa?'

' La, Arin ingat Zack nampak 'benda' tu. Jom, kita pergi balik, kalau tak macam mana nak tidur malam ni?'

' Tak nak aku! Aku trauma dengan lipas kau tau? Dah la muka tak hensem macam lipas, ha dah memang dia lipas pun kan, hitam pulak tu! Aku paling anti dengan lipas yang berbelang-belang tu! Eee, ya Allah! Gelinya aku!'

' Zack, awak ni lelaki ke pondan? Ada ke dengan lipas pun nak takut? Takat lipas tu, patut pijak je dah penyek!'

' Hah, dah kau berani sangat, kau pergi la on semua. Aku tunggu sini.'

' Bak sini torchlight tu!' Arin menyambar torchlight di tangan Zack.

' Good luck to you, honey dew! Aku harap kau tak lah jumpa ehem-ehem kat bawah tu nanti!' Zack mengelipkan mata kanannya dan tersenyum. Arin pucat sebentar.

' Ahh! Saya bukan penakut macam awak!' Arin berkata sombong.

' Kalau kau jumpa something, jangan cari aku pulak nanti. Babai.'

Arin berjalan keluar. Zack menutup pintu dan ke tepi tingkap untuk membuka tingkap. Lampu di luar agak terang untuk menerangi sehingga ke dalam bilik itu. Zack menyelongkar laci. Eh, ada lilin! Wah! Romantik lah aku malam ni huhu. Dia pun menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan lighter yang diambil tadi.

' Ahh! Zack! Tak nak! Arin takut!' Tak sampai seminit Arin keluar, dia berlari masuk kembali ke bilik tetamu itu. Zack ketawa di dalam hati.

' Kenapa, Arin? Arin nampak apa tadi dekat luar? Ada luka kat mana-mana tak?' Zack membuat kecoh, padahal saja nak memerli Arin huhu.

' Takut! Arin dengar macam bunyi orang berjalan tadi!' Entah-entah bunyi tapak kaki sendiri. Arin sembunyi di dada Zack. Hai, apa-apa kes mesti nak memeluk-meluk aku jugak!

' Dah, ye, sayang. Jom kita tidur. Abang dah nyalakan lilin dah untuk kita. Romantik kan malam pertama kita, sayang?' Zack senyum lebar. Hua hua comelnya muka kau, Arin! Aku paling suka tengok muka pucat kau tu huhu, yang membawa maksud = lakonan aku menjadi!

' Apa ni, Zack??' Arin pantas menolak tubuh Zack.

' Sayang, kau dengarkanlah aku berkata-kata. Wajahmu ibarat sang bulan yang penuh dengan lobang dan kawah yang dalam, hidungmu yang mancung ibarat serombong kapal Titanic yang sudah tenggelam..'

' Diam lah, Zack!'

' Apa kau kata? Kau suruh aku diam?? Siapa bos sekarang? Siapa orang gaji sekarang? Beritahu aku??' Zack menyinga, berlakon lagi! Arin kembali ke alam nyata. Teringat adik-adik di kampung, dia terasa bersalah.

' Mintak maaf, tuan!'

' Dah la. Malas aku nak mengusik kau lagi. Aku nak tidur. Kau pergi ambik buku dalam laci tu, kipaskan aku sampai aku tidur! Nak usik sikit pun tak boleh. Tak sporting langsung.' Zack membebel seorang diri. Tapi aku kan 'lelaki' pada pandangan dia, macam mana dia nak sporting dengan aku kan, huhu. Akhirnya dia pun terlena dengan Arin yang mengipasnya di sisi.

' Uhh, pukul berapa ni? Kacau la nyamuk ni! Hish!' Zack yang terjaga tiba-tiba itu segera bangkit. Arin sudah terlena di sisinya, duduk atas lantai je dia mengipas aku tadi. Huhu kesian dia, tapi dah aku ni memang macam ni, tunggu umur 43 dulu kot baru hilang kenakalan aku yang dah lama bermaharajalela ni huhu.

' Arin, Arin.. Bangun la, tidur kat atas katil. Arin.' Zack menggoncang-goncang bahu Arin, namun gadis itu tidur tak ingat angkasa dah! Mungkin penat sangat kot kena buli dengan aku huhu.

Zack mendukung Arin dan dibaringkan di atas katil. Tak sampai hati pulak nak biar dia tidur atas lantai je. Kemudian, dia pun turun ke bawah, ke tempat kabel elektrik semalam dengan Ridsect dan torchlight di tangan. Aku tak takut gelap or hantu, aku cuma tersangatlah 'sayang'nya kepada binatang-binatang 'kesayangan' aku yang bermacam-macam jenis itu huhu.

' Haa, baru cerah sikit dunia aku ini.' Zack kembali ke atas selepas menutup kembali semua lampu yang terbuka sendiri kerana tidak ditutup semalamnya.

Selepas solat Isyak dan Subuh di bilik entah bilik siapa entah, yang pasti ada telekung dekat situ, Zack pun mengejutkan Arin.

' Wei, Rin. Bangun la. Dah nak cerah dah alam kurniaan Tuhan ni. Karang terlepas subuh kau.' Zack menepuk-nepuk pipi Arin. Ni sah tidur tak ingat dunia macam aku ni!

' Uhh, kambing mana mengembek pepagi ni? Kacau la orang nak tidur!' Arin bergerak-gerak sebentar dan berpaling ke arah lain. Hampeh punya makhluk! Dia panggil aku kambing? Yang mengembek pulak tu?? Hai, kau ni memang lah Arin. Aku baru ingat tak jadi nak cepuk kau tiap pagi, tapi nampak gayanya, memang jadi lah sebagai hadiah kau panggil aku kambing!

' Aduh! Sakit lah, mangkuk!' Arin bangkit secara automatik selepas kepalanya dicepuk Zack. Kelihatan Zack sedang merenungnya tajam, semacam perogol bersiri yang sedang diselubungi oleh kejahatan yang nyata huhu. Arin segera menekup mulutnya, baru sedar dia tersilap cakap, dia membetul-betulkan rambutnya dan segera bangun untuk melarikan dirinya.

' Woo, please wait for a minute, honey. Kau tau apa kesalahan kau pagi ni?' Arin menggeleng lembut, dengan muka memintak belas kasihan daripada 'perogol' bersiri itu. Tangannya dicengkam erat oleh Zack. Buatlah muka anak itik plastik kau tu, aku tak heran la!

' Saya.. saya.. Min.. mintak maaf. Saya tak sedar yang..'

' Ahh! No explaination! Kau nak aku buat apa untuk aku lepaskan kau ni?'

' Maafkan saya, boleh?' Muka Arin berseri-seri tiba-tiba.

' Dah lah. Pergi solat. Muka dengan air liur basinya, be faster, aku nak breakfast!'

' Baik, encik!' Arin berlari-lari keluar dari bilik tersebut. Aku tak bagi dia panggil tuan, dia panggil aku encik pulak dah! Hai la..

Tapi okay jugak apa. Huhu. Pertama kali aku dapat maid yang muda, tak macam makcik-makcik yang ada dekat rumah aku dekat Perak tu, aku nak buli pun payah! Memanglah nasib aku yang comel ini huhu. Zack turun ke taman menghirup udara pagi yang segar. Gila best rumah atas bukit! Pepagi mesti berkabus! Wuish, ya Allah! Cantik gila pemandangan! Eh, ada kolam ikan.

' Hai, ikan. Aku Zack, tuan kamu yang baru huhu. Lapar tak? Nah, aku bagi makan.' Zack mencapai bekas makanan yang diletak di situ, dan menuang makanan itu banyak-banyak ke dalam kolam.

Dia membelek-belek, jenama apa makanan ikan ni? Matanya membulat. Whiskas?? Muka kucing terang tang-tang terpampang di situ. Habislah mati ikan-ikan ni! Sedap pulak tu ikan-ikan tu semua menyambar-nyambar Whiskas yang dituang.

' Oh, tidak! Ikan koi mama! Ya Allah, kau janganlah matikan si ikan-ikan ni semua! Fuh, fuh, fuh!' Zack menadah tangan berdoa dan menghembus-hembus ke kiri kanannya, macam tok bomoh nak halau hantu pun ada!

' Encik!' Arin tiba-tiba menyergahnya dari belakang, cerianya muka!

' Oh, mak kau! Hish, kau ni. Apesal nya ni? Tepi sikit. Kau tolong bersihkan si kolam ni. Kotor lah aku tengok!' Padahal dia yang pergi tuang bukan main banyak Whiskas ke dalam kolam tu huhu.

' Siapa nak buat breakfast, encik?'

' Eh, kau ni, jangan nak berformaliti dengan aku boleh tak? Panggil jela aku Zack! Budak ini, aku cepuk karang! Aku buat breakfast! Pergi bersihkan cepat!' Kuasa veto di tangan aku sekarang hua hua!

' Yela!' Arin menjelir lidah ke arah Zack. Zack melangkah masuk ke dalam. Aku harap ikan-ikan tu makin buntal, bukan meninggal! Dah la mahal nak beli sekor pun, bukan 2, 3 ringgit, bukan macam ikan gapi yang aku selalu tangkap dalam parit depan rumah aku tu!

Zack mencapai tin sardin dan roti keping yang dibeli semalam. Selepas menyapu marjerin, dia menyapu sardin yang sudah dihancur-hancurkan ke atas rotinya. Em sedapnya sardin ni. SarDIN? Kenapa DIN di belakangnya hehe tetiba boleh pulak aku teringat dekat abang Din huhu. Apa dia buat ye sekarang? Jam di dinding tepat 715 pagi. Mesti dia tengah tidur ni kan? Aku nak pergi melawat dia lah kejap huhu. Sebabnya dia baik gila dengan aku! Gila jarang nak jumpa lelaki yang layan aku baik-baik macam dia, hihi.

' Eh, budak muka anak kucing!' Zack menjerit dari dalam, takde sahutan.

' Arin!'

' Yes, boss?' Tercangak muka Arin dengan rubber gloves yang menyarung tangannya.

' Mana buku resepi yang kau kata tu? Aku nak masak bubur!'

' Ada dalam laci tu, boss!' Ish, budak ni, memang tak faham bahasa betul. Lepas tuan, encik, lepas encik, bos pulak dia panggil aku. Lepas bos, apa lagi, cepukan aku la!

' Kejap, em, saya, nak tanya. Macam mana saya boleh ada atas katil pagi tadi?'

' Entah la, kau agak siapa yang nak angkat kau?' Muka Arin merah, dan dia terus berlalu.


Berdasarkan buku resepi tersebut, Zack mula memasak bubur jagung menggunakan jagung di dalam tin, khas untuk abang Din..? Eh? Apa kes aku nak masak untuk dia pulak? Ini untuk perut aku la. Sibuk apa pulak aku nak pergi masak untuk dia? Tanpa sedar, Zack termenung sebentar mengingati wajah abang Din..

Jumaat, 15 Mei 2009

Aku Kena FLU!

HUuhu.. Flu.. speaking sikit. Bukan piggy's flu (betul ke?) or bird's flu, tapi flu bese2 je. Aku rasa dah terjangkit dengan flu mak aku huhu. Pagi tadi aku bangun, betapa kecewa nya aku, aku makan lidah aku dah tak rasa pape, hidung aku yang kuat m'hidu pun dah xde sense! Uwaa, sob3.. Dah ler semalam & hari2 sebelumnya aku tak boleh tido. Ade pulak 2,3 'awex' dok mengganggu aku. Penat lor nak layan! Siang2 xnak datang time aku tak tido, mmalam baru nak datang, x ke sakit jiwa aku? Adei la. Rasa nak cepuk pun ade, tapi tiap kali nak cepuk mesti x kena. Dia pandai mengelak! Jadinya, aku cume tido lebih kurang 2 jam malam (tu pun kalau dapat tido), & siang aku akan bantai tido sampai tengah ari! hua hua! Tu la kerja aku semenjak aku habis exam.

Yela, masa exam pun aku tak dapat tido. Of coz lah disebabkan kemalasan aku, tak study awal2, esok exam, malam ni baru bukak buku, baru nak buat nota & hafal nota. Ni lah kerja budak 'terlebih' pandai macam aku huhu. Dah la ambik 7 subjek, memang aku cakap betul la, minggu study week pun aku boleh poya2 lg hehe. Entah la, tiap kali exam pun aku buat gini, tak tahu ler apa nak jadi. tapi exam kali ni memang sakit jiwa aku, semua subjek hard rock punyer, tapi aku pulak buat macam dia tu slow rock je huhu. Apa pun, aku tawakal jela, aku dah habis baik dah m'hafal & semua2 hehe doa pun penting ku5..

Lagi 1, sekarang ni lagi, aku tengah pening adakah aku akan dapat duduk kolej @ tak. Aku dah di kick keluar oleh kolej huhu biasalah budak 3K & 1R macam aku nih, siapa nak bagi aku duduk kolej kalau dah program kolej haram 1 pun aku tak ikut. Yang aku ingat, sekali je, masa pergi m'undi. Tu pun sebab dia kata ambil merit, so aku pun pergi lah m'undi w'pun aku tak minat politik huhu. Punya lah teruk budak macam aku ni! Korang yang membaca jangan meniru okay hehe.

Isnin lepas aku pergi balik ke U aku tu, pergi merayu dekat kolej lain. Mintak borang & isi. Nak pulak surat rayuan rasmi, pergi pulak aku cari CC. Alhamdulillah ada yang bukak time2 cuti nih. Aku pun m'bantai ayat dengan bestfriend aku, mujur dia ada temankan, tak la kelibut sangat jadinya huhu. Tapi aku tersilap ler, dekat dalam surat kata ada masalah p'angkutan kalau duduk luar, tapi dalam borang ada pulak aku kata aku ada kereta! Tak ke bertentangan giler namanya tuh?? Tapi aku nih budak tak pandai menipu, tu sebab la aku tetap kata aku ada kereta hehe. So aku apa lagi, tawakal jela. Mana tau disebabkan kejujuran aku (pooyo pulak), aku dapat duduk kolej hehe. Yela, jujur kan sifat yang baik hehe. Sebenarnya silap dekat surat tu, buat last minute punya pasal, masa tu dah 4 lebih, 530 pejabat tutup, so kekabut la jadinya hehe. Jadinya, cop lah aku sebagai budak buat kerja last minute! Huhu tapi jangan tiru. Bahaya.

Okay lah, habis dah aku mengarut, pape pun korang doakan aku dapat stay kolej & dapat pointer bagus huhu! Aku tak nak dok luar coz serabut jalan sesak. Thanks to all yang m'baca huhu sayang kamu semua! Have a nice day! Keep smiling! ;) Salam..

Rabu, 13 Mei 2009

bini aku tomboy ke?11

' Saya Arin, orang gaji dekat sini.' Kata Cik Kitten dalam nada yang perlahan dan bergetar kerana disergah oleh Zack tadi.

' Ohh, I see.' Zack menjawab endah tak endah.

' Jom, Mak Timah. Pak Ali mana? Dia nak ikut balik sekali tak, Mak Timah?' Papa bertanya tentang suami Mak Timah yang bekerja sebagai gardener di rumah itu.

' Oh, tadi ada je. Bang Ali! Oh, Bang! Bersiap kalah perempuan lamanya!' Mak Timah membebel sambil berjalan naik ke atas.

' Sekejap ya, Mat, Mas. Mak Timah panggil Pak Ali nya sekejap.' Mak Timah berbasa-basi.

' Eh, kau! Pergi ambilkan aku air! Haus nak mati aku ni, daripada kau duduk tercongok je dekat situ!' Muka Arin pucat kerana dijerkah kuat oleh Zack.

' Zack! Apa ni? Cuba cakap baik-baik sikit dengan si Arin tu. Kesian dia.' Mama menegur Zack. Arin tunduk lalu berjalan cepat-cepat ke dapur. Terkejut. Macam tersambar kilat.

' Ala, takpe mama. Kalau manjakan sangat, nanti jadi degil, macam Zack ni ha.' Zack membalas sambil duduk meletakkan kaki di atas meja kopi di ruang tamu. Tangannya mencapai remote TV dan menekan butang 'on'. Cartoon Network menyiarkan rancangan Tom & Jerry.

' Mama, sinilah tengok sekali. Eh, kenapa kau ni muka macam Tom ni je? Kau sepupu dia, eh?' Zack mengusik Arin selepas gadis itu datang dengan segelas air oren.

' Apesal kau diam? Letak dekat situ.' Zack tak puas hati apabila Arin tidak memberi respons langsung kepada usikannya itu.

' Takde apa-apa, tuan.' Hua hua! Dia panggil aku tuan! Seorang lagi terpedaya!

' Ish! Kamu ni, Zack, siapa ajar cakap kurang ajar macam tu??' Papa bersuara selepas habis bersembang dengan mama.

' Dah la ye, Arin. Budak ni memang macam ni, pening sikit. Jangan ambil hati, okay?' Mama menyampuk. Zack tersenyum lebar. Memang aku pening, disebabkan oleh itu, aku akan buat kau pening sekali, hua hua! Buat muka innocent pulak! Tau la comel!

' Zack, nah. Ni credit card, kad bank. Guna kad bank ni dulu beli barang harian, nanti pergi buat kad baru. Password nya sama dengan kad bank sebelum ni. Mama dah tukarkan.' Mama memberi sekeping kad kredit dan kad bank kepada Zack.

' Yeke, mama? Wah, ni yang sayang mama lebih ni! Thank you, mama! Muahh!' Zack mencium pipi mamanya memeluk mamanya erat.

Arin berdiri tegak sahaja tanpa bergerak. Hanya matanya terkelip-kelip memandang Zack dan keluarganya. Manja betul, and menyampah gila dengan perangai dia! Hee, macam bagus sangat!

' Apa kau tenung-tenung? Tak pernah tengok makhluk secomel aku ke, hah?' Sekali lagi kena.

' Zack..' Mama merenung dalam.

' Jangan buli si Arin ni, kalau tak nanti mama kurangkan income bulanan kamu.'

' Hah? Mama suka lebihkan anak orang lain, anak sendiri mama biarkan. Bak kata pepatah, anak monyet disusukan, di dalam hutan, anak sendiri biar mati lapar..'

' Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, baru betul, tuan.' Arin menyampuk.

' Betul betul betul!' Zack mengiyakan kata-kata Arin tanpa sedar yang Arin yang membetulkan pepatahnya tadi.

' Hep, diamlah kau, budak kecik jangan menyampuk!' Zack berpura-pura marah.

' Zack! Jangan sampai mama buat betul betul.'

' Yelah.' Zack menjelir lidah ke arah Arin. Sibok je kau ni!

' Bila Mak Timah nak balik sini balik?' Arin bertanya selepas Mak Timah turun bersama suaminya dan 2 buah beg besar tenuk.

' Tak tahu lagi, Arin. Mak Timah kesian kan adik dekat kampung tu. Takde siapa yang boleh tengokkan dia. Kalau jadi apa-apa, susah.' Mak Timah membalas sambil merenung lembut ke arah Arin.

' Sunyi lah saya nanti, Mak Timah.'

' Sunyi? Tak mungkin lah, Arin. Ni si budak ni, kalau ada dia, selagi tak meletup rumah ni, tu bukan dia la tu, Arin.' Mak Timah gelak kuat.

' Betul tu, Mak Timah. Arin, kau percaya je la, sebabnya aku akan letupkan rumah ni, dengan kau kau sekali aku letupkan nanti hua hua!' Zack menambah.

' Zack, jaga si Arin ni. Arin, jangan takut, okay? Zack ni bukan budak jahat, dia nakal je. Dah tua tua pun tak habis lagi nakalnya.' Mama berkata selepas Arin menyalaminya.

' Apa tua nya, mama? Baru 23 tahun je tahun ni. Bak kata Rosnah Mat Aris, apalah ada pada bilangan, kan mama? Muahh, sayang mama! Mama jaga diri tau? Papa, Mak Timah, Pak Ali.' Zack memesan kepada semua dan mencium pipi mamanya itu selepas mamanya masuk ke dalam kereta.

' Jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap. Pokok-pokok jangan lupa siram!'

' Tu semua kerja kau, Arin!' Zack berkata perlahan sambil tersenyum dan mem'babai' ke arah kereta papanya yang makin menjauh dari pandangan.

' Apa kau tengok? Takut dengan aku yang hensem ni? Kenapa ye, mama sanggup tinggalkan anak dara orang dengan aku? Kau tak hairan ke, Arin?' Kata Zack sambil merenung ke arah Arin, mukanya dah pucat membayangkan dia hanya berdua dengan seorang 'lelaki' di rumah itu.

' Hua hua!' Zack ketawa kuat selepas Arin berjalan laju menuju ke pintu depan rumah tanpa menjawab soalannya tadi.

Zack pun masuk dan ke dapur. Arin dilihat sedang merapat dan mengunci tingkap yang tidak rapat tadinya.

' Wei, Arin. Kau makan apa dengan Mak Timah and Pak Ali ni? Kenapa kosong takde apa-apa pun dalam peti? Aku nak susu fresh, tak kira, kalau kau tak dapatkan untuk aku malam ni, aku terpaksa la dapatkan daripada kau.' Zack berkata selamba. Dada Arin berombak kuat. Habis lah aku kalau dia rogol aku!

' Saya tak reti drive kereta, tuan.'

' Siapa suruh kau drive? Tak kisah lah kau nak dapatkan macam mana pun. Yang penting, aku nak kau ada kan susu fresh depan aku kejap lagi.'

' Baik, tuan!'

' Oh, sekejap. Bagi aku pen dan kertas.'

' Buat apa, tuan?'

' Ambilkan je la. Kau ni, banyak soal pulak. Kau nak aku cepuk kau ke? Aku kira sampai tiga. Kalau tak sampai, aku suruh kau tidur dekat luar malam ni!'

' Ye, tuan.' Arin berlari-lari dan hilang di balik dinding. Zack senyum lebar. Wah! Bahagianya aku! Ada budak baik yang boleh aku buli tiap hari, huhu.

' Ni, pen nya, tuan.'

' Duduk. Tak payah bertuan puan dengan aku. Panggil je aku Zack. Duduk!'

' Ye, tuan.. Zack. Maaf.' Huhu, bermaaf-maafan pulak dengan aku. Hai, kau silap rumah lah, Arin. Takut pulak tu dengan aku, hua hua!

' Esok kau nak masak apa? Aku nak 3 hidangan lauk, 2 hidangan tumbuh-tumbuhan. Air asam jangan lupa. Tulis dekat kertas ni, apa yang perlu untuk dibeli.'

' Saya nak tanya sikit boleh, Z.. Zack?' Ketar-ketar Arin berkata.

' Tumbuh-tumbuhan tu apa?'

' Subhanallah! Kau ni belajar sampai sekolah apa ni? Tumbuhan pun kau tak tahu? Tumbuh-tumbuhan itu nama lain bagi sayur. Tapi, tak semestinya semua tumbuh-tumbuhan tu sayur, dan lagi, sayur memang gerenti dari tumbuh-tumbuhan. Ada faham?'

' La, sayur rupanya.'

' Kau ni, lambat pick up betul la. Dah habis tulis?'

' Sekejap, saya kena buka buku resepi dulu, Zack. Baru boleh tulis apa yang perlu.'

' Habis, kau buat apa je dekat rumah ni? Masak pun tak reti?'

' Saya tak masak, saya mengemas rumah je, tuan.. Zack.' Perkataan 'tuan' gerenti terkeluar kalau Zack mula menyoalnya seperti memarahinya.

' Sini la aku tuliskan! Kau ni, masak pun failed! Umur kau berapa?' Zack mengambil pen dan kertas dari sisi Arin, kasar.

' 20, tahun depan.'

' Yang kau cerdik pergi beritahu tahun depan punya buat apa? Aku tanya jawab je la 19. Ish, kau ni, apa kena dengan kepala otak kau tu?'

' Kena sambar petir.' Arin menjawab perlahan. Ler, patut bengong semacam. Rupanya kena panah petir! Aduh. Nasib hidup lagi.

' Kau pergi call kedai runcit, suruh dia hantar semua barang-barang yang aku tulis ni, malam ni jugak!'

' Baik tuan.'

' Tuan, tuan! Aku hantar kau pergi Tanjung Tuan, kau nak??'

' T.. Tak nak, tuan..'

' Hai, kau ni. Sekali lagi aku dengar kau sebut tuan, aku cepuk kau tiap pagi selama seminggu! Ada dengar??'

‘ Ya, dengar.’


‘ Dengar je, paham ke tak??’


‘ Faham, tuan!’ Yes! Akhirnya mangsa cepukan aku sudah muncul. Hua hua! Baru jerit sikit, dah kecut perut.


‘ Okay, kau tunggu lah cepukan aku start esok sampai minggu depan. Faham? Sekali kau sebut tuan, seminggu kau kena cepuk. 2 kali, 2 minggu dan seterusnya. So, be aware about it.’



‘ Ya, Z.. Zack.’ Mata Arin terkelip-kelip memandang Zack, air matanya kelihatan bertakung di tubir mata. Ala, kesiannya. Huhu, sebijik macam anak kucing. Jahat sangat ke aku ni??


‘ Dah, tak payah meleleh-leleh pulak. Jom, aku teman kau call kan pakcik kedai. Cepat la. Nanti tutup kedai tu, kau nak aku mati kering dekat sini?’


‘ Tak nak.’ Padahal dalam hati, orang pertama yang aku nak bunuh ialah kau, Zack!



‘ Helo. Saya Arin, pekerja dekat rumah Dato’ Muhammad. Saya nak pesan barang-barang ni dan minta encik hantarkan. Boleh?’


‘ Kalau tak boleh, kata aku bagi tips, 50 nanti.’ Zack menyampuk.


‘ Kalau tak boleh, nanti saya bagi tips 50 ringgit.’ Arin menyebut di talian.


‘ Macam mana? Okay?’ Zack bertanya selepas Arin meletak telefon.


‘ Okay! Sekejap lagi dia hantar.’ Arin bersuara ceria.


‘ Sini, duduk sebelah aku. Kau ni kenapa bengong sangat? Aku tak kata pun nak bagi tips 50 ringgit, aku kata 50 je. And maksud aku, 50 tu 50 sen. Habis, siapa nak bayar sampai 50 ringgit tu, Arin?’


‘ Hah?? 50.. sen?’ Arin pucat, matanya kembali berair. Merah je pipi.


‘ Sekejap lagi kau pepandai la uruskan sendiri dengan pakcik kedai tu, aku tak tau.’ Zack berkata dengan selamba kemudian kembali menonton rancangan TV. Air mata Arin setitik demi setitik turun membasahi t-shirt peach yang dipakainya. Zack perasan, namun dia buat tak tahu je. Yela, bukan salah aku pun, dia yang memandai sendiri. Arin berlari ke dapur dan tidak kembali ke ruang tamu lagi dah kemudiannya.


Ding dong.. Kedengaran loceng pintu pagar utama ditekan.


‘ Arin! Bukakan pintu ni! Pakcik tu dah datang!’ Zack menjerit kuat. Padahal dia dekat je dengan pintu. Pemalas betul si Zack ni! Aku kalau dah start membuli orang, aku akan buli habis-habisan! Tak kira la dia lelaki ke perempuan ke apa ke hua hua.


‘ Zack.. bayarannya macam mana?’ Arin bertanya perlahan selepas pakcik kedai itu sampai ke hadapan muka pintu rumah.


‘ Bayar? Berapa semua?’ Zack bangun mendekati Arin.


‘ RM139.40.’ Pakcik kedai itu menyebut sambil melihat kepada bil yang telah ditulis.


‘ Okay, masukkan dalam buku dulu, esok saya bayar, okay, bang? Sekali dengan tips. Okay, thanks!’ Zack menyambut beg plastik besar, sekali 5 beg. Dah macam shopping dekat Mydin dah gayanya ni huhu.


‘ Macam mana dengan tips 50 ringgit tu?’


‘ Pepandai kau lah, tanya aku pulak?’


‘ Tapi Arin memang takde duit banyak tu. Lagipun, adik-adik dekat kampung ramai lagi yang tengah sekolah.’ Arin membuat muka kesian semacam anak kucing lapar.


‘ Kau tidur dengan aku dulu, baru aku bayarkan untuk kau.’ Zack merapatkan tubuhnya kepada Arin, muka tak boleh blah betul minah ni, dengan hidung merahnya. Huhu, muka pucat tu yang aku tak tahan tu! Hua hua!


‘ Awak memang jahat! Tak berhati perut! Saya sanggup bayar daripada jual maruah saya pada awak!’ Arin menolak tubuh Zack dan berlari naik ke biliknya, menghempas pintu sekuat hati.


‘ Arin, Arin. Suka salah faham sendiri.’ Zack gelak dan menggeleng kepala seorang diri. Dia kembali menonton rancangan TV di ruang tamu. Sambil-sambil itu, dia memandang keliling. Besar jugak rumah ni, tapi esok jela aku jelajah.


Sedang sedap Zack menonton, secara tiba-tiba..


‘ Mak ai! Anak tikus mana pulak yang gigit plak elektrik ni? Gelap la aku, mangkuk betul la!’ Satu rumah black out. Dalam teraba-raba, dia teringat akan lighter di meja kopi di situ, lantas mencuba untuk mencapainya.


‘ Zack..! Zack..!’ Terdengar suara anak kucing a.k.a. Arin memanggilnya dari atas. Tahu pulak nak mencari aku. Kelihatan lampu torchlight berlari-lari ke sana sini di tangga. Mesti dia tengah turun ni hehe.


‘ Huargh!’ Zack menyergah Arin dari belakang selepas Arin sampai ke bawah.


‘ Ahh! Ya Allah! Mak datuk aku, gugur jantung!’ Torchlightnya jatuh ke lantai, lalu dikutip oleh Zack.


‘ Aku lah penunggu di sini, hua hua hua!’ Zack menyuluhkan torchlight tersebut ke mukanya sambil mengusik Arin dengan suara garau.


‘ Zack! Zack! Tolong! Ya Allah! Qul ..a’uzu..birabbin..nas.. Mali..kin nas..’ Terketar-ketar suara Arin membaca surah an-Nas, surah itu sahaja yang terlintas di kepalanya ketika itu. Matanya ditutup rapat. Hanya mulutnya terkumat-kamit di atas lantai sejuk itu.


‘ Heh, bangun! Ni aku la, Zack. Boleh percaya kata aku yang hensem ni penunggu dekat sini? Hai, Arin, Arin.’


‘ Zack ke? Zack! Arin takut gelap! Mak Timah kata dia pernah jumpa ‘benda’ dekat sini!’ Arin tiba-tiba memeluk Zack. Hai, tadi bukan main lah dia, ni bukan main pulak memeluk-meluk aku ni!


‘ Yeke? Arin dah solat ke belum? Bacalah surah apa-apa buat pendinding. Tarik nafas dalam-dalam dulu, relax, okay? Arin tau tak dekat mana kabel elektrik?’ Zack tidak lagi memanggil Arin dengan perkataan ‘kau’. Buat masa sekarang, sesi membuli ditangguh buat sementara waktu huhu.


‘ Kabel elektrik? Apa benda tu?’


‘ Mak ai. Payah la nak cari dalam satu rumah ni kalau macam tu.’ Zack menepuk dahi.


‘ Arin pernah nampak tak, benda macam kotak besar, dekat dinding, selalunya warna kelabu. Dalam dia ada macam wayar-wayar..’ Zack mengeluh. Dalam kesamaran lampu torchlight, tengok muka Arin yang macam cicak berak kapur tu dia dah tau dah, mesti budak ni tak pernah tengok atau pun terjumpa benda tu.


‘ Em, jom. Kita cari.’ Arin memegang kemas tangan Zack, terasa tangannya begitu sejuk, kekuatan genggaman dia tu boleh lebam tangan aku ni nanti!


Setelah puas berpusing-pusing di dalam rumah itu, akhirnya mereka pun menjumpai kabel elektrik itu.


‘ Yah! Jumpa jugak akhirnya! Alhamdulillah!’ Zack menjerit kuat. Namun..


‘ Arin, nampak tak apa yang Zack nampak?’ Zack bersuara perlahan, ketar sikit. Matanya masih tidak beralih pandang dari tempat yang disuluh itu.


‘ Apa?’


‘ Lari, Arin! Dia terbang!’ Zack berlari sekuat hati sambil memegang tangan Arin yang terjerit-jerit kuat itu.