Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Sabtu, 23 Oktober 2010

mandi bunga tahi ayam 1

-->
Bab 1
‘ Tok wan, buat apa dekat luar ni? Dah lewat la, tok wan . Baik tok wan masuk cepat, dah la tak pakai baju. Tok wan ni. Ketar lutut nanti, siapa yang susah? Joe jugak.’ Bebel Joe kepada datuknya yang berada di pelantar sambil menghisap rokok daun. Joe duduk di sebelah datuknya yang umur mula menginjak ke 85 tahun itu.
‘ Tok wan rindu tok Miah kamu. Garang-garang dia pun, tapi hati dia baik. Tak pernah lupa apa yang tok wan nak. Kalau tok wan balik je, mesti dia hidang air kopi.’ Ujar tok wan Desa dengan loghat utaranya yang pekat.
Mula dah tok ni. Pantang lepak kat luar, mesti sebut pasal nenek yang dah lama arwah tu.
‘ Tok Miah dah lama tak ada la, tok wan. Kami ni pun hidang je kopi untuk tok wan kan? Apa masalahnya?’
‘ Tak sama dengan kopi yang dia buat. Lain.’
‘ Yela tu, tok wan. Dah dah, tak nak smoking. Tua-tua tak sihat smoking.’ Joe bising sambil merenung ke arah tok wannya di dalam kesamaran lampu kalimantang dari dalam rumah.
‘ Ala, kamu tu pun sama je, pandai nak bising kat tok wan.’ Ujar tok wan sambil terus menghisap rokok daunnya yang tinggal sedikit selepas menjeling cucu perempuannya di sebelah.
‘ Joe muda lagi, tok wan. Takde masalah nak smoking-smoking pun. Tok wan tu dah makin berumur, makin nampak ketuaannya, tak boleh, tak boleh.’ Joe menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menggulung rokok daunnya yang ditambah dengan tembakau di dalamnya.
Dia bukan lah hantu rokok. Kalau tak dapat pun, takde la sampai terguling-guling mencari rokok jugak. Rokok daun sekadar penemannya semasa bersembang dengan datuknya itu.
‘ Macam mana dengan kenduri adik kamu tu, si Joyah?’
‘ Em, sekarang ni Joe tengah usaha nak kumpul duit ni, tok wan. Ni ha, baru dapat jala baru, Pak Man mintak tolong baiki. Dapatla upah sikit-sikit.’
‘ Jala apa? Benang ke tangsi?’ Soal datuknya sambil lewa sahaja.
‘ Benang.’
‘ Bila nak mula buat? Nanti dah sampai masa orang tua tu tanya jala dia baru la kamu dok sibok-sibok bising tak siap lah apa lah. Nak harapkan tok wan ni memang tak boleh la, cu. Tok wan ni muka kamu pun dah nampak biji mata dengan gigi aje sebab tu yang paling terang pun, kalau adik kamu tu lagi la tok wan nampak macam kuali gantung dekat dapur aje dah, maklum lah dah tua-tua ni, syukur Alhamdulillah tok wan boleh bangun lagi, kalau tak susah la kamu nak jaga.’ Sekali dapat bebelan orang tua ni memang berjela.
‘ Allah, takat tok wan ni, apa la yang susah sangat nak jaga, bak kata mak, dia pun boleh jaga, tak gitu, mak?’ perli Joe sambil memandang ke arah ibunya yang sedang menjahit jahitan tulang belut pada leher baju kurung yang hampir siap itu. Selain membuat kuih dan nasi lemak untuk dijual di keliling kampong, ibunya itu mengambil juga tempahan baju kurung sebagai penambah elaun sara hidup mereka anak-beranak.
‘ Yela tu, tok wan. Tapi tok wan tu kena beringat, jangan asyik dan rajin sangat dok menghisap rokok tu, tak baik untuk kesihatan. Sekarang ni pun asyik terbatuk-batuk aje, risau mak ni ha.’ Bebelan tok wan tadi disambung pula dengan bebelan ibunya. Tok wan hanya sengih di luar di bawah kesamaran cahaya bulan dan lampu.
‘ Hana, sudah-sudah. Bawak tok wan kamu pergi tidur. Dah lewat ni, nanti makin teruk pulak batuknya tu.’ Ujar mak seraya bangkit daripada duduknya menuju ke arah pintu luar yang mengarah ke pelantar itu.
‘ Jom, masuk, tok wan. Esok je sambung balik ‘memori daun pisang’ tok wan tu, okay?’ Joe ni mulut memang suka perli orang. Tak berhabisnya memerli orang tiap masa. Namun disebabkan itu lah hanya dia seorang sahaja yang menjadi kesayangan datuknya itu, sebab kalau kena perli pun dia tak kisah, sebab tu dia sendiri sedap memerli orang lain.
‘ Ala, korang ni risau sangat pasal tok wan ni. Tok wan sihat lagi, korang tak payah risau la.’ Tepis tok wan apabila Joe menghulur tangannya untuk membantu datuknya itu bangun.
‘ Tok wan tu dah berumur, bukannya muda lagi, lagipun kami ni sayangkan tok wan, tu la yang dok kisah sangat ni, kalau tak sayang, biar aje la tok wan nak berenang ke, nak terjun laut ke, kami tak kisah, kan mak? Tapi, jangan pi terjun laut pulak, tok wan na, he he gurau-gurau aje di tengah malam yang damai ni.’ Sengihan Joe melebar melihat pada datuknya yang menjelingnya tajam.
‘ Aku luku kepala baru lega budak ni.’ Ujar tok wan sedikit bengang dengan cucunya itu. Tak habis menyakat tiap masa.
‘ He he luku la, tok wan. Jangan terjun laut sudah.’
‘ Terjun, terjun. Aku terjun sungguh-sungguh nanti, macam mana?’
‘ Joe terjun sekali he he. Takat terjun laut tu petik jari aje, tok wan.’
‘ Pandai la, kamu. Dah la, tok wan masuk dulu. Adik kamu mana? Mintak dia pasang kelambu untuk tok wan kejap.’ Nama Joyah dipanggil. Tak lama kemudian, Joyah datang dengan muka ceria.
‘Allahuakbar! Kenapa la haa, aku tua-tua macam ni nampak lagi benda bukan-bukan macam ni. Astaghfirullah. A’uzubillahiminas syaitanir rajim, puh!!’ Hembus tok wan ke muka Joyah sambil menutup mata. Joyah, Joe dan ibu mereka kehairanan.
‘ Kenapa ni, tok wan? Apa dah jadi? Apa yang tok wan nampak?’ Soal Joe laju.
‘ Hai, hangpa semua tak nampak ke apa yang aku nampak tadi? Ni ha, aku hembus pun dok ada lagi depan aku ni, la hai.’ Keluh tok wan berat sambil menunjuk ke arah cucunya Joyah yang disangkanya makhluk halus itu.
‘ Ha ha, tok wan, tok wan. Ni bukannya benda bukan-bukan, ni cucu tok wan la ni, menempek bedak sejuk kat muka. Nak menambah seri pengantin lah katanya.” Gelak Joe sambil menepuk dahi.
‘ Eh, kamu ke, Joyah? Subhanallah, mujur la aku ni kuat semangat, kalau tak, arwah dah aku sakit jantung. Lain kali tempek siang-siang. Ini dah malam macam ni nak menempek jugak. Sayangi lah datukmu ini.’ Bebel tok wan yang sering menggunakan ganti nama ‘aku’ jikalau dia mula membebel. Sambil membebel, tangannya menepuk-nepuk bantal pada tempat tidurnya setiap malam itu. Dia lebih selesa tidur di ruang tamu, luas katanya berbanding di dalam bilik yang berwap dan sempit itu.
‘ Itu la kau, tak pernah-pernah nak pakai, tiba-tiba nak memakai, ish, ish, ish. Bedak sejuk tahun bila kau cekup ni, dik oi? Seingat aku la dah lama aku tak nampak orang-orang kat rumah ni pakai bedak sejuk.” Soal Joe sambil merenung adiknya yang sedang menggantungkan kelambu untuk datuk mereka. Sekejap ke penjuru sana, sekejap ke penjuru sini. Dia pula duduk bersila sambil bersandar di dinding kayu rumah mereka itu, bibirnya masih mengepit rokok daunnya yang masih belum habis dinikmatinya tadi.
“ Entah, Joyah pun tak tau la, kak. Joyah ambil yang ada dekat almari tu aje. Kenapa kak? Joyah dah cari tarikh luput dia, takde pun.”
“ Hai, Joyah, Joyah. Kau tau tidaknya, bedak sejuk tu tahun 60-an punya, mak pakai masa nak mengorat abah. Yang kau pergi pakai tu siapa suruh? Timbul jerawat batu aku tak tau ar. Jangan nanti dok meliuk lintuk kat aku pulak mintak bawak kau pergi berubat.”
“ Betul ke, mak??” Joyah bermuka risau namun cuba ditahan supaya bedak sejuk yang semakin mengering itu tidak membuatkan mukanya berasa tegang. Tangannya memegang lehernya dengan muka penuh semangat ingin tahu.
“ Hish, memandai aje kamu ni, Hana. Mana ada. Yang kamu ni pun satu, Joyah. Percaya sangat cakap kakak kamu ni kenapa? Kamu pun tau kan dia ni suka mengarut tak tentu hala?” Masuk campur orang tua itu setelah menyedari anaknya yang pertama menyakat adiknya yang lurus bendul itu.
“ Hari tu mak yang cerita kan? Mak pakai bedak sejuk tiap malam masa muda-muda dulu sebab nak bagi abah nampak mak cantik, kan?”
“ Memang la, tapi itu kurun bila punya cerita? Mustahil la tak habis-habis lagi.” Ujar mak perlahan, nada malas layan. Bukan tak biasa si Johana ni mengarut benda bukan-bukan.
“ Mana la tau kan, mak. Dalam rumah kita ni kan banyak barang-barang purba. Seterika arang pun ada, tak mustahil jugak bedak sejuk tu pun purbakala punya bedak sejuk.” Joe cuba menegakkan benang basah.
“ Dah, diam. Kamu ni kalau merapu tak ingat logiknya kan? Pergi tidur lah! Mengarut tak tentu hala. Siapa entah mengajar, hish!’ Mak sudah penat nak bertekak dengan anaknya itu. Dah besar panjang tapi perangai serupa budak tak cukup umur. Macam mana nak kahwin aku pun tak tau la. Ish! Risau ibunya sambil mencebik bibir memandang ke arah anaknya. Yang dia tau, menyakat orang, merapu tak tentu hala, tapi daripada sudut lain, Johana lah yang menjadi ‘anak lelaki’ di dalam keluarga mereka memandangkan anaknya yang tiga orang itu semuanya perempuan. Tempang juga kaki suaminya jika Johana tiada. Johana lah harapan penjaga rumah jika suaminya tiada. Biasa lah orang lelaki, malam-malam kerjanya melepak di kedai kopi. Tengah malam baru nampak batang hidung.
“ Tak boleh tidur lagi la, mak. Jala tu tak siap lagi. Mak nak tolong baiki ke semangat-semangat suruh Joe tidur?” Soalnya sambil membuang puntung rokok daunnya ke dalam bekas khas yang dibawa ke hulu ke hilir dari tadi.
“ Apa pulak mak nya, Hana oi? Mana la mak nak reti benda-benda macam tu.”
“ Ha, jadinya Joe lah yang tak boleh tidur. Mak pergi tidur la. Dah pukul sepuluh. Esok nak bangkit awal nak bungkus nasi lemak pulak.” Ujar Joe sambil mengurut-urut perlahan bahu ibunya itu. Lega sedikit lenguhnya dari tadi menjahit.
“ Kuat sikit, ya Allah lega sikit mak rasa.”
Okay la, mak. Sambung esok pulak na. Joe nak cuba siapkan jala tu malam ni.” Jarinya menjentik lantai papan rumah mereka tiga kali sebagai membuang angin yang diurut keluar daripada badan ibunya itu menurut petua orang tua-tua. Kemudian bangun membetulkan pinggang sambil berjalan menuju ke kelambu tempat pembaringan datuknya. Dia menjenguk-jengukkan kepalanya ke dalam kelambu itu, melihat-lihat jika ada nyamuk yang terlepas masuk ke dalamnya. Dilihat datuknya itu sudah pun sedap dilamun mimpi.
“ Jangan tidur lewat, esok nak turun laut dengan abah.” Pesan ibunya lembut. Anaknya itu memang sangat penyayang dan peramah sebenarnya. Terlebih peramah pun ya jugak.
“ Ye, mak.” Joe berjalan ke biliknya yang dikongsi bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain. Dilihat adiknya yang bongsu itu sedang mentelaah pelajaran.
“ Haa, bagus. Macam ni la adik aku. Rajin study. Tapi jangan study sambil dengar radio. Nanti tak masuk dalam kepala. Bak pinjam kejap radio kau ni, dik.” Kata Joe kemudian mencabut earphone radio kecil adiknya itu. Adiknya mencuka mendengar alasan kakaknya untuk mencekup radionya.
“ Ala, kakak ni! Kacau la orang nak dengar lagu Hindustan!” Muka stress aje memandang muka kakaknya yang sedang sengih puas hati dapat menyakat adiknya.
“ Cool la, sayang. Aku pinjam kejap buat teman nak perbaik jala tu kejap. Nanti aku bagi la balik. Ke kau nak teman aku baiki jala tu? Kalau kau nak layan Hindustan, teman aku kat luar. Kalau kau tak nak teman, kau bagi aku radio ni. Okay?” Radio kecil berharga RM 5.90 di kedai cina di pekan itu menjadi taruhan.
“ Kau nak yang mana?” Soal Joe lagi setelah adiknya memandangnya senyap dengan muka protes tak ingat.
“ Yela, kakak memang kejam, malas layan! Ambik la nak ambik sangat!” Merajuk sakan pulak dah.
“ Aiyo, adik manis. Sejak bila pandai merajuk dengan aku ni? Siapa ajar ni, em?” Joe bermain kata sambil bersandar di dinding berhampiran.
“ Yela, kakak tu suka kacau adik nak study. Suka kacau barang-barang adik!”
“ Ala, dik. Radio ni aku jugak yang belikan, kan? Berkongsi kan amalan yang sihat gitu untuk mengelakkan pembaziran. Okay la nanti aku mintak ayah beli lagi satu untuk kau, satu untuk tok wan, satu untuk mak, satu un...”
“ Yela, yela! Ambik jela!” Jeling tajam ke arah kakaknya yang sedang menyengih di sebelah.
“ Apanya lagi ni, Hana? Kalau tak usik adik sehari tak boleh.” Jenguk mak dari luar setelah mendengar kekecohan dari dalam bilik.
“ Takde apa-apa la, mak. Okay, dik, aku pinjam ni kau pergi tidur, okay? Muahh love you lah, ha ha!” Ciuman di pipi adiknya itu mengakhiri perebutan radio itu kemudian adiknya itu kembali membuat kerja sekolahnya yang tergendala seketika tadi. Sudah masak dengan usikan kakak sulungnya itu. Kalau dia merajuk aje, ubatnya cium di pipi, rajuknya akan hilang begitu saja. Hanya kakak sulungnya itu saja yang pandai memujuk dan mengambil hatinya, dan tahu rahsia menghilangkan rajuknya sekelip mata.
Joe menyumbat earphone radio tersebut ke telinganya sambil mencari siaran lain. Asyik Hindustan je, kau tak boring ke, dik? Bebel Joe di dalam hati. Tangannya mula mencapai jala dan duduk di pelantar bertemankan lampu minyak tanah untuk menerangi tempatnya membuat kerja itu. Lampu kalimantang dari dalam rumah tidak cukup untuk menerangi. Air laut kedengaran sayup-sayup di balik ketidakjelasan stesyen radio yang sedang didengarnya itu. Bau masin jugak menyusup ke hidungnya. Hidungnya sudah biasa sangat dengan bau air masin itu sehingga bau itu tidak mendatangkan apa-apa perasaan baginya lagi. Dan dia pun mula mengait jala tersebut dan mencari lubang yang menyebabkan kerosakan pada jala itu. Seketika, dia hanyut dibuai keasyikan membaiki jala sambil melayan lagu Melayu evergreen yang diputar oleh Suria fm.

Rabu, 20 Oktober 2010

Friendship's Lurve



tulisan kecik2 ler plak ngee kalau gigih nak baca harus klik pada gamba tu tapi yg tulisan2 tu la yg aku nak korang baca pun sebenarnya sebab lukisan aku harus la kategori hancuss kann hehuu aku xterer lukih tambah g guna pointer laptop ja. wat ni hanya utk isi masa lapang semalam sebab internet xda hehe well, have fun! thanks then ;)

Selasa, 12 Oktober 2010

slim2. macammana nak buat?


oleh krana ada somebody mintak aku bagi dia tips nak slim kann so aku bagi la hasil pbacaan buku2 yg bkenaan n mungkin sbb aku pun slim kering kann so aku bg la petua2 yg blh n yg aku tau.

nak KURUS :

1. MAKAN BILA LAPAR, STOP SEBELUM KENYANG ~ ini sunnah nabi kan n kunci plg utama. agak2 kalo xlapar tu xpayah la makan. bila amik nasik tu amik sket2 suda. xpayah la amik bbyk sbbnya kkdg tu nasik yg letak sdri tu, letak byk mn pun harga sama kan, bukan men la dia kaut sampai penuh pinggan. pastu makan sampai buncit. pastu sakit xmo la kann

2. MAKAN CILI @ REMPAH ~ ini boleh mmbakar lemak katanya. mngikut 1 buku tu tp aku xtau kebenarannya jauh mana

3. MAKAN SESIKIT TP BYK KALI ~ makan 6x sehari tp dalam kuantiti yg sikit. cthnya pagi, 2keping roti or cereal n susu, kui 11, sebijik epal or pear or buah2 len, tghari, nasik separuh *lauk kurangkan yg bminyak, masin n manis*, petang roti or kueh n teh cina *ngee teh herba ada kan utk buang toksin*, malam susu n bebrapa crackers. if lapar blh makan buah or salad. lebihkan buah2 n sayur2 *ciannnya kan* tp ingat petua ni ~ sarapan macam raja, lunch mcm org kaya n diner mcm org miskin sbb pagi2 kita akan guna tenaga yg byk jd jgn xamik sarapan sebab kalau xda sarapan kita akan makan byk masa tghari n lebihi had

4. TIDUR ~ haha ini aku xtau teori or fakta. aku baca dia kata tidur blh kuruskan badan sebabnya bila tidur kita xkan lapar n nak makan je keje cthnya aku la huhuhu

5. KURANGKAN DAGING MERAH & LEBIHKAN DGG PUTIH ~ cthnya kurangkan daging lembu n kambing, lebihkan ikan :) ikan sumber protein n dging merah byk lemak n kalau makan blebihan blh naikkan darah tgi bila karbohidrat xdigunakan

6. SENAMAN ~ 30 min sehari, 3hari sminggu. menari bsama2 lagu lebih sronok. or skipping or jogging. jogging lah di dalam shopping complex sebab sini ada a con. aku penah jmpa kapel chinese tu joging kat One Utama pptang hari :P or window shopping pun blh tp warning jgn bawak duit melenkan 10rm utk kecemasan. nnt nak senaman, jdnya bnda len plak kann bukan senaman. tp setahu aku senaman plg best n mgunakan byk tenaga ialah dancing n aerobic. kalau cara ni xbkesan, sila jaga pemakanan anda sebab pemakanan mmpengaruhi berat badan

7. MINUM AIR PUTIH BBYK ~ air blh mbuang toksin sbb toksin dalam badan mmpengaruhi knp kita berat. plg kurang 8 gelas sehari. tp jaga2, sbb air pun blh mgemukkan. aku tgk dalam tb la dia kata ada 4 sebab kita gemuk yakni gemuk air, gemuk angin, gemuk apa lg tah 2 ketui tu aku xingat

8. JGAN TIDUR LEPAS MAKAN OR MANDI ~ petua org tua2. petua moden pun ya jugak. plgkurang tgu 30min baru tdo or mndi. jgn amal tdo pas makan sbb boleh naikkan darah tgi

9. MAKAN MAKANAN XBMINYAK, XMASIN, XBLEMAK & XMANIS. kawan mak aku turun bberapa puluh kg berat dia sbb dia makan nasik dgn ikan rebus tiap hari selama 3 bulan. lebihkan buah n sayur, insyaallah korang slim kalau bbetul gigih.

10. KALAU BLH JGN MINUM AIR GAS tp ganti dgn jus buah spti jus epal n aloe vera. bek utk kulit n diet yg sihat sebab air gas n air kotak sgt byk kandungan gula. gula itu mgemukkan macam dalam iklan tu KURANGKAN GULA n GARAM.

ok ini je yg aku dapat bagi dulu. kalau ada lg aku bgtau lg na. tp apa pun ingat, kesihatan lebih pnting, jgn diet sampai aneroksia plak kan. tambah g kalo makan ala2 jamu bagai, harus jaga2 takut memakan diri. yg penting bsyukurlah dgn apa yg ada. kalau badan ala2 muntel sket kan, asal tak sakit apa salahnya sebab bukan semua org suka org yg selim kering macam haku ni haa. sejak 5 tahun yg lalu berat aku menten je underweight seghupe org xckup zat kn haha mujur aku xla tggi sgt if x susa la kann. apa pun jaga makan itu pntg n senaman utk pastikan hidup yg sihat! gud luck then :D

Khamis, 7 Oktober 2010

quake 3 arena

hehe ini hari aku nak cter sal game yg aku suka men yakni yg tertera di atas sinun ngee

dl2 aku start men game ni masa form 4. awal2 aku tgk abg aku men je then aku xtau sebab apa wat aku rasa nak men jugak. mgkin sbb bosan ke apa tah aku xtau la. tp game ni bjaya wat aku bdebar2 pada awal pmainan cewahh haha yela aku dl geng dak ayu ok wahahhahaha. aku men game ni aku start jd kasaq sket. sket je ok hehehehe. aku xtau knp aku suka game ni tp skrg aku masih main wpun da lebih 5 tahun aku dok men haha. aku men sampai bosan, then stop utk masa yg lama then aku men balik. ngee dasyat gak kan ketagihan aku ni :)

game ni ada 2 option kita blh pilih antara single player or multiplayer. aku sk multiplayer coz kita blh bunuh org ssuka at. kalau single player just ada 2 org, kita akan buru yg sorg lg n bgaduh sampai mati guna senjata yg ada. so yg single player ni lebey bdebar so aku xsuka sgt nnt aku dok mnyumpah sorg2 *mak aku sll bising coz kalau aku men game je msti aku dok bising n cakap ssorang tambah2 lg game ni haha teruk kann*


level dalam game ni ada byk. tkat ni yg aku blh survive pun takat bring it on. yg up sket tu apa tah nm nya, aku kalau menang level tu mmg aku rasa bangga boleh x hahaha *matila bangga diri, ishk!* tp aku plg suka level plg easy sbb kalo nightmare (level plg dahsyat) tu, nak hidup n bjalan seinci pun xsempat, gerenti da hancur tgl tulg. ish3

lg satu aku sk men kutip flag. kutip flag lawan dgn geng musuh sp dapat flag plg byk dia yg akan menang. haha best siot gem ni tp kalo wanita sjati aku rasa xdaya la depa nak men :D ngee

ttg senjata yg diguna ~ huhu aku plg suka BFG. yg ni kalo kena gerenti mati terus haha ala2 asid kaler hijau. wuu syes yg ni plg hebat n susa nak jumpa tuh. tp kena tembak bio kena bbetul la kalo x sia2 jugak xmati hehuu

yg len aku suka rocket launcher. best dow kalo kena tepat terus hancur bkecai hoho *gile kejam kann* yg len2 lg aku lupa ler plak nmnya :D

tp ada satu tempat tu seram tuh. ada mcm titi n keliling api mgelegak *ala2 neraka* kita kena lalu titi tu dgn ada salib tbalik bgerak2 nak lggar kita sampai jatuh. ish lambang salib tbalik tu lambang syaitan kan? dalam game ni mmg byk pngaruh syaitan n byk jugak lambang black world. cthnya ada lambang bintang (pmujaan syaitan), kepala kambing n ada byk bnda yg kalau tgk agak huduh n geli n menakutkan. tu sbb blh didik at jd ganas n kasar. so adik2 mude2an sila jgn men ok :D

utk suka2 n jd kan diri berani sket blh la men game ni. tp jgn tpengaruh suda k :) lgpun aku rasa game ni da xde kat dunia ni, just ada dalam tenet je utk dload. coz da lama sgt aku rasa tahun 90an punya game hehe terasa macam ketinggalan sket aku dok men game ni tp benda lama xlea lupa kann kalau da ada bnda baru. sbb kalo xde bnda lama xde la bnda baru xgitu? ngee ok then hv a nice day!

Jumaat, 1 Oktober 2010

live a natural life gangs!

aku suka sgt kan benda yg natural2 ni atau pun blh kata benda yg bebas bahan kimia. korang jgn tak tau, bhan kimia sgt byk dalam benda yg kita pakai tiap hari, cthnya kalau korang perasan kat pencuci muka kita akan ada kandungan yg nama kait2 dgn paraben cthnya methylparaben - kajian kata ini blh react dgn UVB yg mana ia blh mpercepat penuaan & mmusnahkan DNA *amik ko ayat skema*

korang blh wat kajian lg kalau korang rajin tp aku ada baca yg tkait2 dgn paraben ni ada link yg mnyebabkan breasts cancer sebab dia ada lah weak mimic pada estrogen *mmpos la dak sejarah cter sains kann haha* tp kajian ni xblh dipastikan sbb ini hanya teori bukan fakta. jdnya, org kata lebih baik mcegah dpd mengubati kan? setahu aku, bahan kimia akan masuk dalam tubuh kita kalau ada saluran cthnya saluran darah (luka) atau pun lubang (pas cabut bulu ketiak). perasan x korang, kalau korang pakai VEET or seumpama dgnnya, np dia kata jgn guna sabun dalam masa 24 jam? atau pun jgn pakai deodoran pada bhgn badan yg luka. WARNING!

kalau ikut logic pemikiran aku, ini ialah sebabnya pada sabun tu ada bahan kimia, bila cabut bulu kaki or bulu apa2, liang roma akan tbuka, jd bahan kimia akan masuk dgn mudah ikut liang tu, tu sbb dia kata jgn pakai sabun di situ lepas guna VEET atau apa2 lah. sama la macam deodoran. ada paraben *tp ini ikut pemikiran aku, hanya teori bukan fakta - fakta bila kita dah confirm benda tu cthnya fakta ttg kambing klon yg ptama ialah DOLLY kan? *betul kan* kalau teori macam teori darwin, dia kata org jd drpd evolusi beruk mak yeh, mmpos la sampai skrg xtbukti2 kebenarannya tu sbb namanya teori.

jadi baik lah korang bhati2 kiranya di sini sebab benda ni wpun dia kata selamat tp xberapa selamat mana pun sbnarnya. AHA - mmutihkan kulit, tp blh membuatkan kulit jd snstip pada matahari tp setahu aku jugak AHA diekstrak drpd buah2an jugak macam epal sebabnya dia da dicampur dgn bahan lain utk jadikan dia efektif n tahan lama

jdnya bbalik pada tajuk, aku nak sher ttg kehidupan smulajadi back to nature lah kekdahnya kann. sbb semua bnda yg kita pakai skrg ni menakutkan & byk bahan kimia, jd xsihat. kalau korang nak senang, korang guna jela bahan kimia tu, aku cume mberi jalan utk korang kalau korang nak selamat & hidup dalam keadaan semulajadi gitu aww! sebab maklum lah, kalau yg semulajadi ni byk sket la benda yg korang kena korban, tp utk jgka masa pnjg, sbnarnya bbaloi sbb kesihatan tu xde juai kat pasar malam, jadi kenapa kita nak sia2kan anugerah Tuhan tu?

mari bmula ya anak2 *murid* hehe kekawan.

1. syampu - aku wat kajian sana sini aku pun jumpa alternatifnya ialah memakai BAKING POWDER utk ganti sympu. caranya bancuh BP 2 sudu bsama air, agak2 xpekat xcair, tuang atas kepala n lebihkan pada kulit kepala, biarkan 2, 3 min then cuci. letakkan BP ni dalam tndas supaya senang dicapai, n plz jgn wat bbyk sbb dia xtahan lama, coz xda bahan p'awet kan

OR limau nipis OR telur kuning, sapu je atas pale then basuh

2. conditioner - cuka epal. ini cari katne aku xtau tp nmnya apple cedar xsilap. selain itu korang blh guna MINYAK SI ZAITUN or OLIVE OIL utk wat HOT OIL gaya2 syampu botol ijau tu apa tah namanya haa rejoice - panaskan olive oil guna m.wave or air panas - sapu pada rambut, balut kepala gn tuala, 15-20 min basuh lah kepala anda *gaya iklan*

xpun guna pati santan kelapa letak atas kepala tp sllnya perlu disyampu jugak sbb kua kan bau yg xbest - ntah aku xtau coz xpenah try

3. scrub - OLIVE OIL + GULA - sapu pada badan or muka yg kering, bia 10-20min then basuh

4. mask muka - tomato yg dihiris OR timun OR epal OR kulit pisang (hilangkan parut) parut juga boleh dihilangkan dgn meletak kikisan atau serbuk kayu manis

5. hidung - rendam tisu dalam 2biji telur putih *byk siot 2 biji, tah aku baca je ni* then tekap kat hidung utk hilgkan blackhead n whitehead ;0)

6. bibir - marjerin disapu sebelum tido nescaya bibir merah merekah berseri gitu aww

7. bulu kening - lebatkan dgn sapu aloe vera sblm tido

8. wax - guna lemon + gula - korang tgk kat u tube *aku wat xjadi coz silap cara agaknya*

9. ketiak - guna sirih atau tawas beli kat kedai india 2rm seketul ke camna tah - ini utk hilangkan bau. just usap *usap tu kekawan. ayat xblh blah* pada ketiak anda macam deo

10. bulu mata - lentikkan - sapu aloe v jugak xpayah bazir duit beli maskara *tp aku xtau adakah ini m'ubah ciptaan jugak? tlg bgtau aku, kalau ye jgn ikut aku xnak subahat*

11. kuku - kilatkan gn bawang putih

12. muka lagi - basuh guna air basuhan beras, biar 15min then basuh.

tempek bedak sejuk, *comey what*

13. pad - guna cloth pad, c pantiliner n c tampon (sila baca note aku yg sblmni)

14. pbersih wanita - air rebusan sirih

byk lagi aku collect tp aku rasa aku nak tdo n ini je yg aku dapat recall pun, so nnt aku wat bhgn ke II plak kalau korang nak hehe apa pun aku rasa back to the nature is the best. korang pk lah, konsep aku senang je, nak senang, korang kena sakit. nak sihat, korang kena susah. betul x? tp xsumanya nak sihat tu susah, semuanya tpulang pada diri kita jugak. :) n kalau nature, lebih jimat n save cost. Allah xsuka org yg mbazir. *sama la macam aku mbazir masa. eshh astaghfirullah!* ok tanx all coz baca n gud mornink! ^_^

Esh! Lupa lagi. camna ni??

hehe disebabkan aku xda idea nk mnulis cerpen or novel jdnya aku mnulis la bnda2 yg bfaedah skit utk tatapan para pmbaca kan hehehe.

kita kan mnusia, mmg la sll sgt tlupa. aku ingat lagi, sorg cikgu aku penah cita adegan *ehem* dia bsama isteri :

' yang, mana tuala abg? td rasanya dah ambik, tp abg lupa lepas gi tgk anak td. mana ea?'

isterinya pun punya la mcari jugak. last2..

' bang oi, ni apa ni haa yg menyangkut kat bahu ni, bukan tuala?' tepuk dahi jela ckgu aku tu. haa da nmpak kan kita mmg lah mudah sgt mjadi pelupa

ok aku listkan bbrapa petua utk kurangkan pelupaan ni sbb kuat ingatan ni sgt pntg tambah lg utk org yg tgh belajar ^^

1. KURANGKAN DOSA ~ ini penting sbbnya ilmu itu ialah cahaya & dosa adalah kegelapan. jadinya kalau sll buat dosa yg gelap, camna dia nak bsatu dgn ilmu yg cerah. kan? ini tmasuklah melihat benda yg xsenonoh cthnya aurat wanita blh melemahkan daya ingatan, onani dan lain2 *byk kan dosa2 lain*

2. SELALU INGAT ALLAH - bila lupa, ingatlah Allah sll. "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. MAKAN MADU & KISMIS - pernah aku dgr kawan aku cakap, makan kismis ni kena dalam bilangan yg odd or ganjil utk lebih khasiat. aku pun xtau knp nt aku try research kalau aku rajin hehe tlg jawabkan pd sesapa yg tau, sbb selalunya yang b'kaitan dgn kebaikan & Islam sllnya akan jd nombor ganjil kann

4. KURANGKAN MAKAN & MAKAN BENDA BERASID - banyak makan, badan akan malas *macam aku korang blh tgk cthnya hehe* & melemahkan akal & jantung. kalau jantung xsihat, macammana dia nak pam darah dgn baik ke otak, jd otak pun susah nak bfungsi dgn baik *sila betulkan kalau aku salah*

asam - elakkan kalau blh. asam banyak asid menyebabkan kemalasan & melemahkan ingatan. kalau xnak tua2 nnt xingat nm anak, so kurangkan la ya. mcm datuk aku dah 90 lebih lg, dia masih ingat aku n femili aku wpon aku hanya cucu tiri dia. hebat kann? tabik spring aku dgn kurniaan tuhan utk dia alhamdulillah ;) *nnt kalau aku berani aku tanya dia mmg xmakan asam ke masa muda2 dl hehe*

5. GOSOK GIGI SELALU - ini aku xpasti fakta or teori tp ini aku dapat masa aku pegi ceramah

6. RAJIN2LA MINUM SUSU - ini sama dgn yg kat atas. kalau ikut yg aku tau, susu neutralkan asid kan, jdnya kalau sll minum susu, xdela asid dalam badan kita yg melemahkan ingatan tu ;)

7. BANYAKKAN MBACA BUKU & AL QURAN

8. hehe ini aku pernah jumpa katna tp aku lupa - TULIS GUNA TULISAN KECIK - jd bila kita baca, kita akan tgk bbetul apa bnda nya la yg kita tulis ni kann, then jdnya kita fokus - mudah la masuk dalam otak - aku penah try, mjadi jugak tp jgn baca sambil baring, nescaya tidurlah korang hehehe

9. BACA TULISAN WARNA-WARNI - ini aku cilop dalam TV punya iklan pen kaler warna warni tu kann. rasanya dia mmg xtipu sbb bnda ni mmg bkesan *mati la, aku xkata dia tipu k, harus la dia wat iklan bdasar fakta, xgitu ^^* hehe bila warna2 pelangi tu, ati n minda kita ttarik nak baca bnding dgn kaler hitam biru n merah je *mak ai bosannya kann*

10. TAMPAL KAT DINDING - bila ada rasa nak ulangkaji, baca je kat dinding xpayah susa2 bukak buku. tambah lg benda tu kat dinding, jdnya sll & senang kita nk tgk kann. letakla sket corak bunga2an ke transformer ke kann, nescaya korang semangat nak mbaca plus wall korang pun nampak cantik *klau xcantik jgn marah aku*

11. JGN MAKAN SEMUT - semut ada bahan kimia pada belakang badan dia yg mana kimia ni mbuatkan mnusia jadi pelupa. kalau korang tgk semut yg blkg dia besar2 pas sedap melantak air sirap kan, haa belakang tu la byk bahan kimia sbnarnya. so bware ok kawan2

12. SELALU ULANG BACA - macam org mhafal qur'an. kalau dia xulang hafalan dia, mmg xlama dia akan lupa. macam kita ni bukan computer or robot. benda yg masuk dalam otak kita, kita akan lupa dalam 24jam *ini fakta* kalau kita xulang. korang xcaya, korang cuba ingat balik apa yg kawan korang msg pukul 3 petang semalam *kalau ada la*, sebijik2, korang ingat x? kalau ingat, mmg aku clap la korang mmg genius. tahniah aku ucapkan

itu jela yg aku ingat setakat ni. aku ni pun pelupa jugak sebenarnya. ohh utk tambahan, boleh la korang makan gingko biloba n amalkan hidup yg sihat & jauhi dosa, i.allah hidup pun lebih diberkati & hafalan jugak tidak tganggu. jgn lupa TUHAN, itu yg tpenting. renungkan la ye kkawan, moga dapat manfaatnya i.allah. :)