Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 30 Julai 2014

Teaser Raya March

“Hoi, nak bagi mati ke makcik-makcik kat dalam rumah ni?!” Lucy menjerit selepas menjenguk daripada tingkap dari atas rumah mak ngah. Memang betul si Maritza Aafiya yang tak sedar diri seorang wanita yang buat semua orang melatah tadi!

“Ha ha, sayang, come join sekaki,” March memberi isyarat dengan tangannya bersama. Senyuman bukan main lebar. Dadanya berdebar melihat pada senyuman tersebut. Nampak semakin hari semakin menawan pulak. Ahh, sudah..

“Tak ada masa aku! Kau jaga-jaga sikit, eh. Sedar diri la umur dah 27, bukan 7 tahun lagi!”

“Ha ha, apala ada pada umur pun, sayang. Yang penting sihat dan kuat,” ujarnya sambil menepuk lengannya sendiri sebelum melebarkan lagi senyumannya. T-shirt polo berwarna putih menambahkan darjah smartnya di balik cahaya-cahaya pelita dan lampu lip-lap selain lampu tangga di depan rumah mak ngah. Lucy dipandang dengan maksud yang mendalam. Membuatkan Lucy tersipu sendiri.

“Abang, cepatla, next!” seorang budak lelaki dalam ramai-ramai tadi menyampuk sambil tepuk-tepuk tangan March yang sedang memegang mercun ketupat di tangannya. Abang kepada mercun bola.

“Ha ha, okay, sayang, kejap, abang cucuhkan, eh?” ucap March sambil mengusap rambut budak tadi. Dia kelip mata pada Lucy sebelum melayan kembali budak-budak yang tertarik perhatian mereka dan mengerumuninya tadi. Mananya tak menarik perhatian, dia bawak balik 2 guni mercun! Aih..

‘Abang?? Esh, muntah hijau mak! Dah orang panggil dia abang, terusla, dia pun nak berabang-abang jugak!’ Lucy mencebik bibir sambil memeluk tubuh sendiri selepas dia berpaling ke dalam rumah kembali. ‘Abang? Abang March?’ Lucy sengih-sengih sendiri memikirkan March yang agak padan dengan gelaran ‘abang’ tersebut. Macam menambahkan kemachoannya dengan panggilan tersebut. Khayalannya pecah bila kedengaran mercun kedua yang dibaling di bawah rumah, tadi belakang, ni bawah pulak!

“Hoi! Aku bunuh kau malam ni, nokkk!!”

“Peace, no war!” March sengih dari bawah. Dan perang mercun kembali menggamatkan suasana malam sebelum raya tersebut. Suasana raya di kampung meriah dengan lampu warna-warni, pelita-pelita, kereta-kereta dari bandar dan perang mercun! Petanda paling padu raya dah dekat!

Khamis, 10 Julai 2014

Teori = Titanic adalah Olympic

rupanya ada teori yg kata Titanic tu bukan titanic yg sebenar, tp kakak dia yakni Olympic - yg pernah accident dgn kapal tentera. ditukar dgn titanic sbb titanic sbnr xsiap pd masa yg dah ditentukan. n bntuk dorg dua mmg lebih kurg sama. dah kata adik beradik kan. dan jgk olympic ada mslh claim insurans, utk xnak dpt kerugian yg super major, so diorg gantikan titanic sbnr dgn olympic.

dan yg titanic tipu ni lggr sbnrnya bukan iceberg tp kapal yg gelap, bila dkt baru nampak, sbb mcm xlogik sbbkan lggr iceberg kapal blh tgglm pdhl kapal tu dibuat drpd heavy metal. xke pelik. huhu teori ni agak logik pd pdgn den. tp apa pun filem titanic mmg tbaik 


ni link dia http://en.wikipedia.org/wiki/RMS_Titanic_alternative_theories

Sabtu, 5 Julai 2014

Sis Felixia Yeap (ex Playboy's bunny) peluk Islam :)

Alhamdulillah, sis Felixia memeluk Islam pada hari lahirnya di masjid TTDI. nama Islam beliau Rania aje yg den ingat hehe. bertuah sgguh rasanya dapat merasai hidayah Allah.. kita yg sudah islam pun masih terkapai2, semoga ada perubahan yg lebih baik utk kita di ramadhan ini. 

tersentuh dgn post di blog sis felixia, mmg secara purata bangsa cina yg lebih ramai memeluk islam bndg bangsa lain (di malaysia) dan xsemua bernasib baik akan mdapat sokongan drpd keluarga dan rakan2. alhamdulillah, semoga kita rasa lebih 'malu' dgn kkurangan kita dan cuba perbaiki diri. hidup tanpa pegangan agama bagai kapal tiada layar, akuarium tanpa ikan (tiber) dan bagai kita tanpa oksigen, hidup terumbang ambing. adakah kita yg semulajadi muslim ni blh mjadi lebih baik drpd sis felixia dan muallaf2 yg lain? sggup dibuang keluarga utk pertahankan hidayah Allah. Allah.. sbb kita xada halangan dan kesusahan lah yg buat kita abaikan aje kehadiran hidayah Allah ni yg sbnrnya itu lah yg akan selamatkan kita dunia dan akhirat.

tahniah sis felixia. dan kita pun bersyukurlah, Allah masih sayangkan kita :')


http://felixiayeap.blogspot.com/2014/07/3-julai-hari-kelahiran-semula-ku.html



comel kan. lagi comel daripada sebelum dia berpakaian tutup aurat :)