Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Sabtu, 14 Mac 2009

bini aku tomboy ke? 2


‘ Woi! Gila kau kejar aku buat apa??!’ jerit Zack sambil melarikan dirinya daripada dikejar seekor anjing hitam takde ekor. Uhh mati aku kalau kena terkam nih! Habis lah muka aku yang teramat comel ni kalau aku jatuh! Uwa!! Mama!!

‘ Otak! Berfungsi lah kau! Apa aku nak buat ni?! Tau la aku johan lari pecut dulu! Tapi tu 100 meter je! Ni dah 2 kilo kau kejar aku, wahai anjing!’ Tula dia, lalu lagi lorong gelap pagi-pagi buta, kan dah kena kejar. Adei la. Macam jauh je dah lari, kenapa anjing ni berkenan sangat kat aku ni? Parah, parah!

‘ Bang! Tolong! Ada anjing kejar!’ Zack berhenti seketika mengambil nafas. Dia menegur seorang lelaki di tepi jalan gelap di situ, apa dia buat pagi-pagi buta dekat situ?

‘ Lari la. Tunggu apa?’ Kata lelaki itu dengan mata kuyu nya. Ceh! Bukan nak tolong! Salakan anjing semakin dekat menghampiri. Lututnya bergetar, nafas tersangkut-sangkut.

‘ Yahh! Pejuang berani mati! Ambik kau, anjing! Nah!’ Zack mengambil botol kaca kosong bersebelahan abang mata kuyu tadi dan membaling ke arah anjing tersebut. Anjing itu berhenti seketika, terkejut kot, tapi disebabkan botol tu tak kena pada sasaran, kau tunggu la, Zack! Action je lebih. Berani mati konon! Uwa, mummy!!

' Apa lagi, cabut!’ Zack berlari lagi. Mujur juga lorong gelap di situ sudah sampai ke penamatnya. Zack berlari laju sekuat hati dan melintas jalan besar di situ. Ada takde kereta, aku tawakkal jela, ya Allah! Akhirnya, dia berjaya melepaskan diri dari dikejar anjing gila sawan itu.

' Sewel jugak anjing tu! Tau la aku comel, tak payah la kejar-kejar dengan semangat waja macam tu! Huh! Makan viagra agaknya, tu yang tak boleh beza anjing dengan orang! Heh!’ Zack membebel sendirian. Tekaknya kering, baju tak payah sebut lah, ikan kering pun kalah kalau nak lawan dengan ‘kewangian’ bajunya tu. Ahh, serabai gila aku, macam nenek kebayan dah ni!

Zack membetul-betulkan rambutnya. Tangannya laju mengibas-ngibas bajunya yang sudah basah lencun. Berpeluh sakan dah dia. Uh nak gila dah aku ni!! Dari kejauhan, kedengaran suara muazzin mengazankan azan.

‘ Eh? Baru isyak ke?’ Jam di tangan dibelek. Hah? Isyak apa nya, subuh dah pun! Mangkuk tingkat jugak aku ni! Idea di kepala tiba-tiba datang. Jeng jeng jeng. Surau! Yeah! Di manakah engkau?? He he. Berlari-lari dia mencari dari manakah azan itu dilaungkan. Rasa macam dekat dah. Tapi, tak nampak pun rupa masjid atau surau dekat sini?

Ke aku ni yang berkhayal tak?

' Pakcik!’

' Astaghfirullah! Kamu nih, kalau ya pun, bagi la salam dulu. Ini main sergah-sergah je. Matinya aku nanti, tak ke naya?!’ Zack menelan air liur yang terasa pahit kat tekak. Memang patut pun pahit, dah sehari tak berus gigi. Semua pencuri beg aku tu la punya pasal ni! Ceh, kecoh pulak. Kalau ada berus gigi pun, macam aku rajin nak berus-berus pulak, hehe.

‘ Assalamualaikum, pakcik! Minta maaf. Nak tanya je, mana ada surau dekat sini?’

‘ Huh, ada je dekat situ!’ Eleh, poyo nak mati pakcik ni! Mujur aku nih budak baik, kalau tak, dah lama aku terkam-terkam pakcik ni! Tanya baik-baik, jawab kerek-kerek! Cepuk jugak karang, sebijik dekat kepala botak tu! Eh, cerah bersinar-sinar, boleh buat cermin muka aku kepala pakcik ni!

‘ Apa nya lagi?! Pergi lah! Dah la bau ikan masin cambur belacan, tercongok-congok pulak depan kedai aku ni!’

‘ Yela, pakcik! Nah! Hadiah! Special imported!’

‘ Kurang asam punya budak!’ Zack berlari-lari anak selepas mengangkat ketiaknya betul-betul di depan hidung pakcik kerek nak mati tu. Hah! Baru kau tau siapa aku! Zack memperlaju larian ‘marathon’nya apabila dia terlihat yang pakcik tadi sedang mengejarnya dengan penyapu di tangan. Tak jauh dia dikejar, pakcik itu dilihatnya berhenti sambil mengurut-ngurut dadanya sendiri. Tu la, perut boroi sangat, pakai baju pagoda pun pecah-pecah baju tu. Mesti ada darah tinggi. Tak pun kencing manis! Tu la tak larat lari, ada hati nak kejar-kejar orang pulak!

‘ Hish! Hina sangat ke aku ni?’ Tiba-tiba sedih pulak. Dia pun berjalan mencari surau. Entah mana-mana yang pakcik tadi tu tunjuk. Nak tanya orang lain lagi? Tolong la. Dah tak sanggup kena kutuk. Akhirnya dia sampai di sebuah surau di situ. Entah macam mana dia terjumpa. Mungkin nasib baik lah orang kata. Tapi, betul ke nasib baik..?

‘ Huh! Surauku yang tercinta!’ Zack masuk dengan gembiranya ke dalam surau itu dan terus membaringkan badannya di atas lantai yang berlapikkan carpet lusuh.

‘ Selesanya.’ Kaki dan tangannya digerak-gerakkan seperti kupu-kupu terbang. Bibirnya mengukir senyum comel.

' Nak, sini tempat solat untuk perempuan. Lelaki sebelah sana, nak.’ Tiba-tiba datang pulak seorang makcik tua yang nampak sangat lembut dan muka penuh keibuan.

' Makcik. Saya perempuan.’ Balas Zack lalu duduk bersila. Kepalanya yang tiba-tiba gatal digaru-garu.

‘ Perempuan?? Betul ke?’ Makcik yang masih bertelekung itu mula memandangnya dari atas ke bawah, cukup 3 kali.

‘ Betul, makcik.’

‘ Eh! Awak! Lelaki sébelah sana lah! Bukan dekat sini! Awak ni, sah-sah lah tak reti membaca kan? Entah-entah mengeja pun tak lepas! Signboard depan tu dah tulis, MUSLIMAT, bukan Muslimin!’ Ahh, bala! Perempuan mana pulak ni?? Sedap-sedap mulut nak mengutuk aku? Aku bagi penangan chenta karang, tak tidur 85 hari!

‘ Ehem, sorry ya, cik adik, or cik akak. Saya memang perempuan. Dan untuk pengetahuan cik, saya budak U. Bukan tak reti nak mengeja dan membaca. Saya masuk sini sebab saya sedar diri saya perempuan. Apa? Tak puas hati?’ Makcik tadi diam, hanya matanya terkelip-kelip melihat adegan pergaduhan antara seorang perempuan dengan seorang lagi ‘perempuan’ a.k.a. yang diragui kesahihannya yang dia ialah seorang perempuan.

‘ Memang tak! Keluarkan I.C. bagi saya tengok!’

‘ Tak payah I.C, nah! Tengok dalam seluar ni! Nak sangat??’ Zack memegang zip seluar jeannya untuk dibuka.

‘ Ahh!! Awak memang gila!’ Kecoh satu surau dek kerana Zack yang ingin membuka seluarnya. Sah memang dah gila budak ni! Kaum-kaum adam pun mula menyelak tirai untuk melihat apa sebenarnya yang telah berlaku. Jeng jeng jeng..

‘ Apa lagi? Ni lah nasib aku! Aku naik bas tak baca doa kot. Tu lah asyik nasib tak baik je nih!’ Zack dihalau keluar selepas beberapa scenes dia bergaduh dengan pakcik-pakcik di surau itu. Takkan dekat pakcik-pakcik pun nak bukak seluar jugak kot? Kes naya tu! Takpe je lah. Terimalah dengan redha. Tekad, redha, tabah a.k.a. tajuk album pertama Hazami hu hu.

‘ Abang Din!’

‘ Eh? Zack? Jumpa tak balai?’

‘ Jumpa. Dalam mimpi semalam.’ Jawabnya endah tak endah selepas berpenat lelah dia berpatah balik ke kedai makan abang Din itu.

‘ Apa dah jadi ni? Kenapa muka hitam-hitam macam arang ni? Allah. Kesiannya. Jom ikut abang balik rumah kejap lagi.’ Abang Din jugak yang dicari akhirnya. Kerana rasa-rasanya abang Din ni ada aura nasib baik. Dekat dengan dia je, nasib pun jadi baik. Hehe ada pulak orang macam tu?

‘ Eh, takpelah, bang. Saya nak tempah air sikit, boleh? 2 minit lagi saya tak minum, aneroksia la saya, bang!’ Lalu dia pun mengeluarkan duit kertas RM1 dua helai semalam dari dalam poketnya. Duit itu sudah pun lunyai dek kerana terwap di dalam poketnya dan juga kerana peluhnya.

‘ Nah! Lepas minum, ikut abang balik.’ Kata abang Din selepas meletakkan gelas berisi air putih di dalamnya.

‘ Eh, takpe bang. Abang tak payah susah-susah! Hantar je saya pergi rumah orang tua-tua.. Eh, silap pulak, rumah kebajikan masyarakat. Sebab, saya lah budak yang paling kesian kat dunia nih! Uwa!!’ Mula dah gila dia.

‘ Call lah saudara terdekat. Mak, ayah, mana?’ Abang Din suka sangat melayan si Zack ni. Dia sendiri pun hairan kenapa. Dia datang ke kedai pun semata-mata kerana dia risau takut-takut Zack datang mencarinya di kedai tetapi dia tiada. Padahal, kalau waktu-waktu macam ni, dia akan terbongkang di atas katil memproses taik mata.

‘ Saya ni kan bang, bukan nak kecoh lah. Tapi, saya memang nak kena beritahu jugak. Dulu-dulu, kalau cikgu panggil suruh saya baca sifir, endingnya mesti kena berdiri atas meja! Tak pernah lepas langsung! Saya dapat bagus dalam matematik SPM pun, sebabnya sekarang kan dah ada kalkulator. Tak payah bengap-bengapkan kepala hafal sifir!’

‘ Ha, betul betul betul’ kata abang Din meniru gaya kartun Upin Ipin.

‘ So? Apa yang nak disampaikan?’ Abang Din bertanya hairan.

‘ Jadinya, disebabkan ITU lah nombor telefon mak ayah saya tak hafal! Uwa!!’

‘ Mak ai..’ Abang Din menepuk dahinya kuat.

Tiada ulasan: