Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Sabtu, 18 April 2009

bini aku tomboy ke? 8

Tunang, lelaki, kahwin, tunang, lelaki, kahwin.. Ahh!! Serius gila dah sakit kepala and jiwa aku memikirkan kemungkinan-kemungkinan suprise mama malam nanti! Uwaa! Aku tak nak lagi belajar menyusu BABY, bancuh susu untuk BABY, tukar lampin BABY, basuh bontot BABY, mandikan BABY and semua yang ada kaitan dengan BABY..! Sob sob. Sedih!

Memang BABY comel and cute-cute, tambah lagi kalau mamanya ialah aku, sempat lagi tu, tapi memang giler kesian la kat BAPAK baby tu nanti, sebabnya aku akan buli dia habis-habisan! Hua hua! Biar dia yang jadi tukang jaga BABY! Aku tolong mengandung, meneran BABY and menyusu BABY.. Eh, banyak jugak kerja aku rupanya walaupun aku hanya menjadi mummy yang membuli daddy BABY je? Aih, penat lah nak fikir! Baik aku tidur! Akhirnya, Zack pun tertidur di atas katil sambil badannya disapu lulur oleh pekerja di situ.

Zack tersengih-sengih macam babun gatal selepas habis badan dan mukanya di’sental’ oleh akak pekerja spa itu. Puas! Gila selesa bagi aku yang dah lama tak mandi dengan sempurna ini hehe! Kemudian, dia pun keluar menuju ke arah mamanya yang sedang galak bersembang dengan auntie Maria. Mama ni kalau dah bersembang tu, bukan nak ingat siang ke malam, kalau ada bom jengka kat sebelah pun, gerenti dia buat tak nampak je kalau dah sedap menyembang!

Sama lah macam aku yang dok tercongok sebelah dia ni! Besar macam belon pun dia buat aku ni macam transparent je! Kekadang tu, tengah dok sedap-sedap sembang pun mata boleh terpejam, tapi mulut dok bercakap lagi! Hebat kan mama aku huhu. Aku salute tiang gol kat dia bab sembang menyembang ni hehe.
Wanginya badan aku. Patutlah bride-to-be selalu buat lulur tu. Nak malam pertama lah katakan. Mestilah nak perfect depan suami, kan kan? Uhh! Jenuh dah aku! Aku dah terkena sawan nak kahwin ke ni? Asyik memikir pasal kahwin je! Siap dengan malam pertama lagi! Ohh tidak! Ni mama punya suprise punya pasal lah ni yang buat otak aku dok fikir bebukan! Benda yang tak pernah aku fikir pun sebelum ni, KAHWIN! Ohh!! Ultraman Taro terbang ke langit membuang raksasa! Yah!

‘ Eh, sudah dah, honey? Macam mana, dah okay sikit dah badan lepas buat spa?’ Mama bertanya penuh kasih sayang, tu pun lepas aku buat pelbagai aksi nak bagi dia sedar aku dok menunggu macam tiang lampu tepi jalan kat sebelah dia ni! Aku dah cuit, aku dah cubit, aku dah jerit, akhirnya aksi Ultraman jugak yang mampu menyedarkan mama. Syukur ke hadrat Ilahi huhu..

‘ Badan Zack memang sentiasa okay, ma. Tip top condition punya body!’ Itu dah masuk kategori kereta dah tu! Kata Zack sambil tersenyum-senyum kelat depan auntie Maria. Makcik ni tak tau lagi perangai aku yang kuat dengan perasaan gila perasan ni! Mesti dia fikir bebukan pasal aku huhu. Aku kisah apa, bukan aku nak kahwin dengan dia pun. Kahwin??

Dekat butik = fikir nak bertunang, dekat spa = fikir kahwin, lepas ni = fikir mengandung pulak! Kontotlah umur aku lepas ni, asyik fikir benda yang menyakitkan kepala aku je! Ya Allah! Tolonglah jangan bagi aku kahwin lagi, aku rela menyerah diri kepada raksasa Sompoton daripada kena kahwin, uwaa!!

‘ Jom! Dah lewat ni. Maria, thanks! Come with us tonight! Will waiting for you!’ Mama menarik tangan Zack yang masih terpinga-pinga selepas mama membayar cas yang dikenakan oleh spa itu tadi. Lebih kurang RM300 lebih. Campur dengan dress yang akan menguburkan kehenseman aku malam ni, jadinya, habis nak dekat RM1000! Bukan dekat = sipi, tapi memang dah lebih RM1000 pun kalau dicampur tolak, didarab bahagi! Wuish, untuk pertama kalinya, aku menjadi terer dalam math! Hanya untuk aku seorang = sehari = habis lebih RM1000! Waa, amat-amatlah dahsyat pembaziran yang dilakukan oleh mama lawa aku ini! I need to stop this thing, mama!

‘ Apa dia, sayang?’ Tanya mama Zack di dalam kereta mewah milik suaminya itu. Macam boleh baca je kata hati aku huhu, bahaya ni!

‘ Takde pape.’ Che! Action je lebih! Cakap dalam hati boleh la, nak buat, hampeh!

‘ Kenapa macam gelisah je ni, Zack? Apa yang tak kena?’ Sebab dan akibatnya, dah berjuta-juta kali Zack mintak mama beritahu Zack pasal apa kejadahnya dengan dinner malam ni, tapi mama masih berdiam diri, membatukan hatimu untuk tidak berterus terang denganku, membiarkan aku terkapai-kapai di alam khayalan mengarut ciptaan aku, yang akhirnya akan membuat aku..

‘ Hep! Zack, apa kesnya dok buat action baca sajak ni? Zack demam ke??’ Mamanya makin risau dengan anaknya yang seorang itu, makin lama makin aneh a.k.a. semacam alien tak berekor. Nasib anak aku still berwarna putih, bukan hijau and mata besar macam alien dalam Men in Black tu! Ish, ish.. mintak dijauhkan! Mamanya menggeleng-gelengkan kepala.

‘ Mama pun sama je. Dok terangguk-angguk tergeleng-geleng macam orang dok berzikir pulak kenapa?’ Zack merenung mamanya hairan. Patut pun aku dok buat action pelik-pelik, rupanya gen mak aku turun kat aku. Gitu rupanya.. Baru aku tau hari ni! Like mom, like daughter, right? Exactly! Zack memetik jarinya.

‘ Dah. Jangan nak mengarut! Mama tengah berfikir, budak kecik tak boleh menyibok!’ Pulak dah mama ni. Hai, macam-macam. Better aku tidur daripada dok berdialog sendirian berhad kat sini.

‘ Hah, tak payah tidur. Nak sampai sangat dah tempatnya ni!’ Aih, mama ni. Apa kes? Tertelan jamu datuk kepada nenek kebayan hutan mana ni? Makin lama makin pelik pulak lagaknya. Tadi okay je, steady and happy. Angin datang bulan sudah menyusup dalam badan mama kot huhu. So, takpela. Aku paham, aku paham, sangat lah pahamnya hehe.

Aku pun pernah jugak dulu-dulu kala, masa 2 hari sebelum bulan purnama diri aku datang menjenguk, aku jadi macam makhluk asing bertanduk 8! Kesian dekat makhluk berekor satu itu a.k.a kucing kesayangan aku, sebabnya aku telah menerbangkan rohnya yang baru sahaja setahun anak jagung, disebabkan angin aku la.
Masa tu, aku tengah bengang sebabnya aku punya buku sejarah tingkatan 3 dah hilang dari pandangan. Jadi, aku pun menyepah-nyepahkan buku dan kotak-kotak yang ada dalam almari bilik aku sambil mulut aku menyumpah seranah si kucing ‘bertuah’ yang dok sibuk mengiau-ngiau and bermesra-mesraan kat kaki aku. Dahla bulu gebu, menggelikan lagi kaki aku yang sensitif dengan kegelian itu, lalunya, aku tertolak satu kotak yang penuh dengan buku-buku Biologi tebal mama, entah macammana boleh sesat dalam bilik aku entah, akhirnya terjatuh dan menimpa ekor kucing comel itu. Meowww! Gila kuat dia jerit! Bulu-bulu dia dah tegak-tegak! Terkejut + sakit! Mau ke tak nya, tengah dok manja-manja, tetiba kotak timpa ekor, hah terbang nyawa 5 saat!

Aku cepat-cepat tarik kotak tu, aku tengok ekor dia dah bengkok kat hujungnya. Hilang dah 27 persen kecomelan kucing comel aku tu. Aku pun belai-belai badan dia, tapi dia merajuk kot, terus lari keluar dari bilik aku. Setengah jam lepas tu, tamatlah riwayat si kucing aku itu. Innalillah wa inna ilaihi roji’un.

Doktor kata sebab terkejut. Kucing pun boleh kena strok rupanya. Yeke? Memandai je aku ni. Tapi, aku bebetul menyesal disebabkan kegagalan aku mengawal kemarahan, kecomelan kucing aku tu cuma tinggal dalam memori mengusik jiwa aku je. Dah takde dah ngiauan comel and kegebuan bulunya semenjak hari itu. Sedih pulak aku!

‘ Jom, sayang! Dah sampai!’ Kenangan bersamamu, kucing.. pun hilang selepas mama bersuara. Aku baru dok nak feeling meeling nyanyi lagu tangkap lentok, mama pulak kacau. Haih! Melihatkan hotel itu je, fikiran Zack kembali pada secret planning mama and papa. Oh!! Rambut aku sudah mula mengalami keguguran sehelai demi sehelai kerana memikirkan dinner malam ni! Uwaa! Botak cun la anak mama ni nanti!

Zack mengekor bontot mamanya sahaja hinggalah mereka pun sampai ke suite di hotel 5 stars itu. Zack menerkam masuk selepas mamanya membuka pintu suite itu, macam harimau nampak kambing dah gayanya!

‘ Wah! Sedapnya katil!’ Zack terus membaringkan badannya di atas katil bertilamkan tilam empuk itu. Ada 2 benda yang boleh membuat aku jadi obses gila, iaitu = katil a.k.a tidur + makan! Kalau dapat 2 tu, aku akan jadi lupa diri and dunia buat sementara waktu huhu! Kalau aku merajuk je, mama mesti akan masakkan aku banyak-banyak, bukan mama la, tapi tukang masak mama hehe. Senang je nak pujuk aku ni huhu.

Aku terlupa yang aku tak solat lagi. Jadinya aku pun bangun solat seperti biasa and sambung membaringkan diriku di atas tilam seempuk daging kambing masak itu. Wuish! Meleleh air liur terbayang daging kambing dengan sos lada hitam! Bapak kaw-kaw punya. Bapak bing-bing la sebab dia kan kambing. Memang daging kambing favorite aku sejak aku hidup huhu. Padahal menu apa pun yang HALAL, memang menjadi favorite perut aku pun hehe. Akhirnya, Zack pun tertidur dengan air liur meleleh membayangkan daging kambing.

‘ Mama nak mandi kejap. Kejap lagi pukul 6 mama nak mekapkan Zack.’ Suara mama membuatkannya terjaga. What?? Mekap? Sekali lagi, oh tidak!!

‘ Tak payahlah mekapkan Zack, ma. Nanti Zack nak solat, buat rugi je bedak plus blusher plus eye liner plus plus semua lah kalau pakaikan kat Zack! Kalau ada semua tu kat muka, tak sah lah solat Zack kalau tak kena air bebetul, ma.’ Hujah aku yang kesekian kalinya untuk mama! Dulu, masa dinner kolej dekat universiti tercinta aku tu, ada ke mama nak suruh aku mekap dengan aku yang memakai kot and slack tu?? Camtu, baik aku pakai bikini je, baru sedap nak mekap-mekap pun! Ini, karang orang fikir aku mak nyah planet Pluto yang dah terbang ke bumi yang penuh pokok dan oksigen ini! Tak sesuai langsung!

‘ Okay. Tapi mama nak Zack pakai ni. Mama tak kira!’ Mak nenek ayah aku Dato’ Misai Putih! Mama mengeluarkan satu beg travelling yang penuh dengan rambut-rambut palsu, berwarna-warni macam pelangi. Sebut je, kaler biru, ungu, hijau sampai ke putih pun ada! Eh, kejap kejap. Tak cukup action terkejut tadi. What?? Rambut palsu??! Oh tidak! Ultraman Taro menghantar raksasa kepada Sailormoon untuk dimusnahkan dengan kuasa bulan! Dengan kuasa bulan, akan menghukummu! Hua hua! Aku sudah gila! Aku sudah gila! Lalala..

‘ Kalau Zack tak sayang mama, Zack buatla mama sedih. Nanti mama sakit jantung, haa baru Zack menyesal tak sudah!’ Allah! Pulak dah, mama ni! Kenapa la dia tak paham yang aku ni tak suka jadi PEREMPUAN SEJATI? Ish, kes berat, berat yang teramatlah beratnya ni! Tiba-tiba, kenangan bersamamu, kucing.. kembali di layar minda aku. Oh tidak sekali lagi! Aku tak nak mama jadi macam KEGEBUAN a.k.a. nama kucing aku yang sudah arwah itu. Sedap kan nama dia? Tu la hadiah pertama dan terakhir aku untuk Kegebuan, memberikan nama yang langsung tak glamer untuknya huhu.

‘ Yela, mama.’ Akhirnya, Zack pun terpaksa mengalah dengan ugutan mamanya. Hai tak boleh jadi ni! Asyik mama je yang membuli aku, bila masa pulak aku nak buli mama ni??

‘ Janji, okay?’

‘ Ye, mama, janji.’ Mama senyum 5 jemput, aku jugak yang terkerut-kerut macam tenggiling sakit perut! Uwaa mama!! Papa!!

Mama pun me’nerai’kan aku dengan berpuluh-puluh helai, ke pasang, ke dua dua pun tak betul? Tak tau pulak aku rambut palsu orang guna apa? Bantai lah berpuluh-puluh pasang rambut palsu! Kejap aku nampak macam best of the best Princess Charming, kejap lagi, aku nampak pulak macam the best of the prince Charming, yang paling aku suka. Lagi yang paling the best of the best, aku nampak macam maknyah cute dekat lorong P.Ramlee! (Ohh ohh!! Abang! Nyah tak suka la..!)- tiru gaya maknyah lagi.

‘ Haa! Yang ni memang suit gila dengan Zack! Baru lah namanya anak Datin Gold!’

‘ Mama! Mama tak rasa ke anak mama ni sebijik sebulat macam kera tak pakai baju dekat belakang sekolah Zack dulu tu, ma??’ Aaa mama kenapa mama tak PRO fesyen, jadi pulak PROsak fesyen! Aku jugak yang jadi mangsanya! Sob sob! Sedih!

Rambut berwarna kuning keemasan tu aku pusing-pusing kat atas kepala. Macam ada benda yang tak kena. Aku letak ikut depan, nampak pelik and salah. Letak ikut belakang, lagilah pelik and salah of course! Aaa.. jadi lah aku seperti baby kehilangan mamanya di funfair. Baby?? Mama?? Kenyataan seperti di atas tadi kembali melawat-lawat kepala otak Zack. Aku bet memang mama nak tunangkan aku malam ni! Kalau salah lah bet aku ni, aku rela terjun dari puncak KLCC! Tapi guna payung terjun la sudah pasti hehe.

‘ Jom, sayang cute mama!’ Selepas solat Maghrib, tak sempat aku nak bukak telekung and habiskan doa aku, mama dah duduk tersenyum-senyum moyang tenuk kat sebelah aku. Senyum penuh dengan makna tersurat dan tersirat! Macam senyum mak tiri jahat Cinderella pun ada aku tengok! Ish, karut betul lah!
Akhirnya, sampailah aku ke dewan yang penuh gilang gemilang itu. Cewahh! Dari jauh, aku dah nampak papa kesayangan aku dok bersembang dengan kekawan dia. Aku dengan rambut palsu + dress hitam bulu palsu + kasut mama yang tinggi 1 inci + lip gloss = mama nak jugak aku pakai!

Uhh aku bebenar terseksa. Kalau lah tidak kerana kasih sayang aku pada mama and papa, and jugak kerana MAKANAN, takde masa aku nak datang dengan gaun gaun nya ni! Suruh aku tidur kat rumah bang Din pun aku sanggup! Che! Macam benar je huhu. Tak kira nak TERjumpa katak pisang, lipas and cik ti lagi, bolehla belagak macam sekarang!

‘ Mengumumkan ketibaan orang yang dirai, cik Sofi Zarill bersama Datin Gold Fish! Mintak maaf. Kesilapan teknikal sedikit. Datin Gold!’ Hadirin yang hadir bertepuk tangan sambil lampu spot light dihalakan ke arah mereka berdua yang berjalan beriringan itu. Ai, tak payah la suluh-suluh pulak! Aku ni dah la jalan macam apa entah, kalau jatuh buat malu je!

Zack cepat-cepat duduk selepas sampai di meja VVIP. Dia sedang menelan air liur tidak sabar untuk MAKAN. Makanan tu semua nampak sedap-sedap! Aku nampak kek! Ayam golek! Ikan bakar! Daging bakar! Wah! Aku berada di syurga dunia! Cepatlah makan ni! Dah penuh sebaldi suku kalau tadah aku punya air liur yang aku tahan daripada menitik ni disebabkan kempunan aku melihat MAKANAN yang tersedia tu!

Selepas beberapa persembahan..

‘ Hadirin semua dijemput makan.’ Zack lah orang pertama yang bangun menuju ke tempat mengambil pinggan. Dia mengisi pinggan tersebut penuh dengan segala macam daging-daging yang tersebut tadinya. Satu lagi pinggan diisi dengan kek berkrim putih. Zack menghiris kek tersebut kepada bahagian-bahagian besar. Kalau boleh, aku nak angkut sebijik kek ni, bagi aku sorang je yang gemuk dengan kek ni huhu.
Sedang Zack menelan kek, papanya naik ke atas pentas.

‘ Perhatian. Malam ini sangat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi akan ditunangkan dengan Muhammad Azim Dato’ Hamdan! Sila naik ke pentas! Zack, Azim.’ What?? Azim albino?? Bakal tunang aku??! Dengan mulut comot dengan krim putih, lampu spot light sekali lagi menyuluh ke arah Zack. Tamatlah riwayat kecomelan aku malam ini!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huhuhu...
lawak la zack nie..
ad la pulak bagi nama azim albino..
macam ular sawa albino lak..
huhuhu..
nti cepat2 msukkn n3 baru + panjang + best punyer...

Tanpa Nama berkata...

she's getting engage...
haha.... bestnya...
cpt2 r update lg...

~xoxo~

Banana=Ban bread berkata...

kuang kuang kuang
ksian gla ko zack..
redha je la eyk ngn ketentuan datin gold n dato' misai putih...;)

msty azim tu putih gila kan..?
sbb albino..

CinTa_BuLan berkata...

huhu...kelakar la zack ni? banyak betul imaginasi dia... comel2
teruskan usaha ...
cepat update... tapi jangan lupa final k

keSENGALan teserlah.. berkata...

haha...
zack nk tunang..
ekeke..spe ek azim elbino??
huhu...cpt2 smbung..

~umai~ berkata...

cepat2 sambung...
bes r cte ni..
sempoi gile...
ske2...

~imia nuriz~ berkata...

1st time jumpe pompuan yg selambe badak macam ni..
hahaha...
nk tunang?/
abang din??
Zack..zack...

ija berkata...

keSENGALan terserlah..
azim tu kn yg dy jupe kt kedai mkn abg din...
yg mkn ngan aweks nama amy..
kan penulis kn??

cm tkejut gilak r dy tunang ngan azim!!!

cpat2 sambung!!