Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 12 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 16

' Arin! Kau kat mana??' Zack terjerit-jerit kuat memanggil nama Arin. Kemudian dia berlari keluar selepas habis dia berjogging di dalam rumah mencari Arin.

' Arin! Ya Allah! Budak ni! Kan aku dah pesan jangan keluar rumah?? Kau ni suka buat aku rasa nak tercabut jantung, tau tak??' Zack bengang melihatkan yang Arin ada di luar, duduk di atas kerusi taman, tengah usap-usap kepala and badan anak kucing putih di atas meja, entah mana dia dapat entah.

' Zack, jangan lah marah. Arin tengah baring tadi, tetiba terdengar bunyi anak kucing, sebab tu Arin keluar.'

' Kau tau tak aku punya lah mencari kau, dari utara ke selatan, timur ke barat? Kau tengok berapa liter peluh aku ni??' Zack bertambah bengang apabila Arin buat tak dengar dia membebel kerana sibok mengusap kitten itu dan merenung kitten itu makan.

Kemudian, Zack mencekup geram anak kucing itu dan melemparnya ke atas rumput. Ish ish, kejam giler siot!

' Zack! Kenapa lempar dia?? Tak baik tau? Alolo, anak comel mama, sini meh, sakit tak kaki?' Arin bangun cepat dan mendukung anak kucing tersebut dan membawanya masuk ke dalam rumah.

' Hah, bagus lah! Muka kau dengan ANAK kau tu memang sepesen!' Boleh dia ignore aku macam tu aje?? Sakit jiwa betul aku! Tapi hairan jugak aku ni, kenapa dengan anak kucing pun aku nak jeles??

-----

' Arif, sini kejap, sembang dengan aku.' Abang Din memanggil kawannya di kedai petang itu.

' Haa, pesalnya?' Arif pun duduk di meja yang sama dengan abang Din.

Abang Din merenung dalam mata Arif. Kemudian, tangannya menyentuh dan meramas-ramas tangan kasar rakannya itu.

' Woi! Apa kes dengan kau ni, Din? Kau terkena sawan babi ke?' Arif bertanya kuat. Segan dengan beberapa pelanggan kedai mereka yang sudah membuat muka pandang sinis and tertanya-tanya apabila melihat ke arah mereka berdua.

Abang Din diam. Kemudian, dia meraba pulak paha Arif dan mengusap-usap perlahan. Kenapa takde feeling pun? Kalau dengan si Zack, dia pegang tangan aku je pun dah rasa macam terpanah kilat! Ish, hairan ler aku..

' Ish, dah lah, Din! Kau ni mabuk agaknya? Lelaki dengan perempuan pun tak reti nak beza ke??' Arif bangun pantas dan meninggalkan abang Din terkebil-kebil seorang diri.

Kenapa aku just ada feeling kat Zack, bukan kat lelaki lain? Ni ke meaning the power of love? Huhu.. Yep! Aku dah jatuh cinta! And aku akan cari budak tu nanti, cakap perasaan aku kat dia, tak kisah la aku gay ke apa, yang penting aku cintakan dia!

Eh, mana boleh la. Haram lelaki bercinta dengan lelaki. Anak pun tak dapat, dosa yela dapat! Uhh, pening betul kepala otak aku!

Tapi, kalau aku takde feeling kat jantan lain, mungkin ke si Zack tu perempuan?? Ahahaha.. Kalau gitu, aku memang lah seorang manusia yang normal!

-----

' Morning. Zack!' Arin menyapa Zack pada pagi itu.

' Morning.' Zack macam biasa la. Kalau dah dapat PS 2, jangan harap nak kisah dengan dunia nih! PS 2 nya yang jatuh tempoh hari sudah dibaiki. Kena RM 200. Hai, budak Adam tu, memang sedap kalau aku buat perut dia tu punching bag!

Arin menyediakan sarapan, kemudian memanggil Zack untuk makan sekali.

' Kau makan lah dulu, Rin! Nanti je aku makan!' Zack menjerit kuat dari depan.

' Ye..' Arin naik ke atas untuk mengemas rumah dan bilik-bilik yang ada. Ada lebih kurang 10 bijik bilik untuk dikemas.

INI BILIK ZACK. JANGAN MASUK TANPA KEBENARAN. TAMBAH LAGI ARIN. KALAU KAU MASUK, AKU POTONG GAJI KAU RM5000. ;D HAHAHA..

Arin membaca notis yang ditulis dan ditampal di depan bilik Zack sebelum dia masuk. Potong gaji 5 ribu? Apa maksud? Gaji aku RM 650 je sebulan? Arin turun dan bertanya kepada Zack yang sedang makan sarapan di ruang tamu.

' Zack, apa maksud kalau Arin masuk bilik Zack, kena potong gaji RM5000?'

' Ohh, tu maksudnya kau kerja kat sini lebih kurang 10 bulan tapi takde gaji untuk kau. Faham? Denda untuk kau sebab tak ikut cakap aku.' Zack membalas dengan selamba.

Arin angguk-angguk dan berlalu.

Petangnya Zack mengajak Arin bersenam.

' Rin! Kau kena bersenam and banyak bergerak. Baru senang kau nak lahirkan baby nanti! Jom, ikut aku bersenam. Tapi, kau kena hati-hati, okay? Jangan buat senaman yang berat pulak. Tanya aku dulu sebelum kau buat.'

' Ye, Zack.' Mereka pun bersenam bersama-sama.

' Arin, kau pernah belajar taekwondo tak?' Arin geleng laju.

' Sini aku ajar.'

' Bukak kaki sikit, tangan kiri dekat sini, tangan kanan buat ala-ala nak tumbuk orang. For the best result, kau bayang kau nak tumbuk orang yang paling kau benci, gerenti best punya!' Muka Arin merah lagi kerana badan Zack betul-betul rapat menyentuh belakang badannya kerana mahu mengajarnya betul-betul.

' Dah, cukup untuk hari ni. Thank you untuk cikgu Taekwondo kau yang hensem ni huhu.' Arin senyum dan mencubit pipi Zack. Alamak, tercubit. Refleks coz geram tengok dia comel sangat!

' Kenapa? Tak boleh blah ke tengok muka aku yang terlalu hensem ni, Rin?' Zack senyum macho.

' A'ah. Jom masuk, Zack. Arin nak mandi, dah busuk sangat ni dengan peluh.'

' Kau je, aku wangi ar.' Kata Zack sambil meletakkan tangannya ke bahu Arin. Arin bahagia melihat senyuman mesra di bibir Zack.

------

Apa yang dia sembunyikan dalam bilik dia tu? Ada perempuan lain ke?? Arin mula berfikir tentang bilik Zack 3 hari kemudian. Dia menyusun langkahnya perlahan ke bawah, melihat pada Zack yang sedang leka dengan TV dan PS 2 nya itu, kemudian dia pun naik dan menapak ke bilik Zack.

Dengan hati penuh debaran, Arin memegang tombol pintu. Mintak-mintak dia tak kunci. Tangannya terketar dan cuba memulas tombol pintu tersebut, namun hatinya hampa selepas pintu tersebut berkunci.

' Hah, kau buat apa depan bilik aku ni, Rin?' Zack tetiba muncul dengan muka jahatnya.

' Ya Allah! Terkejut bapak gajah mengamuk!' Arin melatah kuat kerana disergah Zack secara tiba-tiba.

' Oo, kau nak pecah masuk dalam bilik aku ye?'

' Takde. Arin betul-betulkan notis tu je, Zack.' Zack mendekati Arin. Kedua-dua tapak tangannya dirapatkan ke dinding, seperti mengurung Arin yang masih berdebar kuat itu.

' Zack, buat apa ni?' Arin bertanya perlahan kerana dadanya agak rapat dengan Zack.

' Kau tau tak kau ni cantik? Dah lama aku pendam perasaan aku dekat kau, Rin. Kau tak rasa ke apa yang aku rasa?' Zack bertanya sambil tangannya membelai lembut pipi Arin.

' Rasa.' Arin berkata perlahan dan tunduk kemudiannya.

' Kau sanggup tidur dengan aku malam ni, em?' Zack merenung mata Arin. Huhu, so cute!

' Ye, sanggup..'

' What?? Arin, I've told you before, jangan serahkan body kau pada lelaki yang bukan suami kau!' Hai, susah betul la cakap dengan si Arin ni. Tak faham BM agaknya!

' Habis, kenapa Zack.. tanya Arin macam tu tadi?'

' Aku saja nak test kau, Rin. Aku baru goda sikit je, senang je kau setuju. Rin, jangan bagi pisang berbuah dua kali.' Zack serius.

' Tapi, Arin.. sayangkan Zack. Sanggup buat apa je untuk Zack.' Matanya mula berair. Adei, ni yang aku lemah ni!

' Dah, dah. Tak mau nangis-nangis, nanti baby sedih.' Kata Zack memujuk. Dia menarik tangan Arin dan mendudukkan Arin di atas sofa depan biliknya itu.

' Yang penting, kau kena ingat Rin, dosa tau kalau serahkan tubuh badan pada bukan muhrim, walaupun kau sayangkan dia. Dah ye. Mana kitten comel? Dah bagi dia makan belum?' Zack cuba mengalih topik.

' Kitten.. lupa bagi makan.' Kata Arin sambil menyedut air hidungnya yang sudah mula keluar dari lubang hidungnya.

' Nah tisu. Jom, aku teman kau turun bagi kitten makan.'

-----

' Dia tengah tidur. Mana dia letak kunci bilik dia eh?' Arin merenung-renung badan Zack yang sudah tertidur di atas sofa tengah hari itu. Kemudian, dia cuba menyelukkan tangannya ke dalam saku t-shirt hitam yang dipakai Zack. Takde.

' Uhh, Arin.. Kau..' Zack tetiba bergerak-gerak dan bercakap, matanya masih terpejam. Arin terkejut, namun kemudiannya Zack mengalihkan badannya mengiring ke kiri. Mimpi rupanya. Kemudian, tak semena-mena sepasang kunci terkeluar dari poket belakang seluarnya.

Arin apa lagi. Cepat-cepat dia mengambil kunci itu dan berlari naik ke atas. Kunci tersebut memang untuk pintu bilik Zack. Dia berjaya membuka pintu bilik Zack, kemudian dia turun kembali meletakkan kunci tersebut di dalam poket seluar Zack.

Pintu bilik dikuak. Bau perfume mahal Zack menusuk ke dalam hidung. Arin merenung keliling. Kemas. Takde perempuan and benda yang memusykilkan. Kemudian, dia menuju ke arah tempat menyidai tuala. Kenapa ada telekung? Umm, mungkin telekung ni memang ada dekat sini kot.

Dia cuba membuka almari pakaian, namun berkunci la pulak. Mungkin kuncinya sekali dengan kunci bilik tadi. Ahh, tak boleh jadi nih! Nak turun karang takut dia dah bangun. Kemudian, matanya meliar ke almari kecik di sebelah katil. Wallet!

Arin segera mengambil wallet itu lalu dibuka. Tebal dengan duit RM100. Kalau aku curik ni, kaya jugak huhu. Tapi, bukan itu motifnya. Arin membelek-belek. Kemudian dia membaca name card Zack. Sofi Zarill Mohammad. Kenapa macam nama perempuan? Em, tapi ada je lelaki nama macam perempuan.

I.C dia.. What?? Jantina.. perempuan??

12 ulasan:

mishaq berkata...

arin da tau zack perempuan. kempunan la dia nak berpakwe kan si zack tu..
haha..tak sabar tggu abg din kembali cari zack..

~xcited t'lebih~

eija berkata...

wah...makin sonot..~~~bile lak din nk jupe zack nih.....~~~~

What a stRange worLd... berkata...

abg din dah angau.. huhu.. sampai xkisah zack tu laki ke pompuan

keSENGALan teserlah.. berkata...

yesss...
lega aku arin da taw zack pompuan..
hahaa...
abg din,,tayah risau..anda bukan gay ye..debaran yg anda rse tuh disebbkan zack seorang perempuan..
hahaa...
smbung3..

Zazzz!~ berkata...

lolz~
mcm biase..bestz! ^^
overall zack mmg sgt cute dan klaka :P
kalo la dia tu btul2 lelaki, perghh dia la lelaki idaman saye :P
keep it up! like ur story ^^

banana+milk=banana milk shake berkata...

yei yei
arin dah tau..
now kes abg din lak..
hurry up bang din..cari zack cepat seblm t'lambat..

sYaFaRiNa berkata...

aku x suke ar kat arin tu...
sgt2 x suke...
pe kes sng2 syok kt ank org..
abg din cpt ar cri zack..

nur nina berkata...

wahhh.. sume nye rindu abg din~ sy punnn!!! XD

pembaca setia berkata...

hahaha rahsia zack dah bocor..
tak sabar nak tau cite abg din..
cepat2 sambung ye..

♥corcraze♥ berkata...

yahoo!!pdn muke zack rahsia dah boco..
pasnih ade la tuh helah die..
'aku tak ckp pon aku laki' ke..
hahaha!!

ee,sume mish abg din,but not me..
mcm tue kot..
kalo zack Horikita Maki,and abg din sape lak??
Tamaki Hiroshi(Nodame Cantabile)?,
Takashi Sorimachi (GTO) or???

nurulshakierah berkata...

wahhh...makin menarik ni...sian si arin bila tau zack ni pompuan..melepasla dia..abg din cepatla cr zack a.k.a sofi..xsabo nak baca ni...

Tanpa Nama berkata...

adui!finally jmpe jgak akak nye bl0g..huhuhu..bst r cter ni