Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 3 Julai 2009

bini aku tomboy ke? 22

Mata Zack terkelip-kelip memandang mata Azim. Azim merenung dalam muka Zack. Makin lama makin comel pulak dah budak tomboy nih! Azim berbisik perlahan di dalam hati.

' Kau cantik, Sofi.' Azim berkata dengan nada berbisik.

Eh? Sejak bila nama aku bertukar jadi Sofi pulak dah nih? Adei la.

Tangan Azim perlahan-lahan memaut leher Zack. Zack menggigit bibir. Auntie Lisa pulak dah berlalu dengan senyum di bibir dan tersipu-sipu malu. Mamanya pulak yang lebih!

Zack masih blur. Entah kenapa keadaan sebegitu membuatkan dia berdebar-debar. Jarang benar dia nak berdebar-debar apabila berhadapan dengan lelaki, apatah lagi si Azim yang sudah lama dianggap seperti adik-beradiknya sendiri. Kembar tak seiras okay jugak, sebab mereka berdua sebaya kan.

Muka Azim dirapatkan lagi ke muka Zack. Zack pulak memaut leher Azim dengan kedua-dua tangannya dan..

' Aduh! Sakit lah, mangkuk!' Azim segera berdiri dan memegang dahinya perlahan selepas dihantuk kuat dengan kepala Zack.

' Mangkuk jenama Mikasa untuk kau! Heh! Ingat sikit kau tu lelaki, aku ni sebaliknya! Jangan main sentuh cium-cium macam tu je! Kalau ye pun, tunggu la kahwin! Dah lah, aku nak balik!' Zack bangun dan berjalan laju masuk ke dalam rumah Azim. Bajunya tadi ditinggalkan begitu saja.

Azim pulak menyesal 5 kilo. Free-free dapat bengkak biru! Mahu seminggu tahap kehenseman aku ni merudum jatuh! Aish! Dah sakit satu hal, malu satu hal! Macam mana aku boleh nak pergi cium budak tu?? Hai, mengucap, mengucap, Zim! Ingat Tuhan!

' Zack! Nak ke mana tu??' Mama terjerit kuat sambil mengejar perlahan Zack dari belakang yang laju berjalan dengan beg putihnya.

' Ma, Zack nak balik dulu. Babai.' Zack berkata perlahan dengan wajah masam mencuka. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta dan segera menghidupkan enjin lalu berlalu pergi begitu sahaja, meninggalkan mamanya yang terpinga-pinga sendiri. Eh? Aku dengan laki tua aku tu nak balik naik apa??

' Kenapa dengan Zack, Zim??' Auntie Lisa bertanya hairan.

Azim menggeleng sambil mengurut-urut dahinya sendiri.

' Ya Allah! Kenapa ni, sayang??' Auntie Lisa mengusap-usap dahi Azim yang bengkaknya makin membesar dan membiru.

' Penangan Zack, ma.' Azim membalas selamba dan berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Orang lain tercengang-cengang mendengar jawapan Azim. Haih, belum kahwin lagi nih! Agak-agak dah kahwin nanti, lebam satu badan si Azim kena karate si Zack!

' Mungkin kena tangguh dulu majlis tunang diorang ni.' Kata papa Azim sambil memeluk badannya sendiri. Auntie Lisa still pening-pening. Tadi bukan main romantik aku tengok, tup tup blah sekejap, dah dapat telur ayam kampung sebijik dekat dahi!

' Abangnya. Macam mana kita nak balik ni?' Mama Zack menyiku-nyiku suaminya di sebelah sambil membuat muka cover. Dari awal sampai ke habis, memang asyik kerja dok meng'cover' jela dek kerana perangai budak-budak rebina 2 orang tu! Malu betul rasanya. Entah betul tidak usulnya yang mencadangkan anak-anak mereka dinikahkan.

' Tak apa, mintak pak Abu hantarkan.' Papa Azim berkata sambil memandang ke arah papa Zack.

' Menyusahkan je. Si Zack ni memang nak kena.' Papa Zack membebel sendiri.

' Azim buat bebukan kot dekat dia, tu yang dia marah tu.' Papa Azim cuba mempertahankan Zack.

' Em, tak tahu lah saya dengan budak-budak zaman sekarang ni. Terima kasih dinner tadi. Mintak maaf lah dengan kelakuan si Zack tu. Nanti kita bincang balik pasal ni. Kami balik dulu. Assalamualaikum.' Papa Zack bersalaman dengan papa Azim dan masuk ke dalam Mercedes Benz kawan baiknya itu untuk dihantar pulang.

-----

' Mama! Janganlah tunangkan Zack dengan dia! Dia dah ada girlfriend lain la, ma!' Zack berkata kuat sambil tangannya menggoncang-goncang air tin 100 Plus. Baru lepas belasah orang, kena la tambah tenaga balik! Che, poyo pulak.

' Kenapa Zack lebamkan dia tadi?' Mama bertanya selepas duduk di sofa berhampiran.

' Dia nak.. nak..' Alamak! Terkedu sekejap, blushing pulak aku! Patut ke beritahu mama ni?? Ke tak? Esh, masalah luar negara betul la!

' Dia nak apa??' Mama bertanya laju. Geram dengan Zack yang tergagap tiba-tiba.

' Uhh! Dia nak ki..' Zack membuat gaya kissing menggunakan tangannya.

' Betul ke ni, Zack?? Dia nak kiss Zack??' Mama menjerit kuat.

' Betul la, ma! Takkan Zack sengaja nak fitnah and cederakan dia kot? Dia kan kawan baik Zack dulu, ma?' Zack berterus-terang. Huh! Malu siot! Dia segera membuka penutup tin 100 Plus tadi dengan kasar. Air 100 Plus itu diminum gelojoh sehingga tumpah dan membasahi singletnya.

Papa dan mamanya merenung antara satu sama lain. Nakal jugak si Azim tu rupanya! Dan akhirnya kedua-dua orang tua tadi pun menggeleng-gelengkan kepala mereka.

' Zack naik dulu, ma!'

-----

' Nombor yang anda dail..' Esh! Apesal dengan si operator ni?? Zack tak puas hati lalu dia mendail kembali nombor abang Din. Ni dah kali ke lapan dah ni! Mana dia? Aaa! Bang Din!

Akhirnya, Zack hampa dan dia tertidur kepenatan.

----

Esoknya, selepas bangun solat Subuh, Zack segera mencapai handphonenya dan menghubungi abang Din lagi. Hatinya gelisah. Perasaannya bercampur baur, tak dapat dibayang bagaimana lagi. Uhh! Mana orang tua nih?? Aku tak nak kahwin dengan Azim! Aku tak cintakan dia! Aku tak nak!

Setelah puas mendail, handphone pun sampai dah nak naik bengong, Zack mengambil keputusan untuk ke rumah abang Din. Dia sendiri pun hairan kenapa hatinya meronta-ronta untuk bercakap dan meluahkan perasaannya ketika itu kepada abang Din. Padahal, mama pun ada kalau setakat nak meluahkan perasaan.

Selepas bersiap, Zack ke rumah abang Din. Namun rumahnya berkunci. Selepas penat mengetuk pintu dan menjerit memanggil abang Din namun tiada siapa yang menjawab, Zack pun mula merenung-renung ke dalam rumah melalui lubang-lubang yang ada.

' Karang aku letupkan pintu rumah ni baru tau.' Zack bising sendiri.

Habis ditawaf keliling rumah kerana nak meneropong ke dalam, tetapi sekali lagi dia hampa. Mana dia?? Uwaa! Abang Din!

Zack berlari-lari anak menuju ke keretanya. Dia dekat kedai kot. Zack memandu laju ke kedai makan tempat abang Din bekerja.

' Ahh! Lantak kau la kereta!' Zack menjerit kuat di dalam kereta. Semua mata memandang ke arah kereta Porshe yang dibrek mengejut di depan kedai makan tersebut.

Zack turun terkocoh-kocoh dan masuk ke dalam kedai.

' Bang Din! Bang Din!' Zack membuat kecoh di kedai tersebut.

' Bang Din mana, bang??' Dia cepat-cepat bertanya kepada seorang pekerja di situ.

' Oh, dia dah pindah, dik. Kitorang pun tak tau dia pindah ke mana.' Jawab Arif selamba.

' Takkan dia tak bagi hint langsung dia pergi mana, bang??' Zack tak dapat nak mengawal suaranya lagi dah.

' Kitorang pun tak tau, dik. Dia tak nak beritahu kitorang dia nak ke mana.' Arif menjawab lagi sambil menghisap rokok daun tembakaunya di situ.

Zack menggaru-garu badannya semacam beruk penuh kutu di kedai makan tersebut. Dia sendiri pun hairan kenapa dia jadi sebegitu? Dia menarik kerusi di situ dan duduk termenung.

' Kenapa adik cari dia?'

' Saya.. rindu kan dia.' Zack menjawab perlahan sambil matanya merenung kosong ke lantai.

Esh, aku kena belajar dengan si Din ni! Budak laki ni pun boleh rindu kat dia, apa kes? Dah la anak orang kaya pulak tu! Arif berbisik sendiri di dalam hati sambil memandang ke arah Porshe milik Zack, kemudian kembali menghayati rokok daunnya tadi.

Zack segera mengeluarkan telefonnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mungkin abang Din!

Jom keluar petang ni. Kau free tak?

Uhh mangkuk ni lagi. Nak apa nya dia ni? Tak cukup ke aku bagi expert punya 'kiss' malam semalam??


## Sorry sebab lambat post new entry. Dah tu xbest pulak tu huhu. Mintak maaf bebanyak na. Ni pun idea tada. Tu yg main tulis tah apa2. Mood xde la tatau kenapa. Sorry lagi sekali! Have a nice day then!

16 ulasan:

nur nina berkata...

dalam xde mood tu,best jugeeee ceritanye.. hehe..=D

keSENGALan teserlah.. berkata...

huhu,,tuka pikiran bley??ekekkee..
azim n zack cm best je kalo berdua..
abg din too tua n too matang la ngn zack..td azim n zack cm sepadan je..
huhu..tp tataw la cmnekan...
smbung2..

MaY_LiN berkata...

hahah..
zack da rindu2 abg din...

Zazz!~ berkata...

best pe risa..
huhu rindu da zack kat abg din..
tapi kan..azim pun okey gak ^^
keep it up k risa!
sis sokong risa dari dulu sampaila skrg! :)

mishaq berkata...

rindu rinduan da same abg din...
hehe...

Tanpa Nama berkata...

abg din supir ku pun ensem mcm abg din dalam novel ni hikhik..Yang penting dua2 Din ni ensem giles..

Tanpa Nama berkata...

uiii...
beshhh r citer nie...
sambng lg ye...
wt bes2 tau...
fightng!!!

Kopi Ais berkata...

hmm..boley x buat cite abg din ngan azim tu adek bradek?
bru best!!

Kopi Ais berkata...

hmm..boley x buat cite abg din ngan azim tu adek bradek?
bru best!!

Kopi Ais berkata...

hmm..boley x buat cite abg din ngan azim tu adek bradek?
bru best!!

Kopi Ais berkata...

hmm..boley x buat cite abg din ngan azim tu adek bradek?
bru best!!

Kopi Ais berkata...

hmm..boley x buat cite abg din ngan azim tu adek bradek?
bru best!!

Tanpa Nama berkata...

tak nak abg din ngan zack...abg din baek tp xseswai la dgn zack...biarla zack ngan azim...bru ada thrill sket...ni dah sama2 suka xbesh la...nak zack ngan azim!!

Tanpa Nama berkata...

betol3 zack ngan azim la baru cute sket....hehehe

Tanpa Nama berkata...

salam .
erm .
bez lar .
cepat ckit smbung erk .
x saba nak taw per citer .
huhuhu .=)

-shahieka-

~ezaitie~ berkata...

salam best ka karya risa ni..sempoi je..xla memenatkan kepale otak nk pk2 or feeling2 terlebih..