Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 31 Mei 2009

XIE XIE NI

‘ Adi, I takut nak jumpa mama and papa.’ Janice menyatakan kerisauannya kepada Adi. Jari-jemarinya memintal-mintal rambut lurusnya, sambil dahinya berkerut seribu.

‘ Jan, there’s nothing, okay? I’m with you. Don’t be afraid. Jom.’ Adi keluar dari perut keretanya lalu membukakan pintu kereta untuk Janice. Janice berdebar kuat. Kakinya seolah-olah mahu tercabut, jantungnya kuat mengepam sehingga seakan boleh pecah dadanya itu.

Mereka kini berada di hadapan rumah besar Janice. Janice masih ragu-ragu, namun cuba ditabahkan hatinya untuk berdepan dengan situasi yang pasti mencemaskannya nanti. Senyuman Adi di sebelahnya seakan memberikannya semangat untuk melangkah masuk ke rumah.

‘ Papa, mama. Ini kawan Jan, Adi.’ Janice menegur kedua-dua orang tuanya yang sedang duduk-duduk di ruang tamu sambil minum petang.

‘ Oh, ya? Mari mari, duduk sini. Adi ya?’ Mama Janice menjemput Adi untuk duduk bersama mereka.

‘ Auntie Rosie? Saya kawan Jan, kami sama kos masa study dulu.’ Adi menghadiahkan senyuman kepada mama Janice. Mereka terus berbual mesra. Papanya yang agak pendiam dan serius itu kadang kala menyampuk juga di dalam perbualan mereka.

‘ Mama, papa. Jan ada benda mahu beritahu.’ Janice berdehem berkali-kali. Dadanya mula berdebar kuat kembali. Matanya merenung Adi yang duduk bertentang dengannya.

‘ Apa dia, honey?’ Mamanya bertanya lembut.

‘ Jan.. Jan.. dah.. masuk Islam.’ Suara Janice bergetar. Suaranya serak, kepalanya tertunduk merenung lantai.

‘ Apa semua ini, Jan?!! Kamu dah hilang akal ke?!’ Papanya bangun dan mula menyinga.

‘ Papa, mama. Ampun. Jan terlalu cintakan Adi, Jan nak hidup bersama dengan dia. Kenapa mama dan papa tak boleh restui Jan?’ Janice menitiskan airmatanya, sebak.

‘ Kenapa Islam?? Papa tak dapat terima itu!’ Papanya berlalu ke dapur dengan muka merah padam. Adi menggigit bibir melihat situasi itu. Kasihan Janice. Namun, dia tidak dapat membantu apa-apa, kerana dia juga cintakan Janice. Jika Janice tidak memeluk Islam, mereka tidak akan dapat berkahwin.

‘ Mama. Tolong Jan. Pujuk papa.’ Janice menggenggam tangan mamanya. Mamanya cuma berdiri tegak. Mukanya berkerut dan kelihatan seperti berada di dunia lain.

‘ Lari, Jan! Pergi, cepat!’ Mamanya secara tiba-tiba bersuara dan menyuruh anaknya itu segera beredar.

‘ Kau nak pergi mana?! Jangan kau berani balik ke rumah ini! Kau bukan anak aku!!’ Papa Janice mengejar mereka berdua dengan parang kontot yang berkilat. Adi dan Janice berlari-lari anak masuk ke dalam kereta. Janice menangis tersedu-sedu di sebelah Adi.

‘ Jan, I minta maaf buat you begini.’ Adi risau melihatkan yang Janice tidak henti-henti menangis sehingga mereka sampai ke rumah ibubapa Adi.

‘ Takpe, Adi. I tahu apa yang I buat. I harap ada sinar untuk kita nanti.’ Janice cuba menenangkan hatinya dan juga kekasih hatinya itu.

‘ Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk I, Jan.’ Adi terharu dengan ucapan Janice. Janice berusaha untuk tersenyum walaupun hatinya tidak seperti apa yang digambarkan pada luarannya.

*****

‘ Saya, Muhammad Adi bin Ahmad, terima nikahnya, Fatimah az-Zahra Lee, dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50, tunai.’

‘ Jan, thanks sebab sudi jadi isteri I.’ Adi tersenyum melihat isterinya yang kelihatan amat jelita walaupun cuma berdandan sendiri. Mungkin seri pengantin, fikirnya. Namun, Janice memang menjadi tarikan sejak mereka di universiti dahulu lagi. Dia amat bertuah dapat memiliki Janice.

‘ Sebab cinta, sayang. Yang penting, abang jangan tinggalkan Jan. Jan tak tahu nak ke mana kalau abang tinggalkan Jan.’ Airmatanya bertakung di tubir mata. Kelopaknya dikelip-kelipkan agar airmata itu tidak mengalir, namun sebak di hatinya tidak dapat ditahan lagi. Adi memeluknya erat dan mengusap-usap belakangnya.

‘ Jan rindu mama, rindu papa. Mereka tak datang pun kenduri kita, bang.’ Airmatanya mengalir laju seperti empangan pecah, tidak dapat ditahan lagi, namun, dia sendiri menyedari itulah hakikat yang perlu ditanggung demi cintanya.

‘ Sshh. Sudah ya. Ini malam pertama kita. Jan kena senyum ya. Jangan macam ni, abang susah hati tengok.’ Adi cuba memujuk isterinya itu. Janice tersenyum dan mengangguk.

Jam 6.30 pagi, jam di sebelahnya berbunyi nyaring. Janice tersedar. Dia membuka mata perlahan-lahan. Dilihat wajah kacak Adi di sebelahnya. Lalu dia pun menggerak-gerakkan badan suaminya itu.

‘ Abang, bangun. Kita kena sembahyang kan?’ Walaupun Janice kurang mengetahui tentang Islam dan hukum-hakamnya, namun dia tahu yang orang Islam wajib atau hukumnya mandatori di dalam solat. Setiap hari, lima waktu. Dia amat kagum dengan rakan sebiliknya dahulu yang amat taat dengan perintah Allah, begitu rajin dia solat tanpa meninggalkan walaupun satu waktu.

‘ Abang penat, ngantuk. Abang..’ Adi membebel sesuatu namun tidak dapat ditangkap butir bicaranya, kemudian terlena kembali. Janice bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik air. Sayup-sayup di luar, terdengar suara wanita mengalunkan sesuatu ayat yang amat indah didengar, pasti ibu mertuanya sedang mengalunkan ayat al- Quran.

Selepas siap mandi, Janice keluar dan duduk bersimpuh di sebelah ibu Adi. Ibunya berhenti mengaji sebentar lalu memandang ke arah anak menantunya yang sedang terkebil-kebil merenungnya.

‘ Zahra, dah solat?’ Mak Minah bertanya lembut. Dia tersenyum selepas melihat Janice menggelengkan kepala.

‘ Zahra tak sempat belajar solat betul-betul lagi, ibu.’ Perlahan dia mengatur ayat, bimbang juga jika ibu mertuanya memandang sinis kepadanya.

‘ Nak belajar tak? Ibu ajarkan.’ Mak Minah tersenyum lagi melihatkan menantunya itu terangguk-angguk laju seperti ayam mematuk makanan apabila dia bertanya. Syukur alhamdulillah. Insya Allah dia pasti akan menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya.

‘ Zahra baru nak belajar, ibu. Kalau ada tersilap, ibu tolong betulkan.’ Fasih anak keturunan baba nyonya itu berkata-kata.

‘ Insya Allah, sayang.’ Ibu Adi begitu penyayang. Dia membantu Janice di dalam melakukan suruhan-Nya. Dia tahu anaknya agak liat sedikit jika bab-bab solat dan agama ini. Nak harapkan budak tu, kasihan Janice, pasti akan terabai begitu sahaja.

*****

‘ Ibu, ibu! Macam mana Zahra nak baca ayat ni? Lepas itu, kenapa dia huruf macam ni? Takde pun terjemahan maksud dia, ibu?’ Janice menunjukkan ayat dari surah Yasin pada pagi hari itu.

‘ Oh, ini huruf muqata’ah. Huruf ya dengan sin kan? Jadi Zahra sebut saja huruf-huruf ni tanpa baris. Ayat ni takde maksudnya, sayang. Hanya Allah sahaja yang mengetahui maksudnya. Ada 2 jenis ayat di dalam al Quran, iaitu ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Muhkamat, yang terang-terangan kita tahu maknanya, mutasyabihat pula, ayat yang susah difahami atau Allah sahaja yang mengetahui.’

‘ Contohnya, ibu?’ Janice membulatkan matanya yang sudah sedia bulat seperti guli itu.

‘ Contohnya ayat yang menyebut tentang tangan Allah. Ada ulama yang mentafsir ayat ini sebagai kuasa Allah. Namun, lebih baik untuk kita serahkan sahaja persoalan ni pada Allah, sebab ilmu yang dah terbentang luas untuk kita pun kita tak habis teroka lagi, jadi ilmu yang Allah simpan tu kita biarkan sahaja, ya. Tapi, persoalan ni banyak menimbulkan khilaf antara ulama.’

‘ Khilaf?’ Dahinya berkerut hairan. Apa tu?

‘ Khilaf ni percanggahan pendapat. Banyak orang, banyak pendapatnya. Yang penting, Zahra kena jaga hati jangan sampai terpesong, ya.’ Mak Minah menasihati menantunya itu. Dia seorang yang berpelajaran tinggi di dalam bidang agama. Ilmunya banyak kerana dahulunya dia seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

‘ Insya Allah, ibu.’

‘ Lagi satu, cuba Zahra rujuk surah Yasin ayat 40 dan surah al Mudassir ayat 2. Ada ayat magic dekat situ.’ Mata Janice tak lepas dari memandang muka mak mertuanya.

‘ Cuba Zahra susun ayat ‘ RABAKA FA KABBIR’ dan ‘ KULLUN FI FALAKIN’ (dalam arab) tu, lepas tu baca secara terbalik, apa yang Zahra nampak?’

‘ Eh? Huruf-hurufnya tetap sama walaupun kita baca terbalik, ibu?’

‘ Ya, betul. Tu lah antara salah satu mukjizat al Quran.’ Janice terangguk-angguk dan mengkagumi keistimewaan al Kitab di hadapannya itu.

' Eh, abang dah balik?’ Janice menutup al Quran dan membuka telekungnya setelah dilihat suaminya sudah pulang dari kerja. Dia mengambil keputusan untuk tidak bekerja bagi mendalami Islam dan juga menjaga suami dan rumahtangganya. Hidupnya cukup tenang setelah dia menjumpai nur Islam itu.

‘ Abang ada berita baik. Abang dah jumpa rumah sewa untuk kita, sayang.’

‘ Ye? Tapi, Zahra suka duduk dengan ibu, bang.’ Ujar Zahra.

‘ Kita duduk rumah sewa lebih privasi, sayang. Tak ganggu ibu.’ Zahra termenung sebentar.
‘ Berapa sewa sebulan, bang?’ Tanya Janice seakan dia bersetuju untuk berpindah. Lagipun, dia tidak boleh membantah kata suami. Suami perlu dihormati selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip syariat, seperti yang dibaca di dalam buku-buku ilmiah tentang Islam.

*****
‘ Zahra, sayang. Jom makan kat luar malam ni. Tak payah masak lah.’ Kata Adi kepada isterinya yang sedang mengurut belakang badannya.

‘ Ye, bang. Nak pergi bila?

‘ Zahra siap ye. Abang baring dulu jap.’ 10 minit kemudian..

‘ Bang, bang. Jom, Zahra dah siap.’

‘ Haa? Oh mak datuk kau! Zahra? Kenapa selubung macam ni?? Zahra tak sihat ke, sayang?’ Adi yang baru dikejutkan dari tidur melatah lantaran melihat isterinya itu memakai purdah. Berselubung macam hantu raya saja lagaknya. Berbeza dengan semasa mereka berkenalan dahulu. Janice yang dikenalinya selalu berpakaian seksi dan mendedahkan tubuhnya yang putih melepak dan lembut itu. Mungkin disebabkan itulah dia jatuh cinta pada Janice..?

‘ Zahra nak abang sahaja yang tengok muka Zahra. Zahra tak nak orang lain tengok.’ Jawab Zahra di dalam purdah putihnya. Begitu ayu walaupun bertutup.

‘ Kalau tak pakai, tak boleh ke sayang?’

‘ Kenapa, bang? Zahra pakai untuk menjaga maruah abang jugak, bang.’

‘ Aduh! Perut abang senak tiba-tiba! Zahra tunggu kejap ye. Abang pergi melabur saham tak laku ni kejap tau. Zahra rehat-rehat la dulu, na. Abang lama sikit ni, bukan Zahra tak tahu kan?’

‘ Baik, bang.’ Janice menunggu di meja studi sambil membaca buku La Tahzan karya Dr Aidh al- Qarni sehingga akhirnya dia tertidur menunggu suaminya tidak juga keluar-keluar.

******

‘ Bang, bangun lah. Dah subuh, solat dengan Zahra sekali.’ Suara lembut Janice menusuk kalbu, namun Adi makin nyenyak tidur dan menarik selimutnya menutupi tiga per empat tubuhnya. Adi memang susah hendak solat. Selama 4 bulan mereka berkahwin, hanya beberapa kali sahaja Adi dilihatnya bersolat, tidak cukup 5 kali sehari.

‘ Dah la, jangan sibuk. Abang nak tidur.’ Selalunya itu lah jawapan yang diberikan oleh suaminya apabila diajak bersolat. Berbeza benar dengan ibu bapanya. Sebab itu lah nasyid dari kumpulan Raihan ada menyatakan ‘iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa..’

‘ Abang, pukul berapa nak balik?’ Janice menelefon suaminya di pejabat bagi memastikan yang dia sempat membukakan pintu untuk suaminya jika dia tahu bilakah suaminya akan pulang. Dia mahu menjadi seperti wanita teladan pada zaman Rasulullah dahulu. Apabila suaminya pulang dari luar, wanita itu akan membawa bekas air, tongkat dan mengangkat kainnya hingga menampakkan kakinya.

Tujuannya apabila suaminya dahaga, dia akan menghulurkan air. Jika suaminya marah padanya, pukullah dia dengan tongkat, dia mengangkat kain bagi memudahkan apabila suaminya ingin bermesra. Itulah wanita yang akan berada di syurga kerana begitu taat akan suami.

‘ Ehm, abang tak tahu lagi nak balik pukul berapa malam ni. Lambat sikit kot. Ada meeting ni.’ Janice hampa dengan jawapan acuh tak acuh suaminya itu. Cara suaminya itu melayannya sudah tidak seperti dulu. Kenapa? Tersilapkah aku? Aku terabaikan dia? Aku tak endahkan dia? Ya Allah! Kau ampunkanlah aku jika aku tersalah! Astaghfirullah..

*****

‘ Abang, Zahra nak minta kebenaran abang. Zahra nak keluar berkhidmat untuk masyarakat, nak berdakwah. Boleh tak bang?’ lembut Janice mengutarakan hasrat hatinya ketika suaminya itu sedang menonton televisyen.

‘ Dekat mana?’

‘ Dekat Kuala Lumpur, bang.’

‘ Jauhnya? Siapa yang nak tengokkan abang kalau macam tu?’

‘ Zahra jemu duduk rumah bang. Terperap saja. Kalau dekat sana nanti, Insya Allah Zahra dapat belajar secara praktikal macam mana nak berdakwah pada orang. Tapi, kalau abang tak izinkan, Zahra tak pergi.’

‘ Ehm, pergi lah. Berapa lama?’

‘ Tak pasti, bang. Tapi dalam 3,4 hari saja kot, bang. Tak lama. Terima kasih, bang!’

********

‘ Apa khabar dia ye? Rindunya.’ Zahra berbisik perlahan petang itu pada hari pertama dia berada di KL bagi tujuan berdakwah. Telefon bimbitnya dicapai lalu mendail nombor telefon bimbit Adi. Namun, talian sibuk dan tidak dapat disambung. Kenapa? Dia sihat ke tak? Dah makan belum? Kenapa hati aku tak sedap ni? Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu.

Akhirnya, disebabkan rasa tidak sedap hati itu, lalu Zahra pun pulang ke rumah. Dia menarik nafas lega apabila dilihatnya lampu bilik tidur mereka menyala. Bermakna Adi sudah pulang dan selamat. Dengan gembiranya, dia melangkah masuk ke dalam rumah, lalu perlahan-lahan dia naik ke atas untuk memberi suprise kepada suaminya. Tentu dia gembira aku pulang awal.

‘ Abang! Bang..’ Kakinya terasa lembik apabila pintu bilik itu dikuak. Hatinya berdebar kuat. Inilah sebabnya rasa tidak sedap hatinya tadi. Rupanya Allah memberinya petanda.

‘ Zahra??!’

‘ Astaghfirullah. Kau ampunkanlah aku, ya Allah.’ Dia sudah terduduk di atas lantai. Suaminya sedang berasmara bersama dua orang wanita yang tidak dikenalinya di bilik tidur mereka, di atas katil mereka. Mereka bertiga tidak berpakaian langsung, lalu segera Adi mencapai kain pelikatnya yang tergantung berdekatan dengannya.

‘ Diamlah kau, Zahra!’ Dua wanita tadi mencapai pakaian masing-masing dan berlalu keluar tanpa mempedulikan Zahra.

‘ Kenapa bang?? Kenapa?’ Zahra tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir. Pedih yang teramat apabila cintanya dikhianati.

‘ Semuanya berpunca daripada kau lah, Zahra! Aku nak keluar dengan kau, kau sibuk nak pakai purdah! Aku nak tidur, kau sibuk kacau aku ajak aku solat! Aku kat pejabat, kau sibuk telefon tanya bila nak balik! Aku rimas tau tak? Aku rimas, benci, kau tau??! Aku kahwin dengan kau sebab kau cun melecun. Sayang kalau aku tak ambil peluang. Mana aku tau, lepas kau kahwin dan masuk Islam, terus kau berubah. Aku tak suka! Aku nak enjoy life!’

‘ Ya Allah, bang. Mengucap, bang. Mengucap!’

‘ Disebabkan kau ni macam perempuan hina tak tahu malu, bodoh, aku ce.. ahh..’

‘ Abang!’ Adi jatuh ke atas lantai. Dia terbaring di situ. Nafasnya singkat-singkat. Janice meriba suaminya itu dan mengurut-urutkan dadanya. Dia beristighfar tanpa henti, cemas, tak tahu apa yang perlu dibuat. Mulut Adi berbuih putih.

‘ Bang, mengucap. Lailahaillallah..’

‘ La.. i..’ Adi menghembuskan nafas terakhirnya di atas riba isterinya yang hendak diceraikan sebelumnya tadi. Siapa sangka, mautnya datang tanpa dapat diduga. Zahra @ Janice hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa arwah suaminya itu. Dengan bantuan arwah, dia dapat mengecapi nikmat hidup yang sebenar. Bayi di dalam perut yang baru berusia 2 bulan itu akan dijaga dan diasuh dengan didikan agama yang sempurna. Selepas seminggu pemergian Adi, Zahra disahkan mengandung.

Walaupun suaminya telah tiada, namun hatinya telah bersumpah, hanya Islam yang akan menjadi panduan hidupnya. Tidak dapat dinafikan dia amat menyintai arwah suaminya, namun selepas dia memeluk Islam, cinta pertamanya kepada Allah dan Rasul, kemudiannya baru lah kepada manusia lainnya.

Daripada cinta kepada manusia, dia menemui cinta-Nya. Betapa besar dan luas rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya. Allah menurunkan ke dunia 1 rahmah, lalu 99 rahmah disimpan di sisi-Nya. Jika ditelusuri, hanya Islam lah agama yang benar, Alhamdulillah. Berkat usaha ibu Adi dan juga Zahra, kedua-dua ibu bapa Zahra juga menemui nur Ilahi. Xie xie ni, Islam.

Semoga semua manusia akan menyedari Islam agama yang suci, benar dan satu-satunya agama yang akan terpelihara di sisi Tuhan. Juga moga ada peluang untuk kita mengubah diri dan bertaubat, insya Allah.

{{( kepada malaikat diperintahkan): ‘ Kumpulkan orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah, selain Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka. Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan disoal.’}} (As Saffat22-24)

4 ulasan:

akuCINTAcoklat berkata...

Wah so great3 story. Banyak teladan dan banyak ilmu yang dapat dipelajari. Arisa awak betul2 ada telent. Berkarya sambil berdakwah.
Gud luck always k..

eija berkata...

wow...mabeles story...xpenah tau psal surah yg klo bce tbalik still hve same words...congrats2...truskan berkarya...saye pasti mengikutmu sentiasa..insyaAllah..

keSENGALan teserlah.. berkata...

waaaaa..
beshnye..
byk pengajaran..
huhu..
tol3,,tataw lak dalm surah yaasin ader ayt cmtuh..huhu..kagum2...
awk ader talent larh..smbung la cite zack tuh..
ader pengajaran dlm cite uh even gile2..
huhu...

ezaitie berkata...

terharu membacanya...sgt bez..now risa u b 1 of my favourite author..chaiyok2..