Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Sabtu, 25 April 2009

bini aku tomboy ke? 9

' Woi! Apesal kau cium pipi aku?? Tak sah lagi nih!' Zack menolak kuat badan Azim yang secara tiba-tibanya mencium pipi kirinya tadi. Dahlah atas pentas, hampeh punya makhluk! Semua orang melihat ke arah mereka. Azim tersengih-sengih. Che! Macam beruk dekat Hutan Simpan Pahang pun ada aku tengok! Oh, kau main-mainkan aku eh? Tunggu kau!

' Nah! Kau suka la ambik kesempatan dekat aku kan? Baru nak bertunang, dah gatal! Hish! Aku campak dalam lombong baru kau tau!' Azim terduduk sambil memegang celah kangkangnya yang disepak Zack. Kuat nak mati! Mandul lah aku gini! Zack mengangkat tinggi dress hitamnya dan diikat kemas di pinggang, macam srikandi dalam drama pendekar la pulak huhu, nasib pakai seluar panjang dekat dalam dress tu.

' Hah! Come on! Aku dah bukak gelanggang WWE dah ni, cepat lah masuk! Tunggu apa? Masuk, masuk!'

Papanya menariknya ke tepi.

' Kenapa ni, Zack?! Malu lah papa!' Papanya berbisik perlahan tapi tegas.

' Malu? Papa patut lagi malu nak bermenantukan hantu air nih! Dah lah muka macam cekodok berkulat, gatal-gatal pulak tu! Huh!' Zack menjerit kuat. Tak payah pakai mikrofon, rasanya satu dewan dah bergegar dengan suara dia sorang je!

Secara tiba-tiba, mamanya naik ke atas pentas dan menyimbahnya dengan air oren.

' Mama! Kenapa siram Zack??'

' Hai, dah mama kejut cukup 36 kali dah, tak bangun-bangun, mana mama tak siram? Dah, cepat siap. Kejap lagi dah nak pergi dewan.'

Hah? Aku bermimpi! Yes! Aku tak bertunang! Zack melompat-lompat dengan semangat wajanya di atas katil tu.

' Sayang, kejap lagi mama mekapkan, okay?' Uhh! Macam mimpi aku je nih??

' Zack nak solat!' Zack terus turun dari katil dengan muka pucat. Habis dah kegirangannya tadi. Di dalam tandas, dia merenung wajahnya.

' Siapa la budak comel dalam cermin ni?' Zack berbisik sendirian. Rambut pendek berbelah tengahnya itu dikuis-kuis, dia tersenyum comel. Tidak dapat dinafikan lagi, aku lah budak tercomel di angkasa ni huhu! Ya Allah! Karatnya gigi aku! Macam nenek tua pakai gigi palsu emas! Zack menghembuskan nafas ke tapak tangannya. Subhanallah! Bau longkang + loji! Tak pengsan ke abang Din dengan mama cakap dengan aku tadi?? Aku bau sendiri pun dah naik juling bijik mata! Kalau mama pregnant, nescaya akan muntahlah orang tua itu huhu.

Zack cepat-cepat mencapai berus gigi yang memang sudah tersedia di hotel itu, lalu meletakkan ubat gigi banyak-banyak, sampai habis ubat gigi dalam tiub ubat gigi kecik sebesar jari kelingking itu dipicitnya. Mak ai! Ni la akibatnya aku tidur tak gosok gigi ni! Agaknya dah bertan-tan taik gigi dalam mulut 'wangi' aku ni! Ee, kotor gila tapir! Nak muntah aku membayangkannya!

' Mama! Ada ubat kumur mulut tak??' Zack menjerit dari dalam tandas.

' Takde.' Terdengar sayup-sayup suara mamanya dari luar.

Uhh! Apa kes nih? Aku paling tak suka bau mulut tahap loji ni! Dia menghembus sekali lagi nafasnya. Em, dah okay dah ni! Not bad, better than before. Gigi kuning takde pun sebenarnya. Aku je yang over tadi huhu. Gigi aku kan sparkling, more sparkle than abang Din, and the sparklest teeth in the world, hua hua!! Takkan la baru tak berus 2 hari dah kuning macam emas kot? Mustahil la!

' Zack! Buat apa tu? Dah dekat pukul lapan dah ni! Cepat lah! Karang nak solat lagi, nak mekap lagi!' Mamanya menjerit dari luar.

' Ye mama, ye! Kejap la, perut banyak angin ni. Tetiba je senak pulak!' Mekap, benda yang paling aku avoid seumur hidup aku! Kalau ye pun, aku akan tempek bedak baby je kat muka. Nak letak foundation, moisturiser and yang seangkatan tentera dengannya, jangan haraplah!

' Mama turunlah dulu kalau dah lambat!' Zack mereka ayat.

' Em, takpe, mama tunggu. Zack ni bukan boleh percaya sangat! Nanti entah-entah pakai seluar jean koyak tu je turun!' Eh, mama ni! Macam tau-tau je planning aku!

Akhirnya, Zack pun keluar. Itu pun jalan macam siput babi. Dia mencapai telekung. Pergerakannya dilambatkan semacam kartun slow motion. Solat yang selalunya 5 minit dipanjangkan menjadi 20 minit. Sengaja membaca surah sehabis panjang dan khusyu' untuk membuang masa, sampai mama give up menunggu. Tak senonoh betul budak ni! Solat pun dibuat main! Hai.. Tapi takpe jugak sebabnya aku rasa macam ni lah solat terkhusyu' aku selama aku hidup ni!

Sesudah solat, dia memandang ke arah mamanya yang sudah pun bersiap bukan main lagi. Rambut palsu bersanggul diletakkan kemas di atas kepalanya, muka putih macam orang opera cina, mulut warna ungu sepadan dengan mata bersinar-sinar macam bintangnya, sepadan jugak bersama-sama dress dan kasutnya. Mujur memang cantik mama aku ni! Hai, makin tua makin menjadi!

' Zack! Dah?'

' Jap! Nak berwirid bertalkin dulu!'

' Hish, budak ni! Sebelum mama cepuk, baik cepat-cepat sudahkan semua!' Darah tinggi mama naik dah nampak gayanya. Tadi still cool lagi, ni dah nampak dah taring singa betina dia!

' Ya Allah! Kau tolong lah aku! Aku tak nak mekap!' Sambil bersungguh-sungguh dia menadah tangannya berdoa memintak dengan seikhlas hati.

' Hah? Yela, I turun!' Zack berdebar-debar mendengarkan perkataan 'turun' yang disebut mamanya.

' Papa call. Mintak mama temankan dia.' Yay! Ya Allah! Terima kasih! Zack bangun menari tarian kuda kepang dengan bertelekung putihnya.

' Amboi? Habis dah wirid? Dah, make sure pakai baju hitam tadi kalau tak nak mama sakit. And pakai kasut ni.' Eh? Kasut dalam mimpi aku!

' Em, yela, mama.' Zack mem'babai' mamanya dan menghadiahkan kuntuman senyum comel di bibir. Yes! No make up! Just dress. Dress?? Zack menelan air liurnya.

Zack bersiap ala kadar. Rambutnya dibelah tepi dan disapu jel. Bedak mamanya diletak sedikit ke mukanya. Nampak bertompok la pulak. Akhirnya dia membasuh mukanya dan membiarkan sahaja mukanya tanpa mekap walaupun sedikit.

Em, dahla. Dah comel sangat dah ni, huhu. Dia pun turun dengan gaya ayunya menapak ke dewan hotel tersebut. Mujur mama dah beritahu aku awal-awal dekat mana dewan tu. Zack membelek mukanya di cermin yang tergantung di dinding sebelum masuk ke dewan. Eh, ada bunga. Dia berpaling ke kiri kanan lalu memetik sekuntum carnation pink selepas dipastikan line clear, lalu diselit ke telinganya. Wah! Cun gila aku! Mesti orang berkenan kat aku nanti! Hua hua.

Dia pun melangkah masuk ke dalam dewan penuh dengan lampu berwarna-warni itu. Memang takde spot light, tapi sebijik macam dalam mimpi aku tadi! Ish, tenang-tenang. Roh aku la ni yang advanced datang melawat-lawat dewan ni tadi huhu. Zack tercari-cari mamanya. Kemudian, dari jauh dia dapat melihat mamanya melambai-lambai ke arahnya. Sempat dia menjamu mata dengan makanan yang terhidang dalam 'perjalanan'nya ke arah meja mama.

' Oh, comelnya anak mama! Macam angel!'

' Angel tak berjantina, mama.' Zack menjawab endah tak endah. Dia melihat sekeliling selepas menyalami beberapa datin, kawan-kawan baik mamanya. Kemudian..

' Azim??' Kesilauan muka putihnya membuatkan aku nampak dia terang tang tang walaupun dewan ini agak gelap selepas lampu bebanyak tadi ditutup dan spot light sahaja yang menyuluh. Yah, aku nampak dia dengan Amy! Wui, advanced gila dia ni! Tak menyempat kahwinnya, dah pandai bawak perempuan ke hulu ke hilir!

' Woi, Azim! Jom, keluar kejap!' Zack menarik tangan Azim setibanya di meja tempat duduk Azim. Permintaan Pengerusi Majlis diabaikan yang menyuruh semua hadirin duduk.

' Eh, apesal ni?? Siapa kau? Aku tak kenal la!' Azim merentap tangan Zack, kuat.

' Aku Zack la, bongok!' Amy merenung Azim dengan renungan tajam macam pisau. Berani buat skandal depan aku! Kau tunggu Azim!

' Ish! Apesal ni, weh?'

' Aku nak bagi amaran dekat kau!' Bergema satu hotel dengan suara Zack selepas mereka berdua keluar dari dewan tersebut. Comelnya dia! First time aku tengok dia pakai macam perempuan walaupun dressnya diangkat sampai ke lutut menampakkan jeans kat dalamnya.

' Woi! Kau berangan apa ni, mangkuk??' Zack menolak bahu Azim.

' Hah? Apa benda kau nak beritahu?' Terkejut oleh sergahan Zack, Azim kembali ke alam nyata.

' Aku nak kau tolak habis-habisan kalau malam ni aku kena tunang dengan kau! Got it??' Tunang? Azim tak terkejut kalau mereka berdua akan ditunangkan pun, sebabnya ayah mereka berdua memang kawan baik.

' Apa kes nak bertunang aku dengan kau pulak? Kau ni demam ke, Zack?'

' Ahh, takde demam-demamnya! Aku nak kau buat apa yang aku cakap tadi, kalau tak aku cabut ekor and misai Aristotle kau!'

' Aristotle dah lama mati la.' Zack mengugut dengan nama kucing kesayangan Azim dahulu kalanya.

' Ahh, tak kisah lah! Yang penting, aku akan bunuh kau kalau kau berani terima nak bertunang dengan aku! Kau dengar??' Zack mencekak leher baju Azim selepas dilihat Azim semacam endah tak endah sahaja dengan ugutannya tadi. Bunga carnation yang dipetik tadinya jatuh ke lantai.

' Woo.. Stop it, Zack! Okay, okay. Aku dengar!' Azim terasa panas pipi selepas ada orang tertoleh-toleh ke arah mereka berdua. Mesti diorang fikir aku gaduh dengan bini queen control! Wah! Hilang lah kemachoan aku!

' Dah! Jom masuk!' Azim mengutip bunga yang jatuh dan diselit ke telinga Zack, kemudiannya memegang tangan Zack untuk dipimpin masuk ke dalam dewan selepas dia membetul-betul bajunya yang dicekak oleh Zack tadi.

' Eh, mangkuk! Aku bukan bini kau la! Lepas tangan sekarang!' Ek eleh. Minah ni, baru pegang tangan je pun, dah kecoh nak mati! Tapi, memang cun tahap monyet lah dia malam ni! Berombak dada and hati aku tengok!

' Kau ingat warning aku tadi! Jangan sampai aku belasah kau!' Zack mengugut sekali lagi di dalam dewan, perlahan tapi tegas. La, tau la kau ada tali pinggang hitam taekwondo, Zack. Janganla cabar aku lawan dengan perempuan!

' Weh! Aku bukan perempuan lemah macam kau fikir!' Esh! Hantu mana sampuk si Zack ni?? Pelik semacam je gayanya? Tau pulak tu apa aku fikir!

' Ye, ye! Aku tau!' Azim membalas dengan muka cipan malas.

Yes! Menjadi ugutan aku! Hua hua!

' Zack pergi mana?' Mama bertanya sambil matanya merenung dalam muka anaknya itu selepas Zack duduk di sebelahnya.

' Pergi spray kumbang, mama.'

' Spray kumbang? Kumbang mana,Zack?'

' Kumbang spesis putih kena sopak!' Zack menjawab endah tak endah sekali lagi. Mamanya malas nak bertanya lagi dah. Anaknya tu memang suka loyar buruk. Tanya benda lain, jawab ikut lain. Hai la. Gen siapa yang turun kat dia ni agaknya?

Selama persembahan-persembahan berlangsung, Zack tertoleh-toleh ke arah makanan di tengah dewan. Cukup 21 kali dia menelan air liur melihat ke arah makanan yang terhidang. Dari kejauhan, silauan muka Azim sekali lagi mengganggunya. Apesal dia ni tenung-tenung aku pulak? Zack membuat muka marah dan membuat aksi seperti menumbuk ke arah Azim. Azim sempat pulak menutup mukanya seperti menghadang daripada ditumbuk. Hairan jugak!

' Hadirin dijemput menjamu selera.'

Zack cepat-cepat bangun selepas mendengar ucapan yang dinanti-nanti sedari tadi. Ahh, aku dah malas nak fikir pasal papa nak tunangkan aku ke apa, yang penting perut aku! Sedang dia makan kek berkrim putih, sekali lagi, papanya naik ke atas pentas sebijik macam dalam mimpinya.

' Malam ini amat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi..'

Kenapa sama dalam mimpi aku??

** Mintak maaf kalau rasa macam agak pendek. Tak sempat nak taip pepanjang. Risau final hehe. Anyway, terima kasih kepada semua yang men'support' novel ni. Any mistake anywhere please tell me okay? Enjoy reading!

13 ulasan:

Miss Kira berkata...

nak lagi...

CinTa_BuLan berkata...

ala...... baru nak tau citer dier lagi....
hmmm apa pun angan luper final k....
keep it out....

niz berkata...

huwaaa....
best2...
nak agy, x sbr nk tau pe yg jd nie...

missy berkata...

best2!

fisa berkata...

uih...b'debar2 baca.huhu....tp klu ikut tjuk,mcm zack bkn ngn azim je...sbb azim mst tau zack cmne dr gaya zack.tjuk novel ni pun misteri...wt sy t'tanya2.pape pun,good luck exam..

Tanpa Nama berkata...

dengan abg din kot..hehehehe

mishaq berkata...

haha..i guess with abg din la...

eija berkata...

wondering~
misteri tol ko ni...
saje nk suprise2...
neway gudluck final~:D

nzihan berkata...

wei ... apo nie ... tergantung th ...

waaaaa ... tensen ... tensen ...
ngan sedap baca, abis ....

nak lagi, nak lagi...
pandai tul dia buat suspen ...
waaa ......

missn berkata...

nk lagi...
all the best k..

Tanpa Nama berkata...

cpt upload ek!!!!
love it so much...........

=sweetmilk=

ceritaku MEMORIKU berkata...

best2
lawok jerw.
he3
-na'dz

@-KY [cool] berkata...

sy dah bace abes dah tapi asl abang din meninggal.. T.T