Salam.

Saya mereka cerita bini aku tomboy ke? dan kisah2 lain hanya untuk hiburan semata-mata, diharap jika ada yang buruk janganlah dicontohi, yang baik boleh lah diteladani. Kerana mungkin jugak saya akan dipersoal di 'sana' nanti kalau ada sesape yang mengikuti contoh yang tidak baik di dalam novel dan cerpen yang saya tulis. Diharap sama2 lah kita bermuhasabah diri. Saya sendiri banyak kekurangan sana sini. Harap dimaafkan jika ada yang tersalah.
Terima kasih semua!!

Ahad, 21 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 19

' Blah ar kau, jantan keparat!!' Zack menghadiahkan flying kick tepat mengena ke muka tembok uncle Amri.

' Bangang kau, Zack!' Uncle Amri menempik kuat sambil memegang pipinya yang disepak Zack tadi, merah. Tangannya cuba untuk menangkap Zack, namun Zack lebih cepat bertindak.

' Kau lagi bangang la, orang tua tak sedar diri!' Oh, selama ni aku takde tempat and makhluk nak test gaya Twist of Fate Jeff Hardy, so hari ni, kau lah mangsa pertama yang malang kena Twist of Fate aku!

Perut uncle Amri disepak sekuat hati dan lehernya dicekak dan dipulas,( Aku tak reti nak cerita huhu korang tengok la sendiri dalam WWE) akhirnya uncle Amri terbaring kepeningan.

' Baik kau zip balik seluar kau, mangkuk! Geli geleman aku melihat benda alah kau tu! Hish!' Zack menjerit kuat.

' Zack..' Tiba-tiba, suara Arin kedengaran memanggil Zack lemah.

' Arin, kau okay tak?' Zack cepat-cepat mendukung Arin dan dibaringkan ke atas sofa. Kemudian, Zack mencapai baju Arin di atas lantai dan menutup badannya dengan baju tersebut.

' Kau ingat kau dah hebat sangat ke, hah?' Leher baju Zack dicekik dari belakang. Badannya dipusing menghadap uncle Amri yang kelihatannya seperti dinasour zaman batu itu lalu lehernya dicekik kemas. Zack pucat, nafasnya tersekat. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Namun, apa guna ada tali pinggang hitam Taekwondo kalau tak boleh balas balik??

Zack tak mudah menyerah kalah. Dia segera mencucuk 2 bijik mata dinasour tadi sedalam-dalamnya sehingga cengkaman dinasour itu pun terlepas.

' Ahh! Kurang ajar kau!' Uncle Amri melepaskan leher Zack dan cuba menahan kepedihan matanya dicucuk.

' This is for your sins, dinasour gemuk!' Zack melibas pasu bunga sebesar perut uncle Amri tepat ke muka pakciknya itu dan darah memercik keluar. Uncle Amri pengsan di situ.

' Arin, kau tahan sekejap. Aku nak uruskan badak berendam ni dulu.'

' Berat gila! Kau telan duit syiling ke sampai buncit macam ni ni?? Uhh!!' Zack cuba mengheret uncle Amri ke dalam stor dan dikunci dari luar kemudiannya menggunakan mangga Solex sebesar penumbuk.

' Sweet dream, monster!' Zack puas dan lega kerana dia tidak cepat lemah dan mengalah di saat-saat genting. Kalau tak, mesti uncle Amri sempat melarikan diri, dan mungkin aku yang akan dipersalahkan nanti!

' Arin, jom aku bawak kau pergi klinik.' Arin yang semakin pucat itu didukung Zack dan dibawa ke klinik berdekatan.

Sementara menunggu Arin dirawat, Zack menghubungi mamanya. Aku tak boleh selesaikan kes ni seorang diri! Kes berat ni, kalau kes Arin muntah atas aku takpe lagi, ini kes Arin kena rogol!

' Mama, you should come back here ASAP! I've something I need to tell you! No, not in the phone, mama. Okay, okay then, I'll tell you.'

' What??!' Mamanya menjerit kuat di hujung talian selepas Zack habis bercerita. Mak ai, pekak lah anakmu yang seorang ini, mama! Zack menjauhkan sedikit handphone dari telinganya.

' Ye, mama. Sebab tu Zack mintak mama balik, tolong Zack selesaikan masalah ni. Zack takut kalau-kalau uncle Amri sempat lari, ma! Please!'

' Ma, I'll call you back later. Doktor Arin dah keluar ni, ma. Okay, tata.'

' Macam mana dia doktor? Okay tak??'

' Dia banyak hilang darah disebabkan keguguran. Dan dia mungkin akan susah untuk mengandung lagi selepas ni. Kami kena tahan dia dulu untuk sementara waktu sampai keadaan dia kembali stabil.'

' Okay, thanks, doktor. Boleh saya tengok dia?'

' Please. But don't take too long. She needs some rest.' Zack angguk. Dia masuk ke bilik tersebut dan memandang sayu ke arah Arin.

' Aku mintak maaf, Rin. Aku tak dapat protect kau.' Rambut Arin diusap sikit. Arin membuka matanya perlahan.

' Zack.. Kenapa cakap macam tu? Zack tak salah.' Arin berkata perlahan, suaranya serak.

' Tapi, baby kau dah takde, Rin. Kalau aku tak..' Arin menutup mulut Zack.(ehem)

' Benda dah jadi, Zack. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.'

' Kau nak makan apa? Aku belikan. Kejap.' Zack bangun dan berlalu jauh sedikit daripada Arin selepas handphonenya berdering.

' Okay, ma. Bila mama nak sampai?' Dari jauh kedengaran Zack bercakap. Arin mengurut perutnya. Babynya sudah tiada. Dia agak trauma dengan kejadian tadi, namun dia cuba menyembunyikannya dari penglihatan Zack supaya Zack tidak terus rasa bersalah. Padahalnya, dia yang patut dipersalah kerana degil tidak mahu mengikuti Zack awal pagi tadi.

' Arin, aku ada benda kena selesai. Kau duduk diam-diam kat sini, okay? Dengar cakap doktor, jangan degil.' Zack bangun, namun tangannya segera disambar Arin.

' Arin mintak maaf, selalu menyusahkan Zack.' Matanya merenung dalam ke mata Zack.

' Arin, kau jangan macam ni. Aku dah anggap kau macam adik aku dah. Dah, okay? Kau kena rehat cukup-cukup. Kau tak sihat ni.' Arin menangis tiba-tiba. Dia hairan kenapa hatinya bagai terhiris duri sembilu mendengarkan Zack hanya menganggapnya sebagai adik sahaja. Hatinya bagai meronta-ronta menginginkan Zack menganggapnya lebih daripada seorang adik.

' Dah, tak nak nangis. Ssshh.. Sini. Aku kan ada ni.' Zack memeluk Arin. Lama Arin menangis sepuas hati di dada Zack sehingga akhirnya dia pun tertidur.

---------------

' Yo, bro! Sorry lambat sikit, ada hal tadi. Jom, masuk.' Zack mempelawa 2 orang bodyguard yang dihantar mamanya untuk masuk ke dalam rumah. Badan kedua-duanya sangat lah kemas dan taf, serupa hero Asta La Vista, babe itu huhu. Dengan spek hitamnya, muka tak payah sebut, aku tengok pun takut beb! Serius giler! Siapa la yang nak kahwin dengan diorang dua ni agaknya huhu.

' Mana dia, tuan?' Mak ai, tuan lagi!

' Ada dalam stor ni, bro. Rasanya dia memang tak dapat keluar.'

' Nak kami cek?'

' Emm, boleh jugak.' Zack membalas. Kedua-dua brothers tadi mengeluarkan senjata. Seorang revolver, seorang pisau. Berkilat siot! Zack telan air liur. Woo, risky gila hidup!

Mereka membuka mangga Solex itu dan menjenguk ke dalam.

' Woi! Lepaskan aku, Zack! Jahanam kau!' Kedengaran kuat suara uncle Amri menjerit.

' Better you just shut up your mouth, buddy!' Ambik kau! Kena sekali dengan bro taf tu huhu. Berani lawan la! Sekali kena shot, innalillah la kau kat situ, mangkuk!

' Sorry la, dinasour. Kau mesti lapar kan? Tapi, aku rasa kau patut diet sementara kes kau ni nak selesai.' Zack menjerit di balik badan abang taf tadi.

' Zack! Mana uncle? Mana dia??' Eh eh? Datang dah ayang dia. Cepat betul!

' Ayang! Tolong honey!' Ya Allah! Makin tua makin menjadi! Aku yang tak mengandung ni pun naik loya tekak mendengarnya! Hee, tak malu siot! Dah curang dengan bini pun, still nak carik bini dia jugak!

' Honey, honey okay tak? Ya Allah, kenapa berdarah-darah ni?' Auntie Maria gelisah.

' Ayang tanya la si Zack tu, apa yang dia dah buat dekat honey!' Esh! Macam pasangan gay pun ada aku tengok! Berhoney honey walaupun dia laki! Tobat aku dengan laki bini nih!

Auntie Maria memandang ke arah Zack.

' Apa dah jadi, Zack?'

' Auntie tanya lah HONEY auntie tu!' Zack menjawab dengan nada memerli, siap dengan gaya mak nyah lagi!

' Zack! Just tell me, okay?? Jangan buat auntie angin dekat sini.' Auntie Maria membalas. Mak ai! Poyo pulak makcik aku ni!

' He raped Arin just now! RAPED! Go ask him la!' Zack membalas bengang. Auntie Maria melopong.

' Betul ke ni, honey? Betul ke??' Nak pulak orang tua tu mengaku!

' Dia tipu, ayang. Dia tipu.' Uncle Amri membalas manja. Orang tua ni memang nak merasa Tomb Stone aku pulak kot??

18 ulasan:

nur nina berkata...

eii!! rase nak bunuh je dinasour tuh!!

keSENGALan teserlah.. berkata...

eh2..
dinasour tua nieh..
aku sepak laju2 kang..
berhoney2 lak...
blah la..
isk2..
arinn,,,xlek taw berperasaan cmtuh..
buang jauh2..
zack tuh perempuan oke..
anggap zack cm kakak je taw..
huhu..
smbung2..

What a stRange worLd... berkata...

aunty maria tu syg sgt la laki dia yg gatal nak mampus tu.. geli jer baca adegan aunty n uncle tu.. huhuhu..

♥corcraze♥ berkata...

adoidoidoidoii..
monster spesis apelah die tuh..
bwk pagi balai or suh 2 taf bodyguard tuh kasi habis jek monster tuh..
hahuahuaa..!!

alreinsy berkata...

geramnya dgr uncle amri dgn aunty tuh... geram btl dinausor buncit tuh... siap x nk ngaku lg... x kn org suka2 nk pukul bila x de alasan yg kukuh... belasah lg org tua x sedar diri tu zack... smbg2 lg... nk tau gak kisah seterusnya....

misz nana berkata...

'Dia tipu ayang. Dia tipu.'

Cehhhh..

Azren Aida berkata...

haishhh..gatalnyer dinosour tu..

yunix77 berkata...

arisa....kellas betul n3 kali nih
idea ko superb! mabeles! cukup asam garam daaa

gelinya pasangan amri & bini dia tuh
tak sedar diri betoi
hishhh...nak ja aku joint zack bagi flying kick ala-ala kungfu hustle

tp ni novel orang....I follow jak :)

keep it up arisa...

Tanpa Nama berkata...

kak....!
g0od j0b!..
caya lah kak arisa....
pasti meletup punyerrr~
yeeehaaaa~....

sy sokg novel ini sentiasa!


jng tension2 smbung k,jz relax2 je n be cool....bru la ade kelas VVIP....
ehehehe...=)


fr0m:
~Rynaz_D_Shadow~

syah berkata...

waaaa bodoh nye org tua kutuk..
amik ko kne sbijik ngn ak..
dh r da tua ganyut p....
xsnonohnye prangai..
eee benci2 ngn dinasour buncit 2..
xsdr dri dh tua..
umah kte pgi kbur kt mari..
ish3...
opppzzz..ter emo plak..hohoo..
smbg3..

p/s: sory la bhs agk kras..=)

Tanpa Nama berkata...

wa....
benci gile ngan dinasour xsedar diri tuh..
cisdale..
nyampah ar..
huhuhu..
kalau xcukup meh sini saye trajang gak..(emo plak .. huhuhu...)
n3 nie best ar... tahniah..
alamak..
lbh2 plak arin nak sedih ble zack anggap sbg adik jek..
huhu..
mana leh..
zack kene ngan abg din yang hensem gile tu la..
hehehe..
awak cte ni makin best la..
huhuh

-sabbyzain-

YONG JIAO XIU berkata...

cun....
bestttttttt gler:D:D:D suka la watak zack, caring gler.
n mmg best la blasah org nih. hahaha

ain nia berkata...

org tua xsedo dri..
yekks..ayang2 melayang~
hahaha~

miss nina berkata...

orang tua gatal.. padan muka kene ajar dengan zack.
arin..arin..naive la ko ni! udah2la.. zack takde ape2 pun :)

n3kali ni best... tak sabar zack dikahwinkan dengan abg din (handsome tol kalo tgk gambonya)

atiq berkata...

meremang blu ketiak bla c tua boyot 2 ngn bini dia g kerek 2!!!!
wwuuueeerrrrkk!!!!!!!!!!!!!

Zazzz!~ berkata...

huehuehue~
baguz le sesgt zack!
padan muke uncle amri gatal tuh!
haha :P
sambung pliz~ :)
sapot u 100%~
novel sy pun blom tentu leh lwn novel awk ^^
gudluck n keep it up! :)

keliwon berkata...

adoiii
bapak sengal maria dengan dinasour tu

next!!!
woho!!!

u go girl~

Tanpa Nama berkata...

nk n3..nk lg..
evrydy on pc msti buka blog ni dlu
x sbr nk tggu smbungn
nti kuar novel eh arisa
8 buah skali i beli..huhu..
i nk hadiahkan kat bestfriend
sbb i thu diorg msti enjoy ngan karya u neh..gudjob!

chaiyokkk...~~ ^,^
keep it up arisa... ^,~

* nAjRizs *