Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 5 April 2009

bini aku tomboy ke? 6

’10 inci, 5 inci.. makin mendekat dengan bibir Zack. Sikit lagi Din!

‘ Eh, hujan?’ Zack tersedar tiba-tiba dan bercakap. Serta merta abang Din menjauhkan dirinya daripada Zack.

‘ Apa dah jadi, bang Din? Kenapa action macam nampak hantu puchong je nih?’

‘ Zack okay tak? Tak sakit kat mana-mana?’ Abang Din bertanya.

‘ Takde. Kenapa bang?’

‘ Habis, yang terbaring tiba-tiba tadi tu kenapa?’

‘ Hehe, sorry, bang Din. Tertidur jap tadi. Tak tahan ngantuk.’ Kata Zack lalu selamba bangun menuju ke tempat teduh memandangkan hujan semakin lebat.

‘ Sinilah bang Din. Demam karang, saya jugak kena jaga, hehe.’ Kata Zack sambil duduk mencangkung di situ. Haha comel je abang Din melihat Zack, eh aku nih suka lelaki ke?? Uhh.. serious case nih! Bukan case, tapi cases! Kalau aku GAY = aku tak suka perempuan = aku tak boleh kahwin = aku tak boleh ada anak = takde sape nak doakan aku dalam kubur = aku gila = tak pun aku terkena sawan si Zack nih? Ohh tidak!!

‘ Bang Din! Hujan nih!’ Zack berkata kuat sambil menarik tangan abang Din. Dup dap.. dup dap.. Aih, makin parah nih! Berdebar kuat pulak aku dia pegang tangan aku. Uwaa!! Macam confirm je aku gay?? Okay, tenang. Tarik nafas, Din. Mainan perasaan je nih! Aku tau aku normal!

‘ Zack. Lebat kan hujan?’

‘ Emm.’ Zack sudah terlentok di bahu bang Din selepas bang Din duduk di sebelahnya. Cepatnya dah tidur? Penat sungguh-sungguh dah budak ni. Abang Din mengambil peluang itu untuk merenung muka Zack. Cutenya dia. Hidung mancung, muka bersih and cerah, pipi gebu, uhh geram pulak tengok gebu-gebu nih! Ish, sabar Din, sabar. Budak nih LELAKI, bukan perempuan. Akhirnya, dia pun terlelap sementara menunggu hujan reda.

‘ Woi! Din! Bangun! Kau buat apa dengan budak ni depan kedai pagi-pagi buta nih??’ Seorang rakan sekerja bang Din mengejutkan mereka berdua dari lamunan indah.

‘ Uhh?’ Bang Din tersentak lalu terjaga. Dilihat Zack sedap je baring di ribanya, tapak tangannya dicantum dan diletakkan di bawah pipinya dan dengan posing mengkrekot macam tu, gayanya macam tidur atas katil raja. Nikmat tak terkata! Budak nih aku campak dalam lombong pun boleh tidur jugak rasanya!

‘ Zack. Bangun, sayang.’ Ehem, sayang tu dalam hati je disebut huhu. Tapi aku tak boleh terima jugak yang aku ni suka lelaki.? Takde-tekde. Aku normal ni. Aku bukan suka, just sayang je, macam aku sayang adik aku. Yep! Itu yang sebetul-betulnya!.

‘ Weh? Kau nih kena sawan angin ke? Tiba-tiba angguk-angguk and petik jari sorang-sorang ni kenapa?’ Kawan abang Din menepuk bahu abang Din.

‘ Ha? Yeke?’

‘ Sah! Kau ni memang dah terkena sawan. Dah, kejut budak tu, bawak dia balik. Aku nak bukak kedai ni. Menyemak je dua-dua ekor dengan air liur basinya. Hai.. Din, Din.’ Kawannya itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluarkan kunci daripada poket seluarnya.

‘ Zack!’ Cukup 8 kali abang Din memanggil nama Zack, namun dia masih tak sedar-sedar jugak. Tidur macam mumia. Abang Din menyelukkan tangannya ke dalam lengan t-shirt Zack dan mencapai sehelai bulu. Ehem.. bulu apa lagi huhu bulu ketiak masam Zack la lalu ditarik sekuat hati! Yah! Tak bangun jugak, betul-betul aku pergi campak masuk lombong emas budak nih!

‘ Aduh! Uwaa! Bang Din! Pendek umur saya sehari!’ Zack segera terjaga dan bangun sambil menggosok-gosok ketiaknya dari luar. Bang Din cuma tersenyum. Sedar pun!

‘ Ya Allah! Panjangnya! Berapa ratus tahun tak cukur nih, Zack?’ Abang Din merenung-renung bulu ketiak Zack yang berjaya dicabutnya tadi. Nipis je, tu la senang tercabut. Tak macam bulu aku, tebal and pure hitam pekat huhu. Siap kerinting-kerintingan lagi!

‘ Bang Din!! Bak sini balik! Bulu berharga 8 juta tuh!’ Zack merebut-rebut bulu tersebut daripada abang Din. Abang Din pulak makin naik galaknya, sibok sembunyi-sembunyikan bulu tu. Zack pulak terjerit-jerit demi mendapatkan kembali bulu ketiak ‘berharga 8 jutanya’!

‘ Hep! Korang berdua nih apesal nih? Tak senonoh betul! Bulu pun nak berebut-rebut! Pergi balik sekarang! Hish! Dah tua-tua bangka pun, perangai kalah budak kecik! Sebelum aku sepuk korang berdua, baik korang balik cepat!’ Marah kawan abang Din sekali lagi sambil bercekak pinggang di depan kedai.

‘ Tu lah, Bang Din! Kan dah kena!’ Zack berbisik tapi dengan nada semangat wiranya huhu.

’ Nah! Ambik balik he he.’ Bang Din memberikan bulu ’rebutan’ itu kepada Zack.

’ Huh, buluku yang tercinta.’ Tercinta la sangat. Kemudian, dia pun menyimpan bulu tersebut di dalam poketnya. Kalau seluk sekali lagi, gerenti dah tak jumpa dah bulu tu. Mangkuk belanga betul si Zack nih! Bulu pun nak kecoh-kecoh. Takat bulu ketiak tu, terbang sampai Afrika Selatan pun orang tak heran laa.

’ Jom balik!’ Bang Din berjalan menuju ke tempat motor cabuknya diparkir. Nun di belakang kedai. Motor secabuk motor abang Din tu, jual kat besi buruk pun dah tak laku dah! Tapi, disebabkan ada nilai sentimental dengan motor tu, tu yang membuatkannya masih menyimpan dan menggunakan motor zaman Tok Naduk tu. Takde modal nak beli yang baru pun ye jugak hehe.

Sesampainya mereka di ’rumahku, syurgaku’ abang Din, Zack dengan segeranya menarik tilam berpeta ’Amerika Latin’ itu dan membaringkan badannya. Abang Din yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Comelnyeee di.... Uh, aku GAY? Perkataan ’dia’ tak jadi disambung. Abang Din pucat lalu terus ke dapur menarik nafasnya yang dengan tiba-tibanya menjadi sesak. Selepas 10 minit..

’ Zack! Mandi dulu, lepas tu boleh makan.’ Wah! Makan lagi!

’ Makan dulu tak boleh ke, bang??’

’ Mandi dulu. Nanti buncit kalau mandi lepas makan.’

’ Takde buncitnya, bang. Dah berpuluh-puluh juta hari saya dok buat kerja tuh, tapi body maintain steady. Cool and steady.’ Kata Zack dengan muka berlagak sombong. Tu jela kerjanya. Dari awal ke habis, berlagak tu memang rutin harian. Ishk, ishk..

’ Em, yela tu, dik oi. Pergi basuh muka dulu.’

’ Yeah! Makan!’

Sambil makan, mereka berborak.

’ Umur abang berapa, tahun nih?’ Zack bertanya dengan mulut penuh dengan nasik goreng. Tak senonoh betul budak nih! Nasih tak tersembur keluar!

’ 32.’ Zack tersedak. Mak ai! Tua jugak dah rupanya! Aku ingat umur dia baru setahun jagung, huhu perli nampak.

’ Rambut abang nampak panjang la. Saya tolong potongkan eh kejap lagi? F.O.C. Free Of Charge. Bukan selalu nih, bang!’ Zack berkata sambil matanya bersinar ceria.

’ Oh, yeke? Biasa je abang rasa?’

’ Biasa apanya? Dah macam sarang tebuan, tinggal takde tebuannya je lagi! Lagipun, abang jugak yang kata tak elok mandi lepas makan kan? Nanti boroi?’

’ Em, yelah macam tu.’ Yes!

’ Zack pandai potong rambut? Hebat betul!’

’ Bukan takat pandai, saya MEMANG terer bab potong-memotong nih!’ Giler TERER aku! Hua hua. Dulu masa dekat sekolah, adala sorang budak nih, memang giler kalau dengar perkataan free or percuma or F.O.C.. So, aku pun meng’offer’kan diri aku untuk memotongkan ’jambangan bunga’ di atas kepalanya itu. Apa lagi, dia pun dengan rela hati, siap bersinar-sinar mata mintak aku ’urus’kan rambut dia. Aku, apa lagi, beb? Potonglah! Lepas budak tu tengok rambut dia kat depan cermin, terus pengsan masuk wad! Lastly, terpaksa lah dibotakkan sebabnya memang dah rosak giler rambut dia, potong macammana pun, tetap huduh macam tapir hua hua. Sekarang nih, kepala abang Din pulak yang akan menjadi mangsa kebotakan hua hua! Jahat nak mati aku nih!

’ Dah ready, bang? Bismillah.’ Zack dah bersiap sedia untuk ’merosakkan’ rambut sarang tebuan abang Din itu huhu. Devil aura in the air! Dengan gunting di tangan, betul-betul di depan pintu rumah abang Din, Zack meneruskan planning jahatnya. Sehari tak kenakan orang, memang tak sah budak nih!

’ Eh, kejap.’ Abang Din mengangkat tangannya, tanda stop. Sape pulak yang baik pergi menghalang aktiviti aku nih? Ish, kacau betul!

’ Zack. Ada orang call.’ kata abang Din sambil memberikan handphone ericsson yang dahulu kalanya, sebelum zaman handphone glamer. Masa tu handphone mahal giler and gedabak giler. Baling kat anjing, nescaya akan terbanglah roh anjing itu huhu..

’ Hah?? Mama dah sampai??’

9 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

ngeeeee..
xsenonoh tol..
ekeke..
smbung2 cpt..

what a strange world... berkata...

sempoi btul la zack neh.. cool.. suke watak zack

aki_id berkata...

wakaka.....
lawak siot cita nie....
best r....
xoxo ~aki~

CinTa_BuLan berkata...

hehehe... gelak2 aku baca citer ni... pandai betul ek.. mesti otak tengah giler kan masa buat novel ni... apa2 pun... cepat sambung... tapi jangan luper .... final nak dekat k

HaYisA neeRzA berkata...

kelakar tyol cite ni cuma part bulu ketiak eeii geli plak hehe

AyuFirhaN berkata...

hahaha..
ske gler citer nih..
lawak r si zack tuh..
abg din dh 'ter'suka kat zack eh???
heheh.. :P

~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ berkata...

lorhhh..ape title lagu kt sblh ni?

Arisa Eriza berkata...

lagu confession tu ke? tu lirik ciptaan sendiri fateen uitm. bez lirik die tu ar sy letak kat situ. lagu nye takde, just like a poem lebih kurg.

Tanpa Nama berkata...

aduh..
leh tak font tue tukar warna
juling mata nak baca...
t.kasih