Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 7 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 4

‘ Bukak dah! Tengok la nak tengok sangat. Ha picit sekali kalau tak puas hati lagi!’ akhirnya Zack terpaksa mengalah dengan paksaan polis wanita itu.

‘ Eh, buat apa awak tarik-tarik tangan saya nih?!’ Marah pegawai polis garang tadi dengan perbuatan Zack yang secara tiba-tiba menarik-narik tangannya.

‘ Cik kak kan nak tahu and siasat saya ni perempuan ataupun tak kan? Sekarang ni saya bagi peluang, rasa lah asli ke tak! Bukan selalu saya bagi peluang macam ni nih! Puan orang yang pertama lagi! Cepat lah sebelum tawaran ditutup. Akak pulak tak nak cuba sekali?’ Tanya Zack sambil memandang ke arah seorang lagi anggota polis yang agak diam dari tadi.

‘ Ha??’ Polis itu terkejut macam babun lepas beranak.

Zack tersenyum comel melihat aksi polis wanita diam tu sambil tangannya memegang tangan polis garang tadi, cuba dirapatkan pada dadanya, namun polis wanita garang itu menarik-narik tangannya kembali.

‘ Sudah!! Berhenti!’ Haha! Yeah! Berjaya! Haa kau jangan main-main dengan aku!

‘ Dah cukup bukti ke, cik kak? Bukan ke nak pastikan betul-betul sesuatu tu kita kena buat pemerhatian dan eksperimen 3 kali? Kena picit-picit, tenung-tenung..’ Kata Zack sambil membuat aksi seperti yang dikata.

‘ Cut it off! Awak boleh keluar sekarang!’ Hua hua. Best giler kenakan dia!

‘ Betul kan saya perempuan, cik puan?’ Tak puas hati lagi tu.

‘ Ye! Dah! Jangan biar saya tengok muka awak lagi!’ Fuyyo! Takutnye.. Gila dahsyat bengang dia! Polis wanita yang agak diam itu pun mengiring Zack keluar dari bilik itu selepas Zack mengenakan kembali pakaiannya.

‘ Akak takde nombor telefon? Saya suka sangat tengok akak. Comel! Body pun, wow! First class!’ Kata Zack sambil mengangkat keningnya. Kalah Ziana Zain!

‘ Eh??’ Polis wanita itu pucat dan mula membuat muka seram melihat Zack. Gila agaknya budak ni!

Wahaha! Jahatnya aku! Namun, Zack cuma membuat muka selamba, padahal dalam hati, dah nak meletup kerana tak tahan geli hatinya.

‘ Dia memang perempuan, sarjan.’

‘ Okay, terima kasih. Duduk. Apa masalah awak sebenarnya?’

‘ Beg saya hilang. Semua barang kena curi. Handphone, I.C..’

‘ Bila hilang? Dekat mana? Kenapa lambat buat laporan?’ Soal pakcik polis itu bertubi-tubi. Zack jugak yang pening nak menjawab.

‘ Satu-satu la, tuan.’ Amboi! Budak ini..

‘ Kenapa tak hubungi mak ayah awak?’

‘ Sebab otak saya bengap, tuan.’

‘ Apa kena mengena pulak?’

‘ Nombor nak call diorang saya tak ingat, tuan.’

‘ Siapa parents awak?’

‘ Ayah saya Dato’ Mu..’

‘ Dato’??’

‘ Ye, tuan. Saya anak Dato’ Muhammad bin haji Samsuddin a.k.a Dato’ Misai Putih dok dekat Perak.’

‘ Dato’ Misai Putih?? Kenapa macam pelik je?’ Polis itu mengusik-ngusik hujung misainya sendiri. Sebijik macam A. Galak dalam Gerak Khas huhu.

‘ Haa memang pelik! Sebab saya yang bagi nama Misai Putih tu, hua hua! Sedap kan, pakcik A. Galak?’ Zack ketawa kuat di depan polis tersebut. Namun selepas dijeling tajam, dia pun menekup mulutnya.

‘ Adei, aku cepuk jugak kang budak ni! Sesedap jiwa raga dia nak panggil aku A. Galak. Aku hensem 17 persen tau daripada A. Galak! Tinggal tak seglamer dia je lagi. Che! Perasaan gile perasan sudah datang. Huhu.’ Polis itu berbisik di dalam hati dan tergelak sendiri.

‘ Baik awak cakap betul-betul.’

‘ Betul tak tipu. Dia ada syarikat. Nama syarikat tu, Wellbeing Enterprise.’ Zack mengangkat tangannya seakan orang bersumpah.

‘ Kejap, saya cek.’ Pegawai polis itu mengeluarkan buku tebal yang menyimpan pelbagai nombor-nombor telefon. Senang cerita namanya Yellow Pages la. Dia bercakap sebentar dengan seseorang, kemudian bercakap pula dengan seorang yang lain.

‘ Papa!’ Zack dengan rakusnya menyambar telefon yang dipegang oleh polis itu dan menjerit kuat. Semua mata memandang ke arahnya.

‘ Papa! Ni Zack! Papa kena cancelkan semua kad kredit, kad-kad bank and semua yang berkait dengan Zack secepat mungkin, sebelum papa jatuh bankrap! Ala tapi papa, Zack nak duduk kat sini. Tak nak balik lagi. Nak mintak papa hantarkan salinan I.c, lesen kereta, result.. haa senang cerita mintak mama lah uruskan. Kalau takde semua tu, kering Zack kat sini, papa. Haa, Okay cantikk! Sayang papa and mama! Muahh muahh, bye papa my love!’ Pap gagang telefon diletak secepat mungkin selepas dia habis bercakap.

‘ Alamak! Telefon ni boleh redial tak, tuan?’

‘ Hah, kenapa pulak lagi?’

‘ Lupa nak beritahu papa saya ada dekat mana, he he.’ Kata Zack sambil menggaru-garu belakang kepalanya dan membuat muka innocent, innocent la sangat.

‘ Sengal betul budak nih!’ Pakcik polis itu berbisik di dalam hati sambil menekan butang redial pada telefon di situ dan memberikan gagangnya kepada Zack.

‘ Bang Din! Mintak nombor handphone abang! Nanti senang kalau ada apa-apa mak ayah Zack nak contact!’ Selepas mendapatkan nombor handphone abang Din, Zack bergegas ke dalam balai kembali. Selepas beberapa ketika, dia pun keluar.

‘ Beres, bang! Jom gerak! Eh? Dah nak dekat asar la bang! Ada surau tak dekat-dekat sini?’

‘ Solat kat rumah jela, Zack.’

Adei. Aku nak solat kat ceruk mana kat rumah dia?? Ceruk Tok Kun? Telekung pun takde! Takkan aku nak jadi fully occupied as a guy kot?? Cari nahas!

‘ Ala, bang ni! Dekat surau kan lebih AFDHAL gitu!’ Tergeliat lidah aku huhu.

‘ Em yelah kalau macam tu. Jom pergi surau. Masjid pun ada. Tapi jauh sikit la dari rumah.’

‘ Mana pun jadi, bang!’ Cantekk!

Sesampainya di surau, Zack kembali pening. Kejadian-kejadian lepas membuatnya berfikir 43 kali bagaimana nak menyeludup masuk kan dirinya ke dalam tempat solat wanita? Yeah! Idea! Ni la gunanya otak geliga + bengap hua hua! Zack ketawa jahat.

‘ Apesal gelak tiba-tiba ni, Zack?’ Hairan bebenar abang Din melihat Zack. Terlepas dari hospital sakit jiwa tak budak ni??

‘ Takde pape, bang! Saya pergi tandas kejap! Abang masuk dulu, okay?’

Bang Din mengangguk. Dia pun berlalu ke dalam surau. Di dalam tandas LELAKI, Zack pun membuka bengkungnya. Tinggallah singlet sahaja yang melapik. Kemudian, dengan perlahan-lahan dia membuka pintu. Lepas jenguk kiri kanan, line clear, dia pun berjalan terhendap-hendap dengan lagak pencuri tak bertauliah itu, akhirnya selamatlah dia sampai ke tempat wudhu’ wanita. Fuh!! Semput mak datuk aku! Berdebar giler! Takut kena sergah kenapa aku masuk tandas lelaki! Mahu gugur jantung aku yang comel ini, huhu perasan lagi!

Cewah! Dengan mendadanya, dia berjalan masuk ke dalam bilik wudhu’ wanita. 2 bukit di depan ni, bukti aku PEREMPUAN, huhu. Geli rasa hatiku menyebutnya huhu. Setelah selesai semuanya, tanpa diattact lagi, Zack pun keluar menuju ke tempat parkir motor cabuk abang Din.

‘ Kenapa tak nampak pun Zack solat tadi? Lama pulak tu?’

‘ Ada. NUN di belakang! Biasalah bang. Jama’ tak qasar!’ jawabnya dengan muka dek. Disebabkan masuknya waktu solat asar dah tak lama, tu yang membuatkan Zack menunggu hingga azan asar. Senang sikit, pada fikirannya lah. Tapi, kan ke solat pada waktunya lebih AFDHAL gitu? Huhu.

‘ Naik cepat. Abang nak kena gerak pergi kedai dah ni!’

‘ Okay, bang!’ Hatinya ceria selepas solat. Mesti orang hairan, kenapa aku beria-ia nak solat, padahal tudung pun tak pakai, acting jadi lelaki lagi! Aku ni, bukan tak nak pakai tudung, tapi ada sebab kenapa aku jadi macam ni.

Tiada ulasan: