Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 29 Disember 2011

Hero aku Tomboy 8.2

" Kau tau tak dia sodok aku dengan muncung motor dia?? Aku tengah dok elok je layan blues tengah jalan, tau-tau aje dia langgar aku! Mujur aku takde strok, kalau tak dah lama aku innalillah dekat situ! Kau pun satu hal, kalau kau tak lambat macam siput babi, takde la aku nak kena langgar sampai patah-patah pinggang ni ha," Faz membebel di kafe. Seleranya seakan mati walaupun perutnya dah empat kali ulang lagu Isabella kumpulan Search.
" Ala, kau ni Faz, over-acting pulak. Takkan la kena sodok macam tu pun sampai nak patah-patah pinggang? Nonsense la, mate. Lagi satu, siapa suruh kau pergi dok tengah-tengah jalan, memang padan la dengan muka kau," balas Najwa dengan muka tiada- perasaan di sebelah yang mana dia sedang menunggu pesanan nasi goreng Patayanya siap.
" Huh, blah la kau! Kau tak kena, mana kau tau?? Kau memang tak sayang kawan langsung! " Faz bengang apabila dia dicop bercakap-benda-tak guna. Padahal itu la hakikatnya. Pinggangnya patah! Punggungnya senget ke kiri akibat jatuh tadi, opssbetul la kot gamaknya aku over-acting tengah-tengah hari ni! Faz berbisik sendiri menyesali sikap tak sabar dan panas barannya itu. Poyo pun ya jugak, proud of your own! Perasan bagus selalu, hu hu gila teruk perangai aku ni rupanya, sambungnya lagi.
Najwa di sebelah geleng-geleng sambil tersengih geli hati. Tak habis-habisnya la dengan tabiat semulajadi dia tu haa. " Apa kau sengih? Mana nasik paprik aku? Kau dah dikira janji nak belanja aku tadi semenjak kau biar aku tunggu kau di tengah panas tadi sampai berjam-jam." ugut Faz sambil merenung penuh makna ke arah Najwa. Yes, tenung sampai dia rasa bersalah!
" Yela, yela! Kau kalau tak buli aku sehari tak sah, kan? Harap anak orang kaya, sibuk nak aku.."
" Oppss, cut it off, please dear. Aku lapar nasik sekarang, bukan lapar bebelan lima kilo kau tu, okay dear? Paprik satu, thank you!" Faz sengih sambil membetulkan duduknya. Perit pinggangnya sudah beransur hilang. Najwa bangun seakan faham bahawa Faz memintanya (atau lebih kepada mengugut) bangun ke kaunter untuk membuat pesanan.
" Eh, kau tak perasan ke yang mamat tadi yang langgar kau tu, dia la hero U kita ni!" Najwa bersuara dengan semangat wajanya selepas dia kembali duduk di sebelah Faz.
" Hero apa kebendanya kau ni, hah?" Faz bertanya malas, sakit hatinya mengingat pada kejadian tadi. Buat aku malu aje la mamat tu, hish! Aku tak tahu la macam mana rupa aku kena sodok dengan motor dia tadi, aku agak dah serupa beruk mak yeh melekat dekat pokok! Sambung bebel lagi.
" Dia la yang jumpa tulang-tulang orang yang hilang dulu-dulu, mean dia boleh nampak dan bercakap dengan hantu macam yang budak-budak kelas kita dok kecohkan tu! Hu hu, boleh tahan jugak ye hensem dia. Kenapa la dia tak langgar aku aje, boleh aku mintak nombor telefon dia," angan Najwa dengan tangan yang digenggam dan mata memandang ke atas. Faz memandang dengan wajah meluat. Pantang hensem sikit, semua dia nak!
" Kau sanggup kena langgar untuk dapatkan nombor telefon mamat suku tiang tu??Ish, kau fikir sedap ke kena langgar, ha? Tapi, memang padan sangat la kau dengan dia. Geng mereng." Faz menyedut air sarsi aisnya dengan gelojoh selepas sedap dia mengutuk Najwa dan 'hero' barunya itu.
" Sedap mulut kau mengutuk, eh? Dia tu budak engine, aku tak rasa dia mereng, kau ye la kot mereng, kepala otak tak betul," kata-kata Najwa laju meluncur mengata Faz. Faz pula menjeling tajam ke arah Najwa sambil laju tangannya bergerak untuk mencubit Najwa, namun Najwa sempat mengelak lantas bangun selepas mendengar loceng ditekan bersama suara seorang lelaki kedengaran menyebut nasi goreng Pataya. Dia gelak kuat dan menjelir keluar suku lidahnya ke arah Faz, tanda dia berjaya mengenakan kawan baiknya itu, dan dia cukup berpuas hati melihat pada muka bengang Faz.
" Eh, tapi serius aku admire kat dia la. Khairul Ezzairy, nama pun cantik, dan tak sangka dia lagi kacak dekat luar daripada dalam gambar!" dengan mata bersinar Najwa bersorak suka selepas dia kembali ke meja bersama nasi gorengnya itu. Gambar mana pulak ni, aduhai! Aku kalau bab gosip ni sila tolak ke tepi, aku tak layan gossip, okay? Bisik hati Faz.
" Wei, nak muntah aku dengar. Kau suka dia, kau pergi cakap dengan dia la, yang kau dok kecoh-kecoh dekat aku, apa kes, beb?" Faz membalas sambil tangannya laju menyuap nasi goreng Najwa ke dalam mulutnya. Kau sila la sibok mengelamun lagi ya Wawa, sini aku tolong makankan nasi kau, hu hu.
" Dia boleh nampak benda yang kita tak nampak, waahh, excitednya aku rasa!" Najwa tepuk lengan Faz, tak sedar lagi tu nasi dia dah masuk dekat separuh dalam perut Faz.
" Ala, kau ni, takat nampak hantu aje pun, itu pun kau nak excited, apa kau ingat nampak hantu tu seronok sangat? Ketar lutut ni, beb!" ujar Faz sambil menepuk dan mengangkat sedikit lutut kakinya. Macam aku pernah tengok! Dalam TV pun tutup muka dengan buku kalau nak tengok, jeling-jeling sikit sudah, karang jeling maut, mahu dia ikut masuk mimpi! Wuish, gila aku kalau macam tu! Faz bising di dalam hati.
" Faz, kau jangan. Kawan-kawan dia yang perlekeh dia dah pernah kena usik lepas tu, kau nak kena jugak? Tak baik cakap besar tau," gigih Najwa mempertahan hero kesayangannya itu. Patutlah dia diam aje tadi lepas aku tunjuk siapa yang langgar aku, rupanya sebab dah jatuh minat, mak ai! Bisik Faz lagi. Namun, hatinya mula kecut mendengar pernyataan Najwa itu. Hantu? Ish, tak mau, tak mau! Minta la dijauhkan!
“ Tapi, mana kau tahu itu budak Ghost Whisperer tu, ha? Kau pasti ke itu dia?” soal Faz, sengaja mengalih perhatian Najwa supaya kanak-kanak ribena plus riang tak tentu masa tu tak perasankan nasi gorengnya yang sikit aje lagi nak licin.
“ Dia ada pakai nametag dia tadi, harus la aku yakin itu dia, tambah lagi tengok muka dia pun aku dah dapat cam!” jawab Najwa bangga, berbunga-bunga hatinya menyedari hakikat yang dia sangatlah sharp di dalam kes memerhatikan orang.
" Wei, nasi goreng aku!" Najwa menjerit kuat sambil membuat muncung bengang dan merajuk apabila terperasankan pinggan nasi goreng bersama sudunya berada di tangan Faz. Faz pulak sedap mengunyah tak ingat. Baru perasan ke, yang oi? Gelak Faz di dalam hati selepas lengannya ditepuk kuat oleh Najwa.
" Nasib kau la, siapa suruh kau dok berangan depan rezeki? Tu sebab orang tua-tua kata tak elok termenung depan rezeki, kan dah kena. Burp, Alhamdulillah," ucap Faz senang sambil bangun ke kaunter untuk mengambil nasi papriknya pula.
" Hantu nasik betul la kau ni!" bising Najwa, protes, selepas Faz kembali duduk di meja mereka.
" Okay la, okay. Jom share," Faz berkata perlahan, mengalah, kesian jugak nasi dia tinggal suku pinggan, habis semua aku telan, he he, monolog Faz sambil menarik pinggan Najwa dan memindahkan sedikit nasi dan lauk paprik campur ke dalamnya.
" Kedekut tahi hidung masin betul kau! Gila sikit kau bagi!" Najwa menambah tahap protesnya apabila Faz hanya memindahkan tiga sudu nasi putih bersama satu sudu lauk papriknya.
" Ha ha. Okay, fine. Malam nanti aku belanja kau KFC, okay? Aku lapar tahap cipan dah ni, sorry la, Wa, sebab tadi aku rasa daripada aku dengar kau cerita pasal lelaki, baik aku makan, ada jugak faedahnya, perut pun kenyang. Dengar cerita kau, apa pun tak dapat. Telinga berbulu dapat la, " sambung Faz penuh dengan kata perli, kemudian kembali menikmati hidangan tengah harinya dengan gelojoh hanya Tuhan yang tahu.
" Em, ye la, demi KFC, aku relakan aje la." ujar Najwa dengan muka pasrah tak bolehblah. Faz cuma tersenyum puas di sebelah. Buli membuli? Kau hanya mangsa aku, Najwa, ha ha! Taiko buli, sila jangan mimpi, itu gelaran, aku yang punya! Faz berbisik seorang diri di dalam hati.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lama kak arisa tak update..hehe.. rindu dengan khairul ezzairy tu.. hihi!!!

arisa eriza berkata...

hehe xleh nak update sll sgt sbb cite full xsiap lg. sbb tu update ssket. kalo da siap full manuscript blh la nak post sll hehe. dlm angan nak bukukan, tp tgk pd rezki n usaha sdri jugak hehe. anyway tanx dear nad! :) luv u!