Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 19 April 2012

Hero aku Tomboy 11


Di tasik, aku tercari-cari klu lain. Serupa hero filem hantu aku beraksi. Dalam kepala aku berfikir. Kenapa di tasik, masa hari hujan? Ini teori geografi ke apa ni?
            Aku mendongak, merenung ke arah langit di bumi Allah ini. Cerah tiada tanda nak hujan. Takkan nak aku buat solat sunat minta hujan kat sini pulak kot, Insyaallah memang tak akan dimakbulkan la sebab bukan kes darurat katanya. Tapi, aku tetap berdoa semoga hujan cepat turun supaya boleh lah aku selesaikan kes ni secepat mungkin sebab aku kena pergi kuliah dan tutorial jugak, matlamat aku datang universiti ni bukan nak cari hantu!
            Aku duduk berteduh di bawah pondok wakaf yang tersedia di situ sambil menghadap ke arah tasik. Beberapa ekor burung camar berwarna putih kelihatan berterbangan ke sana sini.
            Kalau ada orang tanya aku apa aku buat dok tercongok seorang diri dekat situ, harus la aku jawab, “sedang menikmati keindahan ciptaan Tuhan,” Seketika, aku mengeluarkan buku nota untuk membaca sambil membunuh masa yang ada. Seingat aku semalam hujan, insyaallah hari ni akan hujan jugak. Aku selak bahagian belakang buku tersebut untuk melihat jadual kelas, mujur lah jadual aku tidak padat sangat hari ni, aku mengeluh sendiri, kecewa kerana tertinggal waktu belajar di kelas.
            Penat aku menunggu sehingga tertidur. Aku terjaga apabila terasa ada cuitan sejuk pada lenganku. Terdengar bunyi rintik hujan samar-samar menyapa bumbung wakaf. Ya Allah! Dah hujan! Alhamdulillah! Aku senyum sendiri dalam mamai sehingga terlupa sebabnya aku menunggu hujan. Segera hatiku kecut untuk berjumpa sang hantu yang seronok sangat hantar geng-geng hantu dia itu pada aku.
            “ Awak.. ingat saya lagi?” satu suara lembut menyapa telinga.
            “ Huh, Ray? Apa awak buat di sini?” aku bertanya dengan nada perlahan akibat suara aku yang semacam nak tak nak aje keluarnya. Mamai aku pun masih belum hilang sepenuhnya. Mata aku tenyeh dan muka aku raup selepas aku membetul-betulkan rambut yang kusut yang mana boleh menurunkan peratusan kekacakan aku he he.
            “ Tolong saya, boleh kan,” ucap Ray dengan wajah yang mengharap.
            “ A.. awak ke yang apek teksi maksudkan tadi?” dalam ketar aku bersuara. Kenapa ketar tiba-tiba, kau ni, kalut la, Rul! Jerit hatiku kuat. Ray pula mengangguk dalam senyum. Mujur kau senyum, wahai hantu. Geng-geng dia pun kerjanya senyum aje kat aku. Aih, geng hantu senyum agaknya! Namun, aku masih tidak dapat menerima yang Ray sebenarnya adalah makhluk comel yang bukan manusia.
            “ Saya ada kawan lelaki dulu. Katanya dia suka dekat saya, kemudian dia ajak saya bercinta, tapi saya tolak,” Ray mula bercerita sementelah dia melihat aku bereaksi dengan muka kelat bersatu dengan hairan.
            “ Sebab awak bukan gay?” Laju pertanyaanku meluncur keluar. Kau ni suka sangat berfikiran negatif, kan Khairul. He he, aku garu kepala sambil merenung pada Ray mengharap jawapan. Ray tergelak mendengar soalan aku.
            “ Tak, sebab saya tak nak bercinta masa belajar. Awak nak tahu? Sebenarnya saya ni perempuan, bukan lelaki macam yang awak sangka,” ucap Ray riang sambil tangannya memerah lagi baju kemeja kuningnya semalam. Hairannya, hujan tak la lebat mana pun sampai nak kena perah-perah baju bagai.
            Ohh, hantu tomboy rupanya. Sebab dia rupa macam lelaki tapi sebenarnya perempuan. Ini dah cukup membuktikan yang aku ni suka fikir negatif. Ish ish ish, aku bukan apa, selalu aku berfikir positif, hasilnya mesti negatif kalau berkait dengan hantu-hantu ni, itu pasal la kot aku jadi macam ni!
            Seketika kemudian aku masih terdiam, aku masih cuba untuk berfikir, cuba mencerna perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Ray. Ada rupanya ya hantu tomboy. Tak tau pulak aku! Aku ingat hantu ni ada dua aje, kalau tak lelaki, perempuan. Tak perempuan, lelaki la kan. Ada logiknya la juga kenapa dia ber”saya” “awak” dengan aku. Tomboy lemah-lembut katanya hu hu. Lagi sekali, ada ke tomboy lemah-lembut? Ada la tu, habis depan aku ni apa benda kalau bukan tomboy lemah-lembut? Tomboy sesat kut he he.
            “ Lepas tu apa jadi?” aku bertanya selepas itu. Lagak sembang dengan kawan-kawan di kedai mamak aku beraksi.
            “ Lepas tu, satu malam dia mintak saya datang sini, ajak studi sekali sebab esoknya ada kuiz. Dia bagi saya sebotol air mineral. Saya tak fikir apa-apa masa tu, terus minum dan saya pengsan. Sebenarnya, dia bagi saya ubat pelali dalam botol air mineral tu,” sambung Ray panjang.
            “ Oh..” aku mendengar dengan penuh teliti. Sesekali belakang telinga yang tidak gatal aku usik. 
            “ Dia psiko. Dia rogol saya, lepas tu tikam saya banyak kali dalam semak dan buang badan saya dalam tasik tu,” sambungnya lagi sambil jarinya menunjuk ke arah tasik di hadapan. Hujan renyai-renyai menambahkan keindahan tasik itu pada pandangan mata, namun tiada sesiapa yang tahu sejarah sebenar tasik tersebut. Aku telan air liur, seram dengan kejadian itu dan menyesali mengapa manusia kini begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.
            “ Tapi, awak tak nampak macam hantu pun?” Cis, gigih pulak aku menanya soalan macam tu, kau nak mati, Khairul?? Ish, mulut aku ni memang nak kalah mak nenek, dari awal-awal lagi aku duk fikir dan tanya benda bukan-bukan dekat dia. Ye la, awal pertemuan aku dengan dia, sumpah aku ingat dia lelaki! Dah tu rupa pun comel-comel macam tu, walaupun aku dapat rasa aura dia lain macam, tapi sebab dia nampak comel dan baik, tu sebab aku menafikan bulat-bulat yang dia ni bukan orang. 
            “ Nak tengok rupa saya yang sebenar?” soal Ray sambil tersenyum lagi. Hantu baik, asyik senyum aje, he he. Nasib baik, mahunya dia buat aksi cekik-mencekik, siapa yang naya, aku jugak!
            “ No, it”s okay then,” Aku senyum kembali padanya sambil garu kepala. Elok sangat la dia tak tunjuk muka dia yang sebenar, kalau tak, insyaallah aku tak dapat nak tolong dia sebab dah meninggal sakit jantung dulu!
            “ Tolong kebumikan saya, ya awak. Saya mintak tolong sangat. Dia buang saya dekat situ,” ujar Ray sambil menunjukkan ke arah tepi tasik di situ. Rumput dan lalang panjang yang tumbuh subur dari dalam air memenuhi kawasan tepi tasik itu, seolah menjadi tanda bagi kuburan Ray.
            “ Insyaallah,” kaki aku laju berjalan menuju ke tepi tasik. Ray kulihat mengiringi langkahku. Wajahnya kelihatan sedih dan kecewa walau cuba diselindungkan di balik senyuman ikhlasnya itu. Waktu hujan begini tak ramai yang berada di tasik tambahan pula hari sudah menginjak ke waktu makan tengahari. Hanya bunyi deruan enjin kenderaan dari jalan raya berhampiran kedengaran menyaingi melodi lebatnya hujan yang berlumba-lumba turun menyuburkan bumi.
            Jam 1.06 tengah hari itu, aku masih berkira-kira. Nak terjun ke? Atau terus beritahu pak guard? Ray di sebelah hanya tersenyum manis melihat padaku yang sedang terjenguk-jenguk ke dalam air tasik itu. Macam la aku boleh nampak apa benda yang ada dalam tu. Bukan apa, aku dengar-dengar, katanya air tasik ni bercampur dengan air kumbahan dari mana entah, ish, bunyi pun dah macam seram, tapi tak tahu la kebenarannya sejauh mana, mungkin juga hanya rekaan semata-mata.  
            Akhirnya, aku terjun selepas membuka t-shirt berkolar biru muda yang aku pakai tadi walaupun t shirt itu sudah basah dimamah air hujan, aku tetap berhajat untuk membukanya. Motifnya, keluar dari tasik nanti tak perlu la aku memerah-merah baju macam hobi si Ray ni setiap kali aku jumpa dia. Aku membuat keputusan untuk mengambil langkah selamat, kalau kesnya aku tersalah bagi maklumat dekat pak guard, takdela aku nak kena kejar nanti!

**

“ Thanks, bro. Saya sangat-sangat menghargai bantuan awak,” ucap Ray penuh keikhlasan.
            “ Lelaki tu?” aku masih tertanya-tanya, bagaikan begitu banyak persoalan yang ingin aku tanya padanya, namun aku tidak mempunyai masa yang cukup. Nanti-nanti lah kalau ada masa terluang, bolehla kut aku buat temuramah bersama hantu-hantu di universiti ni, tajuk utamanya, BERKENALAN DENGAN HANTU-HANTU UNIVERSITI, tu pun kalau diorang ada lagi la, kut dah selamat di alam barzakh, siapa yang tahu.
            “ Dia dah gila sebab tiap-tiap hari saya kacau dia tidur. Plus mintak tolong jugak dekat apek teksi, pakcik bas and so on. Terima kasih, awak,” kata Ray, kemudian dia menghilang dari pandangan selepas tersenyum lagi padaku.
            Aku tersentak dari tidur malam itu selepas aku berjaya menjumpai tulang-tulang Ray yang dimaksudkan siang hari tadi. Mimpi rupanya. Agaknya siapa la lelaki yang sanggup buat khianat macam tu pada dia.. aku masih menyimpan berjuta rasa simpati pada Ray dan juga pada Jane.
            Selepas itu, bagai ada yang memanggil, aku keluar ke beranda bilik, memandang ke arah langit yang masih hujan, melodi titisan hujan tanda kasih sayang Tuhan itu begitu menenangkan sanubariku. Dari kejauhan, aku lihat motorku elok terparkir di tepi jalan, manakala di sebelahnya “lelaki” berbaju kemeja kuning melambai padaku sambil tersenyum sebelum menghilang dari pandangan mata.
            “ Kau yang sembunyi motor aku rupanya. Patut la hilang! Ray, Ray..” aku berbisik sendiri sambil menggelengkan kepala memikirkan rancangan Ray yang begitu teliti untuk membawaku ke tasik tanpa sedikit pun syak tentangnya hadir. Aku meleretkan senyuman pula mengenangkan hantu Ray yang begitu baik dan mesra alam itu. Kalau la awak hidup lagi, entah-entah saya akan risik awak jadi bakal isteri saya, he he, awak sanggup tak? (Bunyinya macam gatal aje kan) Lagi la aku tersengih geli hati mengenangkan aku yang boleh pulak nak jatuh suka pada hantu-hantu yang aku jumpa.. tapi pengecualian la pada pakcik bas, hantu gantung dan apek teksi he he. Moga esok tak ada dah hantu bergantungan, pakcik bas serta apek teksi senyum pada aku lagi!
  
 Bab
Malam itu selepas aku pulang dari bilik study, aku terus menuju ke bilik. Aku rasa nak tidur, nak rehatkan otak yang penat berfikir sepanjang hari ni. Aku tolak pintu bilik, selipar Am tiada, selalunya kalau dia takde tapi pintu tak berkunci, harus lah dia ke tandas atau ke bilik kawan melepak. Selepas salam kuberi, aku langkah masuk ke bilikku yang teratur kemas. Am dah tahu dan masak sangat dengan perangai aku yang tak boleh tengok barang bersepah walaupun sikit, sampai la dia dah pandai mengemas sendiri tanpa perlu dengar khutbah agung aku. Aku tersenyum seorang diri memikirkan hal tersebut.
            Eh, ada orang la. Siapa ni agaknya? Kawan Am gamaknya kot. Ish, kesian betul dekat budak ni, ha. Ditinggalnya sorang-sorang dalam bilik. Yang Am ni pun satu, kalau ya pun, tak perlu la kot ditinggalnya kawan ni sorang-sorang.
            Aku cuba belek-belek budak yang sedang tidur dengan amat lena itu. Tapi, aku tak dapat nak tengok wajah dia sebab dia tidur mengiring ke dinding. Aku malas nak ambil pusing, tambah lagi budak ni dah sedap tidur siap berselimut atas katil Am. Serupa nak tidur sampai esok pagi. Jadinya, biarkan aje la, kesian orang tengah tidur aku nak kacau-kacau.
            Aku baring-baring sebentar di atas katil, bagi menghilangkan peluh yang merenik pada badan dan muka sebelum aku ke tandas memberus gigi dan mencuci muka. Solat Isyak aku awal malam ni, jemaah di surau. Senang kalau jadi apa-apa, sekurang-kurangnya aku dah solat, tak lah tertinggal rukun Islam yang wajib tu ha.
            Selepas lima belas minit yang ditemani bunyi dengkuran makhluk yang sedang tidur di atas katil Am itu, aku lantas bangun dan menukar seluar kepada kain tuala untuk ke tandas. Elok aje aku nak buka pintu, pintu bilik aku diketuk dan kedengaran suara lelaki yang lantang dari luar memberi salam. Aku dengan laju dan senang hatinya membuka pintu tersebut..
            " Kami dari Majlis Agama, kami terima aduan menyatakan yang encik sedang berdua-duaan dengan seorang gadis. Boleh kami masuk?" soal seorang pakcik berkopiah ditemani tiga orang temannya. Aku hanya mampu menganga. Apa?? Aku berdua-duaan dengan gadis? Biar benar pakcik ni?? Aku nganga lagi luas, aku rasa kucing menguap pun tak menganga seluas aku sekarang ni! Daun pintu aku biar terbuka luas (selepas ditolak oleh orang dari majlis agama), memberikan laluan untuk mereka masuk walaupun bukan itu yang aku nak buat!
            " Err, tapi tuan, saya takde buat benda macam tu, tuan!" Aku cuba mempertahan diri. Aku memandang wajah lelaki seramai empat orang itu silih berganti. Semuanya boleh dikatakan di dalam lingkungan umur akhir 40-an.
            " Ya, saya juga harap macam tu. Tapi, kami tetap memerlukan bukti untuk membuktikan yang awak tidak menipu. Diharap awak boleh memberi kerjasama." Seorang daripada mereka bercakap dengan tegas sambil membetulkan kopiahnya. Aku gelisah. Tapi, kenapa aku nak gelisah sebabnya aku memang tak buat salah langsung pun!
            “ Awak berdua dah kahwin? Sila beri I.C.,” Tanya seorang pegawai suloh dan jawapan yang diterimanya hanyalah gelenganku bersama ICku yang kuambil dari dalam poket slackku yang tergantung di dalam almari.
            " Uhh, apa bising-bising ni?" makhluk yang berdengkuran tadi bangun dan bertanya dalam keadaan mamai. Matanya yang ala-ala tak boleh nak dibuka itu dipaksa dengan gigih untuk dibuka juga kerana dari samar-samar penglihatan matanya kelihatan begitu ramai makhluk bernama Adam mengelilinginya.
            " Awak berdua disyaki telah berdua-duaan dan berkhalwat di dalam bilik ini, ya cik," kalau tadi aku yang menganga, tapi kali ni budak tu pulak menganga luas. Eh, macam aku pernah nampak muka dia ni.. tapi siapa?
            " Huh?? Aaa.. aa.. ku berkhalwat??" gagap dia bertanya dan dengan pantas dia bangun dari katil untuk berdiri. Masih tak centre sebab dikejut dengan tiba-tiba.
            " Pangg."
            " Aduh! Siot la katil ni!" Budak itu terjerit sakit terlanggar palang bawah katil double-decker Am sambil memegang dahinya laju menahan pedih. Matanya dikecilkan. Biol sekejap. Aku hanya ketap bibir melihat, aku faham rasa sakit dan peritnya macam mana. Tapi, aku dan Am sendiri hairan kenapa ada tiga katil dalam bilik ni, walhal yang ada cuma dua orang saja penduduk tetap di dalam bilik.
            " Kejap, kejap. Macam mana aku boleh ada dekat sini? Dekat mana ni?" dia lalu bangun menghadap pegawai majlis agama itu dengan seluar pendek paras lututnya dan t shirt hitam bertulisan Samsung.
            " Ish, takkan terlanggar katil sikit aje terus hilang ingatan?" perli seorang pegawai suloh yang berkenaan dengan agak sinis. " Untuk pengetahuan, cik berada di blok A, kawasan asrama putera kolej, tolong pakai selimut untuk tutup aurat awak ni," sambungnya lagi. Budak tadi yang mendengar arahan itu segera membulatkan pipinya dengan angin sambil mengambil selimut di atas katil Am dengan riak muka “aku tak tahu apa-apa, aku tak buat salah”.
            " Eh, bro! Bro ingat tak hari tu saya yang langgar bro? Tuan, dia ni lelaki, tak kan la tuan nak tangkap kami berdua-duaan kot? Kita bukan gay, kan?" ujarku (selepas aku berjaya mengecam) sambil meletakkan tanganku pada bahu bro tadi, yakni Faz yang aku terlanggar tempoh hari.
            " Memang aku bukan gay, sebab aku perempuan! Ish, sibuk aje!" jawabnya kuat sambil menolak tanganku yang sedang melingkar pada bahunya. Dahinya yang sudah mula membengkak biru itu diusap perlahan, dengan air muka yang keruh, dia menarik nafas dan menghembusnya kuat. Selimut yang dipegang tadi diselimutkan ke atas kepalanya kemudian melilit kain yang lebih pada pinggangnya bagi menutup bahagian kakinya yang terdedah.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aik....ape sudah jadi...cmner faz blh ade ctu? yg magiknye...dr 2 jd 3 katil...sambung ag...hehehehe

Arisa Eriza berkata...

later sambungan aku tggu siap dl manuskrip nnt aku post balik hehe. yg katil tu xde kaitan dgn alam misteri la hehe tu pihak kolej yg xbetul kui333

Unknown berkata...

bila nak sambung nye ni. apa jadi ngan antu2 kat u 2. sume pakat nak jodohkan faz ngan khairul ke

Unknown berkata...

bl nak sambung ni. apa jadi ngan antu kat u 2. xkn sume pakat nak jodohkan faz ngan khairul kot

Arisa Eriza berkata...

hehe mekasih sis ana ;) novel ni dah btukar tajuk jd hero aku tomboy. akan dipasarkan dalam masa terdekat insyaallah. di blog ni sy akan sambung sikit ye sampai bab 15 :) tanx dear sis !

Tanpa Nama berkata...

kau xnak siarkn dlm tv ke???best gak cter nie...aku suka faz yg bab akahir tu,yg dia kndong suami dia,best gla siut...

Arisa Eriza berkata...

hihi bab nak siar tu xde komen la plak hehe. tqsm beb sbb sudi beli novel ni n dah baca sampai habis hehe, tharu gila lah hiks! tkasih juta2 lemonnnn! *hehe agak2 larat ke kalau nak dukung suami sdri hihi mau patah pinggangku*