Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 30 Mei 2013

Sneak Peek 2 Hero aku Tomboy


" Fazzy dah nak bertolak?" soal mama bila aku dan Faz menapak turun dari bilik.
"Emm," Faz menjawab ala kadar, nada seorang yang sedang merajuk, aku teka mesti Faz perang mulut dengan mama tadi sampai dia menangis.
" Khairul, makan dulu sebelum bertolak ya, ada macam-macam mak Minah sediakan," mama menarikku ke dapur.
" Tak apa la, ma, kami dah lewat, nanti sampai lewat-lewat pun tak elok jugak," ujar Faz menangkis pelawaan mama, aku juga yang telan air liur. Tapi, rezeki nak merasa sandwich ayam belanda dan nasi goreng cili padi masih ada sementelahnya aku melihat si Faz sibuk memenuhkan dua bekas tupperware untuk dibuat bekal. Mak Minah pula laju menghulurkan bekas minuman berisi air mineral dan air sunquick sejuk padaku. Aku juga pantas menyambut.
" Fazzy, hati-hati dalam perjalanan nanti, apa-apa beritahu mama, ya," pesan mama pada anak perempuannya itu, namun Faz pada penglihatanku cuma bereaksi seperti dengar tak dengar saja. Aku memandang sekilas pada wajah mama, bagaikan ada secalit rasa bersalah, mungkin disebabkan pertengkaran pagi tadi.
" Tak apa, mama tak perlu risau, saya boleh tolong tengok-tengokkan dia, insyaallah," kataku perlahan memujuk hati tua itu.
" Terima kasih, Khairul, mama percaya Khairul dapat jaga dia dengan baik," aku mengangguk mendengar jawapan mama. Kulihat Faz sudah menghidupkan enjin kereta BMW Five series berwarna kuning terang dan hitam miliknya. Muka makin lama makin toya, aku yang lapar ni pun tak setoya tu rasanya.
" Tak pergi dengan pak Rahman?" soalku selepas mendekatinya.
" Tak, aku drive," Jawab Faz pendek.
" Okay, kalau penat aku boleh ganti," sambutku ceria, kalau tak ada pak Rahman, okay jugak, agak-agak aku akan kekok tak dengan dia nanti? Kalau kekok jugak, buat-buat tertidur aje la, taktik lama, weh!
" Mama, saya gerak dulu, nanti dah sampai saya telefon," aku meraih tangan putih yang masih gebu itu lalu kucium penuh sopan. Aku jeling Faz, betul-betul merajuk ni, salam pun dia tak nak, duk buat-buat sibuk dengan kereta, entah apa yang sibuk sangat pun aku tak tau.
" Mama minta maaf buat Fazzy moody pagi-pagi buta ni, Khairul pula yang jadi mangsa," ujar mama kesal. Dia tahu kalau Faz merajuk, cakap la apa pun, mesti dia takkan dengar.
" Tak apa, mama, mama jaga diri, assalamualaikum!"
**
" Menantu soleh la konon?" suara Faz kedengaran memecah kesunyian yang menghiasi pagi yang indah itu selain suara Dj radio yang ceria menghiburkan pendengar.
" Mana ada, biasa la aku layan orang yang lebih tua daripada aku, standard aku memang macam tu,"
" Okay," diam. " Kau lapar kau makan la dulu, mana tau ini kali terakhir kau merasa sandwic ayam belanda," ujar Faz selamba. Air mukanya sudah hilang toya, diganti dengan muka tiada perasaannya.
" Maksud kau?" aku hairan. tapi apa aku kisah, ibarat pucuk dicita, ulam mendatang aku membuka tupperware nasi goreng cili padi dan mengambil sudu, laju aku suap masuk mulut. Sampai la..
" Wei! Kau nak mati ke??!" jeritan aku membuatkan senyuman sinis di bibir Faz terbentuk.
" Let's go to the heaven, mate!" enjin kereta mewah itu menderum kuat, bacaan meter aku jeling dah nak sampai 170km/sejam, aku dah berpaut kuat kat tepi tingkap, tangan aku boleh kira gigil la, cepat-cepat aku tutup tupperware dan lempar ke belakang. Tali pinggang keledar yang aku selalu abaikan sebelum ni laju aje aku capai dan pakai. Mulut pulak tak henti istighfar sebabnya si Faz ni perempit sejati rupanya, kalau tak ada kereta tak apa, ini kereta penuh di jalan! Menempah maut betul aku rasa bila kereta ni dia buat macam main game! Bila ada kereta yang menghalang, dia akan masuk jalan sebelah, memotong walaupun di lorong perlahan.
" Ini akibatnya kalau aku marah, aku dah tak kisah hidup atau mati!" jerit Faz sambil menghentam stereng kereta. Aku yang menyaksikan naik kaget, aku telan air liur. Wah, seram sungguh ni!
" Sabar, Faz, ingat Allah, tak kan kau nak mati sia-sia? Ini boleh dikira membunuh diri kalau kita mati.." aku cuba memujuk sambil berdoa di dalam hati semoga marah Faz segera reda.
" Aku stres, Rul! Aku stres!" mukanya berubah, bibirnya digigit, mata menakung air jernih yang menanti masa untuk gugur. Aku turut merasai kesedihannya. Wajahnya menceritakan betapa dia banyak menyembunyikan kisah duka di balik senyuman dan usikannya. Itu pun kalau ada la dia senyum, ayat nak tiru novel pulak aku ni, aku berbisik sendiri.
" Aku sedia dengar kalau kau nak cerita," aku menarik nafas lega, sikit la, selepas air mata dia turun, sekaligus dia memperlahankan kelajuan kereta.
" Aku tak bahagia walaupun aku duduk rumah besar, kereta mewah, apa aku nak semua aku dapat, tapi hati dan jiwa aku rasa kosong, aku tak tau kenapa jadi macam ni, aku tak suka rasa ni, Rul.." dia menguak rambutnya ke belakang selepas mengelap air mata yang turun ke pipi.
" Sorry kalau apa aku tanya buat kau terasa. Kau solat lima waktu dan mengaji al Quran tak? Puasa?" aku bertanya perlahan, tanpa teragak-agak walau sedikit.
" Tak. Aku jarang buat semua tu. Kalau bulan puasa, aku bangun sahur, tapi kalau aku lapar, aku makan aje lepas tu aku tak kira pun berapa banyak hari aku batalkan puasa macam tu," air hidung ditarik. " Aku berdosa kan,"
" Kau boleh ubah sikit-sikit, aku yakin kau kuat, kau kan Thunder Cat?" kataku sambil mengusap air mata di pipinya. Dia terkedu, tanpa sedar pipinya memerah, aku rasa aku pun sama! Aduh, tindakan refleks kah?? Tindakan refleks macam tadi hanya berlaku pada orang yang berjiwa romantik tak pun kasanova aje, aku..?
" Bila masa aku jadi Thunder Cat? Gila!" katanya sambil menyiku rusuk kanan aku. Fuhh, baik punya sikuan ni! Senak dan naik bintang jugakla kepala aku kena penangan dia. Namun, aku hanya mampu tersenyum melihat dia sudah kembali normal, alhamdulillah. Betul lah kata orang, air mata penyembuh stres. Dan mengingati Allah adalah ubat tekanan yang paling berkesan jika kita yakin.
" Weh, berhenti di R&R la dulu, tak pun kawasan rehat depan tu nanti, kau lapar kan, aku tau kau tak makan lagi, kalau tak, tak kan la kau baik sangat nak tapaukan nasi dan sandwich untuk aku kan," aku mengambil berat sambil memerli tanpa niat.
" Cis, kau kalau nak buat baik berpada-pada, nak buat jahat bersiaga-siaga, tengok dengan siapa kau nak buat jahat ni,"
" Eh, tak.. aku berniat baik ni, he he," aku tersengih. " Kalau kau tak nak berhenti, insyaallah aku dengan redhanya boleh suapkan," kataku lagi mengusik.
" Ah, sila kau diam sebelum aku tinggal kau tepi jalan, kau tayang la kaki berbulu kau tu, dengan harapan ada orang nak berhenti," balasnya. " Bagi bekas sandwich tu, aku lapar ni, nanti dengan kau kau sekali aku telan, ganti biawak!"
" Ha ha, okay, nah," aku dengan senang hati memberi. Dia menyambut dan memenuhkan mulutnya dengan segera. " Air, weh, air! Oksigen!"
" Air mineral ke sunquick?"
" Bagi jela asalkan air! Mangkuk la, Rul!"
" Hah, mangkuk? Kau tak bawak pun mangkuk?"
" Bengong la kau ni!" balasnya semulajadi kasar. " Kau la mangkuk!"
" He he, kalau aku mangkuk, kau jamban lah kan, baru jadi mangkuk jamban,"
" Cis, loyar buruk rupanya kau kan, Rul?"
" Gurau-gurau, tak boleh gurau, duduk surau!"
" Cik Pah beli barang, aku sedekah penyepak karang!"
" Kau makan delima, aku sedia terima,"
" Telan ais ketul, betul?"
" Tasik Wakatipu, memang tak tipu!"
" Wa suka lu, aku sekeh dulu!"
" Lu suka gua? gua sayang lu!"
" Wei, mana boleh quote ayat aku, lepas tu rima belakang kau tak sama la!" Faz menyebut, syarat-syarat untuk berpantun dua kerat. Berpantun punya pasal, BMW nya itu dah empat kali kena hon, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, lepas tu bawa 35 km/sejam di jalan tengah lebuhraya, mahu tak nya kena hon.
" Ah, tak ada, kau nak kata kau menang la tu kan?" aku berdalih bagi menyembunyikan rasa malu kerana terluahkan benda yang tak patut. Harap dia betul-betul tak perasan!
" Memang pun aku menang! Belanja aku makan malam ni!"
" Tak nak, berhenti tandas sekejap Faz, aku nak cari ilham nak lawan pantun dengan kau!"
" Cari ilham di bukit la, bukan dalam tandas!"
" Ini cara baru, kau mana tahu,"
" Tak boleh, kalau nak lawan pantun tunggu sampai dulu, kalau tak esok pagi pun tak sampai lagi!"

http://www.kakinovel.com/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=173&category_id=1&option=com_virtuemart&Itemid=9 << untuk tempahan online RM20 free poslaju :)

Tiada ulasan: