Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 28 April 2014

MARCH 1 (status diragui samada cerpen or novel hehe)

*selamat mbaca, mcm biasa ambil yg baik, buang yang buruk ;) tqsm! *

"Hello, ni aku, March, jumpa petang ni kat cafe hotel Evegreen, pakai lawa-lawa sikit,"

"Apa? Aku mana ada duit nak belanja kau kat hotel, nok. Tolong la fahami aku yang kesian ni,"

"Bila masa aku nak suruh kau belanja, ikut ajela cakap aku, pukul lima aku nak nampak kau dekat lobi hotel, sharp. Don't be late, or you'll pay for it," klik. March letak telefon.

**

"Apa?! Kau nak aku kahwin dengan kau?! Kau ni dah sewel ke apa??"

"Weh, slow la sikit! Memekak la, bukan aku suruh kau terjun lombong pun!"

"Aku rela terjun lombong daripada kahwin dengan kau! Uhh, kau ni, sampai hati lamar aku," pipi Lucy dah merah.

"Lucy, aku sayang kau. Terima aku, please.."

"Apa ni, nok.. kau kawan baik aku, mana boleh aku kahwin dengan kau. Instead, aku ni tak sesuai la jadi laki kau, aku prefer jadi wife kut, instead of suami, aww, gelinya aku.."

"Yess, itu la apa aku cuba sampaikan. Aku jadi suami, kau jadi isteri.. err, i mean, kalau itu yang kau nak," March selak rambut ke belakang. Dia pandang Lucy yang pakai skirt pendek dan baju yang sepadan yang elok terletak di tubuh. Kalau sekali pandang, semua akan pandang kali kedua, cantik mengalahkan model. Just, suara ajela, kepit!

"Tapi, apa ni.. terkejut aku, nok.. Mana boleh aku kahwin.. dosa aku kalau aku tak jadi suami yang soleh," dia mencebik.

"Daripada kau nak jual diri. No, aku takkan izinkan. Kahwin dengan aku, aku bagi kau semua apa yang kau nak,"

"Err, mana kau tau.." Lucy dah gagap. Dia pandang March yang berpenampilan lelaki. Entah macam mana boleh dia in dengan March ni entah..

"Aku tahu la, sebab tu aku nak kahwin dengan kau, supaya aku boleh jaga kau, kau faham tak?"

"Err, tapi perlu ke sampai kahwin kalau nak jaga aku aje? Semata-mata?"

"Lucy, don't you heard me just now? Aku sayangkan kau, sebab tu aku nak kahwin dengan kau, aku nak jaga kau, family kau, kau faham tak?"

"Tak boleh, nok.. aku.."

"Kau apa? Kau tak ada kekasih pun kan? Tak tau la kalau kau ada kekasih?"

"Apa ni.. mana ada. Tapi, aku tak pernah pun terfikir nak kahwin ni, nok. Kau jangan paksa aku," gulp. apesal berkilau-kilau sangat cincin permata ni? Terkelip-kelip mata Lucy sambil mata tenung March.

"Terima atau tak, kahwin dengan aku, okay, sayang?" March sengih tepi. "Jom, pilih baju kahwin," March kelip mata.

Tiada ulasan: