Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 13 Jun 2014

March 9 novel/cerpen

Warning this part contains some romantic scenes. plz note that this romantic part is between a married couple. behave yourself pls  haha happy reading!

March 9

Mereka berdua sampai di sebuah pulau yang tak berpenghuni. Awal pagi tadi March dah pun maklumkan pada pihak resort yang mereka berdua akan ke pulau yang tersebut. 

“March, apesal sunyi lain macam?”

“Kita berdua aje kat sini,” March menyambut sambil turun dari motorboat.

“Erk?”

“Apesal terkejut? Baru la namanya honeymoon, kan?” March melebarkan senyum.

“Hurm,” Lucy bereaksi antara mengakui dan tak. “March, kau kata nak memancing, mana joran kau?”

“He he, joran tak ada, so kita tangkap guna tangan aje,”

“Tangan?!”

“He he, tengok orang terer nak tangkap,” angkat kening dan kakinya menjejak ke dalam air selepas dia membentangkan tikar kalis air yang boleh dilipat di atas pasir putih di situ. Lucy mencebik aje. Ye ye aje mamat ni. Tengok sejauh mana terernya tu. Sekadar menyebut, aku pun boleh.

“Uhh! Dah nak dapat tadi!”

“Argh, terlepas pulak!”

“Ciss, apesal licin sangat ikan ni!” berhempas pulas March di dalam air cuba nasib tangkap ikan untuk dibakar, kononnya.

Selepas sejam..

“March, aku lapar ni..! Cepatla, mana ikan kau??” Lucy yang berbaring sun-bathing katanya bangun dan bersuara.

“Hadei, tak berjaya la, sayang. Skill dah tumpul,” March naik dan terus terdampar di atas pasir.

“Lama aku tunggu. Dah habis peluh berjuta ni,”

“Kau nak test? Mana tau nasib kau baik,”

“Tak mau la. Tak pernah dibuat orang tangkap ikan guna tangan,”

“Eh, dulu aku tangkap, dapat, beb. Berekor-ekor lagi, bukan seekor,” March bangun bersila. “Kali ni, nasib tak ong la,” sambil genggam penumbuk dia tumbuk tapak tangan sendiri.

“March, apa ada dalam tu, kau rasa?” Lucy abaikan bebelan March dan matanya melilau ke hutan di belakang mereka. Terdengar bunyi unggas dan burung diselang-selikan dengan bunyi ombak memecah pantai. Melodi yang sungguh indah mendamaikan jiwa dan gegendang telinga.

“Em, have no idea,” March angkat bahu. “Nak try explore?”

“Ada harimau tak?”

“Tak, kut. Mana nak sesat tetengah pulau kecik ni, sayang. Melainkan gugur dari langit,” March menyambut. “Aku rasa okay jugak kita masuk dalam, dapat berteduh sikit, dah mula panas ni. Payung ni kecik sangat la, tak muat pun aku nak masuk, lain la kalau kau izinkan aku peluk kau, he he,”

“Okay, jom masuk,” malas layan usikan March, Lucy cepat-cepat tarik tangan ‘husband’nya tu. Kalau dibiar, merapu sampai aku rasa nak jadi kanibal aje dengar dia mengusik tu, bisik Lucy mengenangkan March yang tak sudah asyik nak membuli dan mengusik. Tak tau la terlebih hormon apa dia ni agaknya.

“Eh, tapi betul ni kau tak nak masuk tangkap ikan? Comel-comel seyh ikan dia, rugi kau tak tengok. Esok ikut aku snorkeling, ye sayang,” March bangun dan membetul-betulkan rambutnya. Pasir halus yang melekat di seluar pendek dan baju sleevelessnya pun dikibas-kibas.

“Err, aku takut air la, takut lemas. Tak pernah seumur hidup aku snorkeling!”

“Ala, takde hal la, aku kan ada,” March memegang tangan Lucy. “Jom, basuh kaki dulu sebelum masuk hutan,”

“Ala, bukannya nak masuk rumah pun kau ni sampai nak basuh-basuh kaki,” Lucy protes, tapi tetap kaki mengekor langkah March. Sungguh-sungguh ketenangan bertamu di hati. Kalau aku tak berjodoh dengan March, mungkin sekarang ni aku sendiri duk bergigih cari makan untuk sara keluarga. Dan untuk jejak kaki ke sini mungkin lebih kepada mustahil untuk berlaku. Lucy emo sorang-sorang.

“Sayang, menung apa tu?”

Splash!

“March! Ni kira gunting dalam lipatan ni! Tikam dari belakang!” Lucy menjerit apabila March memercikkan air padanya, kena elok kat muka dan bahagian perut.

“Ha ha ha!” March ketawa senang hati bila Lucy membalas balik, habis basah baju. Betul-betul balas dendam, buli balik namanya ni!

“Nok! Habis sunblock aku!” Lucy jerit lagi sambil tangan terus-menerus memercikkan air masin tersebut kearah March.

“Ahh, kisah pulak aku dengan sunblock kau, sayang, ha ha ha!” March balas. Dua-dua duduk mencangkung dalam air, punyala bergigih tu nak cedok air dengan lebih efektif, supaya pihak lawan kena air dengan berjayanya.

“Ha ha ha, kau memang raja buli laaa! Jahat yang amat!” Lucy ketawa sebelum March mendekatinya. Pertandingan memercik air tadi terhenti dengan sendiri. Renungan lembut mata March bersama senyumannya mendebarkan hati Lucy.

“Kau cantik, sayang..” March bersuara sambil memegang belakang leher Lucy. Kemudian tanpa sedar, March membaringkan Lucy ke atas pasir di tepian. Tapak tangannya memangku kepala dan leher Lucy. Ombak masih membawa air masin bersama mengenai tubuh mereka berdua. Mata Lucy seakan terpaku dan terkunci dengan renungan mata March, macam terkena hipnosis. March merapatkan wajahnya kearah wajah Lucy, Lucy dah tutup mata dengan dada bagai nak pecah berdebarnya, dia sendiri hairan kenapa dia tak mampu untuk menghalang apa yang March sedang lakukan, semacam pasrah dia bereaksi.

“Aku bertuah dapat kau,” bisik March di telinga Lucy, terlalu rapat hingga hilang semua muzik latar yang sedang berlagu, kecuali debaran di dada yang terdengar hingga ke telinga. Dan terasa nafas March yang hampir ke bibirnya.

‘Aku pasrah kalau dia nak curi first kiss aku,’

‘Hei, dia layak ke?!’ kata hati Lucy tiba-tiba berlawanan antara satu sama lain. Dengan segera dia terus membuka mata, dengan niat nak menghalang situasi tadi daripada terus berlanjutan, tapi tekaannya meleset. March tak ambil kesempatan walaupun dia boleh, dia cuma memeluk erat tubuh Lucy yang dah mula bergetar dengan sendiri. Uhu, perasan sendiri dia nak kiss aku.. Lucy blushing.

“Nah, hadiah untuk kau,” March melepaskan sedikit pelukannya tadi dan menayangkan sekeping kulit cengkerang berwarna putih berbelang-belang coklat tua dan hitam, sangat cantik di hadapan mata Lucy. “Untuk bidadari aku,” dia kelip kedua-dua matanya perlahan dengan penuh kasih.

“Er, ehem,” Lucy berdehem sambil membangunkan tubuh sendiri, secara automatik March duduk bersama. “Thanks,” ada getar di dalam suaranya sambil menyambut huluran March.

“Kau okay?” March menyelitkan rambut Lucy yang dah basah dimamah air ke celah belakang telinga Lucy.

“Okay,” perlahan suara Lucy antara dengar dan tak. Damn it la, apesal aku berdebar lain macam pulak ni, hadui! Lucy ketap bibir sendiri, sambil menahan nafas supaya March tak dapat tangkap yang dia sedang bergetaran seorang diri.

“Kau sejuk? Sorry, aku tak patut bawak kau masuk air,” March risau bila dia terasa badan Lucy bergetar dan wajahnya pucat. Dia mendukung Lucy keluar dari air dan mendudukkannya di atas tikar biru yang dihamparkan awal tadi.

“Aku okay,”

“Serius kau okay?” Lucy angguk. “Tapi kenapa kau pucat ni?”

“Tak, err, aku.. maybe aku.. err.. aku entah.. tak tahu..” Lucy gagap, hilang tujuan hidup sementara waktu.

“Kau sejuk ni,” tangan Lucy terasa beku dipegang March. Cepat-cepat March ambil tuala dan membalut tubuh Lucy yang berbikini. Dress sepadan yang dipakainya tadi dia letak tepi sebelum sun-bathing masa March duk kalut tangkap ikan guna tangan.

“Aku okay. Thanks,” Lucy dipagut rasa terharu, tak pernah dia dapat layanan dan perhatian macam ni daripada sesiapa pun sebelum ni. Bahunya dipeluk March sambil digosok-gosok. Dia pandang wajah March dari ekor mata, comel pulak muka risau dia, hu hu. Lucy berbungkus di dalam tuala sambil menghayati keindahan pulau yang sangat cantik di pagi hari yang semakin menginjak ke tengahari. Pokok kelapa melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi. Terlihat juga sekumpulan burung putih terbang melayang mengharung angin.

“Cantik cengkerang ni,” Lucy bersuara memecah kebisuan selepas rasa berdebar tak ketahuan hala tadinya beransur pergi. “March?”

“Honey??”

“Aaaa? Apa, apa?”

“Kau tidur??”

“Ha ha, sorry, sayang.. aku rasa bahu kau macam bantal pulak tadi. Hu hu,”

“Nasib takde air liur basi,”

“Ha ha, nak ke, aku boleh bagi,”

“Eee, pengotor!”

“Ha ha! Kau dah okay, sayang?” March bertanya dalam mamai. Boleh kau tertidur pulak ye, March. Aku sekeh tak pasal aje nanti, Lucy berbisik.

“Okay, aku lapar aje ni,”

“He he, don’t worry. Hero ada bawak makanan,” March bangun dan menyelongkar beg yang dibawa tadi dan mengeluarkan sebuah Tupperware lutsinar. “Back-up kalau tak dapat tangkap ikan, which is already failed,” March kelip mata sambil membuka Tupperware tersebut dan mengunjukkan pada Lucy.

“Mana kau dapat ni?”

“Aku bawak dari Malaysia,”

“Are you kidding me??!” Lucy hampir nak mengeluarkan kembali roti sandwich yang dah masuk pun dalam mulutnya.

“Ha ha, yeah, yeah.. aku gurau aje, telan, telan, jangan keluarkan balik. Aku ambil kat café tadi,” dengan wajah ceria March menggigit roti sandwich bersalad yang berada di pegangannya sambil tersengih happy dapat mengenakan cinta hatinya tu untuk sekian kalinya. Aku suka dan please sangat untuk tengok muka geram dia kalau kena usik.. perfect! Terlalu comel untuk diungkapkan dengan kata-kata. March berbisik sambil terus tersenyum.

“Nak tak kalau kau duduk berdua aje dengan aku kat sini?” March mengajukan soalan.

“Sini? Oh my, takde tempat lain ke, nok? Aku nak shopping pun tak boleh. Mydin takde, Petaling Street, apatah lagi Pavi,”

“Amboi, demand sungguh kau ni, ha ha,” March mengelap tangannya ke seluar pendek paras lutut yang dipakainya. “Okay sikit tak perut kau?”

“Em, boleh la. Kalau ada dinasour, dinasour pun aku nak panggang sekarang ni,” betul-betul ayat perli tu!

“Ha ha, nafsu gajah sangat, beb!” March bangun dan melipat tikar tadi, lalu menyimpannya di dalam beg. Tupperware pun disimpan dan dia mengeluarkan sebilah pisau ala Rambo lantas disisip ke sisi seluarnya.

“Kau bawak pisau?? Jangan kata kau ni kanibal??

Tiada ulasan: