Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 19 Ogos 2014

Teaser Marchmellow

“Allah benci kamu, Lutfi. Allah benci orang macam kamu! Apalagi aku!” 

“Abang..” mak bersuara perlahan, namun tak diendahkan abah. 

“Hina sangat ke Lutfi, abah? Kotor ke Lutfi sebab jadi macam ni?” bergetar suara yang keluar daripada kotak suaranya. Adik-adik dah menangis. Simpati dan memahami perasaan abang sulung mereka.

“Kau hina, kau kotor, kau buat aku jijik!” abah lempang pipi Lucy, lalu bibirnya berdarah. Begitu sekali abah menghukumnya. “Kau ingat cantik ke kau pakai macam ni?? Cantik?! Buruk macam badut, hodoh macam buaya! Kau keluar, jangan balik rumah ni lagi! Aku tak mengaku kau anak aku. Aku tak ada anak macam kau! Keluar!” abah ambil beg dan beberapa helai bajunya, dimasukkan dalam beg dan beg terebut dilempar ke muka Lucy.

“Abah, ampunkan Lutfi, bah.. Lutfi nak pergi mana, bah,” peperiksaan SPMnya tak lama lagi akan menjelang. Dia peluk kaki orang tuanya itu namun ditolak dan rambutnya dicekak sebelum ditolak keluar ke atas tanah.

Tiada ulasan: