Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 9 September 2014

HAT dgn sign RM24 free postage!

siapa yg berminat dgn novel komedi seram, romantik komedi sweet gitu *poyo* dan islamik, boleh dapatkan dgn arisa, RM 24 bsama pos dan signature *yg selalunya xcomel itu* boleh PM di FB arisa eriza, atau tgglkan emel nanti arisa contact kembali ye! 

Sinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? “Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?



Antara komen2 utk HAT :

drpd dear sis Umie Nadzimah novelis : 
Jika mahukan kelainan dalam plot & idea, boleh cuba baca 'HERO AKU TOMBOY' , karya Arisa Eriza, Penerbitan Kaki Novel. Jujur cakap, Kak UN kurang gemar dengan penggunaan POV 1, tetapi dalam karya ini, penulis menggarapkannya dengan begitu baik dan natural sekali. Thumbs up!

Sebagai penulis (yg tak glamer mana), Kak UN sangat2 kagum dengan idea yang dibawakan Arisa. Ada kelainan. Komedi cinta yang disulami sedikit seram (taklah seram sangat~ala2 kelakar), penggunaan ayat2 selamba yang mencuit hati dan ada unsur2 menasihati dalamnya, Best!

*Hanya pendapat peribadi ya*


komen mharukan arisa drpd sis novelis Sha Ibrahim. tqsm  ! hugss2 


Hari ni bila dapat novel dari KN...aku duk intai-intai je HERO AKU TOMBOY tu...hehehe...bukan apa...sebab aku memang suka dengan cerita penulis ni sebelum ni BINI AKU TOMBOY kE? Citer dia sebelum ni memang masuk dengan jiwa aku...akhirnya tak tahan godaan....aku bawa masuk novel ni dalam bilik mesin...sambil 'run' mesin...sambil baca...dan ternyata...aku mengekek seorang diri dalam tu...nasib baik pintu bilik ni tertutup..kalau tak sah-sah kena tuduh gila!! kakaka...best weh! Tak leh nak stop...memang 'fresh' dia punya penceritaan dan dialog...hahaha...dan aku masih dalam mood cerita 'seram' ala-ala scooby doo...seram tapi lawak!! kakaka... 

drpd sis novelis Rafina Mimi Abdullah : 

sikit je lagi nak habis baca HERO AKU TOMBOY. saya sengaja lambat-lambatkan baca novel ni sebab rasa macam sayang nak tamatkan. entah la.. novel ni dia ada macam sejuta rasa tau.. sekejap kita boleh jadi fazlah joanna, sekejap pulak boleh jadi khairul ezzairy, lepas tu boleh jadi hayati abdullah' jadi shahril pun boleh dan juga kita boleh jadi 'MANGKUK FINLAND' (gelaran faz untuk abang dia yg dia benci sangat tu dan juga gelaran 'CENGKERIK' yg diberikan khairul kepada abang ipar dia tu) kihkihkih.. novel ni LANGSUNG TAK ADA KLISE dengan novel2 yg pernah saya baca yg kebanyakannya menyentuh soal kahwin2 (termasuk novel saya sendiri..hahahaha) HERO AKU TOMBOY ni memang ada la kisah rumahtangga faz, khairul dan hayati tapi olahannya tu SANGAT2 BERLAINAN okey! wah, semangat pelik duk taip ni.. hahahaha.. Arisa Eriza TAHNIAH ADIK..! belum pernah lagi akak baca novel yg kisahnya macam ni.. SANGAT2 MENARIK.. bukan saja penuh dengan ilmu, info, seram, dakwah dan macam2 lagi...adoiiii tak reti nak jelaskan macam mana perasaan ni semasa membaca HERO AKU TOMBOY!

Suraya :
Salam kak arisa..sye dh habis bce novel HAT..mmg t'baik laa..!! Best, gempak, sweet, sedih, seram semua ade.. Puas hati sgt2..dua2 novel akak b'jaya buat sye menangis..hahaha.. 
Tak sabar nak tunggu novel akak yg seterusnye.. Harap lagi gempak n sweet! 

Wan Syafikah komen 

saya suka cerita HAT sbb lelaki tu terima perempuan seadanya.jalan cerita yg agak berbeza dgn jalan crta sblm ni...perempuan tonboi tp lepas jumpa lelaki idaman terus berubah jadi ayu....ataupun lelaki akn minta perempuan yg dicintai tu berubah kearah lebih lembut.....itulah istimewa novel ni....TERIMA SEADANYA dan SEDIA ADA....

#belilah HAT!!!

komen drpd page KN. tkasih semua ! 

Maslihan Che Mansor and 110 others like this

Ghah Comel mula mula baca takut jugak.. hehehe last ok je best
Unlike · Reply · 3 · Wednesday at 10:17pm

Faridah Muhamad Saman Khairul Fazlin Kamarudin & Norashikin Dulzaki...dah ada ni.blm baca lg
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 10:04pm via mobile

Biela Zakaria duble like utk cite nih
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 9:17pm

Lagenda Novel best  komedi+seram
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 8:47pm

Siti Marissa Hussin Cita hantu..cinta..lawak..
Unlike · Reply · 2 · Wednesday at 8:43pm via mobile

Moi Mooi Cetanya best......
Unlike · Reply · 1 · Wednesday at 8:41pm via mobile

by dear sis Azrien Osaki. tqsm dear sis ! 

btw sis dah baca kedua2 nvl awk..
best + sempoi giler
HAT tu dari awal sampai akhir terkekeh2 ketawa.... bab dorg berpisah je sedih
good job dear

ohhh ayat2 awk best n sempoi
nk baca pn santai
hilang stress lepas keje  

dear sis princess chaarming :

bru je habis baca.. mmg sgt2 best.. memiliki keunikan yg trsendri.. secukup rsa.. smua element ada.. yg x tahan tu.. tiap chapter penuh dgn kejutan.. hingga sya rsa x sabar nak tahu apa yg akan trjadi slepas itu.. huh.. lega sgt2 bila dah habis baca novel ni.. berbaloi sya nangis smpai bengkak mata.. he3.. Congratz to Arisa Eriza.. semoga terus berjaya mghasilkn karya2 yg tip top di msa akan datang..

Nadia Zaidi : alhamdulillah...bru jew 10 mnt y lpas sye khatam kan HAT tuk kli y k 6...best sggt...x bosan...

tapi kan risa, serius kami cakap, part2 yang lain memang terbaik laa....boleh jadi gila. sebab dok gelak sorang-sorang. bukan senyum tau....tapi gelak mengekek....ho...hoho....semoga akan datang dapat lagi kami memiliki novel risa yang sentiasa terbaik. sory laa..kami tak pandai komen dan puji. sebab tu tak ada pujian dan komentar dari kami. he..he..he...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Best sgt2..pasni leh buat drama tajuk "Hero Aku Tomboy" pas buat drama buat plak hero aku tomboy 2. Pasal adam good luck sis! Best yg amat sampai tk tau nk kte ape..