Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 4 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 14

Bila masa aku pergi sentuh dia? Kalau ye pun aku sentuh, takde maknanya dia nak pregnant!

' Isteri encik dah boleh balik sekejap lagi. Tapi pastikan dia cukup rehat dan tak stres untuk kesihatan baby dia. Selalu buat check up, okay?'

Zack angguk je mendengar nasihat cik doktor itu. Nak je aku kata dia ni salah orang, aku ni bukan suami Arin apatah lagi PAPA untuk anak si Arin tu! Tapi, pelik jugak kenapa lah suara aku ni dah tersekat dekat tekak??

' Arin. Kau okay tak?' Zack bertanya selepas Arin keluar.

' Okay. Sorry Arin muntah kat baju Zack tadi.' Kata Arin sambil tertunduk merenung kasut.

' Kau larat tak nak jalan ni?' Arin angguk sikit.

' Mintak maaf sebab dah menyusahkan Zack.'

' Kau tak payah risau la pasal tu. Aku cuma nak tau apa yang dah jadi dekat kau??’ Arin diam.

' Arin, kau dengar tak aku cakap apa?' Zack memegang lengan Arin.

' Ye, Arin dengar. Kita cerita kat rumah je, boleh tak?'

' Tapi.. Arin.. Aku nak tau sekarang jugak! Aku bebetul tak dapat tahan lagi nak tau apa dah jadi dekat kau?? Ada orang rogol kau ke apa?!' Zack jerit kuat. Tak puas hati beb! Orang di klinik menjeling ke arah mereka. Kemudian, Arin menarik Zack keluar.

' Dekat rumah boleh tak Arin cerita?'

' Nope. Jom kita pergi minum and kau boleh cerita kat aku dari A sampai Z.' Zack menarik Arin. Muka sebijik macam baby baru bangun tidur. Mesti dia nangis tadi lepas tau dia pregnant.

' Kau nak minum apa?' Arin menggeleng. Dari tadi asyik tunduk-tunduk je. Zack mengeluh. Dia tahu dan faham perasaan Arin sekarang. Dia cuba bersabar untuk tidak terus memaksa Arin menjawab persoalannya tadi.

' Em, sorry, miss. Tolong cancel kan air yang saya pesan tadi. Thanks.' Zack bangun dan mengangkat semua beg plastik yang diheret ke hulu ke hilir sejak tadi lagi.

' Jom, kita balik.' Zack menggenggam pergelangan tangan Arin. Arin bangun dan berjalan lemah mengikuti langkah Zack.

Sampainya mereka di rumah, Arin terus naik ke biliknya. Hai, lupa dah janji dia dengan aku tadi? Em, takpe jela. Aku tak boleh paksa-paksa dia pulak, nanti kalau dia lari dari rumah, hah tak ke naya aku nak mencari balik pulak!

Zack naik dan lepak atas katil. Wuish, penat gila sewel! Zack merenung siling, matanya dah lali dan gaya dah nak tertutup dah. Uhh pukul berapa ni? Zohor tak solat lagi la. Dia bangun mengunci pintu bilik dan solat kemudiannya.

‘ Haha! Cute nya Doraemon! Siot betul Nobita!’ Zack gelak sendiri sambil membaca komik Doraemon yang dibelinya tadi. Mata terus segar selepas solat. Baik la mengaji Quran daripada dok membaca buku komik tu.

‘ Zack. Awak kat mana? Sini ke?’ Arin mengetuk pintu biliknya kuat. A’ah, lupa pulak aku kat budak tuh! Sibok dengan cerita Doraemon mengembara hehe.

‘ Yep yep! Aku kat sini, masuk la!’

‘ Kunci.’ Arin bersuara dari luar. Macam tikus bunyi pun ada aku dengar hehe.

‘ Sekejap.’ Zack bangun dan membuka pintu.

‘ Come in.’ Zack kembali ke katil dan duduk bersila. Arin berdiri tegak sambil menggigit bibir di tepi katil.

‘ Sini, duduk sopan-sopan hehe.’ Zack menepuk-nepuk tilam, isyarat menyuruh Arin duduk di situ, berhadapan dengannya. Muka Arin merah. Dia pun duduk, kakinya dibiar mencecah carpet gebu di bilik itu.

‘ Are you sad, Arin?’ Zack menyentuh dagu Arin, lembut. Mata Arin merenung mata Zack. Tak semena-mena Arin memeluk Zack dan dia menangis tersedu-sedu.

‘ Shh.. Come on, Arin. Beritahu je apa yang kau nak beritahu. Aku ada kat sini, okay? Dah jangan nangis lagi. Muka dah macam Mc Donald dah, hidung merah.’ Zack tepuk-tepuk belakang Arin perlahan. Ish, dah macam psychologist dah ni hehe.

‘ Mintak maaf, Zack. Arin takde tempat lain dah nak mengadu.’ Arin melepaskan pelukannya.

‘ Kau dah ready nak cerita kat aku? Kalau belum, takpe, aku tak paksa.’ Che, ayat tak tahan betul! Padahal, kalau ikut hati memang aku dah cekik-cekik dia suruh cerita semua huhu.

‘ Dulu, Arin ada kekasih. Nama dia Shah. Dia memang hensem, Zack. Semua perempuan pun mesti suka kat dia.’ Arin mula menceritakan kisah hidupnya dahulu.

‘ Ehem, mana lagi hensem? Aku ke dia?’ Zack menggosok-gosok dagu dan membuat muka machonya. Macho la sangat huhu.

‘ Zack!’ Arin menjeling manja. Pulak.

‘ Okay, okay, tak. Sambung.’

‘ Satu hari, dia ajak Arin keluar. Arin tak tahu dia nak bawa Arin pergi rumah sewa dia. Arin kata tak nak masuk, tapi dia kata Arin tak sayangkan dia kalau Arin tak masuk.’ Arin berhenti kejap, tarik nafas.

‘ Dalam rumah, dia mula raba-raba Arin.’

‘ Kenapa kau tak tepis?’ Zack bengang. Sial punya kodok! Gatal nak mati raba-raba anak orang!

‘ First time rasa, Arin tak kuasa nak tolak..’ Arin tertunduk. Mungkin menyesal.

‘ Lepas tu, dia mula pujuk ajak Arin buat.. ehm..’ Arin terhenti.

‘ Okay okay. Aku faham. Just aku nak tanya. Kau memang rela la nak ‘kena’ dengan dia?’ Zack serius.

‘ Arin tak tau yang kalau Arin buat benda tu, boleh mengandung.. Sebab tu Arin nak tanya Zack, sebab tu ke Arin mengandung..?’

‘ Mak ai. Sayangku, Arin! Kau ni sah-sah la tidur masa kelas Sains tingkatan tiga kan?’ Aku paling tak boleh lupa belajar Sains pasal bab ni la! Masuk bab-bab 18 sx je, budak laki kelas aku mula la buat muka gatal and sengih-sengih macam kera sumbang. Budak perempuan pulak, malu-malu and muka merah, aku jugak yang steady, beb. No hard feeling huhu.

‘ Arin kuat tidur masa sekolah, tambah lagi masa subjek Sains.’ Arin tunduk lagi, Zack garu kepala. Tak boleh tolong la kalau dah macam tu.

‘ Arin Arin. Itu kan benda basic je? Sini la aku ajar kau. Ni sperma. Ni pulak ovum.’ Jari tangan kanannya digerak-gerakkan seperti ulat. Jari tangan kiri pulak dibentuk seperti huruf O.

‘ Ini, yang macam ulat ni, namanya sperma, telur untuk lelaki. Yang bulat ni, ovum, telur kau a.k.a perempuan lah kan. Bila ulat ni, masuk dalam benda bulat ni, makanya akan terjadi lah persenyawaan. Kesimpulannya, sperma + ovum = baby. Kau faham tak?’ Arin geleng. Lambat pick up betul.

‘ Okay, senang cerita, aku bagi contoh la. Sharpener dengan pensel. Perempuan dengan lelaki. Kau bayanglah sendiri bendanya, aku kiaskan je. Tak nak aku menyebut benda alah 2 ketul tu. Kau faham maksud aku?’ Angguk la, jangan geleng, wahai Arin!

Arin diam. Mata nya membulat merenung dinding. Ada movie ke kat dinding ni? Zack pandang ke tempat yang dipandang Arin tu. Takde apa-apa. Normal macam biasa. Selepas itu, Arin pun mengangguk. Fuh, lega.

‘ Then, kalau pensel masuk dalam sharpener, jadi lah yang macam aku cerita tadi. Kau ada buat macam tu dengan dia?’ Arin angguk.

‘ Mungkin kau tengah subur masa tu, that’s why la kau boleh pregnant sekarang.’ Zack menambah.

‘ Jadinya, lepas ni kau jangan percaya pujuk rayu lelaki lagi. Bukan semua lelaki baik. Kau kena ingat pesan aku ni. Tubuh badan kau tu hanya untuk suami yang sah, bukan Shah a.k.a boyfriend kau tu atau pun lelaki lain. Dah tu, dia tau tak condition kau sekarang ni?’ Arin geleng.

‘ Dia dah lari, Zack. Arin tak tau dia dah ke mana. Dia janji nak jaga and kahwin dengan Arin. Tapi tu semua tipu je. Arin kecewa dengan dia, sebab tu Arin datang cari kerja kat sini.’

‘ Sabar lah, okay? Aku kan ada. Aku bukan dayus macam dia. Aku akan jaga kau selagi dapat, Rin. InsyaAllah.’ Zack memberi kata-kata semangat pada Arin. Nakal-nakal aku pun, takkan aku sanggup nak biar dia sorang diri? Kejam sangat namanya tu!

‘ Thanks, Zack, sebab faham keadaan Arin.’

‘ Dah, lain kali hargai ilmu, okay? Kalau kat sekolah atau memana jela, kau jangan tidur-tidur lagi! Kalau tak, macam ni lah jadinya.’ Hai la. Nampaknya, memanglah aku yang akan menjadi ‘papa’ si budak baby dalam perut si Arin tu.

‘ Baik, Zack.’

‘ Kau pergi lah rehat, Rin. Kalau ada apa-apa, panggil aku, okay?’ Arin angguk dan berlalu keluar.

Esoknya, pagi-pagi lagi selepas subuh, Zack sudah mengadap TV. Merasmikan PS 2 yang dibeli semalam. Haish, tak habis-habis perangai budaknya walaupun dah besar panjang. Tapi takpe lah, menghiburkan hati kan. Hobi aku memang main game, jangan harap aku nak tulis dalam profile aku yang aku ni suka menjahit, tak pun memasak atau apa-apa lah yang jadi hobi kebanyakan perempuan walaupun aku ni perempuan hoho.

‘ Selamat pagi, Zack!’ Arin terpacul secara tiba-tiba di ruang tamu.

‘ Pagi.’ Zack menjawab pendek, langsung tak menjeling Arin apatah lagi nak menoleh and senyum pada Arin seperti yang diharapkan oleh Arin. Sibok bebenar dia dengan game ‘ Beat Down’ yang heronya menjadi assassin dan membelasah orang itu. Arin kecewa dan berlalu. Semalam baik je dia layan aku, hari ni pandang pun tidak.

‘ Masaklah untuk dia. Mesti dia lapar kan.’ Arin senyum, kenapa ye aku ni asyik terfikirkan dia je sekarang? Nak dia layan aku, senyum kat aku, aku dah jatuh hati ke kat dia? Tapi, aku kan mengandung, takkan dia nak perempuan murahan macam aku ni??

‘ Ahh! Sakit!’ Arin menjerit. Jarinya berdarah kerana terhiris dek pisau. Tu la, sibok memikir benda bukan-bukan sampai tak sedar jari ke mana, sayur ke mana!

‘ Rin! Kenapa??’ Zack berlari ke dapur sejurus terdengar Arin menjerit.

‘ Ya Allah! Darah!’ Zack mencapai jari Arin lalu dihisap. Arin terkejut dengan tindakan pantas Zack, namun dia hanya mendiamkan diri.

‘ Kau ni kenapa, Arin? Lain kali, buat kerja tu fokus sikit. Ini baru pisau, kalau mesin rumput? Hish, budak ini. Mana plaster?’

‘ Dalam laci kabinet tu.’ Arin teringat Mak Timah pernah menggunakan kotak First Aid itu semasa suaminya terluka semasa mencantas pokok bunga.

‘ Duduk dulu. Kau ni jangan lah careless sangat. Kau nak aku cepuk kau ke, ha?’ Arin diam. Dia senyum mendengar bebelan Zack. Walaupun dia marah, tapi nampak sangat dia marah sebab ambil berat pasal aku.

‘ Bak jari.’ Zack duduk berhadapan dengan Arin di atas kerusi di dapur.

‘ Tahan sikit, nanti pedih.’ Arin senyum lagi. Pedih disebabkan Zack menyapu antiseptik langsung tak dirasai, kerana asyiknya dia dibuai dengan perasaan yang baru berputik terhadap Zack.

‘ Dah. Nak masak apa-apa panggil aku. Karang meletup dapur ni dapat kat kau.’ Zack menyimpan kembali kotak First Aid selepas menampal plaster pada luka Arin. Tangannya ditarik Arin dalam pada dia ingin ke ruang tamu.

‘ Zack. Arin.. sayangkan Zack.’ Arin menghadap Zack. Kepalanya didongak memandang muka Zack kerana tingginya cuma takat di bahu Zack sahaja. Mata mereka beradu. Zack diam. Kemudian, mukanya dirapatkan kepada muka Arin. Perlahan-lahan Arin menutup matanya rapat.

** Pendek ke? Aku pun rasa cam pendek je hehe. Peace!

9 ulasan:

Hanis Amanina berkata...

bagus la kak.. makin laju update..
laju2 la lagi ye.. hehehe...

keSENGALan teserlah.. berkata...

ngeng tolk si arin nieh..huhu..
adusss..
zack,,
gtaw la yg awk tuh pompuan..
jgn bia arin taruh perasaan..
seram lak aku..
isk2..
zack kawen ngn abg din la...

syah berkata...

zacckkkk!!!!!...
bl nk gtau yg ko 2 pmpn??..
arin 2 cm dh jtuh cintan ngn zack 2..
hish xmo la..
smbg g yer..heee

Pieja berkata...

thanx for the add!

mishaq berkata...

uishh..
arin ske zack..
jgn kasi..bahaya woo..
^_^

petite A berkata...

ayoyo..
zack bila ko nak gtau yg ko tu girl??!!
hurry up tau..
b4 anything wrong happen..
cepat tau!!

kesian aq tgk si arin tu..
'pandai' gila..
smpai kn psl benda tu pun x tau.
ish3

♥corcraze♥ berkata...

wahahahah..adehh,gile dungu si arin nih..
haih..
benda2 tu punya la gile basic in life LoL!!

cpt zack gtaw ko tuh pompuan,and pls jgn la ngn pak din tuh,gaye tue jek,xle nak imagine muke sape arh..

and kalo 'bini aku tomboy' suppose cite in marriage life si zack ni la,bile nak masuk part tu nye?
ee..xsaba lak aku nih..hehe.sowi.

R'anS berkata...

huh seram...
Arin 2 biol ker apa...
benda basic macam 2 pun tak tau..
iisshh Zack kasi tau cepat yang u r gurl...

Tanpa Nama berkata...

huuhuhuhuhu... i want more...!