Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 8 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 15

Zack merenung dalam muka Arin. Alolo dah tutup mata dah. Comelnya huhu sebijik macam anak kucing mengantuk.

' Rin, aku pun sayangkan kau jugak..' Zack berkata perlahan. Arin kembali membuka matanya. Matanya terkelip-kelip merenung mulut Zack, menunggu ucapan seterusnya.

Ding Dong. Bunyi loceng pagar utama ditekan mengejutkan mereka.

' Uhh, gila kuat bunyi. Mahu sakit jantung aku mati kat rumah ni kalau tiap hari orang main loceng.' Zack membebel, sambil kakinya menapak ke depan. Kacau daun betul la! Aku baru nak feeling nak luahkan perasaan terpendam aku kat si Arin yang sudah sekian lama bertapak di hati ku ni! Lama ke, aku rasa tak la lama sangat pun, bebaru ni je pun.

' Zack, ingat auntie lagi tak?' Tanya seorang makcik di depan pintu pagar selepas Zack muncul dengan seluar tidurnya. Awal betul makcik ni!

' Ohh, auntie Maria. Ingat, mana boleh lupa. Sompoton Spa kan? Jom masuk, auntie.' Ni mesti kes mama suruh tengok-tengokkan aku nih! Hai, makcik itu tidak habis-habis tidak mahu mempercayai anaknya yang comel yang seorang ini.

' Cantik rumah Zack. Auntie pun baru first time datang sini. Auntie bukan apa, Zack. Mama kamu mintak tengok-tengokkan kamu.' Haa, kan aku dah kata tadi, baru je sebut!

' Ohh, yeke, auntie. Jom la masuk dalam rumah.' Zack berbasa-basi. Hai, aku ni dah la gila 'expert' bab melayan tetamu ni!

' Takpe lah, Zack. Auntie duduk luar je, ambil udara pagi ni.' Auntie Maria buat muka tenang dan damai, maknanya tengah ambik feel and aura pagi lah katakan.

' Mama!' Datang pulak budak kecik dalam umur 3 tahun. Entah mana munculnya tiba-tiba panggil mama.

' Adam! Come! Papa mana?' Ler ada anak kecik rupanya makcik aku ni! Aku pikir anak-anak dia semua dah besar, sekali tengok, kecik lagi daa.

' Ini anak kecik auntie. Yang last kot, Insya Allah kalau tak ter'accident' macam hari tu hehe.'

' Hehe.' Aku apa lagi, gelak la jugak (berlakon ala-ala mesra) walaupun aku sedar tu part 18 sx yang agak tidak sesuai untuk aku yang tak matang lagi ni walaupun umur aku dah nak masuk kategori matang dah.

' Apa salahnya kalau ter'accident' pun lagi, sayang?' Mai ai, orang tua ini. Dah la tak bagi salam, main terjah macam tu je, cakap pulak bab 18 sg, depan-depan aku pulak tu!

' Ye, honey.' Uncle aku, suppose to be uncle la, sebab dia masuk-masuk je kat laman rumah aku terus cium pipi auntie aku ni, of course la uncle aku merangkap suami makcik aku ni, takkan sugar daddy dia nak bermesraan sebegitu kot?? Tapi mungkin jugak, sebabnya laki ni ala-ala tua je gayanya.

' Tapi penat lah ayang nak mengandung lagi, honey.' Pipi suaminya diusap-usap lembut. Laki itu a.k.a makhluk yang tidak kuketahui namanya itu menggenggam-genggamlah pulak tangan isterinya tu.

Adei, aku dah la anti sikit dengan couple nak bermesra alam depan aku ni! Macam tak cukup tempat dah kat rumah tu nak bermesra, nak pulak ditunjuk kat orang! Tapi takpe lah kan. Sebabnya diorang dah kahwin. Lainla kalau tak kahwin lagi.

' Zack, ni uncle Amri. Hubby auntie.'

' Apa khabar, uncle? Sihat?' Kata aku sambil bersalaman dengan dia. Adik ipar mak aku, mesti la aku boleh salam dia kan.

' Alhamdulillah. Tapi perut dah makin buncit sekarang, tu yang bawak Adam pergi jejalan kat taman bawah tu tadi.' Oh, yeke? Tanya pulak aku pasal perut dia? Ish, yang aku ni kenapa? Biarlah dia nak bersembang pun, apa salahnya pulak. Entah, aku rasa rimas tengok orang tua ni, entah kenapa entah.

' Mama, mama! Ada auntie dekat sini! Comel, muka macam kitten dekat rumah kita!' Adam menjerit di depan pintu rumah dengan pelatnya. Arin, Arin. Bukan aku sorang je kata kau macam kitten, budak tak cukup umur ni pun kata macam tu jugak! Nasib kau la, Rin.

' Adam! Tak baik kata macam tu.' Auntie Maria bangun dari kerusi di taman dan berjalan ke arah Arin. Arin aku tengok macam biasa la. Buat muka innocent dia tu, gila sama dengan masa first time jumpa dengan aku hari tu huhu.

' Ni Arin, auntie. Asisstant mama.' Bila masa Arin naik pangkat jadi PA pulak ni huhu. Relax la. Asisstant kan pembantu, so betul la kan apa aku kata, cumanya nak kata pembantu rumah, tak sedap la pulak kan untuk dia.

' Oh, I see.' Mereka berdua bersalaman. Uncle Amri tiba-tiba je muncul lagi. Matanya merenung-renung Arin yang putih gebu itu. Tambah pulak, Arin hanya memakai baby-T sahaja.

Eh, pakcik ini, tak padan dengan tua nak menggatal-gatal lagi! Aku cepuk jugak karang! Gerenti kurus terus masuk wad 4 bulan setengah! Bak aku tolong tutupkan cerita perut buncit kau tu!

' Arin, masuk buatkan air untuk auntie. 3 gelas, okay?' Arin ni cakap kena penuh-penuh, kalau tak dia jadi sewel-sewel sikit, kita cakap ikut lain, dia paham ikut lain. Arin angguk dan melangkah masuk. Uncle Amri masih terjenguk-jenguk memandang Arin. Che, isteri ada depan mata pun nak menggatal lagi? Kalau bini dia takde ni, siapla aku karate-karate sampai patah pinggang!

' Zack buat apa sekarang? Dulu study mana?' Auntie mula bertanya pasal zaman silam aku. Ehem-ehem. Zaman silam, beb! Huhu.

' Saya further study dekat UM. Alhamdulillah, dah ada Phd in Bussiness.'

Melopong auntie and uncle dengar. Apa, tak percaya? Ingat budak gila-gilaan macam aku ni 3 suku ke huhu. Tengok la anak siapa? Aku budak PTS, dah untung setahun. Umur 17 aku masuk Matrikulasi, 3 tahun degree, aku lompat terus buat Phd 3 tahun. ( kalau ada silap betul kan okay? Dah try kaji, boleh pakai kot teori ni.;))

' Mintak maaf, auntie. Saya masuk dalam sekejap.'

' Arin, kau naik tukar baju, okay? Pakai baju lengan panjang dengan tudung. Biar aku buat air ni.' Zack memegang lengan kanan Arin dari belakang yang sedang mengacau air teh o di dalam teko.

' Kenapa nak tukar baju?' Arin bertanya.

' Aku tak suka kau tunjuk body kau dekat orang lain. Tukar, okay?' Zack berbisik perlahan, risau pulak kalau 2 orang tua dekat depan tu dengar! Lagi pun, Arin ni kena pandai main psikologi dengan dia, baru dia dengar and ikut cakap.

' Okay, Zack.' Arin berjalan perlahan. Kata-kata Zack tadi membuatkannya excited tiba-tiba. Kelakuan Zack memang memukau aku! Jerit Arin di dalam hati.

' Jemput minum, auntie.' Zack mencelah sedang auntie dan unclenya sedang bergurau senda. Tangan uncle Amri melingkar kemas di pinggang auntie Maria. Ee, rimas betul aku menengoknya, ya Allah!

' Okay, thanks, Zack.' Adam dilihatnya sedang menyepak-nyepak bola, entah dari mana dia dapat bola tu, aku pun tak tahu la. Main sepak-sepak dalam rumah pulak tu, apa kes, ish, aku memang tak boleh ada anak la macam ni! Seriously, aku rasa macam nak piat-piat, pulas -pulas telinga si Adam ni! Esh, pasu kaca tu!

Berderau darah Zack sebentar kerana bola yang disepak Adam melanggar meja kecik yang tinggi dengan pasu bunga besar perut uncle Amri di atasnya, bergoyang-goyang semacam nak jatuh. Mujur tak jatuh! Haih, aku nak marah pun anak orang maa..

PS 2 aku! Bola yang disepak Adam tepat mensasar ke arah PS 2 Zack, apa lagi, jatuh la PS 2 yang aku baru beli semalam! Bukan 2, 3 bulan dulu! Jatuh atas lantai pulak tu, kalau karpet tahan lagi! Finally, kesabaran aku dah sampai ke kemuncak!

' Ahh, PS 2 aku!!' Zack menjerit kuat menterkejut beruk kan Adam dan parents nya.

' Hei, budak! Kau pergi duduk diam-diam kat mak kau, sebelum aku cepuk kau nanti!' Hish! Aku memang betul la, ni yang buat aku KURANG suka dengan bebudak ni!

Adam menangis dan lari ke arah mamanya.

' Adam, tu la. lain kali, jangan main dalam rumah, bola kena main dekat luar.' Auntie Maria dengan tenang dan sabarnya menasihat si anak itu. Adei la. Ni mesti jadi manja and keras kepala bila tua nanti! Manja kan la sangat anak tu! Zack membebel di dalam hati. Nasib tak hancur berderai PS 2 aku ni! Kalau tak, siap la telinga capang kau aku piat wahai Adam!

Arin turun dengan bertudung. Walaupun bertudung, tetap menarik perhatian uncle Amri. Sedang sedap-sedap bergurau senda, menggeletek-geletek dengan auntie Maria tadi, turun je Arin, terus diam membisu and cover macho pulak tang tu. Perut macam orang mengandung 6 bulan, ada hati nak mengorat anak dara orang? Boleh jalan!

' Zack, kenapa tak duduk? Okay tak PS 2 Zack tu? Kalau ada masalah, auntie baiki kan.' Ucap auntie Maria melihatkan yang Zack sedang berdiri di hadapan Arin, seperti meng'cover' Arin daripada suaminya.

' Takpe, auntie. Kalau rosak, beli yang baru je. Alang-alang nak baiki, baik beli baru je.' Zack memerli. Teringat akan PS 2 yang digoncang-goncang tadinya, semacam ada benda yang dah tercabut di dalamnya. Gerenti biol punya PS 2 tu nanti!

Arin semacam kurang selesa kerana uncle Amri tak kalih-kalih daripada merenungnya. Semacam ada dunia lain yang mengasyikkan yang boleh dilihat daripada muka Arin.

' Ehem, ehem, ehem! Tiba-tiba rasa kering pulak tekak. Arin, buatkan aku air secawan. Hot chocolate, boleh?' Zack berdehem kuat membuatkan uncle Amri sedar dan tergaru-garu kepalanya sendiri.

' Eh, lewat dah ni, Zack. Honey, jom kita balik. Sekejap lagi ayang ada appointment dengan slimming centre. Ada masa datanglah rumah auntie. Ni number untuk call auntie. Mintak maaf mengganggu Zack pagi-pagi ni.' Auntie Maria bangun selepas memberikan name card nya kepada Zack.

'Ohh, takpe. Takde masalah. Datanglah lagi lepas ni, auntie! Terima kasih sebab datang melawat.' Sekali lagi Zack berbasa-basi. Auntie Maria okay, cuma laki and anaknya je yang buat aku rasa tak boleh nak senang duduk!

Suaminya seperti tak mahu bangun, seakan masih menunggu kehadiran Arin untuk dilihat dan direnung sebelum balik. Ish, pantang sungguh aku dengan orang tua gatal ni! Papa yang lagi hensem and macho daripada dia walaupun dah agak tua, tak la menggatal macam dia ni!

Selepas kepulangan ketiga-tiga anak beranak itu, Zack masuk ke dapur.

' Kau okay tak, Rin? Kau muntah ke?' Zack mengurut-urut belakang Arin selepas Arin dilihatnya sedang mengadap sink di dapur. Arin angguk. Uhh, morning sickness!

' Rin, kau pergi baring dekat bilik depan tu dulu. Aku masakkan bubur untuk kau ye?' Sekali lagi Zack membuka buku resepi. Kali ni dia lebih berhati-hati dan tidak main suka suki je meletak garam atau gula ke dalam masakannya.

' Arin, duduk. Makan ni.' Arin geleng. Matanya dipejam rapat.

' Kenapa ni? Kau merajuk dengan aku ke? Makan la, Arin. Nanti baby sakit pulak dalam perut tu.' Geleng lagi.

' Bangun, aku suap.' Arin perlahan-lahan bangun dan duduk. Mukanya pucat, cuba untuk senyum.

' Cuba rasa, aku dah letak perencah kasih sayang dah, sedap tak huhu?' Manja ye? Makan pun nak bersuap. Hai, kenapa la aku jadi baik tetiba ni? Mesti arwah nenek hairan kalau dia tengok hehe. Rindu dekat arwah. Dulu aku kalau nak suap dia masa dia tengah sakit, fuh, bukan main liat beb! Ini tak payah disuruh, aku pulak yang rela. Mangkuk jugak!

' Sedap?' Arin angguk.

' Kau rehat lah dulu. Nanti dah agak-agak okay, baru buat kerja lain.' Zack membaringkan Arin kembali. Mak ai, penyayangnya aku! Huhu makin buntal lah si Arin ni nanti, lepas makan, tidur.

Zack masuk tandas sebentar, kemudian dia keluar dengan tergesa-gesa.

' Arin, kau duduk diam-diam dalam rumah, okay? Jangan keluar. Aku nak pergi beli roti kejap.' Karut betul la darah ni! Pad pulak takde. Hish!

' Bayar sekali hutang hari tu. Rumah Dato' Muhammad. Berapa?' Zack bertanya selepas menggunakan tandas di kedai runcit tersebut.

' Rm 156.40.' Zack mengeluarkan not wang kertas bernilai RM200 daripada dompetnya.

' Keep the change.' Zack kembali ke rumah. Dilihat pintu rumah terbuka, lalu Zack cepat-cepat masuk dan segera ke bilik tempat Arin tidur tadi, namun Arin tiada di situ. Cemas melanda hatinya. Ya Allah! Apa dah jadi dekat dia?

' Arin!!'

9 ulasan:

CinTa_BuLan berkata...

hehe....
naper arin mcm tu??
mcm org blur jer....

sYaFaRiNa berkata...

zack, jgn la lyn arin lebey...
kang dia tersyok kat zack cmne...
ksian kat abg din

bB sYasYa berkata...

bestnye cite..
arini seharian sy bce cite ni dr mula smpai yg last ni....
kje pun xbt sgt
huhu...
cpt2 la smbung ye ^_^

mishaq berkata...

ape kes dengan arin nie..
men hilang2 lak..

Dewi berkata...

La hai... apa jadi ngan si Arin ni... kena culik ke?? Entah2 lari dr rumah...
Zack jgnlah hampakan Abg Din...
kesian dia...

keSENGALan teserlah.. berkata...

adeeeeehh..
zack,,jgn lyn arin lebey3..
kang sngkot susa..
simpang malaikat 44 larh..
walaucmne pon,,zack ttp feeling laki an...huhu..
arin mne??

Pieja berkata...

abang diin....abg diinn....mane kisah dy? rindu laa...hekhek....cpt ler nk tau ksah abg din lak..cmne dy thn hati ske kt zack yg dianggap laki:D

♥corcraze♥ berkata...

adeyhh..arin ko xyah la tambahkan masalah yg sememangnye ko dah ada kan..

ke si zack nih gelabah lbeyh..
eh,bila arin nak taw yg zack nih pmpuan..adoii..

Yong berkata...

dah betul tu bab yg zack blaja kat u 3 thn tuk ijazah. ada je bdk yg trus amik phd trus lps wat ijazah tp mmg very rare. kat ukm dlu just ada sorg je cm 2, trus amik phd, phd pun kejap je dlm 2thn pun blh je siap. sesetgh tpt ada yg tawarkan 1thn.
btw,ur story ni mmg beshhhhhhhhhhhhh..:D:D:D