Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 16 Jun 2009

bini aku tomboy ke? 17

' Arin! Kau tak jemu ke duduk terperuk je kat rumah ni? Jom esok kita pergi air terjun nak?' Zack bertanya semangat kepada Arin petang itu.

' Em, tak kisah, Zack. Arin ikut je apa plan Zack.' Arin membalas acuh tak acuh.

' Kenapa dengan kau ni, Rin? Apa dah jadi? Kau nampak pelik je aku tengok? Baby buat hal ye? Huhu.' Kata Zack, senyum sambil mengurut-urut perut Arin. Namun Arin menepis lembut.

' Arin nak pergi tandas.' Arin berlalu. Aish. Apa kes? Selalu steady je kalau aku usik-usik pun? Lagi suka ada la. Hish, ni payah ni jadi orang mengandung, mood jadi tak tentu hala. Em, takpe jela, nak buat macam mana kan, dah nature macam tu. Kemudian Zack mencapai handphone Sony Ericsson nya dan mencari nombor contact abang Din.

' Assalamualaikum! Haa, bang Din! Ni Zack. Esok free tak?'

Zack??! Mana dia dapat nombor aku?? Aduh, aku memang tengah rindu gila dengan dia! Macam ada instinct je si Zack ni hehe.

' Wa'alaikumsalam, Zack! Mana dapat nombor abang?' Abang Din cuba steady cover macho, walaupun hati dah berdebar gila kuat saat mendengar suara ' buah hati pengarang jantung' yang 'dirindui'. Ehem..!

' Oh, ada la, bang. Takat nombor telefon abang tu, petik jari je dapat!' Padahal, bukan main susah dia merayu kat mama mintak nombor telefon abang Din, memandangkan mama je yang ada meng'save' nombor abang Din hari tu.

' Ala, mama, boleh la bagi, ada benda penting Zack nak cakap dengan dia..' Zack memujuk mama supaya memberikannya nombor telefon abang Din pagi tadi semasa dia menghubungi mamanya di Perak.

' Nak buat apa? Zack nak menggatal dengan lelaki tu ke, ha? Tak boleh! Mama tak bagi.'

' Ala, boleh la, ma. Zack bukan nak menggatal pun, mama kan tau anak mama ni jenis yang macam mana? Bukan jenis menggedik tak tentu hala punya orang, ma. Boleh eh, ma?' Zack terus memujuk sampai akhirnya mama terpaksa mengalah. Anak pun seorang tu je yang ada, tu la yang kena bebetul jaga walaupun tak la menjaga sangat pun huhu.

' Yeah, thanks mama! Love you forever and ever!'

' Zack, ada apa call abang ni?'

' Eh, em.. Takde, Zack nak tanya abang free tak esok? Nak ajak abang pergi air terjun.' Zack yang sempat mengelamun sebentar tadi terkejut mendengar suara abang Din di talian.

' Oh, boleh kot. Nanti abang tanya bos dulu, okay? Ni nombor Zack ke?' Che, buat-buat nak tanya bos konon, padahal kalau ikut hati, aku nak je terus jerit boleh, boleh, boleh sangat! Yes, pucuk dicita, ulam mendatang! Tapi, apa pun, kemachoan tetap kena jaga, tak ke nampak gelojoh sangat nanti hehe.

' Yep. Okay, apa-apa nanti abang call je nombor ni. SMS pun akan dilayan huhu.'

' Okay, beres, Zack!'

' Okay, bang! Gotta go. Tata.' Zack menekan butang merah pada handphonenya itu. Uhh, bahagia pulak rasanya boleh lepas rindu walaupun cakap ikut telefon je hehe.

Yes, yes, yes! Abang Din excited gila sakan selepas mendapat call daripada Zack, esok aku nak luahkan perasaan aku kat dia! Wah, dah lama tak beromantik nih! Ehem, esok jugak aku akan test, dia lelaki or perempuan!

------

' Rin, kau bawak towel, baju and seluar spare. Mana tau kot-kot kau teringin nak mandi ke?' Arin angguk sikit je.

' Rin, kenapa dengan kau ni? Unhappy je aku tengok? Kau ada masalah ke? Cuba beritahu aku?' Arin geleng. Dia kelihatan sedikit leka menyapu sampah di dapur pagi itu.

' Ha, helo, bang! Abang tunggu dekat kedai, nanti saya gerak sana, okay?' Arin menjeling sebentar. Hatinya masih kecewa selepas mengetahui yang Zack adalah seorang perempuan, namun dia cuba bersikap dingin bagi menghilangkan perasaan sayang dan cinta yang dah berputik tanpa dipinta itu.

------

' Wah, besarnya kereta, Zack?' Abang Din terpaku sebentar melihat Toyota Vios yang dipandu Zack.

' Takde, bang. Sewa je ni! Jom, masuk!' Abang Din pun masuk dengan membawa beg plastik sederhana besar.

' Eh, Arin. Apa khabar?' Abang Din menegur. Arin senyum je. Ada jugak budak ni, ingat aku berdua je dengan Zack!

' Dia tak sihat sikit 2, 3 hari ni, bang. Entah kenapa entah.'

' Oh..' Abang Din mula tak sedap duduk. Banyak betul duit dia sewa Vios ni? Bukan murah, mahu cecah ratus-ratus jugak kalau sewa sehari semalam. Minyak lagi.

' Bos kata apa, bang?' Zack mencari topik bersembang dengan makhluk yang dah berjaya membuatkan hatinya berbunga-bunga.

' Oh, okay je bos tu. Takde masalah pun.' Mereka terus bersembang, manakala Arin lebih senang untuk berdiam diri dan melayan blues seorang diri di sebelah Zack. Kekadang Zack bertanya keadaannya, namun dia tetap ber'acting' dingin.

Sesampainya mereka ke sana, Zack dah tak menyempat dah nak terjun ke dalam air.

' Wah! Air terjun kesayanganku! I'm coming!' Zack terus melompat masuk ke dalam air jernih di situ selepas mereka mendaki beberapa puluh anak tangga untuk mencari port yang best. Abang Din juga begitu, cuma Arin sahaja yang tidak segembira mereka berdua.

Zack sangat happy. Dia menyimbah-nyimbah air ke muka abang Din, abang Din pun membalas. Mana boleh biar! Abang Din bahagia dapat menghabiskan masa bersama dengan Zack. Arin nampak macam dah tak menjadi saingan aku lagi dah kali ni hehe! Mereka berdua bermain-main, berenang-renang ke sana sini mengalahkan budak kecik.

Abang Din cuba memerhatikan Zack.

' Kau tengok lah halkum dia!' Abang Din teringat akan kata-kata Arif apabila dia bertanya bagaimana mahu membezakan antara lelaki dan perempuan.

' Tapi, tak semua lelaki halkum dia besar! Tengok macam aku ni, mana ada nampak pun halkum aku!' Abang Din membalas. Dia juga pernah terbaca yang bukan semua lelaki mempunyai halkum yang nyata dapat dilihat, dan ada jugak perempuan yang mempunyai halkum di tekak.

' Kau tengok dada dia.' Aku tengok rata je macam dada aku?

' Kulit dia, lembut tak?' Em, agak lembut jugak kalau banding dengan aku.

' Bulu dada mesti ada kalau lelaki.'

' Bukan semua lelaki berbulu la, mangkuk!' Kena cepuk sekali.

' Lastly, kau bukak je seluar dia, cek dengan mata kau, kan senang?'

' Banyak la senang engkau! Hai, kau ni memang nak kena penangan sulung aku kot??' Khayalannya sebentar tadi hilang selepas terdengar suara Zack bercakap.

' Rin, come! Don't act like that! Come!' Zack menghulurkan tangannya kepada Arin yang berada di tebing, cuma membasahkan sedikit kakinya yang putih melepak itu.

' Tak nak.' Arin masih berkeras. Zack geram. Dah lama aku tak buli orang ni! Yang tak nak tu la yang aku nak sangat bagi 'nak'!

' Ahh! Zack! Habis la basah!' Zack menarik tangan Arin masuk ke dalam air yang agak dalam jugak itu. Ketawa Zack berderai kuat.

' Uhh, lemas!' Arin jerit kecil. Zack segera mencapai tangan Arin yang sudah agak tenggelam itu. Tangannya memeluk kemas pinggang Arin supaya Arin tidak terus tenggelam. Air terjun pun, ada certain-certain places yang boleh lemaskan orang!

' Arin! Kau okay tak??' Zack memegang pipi Arin yang terbatuk-batuk itu.

' Zack! Kenapa buat Arin macam ni??' Arin menampar-nampar lembut dada Zack. Tanpa sedar, dia menangis di bahu Zack.

' Arin, kenapa kau nangis ni?? Sakit kat mana-mana ke? Cakap la kat aku?' Zack bertanya lembut. Tangannya membelai lembut rambut basah Arin. Abang Din hanya melihat dari jauh dengan api cemburu yang membara. Fuh! Acting sebijik macam loving couple! Ish, panas gila siot dah hati aku ni!

Zack perlahan-lahan membawa Arin naik ke tebing. Tangis Arin masih bersisa. Sekian lama dipendam, akhirnya dia harus akui yang dia tidak dapat membuang perasaan itu pada Zack dengan begitu mudah.

' Kau sejuk tak?' Zack risau apabila dilihat bibir Arin membiru. Segera dia mencapai tuala dan menyelimutkan tubuh Arin. Tapak tangannya digosok-gosok dengan tapak tangan Arin, bagi memberi sedikit haba kepada Arin.

' Nak makan? Aku suapkan kau.' Abang Din terabai sebentar. Fikiran Zack hanya tertumpu pada Arin. Selepas disuap beberapa sudu bihun goreng oleh Zack, Arin menggelengkan kepalanya.

' Kau okay tak ni? Nak balik sekarang tak?' Zack bertanya penuh risau.

' Takpe. Jauh kan kita datang.'

' Tak kisah, kau tu yang lagi penting. Kau okay tak ni? Jom, baring dulu dekat pondok tu sebelum kita balik, okay?' Zack memapah Arin menuju ke satu pondok batu yang terdapat di situ.

' Bang Din, jom makan dulu!' Zack menjerit dari jauh. Abang Din dilihatnya sedang kebosanan seorang diri di situ. Kemudian, dia pun naik ke darat dan mencapai tuala yang dibawanya tadi.

' Macam mana, Arin okay tak?' Abang Din berbasa-basi. Sibok jela kau ni! Hari tu kau jugak kacau 'date' aku dengan Zack! Hari ni, kau lagi! Ikut hati, mau dicepuk-cepuk je kepala si budak Arin tu, namun akalnya masih waras. Mungkin jugak Zack akan memarahinya kerana mencepuk Arin, kerana Zack nampak macam begitu caring and sayang kepada Arin, mana mungkin dia tak marah kalau aku cederakan Arin??

' Entahla, bang. Macam nak demam pun ada jugak. Sini, baring atas paha aku. Pening tak, em?' Uhh! Sakitnya lah jiwa aku ni melihatkan adegan berchenta itu! Abang Din mengeluh berat selepas Zack membaringkan Arin di atas pahanya. Tangan Zack mengusap-usap lembut dahi Arin.

' Zack, abang pergi tandas kejap, tukar baju.' Abang Din tak sanggup lagi melihat aksi Zack dan Arin yang sangat merobekkan hatinya. Cemburu gila ni! Namun, aku tak berdaya nak menghalang, apa kes aku nak pergi halang-halang dia pulak? Dia bukan kekasih aku pun! Abang Din melangkah hampa ke tandas.

' Okay, bang. Kau nak air tak?' Terdengar dari jauh suara Zack bertanya penuh kasih sayang kepada Arin, hilang habis semua kegembiraannya tadi.

Selepas abang Din kembali dengan baju keringnya, Zack mengangkat kepala Arin dan dibaringkan ke atas beg yang dibawa tadi.

' Bang, tengokkan si Arin ni kejap. Saya pergi tukar baju.' Abang Din angguk.

' Kejap ye, Rin.' Arin kelip-kelip memandang ke arah abang Din yang duduk berhadapan dengannya.

' Abang Din.. Zack baik kan? Caring sangat.' Arin bersuara perlahan. Abang Din angguk sikit.

' Dia cukup semua ciri-ciri. Semua yang baik ada kat dia, walaupun dia nakal. Baik, caring, ada rupa, kaya..' Arin memuji Zack dengan suara yang putus-putus dan serak.

' Kaya?' Perkataan yang menarik minat abang Din. Mulanya, dia malas mahu melayan si Arin ni meraban, tapi perkataan yang baru disebut tadi sangat menarik perhatiannya.

' Ye, bang. Dia anak Dato'. Dato' Muhammad. Dato' tu ada banyak syarikat besar kat Malaysia and oversea.' Dato'?? Dato' Muhammad?? Harapannya yang sedikit punah tadi kini hancur berkecai menjadi debu. Darjatnya terlalu jauh jika dibandingkan dengan Zack. Ibarat langit dan bumi!

' Bang Din!' Zack senyum. Senyuman Zack kini bukanlah menjadi penyeri baginya lagi, mungkin akan menjadi racun yang bisa membunuh!

13 ulasan:

MaY_LiN berkata...

o-o..
ada org cemburu la..

sYaFaRiNa berkata...

huhu...
abg din dh pkir psl darjat la plak..

Hany Nafisya berkata...

alahai abg din neh.. kesian la plak.. begitu jauh taraf mereka.. huhuhu..

Pieja berkata...

apekah~~~

haha abg din ala - ala salman khan la plak!:D

bgus..cpt laa bg abg din discover yg si zack nih pmpn wey...xsabo...

nape abg din pk darjat lak...hurm...cpt2 smbung..huhu

keSENGALan teserlah.. berkata...

huhu...
abg din jeles..ekeke..
zack pon ade aty ngn abg din nieh..
arin,,buang prasaan tuh cpt..haram2..
darjat la plak..huhu..smbung2..

Hanis Amanina berkata...

wahaha.. tetibe teringat lagu a to z.. darjat.. huuuuu.. nak abg din ngn zackkkkk.. =D

♥corcraze♥ berkata...

ala abg din aka salman khan,xde ape la pade darjat...
erm,zack cam jepon abg din cam hindustan?hahaha..
nyampah la si arin tuu..

Yong berkata...

besh besh sambung cepat ye. sori le sound melampau tp cter nih best,smpi xsabar2 nak baca lagi. hehehe

jat berkata...

perghh
makin berkonflik cite ni
makin menarik n tertarik

Si Kure-kuree berkata...

wargh...abg din nih..blom setel hal jantina si zack tuh, da sebok nk pkir sal darjat keturunan lak...
ni bkan cite antara dua darjat lah...

tpi kan, sampai ari ni aku still tak paham si zack tuh...konpius3...

arisa, nak n3 lagi tahu..ta sabar nak tunggu apa jadi ngn cinta zack si tomboy dan abg din..

ღAuni_Amauniღ berkata...

huehuehue~
abg din ensem siot..salman khan :P
tolonglah bagi rin tu jauh2 sikit ngn zack..sian abg din nk bercinta ngn zack pn xdpt huhu
cpt smbung ye ^^ :)

bidadari cinta berkata...

yeyey...ader org jeles...!
huhu..sian kat abg din..jeles x pepasal je..
mmg la abg din terkejut beruk kan??
tak sngka si zack tu, anak org kaya..datuk lak tu..mst pkir byk kali sblm nk tackle..huhu..

Tanpa Nama berkata...

nice + sweet sgt2 = best sangat...