Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 4 Januari 2012

Hero aku Tomboy 9


' Salam. Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan selak pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku nanti!” aku menjerit kuat di hujung talian.
“ Oh, kenapa kau balik lambat?” kedengaran suara Am menyapa, suara ala-ala lemau dan serak semacam, kesian pulak budak ni, mesti dah tidur, ye la, dia bukan kaki tidur lewat macam aku, dia ni kaki tidur ye la, kerja tidur aje tak tentu masa. Tapi, semenjak kes aku jumpa benda bukan-bukan tu, kurang sikit la penyakit hantu tidurnya tu. Ini kalau dia tidur pun, entah-entah dah tidur di bilik kawan dia, selalunya macam tu la, tak pun dia cekup buang seorang dua kawan dia bawak tidur sekali dalam bilik, tak berani tidur seorang diri dah katanya.
“ Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okay la, aku cau dulu.' Secepat mungkin aku bercakap, malas nak kacau dia lama-lama, sebab kalau aku pun orang kacau aku tidur, ada yang nak kena hempuk dengan Kamus Dewan edisi ketiga katanya! Aku segera menekan butang merah pada handphone. Sebenarnya nak save kredit handphone jugak, aku senyum puas hati melihat pada masa aku menelefonnya tadi, elok-elok 27 saat aje, baru 8 sen kena tolak, okay lah tu he he.
Nak tambah nilai aka top-up tiap masa, kerinting la, wei. Kesian la mak ayah aku kalau aku boros, adik-adik pun ramai lagi tak habis sekolah, bantuan kewangan dan biasiswa aku pun aku bagi pada keluarga lepas aku bayar semua yuran, aku rela tahan perut tak makan daripada adik-adik aku tak pergi sekolah sebab tak cukup duit belanja! Nak kerja part time ayah aku tak bagi pulak.
Handphone aku yang ala-ala bengong sikit tu (selepas Jeffry tercampakkan dia hari tu) aku letakkan kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku tenung ke arah jam di tangan, 11.23 p.m. Aku mula resah dan tak senang duduk. Aku bertawaf-tawaf pendek depan kerusi panjang yang tersedia di situ. 
Ish, siot betul, lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak tak siap, ini meeting karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam macam ni? 24 jam tu, ada 12 jam siang, matahari memancar, kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih?? Hairan jugak la aku! 
Angin malam menerpa-nerpa ke tubuh membuatkan aku mula seram sejuk. Di hall luas depan fakulti, aku segera duduk di atas kerusi panjang itu sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu surut, ditambah pula dengan kilat yang memancar dan guruh berdentum, hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan dan kesepian dekat sini! 
' Hai!' Sapa seorang mamat yang agak comel, yang kehadirnya langsung tidak aku sedari. Tiba-tiba aje muncul dengan baju dan seluruh badannya yang basah kuyup. Rambutnya yang pendek dan basah itu membuatkannya nampak agak smart. Aku mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni aje. Nampak la pecah-pecah sikit dekat hujung kasut ni. Dah bertahun kasut hitam ni aku pakai, jangan tak tau, ini kasut aku pakai dari masa jadi pengawas sekolah menengah dulu, okay! Tapi, kasut kulit hitam la. Ye la, aku nak membaca pun buku takde, itu aje la kerja yang paling mudah dan paling membosankan yang boleh dibuat pun. 
' Lebat kan hujan malam ni?' Mamat tadi dengan selamba badak kurusnya melabuhkan punggungnya di sebelah. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk, lalu aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripadanya. Sejuk kot, kau jangan, beku aku karang he he. 
' A'ah. Agak lebat.' Lambat baru aku menjawab sapaan dia. Blur-blur alam, sebab dengan tak semena-menanya kot dia ada dekat sini, tambah lagi malam-malam dan hujan macam ni, apa malaun ni nak buat dekat sini. Tapi, mungkin jugak dia datang bermesyuarat bagai macam aku ni, ha. 
' Awak buat apa sorang-sorang dekat sini?' baru aje aku dok fikir nak tanya dia, dia dah tanya aku dulu. Mamat itu mula bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku tak senang duduk. Aku merenung ke arahnya yang sedang memerah-merah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat waja di sebelah. Sedar, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan senyum comel khas buat aku. Gulp! Apa kes? Hantu pondan mau ngorat aku ke ni? Lelaki normal, selalunya, jarang la nak guna 'saya’ ‘awak' nak cakap dengan lelaki lain kecuali dengan lelaki yang lebih tua atau yang dihormati. Selalu main terjah ‘kau’ ‘aku’ aje. Dan dia ni, pandangan dan aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik. Adakah dia..? Aishh
‘ Saya Ray. Nice to meet you!’ Senyum comel masih tak lekang dari bibirnya, diiring pulak dengan tangannya yang menghulur minta disambut, membuatkan aku mula serba salah. Akhirnya aku pun menyambut tangan lelaki itu dengan wajah pucat. Aku tak bersedia lagi nak jumpa hantu baru, beb! Baru seminggu lebih aku tenang tanpa gangguan apa-apa, bagi la aku rehat buang sebulan dua! 
‘ Saya nak balik kolej, tapi tersekat dekat sini, hujan lebat. Biasala kan, student, mana ada duit nak beli kereta,’ ujar Ray ceria. Sembang sakan dia ni. Tak nampak ala-ala gaya hantu pun. Ye la, hantu mana ada main sembang-sembang, jumpa je terus cekik! Mungkin betul la kot dia ni orang kan? Aku cuba mengambus perasaan yang mula tercetus dalam hati, yang mengatakan lelaki ni bukan manusia. 
‘ Ooo.. saya pun sama. Datang meeting persatuan tadi. Diorang yang lain naik kereta, tinggal saya dengan motor kapcai terkulat sampai berkulat sorang-sorang dekat sini.’ Laju dan sedap pulak guna perkataan ‘saya’ dengan Ray ni. Ish, pelik jugak lah kan?
He he, biasa la tu, awak. Manusia ni kalau dia nak dapatkan apa yang dia nak, tak fikir perasaan orang lain dah kan, main redah aje, betul tak?’ Ray membalas dengan membawa beribu maksud tersirat. Aku ketawa aje, memikirkan yang Ray cuba nak bergurau. Kami pun bersembang panjang sambil menunggu berhentinya hujan pada malam itu.

**

Wei, nyah! Bila masa kau balik? Aku tak sedar pun?’ Aku yang sedap berlingkar di dalam selimut pagi subuh itu terasa ada gegaran yang nyata. Sejak bila Malaysia ada gempa bumi ni? Seketika, muka bulat Am terpampang di ruang mata. Kemudian, aku segera bangun dan memegang kepala yang terasa berat.
A’ah. Bila masa aku balik dan tidur? Serius, aku tak ingat langsung! Semalam.. yang aku ingat aku sembang dengan Ray sampai tengah malam.. Lepas tu..? Apa jadi? Ish! Macam mana aku boleh tak ingat ni?? Aku cuba mengingat kembali tapi memang tak daya nak ingat! Short-term memory loss, dowh! 
‘ Entah. Aku pun tak tau la macam mana. Dah la. Kau pergi la solat sana, aku penat ni, nak tidur.’ Am menggeleng-gelengkan kepalanya. Serupa mamat dadah aje si Rul ni, apa kes? Am berbisik sendiri dan kemudiannya dia berlalu ke tandas dengan kelajuan siput babi.
Aku merebahkan kembali badan yang terasa amat penat serupa tak tidur seminggu. Aku cuba berfikir-fikir lagi, namun tiga minit kemudiannya aku berusaha bangun kembali kerana memikirkan waktu Subuh yang tidak berapa panjang itu dengan aku yang masih tidak solat lagi.

**

Pukul 7.45 pagi itu, aku terkocoh-kocoh lari menuju ke tempat parkir motor. Lambat gila dah ni! Kelas pukul 8, itu la lepas subuh tidur balik, memangla lambat! Dengan nak mandi lagi, tapi hari ni aku mandi ala-ala P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapuk aje, he he, sshh, diam-diam sudah. Tapi, aku tetap la berus gigi dan cuci muka di samping membasahkan sedikit badanku dengan air. Mandi kerbau lah kesimpulannya.
Segera aku menuju ke arah tempat biasa motor aku diparkir, tapi macam mana boleh takde pulak ni?? Mak ai! Takkan Ray nak curi motor aku kot?? Hampeh betul kalau ya! Aku menumbuk tiang besi di situ. Aduh, sakit pulak! Tangan yang merah aku sapu dan tiup-tiup perlahan. Nak tunjuk bengang cara macho katanya (tak la macho mana pun) tapi, diri sendiri yang sakit, padan mukamu, Khairul Ezzairy!
Ye la, secara logiknya la kan, semalam aku dengan dia! Kalau bukan dia, siapa lagi? Tapi, tak baik buruk sangka pulak. Ish, ke mana motor aku ni? Aku berlari-lari ke hulu ke hilir mencari motor aku di kawasan parkir itu, tapi memang takde. Dan aku sesungguhnya sangat lah hairan ke mana motor aku menghilang dan macam mana aku balik kolej semalam??
Aku garu kepala sambil mengerutkan dahi. Seekor beruk tiba-tiba berlari ke arah aku dan terlompat-lompat ceria, apa kau ingat aku ni spesis kau ke, ha? Tahu la aku tak mandi, lepas tu dok tercongok dan berlari-lari ke sana sini pulak. Suka la kau, eh? Aku mengecilkan mataku ke arahnya dan berlalu. Dia terloncat-loncat lagi kemudiannya, gembira benar, apa kes kau? Semua benda sangat-sangat menghairankan aku mula dari semalam selepas aku berjumpa dengan Ray.
Aku segera berlari ke depan kolej untuk menunggu bas. Sedang menunggu, dari kejauhan, mata aku yang ala-ala mengantuk ni dapat menangkap kelibat tubuh manusia yang sedang tergantung di pokok besar dengan darah menitis keluar dari mata dan hidungnya. Tali yang terikat pada lehernya kelihatan begitu lusuh, baju dan seluarnya juga sudah koyak rabak dan kotor. Dada aku mula bergetar laju, aku toleh ke kiri dan kanan. Aku tengok student lain nampak steady semacam aje. Takkan diorang tak nampak?? 
Kehadiran bas yang kuat bunyi enjinnya itu mengganggu tumpuan aku. Pelbagai persoalan timbul dalam benak. Sambil kaki berjalan menaiki tangga bas, aku merenung ke arah manusia yang bergantungan itu. Mulut terkunci, tak daya nak bercakap, cuma istighfar di dalam hati saja yang aku mampu. Tenung punya tenung, bas mula bergerak. Seiring dengan itu, manusia yang tergantung itu membuka mata dan bibir pucatnya tersenyum nipis ke arah aku. Sumpah! Itu la senyuman yang paling seram dan meremangkan bulu roma yang aku pernah tengok! 
Aku telan air liur, terasa pahitnya di tekak. Aku baru kembali ke alam nyata apabila pakcik bas menegur aku dengan nada yang agak kasar. ' Buat apa di tangga? Duduk cepat! Budak ni..' 
' Aha, ya..' Ketar suara aku menyambut. Masih terkejut dengan makhluk gantung tadi, plus sergahan pakcik ni membuatkan dada aku berdebar semakin kuat. Aku pandang sekilas pada pakcik itu. Pakcik itu perasankan pandangan aku itu. Kemudian, dia pun memberikan aku seulas senyuman juga. Perasaan aku mula bercampur-baur selepas melihat senyumannya itu. Senyum ada makna tu.. Hati aku pula tak putus-putus membaca ayat pelindung. 
' Kau tau tak sejak bila pakcik bawak bas?' Pakcik bas itu bertanya selepas aku duduk di kerusi hadapan yang berhampiran dengannya. Sebelah aku tiada sesiapa. Pelajar di dalam bas masa itu tidak berapa ramai, dalam 3,4 orang yang aku nampak dan sempat aku kira. 
' Em, tak, pakcik. Dah berapa lama, ya?' Aku bertanya dan berbasa-basi demi menjaga hati orang tua itu. 
' Dari 1965,' pakcik itu menjawab. Mukanya memandang ke depan, tegak dan tekun dia memandu bas. Sesekali matanya memandang ke luar dan ke belakang melalui cermin.
' Oh, ye ke, pakcik, ' aku angguk kepala. Aku mula mengira di dalam hati. Dah amat sangat lah lamanya tu. Mesti dia dah tua, fikir aku. Tapi, tak nampak pulak yang dia dah tua. Awet muda kot. Lelaki kan makin tua makin bergaya, macam aku la he he. Aku sempat lagi perasan yang aku ni lelaki yang bergaya di situ. Aish! 
Sunyi seketika, yang kedengaran hanya bunyi deruan enjin bas yang tidak mempunyai penghawa dingin itu, yang ada cuma tingkap-tingkap yang memberi ruang untuk angin masuk ke dalam. Kadang-kala bas itu terbatuk-batuk mendaki bukit di situ. Kenapa la U ni masih guna bas tahun 60-an ni lagi, tukar aje la bas baru. Bebelku di dalam hati. Selama aku berada di universiti, cuma sekali sahaja aku menaiki bas zaman pop yeh-yeh ni, itu pun masa minggu orientasi, selain daripada itu, memang takde. Kebetulan betul masa aku naik bas, bas ni jugak yang aku naik.
' Kau tau tak, kami semua ni sebenarnya dah mati, masa bas ni jatuh dalam gaung depan tu. Ha ha ha ha!' Gelak pakcik itu kuat sambil menjeling ke arahku yang sudah pun menelan air liur yang makin menjadi-jadi rasa pahitnya!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entri ni dah pernah kuar kan dulu, kak arisa.. but still, nak baca jugakkk!!!

Arisa Eriza berkata...

a'ah dah penah ada dalam cerpen, ni versi yg dah edit wlaupun edit gigih xgigih la kat bab ni hehe. anyway tanx ya dear!

fie berkata...

kak arisa best ar cite nie....cepat sambung ye....x sabar nak baca...and bila cite nie dbukukan....

arisa eriza berkata...

salam fie, thanks sudi bc n komen, iallah sis cuba yg tmampu utk siapkan mnuskrip, kalau lpas i.allah akan dibukukan.. Kalau ada komen mbina sila la bgtau ya utk baiki mana mana yg perlu :-) t.kasih ya!