Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 12 Jun 2013

Sneak Peek 3 Hero aku Tomboy


Sneak Peek 3 Hero aku Tomboy 

" Rul! Aku nak berenang! Jom la, jom la, teman aku, tengah hari dah nak check out," ujar Faz sambil menarik-narik lengan baju aku. Dah la pendek, lagi nak ditarik-tarik. Aishh, sekeh karang, menangis. Aku bebel sendiri.
" Faz, hujan ni, mana boleh berenang, bahaya," aku menolak sambil terus mengulang hafalan aku di dalam hati sambil berbaring di sofa. Mataku pejam sambil membayangkan ayat-ayat di dalam Surah al-Mutaffifin.
" Aku suka main hujan, jom la," aku jeling dari sudut mata, dia buat muka anak kucing kesian.
" Faz.."
" Rul, please... please.. kalau kau tak nak, aku ajak mangkuk Finland," nak ajak cengkerik goreng tu?? Oh, tidak sama sekali, langkah mayat aku dulu! Aku terus bangun dan menukar baju. 
" Jom, tapi be careful, janji?"
" Janji.. kau kan ada. Kalau jadi apa-apa pun, aku tau kau ada,"
" Emm, aku ni manusia, Faz. Kau mana boleh mengharap seratus peratus pada aku, kau patut mengharap pada Dia, Tuhan kita, tahu kan, sayang..?"
" Ya, ya, aku tahu. Jom la cepat," katanya dan sekali tarik, dia heret aku lagi. Dah macam anak patung beruang tapi ada nadi dan boleh berjalan, serta ada perasaan.
" Faz.. sebelum tu.. kiss aku dulu," aku tarik tangannya kembali dan dia terhenti di depan pintu utama villa.
" What the peach?? Buang tabiat?" matanya membesar dan dahi berkerut memandang aku. Aku menyuakan pipi. Dia mencebik sementara sebelum bersetuju. " Okay, tutup mata," aku dengan naifnya menutup mata sambil tersenyum. Okay, dia dah cium, tapi, kenapa rasa basah??
" Meoww," kedengaran bunyi kucing mengiau dan ketawa kuat Faz.
" Faz! Kau memang nak mati!" aku terus mengejarnya kerana dengan segala benda di dunia ni, dia bagi anak kucing cium pipi aku! Mana datang anak kucing tu pun aku tak tau, sesat dari penghujung dunia kut! Dia berlari dengan menggendong anak kucing hitam putih yang tak bersalah tu, jangan terlepas dan terpelanting masuk laut sudah. Kesian anak kucing yang berkenaan dibawak lari ke hulu ke hilir.
" Ha ha, okay, okay. Cukup. Aku.. dah semput gila.. ni," dia berhenti menyerah kalah. Di dalam hujan renyai begitu aku berlari berkejaran dengan dia. Anak kucing tadi diletakkan ke bawah, dan kesian, anak kucing tu duduk aje di tepi, trauma kut, terasa macam diculik sebentar. 
" Rul, jom bawak balik dia nak?"
" Kau nak jaga ke?"
" Aku suka anak kucing, tapi papa tak bagi bela, kau la belakan, nanti aku lawat tiap-tiap hari,"
" Banyak cantik kulit kau, aku nak bela kat mana?"
" Belala mana-mana, rumah mak kau?"
" Mana boleh bela binatang kat flet, kau ni,"
" Emm, kesian kat dia, dahla comel. Dan bertuah sebab dah kiss kau, ha ha," sebutnya mengusap bulu anak kucing itu yang sudah agak basah disirami air hujan. " Sayang, kau sejuk?"
" Huh? Tak,"
" Aku tak cakap dengan kau la, aku cakap dengan dia. Perasan," aku ketawa menutup malu. Ha ha, gila bertuah la kalau dia nak panggil aku sayang, kan?
" Ada ke cakap dengan kucing,"
" Dia faham la apa aku cakap, kan, sayang kan?" usapnya lagi sambil dibawa ke dadanya apabila anak kucing itu kelihatan seperti kesejukan. Hu hu, bahagianya kalau aku jadi anak kucing tu.. " Rul, dia sejuk la," Faz meletakkan anak kucing tersebut untuk sementara waktu dan terus memegang bawah tshirt hitamnya dan membuka baju tersebut, tinggal singlet berwarna putih yang tadi berada di dalam.
" Faz! Kau buat apa??" soalku sambil terus memeluknya pantas. 
" Woi! Aku yang patut tanya, kau buat apa??" soalnya kuat sambil menolak tubuhku.
" Faz, mana boleh pakai macam ni?!"
" Okay, kalau tak boleh pun, perlu ke kau peluk aku??"
" Ye la, aku tak nak orang lain nampak, pakai balik cepat, aku bukak baju aku," aku segera membuka baju dan mata Faz membulat, dan dia segera memalingkan mukanya. Aku rasa pipi aku panas, air liur terasa pahit lain macam dan aku tak faham kenapa Faz nak palingkan muka? Padahal pernah aje dia nampak aku tak pakai baju siap komen badan aku kalau macam the Rock tak apa jugak nak tayang-tayang, ha ha. Kehadiran buggy yang bunyi enjinnya antara dengar tak dengar itu mematikan lamunan aku. 
" Sayang, buggy tu," aku menariknya ke tepi bila dia tak bergerak langsung untuk memberi ruang buggy tersebut lalu. Dan Tuhan aje yang tahu betapa dekatnya aku dengan dia. Terasa nafasnya yang panas, dan debaran di dadanya. 
" Kenapa?" aku bertanya lembut, menghilangkan rasa dan debaran di dalam dada sendiri juga. Dia tenung mata aku. Aku balas tenungan dia dan aku telan air liur lagi bila bau minyak wanginya menusuk dan mengganggu deria sensual aku. Aku terasa kawalan aku hilang dan aku nak..

#yang masih belum mdapatkan novel HAT, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran , tkasih semua ! 

Tiada ulasan: