Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 10 Julai 2013

Pirates D'amour Bab 2

Aku jalan seorang diri di jalan yang menempatkan deretan kedai dan rumah-rumah di tepi pelabuhan Westcourt. Bandar ni tak besar mana tapi sangat cantik pada pandangan aku. Lampu-lampu jalan yang unik menghias malam yang gelap dan sunyi. Bau air masin dah lali di rongga hidung aku. Agak lama aku menetap dengan gaya orang tak ada kerja lain selain buat band tak laku di tengah-tengah bandar di bandar ni. Bandar Weston Green Boulevard ni memang cantik seindah namanya. 

Aku menyepi, Ian dan Alex dah lama berdengkur. Tak boleh harap punya bodyguard, aku keluar diam-diam pun boleh diorang tak sedar. Kata bodyguard terbaik. Ceh, berangan aje lebih dua-dua ekor, aku membebel sendiri. Aku duduk sebentar di depan kedai gunting rambut dan spa. Aku sedar yang aku banyak menghabiskan duit tinggalan daddy dengan mengunjungi spa, minta orang spa syampukan rambut aku, stylekan sikit, padahal aku boleh aje buat sendiri. Makan pulak nak hebat selalu, wain memang tak boleh tinggal, betulla macam apa yang Ian kata. Eh, pengakuan! Aku masih tak dapat terima hakikat dan tak boleh nak kikis perasaan-anak-orang-kaya lagi, walhal benda tu dah lama terkubur. Aku tarik nafas yang terasa berat. Dahi berkerut. 

Terngiang di telinga apa yang dikatakan oleh Ian petang semalam. Pergh, serius terkejutlah, beb! Aku memang pewaris empayar daddy rupanya! Err, empayar la sangat..

" Sir tinggalkan kita dengan ni. Sir suruh aku beritahu kau kalau dah sampai masanya, dan aku rasa sekarang memang masa yang tepat,"

" Woo.. gila, gila, gila! Double gila!" aku terus menganga sebab tak boleh terima kenyataan lepas melihat apa yang ditunjuk oleh Ian. Dia buang rokoknya ke tepi sambil menghembuskan asap yang membakar hingga ke dalam. " Woi, suka hati kau aje, kemas bot lepas ni!" aku pantang dengan orang yang suka buat sepah kat tempat tinggal aku. Ian mencebik. Tak puas hati sebab dia kena buat semua benda. Bodyguard aku, amah aku, penyanyi band aku dan nanny aku. Wah, nanny! Hiks!

" Yela, aku tau. Sekarang, apa yang kau rasa?" Ian bertanya pada aku lepas muka blur campur marah tadi aku padamkan.

" Apa kita nak buat dengan benda ni semua, beb?" 

" Kau rasa?"

" Aku rasa.. uhh, rompakan ala-ala pirate tak bertauliah?" aku jawab sambil telan air liur. Sakan betul! Daddy tinggalkan senjata api pada aku! Ini memang idea pemusnah jiwa aku yang baik dan suci ni! Cis, macam la baik sangat, kan.

" Pandai," Ian sengih tepi.

" Gila! Kau rasa ni idea bernas ke, weh??!"

" Habis, dah kau rasa tak boleh hidup dengan buat band tak laku tu, apa lagi kita boleh buat? Aku pun dah lama tak test power dengan sniper ni," Ian angkat sebuah senjata yang berat yang dipanggil sniper. Duh, gila tak gila. Tak kusangka, rupanya bot ni ada tempat simpanan khas yang menyimpan pelbagai senjata api selain bom dan pisau, tak ketinggalan pedang dan pemanah. Oh, aku lupa. Daddy adalah pengedar senjata api secara haram di samping bisnes buat bangunan-bangunan tinggi di kotaraya HeatherBrook Spur dulu.. err.. daddy memang hebat.. tak dapat kusangkal lagi!

Aku baru aje nak jadi budak baik, tak nak warisi empayar daddy yang pada aku sangat merbahaya, tapi aku bagai tak ada pilihan lain lagi. Kau bayangkan la, daddy memang nak suruh aku jadi lanun tak pun perampok, kalau tak takkan la dia nak tinggalkan aku dengan speedboat, ditambah dengan pakej baik punya senjata api! Aiseh! Aku terus dihantui dengan dilema yang amat dahsyat!

Aku lebih berminat dengan gaya budak baik, pergi sekolah, balik sekolah, makan dengan sopan, pakai baju cantik, belajar tinggi-tinggi, kahwin dan bercucu cicit. Hi hi, mampukah??

" Dah, kalau kau sebut lagi nak bercucu-cicit depan hidung aku, baik kau pergi mintak sedekah aje kat bandar, aku dah tak sanggup lagi nak menyanyi dengan suara katak puru berjerawat ni," Ian mencelah bila dia pandang aku yang lama terdiam, motionless. Mesti dia ingat yang aku pernah sebut pasal impian aku dulu-dulu. Umpama mimpi di dalam mimpi ajela impian tu sebab takkan la aku nak kahwin dengan lelaki kut, tak ke gay sangat rupanya? Aku Lucas, okay, bukan Clarissa lagi! Ahai!

" Aduh.. kau memaksa aku ni, Ian!"

" Dah tu, kau nak harapkan band katak puru tu untuk teruskan hidup? Beb, tak cukup der kalau kau nak hidup dengan band tu! Kau dah la perasan bagai putera raja, ni bot ni, siapa nak bayar duit maintanence nanti? Sewa tapak lagi!" Ian memburu aku dengan hujah-hujahnya yang sekian lama aku cuba nafikan.

Aku ketap bibir dan berkerut. " Alex, apa kata kau?"

" Go with the flow, Luke," Alex membalas sambil mengelap hujung pisau tajam yang diambil dari tempat simpanan khas senjata-senjata tadi. Dia sengih lagi. Aku rasa aku yang paling patut bunuh diri sekarang, Alex dan Ian boleh buat apa aje yang diorang suka sebab tak ada prinsip hidup macam aku. Prinsip diorang, buat aje apa pun, asalkan dapat hidup! Tapi aku.. aku nak bercucu cicit! Huwaa!

Alex kelihatan berbahagia dengan mata blink-blink melihat pada senjata-senjata yang ada. Yes, diorang dua adalah bodyguard, yang dah biasa dengan kerja-ada-harapan-untuk-mati-dengan-cepat ni.. aku, walaupun aku boleh dikatakan agak expert dalam menghandle senjata dan pedang, serta seni pertahan diri, tapi aku tetap kekok.. oh, kekoknya!

Kesian jugak kat diorang dua ni, ye la, dah lebih tiga bulan duk membuat kerja yang bukan kerja azali diorang, tak ke kesian? Kesian, kesian.. tapi, apa aku patut buat lagi? Mati kering bersama-sama? Epik Mahakarya Cinta sangat tu! Aiseh.. sadis..

Malam yang pekat aku harungi bersama kenangan pada daddy dan mama. Daddy yang sentiasa melatih aku untuk hidup berdikari sendiri, latih aku untuk belajar seni pertahan diri dan juga seni mengurus senjata, di samping mama yang buat benda sebaliknya. Mama suka bawak aku pergi salon, pergi shopping, cerita benda yang nice-nice seperti berkahwin, belajar dan bekerja makan gaji. Nice tak? Ehe, benda nice ni la yang buat aku macam nak terjun laut sekarang ni! Ahhh! Mama! Daddy! Apa patut Clarry buat sekarang??! Bagai nak gila aku berfikir!   

" Kau ke mana?? Bahaya la sorang-sorang! Kalau nak keluar, beritahu aku!" Ian menyinga bila dia jumpa aku yang tengah duduk menyandar di bangunan deretan kedai yang diperbuat daripada batu bongkah besar yang berwarna putih kelabu. Aku pandang dia dengan rasa tak bersalah. 

" Siapa suruh kau tidur terbongkang? Padan la muka kau,"

" Weh, aku ni ada tanggungjawab tau tak? Untuk jaga kau! Kau jangan buat hal! Bandar ni bukan sentiasa selamat. Ancaman ada sana sini!" Ian tarik pergelangan tangan aku.

" Nak ke mana, beb? Aku nak ambil angin la," aku protes sambil rentap kembali tangan aku. " Aku Lucas, Lucas! Bukan Clarissa! Aku boleh jaga diri!" aku berkerut dengan muka sakit hati. Muka marah Ian mengendur. 

" Sorry, kau tanggungjawab aku. Aku tak nak apa-apa jadi pada kau.. prinsip aku, jaga kau walaupun nyawa sebagai ganti!" Ian mendengus. Aku terpana.. jiwa nice-nice aku terus mengambil alih. Err..














Tiada ulasan: