Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 26 Mei 2014

March 7 novel/cerpen

"March, macam mana malam pertama?" mama March senyum penuh makna dalam bisikan.

"Hehe, mana boleh cerita, mama ni," March sengih sambil tarik kerusi dan duduk. Karipap dicapai. Sarapan pagi di hotel mengharap la nak dapat karipap, apa lagi karipap sardin macam Mak Mun buat ni. Terbaik!

"Lucy sweetheart, come. Dah kenapa tercegat kat situ?" March pandang Lucy yang duk terteleng-teleng dari tadi. Kejap pandang atas, pandang kiri, pandang kanan, entah apa yang dicari entah.

"Kita tinggal kat sini ke, nok?" perlahan dia bisik selepas duduk di sisi March. Mama senyum aje memandang.

"Baby girl, how are you today?" mama menegur.

"Err.. err.. sihat, auntie,"

"Sayang, apa auntie ni, mama la," March senyum, Lucy tergaru-garu belakang kepala. Boleh pulak nak tersasul bagai.

"Hee, sorry, mama.."

"It's okay, sayang," mama membalas.

"Nak minum tak? Teh tarik Mak Mun terbaik, beb. Aku tuangkan,"

"Boleh.. tapi aku nak guna toilet, please.. kejap aje," Lucy bersuara. Bajet comel.

"Okay, nak aku teman ke?"

"Tak apa, aku okay. Kat mana?"

"Terus depan tu, masuk kanan," Lucy bangun, berjalan dan menghilang kemudiannya. Mama bersuara,

"March, tak nampak tanda-tanda pun," muka mama ala kecewa.

"Tanda apa, ma?" March bertanya sambil membuka akhbar. Berita tentang dua ekor panda yang disewa dari China menjadi perhatian. "Comel," bisiknya.

"Tanda malam pertama,"

"Apa tandanya, ma?" acuh tak acuh March bertanya. Mata ralit baca pasal panda.

"Emm, salah satunya cara pengantin perempuan berjalan,"

"Huh?" March panggung kepala dan merenung Lucy yang kebetulan berjalan mengarah kepada mereka. "Sama aje cara berjalannya, ma?"

"Darling, siapa pengantin perempuan kat sini?"

"Err, a'ah, March la, he he,"

"Cuba bangun berjalan, mama nak tengok,"

"Ala, mama ni.. okay, okay, nothing's happened," March balas. "Kitorang tidur dengan berbahagianya semalam, macam adik beradik, kan sweetheart,"

"He he.. a'ah, mama.." terkulat-kulat Lucy menjawab. Malu. Tambah lagi bila teringat apa yang jadi malam semalam. Ahai!

"Honeymoon would do,"

"Honeymoon.. tak apa la, ma.. lagipun March mesti busy, kan?" Lucy menyampuk.

"Em, tak la busy sangat, aku cuti seminggu. Ah, well, aku lupa nak beritahu kau, aku dah tempah tiket ke Maldives," March sengih tepi. "Petang ni, pukul 5.30,"

"Whaaatt??"

"He he, suprise, sayang," March kelip mata. "Come, ikut aku beli baju baru untuk kau," tutup surat khabar dan bangun sambil membetulkan baju kemejanya.

"Mamaaa, tak nak honeymoonnn..!" Lucy menjerit nyaring ditarik oleh March menuju ke pintu utama. Mama ketawa sorang-sorang. Alahai menantu aku..

"Sayang, mana ada orang kahwin tak honeymoon. Ke kau nak pergi London? Or Gold Coast? Tak pun Greece ke? Aku boleh tempah tiket baru,"

"Nope.. aku.. please.. honeymoon kat sini aje, boleh??" Lucy memujuk di porch kereta.

"Em, okay, bagi aku lima sebab kenapa kau tak nak pergi honeymoon, em?"

"Okay.. satu.. aku takut. Dua.. aku seram. Tiga.. I'm scared.. Empat.. I'm afraid.. lima.. aku tak nak MALAM PERTAMA!! Huwaaa!"

"Ha ha ha ha! Tak boleh pakai la alasan kau ni, sayang. Tak laku," March mendekati Lucy. "Sayang, kau tau tak, makin kau takut, makin aku suka, makin aku geram," March senyum penuh makna. "Rawrr,"

"March! Aku serius ni!"

"Ye la, aku pun. Serius bagai nak arwah ni," March balas. Lucy diam.. kemudian ketap bibir sebelum berkata dengan penuh perasaan.

"March.. nok.. aku tak mau. Tak mau.."

"Okay, okay.. shh, aku tak paksa kalau kau tak nak. Aku cancelkan aje flight kita, okay?" March peluk bahu Lucy. Kelip-kelip pandang March yang senyum ikhlas kat tepi. Aishh..

"Ada refund?"

"Tak,"

"Betul?"

"Betul. Sebab dah terlambat kalau nak cancel pun, so kira burn terus,"

"Harga tiket?"

"One way, sorang around RM5K,"

"RM5K??!"

"Ye, sayang," senyum.

***

"Janji tak sentuh aku?"

"Tak boleh janji,"

"March.."

"Ini kira sentuh tak?" March pegang tangan Lucy. Lucy kecikkan mata. Aku terkam dia ni karang.

"Okay, tak. Maksud aku, sentuh.. secara mendalam,"

"Mendalam?" kerut dahi.

"Ya, sentuh la.. sentuh-sentuh untuk dapatkan baby.." Lucy tunduk dengan suara yang rendah.

"Ha ha ha.. kau tak percayakan aku? Kalau aku nak, dah lama aku paksa kau, sayang. Tapi, kau patut tahu, aku kahwin dengan kau bukan sebab tu, tapi sebab aku sayang kau, aku nak jaga kau, kau faham?"

"Tapi, kau kata kau geram tengok aku??"

"Geram tak semestinya nak terkam kau. Geram nak peluk, nak cubit. Kan berbeza tu?"

"Em.. okay.." Lucy muncung. "Honey! Nak ni!" tiba-tiba mata terus blink-blink nampak bikini seksi warna merah hati campur ungu dan kuning.

"Kau nak pakai ni, sayang?" March telan air liur. Mati la semua pandang dia nanti. "Tak boleh. Seksi la.. wa aje ada permission untuk tengok lu,"

"Alaaaa, boleh laaaa, boleh laaaa, honey, pleashhh, pleashhhh,"

"Adoi, seksi sangat ni! Kau nak jadi bintang popular ke? Kalau kau punya curve tak ala JLo, aku tak kisah sangat, malangnya, JLo pun nak kalah dengan kau punya badan ni, sayangku sayang. Aku harap kau memahami aku seorang yang cemburu, okay," March letak kembali baju yang diunjukkan oleh Lucy. "Yang ni okay,"

"Haa, tak cun laaaa," Lucy pandang sebelah mata aje dengan baju yang dipilih oleh March. Bikini yang menutup sikit la daripada yang tadi, dan yang penting kurang keseksiannya.

"Sayang, tolong fahami aku.. aku tak suka orang ushar kau lebih-lebih, karang ada yang dapat percuma pelempang aku bagi,"

"Emm, yela. Dah la, tak nak dah," Lucy merajuk dan terus berjalan laju.

"Sayang..!" March kejar dari belakang. "Okay, okay. Tak mau merajuk. Aku belikan, tapi dengan set dress sekali okay. Belahan jiwa ni cover sikit," March tunjuk ke arah dada Lucy, sikit lagi nak tersentuh sebelum Lucy tepuk tangan March.

"Ha ha, adoi, sakit,"

"Padan muka! Gatal sangat kan,"

"He he, tolong garu," sua tangan.

"Kenapa pulak ni?" dengan kedua-dua tangan memeluk tubuh Lucy bertanya.

"Dah kata gatal, garukan la," March senyum comel.

"Aku hambat dengan penyapu kau ni karang, nok!"

"Ha ha ha! Meowwff! Jom cepat, banyak lagi benda nak beli ni,"

"Kalau ada penyapu boleh lipat, aku nak beli. Khas untuk kejar kau dengan penyapu,"

"Ha ha, daripada kau kejar aku dengan penyapu, baik kau cium aku di pipi, dapat pahala," March kelip mata sebelah dengan senyuman meleret tengok mata berapi Lucy. Ha ha, sooo cutee!















Tiada ulasan: