Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 20 Oktober 2014

Marchmellow 12

Marchmellow 12

“Kenapa, kenapa?? Kena serang hendap ke?!” Lucy kalut.
“Sshh! Bukan la! Tu..” March bisik sambil menjuihkan bibirnya ke arah seekor arnab warna kelabu coklat dengan telinga capang ke atas.
“Nak buat apa??” dengan nada bisikan-penuh-semangat Lucy membalas.
“Buat santapan untuk bidadari,”
“Tak mau la aku. Kesian dia, nok, dah la comel pulak tu!”
“Kau kata kau nampak dinosaur pun kau nak panggang kan, apatah lagi si arnab kecik ni?” March angkat kening sambil jari telunjuk menunjuk ke arah haiwan kecik berkenaan.
“Nok, tak payah la, please, tak payah,” Lucy memujuk sambil menggoyang-goyangkan lengan March.
“Shh, shh,” March meletakkan jari telunjuknya ke bibir sambil terus aim arnab comel itu dengan pisau Rambonya. Gaya dia macam nak baling pisau tu.
“Nok, kena sembelih la!” sekali lagi lengan March digoyangkan.
“Kalau kena ni, aku yakin tak mati. Sempat sembelih punya,”
“Nok! Tak nak, tak nak, aku tak bagi kau bunuh dia! Jom balik!”
“Sayang.. arnab ni sedap ni, lagi sedap daripada ayam,” ujarnya menolak perlahan badan Lucy yang menghalang pandangannya daripada memandang arnab tersebut. Arnab tu nampak leka dan bagai tak menyedari langsung kehadiran makhluk berbikini dan berseluar pendek yang sedang berbincang tentang nasibnya.
“Arnabbbb, lariiii!!” tiba-tiba suara Lucy kedengaran menggegarkan satu kepulauan Maldives. Bukan arnab aje lari, dengan dinosaur pun ada harapan lari kalau dengar suara dia. “Dah, jom balik,” kemudian dia tarik tangan March yang tercengang.. arnab yang leka tadi terus hilang dari pandangan. Arnab aku..
**
“March, apesal ni?” Lucy menegur bila March jalan lambat-lambat bila dah sampai ke kawasan resort mereka. Tadi pun baik punya perlahan dia bawak motorboat.
“Aku nak arnab,”
“Alolo, okay, nanti dah sampai Malaysia kita cari arnab, okay?”
“Tak nak, aku nak sekarang jugak. Sekarang,” March memuncung. Masuk bilik, dia terus ke pelantar dan baring meniarap atas buai. Pandang ke arah lain, tak nak pandang Lucy.
“Honey, jangan macam ni.. aku kesian kat arnab tu. Tak sanggup tengok dia mati macam tu aje,” lembut suara Lucy memujuk. Tambah perencah gedik, seharusnya.
“Hurm,”
“Honey.. honey.. jangan la macam ni..” Lucy gelisah bila March merajuk. Dia usap-usap bahu March. Aduh, tak pernah lagi dia merajuk dengan aku seumur aku hidup ni. Macam mana nak buat??
“Honey, tengok sini, aku nak menari tiger dance..” tak ada respons.
“Honey, aku nak mandi, nak mandi sekali tak?” tak ada respons. Ugh, apa cerita ni?
Lepas tu, Lucy pun keluar, dalam 5 minit kemudian datang balik dengan semput-semput.
“Honey, aku.. nak berenang,” akhirnya, March angkat kepala.
“Pelampung mana?”
Chu!
Mata March membulat. Lucy cium pipi aku?? Aish, aku kat dunia kan? Bukan kat Marikh? Spring mana yang longgar dalam kepala dia agaknya ni?
“Honey merajuk lagi?” soalnya, kelip mata sekali dengan muka ambil berat. March kemudiannya bangun duduk dan mencebik.
“Nah, arnab!” March senyum tawar sambil menyambut seekor anak arnab warna putih yang dipegang di telinga oleh Lucy. Arnab itu diam di ribaan March.
“Mana kau cekup anak arnab ni?”

2 ulasan:

NurAtiZa berkata...

Besttt.. ;-)

Arisa Eriza berkata...

terima kasih dear sis! ;) xoxoxo!