Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 1 Mei 2016

PROTECTEUR teaser #PDT



(TEASER) PROTECTEUR 

Dua kawan baik, dua2 kacak, sorang jatuh cinta macam nak gila bila kena curi first kiss, tapi tetiba pencuri kiss tu menghilang. Apa cerita weh? Kau memang cari pasal la der.

“WOI, kau gila apa?! First kiss aku kot!”
“Duh, serabutla. Habis, kau ingat itu bukan first kiss aku la?!”
“Kenapa kau tak stick kat plan kita? Dah banyak kali rehearse, tak pernah pun jadi macam tadi, okey! Tak pernah! Bahlul la.”
“Weh, dah tu asal kau tak letak tangan kau kat mulut kau?! Dah rehearse macam tu, dah berpuluh kali buat, asal, weh, asal?! Dahla depan semua orang pulak tu! Ugh!”
Dia terdiam. Yeah, salah dia. Salah dia sebab terlupa nak letak tangan kat mulut untuk cover ‘aksi ciuman maut’ diorang, dan akhirnya betul-betul aksi ciuman yang niat cuma nak berlakon tu bertukar menjadi realiti!
“Duh, aku nervous la...” dia jawab perlahan dalam terkedu. Masih terasa hangat bibir Andrew pada bibirnya. Dahla aksi kissing tu lama. Dalam 10 saat. Sweet torture gila, seyh! Dan part nervous tu dia pun tak pasti betul ke tak, asalkan ada alasan cukupla! Cis! Aku dah tau idea kiss-kiss bagai ni bukan idea yang bagus! Hawau!
“Apa aku nak jawab kat girlfriend aku ni?” Andrew bersuara. Sayap comel berbulu-bulu putih yang dipakai tadi dibuang dan diletak ke tepi. Rambut perang mudanya yang lurus dan lembut jatuh ke dahi dibetulkan.
“Ugh... kau... cakap ajela, tak sengaja,”
“Habis, karang dia ungkit asal aku tak kiss dia, tapi pergi kiss kau, buang tabiat sangat, weh!”
“Laa, dah kata tak sengaja, tak sengaja, bukan suka-suka!” dia jerit geram. Ingat kau aje ke yang stres, aku lagi stres okey?! Sebab aku...! aku... dia telan air liur bila sedar apa sebenarnya yang dah jadi. Apa yang dia rasa tentang first kiss tadi tak seharusnya dia rasa!
“Ahh, suka hati kau la. Aku blah dulu!” Andrew berlalu selepas menukar baju di bilik untuk para pelakon teater tersebut.
Sebabkan kumpulan diorang tak ada ahli perempuan, dia terpaksa berlakon jadi Sleeping Beauty moden. Dia bangun dan selamat daripada tidur yang panjang dengan kiss daripada seekor (or seorang) angel yakni Andrew. Penulis skrip dah macam tak ada idea lain dah kot. Kau kasi la cerita perang ke mende ke, ini sleeping beauty?!

#PDT
#HushXAndrew
#KauTahuKauCinta

Tiada ulasan: