Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Ahad, 1 Mei 2016

Sotong Comel Teaser #PDT

Sotong Comel

“Nokss! Cepatla, kau ni terkedek-kedek! Nak hangkat benda ringan macam ni pun tak larat! Apa la, tak bertenaga langsung!”

“Hoi, kau angkat tengok! Suka hati nak mengata aku, aku jual kat besi buruk karang!”
“Jual siapa?? Kau tu yang patut kena jual, hampas kelapa lagi mahal daripada kau, tau?” jelingnya dengan muka tak endah, peluk tubuh sendiri.
“Kau diam! Cepatla, kau jangan buang masa, boleh tak?!”
“Mana Que ni?? Ee, tak menyusahkan aku tak boleh! Aku potong gaji kang pandai pulak nak buat demo-demo bagai!” dia singsing lengan kemeja biru ketatnya dan mula memegang hujung kerusi. Sambil mulut terus membebel marah pada Que, pekerja mereka yang seharusnya dah ada waktu macam ni, tapi tetap tak muncul-muncul walaupun dah tunggu lebih 15 minit.
“Woi, kau nak angkat arnab ke? Ni kerusi, bukan arnab.”
Dia menjuih-juihkan bibir sendiri. Dia pun betulkan posisi tangan dan jari. Cuba angkat, angkat dan angkat. Err..
“Asal tak naik? Kena sumpah tak? Mesti mulut jahanam kau yang sumpah kerusi ni, kan?”
“Duh, mulut siapa yang jahanam sekarang?”
“Hello, sorry, do you need some help?” suara seorang mamat yang diteka sangat hensem tiba-tiba menyapa gegendang. Oh, oh.. Jazz terus pandang belakang. Mulutnya yang menganga dan mata yang tak berkelip dengan agak lama ditutup pantas selepas disiku oleh Dan di sebelah.
“Yeah, tak sangka seberat ni,” Dan menjawab bagi pihak Jazz. “Dia ni tak cukup makan, so tak boleh nak mengharap.” Jazz di sebelah mencubit geram dengar kenyataan Dan.
“Let me,” lelaki berkaca mata tersebut pandang pada Jazz dan senyum segaris, dah cukup meloyakan tekak orang yang melihat macam mana mata Jazz terus bersinar-sinar memandang lelaki gagah tersebut. Ugh, sangat ampuh, uols! Rebah mak! Jazz terus tersengih lebar, ayat Dan yang mengutuknya tadi dan-dan dia lupa.
“By the way, I’m Keith. I nak jumpa dengan Jazz, the wedding planner,” lelaki ampuh tersebut memperkenalkan diri sambil bersalam dengan Dan, selepas kerusi pelamin tersebut berjaya diangkat masuk ke dalam perut lori. Kalau mengharap angkat dengan Jazz ni, entah sampai tahun 2020 pun kau masih mengharap dengan tabahnya!
“Me, me!” tiber masuk scene.
“Oh, so you Jazz? Hello, I’m Keith,” senyuman bersama lesung pipitnya membawa rerama ke jiwa. Tak tidur malam aku malam ni, nokkk! “I dengar you wedding planner yang bagus.”
“Kenapa you tak buat appointment dulu? Weols busy sikit pagi ni, sebab ada barang yang kena hantar ke dewan, set up untuk majlis esok,” Jazz bersuara.
“Jazz, cepat!”
“Haa tengok tu. Hu hu, I’m so sorry, dear! I have to go! Give me your name card, please, I’ll get back to you soon, promise!” baru kenal sesaat, dah melantak suka-suki panggil orang dear, konon!
Keith senyum dan mengeluarkan kad namanya dan diberi kepada Jazz. “Okay, I’ll be waiting.”
“Bye, take care jalan tu!” ucap Jazz sebelum diri sendiri mengaduh.
“Hoi, asal kau tak gi cium mamak kat depan tu sekali?? Jalan tu tengok depan, bangang sangat pun tak boleh jugak!” Dan tempik bila Jazz boleh pergi langgar pintu lori sebab sibuk babai pada Keith.
“Banyak mulut pun sama, itu tanda nak mintak dikiss! Dah, jalan!” Dan jeling Jazz di sebelah.
“Pantang kau ni, kan? Mamat berdaya ampuh gitu, mula la kau nak drooling bagai.”
“Asal? Kau jeles?”
“Simpang!” sambut Dan. Jazz terus mencium-cium kad nama Keith tadi.
“Uuu, wangi.. wangi.. dahla kacak, merembes, nok!!”
“Kau diam sebelum aku terajang kau keluar.”
“Terajangla, nok, aku rela,” Jazz jawab, Dan geleng aje. Kalau suruh terjun lombong gi bersahabat dengan hantu air pun sanggup aje ni, gerenti la!

#LGBTQ
#OpenForOrder!
#RM25
#KompilasiCerpen

Tiada ulasan: