Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 20 Mei 2009

July's Nights

Minggu Haluan Siswa yang memenatkan aku sudah pun berlalu. Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini. Pening kepala dengan nak mengisi borang tu, borang ni, serabai aku! Tapi takpe la kan, sebabnya bukan senang nak dapat masuk U ni, aku antara orang yang terpilih, bak kata PM (Pembantu Mahasiswa) di kolej aku ni la.

Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik. Kelilingnya hutan, macam hutan simpan pun ada. Pagi-pagi memang syok sebab nyaman. Tapi, agak menyeramkan jugak la bila malam.

' Wei, kau tak dengar ke pasal kolej kita ni?' Tanya Am, roomate aku pada satu malam. Dia ni kawan baik aku masa sekolah lagi, entah macammana boleh satu bilik hehe.

' Kenapa?' Aku bertanya selamba sambil membaca komik. Bagus betul! Dekat U pun boleh nak membaca komik lagi. Tapi takpe jugak, sebabnya kuliah pun belum mula lagi.

' La, kau ni memang pending betul la! Kolej kita ni berhantu siot!' Am bercerita dengan semangat waja.

' Ler, kalau ye pun, kenapa?' Aku malas nak melayan kerenah si Am ni. Bukan betul sangat budak ni. Mereng sikit. Kekadang tu orang cakap lain, dia faham ikut lain.

' Kau tak takut ke, beb?'

' Biasa je.' Aku lantas menutup komik dan ke tandas. Aku membelek jam di tangan aku yang berbulu lebat ni, baru 11.30. Awal lagi nak tidur pun. Aku memang kaki tidur lewat. Pukul 2, 3 pagi selalunya baru aku tidur.

Selepas mengambil wudhuk, aku menapak ke bilik, lantas menghampar sejadah untuk solat Isyak. Kiblat yang mengarah ke arah matahari terbenam tu menghadap ke arah katil aku. Am dah bersedia untuk tidur. Aku angkat ta'bir dan mencuba untuk khusyu'. Namun, kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang secara tiba-tiba mengganggu solat aku. Dia tegak duduk di sudut katilku, merenungku tajam. Hatiku kuat berdebar, namun aku cuba bertenang. Mungkin cuma khayalan aku. Namun, selepas aku bangun dari sujud, 'dia' masih kaku di situ!

' Allahuakbar!' Sengaja aku kuatkan suara ku bagi memberi amaran padanya. Lantas perlahan-lahan dia hilang dari pandangan. Berani betul kacau aku, tengah solat pulak tu! Mak ai. Mungkin betul apa yang disebut oleh Am tadi, kolej ni ada penunggu!

Selepas solat, aku mencapai al-Quran dan mengalunkan ayat-ayatnya merdu. Aku cuba mengabaikan gangguan 'makhluk' wanita tadi, namun makin aku cuba lupakan, makin bayangannya mengejar. Aku beristighfar. Aku meletakkan kembali al-Quran tadi di dalam almariku lantas ke meja studi dan membuka laptop ku. Aku khayal sejenak, hilang di dalam game yang aku sedang godek-godek itu.

' Khairul..' Terdengar gemersik perlahan suara memanggil namaku sayu. Ahh, sudah! Dia datang lagi! Makin lama makin terasa dekat dengan telingaku, tanganku bergetar, cuba memberanikan diri memandang ke belakang, namun tiada apa-apa. Aku telan air liur untuk sekalian kalinya. Mp3 bacaan ayat al-Quran aku buka sekuat mungkin bagi menjadi 'pagar' dari gangguan makhluk ghaib.

Seketika, suara yang memanggil aku tadi pun menghilang. 10 minit kemudian, telingaku menangkap bunyi ketukan di pintu. Aku memandang sekilas jam di tangan, 5 minit menghampiri pukul 1 pagi. Siapa pulak mangkuk datang bilik aku pepagi buta ni? Aku dengan malas bangun dan membuka pintu bilikku. Tiada sesiapa, cumanya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menerpa masuk ke dalam bilikku. Bulu romaku segera menegak. Subhanallah! Segera aku menutup rapat pintu bilikku dan menuju ke katil. Untuk malam ni, aku give-up!

Aku baring dan membaca ayat-ayat sebagai pelindung sebelum tidur. Aku mengambil keputusan untuk tidak menutup lampu. Sejenak, aku pun tertidur.

Geli.. Aku cuba menepis. Kemudian, tanganku seperti diusik lagi. Esh! Kacau betul la! Apa benda ni?? Aku segera membuka mata. Aku boleh menelan air liur sahaja melihatkan tanganku sedang diusap-usap lembut oleh 'seorang' wanita berambut hitam panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelahku. Tak lama, dia pun sedar yang aku sedang memandang ke arahnya, lalu dia yang sedang asyik bermain-main dengan tanganku tadi segera berpaling ke arahku.

Cantik! Cun giler! Dia senyum. Namun, tak lama dia tersenyum, bibir yang berwarna merah saga itu berubah menjadi pucat, matanya yang redup membulat dan taringnya dapat kulihat dengan nyata.

' Lailahaillallah!' Aku menempik kuat apabila dia cuba mencekikku. Aku membaca ayat Kursi di dalam hati sambil memejamkan mata. Seminit lagi dia cekik aku, mati dalam iman lah aku alamatnya! Namun, lama kelamaan, cekikan yang agak kuat tadi akhirnya lemah dan kemudian hilang begitu saja. Aku kepenatan dan tertidur kembali.

-----

Pagi esoknya, aku terbangun selepas terdengar bunyi alarm handphone Am. Pukul 6.30. Aku teringat peristiwa aku dicekik malam tadi. Tapi, aku pun tak pasti samada aku bermimpi atau pun apa. Aku bangun perlahan ke tandas. Aku kembali ke bilik selepas mengambil wudhuk.

' Subhanallah!' Muka Am tercongok di pintu bilik dengan mata layu. Tangannya menggosok-gosok mata kirinya.

' Esh! Kau ni, buat terkejut aku aje!'

' Em, kenapa dengan leher kau, Rul? Siapa cekik kau? Biru semacam aje?' Mata Am membulat merenung leherku.

' Yeke? Entah, hantu kot cekik.' Aku menjawab dengan nada bergurau.

' Gila kau! Kalau betul macam mana??'

' Takde apa-apa lah, beb! Dah la, lewat dah ni, solat!'

------

Kuliah hari Khamis penuh dengan tutorialnya membuatkan aku terpaksa untuk melepak di fakultiku sahaja sepanjang hari. Pukul 6 sampai 7, ada sejam tutorial. Gila lambat baru habis!

' Woi, Ril! Kau tunggu kejap, aku nak pergi toilet. Tak tahan dah ni!'

' Okay, aku tunggu dekat luar.' Ril menunggu di atas kerusi panjang berdekatan dengan tandas di situ.

' Khairul. Lama lagi ke?' Ketukan pintu dan suara yang memanggil aku membuatkan aku bengang.

' Sabar ar Ril! Aku baru bukak zip aje ni!' Kemudian aku dengar derap kaki berjalan ke sebelah tandas ku. Pintu tidak kedengaran ditutup, namun terdengar bunyi air paip yang dibuka perlahan.

' Siapa tu? Kau ke Ril?' Aku bersuara, dan dengan segera air paip di sebelah ditutup.
Aku berdebar. Kenapa lah perut aku nak buat hal waktu-waktu senja macam ni jugak? Aku bising di dalam hati.

Tik.. Tik..

Aku dengar air menitik. Aku abaikan. Aku cepat-cepat memcuci apa yang patut. Tak sempat aku menzip seluar jeans aku, aku terasa ada air menitik di pipi. Aku sapu, bukan air, tapi darah! Aku pandang ke atas, wanita berbaju putih dan berdarah di perutnya sedang melekat di siling! Rambutnya yang panjang meleret sampai ke muka ku!

' Allahuakbar!' Kuat aku menjerit dan membuka pintu tandas untuk keluar. Suara hilaian wanita jelas kedengaran. Pintu tandasku seakan terkunci dari luar. Ya Allah! Bermacam surah aku cuba baca. Aku rasa surah Yassin dah tercampur dengan ayat Kursi dah selama aku cuba membaca!

' Hik.. hik.. hik..' Suaranya begitu dekat dengan telinga aku. Aku lihat wanita tadi sudah berada di belakangku, di atas peti pam air! Senyum sekejap, kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh. Matanya mengalir darah merah menghiasi pipinya yang putih seperti seorang Geisha. Aku kelip-kelip. Kakiku ketar.

' Ke..na..pa..?' Aku tak terdaya nak terus bertanya kepadanya lagi kerana tangannya mula dihulurkan ke arahku dengan kuku panjangnya.

' Rul!' Aku terdengar suara Ril memanggil. Kuku wanita tadi yang tak sampai 1 cm ingin mencecah ke muka ku segera terhenti. Dia melompat ke tandas sebelah dan pintu tandasku terbuka dengan sendiri.

' Rul! Kau okay tak??' Ril bertanya, namun aku diam saja. Peristiwa tadi betul-betul meng'shock'kan aku. Aku cepat-cepat melangkah keluar dan pulang ke kolej. Ril aku biar dengan seribu pertanyaan.

-----

' Khairul.. Awak di mana?' Suara wanita yang begitu syahdu terdengar lagi memanggil-manggil namaku. Uhh! Hantu ni sah dah jatuh cinta dengan aku! Aku abaikan. Rasa takut aku cuba padamkan. Aku berlakon selamba sambil terus mengemas baju untuk pulang ke rumah menghabiskan cuti hari minggu memandangkan hari Jumaat jadualku kosong.

' Am, aku balik rumah ni! Kau ada apa-apa, call aku, okay? Jangan lupa solat and mengaji!' Aku tepuk bahu Am selepas kami bersalaman.

Aku menuju ke arah motorku diparkir, masih awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Aku meletakkan beg sandangku di dalam raga dan mula bergerak meninggalkan kolej. Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam je beratnya motor aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kot! Kan dah kata! Dari cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Hai, dalam banyak-banyak lelaki, kenapalah dia nak memilih aku ni jugak?

Sampai di flat tempat femiliku tinggal, aku pun turun dari motorku dan berlagak selamba. Buat-buat macam bini aku ikut aku balik jumpa mak dan bapak mertuanya. Ehem! Aku menunggu lif sampai. Tak lama, pintu lif pun terbuka. Bau bunga cempaka kuat menusuk ke dalam hidung tak mancungku.

Bismillah. Langkah kanan aku masuk ke dalam perut lif itu. Tawakkal aje la. Nak naik tangga sampai tingkat 16, tak sempat sampai aku rasa dah bermacam pesyen muka and rambut dah dia tayang kat aku nanti!

Aku berlagak steady, padahal dalam hati dah nak pecah dah berdebarnya! Aku telan air liur lagi mendengar peti lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan! Lampunya terkelip-kelip, sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif itu pulak bergegar-gegar semacam ada buldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak ai! Apa jadi ni?? Janganlah nak putus pulak tali lif ni! Mahu maut aku nanti!

Seorang diri di dalam lif, aku duduk bercangkung. Telinga dan mataku ku tutup rapat. Ayat Kursi ku baca sekuat hati dan akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif terbuka sendiri. Aku bangun dan merenung. Tingkat 16. Alhamdulillah! Aku pun keluar. Apesal aku rasa macam pelik aje? Bukan macam kat rumah aku pun? Ya Allah!

Aku terpaku di depan lif tadi. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Aku pandang ke hadapan. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi angin yang kadang kala bertiup ke muka. Darahku tersirap. Ini bukan flat rumah aku! Bukan! Aku tarik nafas panjang. Kelihatan seorang wanita berpakaian baju skirt putih dan berambut panjang tidak jauh dariku. Aku agak dia lah yang selalu mengganggu aku selama ini.

Aku mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku dah penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa.

' Awak..' Suaranya lembut mendayu. Mukanya tidak memandang ke arahku.

' Ya..' Lama baru aku menjawab.

' Saya.. nak mintak tolong awak.'

' Tolong? Apa?' Dia berpaling ke arahku. Mukanya cantik dan ayu. Serupa amoi cina. Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi dan aku pengsan di situ.

-----

Esoknya, aku tersedar dan membelek jam di tangan. Matahari menyinar, pukul 630. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. Aku segera bangun, lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya. Namun aku memilih untuk turun menggunakan tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit!

Mimpi semalam bermain-main di benakku. Mungkin si amoi cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut.

Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Aku ke surau untuk solat. Dalam pukul 8 malam, aku menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Palang yang menutup jalan tersebut aku langkah, dengan lampu torch light dari handphoneku, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku.

' Tolong saya..' Dia mendarat di atas tanah dan menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir.

' Awak.. tunggu sekejap. Saya lapor pada pak guard.' Kekonon aku bercakap dengan dia. Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku.

' Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!' Abang guard pun mula menghubungi beberapa rakannya. Mujur dia mempercayai aku. Kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng'iringi' kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana pak guard lain macam steady je. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.

Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan. Sebelum dikebumi, aku nampak amoi itu tersenyum padaku di sebelah tapak kuburannya dan melambai ke arahku sebelum hilang. Rupa-rupanya, seorang pelajar U ku telah dilaporkan hilang 2 tahun dahulu, namun apa-apa pun tentangnya tidak ditemui. Di paper, aku lihat mukanya sebijik macam si dia yang suka mengganggu aku itu. Polis mengesyaki dia dibunuh, betul la seperti yang aku mimpi.

Hidup aku mula tenang selepas itu. Namun, tak sampai seminggu, aku mula terdengar namaku diseru lagi. Hantu mana pulak ni??

Sabtu, 16 Mei 2009

bini aku tomboy ke? 12

' Besar ke, Zack? Rambut dia panjang tak? Mata dia merah tak??' Arin bertanya penuh semangat dengan keketaran yang nyata. Nafas mereka semput kerana berlari tadi.

' Kita dekat bilik siapa ni?' Zack bertanya selepas pintu ditutup rapat.

' Ni bilik tetamu. Zack, jawabla rupa dia macam mana? Muka dia hodoh tak??' Arin masih tidak berpuas hati. Dia menggoyang-goyangkan bahu Zack yang sedang duduk di atas sofa melepaskan lelah.

' Hodoh gila yang amat! Kau tak nampak ke tadi? Aku ingat kau nampak??'

' Dia pakai baju putih? Rambut mengerbang?? Apa lagi yang Zack nampak? Beritahu la Arin!'

' Ler, yang kau semangat-semangat tanya aku ni, kenapa? Kau nak tengok sangat kau pergi la tempat tadi, senang cerita! Pergi bukak tingkap tu, aku panas gila ni!' Zack berkata-kata kuat.

' Tak nak, Zack! Arin takut kalau-kalau dia terbang masuk ikut tingkap nanti!'

' Takpe, ni ada Ridsect! Senang je nak bunuh!' Zack mengambil Ridsect yang diletakkan di bawah meja solek di sudut bilik besar itu.

' Zack, mana boleh bunuh 'hantu' guna benda ni!' Arin memperlahan suaranya apabila menyebut perkataan hantu. Kemudian, dia menyambar botol Ridsect yang sedang digoncang-goncang oleh Zack.

' Arin. Kau ni demam ke? Bila masa nya pulak aku kata aku nampak hantu? Aku nampak lipas la! Lipas. Mata kau ni kalau dah rabun tu pergi buat spek, tau?'

' Lipas??'

' Yela, lipas! Habis yang kau lari terjerit-jerit dengan aku tadi tu kenapa?'

' La, Arin ingat Zack nampak 'benda' tu. Jom, kita pergi balik, kalau tak macam mana nak tidur malam ni?'

' Tak nak aku! Aku trauma dengan lipas kau tau? Dah la muka tak hensem macam lipas, ha dah memang dia lipas pun kan, hitam pulak tu! Aku paling anti dengan lipas yang berbelang-belang tu! Eee, ya Allah! Gelinya aku!'

' Zack, awak ni lelaki ke pondan? Ada ke dengan lipas pun nak takut? Takat lipas tu, patut pijak je dah penyek!'

' Hah, dah kau berani sangat, kau pergi la on semua. Aku tunggu sini.'

' Bak sini torchlight tu!' Arin menyambar torchlight di tangan Zack.

' Good luck to you, honey dew! Aku harap kau tak lah jumpa ehem-ehem kat bawah tu nanti!' Zack mengelipkan mata kanannya dan tersenyum. Arin pucat sebentar.

' Ahh! Saya bukan penakut macam awak!' Arin berkata sombong.

' Kalau kau jumpa something, jangan cari aku pulak nanti. Babai.'

Arin berjalan keluar. Zack menutup pintu dan ke tepi tingkap untuk membuka tingkap. Lampu di luar agak terang untuk menerangi sehingga ke dalam bilik itu. Zack menyelongkar laci. Eh, ada lilin! Wah! Romantik lah aku malam ni huhu. Dia pun menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan lighter yang diambil tadi.

' Ahh! Zack! Tak nak! Arin takut!' Tak sampai seminit Arin keluar, dia berlari masuk kembali ke bilik tetamu itu. Zack ketawa di dalam hati.

' Kenapa, Arin? Arin nampak apa tadi dekat luar? Ada luka kat mana-mana tak?' Zack membuat kecoh, padahal saja nak memerli Arin huhu.

' Takut! Arin dengar macam bunyi orang berjalan tadi!' Entah-entah bunyi tapak kaki sendiri. Arin sembunyi di dada Zack. Hai, apa-apa kes mesti nak memeluk-meluk aku jugak!

' Dah, ye, sayang. Jom kita tidur. Abang dah nyalakan lilin dah untuk kita. Romantik kan malam pertama kita, sayang?' Zack senyum lebar. Hua hua comelnya muka kau, Arin! Aku paling suka tengok muka pucat kau tu huhu, yang membawa maksud = lakonan aku menjadi!

' Apa ni, Zack??' Arin pantas menolak tubuh Zack.

' Sayang, kau dengarkanlah aku berkata-kata. Wajahmu ibarat sang bulan yang penuh dengan lobang dan kawah yang dalam, hidungmu yang mancung ibarat serombong kapal Titanic yang sudah tenggelam..'

' Diam lah, Zack!'

' Apa kau kata? Kau suruh aku diam?? Siapa bos sekarang? Siapa orang gaji sekarang? Beritahu aku??' Zack menyinga, berlakon lagi! Arin kembali ke alam nyata. Teringat adik-adik di kampung, dia terasa bersalah.

' Mintak maaf, tuan!'

' Dah la. Malas aku nak mengusik kau lagi. Aku nak tidur. Kau pergi ambik buku dalam laci tu, kipaskan aku sampai aku tidur! Nak usik sikit pun tak boleh. Tak sporting langsung.' Zack membebel seorang diri. Tapi aku kan 'lelaki' pada pandangan dia, macam mana dia nak sporting dengan aku kan, huhu. Akhirnya dia pun terlena dengan Arin yang mengipasnya di sisi.

' Uhh, pukul berapa ni? Kacau la nyamuk ni! Hish!' Zack yang terjaga tiba-tiba itu segera bangkit. Arin sudah terlena di sisinya, duduk atas lantai je dia mengipas aku tadi. Huhu kesian dia, tapi dah aku ni memang macam ni, tunggu umur 43 dulu kot baru hilang kenakalan aku yang dah lama bermaharajalela ni huhu.

' Arin, Arin.. Bangun la, tidur kat atas katil. Arin.' Zack menggoncang-goncang bahu Arin, namun gadis itu tidur tak ingat angkasa dah! Mungkin penat sangat kot kena buli dengan aku huhu.

Zack mendukung Arin dan dibaringkan di atas katil. Tak sampai hati pulak nak biar dia tidur atas lantai je. Kemudian, dia pun turun ke bawah, ke tempat kabel elektrik semalam dengan Ridsect dan torchlight di tangan. Aku tak takut gelap or hantu, aku cuma tersangatlah 'sayang'nya kepada binatang-binatang 'kesayangan' aku yang bermacam-macam jenis itu huhu.

' Haa, baru cerah sikit dunia aku ini.' Zack kembali ke atas selepas menutup kembali semua lampu yang terbuka sendiri kerana tidak ditutup semalamnya.

Selepas solat Isyak dan Subuh di bilik entah bilik siapa entah, yang pasti ada telekung dekat situ, Zack pun mengejutkan Arin.

' Wei, Rin. Bangun la. Dah nak cerah dah alam kurniaan Tuhan ni. Karang terlepas subuh kau.' Zack menepuk-nepuk pipi Arin. Ni sah tidur tak ingat dunia macam aku ni!

' Uhh, kambing mana mengembek pepagi ni? Kacau la orang nak tidur!' Arin bergerak-gerak sebentar dan berpaling ke arah lain. Hampeh punya makhluk! Dia panggil aku kambing? Yang mengembek pulak tu?? Hai, kau ni memang lah Arin. Aku baru ingat tak jadi nak cepuk kau tiap pagi, tapi nampak gayanya, memang jadi lah sebagai hadiah kau panggil aku kambing!

' Aduh! Sakit lah, mangkuk!' Arin bangkit secara automatik selepas kepalanya dicepuk Zack. Kelihatan Zack sedang merenungnya tajam, semacam perogol bersiri yang sedang diselubungi oleh kejahatan yang nyata huhu. Arin segera menekup mulutnya, baru sedar dia tersilap cakap, dia membetul-betulkan rambutnya dan segera bangun untuk melarikan dirinya.

' Woo, please wait for a minute, honey. Kau tau apa kesalahan kau pagi ni?' Arin menggeleng lembut, dengan muka memintak belas kasihan daripada 'perogol' bersiri itu. Tangannya dicengkam erat oleh Zack. Buatlah muka anak itik plastik kau tu, aku tak heran la!

' Saya.. saya.. Min.. mintak maaf. Saya tak sedar yang..'

' Ahh! No explaination! Kau nak aku buat apa untuk aku lepaskan kau ni?'

' Maafkan saya, boleh?' Muka Arin berseri-seri tiba-tiba.

' Dah lah. Pergi solat. Muka dengan air liur basinya, be faster, aku nak breakfast!'

' Baik, encik!' Arin berlari-lari keluar dari bilik tersebut. Aku tak bagi dia panggil tuan, dia panggil aku encik pulak dah! Hai la..

Tapi okay jugak apa. Huhu. Pertama kali aku dapat maid yang muda, tak macam makcik-makcik yang ada dekat rumah aku dekat Perak tu, aku nak buli pun payah! Memanglah nasib aku yang comel ini huhu. Zack turun ke taman menghirup udara pagi yang segar. Gila best rumah atas bukit! Pepagi mesti berkabus! Wuish, ya Allah! Cantik gila pemandangan! Eh, ada kolam ikan.

' Hai, ikan. Aku Zack, tuan kamu yang baru huhu. Lapar tak? Nah, aku bagi makan.' Zack mencapai bekas makanan yang diletak di situ, dan menuang makanan itu banyak-banyak ke dalam kolam.

Dia membelek-belek, jenama apa makanan ikan ni? Matanya membulat. Whiskas?? Muka kucing terang tang-tang terpampang di situ. Habislah mati ikan-ikan ni! Sedap pulak tu ikan-ikan tu semua menyambar-nyambar Whiskas yang dituang.

' Oh, tidak! Ikan koi mama! Ya Allah, kau janganlah matikan si ikan-ikan ni semua! Fuh, fuh, fuh!' Zack menadah tangan berdoa dan menghembus-hembus ke kiri kanannya, macam tok bomoh nak halau hantu pun ada!

' Encik!' Arin tiba-tiba menyergahnya dari belakang, cerianya muka!

' Oh, mak kau! Hish, kau ni. Apesal nya ni? Tepi sikit. Kau tolong bersihkan si kolam ni. Kotor lah aku tengok!' Padahal dia yang pergi tuang bukan main banyak Whiskas ke dalam kolam tu huhu.

' Siapa nak buat breakfast, encik?'

' Eh, kau ni, jangan nak berformaliti dengan aku boleh tak? Panggil jela aku Zack! Budak ini, aku cepuk karang! Aku buat breakfast! Pergi bersihkan cepat!' Kuasa veto di tangan aku sekarang hua hua!

' Yela!' Arin menjelir lidah ke arah Zack. Zack melangkah masuk ke dalam. Aku harap ikan-ikan tu makin buntal, bukan meninggal! Dah la mahal nak beli sekor pun, bukan 2, 3 ringgit, bukan macam ikan gapi yang aku selalu tangkap dalam parit depan rumah aku tu!

Zack mencapai tin sardin dan roti keping yang dibeli semalam. Selepas menyapu marjerin, dia menyapu sardin yang sudah dihancur-hancurkan ke atas rotinya. Em sedapnya sardin ni. SarDIN? Kenapa DIN di belakangnya hehe tetiba boleh pulak aku teringat dekat abang Din huhu. Apa dia buat ye sekarang? Jam di dinding tepat 715 pagi. Mesti dia tengah tidur ni kan? Aku nak pergi melawat dia lah kejap huhu. Sebabnya dia baik gila dengan aku! Gila jarang nak jumpa lelaki yang layan aku baik-baik macam dia, hihi.

' Eh, budak muka anak kucing!' Zack menjerit dari dalam, takde sahutan.

' Arin!'

' Yes, boss?' Tercangak muka Arin dengan rubber gloves yang menyarung tangannya.

' Mana buku resepi yang kau kata tu? Aku nak masak bubur!'

' Ada dalam laci tu, boss!' Ish, budak ni, memang tak faham bahasa betul. Lepas tuan, encik, lepas encik, bos pulak dia panggil aku. Lepas bos, apa lagi, cepukan aku la!

' Kejap, em, saya, nak tanya. Macam mana saya boleh ada atas katil pagi tadi?'

' Entah la, kau agak siapa yang nak angkat kau?' Muka Arin merah, dan dia terus berlalu.


Berdasarkan buku resepi tersebut, Zack mula memasak bubur jagung menggunakan jagung di dalam tin, khas untuk abang Din..? Eh? Apa kes aku nak masak untuk dia pulak? Ini untuk perut aku la. Sibuk apa pulak aku nak pergi masak untuk dia? Tanpa sedar, Zack termenung sebentar mengingati wajah abang Din..

Jumaat, 15 Mei 2009

Aku Kena FLU!

HUuhu.. Flu.. speaking sikit. Bukan piggy's flu (betul ke?) or bird's flu, tapi flu bese2 je. Aku rasa dah terjangkit dengan flu mak aku huhu. Pagi tadi aku bangun, betapa kecewa nya aku, aku makan lidah aku dah tak rasa pape, hidung aku yang kuat m'hidu pun dah xde sense! Uwaa, sob3.. Dah ler semalam & hari2 sebelumnya aku tak boleh tido. Ade pulak 2,3 'awex' dok mengganggu aku. Penat lor nak layan! Siang2 xnak datang time aku tak tido, mmalam baru nak datang, x ke sakit jiwa aku? Adei la. Rasa nak cepuk pun ade, tapi tiap kali nak cepuk mesti x kena. Dia pandai mengelak! Jadinya, aku cume tido lebih kurang 2 jam malam (tu pun kalau dapat tido), & siang aku akan bantai tido sampai tengah ari! hua hua! Tu la kerja aku semenjak aku habis exam.

Yela, masa exam pun aku tak dapat tido. Of coz lah disebabkan kemalasan aku, tak study awal2, esok exam, malam ni baru bukak buku, baru nak buat nota & hafal nota. Ni lah kerja budak 'terlebih' pandai macam aku huhu. Dah la ambik 7 subjek, memang aku cakap betul la, minggu study week pun aku boleh poya2 lg hehe. Entah la, tiap kali exam pun aku buat gini, tak tahu ler apa nak jadi. tapi exam kali ni memang sakit jiwa aku, semua subjek hard rock punyer, tapi aku pulak buat macam dia tu slow rock je huhu. Apa pun, aku tawakal jela, aku dah habis baik dah m'hafal & semua2 hehe doa pun penting ku5..

Lagi 1, sekarang ni lagi, aku tengah pening adakah aku akan dapat duduk kolej @ tak. Aku dah di kick keluar oleh kolej huhu biasalah budak 3K & 1R macam aku nih, siapa nak bagi aku duduk kolej kalau dah program kolej haram 1 pun aku tak ikut. Yang aku ingat, sekali je, masa pergi m'undi. Tu pun sebab dia kata ambil merit, so aku pun pergi lah m'undi w'pun aku tak minat politik huhu. Punya lah teruk budak macam aku ni! Korang yang membaca jangan meniru okay hehe.

Isnin lepas aku pergi balik ke U aku tu, pergi merayu dekat kolej lain. Mintak borang & isi. Nak pulak surat rayuan rasmi, pergi pulak aku cari CC. Alhamdulillah ada yang bukak time2 cuti nih. Aku pun m'bantai ayat dengan bestfriend aku, mujur dia ada temankan, tak la kelibut sangat jadinya huhu. Tapi aku tersilap ler, dekat dalam surat kata ada masalah p'angkutan kalau duduk luar, tapi dalam borang ada pulak aku kata aku ada kereta! Tak ke bertentangan giler namanya tuh?? Tapi aku nih budak tak pandai menipu, tu sebab la aku tetap kata aku ada kereta hehe. So aku apa lagi, tawakal jela. Mana tau disebabkan kejujuran aku (pooyo pulak), aku dapat duduk kolej hehe. Yela, jujur kan sifat yang baik hehe. Sebenarnya silap dekat surat tu, buat last minute punya pasal, masa tu dah 4 lebih, 530 pejabat tutup, so kekabut la jadinya hehe. Jadinya, cop lah aku sebagai budak buat kerja last minute! Huhu tapi jangan tiru. Bahaya.

Okay lah, habis dah aku mengarut, pape pun korang doakan aku dapat stay kolej & dapat pointer bagus huhu! Aku tak nak dok luar coz serabut jalan sesak. Thanks to all yang m'baca huhu sayang kamu semua! Have a nice day! Keep smiling! ;) Salam..

Rabu, 13 Mei 2009

bini aku tomboy ke?11

' Saya Arin, orang gaji dekat sini.' Kata Cik Kitten dalam nada yang perlahan dan bergetar kerana disergah oleh Zack tadi.

' Ohh, I see.' Zack menjawab endah tak endah.

' Jom, Mak Timah. Pak Ali mana? Dia nak ikut balik sekali tak, Mak Timah?' Papa bertanya tentang suami Mak Timah yang bekerja sebagai gardener di rumah itu.

' Oh, tadi ada je. Bang Ali! Oh, Bang! Bersiap kalah perempuan lamanya!' Mak Timah membebel sambil berjalan naik ke atas.

' Sekejap ya, Mat, Mas. Mak Timah panggil Pak Ali nya sekejap.' Mak Timah berbasa-basi.

' Eh, kau! Pergi ambilkan aku air! Haus nak mati aku ni, daripada kau duduk tercongok je dekat situ!' Muka Arin pucat kerana dijerkah kuat oleh Zack.

' Zack! Apa ni? Cuba cakap baik-baik sikit dengan si Arin tu. Kesian dia.' Mama menegur Zack. Arin tunduk lalu berjalan cepat-cepat ke dapur. Terkejut. Macam tersambar kilat.

' Ala, takpe mama. Kalau manjakan sangat, nanti jadi degil, macam Zack ni ha.' Zack membalas sambil duduk meletakkan kaki di atas meja kopi di ruang tamu. Tangannya mencapai remote TV dan menekan butang 'on'. Cartoon Network menyiarkan rancangan Tom & Jerry.

' Mama, sinilah tengok sekali. Eh, kenapa kau ni muka macam Tom ni je? Kau sepupu dia, eh?' Zack mengusik Arin selepas gadis itu datang dengan segelas air oren.

' Apesal kau diam? Letak dekat situ.' Zack tak puas hati apabila Arin tidak memberi respons langsung kepada usikannya itu.

' Takde apa-apa, tuan.' Hua hua! Dia panggil aku tuan! Seorang lagi terpedaya!

' Ish! Kamu ni, Zack, siapa ajar cakap kurang ajar macam tu??' Papa bersuara selepas habis bersembang dengan mama.

' Dah la ye, Arin. Budak ni memang macam ni, pening sikit. Jangan ambil hati, okay?' Mama menyampuk. Zack tersenyum lebar. Memang aku pening, disebabkan oleh itu, aku akan buat kau pening sekali, hua hua! Buat muka innocent pulak! Tau la comel!

' Zack, nah. Ni credit card, kad bank. Guna kad bank ni dulu beli barang harian, nanti pergi buat kad baru. Password nya sama dengan kad bank sebelum ni. Mama dah tukarkan.' Mama memberi sekeping kad kredit dan kad bank kepada Zack.

' Yeke, mama? Wah, ni yang sayang mama lebih ni! Thank you, mama! Muahh!' Zack mencium pipi mamanya memeluk mamanya erat.

Arin berdiri tegak sahaja tanpa bergerak. Hanya matanya terkelip-kelip memandang Zack dan keluarganya. Manja betul, and menyampah gila dengan perangai dia! Hee, macam bagus sangat!

' Apa kau tenung-tenung? Tak pernah tengok makhluk secomel aku ke, hah?' Sekali lagi kena.

' Zack..' Mama merenung dalam.

' Jangan buli si Arin ni, kalau tak nanti mama kurangkan income bulanan kamu.'

' Hah? Mama suka lebihkan anak orang lain, anak sendiri mama biarkan. Bak kata pepatah, anak monyet disusukan, di dalam hutan, anak sendiri biar mati lapar..'

' Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, baru betul, tuan.' Arin menyampuk.

' Betul betul betul!' Zack mengiyakan kata-kata Arin tanpa sedar yang Arin yang membetulkan pepatahnya tadi.

' Hep, diamlah kau, budak kecik jangan menyampuk!' Zack berpura-pura marah.

' Zack! Jangan sampai mama buat betul betul.'

' Yelah.' Zack menjelir lidah ke arah Arin. Sibok je kau ni!

' Bila Mak Timah nak balik sini balik?' Arin bertanya selepas Mak Timah turun bersama suaminya dan 2 buah beg besar tenuk.

' Tak tahu lagi, Arin. Mak Timah kesian kan adik dekat kampung tu. Takde siapa yang boleh tengokkan dia. Kalau jadi apa-apa, susah.' Mak Timah membalas sambil merenung lembut ke arah Arin.

' Sunyi lah saya nanti, Mak Timah.'

' Sunyi? Tak mungkin lah, Arin. Ni si budak ni, kalau ada dia, selagi tak meletup rumah ni, tu bukan dia la tu, Arin.' Mak Timah gelak kuat.

' Betul tu, Mak Timah. Arin, kau percaya je la, sebabnya aku akan letupkan rumah ni, dengan kau kau sekali aku letupkan nanti hua hua!' Zack menambah.

' Zack, jaga si Arin ni. Arin, jangan takut, okay? Zack ni bukan budak jahat, dia nakal je. Dah tua tua pun tak habis lagi nakalnya.' Mama berkata selepas Arin menyalaminya.

' Apa tua nya, mama? Baru 23 tahun je tahun ni. Bak kata Rosnah Mat Aris, apalah ada pada bilangan, kan mama? Muahh, sayang mama! Mama jaga diri tau? Papa, Mak Timah, Pak Ali.' Zack memesan kepada semua dan mencium pipi mamanya itu selepas mamanya masuk ke dalam kereta.

' Jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap. Pokok-pokok jangan lupa siram!'

' Tu semua kerja kau, Arin!' Zack berkata perlahan sambil tersenyum dan mem'babai' ke arah kereta papanya yang makin menjauh dari pandangan.

' Apa kau tengok? Takut dengan aku yang hensem ni? Kenapa ye, mama sanggup tinggalkan anak dara orang dengan aku? Kau tak hairan ke, Arin?' Kata Zack sambil merenung ke arah Arin, mukanya dah pucat membayangkan dia hanya berdua dengan seorang 'lelaki' di rumah itu.

' Hua hua!' Zack ketawa kuat selepas Arin berjalan laju menuju ke pintu depan rumah tanpa menjawab soalannya tadi.

Zack pun masuk dan ke dapur. Arin dilihat sedang merapat dan mengunci tingkap yang tidak rapat tadinya.

' Wei, Arin. Kau makan apa dengan Mak Timah and Pak Ali ni? Kenapa kosong takde apa-apa pun dalam peti? Aku nak susu fresh, tak kira, kalau kau tak dapatkan untuk aku malam ni, aku terpaksa la dapatkan daripada kau.' Zack berkata selamba. Dada Arin berombak kuat. Habis lah aku kalau dia rogol aku!

' Saya tak reti drive kereta, tuan.'

' Siapa suruh kau drive? Tak kisah lah kau nak dapatkan macam mana pun. Yang penting, aku nak kau ada kan susu fresh depan aku kejap lagi.'

' Baik, tuan!'

' Oh, sekejap. Bagi aku pen dan kertas.'

' Buat apa, tuan?'

' Ambilkan je la. Kau ni, banyak soal pulak. Kau nak aku cepuk kau ke? Aku kira sampai tiga. Kalau tak sampai, aku suruh kau tidur dekat luar malam ni!'

' Ye, tuan.' Arin berlari-lari dan hilang di balik dinding. Zack senyum lebar. Wah! Bahagianya aku! Ada budak baik yang boleh aku buli tiap hari, huhu.

' Ni, pen nya, tuan.'

' Duduk. Tak payah bertuan puan dengan aku. Panggil je aku Zack. Duduk!'

' Ye, tuan.. Zack. Maaf.' Huhu, bermaaf-maafan pulak dengan aku. Hai, kau silap rumah lah, Arin. Takut pulak tu dengan aku, hua hua!

' Esok kau nak masak apa? Aku nak 3 hidangan lauk, 2 hidangan tumbuh-tumbuhan. Air asam jangan lupa. Tulis dekat kertas ni, apa yang perlu untuk dibeli.'

' Saya nak tanya sikit boleh, Z.. Zack?' Ketar-ketar Arin berkata.

' Tumbuh-tumbuhan tu apa?'

' Subhanallah! Kau ni belajar sampai sekolah apa ni? Tumbuhan pun kau tak tahu? Tumbuh-tumbuhan itu nama lain bagi sayur. Tapi, tak semestinya semua tumbuh-tumbuhan tu sayur, dan lagi, sayur memang gerenti dari tumbuh-tumbuhan. Ada faham?'

' La, sayur rupanya.'

' Kau ni, lambat pick up betul la. Dah habis tulis?'

' Sekejap, saya kena buka buku resepi dulu, Zack. Baru boleh tulis apa yang perlu.'

' Habis, kau buat apa je dekat rumah ni? Masak pun tak reti?'

' Saya tak masak, saya mengemas rumah je, tuan.. Zack.' Perkataan 'tuan' gerenti terkeluar kalau Zack mula menyoalnya seperti memarahinya.

' Sini la aku tuliskan! Kau ni, masak pun failed! Umur kau berapa?' Zack mengambil pen dan kertas dari sisi Arin, kasar.

' 20, tahun depan.'

' Yang kau cerdik pergi beritahu tahun depan punya buat apa? Aku tanya jawab je la 19. Ish, kau ni, apa kena dengan kepala otak kau tu?'

' Kena sambar petir.' Arin menjawab perlahan. Ler, patut bengong semacam. Rupanya kena panah petir! Aduh. Nasib hidup lagi.

' Kau pergi call kedai runcit, suruh dia hantar semua barang-barang yang aku tulis ni, malam ni jugak!'

' Baik tuan.'

' Tuan, tuan! Aku hantar kau pergi Tanjung Tuan, kau nak??'

' T.. Tak nak, tuan..'

' Hai, kau ni. Sekali lagi aku dengar kau sebut tuan, aku cepuk kau tiap pagi selama seminggu! Ada dengar??'

‘ Ya, dengar.’


‘ Dengar je, paham ke tak??’


‘ Faham, tuan!’ Yes! Akhirnya mangsa cepukan aku sudah muncul. Hua hua! Baru jerit sikit, dah kecut perut.


‘ Okay, kau tunggu lah cepukan aku start esok sampai minggu depan. Faham? Sekali kau sebut tuan, seminggu kau kena cepuk. 2 kali, 2 minggu dan seterusnya. So, be aware about it.’



‘ Ya, Z.. Zack.’ Mata Arin terkelip-kelip memandang Zack, air matanya kelihatan bertakung di tubir mata. Ala, kesiannya. Huhu, sebijik macam anak kucing. Jahat sangat ke aku ni??


‘ Dah, tak payah meleleh-leleh pulak. Jom, aku teman kau call kan pakcik kedai. Cepat la. Nanti tutup kedai tu, kau nak aku mati kering dekat sini?’


‘ Tak nak.’ Padahal dalam hati, orang pertama yang aku nak bunuh ialah kau, Zack!



‘ Helo. Saya Arin, pekerja dekat rumah Dato’ Muhammad. Saya nak pesan barang-barang ni dan minta encik hantarkan. Boleh?’


‘ Kalau tak boleh, kata aku bagi tips, 50 nanti.’ Zack menyampuk.


‘ Kalau tak boleh, nanti saya bagi tips 50 ringgit.’ Arin menyebut di talian.


‘ Macam mana? Okay?’ Zack bertanya selepas Arin meletak telefon.


‘ Okay! Sekejap lagi dia hantar.’ Arin bersuara ceria.


‘ Sini, duduk sebelah aku. Kau ni kenapa bengong sangat? Aku tak kata pun nak bagi tips 50 ringgit, aku kata 50 je. And maksud aku, 50 tu 50 sen. Habis, siapa nak bayar sampai 50 ringgit tu, Arin?’


‘ Hah?? 50.. sen?’ Arin pucat, matanya kembali berair. Merah je pipi.


‘ Sekejap lagi kau pepandai la uruskan sendiri dengan pakcik kedai tu, aku tak tau.’ Zack berkata dengan selamba kemudian kembali menonton rancangan TV. Air mata Arin setitik demi setitik turun membasahi t-shirt peach yang dipakainya. Zack perasan, namun dia buat tak tahu je. Yela, bukan salah aku pun, dia yang memandai sendiri. Arin berlari ke dapur dan tidak kembali ke ruang tamu lagi dah kemudiannya.


Ding dong.. Kedengaran loceng pintu pagar utama ditekan.


‘ Arin! Bukakan pintu ni! Pakcik tu dah datang!’ Zack menjerit kuat. Padahal dia dekat je dengan pintu. Pemalas betul si Zack ni! Aku kalau dah start membuli orang, aku akan buli habis-habisan! Tak kira la dia lelaki ke perempuan ke apa ke hua hua.


‘ Zack.. bayarannya macam mana?’ Arin bertanya perlahan selepas pakcik kedai itu sampai ke hadapan muka pintu rumah.


‘ Bayar? Berapa semua?’ Zack bangun mendekati Arin.


‘ RM139.40.’ Pakcik kedai itu menyebut sambil melihat kepada bil yang telah ditulis.


‘ Okay, masukkan dalam buku dulu, esok saya bayar, okay, bang? Sekali dengan tips. Okay, thanks!’ Zack menyambut beg plastik besar, sekali 5 beg. Dah macam shopping dekat Mydin dah gayanya ni huhu.


‘ Macam mana dengan tips 50 ringgit tu?’


‘ Pepandai kau lah, tanya aku pulak?’


‘ Tapi Arin memang takde duit banyak tu. Lagipun, adik-adik dekat kampung ramai lagi yang tengah sekolah.’ Arin membuat muka kesian semacam anak kucing lapar.


‘ Kau tidur dengan aku dulu, baru aku bayarkan untuk kau.’ Zack merapatkan tubuhnya kepada Arin, muka tak boleh blah betul minah ni, dengan hidung merahnya. Huhu, muka pucat tu yang aku tak tahan tu! Hua hua!


‘ Awak memang jahat! Tak berhati perut! Saya sanggup bayar daripada jual maruah saya pada awak!’ Arin menolak tubuh Zack dan berlari naik ke biliknya, menghempas pintu sekuat hati.


‘ Arin, Arin. Suka salah faham sendiri.’ Zack gelak dan menggeleng kepala seorang diri. Dia kembali menonton rancangan TV di ruang tamu. Sambil-sambil itu, dia memandang keliling. Besar jugak rumah ni, tapi esok jela aku jelajah.


Sedang sedap Zack menonton, secara tiba-tiba..


‘ Mak ai! Anak tikus mana pulak yang gigit plak elektrik ni? Gelap la aku, mangkuk betul la!’ Satu rumah black out. Dalam teraba-raba, dia teringat akan lighter di meja kopi di situ, lantas mencuba untuk mencapainya.


‘ Zack..! Zack..!’ Terdengar suara anak kucing a.k.a. Arin memanggilnya dari atas. Tahu pulak nak mencari aku. Kelihatan lampu torchlight berlari-lari ke sana sini di tangga. Mesti dia tengah turun ni hehe.


‘ Huargh!’ Zack menyergah Arin dari belakang selepas Arin sampai ke bawah.


‘ Ahh! Ya Allah! Mak datuk aku, gugur jantung!’ Torchlightnya jatuh ke lantai, lalu dikutip oleh Zack.


‘ Aku lah penunggu di sini, hua hua hua!’ Zack menyuluhkan torchlight tersebut ke mukanya sambil mengusik Arin dengan suara garau.


‘ Zack! Zack! Tolong! Ya Allah! Qul ..a’uzu..birabbin..nas.. Mali..kin nas..’ Terketar-ketar suara Arin membaca surah an-Nas, surah itu sahaja yang terlintas di kepalanya ketika itu. Matanya ditutup rapat. Hanya mulutnya terkumat-kamit di atas lantai sejuk itu.


‘ Heh, bangun! Ni aku la, Zack. Boleh percaya kata aku yang hensem ni penunggu dekat sini? Hai, Arin, Arin.’


‘ Zack ke? Zack! Arin takut gelap! Mak Timah kata dia pernah jumpa ‘benda’ dekat sini!’ Arin tiba-tiba memeluk Zack. Hai, tadi bukan main lah dia, ni bukan main pulak memeluk-meluk aku ni!


‘ Yeke? Arin dah solat ke belum? Bacalah surah apa-apa buat pendinding. Tarik nafas dalam-dalam dulu, relax, okay? Arin tau tak dekat mana kabel elektrik?’ Zack tidak lagi memanggil Arin dengan perkataan ‘kau’. Buat masa sekarang, sesi membuli ditangguh buat sementara waktu huhu.


‘ Kabel elektrik? Apa benda tu?’


‘ Mak ai. Payah la nak cari dalam satu rumah ni kalau macam tu.’ Zack menepuk dahi.


‘ Arin pernah nampak tak, benda macam kotak besar, dekat dinding, selalunya warna kelabu. Dalam dia ada macam wayar-wayar..’ Zack mengeluh. Dalam kesamaran lampu torchlight, tengok muka Arin yang macam cicak berak kapur tu dia dah tau dah, mesti budak ni tak pernah tengok atau pun terjumpa benda tu.


‘ Em, jom. Kita cari.’ Arin memegang kemas tangan Zack, terasa tangannya begitu sejuk, kekuatan genggaman dia tu boleh lebam tangan aku ni nanti!


Setelah puas berpusing-pusing di dalam rumah itu, akhirnya mereka pun menjumpai kabel elektrik itu.


‘ Yah! Jumpa jugak akhirnya! Alhamdulillah!’ Zack menjerit kuat. Namun..


‘ Arin, nampak tak apa yang Zack nampak?’ Zack bersuara perlahan, ketar sikit. Matanya masih tidak beralih pandang dari tempat yang disuluh itu.


‘ Apa?’


‘ Lari, Arin! Dia terbang!’ Zack berlari sekuat hati sambil memegang tangan Arin yang terjerit-jerit kuat itu.


Ahad, 10 Mei 2009

Koleksi Kekiten versi Menung Ingat Makwe huhu..

Muke tak boleh blah huhu..

Kuhadiahkan dikau rosa pinky.. Nak?

Sedapnya main kapak2 (peluk2) huhu..
Lena tidoq na..

Mana dia?

Mukaku macam musang.. Musang kiut huhu

Dah lama tak trim bebulu ku..








Ngantuk ye? Comelnye..

Sabtu, 9 Mei 2009

bini aku tomboy ke? 10

' Kerana Sofi akan menjadi manager bagi Rill's Collections yang akan dirasmikan pada bulan depan! Come, dear! Here beside me!' Papa Zack tersenyum macho di atas pentas sambil matanya mengarah kepada Zack.

Hadirin semua bertepuk tangan. Spot light menyuluh ke arah Zack yang dah aware awal-awal. Mulutnya dah tak comot macam dalam mimpi tadi. Alhamdulillah! Tak bertunang! Mama ni saja je nak buat aku suspense tahap awan! Rupanya nak aku jadi manager je pun. Manager??!

' Selamat malam kepada semua. Thanks to mama, papa sebab nak jugak bagi kerja pada anakmu yang comel ini..' Zack berkata selamba di atas pentas. Depan orang ramai pun sempat nak mengarut lagi. Semua hadirin tersenyum.

' Saya langsung tak tahu menahu tentang.. Apa dia namanya, papa?'

' Rill's Collections.' Papanya tenang menyebut di sebelahnya.

' Haa, Rill's Collections tu, hari ni baru terdengar nama tu, dan apa pun, I'll try my best to do my best! Em, that's all. Nak baca kertas pun kertas takde, so tak boleh nak bebel panjang-panjang. Pada semua, selamat menjamu selera! Terima kasih.' Tu jela yang dia tau, makan. Kemudian, dia pun menapak perlahan turun ke tempat duduknya tadi. Mama sengih-sengih nampak gigi.

' Kenapa mama senyum-senyum?'

' Takde apa-apa. Anak mama cute sangat malam ni.'

' Yela tu, ma. Zack nak makan lagi. Nak tapau bawak naik atas, mama nak sekali tak?'

' Zack, tak payah la tapau-tapau. Nanti dekat rumah banyak makanan lagi.'

' Rumah? Zack tak nak ikut balik Perak lagi. Nak duduk sini, tak kira ma, tak kira jugak!' Zack menghentak-hentak kuat kakinya sambil membuat muka tenuk hidung panjang.

' Bukan, rumah kita dekat sini la, sayang.'

' Eh? Tahun bila kita ada rumah dekat sini, mama? Kenapa Zack tak tau pun?'

' Ada je. Papa beli tahun lepas.'

' Yeke, mama? Yea, yea! Tak payah balik Perak!'

' Zack! Jom kejap. Awek aku merajuk la..' Azim tiba-tiba mencuit bahu Zack dari belakang. Zack yang sedang happy-happy itu pun berpaling.

' La, apa kes pulak nya dengan si awek kau tu? Ada pulak kena mengena dengan aku?'

' Auntie sihat?'

' Alhamdulillah, sihat. Lama tak datang rumah, Azim?'

' InsyaAllah. Ada chance balik Perak, saya lawat rumah auntie.'

' Woi, cepat la. Apesal nya kau suruh aku dok tercongok kat sini? Aku tak habis nak isi perut aku lagi la, mangkuk! Jangan la buang masa aku! Masa makan itu emas!' Zack bising selepas dilihat Azim sedap dok sibok beramah mesra dengan mamanya pulak, membiarkan dia berdiri tercongok-congok di situ.

' Yela, yela. Kejap la. Auntie, saya ada hal sikit nak cakap dengan Zack. Nanti ada masa insyaAllah saya datang rumah auntie.'

' Okay, Azim.' Azim senyum sikit dan berlalu dengan Zack di belakangnya.

' Mana awek kau tu? Apa dah jadi dengan dia?'

' Mana aku tau. Tiba-tiba nak merajuk dengan aku. Kata aku bercinta dengan kau!'

' Wahahaha! Aku yang comel ni bercinta dengan kau yang macam kumbang terkena sopak ni?? Adei la. Awek kau ni pun satu hal. Takkan la taste aku teruk sangat kot, huhu. Tak tahan, tak tahan..' Zack gelak kuat sambil kepalanya tergeleng-geleng.

' Woi! Kau jangan nak mengutuk aku pulak. Baik kau tolong aku sekarang. Kau la punya pasal tadi, aku pulak yang kena tanggung!'

' Yela, aku tolong la ni. Mana dia? Kenapa dia tak bersilau macam kau, Zim?'

' Tadi ada je dekat sini. Siapa yang nak culik dia pulak?' Zack dan Azim tercari-cari di manakah Amy berada.

‘ Hah! Aku dah nampak! Tu dia, dia dengan laki baru la, mangkuk! Cuba kau tengok, amboi mesra-mesraan macam tahun lepas kenalnya!’ Zack menunjuk ke arah Amy yang sedang galak bersembang dengan seorang lelaki. Mereka berdua terjenguk-jenguk dari belakang tiang besar di situ. Lagak macam pencuri tak bertopeng pun ada!

‘ Mak ai! Habis lah kawan aku ni. Awek sudah dikebas oleh pak misai tua huahua!’ Zack berkata sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Azim.

‘ Wei! Kau la punya pasal ni! Tengok, tak pasal-pasal dia jumpa dengan laki mana entah!’

‘ Eh, kau jangan nak salahkan aku la, Zim! Kalau kau tak pandai jaga dia, salah kau lah, apa kena mengena dengan aku ni pulak?’

‘ Kau yang buat dia merajuk dengan aku tadi!’

‘ Yela, mangkuk! Salah aku! Jom ikut aku! Tengok, ‘jejaka’ macho memujuk macam mana.’ Tak ingat diri sendiri pakai dress. Boleh nak perasan jadi jejaka lagi. Selepas me’merasan’kan dirinya, Zack menapak ke arah Amy. Si Azim di sebelahnya tertunduk-tunduk macam baru lepas curi anak ayam! Tadi dah berperang mulut sakan dengan Amy, sampailah terpaksa mencari si Zack pulak.

‘ Excuse me, please. Just for a second, mister.’

‘ It’s okay. Take your time.’ Lelaki yang galak bersembang dengan Amy tadi tersenyum ramah selepas Zack meminta untuk bercakap dengan Amy sekejap.

‘ Amy, right?’ Zack berbisik perlahan sambil menyalami Amy. Mukanya dirapatkan ke arah Amy. Eh, mangkuk ni! Aku suruh dia pujuk, bukan suruh mengorat awek aku! Azim menyumpah dalam hati.

‘ Amy. Ingat saya lagi? Zack?’

‘ Emm?’ Amy berkerut memandang Zack. Rasanya dia yang tarik tangan pakwe aku tadi!

‘ Ala, budak tomboy dekat kedai makan hari tu la, Amy!’ Azim menyampuk tiba-tiba. Amy menjeling tajam. Sibok je! Dah la main kayu lapan dengan aku!

‘ That’s right! Remember? Tadi tu saya ada hal sikit nak kena cakap dengan dia. Tapi tak bermaksud saya ni bercinta dengan dia, honey.’ Mak ai. Siap panggil awek aku honey lagi! Ini dah lebih! Azim panas.

‘ Okay, I percaya. Tapi, you memang cute la.’ Amy mencubit lembut pipi Zack. Amboi! Dua dua dah menggatal! Tak boleh jadi ni!

‘ Is it? Hehe thanks. So, best tak datang sini? Azim albino selalu bawak Amy datang majlis macam ni, ye?’

‘ Ehem, ehem, ehem!’ Azim berdehem kuat sampai nak terkeluar anak tekak.

‘ Huish! Giler banyak kahak kau, Zim??’ Zack memerli Azim. Mesti jeles ni aku usik awek dia huhu. Tapi aku tak berniat pun nak mengorat, biasa la ni, mulut kena manis, impression muka and body languange kena semangat, baru orang suka and rasa dihargai huhu. Yeke? Entah, nenek aku yang cakap hehe.

‘ Dah ye, Amy. Jangan gaduh lagi dengan budak ni. Kitorang takde pape pun. Just kawan je. Lagipun, better saya mengorat Amy, daripada mengorat Azim sepupu si cekadak kering ni.’ Muka Azim merah. Amy cuma senyum kucing malu. Pulak.

‘ Woo sedap betul kau cakap, Zack? Amy’s mine, okay?’ Kata Azim sambil memeluk bahu Amy dan membuat muka sombong, macho la tu kononnya.

‘ Okay, got it. Aku blah dulu, Zim. Pepandai la kau. Aku dah demo tadi huhu. Okay, Amy! Jumpa lagi!’ Zack senyum kambing tak mandi lepas tu mem’babai’ ke arah mereka berdua.

‘ Thank you bebanyak untuk kau!’ Hish, budak ni! Bukan nak tolong baiki, makin merosak ada! Azim bising di dalam hati.

‘ Makin cute la dia, baby! Sukanya tengok!’

‘ Ehem! Dah habis merajuk? Tadi tu siapa?’ Tak habis-habis nak memuji si Zack tu! Kalau lelaki takpe lagi, masalahnya si Zack tu perempuan! Aku yang dah cukup hensem ni, tak nak pulak dipujinya!

‘ Siapa apa? Oh, yang tadi tu? Entah, tak tau. Cutie sembang je dengan dia tadi. Tak kenal pun.’

Zack menapak ke arah mamanya yang tiba-tiba menggamit-gamit ke arahnya. Sempat dia mengambil 2 biji bebola lalu disumbat ke dalam mulutnya, penuh. Pipinya membulat macam pakcik sumo Jepun. Em, bestnya kalau tiap hari makan sedap macam ni huhu.

‘ Em, kenapa mama?’

‘ Jom. Papa dah nak balik katanya.’

‘ Kenapa mama tak beritahu awal-awal kata kita ada rumah dekat sini? Tak payah Zack susah-susah..’

‘ Tula, mama dah kata hari tu, tunggu datang KL dengan mama, tapi Zack degil, hah, padanlah dengan muka.’

‘ Ala, mama ni. Suka berleter.’

‘ Jom! Dah lewat ni.’ Selepas papa mengucapkan terima kasih kepada para tetamu, dia pun menuju ke arah 2 beranak yang sedang sibok menyembang entah apa kebenda nya itu. Yang sorang makan banyak. Yang sorang lagi, yang tua sikit tu, makan pun tak nak. Alih-alih nak makan tumbuh-tumbuhan je, diet lah kononnya. Herbalife, pagi petang, siang malam. Produk Herbalife je dah penuh satu kabinet dapur dekat rumah! Nasib makin cantik jugak hehe.

Mereka naik mengemas beg dan Zack menukar bajunya kembali. Lelah aku nak pakai baju nampak 2 bukit ni!

Di dalam kereta..

‘ Papa and mama balik Perak malam ni. Sebabnya Mak Timah nak ikut balik sekali. Kata adiknya sakit dekat kampung.’ Suara papa tinggi berkata-kata bagi melawan kebingitan bunyi radio.

‘ Mak Timah? Yang jaga Zack masa dengan arwah nenek dulu tu??’ Wuish! Seram, seram tahap gaban! Kenapa? Sebabnya dia kalau dengan arwah nenek, menjadilah dia seperti pasangan Bawang Merah dengan mamanya di dalam Sinetron Indonesia itu. Tapi, tak lah sekejam itu aku rasa huhu.

Dahulu kalanya, nenek aku yang asalnya duduk di KL pindah ke Perak, sebabnya nak duduk dengan cucu, main-main dengan cucunya yang seorang ini iaitu aku la hehe. Tapi nya, memang ‘main-main’ gila dia dengan aku huhu. Nenek aku ni memang lah moden orangnya. Tapi ada satu benda yang tak moden iaitu KUAT MELATAH!

‘ Sofi! Cepat turun! Budak perempuan mana boleh main panjat-panjat pokok! Hish! Budak ni! Aku kata turun, turun lah!’ Neneknya yang bernama dengan nama Katijah itu memekik dari bawah. Cantik kan nama. Tapi aku tak panggil dia Cathy macam selalu kekawan dia panggil. Aku panggil dia Nenek Kati = timbangan kati yang masa zaman-zaman dulu orang guna tu huhu.

‘ Nenek jangan duduk dekat. Nanti Sofi turun lah, nek! Baik nenek pergi main jauh-jauh, nanti kalau buah kelapa ni jatuh atas kepala nenek, arwah nenek nanti!’

‘ Hish, budak ni! Tak sah kalau tak nak kena sekeh dengan aku! Turun sekarang aku kata!’

‘ Kenapa ni, cik puan Cathy?’ Datang dah askar sepasukan yakni askar bersuara kuat kalah petir!

‘ Ni ha, budak ni. Saya suruh turun tapi tak nak jugak turun-turunnya!’ Nenek bersuara bengang kepada Mak Timah a.k.a. ‘musuh’ semulajadi aku huhu. Bukan musuh apa pun, sebabnya aku menggelar dia sebegitu kerana dia suka bersepakat dengan nenek dalam ‘menggulingkan’ aku bila aku nak buat projek budak nakal sikit huhu.

‘ Nenek! Lari cepat! Buah!’

‘ Allahuakbar!' Buah kelapa tua tiba-tiba gugur dan menimpa kepala Mak Timah, maka pengsan lah orang tua itu.

' Nenek!' Zack menjerit kuat.

GEDEBUK!

' Subhanallah jatuh anak patah pinggang nenek tua!' Nenek Zack melatah panjang sebelum pengsan bersama rakan seperjuangannya tadi.

' Sofi, buat apa kamu pergi terjun atas nenek?? Tengok dah jadi apa dekat nenek ni? Mak.. Mak.' Mama Zack cuba mengejutkan maknya yang sudah pengsan selepas ditimpa buah kelapa sebesar gajah a.k.a. cucunya sendiri.

' Mana Sofi tahu. Sofi dah beritahu awal-awal dekat nenek Timbang Kati jangan duduk dekat-dekat..'

' Berapa kali mama beritahu jangan panggil nenek Timbang Kati? Hish, budak ni! Geram betul aku!' Telinga kanan Zack dipulas sekuat hati sampai puas. Geram tahap singa betina dah dia dengan kerenah si Zack itu.

' Aduh, sakit mama! Sofi nak selamatkan buah daripada jatuh, sebab tu Sofi jadi Superman, mama. Mana tahu, tertimpa nenek 5 Kati.'

' Apa? Nenek 5 kati??'

' Mama kata jangan panggil nenek Timbang Kati..?'

' Budak ni!' Mama mengejar Zack satu round sampai penat, akhirnya terduduk kembali di sisi nenek anaknya itu dan Mak Timah yang benjol di kepala. Mak Timah pun masih tidak sedarkan diri. Selepas beberapa jam kemudian, barulah kedua-duanya pun sedar. Itu masa umur Zack 10 tahun. Lain pulak masa 5 tahun kemudiannya..

' Selamat Hari Raya nek. Mintak maaf zahir dan batin, ampunkanlah cucumu yang comel ini. Tambahkanlah duit rayanya seiring pertambahan usianya, ya nek?'

' Banyaklah duit raya kamu. Solat sunat pun tak pergi. Mana tudung dengan baju kurung? Mana ada budak perempuan pakai baju Melayu??' Kena sekeh sekali.

' Ala, nek ni. Relax la, perempuan zaman moden memang macam ni gayanya. Trendy stylo.'

' Hish, Mas! Tengok anak kamu ni! Tak reti budaya Timur langsung!'

' Cucu nenek jugak! Muahh! Babai nenek! Nak pergi beraya ni!' Zack mencium pipi neneknya dan terus berlari keluar. Malamnya..

' Woi! Jom! Aku nak balas dendam dekat Mak Timah! Korang temankan aku, jom!'

' Set!'

' Kau serang sana, aku serang sini!' Zack dengan beberapa kawan-kawan lelakinya termasuk Azim mula mengelilingi rumah Zack.

' Ready, go! Lari!' 2 biji mercun bola dicucuh dan dilempar ke sisi rumah Zack.

KABOOM!

' Subhanallah, mak pocot aku terbang nyawa separuh!' Dari luar kedengaran jelas suara nenek melatah lagi dengan suara Mak Timah yang mengucap panjang.

' Woi! Lari, beb!' Zack yang sedang ketawa menekan perut di halaman rumah mengarah rakan-rakannya melarikan diri apabila Mak Timah membuka pintu dengan parang kontot di tangan.

' Zack! Berangan apa tu? Kita dah sampai ni. Jom turun.'

' Ye, ma.'

' Ohh, cucu Mak Timah! Dah lama tak nampak! Makin comel!' Mak Timah meluru ke arah Zack dan memeluk kemas badan Zack penuh keibuan. Walaupun Zack banyak 'mengusiknya' dulu, namun dia tidak pernah berdendam, tetap menyayangi Zack. Jauh di lubuk hati, Zack pun begitu. Dia tetap sayang Mak Timah yang menjaganya sejak dia kecik lagi.

' Mak Timah Berat sihat?' Zack senyum luas.

' Hish, budak ni! Tak habis-habis! Mak Timah sihat je, Sofi.'

' Oppss, kejap Mak Timah! Saya bukan Sofi lagi sekarang. Tapi Zack 'Macho' huhu. Ingat tau, Mak Timah!'

' Ye lah, sayang. Jom masuk dulu. Mas dengan Mat nak minum?'

' Takpelah, Mak Timah. Tak payah susah-susah. Barang-barang semua dah siap kemas?' Mama Zack bermesra. Dia dengan suaminya tak kisah kalau Mak Timah tak memanggil mereka dengan panggilan Puan atau Tuan, sebabnya mereka pun dah anggap Mak Timah seperti keluarga mereka.

' Eh? Siapa budak muka macam anak kucing ni??' Zack menjerit kuat. Pertama kali dalam sejarah hidup aku yang memang comel ini, aku terjumpa seseorang yang mencabar tahap kecomelan aku! Tak boleh jadi ni! Just wait and see, Miss Kitten!