Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 18 April 2013

Hero aku Tomboy 13

" Apa?? Papa! Mana boleh macam ni!" Faz seperti biasa, membangkang laju dengan mata bulatnya siap tepuk meja. Pitching suara tak usah sebut, komponen mikrofon pun boleh rosak kalau dia bercakap pakai mikrofon!
" Tapi pakcik, kami berdua masih studi lagi, dan.. saya tak pernah kenal dengan anak pakcik, macam mana saya nak kahwin dengan dia??" aku dah terkedu dan agak terkejut dengan permintaan ayah Faz itu.. harus la terkejut, dah tu dengan secara tiba-tiba sangat kut. Ishh.. kahwin bukan perkara main-main boleh petik jari macam tu aje.. banyak tanggungjawab kena pikul. Aku memang dari awal-awal tadi dah ada rasa yang perkara ni mungkin akan terjadi , tapi tak la pulak aku jangka benar-benar akan berlaku..
" Pakcik perlu menjaga maruah keluarga pakcik, bisnes pakcik. Kami dulu-dulu pun kahwin dengan orang yang kami tak kenal jugak, alhamdulillah bahagia dan tahan sampai sekarang. Khairul, benda ni dah terlanjur berlaku, walaupun kedua-duanya tak bersalah, ehem, salah pada si Faz ni jugak sebab ada penyakit berjalan dalam tidur.." ucap papa Faz kesal. " Pakcik harap Khairul dapat pertimbangkan," sambungnya.
" Penyakit papa la ni, lepas tu nak suruh Faz kahwin dengan mamat suku tiang ni, papa, please! Faz tak nak kahwin paksa macam ni, pa! Lagipun, Faz nak tumpu pada studi dulu, kalau dah kahwin ada anak bagai, siapa nak jaga nanti??!" Faz yang masih tercengang dengan muka bengang tak boleh blahnya tadi mula kembali bersuara mempertahankan diri. Bagus, bagus, teruskan usaha mulia anda, Faz! Aku sokong dari belakang! Aku berbisik sendiri sambil merenungnya penuh makna. Pertama kali kau buat benda yang betul!
" Papa tak suruh kamu berdua kahwin untuk buat anak. Pandai-pandai la rancang keluarga, lagipun harta papa banyak, kamu nak beranak 20 orang pun papa tak kisah. Papa boleh carikan orang gaji untuk jaga," melopong baik aku mendengar bicara ayah Faz itu. Mak ai senangnya dia bercakap! Keadaan tak semudah yang disangka, pakcik! Tapi, kenapa aku boleh pula duduk diam blur blur seorang diri macam ni? Jangan mengaku kalah, Rul! Takkan kau tiba-tiba nak jadi kambing hitam tak tentu hala kot? Ah, serabut!
" Papa, tolong la, pa. Faz yang serupa kanak-kanak Ribena ungu bulat-bulat dan tak cukup umur ni mana boleh kahwin, pa. Nak nak pulak dengan laki suku.."
" Suku tak suku, papa nak kamu berdua kahwin! Siapa yang nakkan kamu kalau mereka tahu kamu ni pernah ditangkap khalwat??!" sangkal pakcik Mohammad kuat. Ish, pakcik ni boleh bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan. Kecut perut aku!
" Tapi papa, Khairul ni dah ada girlfriend la, pa!" laju Faz memotong ayat papanya itu yang mana ayatnya itu membuatkan aku lagi la terlopong luas. Aku agak kalau mama dan papa dia tengok reaksi aku pun dah boleh tahu aku terkejut, dan boleh baca dengan mudahnya yang aku memang tak ada kekasih!
" Betul ke, Khairul? Kamu dah ada buah hati?" soal pakcik Mohammad dengan riak wajah yang serius.
" Err.. emm.." aku gigit bibir bawah, semua mata merenung aku, paling tak boleh blah mata si Faz la, aku tengok mata dia bersinaran umpama bulan purnama mengambang merenung aku, maknanya serupa memberi isyarat menyuruh aku mengaku aje apa yang dia kata tu betul. Ish, kenapa dia calonkan nama aku pulak ni?? Cari nahas betul la!
" Err, buah hati tak ada.. pakcik.. girlfriend ada la, tapi tak rapat pun, kawan-kawan kelas aje semuanya," aku bersuara selepas lama aku diam, dengan bendulnya pulak tu aku menjawab. Mata Faz yang mengharap tadi aku tengok dah mengecil, musnah dan punah harapannya.
Dia segera memandang ke arah lain. Tak boleh harap betul la mamat ni, bendul macam tiang letrik! bisingnya di dalam hati dan aku mampu melihat kekecewaannya tu.. Faz, sorry la, aku memang tak boleh la kalau kau nak mintak aku berbohong sunat dekat sini, serius aku tak boleh! Aku berbisik di dalam hati mengharap dia boleh membaca kata hatiku.
Tak boleh nak manipulate jugak la sebab kalau girlfriend bolehla aku manipulate maksudnya, sebab maksudnya "kawan perempuan" kan, (walaupun orang Melayu selalu guna dengan maksudnya lebih kepada buah hati), ramai aje kawan perempuan sekelas aku tu, tapi kalau buah hati.. emm, boleh jugak kot aku kata buah hati aku mak aku dekat rumah sana nun, tapi kenapa sekarang baru nak terfikir?? dah tak berguna dah!
Ishh, itu la kau, si Faz dah bagi jalan, kau buat jujur sangat, ha, padan la muka dua-dua. Aish, ini la akibatnya budak blur tambah pakej bendul sangat macam aku ni, nak selamatkan diri sendiri pun tak lepas! Faz, lain kali kau nak buat benda macam ni, bagi la kertas kerja dulu jangan main terjah macam tu aje, memang tak la aku nak dapat pusing statement kau tu tadi sebab on the spot macam tu, aku mana boleh! Aku bukan kaki belit punya orang, aku kena fikir lama-lama dulu, baru ada kemungkinan untuk aku ubah makna ayat a.k.a berdalih! Aku bebel dalam hati, penyesalan tetap ada mengganggu perasaan.
 " Pandai-pandai aje kan kamu buat cerita, Faz? Kalau kamu ada kekasih pun, Khairul, pakcik yakin dia tak akan senang-senang nak terima kenyataan tu! Dan jangan ingat orang mudah nak terima kamu kalau kamu ada sejarah buruk, tahu?" pakcik Mohammad sudah kurang sabar untuk berbincang dengan baik.
 " Tapi, kami tak ada buat apa-apa jugak, papa. Wei, betul kan?" Faz ketap bibir sambil menyepak kaki aku dari bawah meja dan merenung aku tajam. Weh, sakit la! Dahiku berkerut membalas renungannya sebentar sambil mengurut kakiku yang perit disepaknya.
 Aku angguk kemudiannya walaupun aku terdiam seribu bahasa, serupa merelakan aje semua yang dibincangkan. Kenapa aku macam rela aje nak menjadi pak sanggup?? Dah tu mengharapkan Faz seratus peratus menjadi hero untuk malam ni pulak tu. Tapi, kalau dia nak harapkan aku untuk pertahankan diri kami daripada dikahwinkan, memang forever and ever lah ianya akan menjadi misi yang sangat mustahil!
 Tadi dah terbukti pun aku sendiri yang memusnahkan cubaan Faz untuk menghalang daripada kami dikahwinkan! Aiseh, Khairul! Apa kena dengan kau ni?? Ish, sangat sadis dan begitu menyedihkan keadaan kau di saat-saat genting macam ni! ugh! Aku terasa satu tekanan perasaan yang tak dapat aku elak dan sangat membebankan fikiran kerana aku tak dapat berbuat apa-apa..
 " Yang penting, kamu berdua tahu apa yang berlaku, orang lain takkan senang-senang nak percaya sebab manusia memang penuh dengan sangka buruk, jadi, pandai-pandaila uruskan rumahtangga kamu nanti! Siap sedia, esok lepas subuh kamu berdua papa akad nikahkan!"
 " Papa..!" Faz bersuara protes di dalam kesayuan kerana pujukan dan usahanya semua tak menjadi. Mamanya di sebelah diam daripada tadi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulutnya yang disapu dengan gincu merah gelap itu, cuma senyuman nipis yang terhias di bibirnya sambil tekun menghirup air lemon dengan madunya.
 " Pakcik.." aku pula bersuara lemah, dalam dilema bersama hati yang berbelah bagi.
  " Tangguhkan dulu la papa, tak boleh?" mata Faz aku tengok dah terkelip-kelip meminta simpati daripada papanya sambil tangannya menggosok-gosok lengan ayahnya yang berkemeja lengan panjang itu. Riak muka yang comellah kononnya terpapar pada wajah gebunya itu. Bila cara kasar tak laku, dia cuba cara lembut dan manja la pulak. Boleh tahan hebat lakonan dia ni!
 Tolonglah simpati pada kami berdua, pakcik.. aku turut berdoa di dalam hati supaya dilembutkan hati orang tua ni, supaya dilambatkan perkahwinan, ataupun batalkan terus lagi bagus! Ada pulaknya nak suruh aku kahwin dengan budak tomboy ni, mati muda la aku alamatnya nanti! Dah la rupa ada ala-ala Jeff Hardy dalam WWE, huh, gay sungguh aku nak jatuh hati dengan dia, weh!
 Padan la dengan muka kau, siapa suruh kau pergi suka sangat dengan Ray si hantu hari tu, sekali kau dapat versi bukan hantu punya ni, baru lega! Tapi, ini bukan tomboy lemah-lembut macam si Ray tu, gaya aje yang macam lelaki, tapi perangai tetap lembut macam perempuan, ini dah macam seratus peratus bertukar jadi lelaki dah ni! Aku ni lagi lemah lembut daripada dia aku rasa! Ish! Tapi tak tau la kot kot lepas dia jadi hantu, terus dia jadi baik macam Ray, itu aku tak dapat jamin la. Aku membebel sendiri di dalam hati.
 " Keputusan papa muktamad, tak ada tolak ansur atau dalih-dalih lagi, faham??" ayah Faz berkata tegas, tiada kompromi walaupun anaknya itu telah berusaha keras untuk melembutkan hati ayahnya itu. Aku yang mendengar dengan setia semenjak tadi mengetap bibir. Menakutkan jugakla untuk aku buka mulut, tak pasal difirenya aku pulak nanti, ish, seram seram, tiba-tiba aje menjadi garang, garangnya nauzubillah pulak tu!
 Lagipun, baru sangat aku kenal orang tua ni malam ni, takkan tiba-tiba aje aku nak berbalah dengan dia kan? Itu bukan aku, tambah lagi dia dah mempertaruhkan wang dia untuk lepaskan aku daripada dimasukkan ke dalam lokap tadi, lagila berbelah bagi aku jadinya!
 " Mama, tolongla pujukkan papa, Faz tak nak kahwin, ma. Faz baru 19 tahun lebih sikit, takkan dah nak menghambakan diri pada lelaki, nonsense, ma. Please, ma, please.." tak dapat pujuk si ayah, Faz beralih pula memujuk si ibunya yang masih berdiam diri semenjak tadi, hanya memerhatikan semua yang berlaku. Mungkin juga terkejut dengan kejadian yang berlaku dan tindakan drastik suaminya yang ingin mengahwinkan anak mereka secepat itu, namun dia tetap teguh dengan trademarknya, diam dan senyum.
 " Siapa yang pandai ajar kata kahwin tu memperhambakan diri pada lelaki?? Kahwin tu sunnah Nabi, Faz. Jangan memperlekeh perkahwinan!" jawapan papanya yang lebih kepada tengkingan itu menimbulkan ketidaksenangan hati Faz dan mengundang beberapa mata memandang ke arah mereka. Faz kerut dahi dan mencebik sambil memeluk tubuhnya sendiri. Huh! Hatinya berubah menjadi panas, dia segera menyandarkan badannya ke kerusi dan menghirup jus orennya tanda dia dah mengalah untuk meneruskan upacara pujuk-memujuk itu. Aku pulak hanya mampu telan air liur. Takut jugak nak masuk campur urusan keluarga ni, tapi aku tetap watak utama dalam hal ni! Adui la, ya Allah, tolongla datangkan idea untuk membantu aku!  
 " Tapi pakcik, mas kahwin dan hantaran, macam mana? Saya ni nak hidup sendiri pun tak lepas, pakcik. Saya anak orang biasa-biasa aje, tak padan dengan keluarga pakcik.." tiba-tiba idea duit hantaran laju keluar daripada mulut aku dan aku datang daripada keluarga susah tu memang idea yang terasa agak bernasla jugak!
 Selalunya orang sekarang ni takut nak kahwin sebabkan tak cukup duit untuk hantaran, tambah lagi anak orang kaya macam Faz ni, duit hantaran paling kurang 15 ribu ringgit malaysia, bukan 15 ribu bhat Thailand! (ini pun belum tentu aku mampu). Tambah lagi, aku datang daripada keluarga yang susah, mungkin ayah Faz akan menimbang balik keputusan dia. Aku tengok muka Faz bersinar kembali mendengar pernyataan aku. Bangga jugakla aku rasa, berjaya menjadi hero sementara, kut.
 " Semua tu biar pakcik tanggung, kalau segan, nanti lepas kerja bayar balik pada pakcik. Pakcik tak kisah keadaan keluarga kamu macam mana, pakcik percaya kamu budak yang baik, tu dah cukup untuk menjadi menantu pakcik. Dan pakcik bukan jenis kedekut harta, kamu nak kikis pun tak apa, tapi jawab sendiri dengan Tuhan nanti, ya, Khairul." jawab ayahnya tenang, yang menyatakan rancangan tak rasmi aku dengan Faz dah musnah seratus peratus!
 Aku yang bermuka ala-ala excited tadi terus menunduk, hampa la, apa lagi. Cakap apa pun tak makan.. tak lut dengan pujukan betul. " Faz, ikut papa dan mama balik, nanti berjalan tidur bilik siapa-siapa pulaknya. Hish, menyusahkan betul!" sambung pakcik Mohammad yang menguasai perbualan malam itu. Faz mencebik dengan keluhan berat keluar daripada nafasnya. Aku memandangnya sekilas, bakal isteri aku esok pagi.. err..
 " Abangnya, bukan salah dia orang dua. Khairul, makcik harap Khairul dapat bersedia esok, jangan risau, Faz ni baik walaupun mulut jahat sikit. Makcik pun tahu Khairul seorang yang sangat baik dan mampu jaga dia, makcik minta maaf sebab terpaksa libatkan Khairul dalam masalah ni, makcik harap dan yakin Khairul dapat bahagiakan Faz,"
 Ya Allah, sumpah kalaulah bukan mak Faz yang perlu aku hormat yang cakap macam tu, dah lama agaknya aku buat aksi termuntah hijau dekat sini! Aduhai, Tuhanku, Kau ampunkanlah aku, kenapa aku harus mengalami saat-saat yang macam ni??
 " Ish, mama ni ada pulak cakap macam tu? Mama tak nampak ke yang dia ni nak termuntah dah dekat situ dengar ayat mama? Dah la pa, jom la kita balik, esok nak tenung muka dia ni lagi," perlahan Faz menuturkan ayat terakhir itu. Seakan terpaksa memasrahkan dirinya untuk acara esok hari. Bukan kau seorang aje, aku pun kena jugak, wei. Aku ni yang lagi kesian, tau? protes aku di dalam hati. Ingat aku terhegeh sangat nak kat kau? Memang tak la!
 " Abangnya, hantar si Khairul ni balik sekalilah, senang sikit, kesian kat dia nak tunggu-tunggu teksi pulak nanti," ibu Faz yang agak baik dengan aku itu bersuara, seakan memahami yang aku sedang kekurangan kupang dan ringgit di dalam dompet.
 " Em, ye la. Jom cepat, esok kena bangun awal lagi. Malam tu abang kena berangkat ke Birmigham pulak, kalau awak lupa," kata pakcik itu yang aku sendiri tak pasti samada dia mempunyai gelaran Datuk atau pun tidak. Tapi, gaya-gaya dia memang semacam seorang Datuk yang sangat kaya. Kereta aje dah meremang bulu ketiak aku tengok. Rumah tak tentu la meremang bulu apa kalau aku tengok, agaknya gugur terus bulu-bulu yang berkenaan..
 Sampai di kolej menaiki kereta jenis Mercedes Benz Kompressor itu (pertama kali aku naik), aku turun selepas menyalami pakcik Mohammad, ayah si Faz yang bakal menjadi bapa mentua aku esok! Ya Rabbi, aku rasa kalau tulang ayam tersekat kat kerongkong pun, tak adalah seperit rasanya aku nak menyatakan yang aku akan berkahwin esok pagi! Tak pernah terfikir dek kepala otak aku untuk berkahwin secepat ni dengan seorang budak tomboy dan dipaksa kahwin pulak tu! Aish, berat, berat..
 " Esok pakcik minta driver datang ambil. Make sure pukul sembilan pagi dah ada terpacak dekat rumah pakcik. Maklumkan pada femili kamu sekali, boleh?" pesan pakcik yang masih kacak itu. Dia turun bersama untuk memesan beberapa benda penting padaku, agaknya la. Aku angguk dan ketap bibir.
 Apa reaksi keluarga aku nanti? Terimakah, atau menolakkah? Tapi, nak menolak pun dah terlambat. aku dah berjanji dengan tanpa relanya tadi. Kau terpaksa, aku dipaksa.. ish.. dugaan apa ni, ya Allah?? Aku rela berdepan dengan hantu-hantu sekalian daripada berdepan dengan perkara semacam ni!
 " Oh, sebelum terlupa, baju Melayu ada tak? Warna putih atau krim pun okay," soal pakcik Mohammad lagi. Eh, rasanya aku dah kena mula membiasakan lidah aku dengan panggilan papa padanya. Papa.. ehe, kenapa rasa kelat semacam aje lidah aku ni sekarang. Rasa tergulung pun ya jugak. Segala kepenatan aku awal-awal tadi hilang disapu habis dek kerana pakcik majlis agama tu yang akhirnya membawa aku ke kancah tuah atau pun malang, hanya Allah yang tahu.
 " Err, tak ada pulak baju Melayu putih atau krim. Hijau dengan kelabu asap aje yang saya ada sekarang, pakcik," jawabku sambil menggaru belakang kepala dan membuat muka tak bersalah sambil memandang ke bawah. Aku pun tak tahu nak bereaksi macam mana lagi. Terasa canggung benar dan terasing berdepan dengan situasi begini.
 " Okay, tak apa, esok pakcik mintak Pak Rahman ambil kamu awal sikit, kamu pergi butik dengan dia cari baju yang padan dengan kamu. Pakcik akan telefon butik tu minta dia buka awal sikit esok," rancang pakcik Mohammad teliti, tak hairanlah kalau dia boleh jadi orang kaya, bab-bab rancang-merancang benda, dia memang peka dan expert walaupun bab kahwin ni orang lain ambil masa merancang paling kurang sebulan, ini suku malam pun tak sampai! Eh, aku terperli bakal bapak mentua pulak, sorry, pakcik! " Pakcik balik dulu,"
 " InsyaAllah, pakcik. Assalamualaikum," laju aku cakap, lagi laju aku melambai selepas pakcik Muhammad masuk ke dalam kereta. Segan bila aku rasa macam alien sesat aje berada di situ.
 " Wa"alaikumussalam warahmatullah," aku pandang muka si ibu dari luar sebelum kereta mewah itu ingin mula bergerak meninggalkan aku. Dia nampak macam begitu bahagia dan gembira ingin bermenantukan aku esok pagi, aku jadi tenang dan terharu sekejap. Pandang pulak muka si Faz yang sedang termenung dan mencuka, aish, muka ni bakal mendatangkan bala atau mendatangkan bahagia??
 Terus aku menjauhi kereta tersebut dan menarik nafas panjang sambil memaksa diri untuk terus tersenyum sehingga kereta Merc itu berlalu pergi hilang dari pandangan. Lega! Tapi, aku tahu takkan lama lega aku ni!
 Aku menapak lemah menuju ke bilik selepas aku beristighfar panjang, bagaikan aku menyesali segala takdir Allah, tapi aku tetap percaya, semua yang berlaku ni ada hikmahnya yang memang aku tak nampak, berdosa aku menyalahkan takdir Tuhan, aku cuma hamba-Nya yang kerdil, sikit pun aku tak berhak untuk mempersoalkan semua ni. Dan aku cuma mampu berdoa semoga dengan apa yang terjadi ni, di sana nanti akan ada bunga-bunga pahala yang wangi menunggu untuk aku petik, ameen..

Tiada ulasan: