Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 19 April 2013

Mandi Bunga Tahi Ayam 4

Bab 4

" Berapa ringgit yang ni, bang Samad?" tanya cik Salehah yang mesra dengan panggilan Leha di kampung mereka. Dia yang merupakan janda beranak satu ini memang menjadi igauan setiap lelaki tak kira usia, namun semua lamaran dan pinangan mereka ditolak mentah-mentah.
" Untuk hang Leha, abang bagi diskaun lah," sambut Pak Samad yang secara tiba-tibanya terus meliuk-lintuk dan muka berseri-seri. Joe di belakang hanya menggelengkan kepalanya.
" Berapa diskaun tu, bang?" si Leha melunakkan lagi suaranya.
" Abang bagi free aje lah mana-mana yang Leha nak," pak Samad menyambut bahagia, daripada bagi diskaun, terus dapat free! Mana tak nya, sekali dapat jelingan Ratu Janda Kampung daa, terus lemah hati dan jantung! Rakan-rakan nelayannya yang lain pula mencebik cemburu dan geram, sambil membisik-bisik antara mereka. Suasana kala itu agak hingar, serupa di pasar basah, para nelayan memanggil-manggil pelanggan yang ada.
" Ehem, ehem! Amboi, abah, nu mak dok panggil nu, tak dengar ka, bah oi?" Joe menyampuk. Cukup la sekejap tadi dia mendengar usik-usikan manja, mahu ada jugak yang nak dapat cepukan aku karang. yang si minah ni aka Mak Leha ni pun satu hal. Dia dah kepingin sangat kut nak merasa tempeleng sulung aku! bisik hati Joe, panas.
" Mana, mana, Hana?" pak Samad kalut mendengarkan ucapan anaknya itu. Joe yang ralit mengemas dan menyusun atur pukat mereka tertawa perlahan.
" Entah, tadi macam telinga ni terdengar-dengar aje mak dok panggil. Kut terberangan kut, bah. Biasa la kan, sehari tak dengar suara mak, rindu!" Yes! Berjaya kenakan abah, ha ha. Joe menyambung tawanya yang bersisa.
" Ish, kalut betul budak ni. Ada yang nak kena pelangkung kut sat lagi ni!" bebel pak Samad sambil meninjau-ninjau ke arah rumah mereka dari kejauhan.
" Pada-pada la bah oi. Kita ni makin tua, bukan makin muda nak duk menggatal merla macam tu, tak gitu, Mak Leha?"
" Tahun bila aku menggatal pulak ni, Hana? Hang mulut memang dari dulu kan, sebab tu aku tak suka hang kawan dengan anak aku, hang tak reti nak hormat orang tua!" mak Leha menempik kuat. Ceh, dengan lelaki bukan main hang manja-manja, dengan aku punya la hang menyinga. Ingat rupa hang dah cukup comel la, cukup cantik la, eh? Kalau dah perasan cantik bagai, awat hang tak pi masuk pertandingan American’s Next Top Model nun? Baru terbukti hang memang cukup cantik dan lenggokan hang laku. Kalau takat dok melenggok kat kampong ni ja, apa pun hang tak dapat, dosa aje lebih, bisik hati Joe sambil matanya memandang mak Leha atas bawah dengan lagak muka tak puas hati.
" Oh, sedar rupanya diri dah tua kan, Mak Leha. Kalau sedar, buat la.."
" Sudah la tu, Hana. Hang ni memang tak reti nak hormat orang tua, cakap dengan kami semua ni macam hang duk cakap dengan ayam hujung kampung nun, cuba belajar cakap sopan-sopan, Hana,"
" Ye la, bah. Segan aku nak bertekak dengan hang, Leha Janda gatai merla, wek!" lidahnya dijelir sedikit kepada mak Leha di hadapannya.
" Ya Allah, budak ni! memang nak kena pelangkung! Hee, sabar ja la aku!" jerit mak Leha nyaring selepas Joe menarik tali baju dalamnya dari luar. Tu la, siapa suruh pakai kebaya jarang sangat? Singkat pulak tu, siap wangi-wangi, padahal datang nak beli ikan aje, mengalahkan Ratu Kebaya you! desis hati Joe sambil berlari jauh meninggalkan abahnya menguruskan ikan-ikan yang tinggal. Selebihnya tadi sudah pun dibeli oleh tauke Wong, selaku peraih tak rasmi ikan-ikan yang ditangkap mereka.
" Woo, woo. Kau ni pulak pasal apa tiba-tiba mai terpa depan aku ni, wei? Hish, nasib aku tak terlanggar, kalau tak, free kau terbang masuk dalam laut!" kecoh Joe memarahi Leman yang secara spontannya berada di depannya.
" Sorry, Joe. Aku ada benda nak bincang dengan kau. Boleh ikut aku sekejap tak?" sambut Leman perlahan dan syahdu sambil merenung ke arah Joe yang tegang aje mukanya.
" Kau nak bincang apa, dengar macam kes beruk kau mati terterjun pokok kelapa je, hah?" soal Joe, malas nak ambil kisah, tapi tengok muka cemey (sedih) semacam, kesian la pulak.
" Jom la, kita pergi bawah pokok tu kejap. Serius, aku nak bincang benda penting ni," Leman bersuara sambil hujung bibirnya mengunjuk ke arah pokok kelapa berhampiran.
" Ish, tak mau aku. Berkhalwat la, you know? Aku tak kenan khalwat-khalwat ni, kau beritahu aje la apa kau nak sembang kat sini, apa susah?" jawab Joe bersahaja. Bajunya dikibas-kibas sebagai tanda 'aku hangat, hang apa tau?'
" Okay, jom aku belanja kau teh tarik," pelawa Leman.
" Uhh, alang-alang, kau belanja aku makan tengah hari sekali la, senang!" Leman dilayan seperti seorang kawan yang sudah lama dikenalinya, padahal mereka kurang berjumpa sebelum ini disebabkan Leman yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Hilang sudah segala kekalutan hatinya sebentar tadi yang sibuk memikirkan tentang Leman selepas makhluk itu memunculkan diri di hadapannya. Pelik jugak tu..
" Bah! Joe makan kedai hari ni!" tempikan Joe membuatkan semua mata mengarah padanya, tapi dia memandang dengan membisik di dalam hati, 'korang pasal apa, aku cakap dengan korang ke yang dok sibuk teleng ke sini?'
Di warung..
" Banyak betul kau ambil makanan. Kau saja nak paw aku ke, wei?" protes Leman sambil membeliakkan biji matanya. Mahu taknya, badan kecil tapi selera makan, mak ai, dinosaur pun kalah!
Joe mengabaikan persoalan Leman, sambil tersenyum tak ikhlas, dia merenung sebentar ke arah pinggan nasi Leman. Alahai, kau makan nasi sejemput, ikan kering dengan telur masin je ke? Kenapa dengan kau ni, tengok aku, nasik penuh pinggan, ayam seketul, ikan pari sepotong, ulam, bergedil dan sayur taugeh, siap sambal belacan, mujur kau tak belanja aku malam-malam, kalau tak, aku nak makan sampai hang jatuh miskin hahaha, Joe gelak jahat di dalam hati, tanpa sedar percakapannya di dalam hati terpacul keluar melalui bahasa wajah dan tubuhnya.
" Kau saja nak pekena (buli) aku kan?"
" La, yang kau kedekut tahi hidung masin ni pasal apa pulak? Tadi bukan main kau nak belanja aku. Ceh, kalau kau tak mau bayar tak apa, aku boleh bayar sendiri la, Leman," jawab Joe tak berperasaan. Pantang betul aku orang macam ni. Tu la kau, lain kali nak belanja orang, tengok dulu dia kuat makan ke apa ke, takde la kau nak duk melahu nanti kalau tau kau tu kedekut! sambungnya di dalam hati. Nanti mahu bertekak pulak kalau dia bersuara.
" Takde la, aku bukan apa, aku tengok kau ni badan sekeping kalah tiang letrik, tapi tak sangka kau ni makan kuat, eh?"
" Tu la kau, kau sembang macam kau tau segala pasal aku, siap ajak aku nikah, tapi apa yang kau tau pasal aku, aku pun tak tau la," jawab Joe selamba sambil terus menyuap makanan dengan penuh selera dan gelojohnya. Kau la punya pasal ni Leman sampai pagi tadi aku tak lalu makan!
" Uhuk!" Leman tersedak mendengar ucapan Joe.
" La, pasal apa pulaknya kau ni?"
" Kau la, kau tau tak aku sayang kau, aku tak tau banyak pun pasal kau tapi aku tak kisah kau macammana pun, asal kau solat, jaga aurat semua, dah cukup buat aku,"
" Kau tak tanya mak kau macammana rupa aku sambut diorang, hu hu," Joe ketawa kecil, sengaja mahu mengenakan si Leman.
" Hah? Uh, aku.. serius nak cakap kat kau, aku tak kisah semua tu.. aku.. "
" Kau la ni kau kata la kau tak kisah apa semua, tunggu tengok sepuluh tahun nanti, aku bising sikit, kau mula la kata, ' I nyesal kahwin dengan you!' apa segala. Kau percaya la cakap aku ni, tengok," Joe membalas sambil menolak pinggannya ke tepi.
" Alhamdulillah. Hai la kau ni tak habis-habisnya makan lagi? Kau duk kira nasik tu ke, Shah Leman oi?"
" Aku tak kira, aku duk tengok kau makan, agak kan, kau ni bela apa eh, makan macam hantu lapar nun,"
" Woi, mulut kau ni, choi! Kau dok kalut buat apa, kau tau tak kerja aku macammana? Ni angkat pukat, menjala. Kau ingat kerja senang ke? Kau tak apa la, duk rumah aje, puh puh kau hisap rokok sambil-sambil goyang kaki, padan la kau makan macam anak kucing," Joe membebel sakan " Anak kucing aku pun makan kalah kau," sambungnya lagi. Sengaja nak menyakitkan hati Leman, biar dia tahu siapa Joe yang dia nak lamar ni, bukan tenang-tenang air di tasik, tapi kasar-kasar batu aku lastik punya ni!
" Kau nak sembang apa dengan aku tadi, tadi duk sibuk sangat sampai ajak-ajak aku berkhalwat apa," perli Joe bila dilihatnya Leman hanya diam membatu. Nasi di dalam pinggannya hanya dikuis sikit-sikit. Macam wanita melayu terakhir betul dia ni! komen Joe.
" Aku tak boleh terima la, aku tunang dengan Jo.. yah.."
" Pasal apa pulak, cuba kau beritahu aku? Pasal dia tak comel macam aku? Gelap gelita macam jalan tar? Bodoh-bodoh alam?" senarai baik punya Joe bagi pada si Leman. Tak sedar dia mengutuk adik sendiri.
" Takde la sampai macam tu sekali, kau ni tak beragak betul. Aku tak sayang dia, sebab tu aku tak boleh terima, Joe! Aku sayang kau, kau faham tak??"
" Tak!" jawabnya dengan muka tak bersalah sambil mencungkil gigi.
" Macam ni la, kau pun kena faham, aku bukan tak nak dekat kau, kalau lah katanya yang dilamar tu aku, insyaAllah dengan izin Allah, aku terima. tapi dah mak ayah kau yang tak kenan dekat aku, aku nak kata apa? Takkan lah aku nak pi cekik batang leher dia pulak, cakap 'pulangkan, pulangkan Leman padaku, dia hak aku,' macam tu?"
" Tapi.." Leman mengusap mukanya dengan tapak tangan. Tanda kecewa meraja di hati. Memang dia tahu, ayahnya cukup pantang berjumpa dengan budak kurang adab serupa si Joe ni, tapi apa kan daya, dia menyukai wanita yang bersikap begitu.
" Kau patah hati aje la, Leman. Aku segan (malas) nak komen panjang, kau anggap aje la kita tak berjodoh. Tapi, aku tetap percaya, kalau ada jodoh kita, esok kau mati pun, kau tetap akan kahwin dengan aku hari ni. Kau faham kan maksud aku?"
Leman angguk. Sinar kecewa jelas dapat dibaca dari raut wajahnya. Rejected for the second time!
" Weh, aku balik dulu, kau tak payah la belanja aku, kau kena simpan duit untuk kenduri kan, okey, adik ipar, aku doa kau bahagia dengan adik aku. Ho ho, kau tua tapi kau adik, ha ha lawaknya!" Joe ketawa kuat sambil menjerit pada tauke kedai, 'buku 55, bos!' kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Leman.
Leman terkedu, kenapa kekasaran kau yang menambat, bukan kelembutan Joyah yang memikat? Dia menggetap bibir, di dalam hati membisik, semoga segala yang berlaku berhikmah, moga Allah membantu.
' Kau ingat kau saja yang kecewa? Tapi, macam aku kata tadi, kau dengan aku takde jodoh, jadi, tak payah la aku dengan kau nak tunggang terbalik duk stres sorang-sorang. Dunia belum kiamat, bro! Hang bahagia cara hang, aku bahagia cara aku,' bisik Joe sambil kakinya melangkah turun dari basikal tua tok wannya.
" Assalamualaikum, tok wan! Tok wan dah makan?" tegur Joe sambil tersenyum ceria memeluk bahu datuknya yang sedang duduk mengambil angin di tangga.
" Dah, Joe. hang pulak, awat tak balik makan dekat rumah?"
" Joe makan kedai, tok wan,"
" Ha? hang makan kedai buat apa, bukan kenyang,"
" Kenyang la, tok wan. Apa pulak tak? Joe makan macam-macam tadi, ayam, ikan.. kenyang aje, tok wan. Tengok perut ni bulat," terangnya bersungguh.
" Dah hang kata makan kedai, tok wan duk bayang hang pi dok gagah gigit kayu papan apa semua, ha ha," gelak tok wannya menampakkan gigi yang semakin kurang dengan pertambahan usianya.
" Karut la tok wan ni. Joe gigit tok wan pulak nanti, mau?" Joe menyambung gelak tok wannya, dengan pitching serupa Amy Search menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Yes, Leman. Aku bahagia dengan cara aku, kau bahagia dengan cara kau.

Tiada ulasan: