Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 14 Mei 2013

Sneak Peek Hero aku Tomboy ;)


"Woi! Siapa bagi kau kebenaran guna berus gigi aku ni?! Bengong betul la!" alamak! Bini mengamuk! Aku segera berlari ke bilik air. Depan pintu itu aku berdiri.
" Ehh, sorry. Kalau aku nak kejut kau tanya pasal berus gigi, aku rasa lagi kau mengamuk kan? Jadinya aku guna instinct aku aje la nak pilih mana satu. Aku pilih pink sebab aku tengok kau macam suka biru.." aku membela diri bila dia tenung aku macam nak menerkam dan bagi cakar harimau jadian.
" Kau tau tak, berus pink ni aku guna untuk berus gigi aku, sebab aku memang suka pink, adakah kau memahami?" Faz berkata sambil menunjukkan berus giginya warna merah jambu itu pada aku.
" Habis, yang biru tu untuk apa?"
" Biru ni untuk perhiasan semata-mata!"
" Oh, perhiasan.. mana aku tau, kalau aku tau itu berus gigi kau, tak ada la aku nak guna, sorry. Nanti aku ganti yang baru," aku berkata ikhlas. Pelik jugak kenapa dia nak buat berus gigi jadi perhiasan? Letak la kayu chopstick ke baru la berseni sikit!
" Hai, kau ni, Khairul, aku perli pun kau tak faham kan? Ini, berus gigi ni aku baru bukak semalam, untuk bagi kau pakai, kau faham? Ish, ya Allah, kenapa la ada hamba Tuhan yang buat aku sakit kepala macam kau ni?? Aduh,"
" Ehe he, yang, you marah I ke?" aku suka-suka meniru dialog Re dalam filem Do Re Mi, sambil menggosok-gosok hujung kabinet sinki di situ.
" Tak marah, sayang aje! Lalu, aku nak guna tandas!" Faz menolak aku keluar lalu menutup pintu sekuat hati. Tak apa, dia marah-marah sayang, hu hu. " Sewel betul la mamat ni! Aku dah letak berus gigi biru, dia sibuk nak pakai yang merah jambu jugak! Tak maskulin langsung, cis!" Faz bising lagi di dalam bilik air. Sukanya aku dengar dia membebel. Sayang kau lebih lagi! Muahh! Aku membuat ciuman terbang ke arah pintu bilik air. Heh, gila bayang sudah!
Kemudian, aku duduk-duduk di sofa sambil berzikir dengan zikir al-Ma'surat yang amat bagus diamalkan selepas Subuh dan Asar, sementara membunuh masa yang aku tak pasti apa aku boleh buat selain duduk-duduk aje. Yela, dah duduk kat rumah mentua, nak buat apa pun serba tak kena.
" Huh! Muka kau lagi! tak ada muka orang lain dah ke kat dunia ni agaknya?" bising Faz selepas keluar dari bilik air tiga minit kemudiannya. Marah betul dia aku kenakan dia tadi. Ye la, aksi aku tadi dah ada rupa nak buat gangguan seksual pada dia, manala dia tak hot kan??
" Dah ditakdirkan Allah muka ni yang jadi laki kau, nak buat macam mana?"
" Muka ni? Aishh, failed!" Faz menepuk dahi lepas dia tunjuk jari telunjuknya ke arah aku.
" Kenapa, kau tak suka ke? Sikit punya hensem aku ni. Aku pegang title LHDN tau?"
" LHDN? Lembaga Hasil dalam Negeri? Hah, elok la tu, ada lembaga tu kan, sesuai sangat la dengan kau, Lembaga Huduh dan Nerd,"
" Eh, sedap mulut kau, kau dengar ni. L stand for Lelaki, H for Hensem, D for Dunia, N for ni, rumusannya, Lelaki Hensem Dunia Ni, bagus tak title aku tu? Laki kau aje yang pegang tau, bukan laki orang lain,"
" Cis!! Tak boleh diterima dek akal aku yang waras ni, bro! Dah, kau pergi turun dulu, tak pun kau pergi la mandi dulu ke, aku tak selesa la nak solat kalau ada lelaki dekat-dekat dengan aku ni, sila beransur ye, LHDN, sekian terima kasih," aku mengikut aje apa yang dikata.
Bagus jugak kalau aku mandi ke apa sementara menunggu dia. Aku sambut tuala yang berlipat di dalam almari yang dihulurkan Faz sebelum dia memakai telekung. Aku sempat ushar wajahnya ketika memakai telekung, sweet! Comel gila laaaaa.. mata aku muncul bentuk love-love cinta. Alahai..


Jumaat, 10 Mei 2013

Sugar Glider aka Haiwan Comel

salam semua.

hari ni , eh malam ni nak cerita psl SG, yakni sugar glider yg glemer sbg anak angkat mgantikan kucing skrgni. SG ni adalah haiwan eksotik dan sgt tomeii. kkawan aku ada bela sg ni. dan syes ia adalah haiwan yg sgt menarik dan ssiapa pun akan kata dia sgt comel hiks (kecuali si dia xsuka haiwan)

itu dia gambar ehsan gugel, sg yg sdg bgantngan di pokok hehe

- asalnya adalah dr australia, tasmania dan ada ssikit di indo. kbykan yg ada di malaysia adalah kacukan dr australia n indo katanya. xpasti ini fakta atau teori hehe
- dia adalah menyerupai tupai terbang, tp bukan adik beradik tupai tu pun sbnrnya (ini adlah sumber dpd wiki)
- dia suka grooming, sgt pentingkan kebersihan. n cara dia grooming sumpah teramat comel!
- kalau ikutkan diet dia mesti ada 50 persen insect 25persen buah n 25 persen sayuran. tp kalo kita bela dia blh la gantikan insects tu dgn HPW yg ada jual kt kedai pets
- oh sebelum tlupa, sg ni byk jual kat uptown. yg aku tau ada kat danau kota n shah alam. kat kedai pets rarely ada, n kalau nak, kena tempah. harga sekoq ialah around rm200-rm250. mahai dak mahai dak?? eksotik kata kau ! tp si sg ni memang hi maintainance. syes ! barang2 makan dia mmacam jenis kena beli utk memastikan dia gemok n gebu mebu hehe. cian la kalo kurus kan, kurg kecumilan di situ
- sumber kawan aku mengatakan dia sgt suka buah yg manis n mahal cthnya kiwi, anggur hitam n plg murah pun lai la. kalo epal sebijik 80 sen tu tak nak dia. awal2 dia makan la, llama pndg je aim dr jauh, makannya xnak hehe nakal kan. cara dia makan mmg gelojoh xpandang kiri kanan dah hehe tp tetaplah dalam terma comel
- sg ni akan ikut perangai tuan dia. kalau tuan dia suka majuk, dia pun sm, klo hepi go lucky pun gitu la jugak. ada ke haiwan hepi go lucky? hehhe ni den xtau betul ke tak tp ada org cakap begitu lah kesahnya
- keje dia ialah TIDO! dia hanya akan bgn ppagi buta mcm 3,4 pagi xpun malam2, then dia tido balik hehe pas penat main
- n dia perlukan masa utk kua drpd cage sbb kalau kita xbg dia kua, dia akan liar n akan kua kan bunyi yg kuat bila kita nak pegang dia, xpadan dgn badan yg kicik. kalo festime dgr mmg i.allah tkejut hehe. tp kalau dia bunyi tu xpayah takut, pegg je kalau x lagila dia susah nak jinak. tambah lg kalau betina lg susa utk dijinakkan. luangkan masa 3-4jam sehari utk main dgn dia. manja kan? yeah yeah, like a beby. kalau xbyk masa utk dia susah sikit la. takut dia liar balik
- beza betina dgn jantan ialah jantan ada mcm sikit botak kat pale dia. n organ reproduksi (saintipik nya) harusla beza kan. yg betina pulak ada kantung kat perut hehe comel x? comel x?
- dia akan matang dlm umur 8-12 bulan utk ggirl, utk bboy dlm 4-8bulan gitu xsilap. dia akan mengandung dlm 2kali setahun ikut mood la. n seko o dua eko sekali lahir n mak dia akan mngandung dlm 60-70 hari di dalam kantung bkenaan hhe. 2minggu baru akan bukak mata si beby tomei yg lahir tak bbulu itu
- oh pesanan, dia akan buang air, 2 in 1 ye, kecil n besar setiap kali dia bgun tido. n sebelum dia buang air, akan dgr bunyi, maksdnya dia akan kua kan bunyi hehehe cam org teran buang air besar gitu tp xdela bunyi mcm tu kan cuma ada la bunyinya hehe. dun weri, kalau dia makan benda yg ok, dia akan buang air besar xcair n xde bau. so senang je nk kutip buang. n sgt ceot tp tgk jugakla benda yg dia makan. 
- n akhir sekali, dia sgt comel. semua org suka, syes. tp jgn la disergah xtentu hala, sbb dia takut dgn sergahan. kawan aku cter, sg kawan dia meninggal sebab tkejut kena sergah. sadis kan, so apa2 pun kena carefully jaga dia. yela mahal kot 200rm seko, kalau byk duit xpa la mati sekoq beli baru kan hehe. kalau rasa sg ni comel, blh la adopt seko ;) aku masih dlm pemikiran nak beli o x sbb perlukan byk masa utk diluangkan utk dia. tp utk org yg suka haiwan tp malas nk jaga kucing yg kena kasi bagai, bolehla bela dia. bela dlm bilik pun xde bau pape sbb dia berak bau buah hehe syes xtipu. 

kiut kan? ehsan gugel juga

*wachhaaa!!* gugel punya ehsan mekaseh

akhir kata, sayangi lah haiwan :) dorg boleh hilangkan stres korang dgn gaya yang dorg wat wpun tanpa sedar hehe. slmt bbahagia!


Khamis, 9 Mei 2013

Perang di Syria


PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidatina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.


Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu jugaHizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA


Hafez Al-Assad-konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH: Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.


1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA


Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU


1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.
Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.


KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?


1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM SELAKU SEORANG MANUSIA


-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ;“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.
p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.
Wallahu A’lam..


Sumber http://hafizamri.com/apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/

thank you & smiles

td sy pegi mbeli brg. sampai kaunter timbang, org ramai beratur. ada auntie tu beli sayur kemain byknya. n yg jg kaunter adlh sorg trainee. muka da xblh blah penat dah tu nak kena pulak ingat kod2 sayur2, buah2, ikan2, dgg2 dan mknn ringan dll. mau tcabut wayar otak nk ingat. kalau den insyaallah pgsn tang situ jugak hehe. nk cte nya, semua org yg g kira dgn dia xde sorg pun ckp terima kasih. n bila sy cakap t.kasih, dgn lajunya dia jawab sama2 n muka dia lite up sambil cuba tgk sapa yg ckp t.kasih tu. malangnya dia xnmpak sy tgh senyum kt dia (sbb ada org lain dah hadang). kalo dia nmpak i.allah dia lg la btambah smgt sbb org ckp senyum sy manis *ok ini perasannn* tp poin nya, ucapan t.kasih walaupun nmpk mcm ringan, tp akibatnya sgt berat, sgt mbahagiakan tambah lg masa tgh penat  jd jom sebarkan ucapan t.kasih dan senyuman seindah suria yg mbawa cahaya ;) senyum lah dari hati, duniamu berseri ! happy smiling !

Selasa, 7 Mei 2013

Hilangkan bulu di badan mudah dan murah

wah tajuk, cam nak promote benda je gayanya kan. xdela bukan nak promot, nak sher aje hehe

well bbrapa tahun lepas aku tjumpa byk cara utk m'hilangkan bulu2 di badan, cthnya :

1. cukur, wax (sugar wax - murah, selamat dan tak mjadi aku buat, kalau nk try caranya ada di youtube)

2. gugurkan guna krim yg sgt kuat bahan kimia. beware sbb bau aje dah sgt dasyat, dan bahan kimia krim tsebut blh masuk ikut liang roma dan m'cabar kesihatan di dalam tubuh

3. bakar guna lighter. << ini adalah cara paling xbtamadun haha aku baca dia kata dia tgh tgk tv dgn abg sepupu dia ttbe ada bau hangit. usha tgk abg sepupu dia tgh bakar bulu ketiak haha ok mengarut. jgn try kalo ko bukan rockers

4. ini lah cara yg aku nak cerita. ada dijual di dalam internet. aku dah beli n try, name is sundepil if im not mistaken. apa yg aku nk cter, pas dpat je benda ni guna poslaju, aku terus la mcuba, n syesly its work! dan yg aku nak kecohkan, benda tu sbenarnya hanya lah kertas pasir. yeah yeah, kertas pasir yg dl masa kat sekola korang dok wat tonyoh kayu yg kasar tu , itu lah kertas pasir hihihi. merasa la melayang duit aku mujurla xmahal mana. n straightly aku terus ke kedai membeli 2keping kertas pasir tp yg jenis nipis n xkasar la.  hagak la kan. dan dua keping hanya la berharga rm2 hahaha.
gambar ihsan google

ok aku try di kaki. mmg tcabut bulu2 bertuah yg ada. caranya ialah bulat2kan tempat yg digosok guna kertas pasir tu. wat banyak2 kali camtu n taraaa no more hairs! tp aku sarankan hanya pada mereka yg mpunyai kulit yg tahan cuaca, tahan sakit dan tahan keluli *eh* ok x, pada mereka yg kulit nipis n lembut umpama beby dalam iklan bersama gajah berklip rambut merah itu aku xsarankan la cuba sbb boleh mlukakan. n mgkn akan rasa pedih2 sikit kalo buat kasar, n its depend actually. depend pd kulit ssorg. cam aku, relax je xde hal.

dan aku rasa cara ni tahan lama sikit bulu tu sblm dia tumbuh lg. n dia akan tlg buang sama kulit mati, n kaki akan smooth aje xmcm kalau pakai pcukur atau pun krim, kijap aje dah blink, ada suda tumbuh yg baru hehe skit at kan. dan cara ni jugak xmakan kalo kat bulu2 tebal cthnya kalo dah sll sgt cukur ketiak, bulu akan menebal kan, so insyaaallah bulu ko xkan gugur kalo guna cara ni. tp klo gugur blhla aku pn try hahaha aku xtry lg da kata xblh kan tp aku xgigih la nak gosok2 sambil putar2 kat ketiak aku ni kekekekeke.

ok itu lah alkesahnya. selamat mgosok dan memutar !  

Khamis, 25 April 2013

Mandi Bunga Tahi Ayam 5

Bab 5

" Joe nak ke mana?"

" Nak pergi berniaga la, tok wan. Nak pergi mana lagi," jawabnya sambil memeluk bahu tok wan kesayangannya. " Tok wan duk elok-elok na, nanti Joe balik la macam biasa," ujarnya sambil memakai kasut sneakers yang berlubang di belakang dan di depan. Dah boleh tenung jari kaki sendiri. Siapa makhluk yang rajin nak tolong aku tampal kasut ni, dipersilakan sangat. Tak pun tolong sedekahkan yang baru lagi afdhal kata tok wan, he he, bebel Joe sebelum memberi salam kepada tok wannya yang sedang duduk-duduk di tangga rumah kayu mereka.

Dia sangat sayang kepada tok wannya melebihi ahli keluarga yang lain. Padanya, tok wan aje yang paling memahami dan paling sayang pada dia, dan yang penting, tok wan tak pernah membebel langsung pasal penampilannya apatah lagi perkahwinan. Sayang tok wan! Joe senyum sendiri sambil mengayuh basikal tua tok wannya yang mempunyai lampu dinamo yang akan menyala sendiri apa bila dikayuh.

" Woi, woi, woi! Gila, gila, double gila!" Joe tergolek. " Kau nampak tak aku yang besar gedabak kalah hantu raya ni?? Yang kau tiba-tiba melintas apa kena?? Bayar pampasan!" hulurnya sambil bangun menepuk punggung. Sikunya terasa perit.

" Sorry, Joe.. aku.. aku rindukan kau.."

" Adeh, malaun mana pulak kena sumpahan mandi bunga tahi ayam aku ni??" Joe cuba merenung makhluk di depannya itu. Tak nampak langsung. Malam ni gelap betul, bulan malu, mungkin ada bintang Capricorn yang duk 'phewit' kat dia kut, bebel Joe. " Mana pulak torchlight aku ni pergi? Tikus bawak lari ke?" Bahagian dalam beg lusuh berwarna hijaunya diraba-raba mencari lampu suluh berat berwarna silver yang sudah berkarat. Kalau jual kat penyimpan harta-benda lama memang laku. Bolehla kaya sehari dua. Fikirnya sambil menjeling-jeling mamat yang bersuara tadi dan yang dah membuatkan sikunya perit. Rasa macam dah luka..

" Ni aku, Leman.."

" Leman? Apesal aku rasa macam aku ni dihantui oleh bayangan Shah Leman?" perlinya. " Haa, jumpa pun!" muka gembira, dia suluh muka Leman. " Duh, apasal muka toya macam ni ni, adik ipar? Relaks. Kau kan dah nak mengundang orang makan nasik minyak? Muka tak boleh macam ni, nanti hilang seri,"

" Aku tak boleh terima hakikat.."

" Terima ajela, weh. Dan terimalah hakikat kau kena bayar pampasan sebab siku aku luka. Kau tengok ni, dah berdarah. Bertambah-tambahlah parut hero aku macam ni," suluhnya ke arah baju kemejanya yang memang konfiden lah kelusuhannya itu dan yang terbaiknya, dah terkoyak di bahagian siku! Siapa nak tolong tampal pulak ni??

" Leman! Triple pampasan sebab kau koyakkan baju kesayangan tok wan ak.." dia terus terkedu.

" Kahwin dengan aku, Joe! Aku belikan kau baju baru, kasut baru, rumah baru, semua untuk kau!"

" Kau gila nak makan tempeleng ke apa?? Gila! Geli gila!! Kau blah, Leman, blah!" Joe tolak badan Leman yang tiba-tiba memeluknya.

" Joe, please.. aku betul-betul sayangkan kau! Aku tak boleh hidup dengan orang yang aku tak sayang! Aku betul-betul maksudkan apa yang aku kata!"

" Weh, aku ni pun ada maruah! Kau ingat aku ni apa, hah? Suka hati kau nak peluk-peluk?? Blah sekarang sebelum kau makan penumbuk aku!" hilang hormatnya kepada bakal adik iparnya itu. Nafas Joe turun naik menahan amarah. Berani mati dia buat aksi! Dia kutip torchlightnya yang tergolek ke atas tanah dan merenung Leman. " Kau tak nak blah, biar aku yang blah. Melambatkan acara betul!"

" Apa ni bising-bising?" ada tiga lampu suluh menyuluh ke arah Joe dan Leman.

" Dipersilakan tuan tanya mamat ni! Aku blah dulu!" laju-laju dia mula mengayuh kembali basikal tok wan. Bad luck betul mamat Leman ni, bebel Joe. Kau tengok, berapa banyak kerugian yang dia bagi kat aku?? Pertama, siku aku luka, dah tu tak bayar pampasan. Kedua, dia koyakkan kemeja putih kuning aku (sebab kelusuhan), ni pun tak bayar pampasan. Ketiga, dia bengongkan basikal tua tok wan. Memang aku rasa nak hempuk aje kepala dia dengan basikal ni tadi! Keempat, dia bengongkan torchlight aku! Yela, dah nama torchlight zaman Jepun, sekali jatuh (yang dah memang pernah jatuh terhumban berkali-kali sebelumnya) wajib la ikut sama bengong. Dan kelima, dia peluk aku!! Ini adalah kerugian terbesar aku! Serius! Dah la bakal adik ipar, buat perangai tak senonoh dengan bakal kakak ipar sendiri, ini memang dah lebih! Duh, gila serabut! Apesal Leman jadi macam ni?? Leman!!!!

" Woi, gila bayang dengan Leman ke tiba-tiba kau jerit panggil dia??"

" Ceh, pernyataan membawa kegilaan. Tak ada hala sangat ke aku tiba-tiba nak gila bayang dengan BAKAL adik ipar sendiri?" Joe tekankan perkataan bakal. Ni lagi sorang kot nak makan pelempang aku. Dah la tegur tak bagi salam! Joe bising sambil turun daripada basikal tua tok wan. Dia tenung-tenung basikal tersebut yang lain macam aje melelongnya tadi. Heh, duit lagi!

" Yela, orang gila bayang aje tiba-tiba menjerit panggil nama orang tu," Bob bersuara menyakat.

" Weh, aku tak gila bayang, tapi aku gila nak belasah dia kau tau?? Kau tengok ni, berdarah siku aku, bengong alam basikal tua tu, dah tu terkoyak lengan baju aku, semua dia punya pasal! Hampeh gila aku rasa! Dah la pergi pe..," Joe terdiam. Aiseh, terkedu lagi!

" Pe apa? Peluk kau?? Pergh, hebat laaa, berani mati!"

" Gila! Peluk apa benda. Dia bertuah sungguh pergi penambah (menambah) sakit hati aku ni kata dia sayang aku!" aduh! salah cakap! err.. ni agenda nak selamatkan diri ke nak perangkap diri?? bisik hati Joe sambil pejamkan mata dan menggenggam penumbuk, mulut pulak diketap kuat, menyesal!

" Ha ha! Gila betul Leman ni nak tackle kau! Aku pun tak berani!"

" Kau ni memang spesis nak menambah sakit jiwa aku kan? Nak aku tambah kuantiti orang kat rumah sakit jiwa nun?? Tak sayang kawan langsung!"

" Relaks, beb! Ala, lagi pun kalau kau tak beritahu aku pun, dah memang tersebar pun gosip Leman nakkan kau, bukan Joyah," balas Bob sambil mengipas tubuhnya yang agak besar dan bulat itu dengan kipas daun kelapa berwarna-warni. Joe dah menganga kat sebelah.

" What are you talking about??! Kau jangan nak buat cerita palsu kat sini, weh!" keluar dah bahasa orang putih dia. Dia memang pelajar cemerlang masa sekolah dulu, tapi disebabkan kesusahan keluarga, dia rela mengorbankan diri untuk tak sambung belajar, tak sanggup nak menyusahkan lagi keluarganya. Banyak makan belanja kalau dia nak sambung belajar dan mungkin bukan masanya lagi.

" Beb, aku tak tipu kau la. Semua orang dah tahu, Leman suka kau, bukan adik kau," Bob menjawab selamba. Tak makan karan pun dengan muka raksasa Joe yang sikit masa lagi nak makan orang tu. " Kau tak percaya, tanya la Mat," muncungnya ke arah Mat di gerai sebelah yang menjual air dan keropok. Deretan gerai-gerai kecil dibuka setiap malam di tepi laut itu, dan menjadi penambah rezeki bagi orang yang rajin. " Beb, betul kan Leman tak nak kat Joyah, dia nak kat Joe??" jeritnya nyaring.

" Woi, apesal kau tak pergi jerit kat laut sana aje, tanya satu Perlis ni, tanya sekali sempadan Siam sana, biar semua orang tau! Gila!" Joe baran.

" A'ah la, betul la apa Bob kata," yang si Mat ni pun mencari pasal memang nak makan pisau hiris roti ni kot! Joe mengetap geram sambil mata duk aim ke arah pisau roti di hadapannya. Ada yang sia-sia jadi padang jarak padang terkukur kot malam ni! Huargh!! Muka Joe merah padam. Bermacam rasa bercampur. Dia tutup mata, tangannya menghentak kuat meja yang dibuka khas untuk para pelanggan sambil menghenyakkan punggung ke atas kerusi plastik putih di situ. Gila sakit jiwa aku rasa! Apa perasaan femili aku kalau diorang tahu? Apa perasaan Joyah? Mak? Abah?? Uhh! Shah Leman, kenapa kau suka aku, bukan Joyah???!!!

" Bob, aku cuti sakit malam ni. Blah dulu, bye,"

" Woi, kau sakit apa? Malam ni malam minggu la, ramai orang lepak!"

" Kau cari la orang lain, serius aku rasa nak gila," ujarnya sambil menolak basikal tua tersebut mengharungi pekat malam. Hatinya sakit..





Jumaat, 19 April 2013

Mandi Bunga Tahi Ayam 4

Bab 4

" Berapa ringgit yang ni, bang Samad?" tanya cik Salehah yang mesra dengan panggilan Leha di kampung mereka. Dia yang merupakan janda beranak satu ini memang menjadi igauan setiap lelaki tak kira usia, namun semua lamaran dan pinangan mereka ditolak mentah-mentah.
" Untuk hang Leha, abang bagi diskaun lah," sambut Pak Samad yang secara tiba-tibanya terus meliuk-lintuk dan muka berseri-seri. Joe di belakang hanya menggelengkan kepalanya.
" Berapa diskaun tu, bang?" si Leha melunakkan lagi suaranya.
" Abang bagi free aje lah mana-mana yang Leha nak," pak Samad menyambut bahagia, daripada bagi diskaun, terus dapat free! Mana tak nya, sekali dapat jelingan Ratu Janda Kampung daa, terus lemah hati dan jantung! Rakan-rakan nelayannya yang lain pula mencebik cemburu dan geram, sambil membisik-bisik antara mereka. Suasana kala itu agak hingar, serupa di pasar basah, para nelayan memanggil-manggil pelanggan yang ada.
" Ehem, ehem! Amboi, abah, nu mak dok panggil nu, tak dengar ka, bah oi?" Joe menyampuk. Cukup la sekejap tadi dia mendengar usik-usikan manja, mahu ada jugak yang nak dapat cepukan aku karang. yang si minah ni aka Mak Leha ni pun satu hal. Dia dah kepingin sangat kut nak merasa tempeleng sulung aku! bisik hati Joe, panas.
" Mana, mana, Hana?" pak Samad kalut mendengarkan ucapan anaknya itu. Joe yang ralit mengemas dan menyusun atur pukat mereka tertawa perlahan.
" Entah, tadi macam telinga ni terdengar-dengar aje mak dok panggil. Kut terberangan kut, bah. Biasa la kan, sehari tak dengar suara mak, rindu!" Yes! Berjaya kenakan abah, ha ha. Joe menyambung tawanya yang bersisa.
" Ish, kalut betul budak ni. Ada yang nak kena pelangkung kut sat lagi ni!" bebel pak Samad sambil meninjau-ninjau ke arah rumah mereka dari kejauhan.
" Pada-pada la bah oi. Kita ni makin tua, bukan makin muda nak duk menggatal merla macam tu, tak gitu, Mak Leha?"
" Tahun bila aku menggatal pulak ni, Hana? Hang mulut memang dari dulu kan, sebab tu aku tak suka hang kawan dengan anak aku, hang tak reti nak hormat orang tua!" mak Leha menempik kuat. Ceh, dengan lelaki bukan main hang manja-manja, dengan aku punya la hang menyinga. Ingat rupa hang dah cukup comel la, cukup cantik la, eh? Kalau dah perasan cantik bagai, awat hang tak pi masuk pertandingan American’s Next Top Model nun? Baru terbukti hang memang cukup cantik dan lenggokan hang laku. Kalau takat dok melenggok kat kampong ni ja, apa pun hang tak dapat, dosa aje lebih, bisik hati Joe sambil matanya memandang mak Leha atas bawah dengan lagak muka tak puas hati.
" Oh, sedar rupanya diri dah tua kan, Mak Leha. Kalau sedar, buat la.."
" Sudah la tu, Hana. Hang ni memang tak reti nak hormat orang tua, cakap dengan kami semua ni macam hang duk cakap dengan ayam hujung kampung nun, cuba belajar cakap sopan-sopan, Hana,"
" Ye la, bah. Segan aku nak bertekak dengan hang, Leha Janda gatai merla, wek!" lidahnya dijelir sedikit kepada mak Leha di hadapannya.
" Ya Allah, budak ni! memang nak kena pelangkung! Hee, sabar ja la aku!" jerit mak Leha nyaring selepas Joe menarik tali baju dalamnya dari luar. Tu la, siapa suruh pakai kebaya jarang sangat? Singkat pulak tu, siap wangi-wangi, padahal datang nak beli ikan aje, mengalahkan Ratu Kebaya you! desis hati Joe sambil berlari jauh meninggalkan abahnya menguruskan ikan-ikan yang tinggal. Selebihnya tadi sudah pun dibeli oleh tauke Wong, selaku peraih tak rasmi ikan-ikan yang ditangkap mereka.
" Woo, woo. Kau ni pulak pasal apa tiba-tiba mai terpa depan aku ni, wei? Hish, nasib aku tak terlanggar, kalau tak, free kau terbang masuk dalam laut!" kecoh Joe memarahi Leman yang secara spontannya berada di depannya.
" Sorry, Joe. Aku ada benda nak bincang dengan kau. Boleh ikut aku sekejap tak?" sambut Leman perlahan dan syahdu sambil merenung ke arah Joe yang tegang aje mukanya.
" Kau nak bincang apa, dengar macam kes beruk kau mati terterjun pokok kelapa je, hah?" soal Joe, malas nak ambil kisah, tapi tengok muka cemey (sedih) semacam, kesian la pulak.
" Jom la, kita pergi bawah pokok tu kejap. Serius, aku nak bincang benda penting ni," Leman bersuara sambil hujung bibirnya mengunjuk ke arah pokok kelapa berhampiran.
" Ish, tak mau aku. Berkhalwat la, you know? Aku tak kenan khalwat-khalwat ni, kau beritahu aje la apa kau nak sembang kat sini, apa susah?" jawab Joe bersahaja. Bajunya dikibas-kibas sebagai tanda 'aku hangat, hang apa tau?'
" Okay, jom aku belanja kau teh tarik," pelawa Leman.
" Uhh, alang-alang, kau belanja aku makan tengah hari sekali la, senang!" Leman dilayan seperti seorang kawan yang sudah lama dikenalinya, padahal mereka kurang berjumpa sebelum ini disebabkan Leman yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Hilang sudah segala kekalutan hatinya sebentar tadi yang sibuk memikirkan tentang Leman selepas makhluk itu memunculkan diri di hadapannya. Pelik jugak tu..
" Bah! Joe makan kedai hari ni!" tempikan Joe membuatkan semua mata mengarah padanya, tapi dia memandang dengan membisik di dalam hati, 'korang pasal apa, aku cakap dengan korang ke yang dok sibuk teleng ke sini?'
Di warung..
" Banyak betul kau ambil makanan. Kau saja nak paw aku ke, wei?" protes Leman sambil membeliakkan biji matanya. Mahu taknya, badan kecil tapi selera makan, mak ai, dinosaur pun kalah!
Joe mengabaikan persoalan Leman, sambil tersenyum tak ikhlas, dia merenung sebentar ke arah pinggan nasi Leman. Alahai, kau makan nasi sejemput, ikan kering dengan telur masin je ke? Kenapa dengan kau ni, tengok aku, nasik penuh pinggan, ayam seketul, ikan pari sepotong, ulam, bergedil dan sayur taugeh, siap sambal belacan, mujur kau tak belanja aku malam-malam, kalau tak, aku nak makan sampai hang jatuh miskin hahaha, Joe gelak jahat di dalam hati, tanpa sedar percakapannya di dalam hati terpacul keluar melalui bahasa wajah dan tubuhnya.
" Kau saja nak pekena (buli) aku kan?"
" La, yang kau kedekut tahi hidung masin ni pasal apa pulak? Tadi bukan main kau nak belanja aku. Ceh, kalau kau tak mau bayar tak apa, aku boleh bayar sendiri la, Leman," jawab Joe tak berperasaan. Pantang betul aku orang macam ni. Tu la kau, lain kali nak belanja orang, tengok dulu dia kuat makan ke apa ke, takde la kau nak duk melahu nanti kalau tau kau tu kedekut! sambungnya di dalam hati. Nanti mahu bertekak pulak kalau dia bersuara.
" Takde la, aku bukan apa, aku tengok kau ni badan sekeping kalah tiang letrik, tapi tak sangka kau ni makan kuat, eh?"
" Tu la kau, kau sembang macam kau tau segala pasal aku, siap ajak aku nikah, tapi apa yang kau tau pasal aku, aku pun tak tau la," jawab Joe selamba sambil terus menyuap makanan dengan penuh selera dan gelojohnya. Kau la punya pasal ni Leman sampai pagi tadi aku tak lalu makan!
" Uhuk!" Leman tersedak mendengar ucapan Joe.
" La, pasal apa pulaknya kau ni?"
" Kau la, kau tau tak aku sayang kau, aku tak tau banyak pun pasal kau tapi aku tak kisah kau macammana pun, asal kau solat, jaga aurat semua, dah cukup buat aku,"
" Kau tak tanya mak kau macammana rupa aku sambut diorang, hu hu," Joe ketawa kecil, sengaja mahu mengenakan si Leman.
" Hah? Uh, aku.. serius nak cakap kat kau, aku tak kisah semua tu.. aku.. "
" Kau la ni kau kata la kau tak kisah apa semua, tunggu tengok sepuluh tahun nanti, aku bising sikit, kau mula la kata, ' I nyesal kahwin dengan you!' apa segala. Kau percaya la cakap aku ni, tengok," Joe membalas sambil menolak pinggannya ke tepi.
" Alhamdulillah. Hai la kau ni tak habis-habisnya makan lagi? Kau duk kira nasik tu ke, Shah Leman oi?"
" Aku tak kira, aku duk tengok kau makan, agak kan, kau ni bela apa eh, makan macam hantu lapar nun,"
" Woi, mulut kau ni, choi! Kau dok kalut buat apa, kau tau tak kerja aku macammana? Ni angkat pukat, menjala. Kau ingat kerja senang ke? Kau tak apa la, duk rumah aje, puh puh kau hisap rokok sambil-sambil goyang kaki, padan la kau makan macam anak kucing," Joe membebel sakan " Anak kucing aku pun makan kalah kau," sambungnya lagi. Sengaja nak menyakitkan hati Leman, biar dia tahu siapa Joe yang dia nak lamar ni, bukan tenang-tenang air di tasik, tapi kasar-kasar batu aku lastik punya ni!
" Kau nak sembang apa dengan aku tadi, tadi duk sibuk sangat sampai ajak-ajak aku berkhalwat apa," perli Joe bila dilihatnya Leman hanya diam membatu. Nasi di dalam pinggannya hanya dikuis sikit-sikit. Macam wanita melayu terakhir betul dia ni! komen Joe.
" Aku tak boleh terima la, aku tunang dengan Jo.. yah.."
" Pasal apa pulak, cuba kau beritahu aku? Pasal dia tak comel macam aku? Gelap gelita macam jalan tar? Bodoh-bodoh alam?" senarai baik punya Joe bagi pada si Leman. Tak sedar dia mengutuk adik sendiri.
" Takde la sampai macam tu sekali, kau ni tak beragak betul. Aku tak sayang dia, sebab tu aku tak boleh terima, Joe! Aku sayang kau, kau faham tak??"
" Tak!" jawabnya dengan muka tak bersalah sambil mencungkil gigi.
" Macam ni la, kau pun kena faham, aku bukan tak nak dekat kau, kalau lah katanya yang dilamar tu aku, insyaAllah dengan izin Allah, aku terima. tapi dah mak ayah kau yang tak kenan dekat aku, aku nak kata apa? Takkan lah aku nak pi cekik batang leher dia pulak, cakap 'pulangkan, pulangkan Leman padaku, dia hak aku,' macam tu?"
" Tapi.." Leman mengusap mukanya dengan tapak tangan. Tanda kecewa meraja di hati. Memang dia tahu, ayahnya cukup pantang berjumpa dengan budak kurang adab serupa si Joe ni, tapi apa kan daya, dia menyukai wanita yang bersikap begitu.
" Kau patah hati aje la, Leman. Aku segan (malas) nak komen panjang, kau anggap aje la kita tak berjodoh. Tapi, aku tetap percaya, kalau ada jodoh kita, esok kau mati pun, kau tetap akan kahwin dengan aku hari ni. Kau faham kan maksud aku?"
Leman angguk. Sinar kecewa jelas dapat dibaca dari raut wajahnya. Rejected for the second time!
" Weh, aku balik dulu, kau tak payah la belanja aku, kau kena simpan duit untuk kenduri kan, okey, adik ipar, aku doa kau bahagia dengan adik aku. Ho ho, kau tua tapi kau adik, ha ha lawaknya!" Joe ketawa kuat sambil menjerit pada tauke kedai, 'buku 55, bos!' kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Leman.
Leman terkedu, kenapa kekasaran kau yang menambat, bukan kelembutan Joyah yang memikat? Dia menggetap bibir, di dalam hati membisik, semoga segala yang berlaku berhikmah, moga Allah membantu.
' Kau ingat kau saja yang kecewa? Tapi, macam aku kata tadi, kau dengan aku takde jodoh, jadi, tak payah la aku dengan kau nak tunggang terbalik duk stres sorang-sorang. Dunia belum kiamat, bro! Hang bahagia cara hang, aku bahagia cara aku,' bisik Joe sambil kakinya melangkah turun dari basikal tua tok wannya.
" Assalamualaikum, tok wan! Tok wan dah makan?" tegur Joe sambil tersenyum ceria memeluk bahu datuknya yang sedang duduk mengambil angin di tangga.
" Dah, Joe. hang pulak, awat tak balik makan dekat rumah?"
" Joe makan kedai, tok wan,"
" Ha? hang makan kedai buat apa, bukan kenyang,"
" Kenyang la, tok wan. Apa pulak tak? Joe makan macam-macam tadi, ayam, ikan.. kenyang aje, tok wan. Tengok perut ni bulat," terangnya bersungguh.
" Dah hang kata makan kedai, tok wan duk bayang hang pi dok gagah gigit kayu papan apa semua, ha ha," gelak tok wannya menampakkan gigi yang semakin kurang dengan pertambahan usianya.
" Karut la tok wan ni. Joe gigit tok wan pulak nanti, mau?" Joe menyambung gelak tok wannya, dengan pitching serupa Amy Search menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Yes, Leman. Aku bahagia dengan cara aku, kau bahagia dengan cara kau.

Khamis, 18 April 2013

Hero aku Tomboy 15

" Fazzy, panggil la Khairul elok-elok sikit. Siapa ajar ni panggil orang macam tu?" mama menegur Faz, mungkin dia terdengar suara Faz memanggil aku tadi. Tapi suara dan cara mama memang tak payah harapla Faz nak mendengar dan mengambil iktibar, kirim salam ajela katanya. Kalau aku yang tegur, agaknya dia kirim salam tampar dah kut..
 " TV kot, ma. Faz pun lupa siapa yang ajar, yang penting bukan mama dan papa la," aku mendengar lantang suara isteri aku itu menjawab. Penuh dengan loyar buruk dan kereknya bukan main. Aku menggeleng di dalam hati. Apa yang aku tau la, geng gangster memang kebanyakannya macam ni.
 Tapi, ini gangster pakej mahal ni, semua ciri dia ada. Cara dia aje dah nampak gangster bukan main dan kalau dah nama gangster harusla pandai seni kungfu panda, tak pun silat batang pinang kan.. harapnya dia takkan buat preview kungfu panda dia tu kat aku, aku tak sanggup nak menghadapi, weh! aku jeling-jeling bahunya yang kelihatan tegap di balik baju yang dipakai. Pergh, kalah aku!
 Aku masih tertanya-tanya kenapa Faz sampai boleh jadi seorang gangster. Kalau gangster universiti atau sekolah, boleh la aku terima lagi, ini gangster KL! KL, okay! Aku teringat apa yang Am sebut bila aku tanya kenapa, dia kata dia pun tak tau tentang fakta kenapa Faz jadi gangster. Tak sampai lagi gosip tu pada dia, dan dia suruh aku tanya sendiri nanti. Duh, tengokla keadaan macam mana!
 Am dah balik bersama tetamu-tetamu yang hadir. Dia sibuk dengan kerja katanya. Kebetulan dia ada kelas petang pukul tiga nanti.
 " Kau nak makan apa? Kau bubuh sendiri ajela. Aku dah lapar ni, tak sempat nak serve untuk kau," kata Faz endah tak endah sambil tangannya laju menyuap nasi ke dalam mulut yang berlaukkan sambal udang petai, ketam masak lemak cili api dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Matanya pula tertumpu pada TV yang terpasang di depan.
 " Duduk, Khairul. Janganla segan-segan, kalau segan, laparlah," kata mak mertua aku itu lembut sambil tersenyum. Hati aku yang masih tak boleh terima dengan ke'jantan'an isteri aku tu mula cair dengan layanan baik mak mertua. Hairan betul mana si Faz ni dapat perangai kasar kalah datuk aku ni pun aku tak tau la. Haih! Aku mengeluh sendiri.
 Tapi malangnya, dia dah pun jadi isteri aku.. aku nak menyesal pun dah tak guna. Sekarang ni aku kena belajar terima dia seadanya, sebab aku tahu, gangster mana pun, jahat mana pun, kebaikan dan kelebihannya tetap akan ada di mana-mana, tercicir tak sempat kutip di balik kelemahan yang tersedia.
 " Khairul tak ada kuliah hari ni?" lamunanku terhenti mendengar pertanyaan mama. Ehe, mama okay, bukan makcik lagi.
 " Em, hari ni memang tak ada kuliah, ma.. ma," aku menjawab sambil membetulkan duduk. Uh, segan pulak tiba-tiba.. aku tergaru-garu pipi sendiri.
 " Ek eleh, kau ni nak blushing-blushing pulak panggil mak aku mama, apa kes?"
 " Tak biasa lagi kot," aku beriak positif walaupun geram dengan mulut si Faz ni, tak habisnya lagi tu dengan mulut bertih jagungnya. Aku pergi borong bertih jagung dekat pasar malam sumbat dalam mulut kau nanti, nak?! Duh, dah kata gangster kampung pisang, weh.. sabar, sabar..
 " Apa bertih-bertih jagung? Kau ingat aku tak tau kau duk mengata aku?" soal Faz sambil menjeling aku. Aku tengok pinggannya dah habis licin, tak ada sebiji pun nasi yang tertinggal, manakala aku baru tengah menyenduk nasi ke dalam pinggan. Gila baik punya laju dia makan! Ini bela hantu raya punya fesyen ke ni?? Siap boleh tahu aku kata apa, ini memang masalah!
 " Eh, bertih jagung apa? Makan, mama," aku mempelawa mama makan sebagai meng'cover' keseganan aku dek kerana terkantoi dengan Faz. Bertambah-tambah segan aku yang memang dah segan pun tadi. Aha ha, tapi tipu la kan isteri aku ni nak bela hantu raya pulak. Dia sengaja nak kenakan aku la tu. Dan elok pulak dia tembak, memang betul tekaan dia nak mengenakan aku balik. aku diam.. mengecilkan diri di situ.
 " Makan, Khairul. Sedap tak udang tu? Fresh lagi kan?" tanya mama mesra.
 " Mama, tak payah baik sangat dengan dia ni, konon boleh nampak hantu, entah-entah dia yang bela hantu, tu pasal la boleh nampak hantu semua tu, ma," tak sempat aku balas, Faz menuduh aku dengan lantang dan sangat tiba-tiba. Ya, sangat tiba-tiba. Dia ingat aku mintak ke nak nampak benda bukan-bukan ni, mintak simpang ada la. Duh, mulut dia ni kena sampuk dengan jembalang mana aku pun tak berani nak kata! Aish!
 " Fazzy, tak baik la cakap macam tu. Khairul ni dah jadi suami Fazzy, Fazzy kena hormat dia, tau tak?" mama menegur. Dengan cara yang sama macam tadi.
 " Apa benda kau tenung? Nampak hantu?" dia tegur aku yang terus jadi tak lalu makan disebabkan dia. Nasib baik aku senduk semua serba sedikit. Diet di hari akad nikah sebab tak berapa nak lalu untuk makan. Orang yang terkejut dan terkena culture shock macam aku ni memang akan jadi macam ni untuk beberapa hari.
 " A'ah, dekat aje dengan awak tu," aku balas. Test sikit mamat gangster ni. Gangster tahap mana, kan?
 " Hah?? Mana, mana? Mama, hantu, ma, tak nak, Faz takut!" ha ha, aku gelak dalam hati. Badan dah serius tough, muka dah memang smart, sekali sebut hantu terus lari peluk mama. Harusnya kau peluk aku la, Faz. Ceh, tak harus la aku nak menggatal dengan dia! Silap hari bulan, meninggal aku kena lempar keluar tingkap, ahaks naya!
 " Betul ke, Khairul? Besar ke hantunya?" mak mentua aku bertanya sambil memandang ke arahku.
 " Ye, ma. Besar jugak, telinga pulak capang sikit," aku mengiyakan. " Tinggi ni," aku mengangkat tanganku tinggi bak mengukur angin untuk membayangkan tingginya si hantu tersebut. Mata Faz membulat. Mama berkerut sikit, rasa terancam jugak tapi dia cuba berlagak tenang. Mungkin dia fikir, tak nampak dan tak mengacau tak apa, boleh tahan lagi.. jangan nampak sudah.
 " Weh, mana, mana? Dia ikut aku tak?! Mana, beritahu la aku cepat!" Faz datang dekat menepuk-nepuk lenganku semangat sambil memandang ke kiri dan kanannya. Riak muka dah seram gila.
 " Ha ha, ini ha depan ni aje," aku menjawab endah tak endah. Saja nak bagi dia kelam kabut macam tu, nampak comel la sikit daripada muka dia yang selalunya beriak tak ada perasaan dan perasan maco tu.
 " Mana?? Beritahu betul-betul koordinat dia, weh! Aku nak hembus ni!" kedengaran suaranya membaca surah al-Ikhlas dengan laju sambil menutup mata. Aku tahan ketawa menengok ke mukanya, nampak benar dia percaya dengan kata-kata aku tadi. Ish, ish, tak sangka hari pertama nikah dah kena buli dengan laki sendiri. Tu la siapa suruh mulut tu tak reti nak duk diam? Kan dah kena.
 Muka tak ada perasaan dan perasan maco tu okay la, aku boleh terima lagi, tapi ayat-ayat yang keluar daripada mulut dia memang tak boleh blah! Sembang baik tak apa, ini sembang nak cari pasal, apa cerita, kan. Sini kita sembang drama terbaik! Dan aku dah dapat tahu kelemahannya di balik aura kegangsteran dan kemachoan yang selalu ditunjukkannya sebelum ni.
 " Nak hembus apa benda? Awak tu la hantunya!" mama tergelak kuat mendengar jawapanku. Dia gelak sampai merah pipi. Aku pun tak tunggu lama terus ketawa mengalahkan tuan rumah. Maklumla dari tadi aku tahan, ehe. Ingat seronok ke nak tahan gelak ni, seksa jugak tapi sebab ada niat yang tak berapa nak jahat ni terpaksalah aku berlakon jugak!
 " Hish, kau ni, bazir masa aku aje la!" Faz mengangkat tangannya nak ketuk kepala aku, tak pun nak sekeh macam yang budak kolej aku kena hari tu, tapi segera diturunkan kembali selepas ditegur mama. "Aku doa kau tercekik kejap lagi," ucapnya selamba sambil terus berlalu naik ke atas. Amboi, macam tu aje? Ingat dia nak terkam aku la tadi, mana tau kot nak buat cakar harimau ke kan, wa ha ha, angan-angan tinggi betul! Mujur sangat tak kena, aku tersangat bersyukur, alhamdulillah! Kalau tak, insyaAllah ada planet warna biru besar telur ayam gred A kat kepala aku nanti tak pasal-pasal!
 " Apa yang gamat sangat ni, sayang, Khairul?" papa Faz tiba-tiba muncul dari luar. Mungkin baru habis bersembang dengan rakan-rakannya yang hadir sebentar tadi yang aku tak perasan.. Papa ada sebut yang kenduri besar-besaran akan diadakan selepas kami berdua tamat universiti, insyaAllah. Sempat ke nak tahan ikatan ni sampai aku habis studi, aku sendiri pun ragu-ragu.
 " Si Fazzy tu ha, degil sangat abangnya. Sama la macam abang,"
 " Amboi, sedapnya perli abang ya?" jawab papa sambil mencubit manja pipi si isteri. Aku yang terpandang ni pulak yang jadi tersipu-sipu malu. Ehe, jarang la aku nak tengok aksi-aksi manja dan romantik romantik ni depan-depan mata. Heh, kalah anak dara pulak pemalunya aku ni! Yela, mak dengan ayah tak ada beraksi macam ni depan aku. Mana aku tak segan, live depan mata!
 " Abang ni, malu la, ada si Khairul ni, ha," balas mama sambil tersenyum simpul.
 " Ye, sayang, abang tau, chu.." alahai, tiba-tiba boleh pulak papa cium pipi mama depan-depan aku, aku rasa gamaknya doa Faz tadi dah termakbul! Aku rasa tercekik dan segera tersedak kuat.
 " Kamu okay tak, Khairul?" soal papa sambil terus laju mengurut-urut belakangku. Aku segera menghirup jus oren sejuk di sebelahku dengan gaya tak menyempatnya sampai naik pening kepala, sikit lagi nak juling mata. Lepas lega sikit aku rasa, aku terus mengangguk. Papa tersenyum kembali penuh mesra.
 " Okay, papa. Terkejut sikit aje," aku menyambut sambil ketawa perlahan.
 " Itu la abangnya, bukan nak segan depan anak menantu sendiri, ee, apa la," tegur mama manja.
 " Ala, dia dah kahwin, nanti dia faham la, kan Khairul?" ehe he, akan fahamkah aku?? Err.. akan fahamla kot..
 " Aha ha ha, ye la kan, papa..!" aku berlakon gelak dengan kuatnya kerana mahu menghilangkan rasa segan mendengar ucapan bapa mertuaku itu di samping menunjukkan penghormatan aku padanya. Akhirnya, aku jadi lagi segan daripada awal tadi. Ceh, macam apa aje kan..
 Kemudian belakang kepala aku usap perlahan menggunakan tangan kiri, pipi aku boleh pulak nak terasa panas tiba-tiba. Agaknya mesti dah merah, ceh, perasan putih melepak la pulak aku ni. Kau tu coklat muda, jangan nak perasan lebih, marah aku di dalam hati.
 " Ini, papa nak ke luar negara dah malam nanti. Papa tinggalkan si Faz tu dengan kamu, ya. Dia dah jadi tanggungjawab kamu, jaga la dia baik-baik. Papa percaya kamu boleh jaga dia," sekali pesan dah macam nak tinggal wasiat dah ha. Papa tepuk-tepuk bahu aku.
 " Err, insyaallah, papa," aku teruskan makan yang terasa macam sebulan lamanya makan tak habis-habis. Padahal aku rasa ciput aje makan tengahari aku hari ni.
 " Oh, ya. Papa nak minta nombor telefon ayah kamu, Khairul.. nak say hi pada biras kita ni, sayang," kata papa riang sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi berhampiran mama. Mama tersenyum gembira juga mendengar kata-kata si suami tercinta. Wah, bahagia dan cerianya papa dengan mama..
 " Baik, papa. Nanti saya hantarkan bussines card pada papa," aku balas sambil tersenyum.
 " Cepat makan. Nanti dah nak zuhur ni, terlepas khutbah Jumaat, sia-sia aje solat Jumaat kamu nanti," papa menegurku selepas dilihat aku masih mengira nasi di dalam pinggan! Dah rasa macam sebulan tiga hari la pulak aku makan tak sudah-sudah. Sewel kan. Aku gugup dan terus mengangguk laju. Tiba-tiba boleh pulak terlupa yang hari ni hari Jumaat! Penghulu segala hari dan hari yang mulia. Moga-moga direstui pernikahan aku dengan Faz. Ameen..
 ***
" Mama, saya nak balik kolej dah sekejap lagi," ucapku pada mama selepas aku pulang daripada solat Jumaat bersama bapa mertuaku. He he lawak pulak aku muda-muda ni dah ada bapa mertua, kau ada?
 " Eh, kenapa awal sangat? Balik la lewat sikit, nak tidur sini pun tak ada masalah, Khairul," mama membalas lembut. Matanya yang tadi tertumpu pada kaca TV home theatre di hadapannya itu beralih memandang aku sambil tersenyum. Papa dah berlalu ke atas untuk mengemas apa-apa yang patut. Mama kata papa suka kemas baju sendiri, tak suka susahkan mama kemaskan. Wah, gentleman sangat aku rasa. Tapi, kalau sekali sekala isteri kemaskan, sweet jugak, ehe..
 " Tak apa lah, mama. Saya ada kerja banyak yang nak kena siapkan ni, insyaallah ada masa terluang, saya singgah sini lagi nanti ya, mama,"
 " Em, iya lah kalau dah macam tu, nak buat macam mana kan. Cuba tanya Fazzy, mana tau dia nak ikut Khairul balik sekali ke," mama menyambung.
 " Dia.. em.." aku terasa blur tiba-tiba bila dengar apa yang keluar dari mulut mama.
 " Bilik dia di atas, dekat pintu ada dia letak signboard "Faz the one and only"," mama memahami yang aku blur dan cepat aje dia membalas. Tapi aku blur sebab aku tahu yang mesti Faz takkan punya la nak balik dengan aku. Aku berani bet la, confirm seratus lima puluh tiga peratus, beb! Penat aje aku bazirkan tenaga, masa dan peluh aku pergi tanya dia, tak percaya tengokla nanti! tapi tak apa la, nak jaga hati mama, aku pun bergerak ke tangga.
 Tangga yang dibaluti tiles seakan kaca itu aku pijak. Tingkap atau pun pintu (aku pun dah tak kenal) yang amat besar dan tinggi elok terletak di sebelah tepi tangga, berhias dengan curtain baldu biru gelap, diikat bagi menampakkan dekorasi lanskap yang amat indah di luar. Aku terpesona lagi. Pagi tadi dah terpesona jugak, mahu taknya rumah yang amat luas, cantik dan dihiasi dengan barangan yang mahal dan unik, ditambah pula dengan rekaan rumah yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi ala-ala di Bali, wah, aku sangat terpegun dan terkejut.
 Kalau nak dibanding dengan rumah aku, rumah pangsa mak ayah aku tu sekecil kuman aje aku rasa. Aku terasa rendah diri di situ sebelum kakiku langkah ke dalam pagi tadi. namun, melihat pada kebaikan dan kemesraan yang diberikan oleh ahli rumah ni (kecuali isteri aku itu, ehem), aku mula mencari titik baru untukku menyesuaikan diri di sini.
 Sampai di tingkat atas, aku terasa angin sepoi-sepoi berhembus perlahan menyapu muka. Bunyi burung berciap kadang kala menyapa telinga menjadi halwa yang sangat merdu dan tenang. Aku terpandang suatu ruang yang dipisahkan dengan pintu sliding door yang dibuka, yang mana di situ ada suatu ruang untuk bersantai. Aku segera menapak ke situ. Aku teruja! Sangat-sangatlah teruja sampai kalah rusa masuk kampung tahap terujanya!
 Kakiku laju berjalan memijak permaidani lembut untuk duduk di atas kerusi kayu cengal di situ sambil menghirup udara yang segar. Ruang yang terbuka itu sangat mengasyikkan. Aku duduk sebentar sambil tersenyum-senyum. Orang yang sederhana nak ke tingkat miskin macam aku ni mana la pernah datang dan duduk bersantai-santai kat tempat yang macam ni. Sungguh aku rasa damai! Terlupa sebentar pada kerja kursus yang berlambak di kolej.
 Lima ke sepuluh minit aku duduk di situ, segera aku teringat pada motifku naik ke tingkat atas. Aku cepat-cepat melangkahkan kaki mencari bilik Faz the one and only katanya itu. Aku tersengih sendiri di depan pintu membaca tulisan the one and only itu. Bajet bagus betul budak ni! Ha ha aku mengutuk tanpa sedar.
 Kemudian aku ketuk pintu biliknya yang kedengaran kuat dengan bunyi kartun bercakap dari dalam bersama-sama bunyi latar yang agak membingitkan telinga. Aku ketuk sampai naik lenguh tangan tapi batang hidung dia pun aku tak nampak lagi. Terpaksalah aku mencadangkan untuk mama nanti bagi meletakkan loceng pintu macam di hotel tu untuk bilik si Faz ni.
 " Wei, apa hal kau, tiba-tiba duk terketuk-ketuk depan pintu bilik aku ni??" lega aku rasa bila terdengar suara parau Faz menyapa telinga. Kau tau tak, merah tangan aku nak ke biru tua dah ni duk mengetuk pintu bilik kau. Aku tarik nafas memandang kepada Faz yang sedang memegang PSP di tangannya.
 Kalau bukan sebab mama, tak adanya aku nak naik dan aku aku ketuk tiga kali aje, kalau dia tak bukak, kira habis la kan. Sebab sabda hadis Nabi S.A.W, "Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan, maka hendaklah dia pulang.” (Riwayat Abu Daud). Kan.. tapi dah aku ketuk bagai nak rak rasanya lebih 33 kali dah, elok pulak tu ini bukan rumah orang lain, rumah isteri aku, jadinya, macam mana? Terpaksa la ketuk sampai dia bukak. Dan aku rasa nak sujud syukur kat sini lepas dia bukak pintu yang berkeramat gila ni!
 " Kau cakap cepat sikit boleh tak? Aku busy ni, kau tak nampak ke?" soal Faz lagi dengan suaranya yang dikuatkan bagi melawan kuatnya suara di channel Cartoon Network yang terpasang di TV plasmanya itu.
 " Busy buat apa? Main game?" yang tiba-tiba aku jadi busybody ni kenapa, aku pun tak tau!
 " Ah, kau tak payah sibukla! Cepat la cakap, weh, kalau tak aku tutup pintu ni biar terkepit jari kau, baru padan muka!" bapak kejam ayat! Aku segera menarik tanganku yang aku parking elok pada pintu biliknya itu. Mencegah lebih baik daripada mengubati! Pucat sekejap dengar ayat mengugut dia.
 " Saya nak tanya, em.. mak.. eh mama yang suruh tanya, awak nak ikut saya balik tak?"
 " Balik mana? Pluto?"
 " Balik kolej la. Saya ni ada rupa alien Pluto ke? Nampak sangat tipunya," aku balas.
 " Tipu tak tipu, tapi kau ni memang ada rupa spesis alien Pluto,"
 " Awak pernah jumpa ke alien tu?"
 " Pernah, ni depan aku ni la alien Pluto untuk pengetahuan kau,"
 " Oh iya ke, alien Pluto warna coklat rupanya, baru saya tahu hari ni,"
 " Bagus la, dah menambah sikit pengetahuan am kau pasal alien Pluto kan? Oh, kau ajak aku balik dengan kau kan? Naik motor kau yang kau guna untuk langgar aku hari tu tu? Cakap dekat mama, aku tak nak balik dengan kau, sekian harap maklum, terima kasih. Jaga diri, alien Pluto!" dumm sekali dia tutup pintu. Sikit aje lagi nak kena hidung aku. Mujur juga aku dah tarik tangan aku awal-awal, kalau tak, insyaallah hilang kuku jari aku dengan cara dia tutup pintu tadi. Bukan kuku aje aku rasa, entah-entah lima-lima jari aku ni hilang bersama! Mak ai..
 Ish, macam ni kau layan laki kau, Faz? Ish, ish. Kejam, kejam. Dah la sedap mengecop aku sebagai alien Pluto yang entah bertamadun ke tidak tu! Hai, anak siapa la budak ni, kan?? Aku membebel sendiri sambil kakiku langkah perlahan menuruni tangga. Memikirkan nasib yang menimpa diri. Oh, tak payahla nak emosional sangat, kalau aku yang wanitanya tak apala nak emosional bagai, ini aku yang lelakinya, ehe.. malula nak emosional tak ada halanya. Aku sengih pada mama dan menyalaminya dan papa sebelum pulang ke kolej.


Bab
*universal*
" Faz, kau tengok la tu, laki kau la, Khairul Ezzairy, alahai hensemnya dia!" bersinar-sinar mata Wawa.
 " Wei, kau gila ke, laki orang pun kau sibuk nak ushar-ushar," malas layan.
 " Waa, kau cemburu ke aku ushar-ushar dia? Pertama kali ni aku dengar, selalu kau mengutuk dia ada la,"
 " Wawaku sayang, tak ada maknanya aku nak cemburu buta, laki aku tak apa lagi kau nak ushar, jangan laki orang lain sudah. Tapi perlu ke dia sama kelas dengan kita? Menyemak lagi depan mata aku. Macam dah tak ada tempat lain dia nak pergi, kan?" bebel Faz sambil menjeling jam di tangan. 5 minit lagi kuliah keusahawanan akan bermula. Malang betul satu fakulti dengan dia, nasib baik tak sama kos! Bisiknya mencebik. Ruang dewan itu dirasakan sempit dan panas dengan kehadiran lelaki itu.

Bab
Satu minggu kemudian
*Khairul*
Awak dah makan belum? Saya kat kafe ni kalau nak pesan apa-apa?
 Aku dah siap taip mesej ringkas ni untuk dia, tapi aku jadi ragu-ragu nak hantar tiba-tiba. Nanti dia kata aku ni penyibuk antarabangsa pulak, macam mana? sadis gila bunyi ayat tu, weh! Aku tak hantar, kesian kat dia aje kalau tak makan lagi. Baru la aku sedar yang aku ni rupanya suami teladan yang mengambil berat tentang isteri sendiri.
 Ceh, baru sikit aje, kau dah perasan lebih, nanti yang nak dapat pahala, terus tak dapat. Dalam tak sedar, jariku tertekan butang send. Aduhai! Apa kena pulak dengan aku ni, aiseh! Aku tepuk dahi, menyesal gila bila telefon aku menyala memberitahu mesej sudah pun selamat sampai kepada si penerima.
 " Weh, terima kasih suami solehku, aku ada kaki, aku boleh cari makan sendiri, okay. Kau tak payah nak rasa dan sibuk nak ambil berat pasal aku, aku dah cukup sempurna walaupun kau tak ada," ayat yang diucapkan tanpa jiwa itu kedengaran perit menyapa telinga tak sampai tiga minit kemudiannya.
 " Dan sejak bila kau ada buat servis delivery ni, beb?" aku terus terpempan sementara waktu.
 Aku angkat muka memandang ke arah suara tersebut. Aku dah tahu, siapa lagi kalau bukan isteri gangster aku! Kan dah kata. Aku pandang dengan muka-tak-tahu-nak-bereaksi-macam mana ke arahnya. Aku dah agak dah, gerenti punya dia nak perli aku! Tahap sakit hati punya perli sekali dia bagi! Najwa kawan baiknya pula aku lihat menyiku kuat rusuk kirinya selepas habis dia berkata-kata.
 " Sakit la, kau ni apa kena, Wa??! Tak ada hala tiba-tiba nak menyiku aku?? Dah gila sangat nak masuk hospital?! Siku dah la tajam kalah pisau!" tempelak Faz kuat. Aku terus telan air liur. Nasi lauk paprik tengah hari itu aku tolak ke tepi sementelah Faz yang datang tiba-tiba dari belakang terus menghilangkan nafsu makanku. Yela, datang-datang aje terus cari pasal!
 Esok la aku buat iklan kat Mudah.com, siapa yang nak kurus dalam masa sebulan, sila berkahwin dengan Faz (kalau aku nak ceraikan dia la, siapa tak sayang bini oii). Sebaris ayat dia aje dah cukup buat tak lalu makan!
 " Kau tu la, jaga sikit cara percakapan kau, kau cakap dengan suami kau, bukan dengan kawan kau!" marah Najwa pula, sedikit kasar aku kira.
 " Kau dengar tu, pakcik Khairul? Kau ceraikan aje aku, kau kahwin dengan dia. Wawa, kau suka sangat dengan mamat ni kan? Aku pun tak kisah kalau kau nak kat dia," ucap Faz bersahaja dan kemudian memeluk tubuhnya sendiri. Rambutnya dilurut ke belakang selepas itu sambil menjeling aku penuh benci. Dan dia tak hairan langsung dengan apa yang dikata.
 Najwa yang mendengar butir katanya itu segera membulatkan matanya selari dengan pipinya yang mula kemerah-merahan tak tunggu masa. Malu apabila rahsianya terbongkar. Tambahan pula ada berpuluh pasang mata sedang menonton drama aksi di keliling kami. Siap ada yang berhenti berjalan semata-mata nak tengok pasangan pengantin baru nerd-gangster bergaduh. Mak ai. Standard macam kat panggung la pulak.. aku berdiri. Aku gigit bibir sebentar sebelum aku mengumpul kekuatan untuk bersuara melawan renungan berapi Faz.
 " Fazlah Joanna binti Datuk Mohammad. Dengar sini. Saya tak akan sekali-kali menceraikan awak kecuali mati saja yang akan memisahkan kita!" aku bersuara kuat yang akhirnya mematikan renungan membunuhnya tadi. Dia diam dan pandang ke arah lain. Riak muka tak percaya terlihat pada wajahnya. Mulutnya pula diketap sambil merenung jari-jemarinya sendiri. Tak lama kemudian, dia mendekati aku.
 " Okeh! Kau pun dengar sini, Khairul! Aku akan buat kau menyesal dengan kata-kata kau tadi, faham?!" jari telunjuknya diarahkan ke mukaku, dengan jelingan yang lebih tajam, dia berlalu pergi meninggalkan aku dengan haruman maskulin yang menusuk hidung. Baju jaket kulit hitamnya ditanggalkan sambil berjalan penuh amarah. Terserlah gelang tebal hitam yang bercorak bintang dan besi bulat pada tangannya. Dan gelang itu memang menyerlahkan kegangsterannya. Aku ketap bibir dan menggenggam penumbuk. Salah seratus peratus tanggapanku yang memikirkan dia diam kerana menimbang kata-kata aku sebentar tadi.
 Najwa yang serba salah dengan situasi itu pula dengan pantas mengejar Faz dari belakang. Dan suasana ala-ala panggung wayang sementara tadi kembali normal. Aku duduk kembali dan mengusap wajah sendiri, kenapa dengan aku ni?? Aku kena guna-guna ke apa?? Kenapa aku terlalu rasa ingin menjaga dia, mengambil berat tentang dia, tentang dia yang langsung tak hiraukan keberadaan aku di sisi dia?? dan dia memang betul-betul bencikan aku!
 Ya Allah, apa hikmahnya semua ni terjadi?? Aku menyesali takdir dan qadak qadar Tuhan untuk aku, padahal perbuatan tu sama dengan aku menyalahkan dan memarahi Tuhan, astaghfirullah! Aku kembali sedar dan beristighfar, nasi tengah hariku yang tidak daya untuk aku habiskan aku bawa ke kaunter untuk tapau dan bawa balik ke bilik. Malam nanti kut baru aku cuba habiskan, uhh alamatnya bertambah-tambahlah kurusnya aku nanti!
Bab
*Khairul*
" Fazlah, awak dengar tak apa yang kita tengah bincang ni?" suara merdu seorang gadis cantik menegur di suatu malam yang indah.
 " Apa benda kau nak aku cakap pasal perbincangan kita ni untuk menunjukkan aku mendengar, cik Hayati?" ego Faz berkata. Kakinya disilang panggung sambil muka berlagak hero, dia merenung tepat ke arah mata Hayati yang berada di hadapannya, agak jauh di sana. PSPnya diletakkan di atas meja.
 " Apa yang awak faham dengan planning kita? Saya tengok awak asyik main Playstation aje," perli baik cik Hayati ni, memang cari pasal la.
 " Kau ingat aku main PSP, aku tak dengar la? Aku tak pekak lagi. Okay, kau usulkan kita jual ice-blended dan bubble tea, kemudian jual strawberry and fruits chocolate dipping kononnya kan, plus biskut-biskut dan coklat homemade IKS (Industri Kecil dan Sederhana) makcik kau, why not kau tambah dalam list jual strawberry with fresh cream, else than that, boleh la kita beramah mesra dengan pelanggan-pelanggan, cari barang-barang dan sponsor bagai. Oh, kau nak mintak sponsor dengan berjalan-jalan di Jalan Tar, nonsense, kau bagi quotation, malam ni jugak aku mintak dengan papa, well done, ada benda lagi kau nak tahu, untuk membuktikan aku memberi perhatian atau tak, Miss Hayati binti Datuk Abdullah?"
 " Em, okay then.. tak ada," pucat lesi Hayati menjawab, malu diperlaku sedemikian dan menyesal kerana dia mengambil tindakan sebegitu. Ego Faz terlalu tinggi untuk dicabar, dia pula pantang apabila seseorang tidak memberi perhatian pada apa yang diperkatakan sehingga membuatkan dia berani menegur Faz walaupun dia tahu bagaimana perangai Faz sebenarnya.
 " Kalau tak ada, boleh saya minta diri, semua?" berlakon sopan la pulak, tapi kedengaran sinis di situ.
 " Ikut suka kau la," kedengaran beberapa suara lelaki yang menyambut. Aku yang termasuk sekali di dalam kumpulan tersebut terkunci mulut dan terkedu sendiri. Ganasnya isteri aku ni, bukan dengan aku aje, tapi dengan semua orang yang cuba cari pasal dengan dia. Aduh, memang tak aku nafi lagi dia memang gangster! Gulp!
 Aku lihat dia melempar pen dan buku nota kecilnya masuk ke dalam beg sandang hitamnya lalu mencapai PSPnya dan berlalu keluar dengan muka bengang tahap taiko kongsi gelap. Najwa ikut mengejar dari belakang dengan muka serba salah. Dah macam PA tak bertauliahla pulak kan. Faz ke hulu, dia ke hulu. Faz ke hilir, dia pun ke hilir. Kalau ke atas, aku pun tak tahu dia akan ke atas jugak ke?? Err..
 Uhh, Faz, aku tahu kau baik, dan aku yakin kau sungguh cantik di dalam. Aku mengelap peluh yang keluar walaupun berada di dalam bilik studi kolej yang berhawa dingin. Wajah Faz masih membekas di fikiran.