Kemudian, aku menapak ke bilik, kulihat Am sudah pun tidur berpelukkan Manjenya, aku betulkan selimutnya yang terselak sedikit dan menggeleng kepala. Tidur tak pernah nak sopan dia ni ha. Aku mengambil bekas toiletries ku yang kuletak di bawah meja studiku dan menuju ke tandas untuk melaksanakan rutin harianku. Sedang aku memberus gigi, datang 2 orang rakan sekelasku yang agak nakal dan glamor dengan perangai mereka yang suka membuli dari awal-awal masuk kelas.
“ Weh, tengok siapa tengah gosok gigi tu? Hero kita, wei! Esok mesti masuk paper, kau boleh bercakap dengan hantu! Wah, hebat betul kau, eh?” Jeffry memerliku sambil menepuk perlahan belakang badanku. Aku segera menghabiskan aktiviti menggosok gigi dan berkumur untuk mengelakkan daripada aku terus sakit hati dengan mereka berdua.
“ A’ah, gila la! First time aku dengar benda ni! Kau biar betul, beb? Aku macam tak percaya. Aku pun nak nampak jugak la, boleh aku glamor macam kau nanti!” sambung Rijal sambil ketawa kuat menambahkan lagi kegamatan di dalam tandas itu. Aku cuma diam, malas mahu berbalah dengan mereka yang memang hobinya suka mempermain-mainkan orang.
“ Habis dah berus gigi? Cepat betul, kenapa, kau nampak hantu lagi ke dalam cermin tu? Ha ha ha!” mulut cabul Jeffry membuatkan aku bertambah bengang. Aku mencebik dan terus keluar tanpa mempedulikan mereka. Biar lah diorang nak kata aku pondan ke, aku terjangkit dengan kelembutan Am ke, apa ke, aku tak kisah, asal aku tak cari gaduh dan cari penyakit. Mulut cabul macam tu selalunya memang takkan hidup tenang, omelku di dalam hati. Rasa sebal aku cuba padamkan dengan zikrullahdan istighfar. Semoga Allah melindungiku.
**
“ Rijal! Aku masuk bilik dulu la, malas aku nak tunggu kau, kau tu kalau mandi kalah pengantin perempuan!” jerit Jeffry selepas Rijal masuk ke dalam bilik mandi dengan tuala berbunga warna-warninya itu untuk mandi tengah malam. Panasnya lain macam pula malam tu, menyebabkan dia tidak tahan dan memutuskan untuk mandi sahaja bagi menghilangkan peluh-peluh dan rasa gatal pada badan.
“ Ha, ye la. Suka hati kau, aku tak kisah pun!” jeritnya lantang dari dalam bilik mandi itu. Bunyi pancuran air kedengaran dibuka. Dia mula membasahkan badannya selepas derap kaki Jeffry hilang dari deria pendengarannya. “ Uhh, selesa gila!” bisiknya seorang diri sambil merata-ratakan air ke seluruh tubuhnya.
Tidak lama kemudian, kedengaran pula derap kaki masuk ke dalam bilik mandi di sebelahnya dan pintu ditutup perlahan seakan langsung tidak dapat didengarinya. Bunyi paip air pancur dipulas menghiasi telinganya seiring dengan bunyi air pancur seperti hujan. Dia abaikan sahaja, malahan bergembira pula ada yang menemaninya mandi kala itu. Tangannya yang sedang menyabun tubuhnya yang tinggi bergerak laju sambil mulutnya menyanyi-nyanyi riang dan sumbang lagu Ukays yang sangat popular pada zaman 90-an dahulunya, ,
Biarpun lenaku panjang, tiada mimpi bertanda.
Menghitung..
Tidak sempat dia menarik panjang lirik lagu tersebut, kedengaran suara lain mencelah.
Biarpun leherku panjang, tiada badan ku punya,
Seakan suara wanita yang garau menghiasi tandas yang sunyi tanpa sebarang bunyi itu kecuali bunyi pancuran air yang dibuka. Rijal yang mendengar jelas suara nyanyian bersama melodi dan pitchingnya yang agak lari itu segera kecut perut. Air liurnya ditelan. Dia memandang ke sebelah atas kanannya, ke arah dinding yang menjadi benteng penghadang dengan bilik air di sebelah sehingga lah dia akhirnya keluar dari bilik mandi tersebut dengan kain basahnya, berlari laju sambil menjerit, “ Tolong! Hantu! Penanggal!” betul kah penanggal namanya tu?? Bantai aje la! Sebabnya aku sendiri tak kenal hantu tu apa namanya! Bisik Rijal sendiri. Sabun yang sedang dipegang dibaling ke belakang sambil berlari menuju ke biliknya. Dilihat Jeffry berada di luar bilik mereka.
Riuh tingkat bawah kolej itu dengan bunyi suara orang yang keluar dari bilik selepas terdengar jeritan Rijal itu. Masing-masing bertanya sesama sendiri apa yang terjadi namun mereka tidak keluar dari bilik mereka, sekadar berada di depan pintu bilik sahaja, langkah keselamatan supaya mudah untuk mereka cepat-cepat lari masuk ke bilik jika apa-apa benda menerpa. Senior yang ada di situ pula hanya mengetap bibir memandang ke arah Rijal yang sedang gelabah.
“ Ri.. jal.. K.. ka.. kau.. dari.. mana?” soal Jeffry dengan suara bergetaran yang nyata.
“ Aku dari tandas la, bahalul! Gila la wei, aku jum.. aku jumpa penanggal! Aku jumpa.. wei.. aku jumpa!” Rijal menjerit dengan suara antara dengar dan tidak. Tersekat-sekat seolah tidak cukup nafas.
“ Mana? Mana??” Jeffry bertanya dalam riak ketakutan. Mukanya juga kelihatan pucat tiada darah.
“ Tadi,dalam tandas. Wei, aku nak masuk bilik, kenapa kau tak masuk?? Benda tu kejar aku tadi! Kau jangan, wei.. seram aku! Uhh!” jerit Rijal kuat sambil menolak Jeffry yang sedang kebengongan di depan pintu bilik.
“ Jangan masuk, wei! Jangan! Ada.. dalam tu..” Jeffry bercakap perlahan menahan Rijal dari masuk ke dalam bilik mereka, namun, Rijal pula mengalami kejutan untuk kali keduanya malam itu.
“ Mari, masuk. He he he,” bunyi suara garau bersama ketawa mengerikan kedengaran nyata di telinga. Bilik mereka dipenuhi tompokan darah di merata tempat dan baunya sangat meloyakan tekak. Seorang wanita yang mana sedang berusaha keluar dari skrin komputer di bilik mereka sedang tersenyum memandang ke arah Rijal. Rambutnya yang panjang mengingatkan Rijal tentang kisah seram yang pernah ditontonnya dahulu. Matanya pula tiada mata hitam, bersama dengan bibir biru dan muka pucat tiada darah. Rijal terpana lagi.
Kepala hantu wanita tadi menyenget ke sebelah kiri, terkehel seperti leher yang patah manakala mulutnya pula menitikkan darah dan dengan tidak semena-menanya menghamburkan tompokan darah merah sehingga terpercik sedikit mengenai muka Rijal yang sedang berdiri tercegat tidak bergerak dari situ. Terkejut yang amat sehingga terkaku. Wanita itu sudah hampir separuh badannya keluar dengan tangan pucat berurat selirat sana sini, sedang gigih menapak menggunakan tapak tangannya bersama bunyi menderam yang mengerikan. Darah melurut turun dari celah rambutnya ke atas kerusi yang kini menjadi tempat tapak tangannya mendarat.
“ Wei, lari la, blah..!!” Jeffry menarik tangan Rijal yang tidak mampu lagi untuk bergerak tanpa sebarang dorongan. Jeffry yang menutup mukanya tadi untuk tidak melihat ke dalam bilik mereka yang tiba-tiba menjadi gelap dan suram itu kini mendapat semangatnya kembali untuk menarik Rijal keluar. Tak pula dia tahu dari mana semangat itu datang. Namun ternyata Rijal tidak kuat untuk menghadapi kejutan kali kedua dalam masa yang singkat begitu.
**
2 ulasan:
aduiiii.seram...cik penulis, time tulis, awk x seram k? yg sy tukang baca pun terpaksa skip bc...seram weiiiii....huhuhu
hehe seram xseram la tgk timing. kkdg tu bnda yg xda pn rs cm ada kalo otak da strt pk mmacam hehe. seram sgt ke dear? *huhu jgnla skip, bc ssiang ea, peace* n thanksss :)
tp rasa cam real x ea? *nak gk tau hihi*
Catat Ulasan