“ Ya ke masin, Leman?” Mak Yah yang berfikir kemungkinan lidah bakal menantunya itu mempunyai masalah rasa, segera diteguknya juga air kopi yang tak seberapa rupa kopinya itu kerana warnanya yang agak cair, tak sempat ditelan, dengan pantasnya juga disembur air kopi tersebut ke atas tanah.
“ Ya Rabbi, anak aku. Kamu kenal tidak gula dengan garam ni, Joyah oi??” Mak Yah pula bersuara mengganti Leman bertanya tentang air kopi buatan Joyah.
“ Err, mak.. abang Leman.. gula tu yang halus-halus tu kan. Kalau masuk dalam air, terus cair.” Dengan muka lagak kesiannya Joyah bertanya. Dahi berkerut dengan bibir yang diketap dia beraksi.
“ Astaghfirullah, Kau ampunkan lah dosa hambaMU ini wahai tuhanku.” Urut-urut dada Mak Yah sambil beristighfar manakala si Leman menggeleng di sebelah. Mahu darah tinggi aku tiap hari kalau minum kopi dengan garam. Aishh! Joyah, Joyah.
“ Itu garam, sayang oi. Itu la dulu mak suruh masuk dapur, apa kamu buat? Duduk melepak dalam bilik, baca novel. Sikit-sikit novel, sikit-sikit novel, haa ini la padahnya kalau makan novel, tidur novel!” Bebel Mak Yah. Kuat dengan alasan novel membawa kesan buruk pada anaknya.
“ Ala, mak. Joyah baca novel pun untuk menambah ilmu, bukannya takde faedah baca novel. Kurang-kurang, dapat ringankan kepala sikit lepas penat belajar dekat sekolah.” Jawab Joyah lantang. Leman di hadapannya kini menjadi halimunan. Takde cover-acting lagi dah.
“ Jangan-jangan kopi ni pun kamu letak serbuk buntut kuali tak? Bukan boleh kira jugak kalau dah garam gula pun tak kenal, kopi pun entah-entah kamu tak kenal jugak.” Sekali kena perli tak ingat dengan Mak Yah. Memang menjatuhkan air muka benar lah si anaknya itu. Tak lama nanti tersebarlah khabar anak Mak Yah buat kopi letak air laut untuk bakal suami. Hish nauzubillah!
Leman di sebelah pula menelan-nelan air liur sekalian kalinya demi menghilangkan rasa masin dek kerana tingkahnya menelan juga air kopi itu dengan redha tadinya.
“ Mak Yah, takpe lah nak buat macam mana. Dia tersilap agaknya. Joyah jangan terasa dengan abang tadi, ya? Abang tak sengaja tertanya macam tu.” Leman meminta maaf atas kekasaran bahasanya tadi. Joyah yang sudah berwajah kelat itu cuba tersenyum. Malu dan segan kepada tunangnya bercampur baur sehingga dirasakan ingin dia berlari masuk ke dalam rumah tika itu juga. Paling tidak pun, berlari sembunyi di balik pokok kelapa supaya rasa segannya dapat dipadam segera.
Esh, malunya aku! Kenapa la jadi macam ni?? Dah la pertama kali jumpa. Bisik Joyah kecewa.
“ Takpe, bang Leman. Salah saya sebenarnya. Mintak maaf ya, bang Leman.” Sambil tertunduk malu, lambat-lambat Joyah menuturkan ayat itu.
“ Dah, kamu pergi naik lah, Joyah. Mak ada nak bincang hal sikit dengan Leman ni. Bawak naik dulang ni sekali. Nanti kursus masak dengan mak, no excuse!” Mak Yah bersuara seketika kemudiannya sambil meniru gaya orang putih bersembang di dalam TV.
“ Ye, mak. Abang Leman, saya naik dulu. Terima kasih sebab sudi datang sini.” Joyah tersenyum malu lagi, sambil bertutur sambil memandang tanah. Segan dan kurang biasa bersembang dengan lelaki tambahan lagi Leman yang bukan muhrimnya itu.
“ Ya, ya sama-sama. Terima kasih jugak sebab sudi buatkan air untuk abang.” Ujar Leman bersahaja. Hatinya yang sedang berkeluh-kesah itu membuatkannya tidak senang duduk. Lenggokan manja Joyah yang berlalu dipandang sekilas lalu dialih ke arah lain. Pertama kali tengok, rezeki, kali kedua tengok, dosa!
“ Leman, Mak Yah nak tanya sikit. Dah tetapkan ke tarikh nikah kamu dengan si Joyah tu? Mak kamu ada kata apa-apa?” perlahan Mak Yah bertanya namun kedengaran bersemangat di situ.
“ Saya takde dengar pulak bila. Yang saya tahu, dalam sebulan macam tu lagi mak ayah berhasrat..” Gigih dia berusaha bertutur menjawab soalan Mak Yah. Itu pun tak sempat habisnya sebab tak rasa sanggupnya dia hendak menuturkan.
“ Saya rasa elok kalau mak Yah datang rumah saya bincang balik macam mana nanti.” Hati Leman juga masih berharap semoga masih ada bunga harapannya untuk dia mendapatkan Johana sebagai suri hatinya.
Walau pun dia kasar, walau pun dia nampak macam kalah lelaki, tapi dia tetap bidadari di hati aku. Bisik Leman pilu.
“ Ya, Mak Yah fikir dalam dua tiga hari lagi mak Yah ke sana berbincang balik tentang hal ni. Mak Yah ekseted nak ada menantu ni, Leman. Tambah lagi bermenantukan Leman, memang makcik berbesar hati sangat!” perkataan excited cuba digunakannya walaupun sebutan ala-ala tak kena tapi tak salah mencuba kan, fikirnya.
“ Kalau macam tu, saya beransur dulu lah, ya Mak Yah. InsyaAllah ada masa saya singgah lagi ke sini.” Leman angkat punggung. Serasa tak daya juga untuk menjawab lagi jika makcik itu bertanya bermacam jenis soalan lagi padanya. Kaedahnya melarikan diri secepat mungkin adalah lebih baik.
“ Awal lagi ni nak balik dah ke? Takpe lah kalau macam tu kirim salam pada mak ayah kamu, ya Leman. Jangan lah segan nak datang rumah mak Yah lagi, ya nak.” Mak Yah berbasa basi.
“ InsyaAllah, Mak Yah. Saya jalan dulu, assalamualaikum!” angkat tangan separas bahu melambai pada Mak Yah, Leman berjalan laju. Kedai kopi Mak Kiah sasaran utama! Darah tinggi aku setengah jam dibuatnya dek kerana kopi Joyah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan