Selasa, 2010 Januari 05

Alhamdulillah.. Aku mampu senyum bahagia sekarang ;)

Salam..

Bahagia sangatkah aku sekarang? Huhu tak jugak. selagi novel xterbit, xblh bahagia sgt la. Apapun, aku dah hantaq manuskrip penuh pd pihak penerbit. nnti dah confirm bila nak terbit, aku habaq kat sini punya la hehe.

Alhamdulillah sgt. cumanya aku xtau la apa penerimaan daripada pembaca. aku rs mcm aku wat pon suka-suki hati aku je. huh, pening agaknya editor nak edit nvel aku tu nanti hehe.

hopefully, novel aku tak la menjadi nvel yg org rasa menyesal beli and baca. tu yg aku rasa seram utk m'hadapi ;(

and pnerbit mintak gambar aku utk diletak pd biodata hehe aku rasa biarla identiti aku disembunyikan. bolehkah? tp penerbit kata ok xpe kalau xnak letak. so aku rs baik aku xletak la hehe.

harapan aku, korang yg mbaca nnti akan puas at. doakan aku dapat yg tbaik na. ni first try aku. and aku takut jd yg the first and the last je hehe. btw, sokongan korang memang aku sgt hargai. tambah lg p'komen2 dan p'ikut2 yg sntiasa ada bersama aku, mmg aku xkan lp jasa2 dan pengorbanan anda semua sampai la tsiapnya novel 'anak sulung' aku tu huhu. thank you sangat2! muahhzz syg kamu semua!!

## hope dapat borang setuju terbit dr pnerbit hehe ;)

Khamis, 2009 November 26

Aku lagi.. Novel xsiap..

SALAM..

Pekaba semua hehe. truly sorry bcoz memang dah lama gila siot tak update blog. mklumla, aku ni bukan la seorang budak yg pandai mengagihkan masa dgn sempurna huhu.

aku baru habis final exam. memang pusing la kepala menjawab sebab aku memang study last minute! haiya. ini sem wa tarra taw la mau cakap macam mana lagi. aku pon xtau la kenapa la aku pegi jadi mengong sangat sem nih! ada soalan senang yang aku blh jawab aku pegi take risk pilih soalan yang susah. dah tengah2 jalan baru menyesal knp xpilih soalan lain.. masa tu nak menyesal pon dah xsmpat sbb time is running. so buat masa sekarang, aku cuma boleh doa n tawakal jela.

pasal novel plak, aku mmg seday giler2! aku takde idea! otak kering bagai! wat ayat pon haram aku rasa best! uwaaa anybody can help me out there? aku kalau blh dah xnak simpan llma dah novel ni. bcoz mkin lm aku simpan makin berat pale otak aku. tambah lg sem depan aku nak kena buat paper projek, xde ms da aku nak mjengok novel. aku tak tau knp n mengapa mood menulis tak datang meresap ke jiwa aku macam dolu2. mgkin jugak dl2 aku ada p'komen2 yg selalu setia menaburkan semangat utk aku tp skrg dah xde, buat aku jd xtntu arah gak a huhu.

Series aku cakap, AKU NAK WAT ANNOUNCEMENT, AKU TAKDE IDEA!! Uwaa!! Admin Kaki Novel pun da asyik tanya aku, kesian kat akk Jeslina, asyik tanya je n dapat jwpan yg mengecewakan dr aku, n jawapannya sentiasa lah aku kata ' MAAF KAK, TAK DAPAT SIAP LAGI.' tu jela. tapi ada beberapa sebab aku kena siapkan jugak :

1) ni amanah
2) memang impian aku
3) m'hepikan orang lain; yg mbaca citer ngarut aku
4) and apa eh? aku blurred lagi..:(

Sekarang ni, aku sedang berusha sedaya mgkin spya dapat hasilkan novel yg baik even bukan yg tbaik. ini pcubaan ptama aku. aku kena tabah n siapkan. moga2 aku tak la blurred sampai bila2. if x, mmg la aku rela terjun lombong if tu boleh bg aku idea nak tulis novel. korang boleh la kira berapa puluh helai rambut aku yang dah kerinting and dah bertukar kaler daripada hitam jadi perang2- dah gaya anak omputeh wahahahaa perasan pulak tapi mmg betul, aku nak siapkan nvel ni. doa kan aku dikurniakan otak yg geliga n semngat waja utk siapkan novel ni, tujuannya utk m'hepikan org yg mbaca, tu je, and aku xnak if dah publish, org rs menyesal beli, tu je yg aku takut n mmg aku xnak ia nya terjadi dalam hidup aku!!

tolong na. doa kan aku. sedih betul. sob3.. aku bagi diri aku masa sebulan(bukan diri aku je, padahal da janji dgn KN) utk siapkan lebihkurg 150m.s lagi. tak tgk nak m'edit lg, nak apa lg.. Ya Allah.. memang la serabut if aku pk2. sokongan korang memang sgt2 aku perlukan! memerah otak tulis novel memangla bukan sesuatu yg senang haha. moga aku tabah!

Khamis, 2009 Oktober 29

August's Nights 1

' Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan selak pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku karang! Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okay, cau dulu.' aku menekan butang merah pada handphone dan meletakkannya kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku tenung ke arah jam di tangan, 11.23 p.m. Siot, lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak tak siap, ini meeting karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam gini? 24 jam tu, ada 12 jam siang, matahari memancar, kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih?? Hairan jugak la aku!

Angin malam menerpa-nerpa ke tubuh membuatkan aku mula seram sejuk. Di hall luas depan fakulti, aku duduk di atas kerusi panjang sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu surut, ditambah pula dengan kilat yang memancar, hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan kesepian kat sini!

' Hai!' Sapa seorang mamat kiut, yang hadirnya langsung tidak disedari. Tetiba je muncul dengan baju and seluruh badannya yang basah kuyup. Aku mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni je. Nak membaca pun buku takde, tu jela kerja yang paling mudah and paling memboringkan yang boleh dibuat pun.

' Lebat kan hujan malam ni?' Mamat tadi dengan selamba badak kurusnya melabuhkan punggungnya di sebelah. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk, aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripada dia.

' A'ah. Agak lebat.' Lambat baru aku m'jawab sapaan lelaki itu.

' Awak buat apa sorang-sorang kat sini?' Lelaki itu bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku mula tak senang duduk. Aku merenung ke arah mamat yang sedang memerah-merah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat waja di sebelah. Sedar, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan senyum comel khas buat aku. Gulp! Apa kes ini macam daa? Hantu pondan mau ngorat aku ka? Lelaki normal, supposedly, tak guna 'saya awak' nak cakap dengan lelaki. And dia ni, pandangan and aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik.

‘ Saya Ray. Nice to meet you!’ Senyum comel masih tak lekang dari bibirnya, diiring pulak dengan tangannya yang menghulur minta disambut, membuatkan aku mula serba salah. Akhirnya aku pun menyambut tangan lelaki tu dengan wajah pucat. Aku tak sedia lagi nak jumpa hantu baru, beb!

‘ Saya nak balik kolej, tapi tersekat dekat sini, hujan lebat. Biasala kan, student, takde duit nak beli kereta.’ Sembang sakan dia ni. Tak nampak ala-ala gaya hantu pun. Yela, hantu mana ada main sembang-sembang, jumpa je terus cekik, beb! Mungkin betul la kot dia ni orang kan? cuba mengambus perasaan yang mula tercetus dalam hati, yang mengatakan lelaki ni bukan manusia.

‘ Ooo.. saya pun sama. Datang meeting persatuan tadi. Diorang yang lain naik kereta, tinggal saya dengan motor kapcai terkulat sorang-sorang kat sini.’ Laju and sedap pulak guna perkataan saya dengan Ray ni. Haha wondering why?

‘ Oh, biasa tu. Orang kalau nak dapatkan apa yang dia nak, tak fikir perasaan orang lain dah kan, betul tak?’ Ray membalas dengan membawa beribu maksud tersirat. Aku ketawa je, memikirkan Ray cuba nak bergurau. Kami pun bersembang panjang menunggu berhentinya hujan pada malam itu.


‘ Wei! Bila masa kau balik? Aku tak sedar pun?’ Aku yang sedap berlingkar di dalam selimut pagi subuh tu terasa ada gegaran yang nyata. Muka Am terpampang di ruang mata. Kemudian, aku terjaga dan memegang kepala. A’ah. Bila masa aku balik and tidur? Seriously, aku tak ingat langsung! Semalam.. aku sembang dengan Ray sampai tengah malam.. Then..? Apa jadi? Ish! Macammana aku boleh tak ingat ni??

‘ Tah. Aku pun tak tau la macammana. Dah la. Kau pergi solat, aku penat ni, nak tidur.’ Am menggeleng-gelengkan kepalanya. Serupa mamat dadah je si Rul ni, apa kes?

Aku merebahkan kembali badan yang terasa amat penat serupa tak tidur seminggu. Aku mula berfikir-fikir, kemudian berusaha bangun kembali kerana memikirkan waktu Subuh yang tidak berapa panjang itu dengan aku yang masih tidak solat lagi.

Pukul 7.45 pagi itu, aku terkocoh-kocoh turun. Lambat gila dah ni! Kelas pukul 8, itu la lepas subuh tidur balik, memangla lambat! Segera aku menuju ke arah tempat biasa motor diparkir, tapi macam mana boleh takde? Mak ai! Takkan Ray curik motor aku kot?? Hampeh betul kalau ye! Yela, semalam aku dengan dia! Kalau bukan dia, siapa lagi? Tapi, tak baik buruk sangka pulak. Tapi aku sesungguhnya sangat hairan ke mana motor aku and macammana aku balik kolej semalam??

Aku segera berlari ke depan kolej untuk menunggu bas. Sedang menunggu, dari kejauhan, mata aku yang ala-ala mengantuk ni dapat menangkap kelibat tubuh manusia yang sedang tergantung di pokok besar dengan darah menitis keluar dari mata dan hidungnya. Tali yang terikat pada lehernya kelihatan begitu lusuh, baju dan seluarnya juga sudah koyak rabak dan kotor. Dada mula bergetar laju, toleh ke kiri kanan. Aku tengok student lain nampak steady semacam je. Takkan diorang tak nampak??

TBC..

** Sorry coz tiber aku seram nak menyambung citer ni ehehe. almaklumla, suda pukul 3 pg. InsyaAllah aku cuba sambung cecepat. padahal, dah lama aku taip cuma xpublish, dat's why tahun lepas punya jadi tarikh aku publish ~ hehe paham ke apa aku nak sampaikan? Apa pun sorry coz dah lama aku biar blog tdampar sepi tanpa story. aku penin pikir bnda lain tu xsempat pk pasal penulisan. Gomenei! sila tgal komen ya kalau free. xfree xpe ;)

Sabtu, 2009 September 05

Asmaraloka

RINDU..
Adakah ini petanda cinta?
cinta yang hadir tanpa sebarang kata
hanya senyuman pengganti bicara
tersirat dalam renungan penuh makna.

DERITA..
Sungguh aku berani bersumpah
dengan rindu, hatiku tergugah oleh derita
derita menanggung rindu yang terbeban di dada
inikah namanya keajaiban cinta?

DIA..
Hadir bersama bahagia bersulam derita
Ku sudah berjanji menemaninya
walaupun hatiku ditikam sembilu cemburu
namun akan kusembunyi sepenuh daya
agar dia cuma bahagia dan tersenyum
seperti juga daya upayanya mencuba untukku
bahagia sentiasa di sisinya

Mungkin aku gila, kerana dengan rela menghambakan diri
pada cinta yang aku sendiri tak pasti
ya, aku gila pada cintanya
walau terlalu jauh berjuta batu
bagiku untuk cintanya kugapai
dan kusemat kasihku di lubuk hatinya.