Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 18 April 2013

Hero aku Tomboy 12

" Hah??" aku macam tak percaya macam mana boleh ada perempuan dalam bilik aku, yang mana perempuan yang serius aku ingat lelaki! Aku laju menutup mulut tanda terkejut. Am tiba-tiba muncul entah dari mana. Keadaan di luar bilik agak kecoh dengan para pelajar lelaki yang mula mengerumuni bilik kami, kecoh sebab pasangan kekasih tertangkap sedang bercengkerama di dalam bilik, seperti yang sedang digembar-gemburkan waktu itu.
 " Apa dah jadi ni?" Am bertanya kecoh. Dia memandang mukaku dan muka semua makhluk di dalam bilik itu bersilih ganti. Pegawai suloh pula dilihat sedang berpusing-pusing di dalam bilik sempit itu mencari apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti sambil berbincang sesama sendiri ; mereka berdua ditangkap di dalam keadaan yang kurang mencurigakan walaupun berada di dalam bilik yang sama. Tetapi, kemungkinan mereka melakukan hubungan jenis sebelum tertangkap tetap ada kerana memang terbukti mereka berdua-duaan.
 " Weh, kau kenal tak mamat ni, Am?? Beritahu la dekat aku, beritahu yang dia lelaki, bukan perempuan!" aku bersuara kalut selepas Am tiba. Am terus blur diterjah sebegitu. Kalau tak blur, tu memang bukan Am! Aku pegang hujung dahi, tiba-tiba aku diperangkap dalam sesuatu kes yang amat berat di sisi agama. Berkhalwat dengan wanita! Tak pernah terfikir aku nak buat benda sebegitu, dah tu tuduhan berzina lagila aku tak boleh terima. Aduhai, ya Allah.. tolongla aku, hambaMu yang lemah lagi dhaif ini..
 " Ugh! Macam mana aku boleh berjalan sampai ke sini??" Faz tiba-tiba menjerit kuat, mengembalikan aku ke alam fana dunia ni, kemudian disambung pula jeritannya dengan makian "crap" dan segala benda yang boleh disebutnya dengan lantang di dalam bahasa Inggeris selepas dia berjaya mencari sebab-musabab kenapa dia boleh berada di situ. Dia tepuk dahi dan melurut rambutnya ke belakang.
 " Mamat celup betul dia ni, English pekat gila, sedap pulak aku dengar dia maki-maki macam orang putih tu, wei," terdengar bisik-bisik dari luar. Gila apa dia orang ni? Serabutla! Lelaki pun boleh tahan bergosip, sama naik aje dengan perempuan, aku mencebik sebelum aku kembali kelibut sendiri dan menghadap Faz.
 " Apa maksud awak, awak berjalan.. sampai ke sini, tapi awak tak tau macam mana??" aku tambah power kalut aku bertanya daripada kalutnya pertanyaan awal tadi selepas Am tidak menjawab persoalanku.
 Am duduk terkedu seorang diri di sebelahku sambil membelek sakan wajah dan tubuh badan Faz. Mungkin Am kenal, tapi nak tunggu dia ingat tu insyaAllah memang lama la. Faz yang sedar dirinya diperhati segera membetul-betulkan selimut pink Am yang sudah melurut jatuh menampakkan rambut ala-ala lalangnya itu. Aku pula diterjah dengan persoalan siapa, kenapa dan bagaimana dia boleh berada di sini, semuanya penuh menyumbat dalam kepala otakku. Sangat menyesakkan! Aku istighfar perlahan kemudian.. cuba bertenang.
 " Aku ada penyakit berjalan dalam tidur la, bengong! Sebelum ni aku berjalan pun, paling dahsyat tidur dalam tandas, kali ni.. uhh, stres gila!" keriuhan yang timbul tadi semakin meriah selepas sampai ke pengetahuan para hadirin yang tidak dijemput itu, bahawasanya budak tomboy itu dengan tidak sengaja berjalan dalam tidur (kalau dah berjalan dalam tidur, terang-terang la tak sengaja). "Jumpa kau aje, bala datang! Bala datang aje, ada aje kau! Kau ni memang stok.." sambungnya lagi memarahi aku. Aik? Aku pulak yang bersalah??
 " Tolong diam semua! Kamu berdua ditangkap dan perkara ini akan saya lapor kepada pihak keluarga saudara dan saudari, dengan saksi empat orang, yang kamu berdua telah berdua-duaan di dalam keadaan yang boleh membawa fitnah tanpa ikatan perkahwinan. Kamu berdua boleh membela diri di mahkamah. Buat masa sekarang, sila ikut kami ke balai untuk membuat laporan. Sebelum tu, boleh saya tengok IC kamu, cik?" ujar salah seorang daripada pegawai yang datang itu dengan muka serius. Dahinya berkerut menambahkan kegarangan yang terpancar daripada air mukanya. Rimas dengan segala kebisingan dan keriuhan yang timbul di situ. Dah la bilik sempit, panas pulak tu, ish! Keluhan di dalam hatinya terpancar jelas di wajah.
   Aku terduduk di atas katil, terkedu mendengar arahan tersebut. Si Faz pula aku tengok dah semangat tarik-tarik rambut pendeknya tu, manakala mukanya merah menyala menahan amarah, malu dan sedih barangkali. Mulutnya dimuncungkan dengan muka tak puas hati sambil memeluk tubuhnya sendiri rapat.
 " Cik, kami perlukan IC cik dalam kadar segera," tegur pegawai itu lagi, selepas Faz kelihatan seperti tidak mendengar permintaannya tadi.
 " IC apanya, aku datang sini bawak badan aje! Ish, kalut la kau, pakcik! Tunggu la aku balik bilik, aku dah kata kan aku berjalan dalam tidur!" bentak Faz geram. Aku menjeling ke arahnya, tajam. Amboi, budak ni, memang nak makan bebelan sejati aku kut. Serius aku pantang betul dengan orang yang kurang adab dengan orang lebih tua macam Faz ni.
 " Awak, tolong hormat orang yang lebih tua," aku menegur perlahan selepas aku lihat muka pegawai itu mula kemerahan. Suka hati mak bapak dia aje kan nak marah-marah macam tu.
 " Hei, kau siapa nak tegur-tegur aku? Bapak aku? Datuk aku? Tak kan? Bukan kan? So, please just shut your mouth up! Kau tak layak nak tegur aku dan aku tak suka orang tegur aku tiba-tiba macam ni, do you got it?? Huh, panas la aku duk lama-lama kat sini!" bengang Faz semakin meningkat. Berani mati tu dia sound aku balik! Aku bajet kalau dia duduk sebulan dengan aku, innalillah terus kena bebel dengan aku tiap hari!
 " Tolong senyap, semua! Cik, sila berpakaian lengkap dan ikut kami ke balai, dengan secepat mungkin," pegawai yang merupakan ketua kepada pasukan itu bersuara. " Dua orang daripada pegawai kami akan mengiringi cik ke asrama, sila beri laluan," katanya lagi meminta para pelajar lain yang memenuhkan ruang di hadapan bilik itu untuk beralih ke tepi.
 Faz keluar dengan wajah cemberutnya. Selimut yang dipakai tadi ditanggalkan dan dilempar kasar ke tempat asalnya. Terdengar bisikan nakal di telinga,
 " Betul ke dia ni perempuan, aku rasa dia ni kategori dua alam la, khunsa,"
 " Ye ke? Tapi, aku memang tak boleh blah la, comel kut dia ni, aku sanggup jadi gay kalau dia lelaki!" uish, statement gila namanya tu!
 " Wei, aku ni perempuan la, jahanam betul! Kenapa kau orang tak faham bahasa, hah?? Eee, geramnya aku, hish, sumpah aku geram!" kepala lelaki yang menyatakan dia comel itu disekeh-sekehnya kuat.
 " Aduh, sakit la, gila!"
 " Haa, tau pun sakit! Lain kali, fikir sebelum cakap, faham?? Go to heaven la, wei!" ujar Faz kuat lalu terus berjalan berkaki ayam sepertimana dia datang tadi. Aku hanya menggeleng dari jauh. Dahsyat betul minah ni! Minah ke.. err??
 ***

 Faz mengisi borang yang tersebut dengan malas. Nampak gaya macam dia main conteng-conteng aje kertas tu. Agaknya kalau letak kertas dia tu sebelah kertas tulisan budak tadika pun, cun lagi budak tadika tu punya tulisan! Muka sebal Faz aku jeling. Dia jeling balik pada aku di sebelahnya.
 " Apa kau pandang? Tak pernah nampak aku?? Apa kau ingat aku ni spesis anak alien hijau dari Marikh ke, hah, yang sampai kau nak pandang-pandang bagai? Aku ni manusia macam kau, nampak?? Hish, mendatangkan marah betul," Faz bising lagi mencari pasal dengan aku. Aku terus tertunduk malu sambil mencebik. Terasa darah naik ke muka. Tak tau pulak aku kenapa aku duk asyik jeling-jeling dia, hish, karut!
 Kemudiannya, mulutnya mula tot tet tot tet tak berhenti bercakap seorang diri sambil mengisi borang, cara dia duduk isi borang tu kalah cara aku duduk! Dengan kaki sebelah diangkat ke atas kerusi, ya Allah, kalau la mak aku nampak, sumpah dia kena bebel sampai tengah hari esok!
 " Dah hubungi sesiapa untuk datang ikat jamin?" soal pegawai yang menguruskan kisah kami berdua. Aku geleng. Mak ayah aku balik kampung di Johor sana, takkan la nak telefon suruh datang ikat jamin aku pulak kot. " Kalau tak dapat ikat jamin, terpaksa bermalam di dalam lokap," sambungnya.
 " Aku dah contact," jawab Faz kasar. Dengan orang yang lagi tua pun dia ber"kau", "aku". Tak belajar kosakata "saya", "encik" atau "tuan" gamaknya dia ni! Rambutnya yang dibasahkan itu kelihatan tegak berdiri di atas kepalanya dengan seluar jeans hitam dipadankan bersama t-shirt hitam tebal memang boleh membuatkan orang sanggup menjadi gay kerana dia, kalau betul dia lelaki! Gila hensem! Ehehe, sejak bila aku dapat simptom-simptom orang gay ni?
 " Faz, apa dah jadi ni? Kamu ni tak ada kerja lain, asyik nak malukan papa aje kan?" tiba-tiba datang seorang lelaki di dalam lingkungan 50-an menerjah masuk ke balai polis tersebut dan menyoal Faz dengan kadar tak menyempatnya. Seorang wanita di sisi kanannya melangkah masuk bersama.
 " Apa pulak papa, bukan salah Faz pun!" dengan kadar yang sama dengan orang tua yang aku dengar ialah bapanya, Faz menjawab dalam posisi berdiri selepas dia habis mengisi borang yang tersebut.
 " Salah tak salah, kamu tetap memalukan papa! Ish, berapa yang perlu untuk saya ikat jamin budak tak betul ni, encik?" tanya papanya kepada pegawai di situ. Aku hanya menjadi pemerhati, sebab kehadiran aku di situ macam tak ada orang yang nak hairan pun. Agaknya, hantu mana bagi jubah halimunan dia kat aku, eh?
 " Papa! Sampai hati betul panggil anak sendiri tak betul! Mama, tengok la papa ni," rengek Faz manja sambil mendekati mamanya yang cuma tersenyum tenang. Relaks betul makcik ni! gaya macam dah biasa sangat datang melakukan aktiviti mengikat jamin anak sendiri. Tak mustahil memang dia biasa melakukan aktiviti yang tersebut.
 " RM 1,000, tuan,"
 " Budak yang kena tangkap sekali dengan si Faz ni yang mana satu?" sambungnya lagi.
 " Dia, tuan," tunjuk pegawai bernama Yasni itu mengarah padaku. Oh, aku mampu dilihat oleh mata kasar akhirnya!
 " Err, ya saya, tuan," aku angkat tangan kanan sedikit tinggi dengan dahi berkerut, lagak ada sikit la serupa aku bersalah walhal tak pun.
 " Oh, ya. Apa nama, nak?" papa Faz ni bertanya mesra serupa dia kenal ayah aku, aku berbisik sendiri.
 " Khairul Ezzairy, tuan," aku menjawab dengan penuh hormat.
 " Tak payah la bertuan-tuan dengan pakcik, panggil pakcik aje, okay? Pakcik Mohammad. Mana ayah kamu?" roman mukanya sangat mesra, jauh benar bezanya dengan anaknya yang seorang ni. Aku tunduk menyalaminya manakala Faz aku lihat sedang menguis-nguiskan kakinya ke lantai dengan muka bosan. Apa motifnya, aku pun tak pasti.
 " Dia tak datang.. kut, pakcik," sambut aku lambat.
 " Oh, jadi siapa nak ikat jamin Khairul kalau macam tu?"
 " Biar aje dia tidur dalam lokap, pa. Baru padan dengan muka dia," sampuk Faz tiba-tiba, dengan tak bersalamnya. Amboi budak ni, memang mental disorder betul! Macam la aku yang angkut dia masuk dalam bilik aku pulak kan? Nak kena cepukan perdana aku kut si Faz ni! Dari tadi lagi aku dah lama bersabar dengan mulut dia tu, mulut macam bertih jagung, kalau manis macam pop corn tak apa jugak, ini.. ala hai, geram sampai tahap nak cium aje aku rasa! Oppss, terlebih pulak. Sila istighfar banyak sikit, ye Khairul..
 " Tak, tak apa, saya tidur dalam lokap aje, pakcik," aku berkata pasrah sambil tertunduk malu. Aku juga tidak berniat untuk menyusahkan ibubapa aku malam-malam buta macam ni. Kalau jauhnya sekentut aje Johor dengan Kuala Lumpur tak apa jugak. Dan takkan aku nak terima bantuan papa Faz tiba-tiba, padahal baru aje aku kenal dia malam ni, seganla, beb..
 " No, biar pakcik bayar,"
 " Eh, tak apa, pakcik, tak pa.." aku menolak sebelum ayatku disambung oleh Faz.
 " Papa, anak papa ke dia ni, sampaikan dengan secara tak bertauliahnya papa nak bayarkan untuk dia pulak?" Faz menyampuk di sebelah, kemudian menjeling ke arahku tak puas hati.
 " Faz, just shut up. Kamu bunyi sikit lagi, papa potong elaun kamu sebagai duit untuk ikat jamin kamu, faham?"
 " Mana boleh macam.."
 " Faz, I"m serious," potong papanya laju. Mukanya ketat merenung anaknya itu. Oh, anak-bertih-jagungnya lebih afdhal kot, bisikku memberi gelaran baru untuk Faz tanpa pengetahuannya.
 " Baiklah, surat mahkamah akan sampai dalam masa yang tertentu, encik dan cik berdua perlu hadir pada tarikh yang ditentukan, sila tulis surat jika salah seorang daripada kamu tidak dapat hadir bersama dengan sebab yang munasabah, terima kasih," drama malam itu berakhir beberapa ketika kemudian selepas pakcik Mohammad membayar wang tunai untuk mengikat jamin aku dan Faz. Aku dah boleh agak keluarga Faz adalah keluarga yang agak berada.

       **
" Pakcik nak kamu kahwin dengan anak pakcik," ayatnya dengar macam relaks aje kan, tapi sangatlah mendalam maknanya. Ujar pakcik Mohammad kepadaku di sebuah restoran yang agak mewah selepas selesai kes di balai tadi. Mampu dan cukup baik untuk meluruhkan jantung. Standard macam dalam drama la pulak kan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cerita nii best sangat .. baca novel nii kat asrama .. last'2 kena rampas .. lagii sikit nak habis .. tapi seriously best ..

Arisa Eriza berkata...

wah, hepi nya dgr! alhmdllh ;) tp alamak, kena rampas, blh mntk balik x nnti? hu hu..

BTW, TQSM dear! *harap blh habiskan baca nnt hee :)