Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 13 Jun 2014

March 9 novel/cerpen

Warning this part contains some romantic scenes. plz note that this romantic part is between a married couple. behave yourself pls  haha happy reading!

March 9

Mereka berdua sampai di sebuah pulau yang tak berpenghuni. Awal pagi tadi March dah pun maklumkan pada pihak resort yang mereka berdua akan ke pulau yang tersebut. 

“March, apesal sunyi lain macam?”

“Kita berdua aje kat sini,” March menyambut sambil turun dari motorboat.

“Erk?”

“Apesal terkejut? Baru la namanya honeymoon, kan?” March melebarkan senyum.

“Hurm,” Lucy bereaksi antara mengakui dan tak. “March, kau kata nak memancing, mana joran kau?”

“He he, joran tak ada, so kita tangkap guna tangan aje,”

“Tangan?!”

“He he, tengok orang terer nak tangkap,” angkat kening dan kakinya menjejak ke dalam air selepas dia membentangkan tikar kalis air yang boleh dilipat di atas pasir putih di situ. Lucy mencebik aje. Ye ye aje mamat ni. Tengok sejauh mana terernya tu. Sekadar menyebut, aku pun boleh.

“Uhh! Dah nak dapat tadi!”

“Argh, terlepas pulak!”

“Ciss, apesal licin sangat ikan ni!” berhempas pulas March di dalam air cuba nasib tangkap ikan untuk dibakar, kononnya.

Selepas sejam..

“March, aku lapar ni..! Cepatla, mana ikan kau??” Lucy yang berbaring sun-bathing katanya bangun dan bersuara.

“Hadei, tak berjaya la, sayang. Skill dah tumpul,” March naik dan terus terdampar di atas pasir.

“Lama aku tunggu. Dah habis peluh berjuta ni,”

“Kau nak test? Mana tau nasib kau baik,”

“Tak mau la. Tak pernah dibuat orang tangkap ikan guna tangan,”

“Eh, dulu aku tangkap, dapat, beb. Berekor-ekor lagi, bukan seekor,” March bangun bersila. “Kali ni, nasib tak ong la,” sambil genggam penumbuk dia tumbuk tapak tangan sendiri.

“March, apa ada dalam tu, kau rasa?” Lucy abaikan bebelan March dan matanya melilau ke hutan di belakang mereka. Terdengar bunyi unggas dan burung diselang-selikan dengan bunyi ombak memecah pantai. Melodi yang sungguh indah mendamaikan jiwa dan gegendang telinga.

“Em, have no idea,” March angkat bahu. “Nak try explore?”

“Ada harimau tak?”

“Tak, kut. Mana nak sesat tetengah pulau kecik ni, sayang. Melainkan gugur dari langit,” March menyambut. “Aku rasa okay jugak kita masuk dalam, dapat berteduh sikit, dah mula panas ni. Payung ni kecik sangat la, tak muat pun aku nak masuk, lain la kalau kau izinkan aku peluk kau, he he,”

“Okay, jom masuk,” malas layan usikan March, Lucy cepat-cepat tarik tangan ‘husband’nya tu. Kalau dibiar, merapu sampai aku rasa nak jadi kanibal aje dengar dia mengusik tu, bisik Lucy mengenangkan March yang tak sudah asyik nak membuli dan mengusik. Tak tau la terlebih hormon apa dia ni agaknya.

“Eh, tapi betul ni kau tak nak masuk tangkap ikan? Comel-comel seyh ikan dia, rugi kau tak tengok. Esok ikut aku snorkeling, ye sayang,” March bangun dan membetul-betulkan rambutnya. Pasir halus yang melekat di seluar pendek dan baju sleevelessnya pun dikibas-kibas.

“Err, aku takut air la, takut lemas. Tak pernah seumur hidup aku snorkeling!”

“Ala, takde hal la, aku kan ada,” March memegang tangan Lucy. “Jom, basuh kaki dulu sebelum masuk hutan,”

“Ala, bukannya nak masuk rumah pun kau ni sampai nak basuh-basuh kaki,” Lucy protes, tapi tetap kaki mengekor langkah March. Sungguh-sungguh ketenangan bertamu di hati. Kalau aku tak berjodoh dengan March, mungkin sekarang ni aku sendiri duk bergigih cari makan untuk sara keluarga. Dan untuk jejak kaki ke sini mungkin lebih kepada mustahil untuk berlaku. Lucy emo sorang-sorang.

“Sayang, menung apa tu?”

Splash!

“March! Ni kira gunting dalam lipatan ni! Tikam dari belakang!” Lucy menjerit apabila March memercikkan air padanya, kena elok kat muka dan bahagian perut.

“Ha ha ha!” March ketawa senang hati bila Lucy membalas balik, habis basah baju. Betul-betul balas dendam, buli balik namanya ni!

“Nok! Habis sunblock aku!” Lucy jerit lagi sambil tangan terus-menerus memercikkan air masin tersebut kearah March.

“Ahh, kisah pulak aku dengan sunblock kau, sayang, ha ha ha!” March balas. Dua-dua duduk mencangkung dalam air, punyala bergigih tu nak cedok air dengan lebih efektif, supaya pihak lawan kena air dengan berjayanya.

“Ha ha ha, kau memang raja buli laaa! Jahat yang amat!” Lucy ketawa sebelum March mendekatinya. Pertandingan memercik air tadi terhenti dengan sendiri. Renungan lembut mata March bersama senyumannya mendebarkan hati Lucy.

“Kau cantik, sayang..” March bersuara sambil memegang belakang leher Lucy. Kemudian tanpa sedar, March membaringkan Lucy ke atas pasir di tepian. Tapak tangannya memangku kepala dan leher Lucy. Ombak masih membawa air masin bersama mengenai tubuh mereka berdua. Mata Lucy seakan terpaku dan terkunci dengan renungan mata March, macam terkena hipnosis. March merapatkan wajahnya kearah wajah Lucy, Lucy dah tutup mata dengan dada bagai nak pecah berdebarnya, dia sendiri hairan kenapa dia tak mampu untuk menghalang apa yang March sedang lakukan, semacam pasrah dia bereaksi.

“Aku bertuah dapat kau,” bisik March di telinga Lucy, terlalu rapat hingga hilang semua muzik latar yang sedang berlagu, kecuali debaran di dada yang terdengar hingga ke telinga. Dan terasa nafas March yang hampir ke bibirnya.

‘Aku pasrah kalau dia nak curi first kiss aku,’

‘Hei, dia layak ke?!’ kata hati Lucy tiba-tiba berlawanan antara satu sama lain. Dengan segera dia terus membuka mata, dengan niat nak menghalang situasi tadi daripada terus berlanjutan, tapi tekaannya meleset. March tak ambil kesempatan walaupun dia boleh, dia cuma memeluk erat tubuh Lucy yang dah mula bergetar dengan sendiri. Uhu, perasan sendiri dia nak kiss aku.. Lucy blushing.

“Nah, hadiah untuk kau,” March melepaskan sedikit pelukannya tadi dan menayangkan sekeping kulit cengkerang berwarna putih berbelang-belang coklat tua dan hitam, sangat cantik di hadapan mata Lucy. “Untuk bidadari aku,” dia kelip kedua-dua matanya perlahan dengan penuh kasih.

“Er, ehem,” Lucy berdehem sambil membangunkan tubuh sendiri, secara automatik March duduk bersama. “Thanks,” ada getar di dalam suaranya sambil menyambut huluran March.

“Kau okay?” March menyelitkan rambut Lucy yang dah basah dimamah air ke celah belakang telinga Lucy.

“Okay,” perlahan suara Lucy antara dengar dan tak. Damn it la, apesal aku berdebar lain macam pulak ni, hadui! Lucy ketap bibir sendiri, sambil menahan nafas supaya March tak dapat tangkap yang dia sedang bergetaran seorang diri.

“Kau sejuk? Sorry, aku tak patut bawak kau masuk air,” March risau bila dia terasa badan Lucy bergetar dan wajahnya pucat. Dia mendukung Lucy keluar dari air dan mendudukkannya di atas tikar biru yang dihamparkan awal tadi.

“Aku okay,”

“Serius kau okay?” Lucy angguk. “Tapi kenapa kau pucat ni?”

“Tak, err, aku.. maybe aku.. err.. aku entah.. tak tahu..” Lucy gagap, hilang tujuan hidup sementara waktu.

“Kau sejuk ni,” tangan Lucy terasa beku dipegang March. Cepat-cepat March ambil tuala dan membalut tubuh Lucy yang berbikini. Dress sepadan yang dipakainya tadi dia letak tepi sebelum sun-bathing masa March duk kalut tangkap ikan guna tangan.

“Aku okay. Thanks,” Lucy dipagut rasa terharu, tak pernah dia dapat layanan dan perhatian macam ni daripada sesiapa pun sebelum ni. Bahunya dipeluk March sambil digosok-gosok. Dia pandang wajah March dari ekor mata, comel pulak muka risau dia, hu hu. Lucy berbungkus di dalam tuala sambil menghayati keindahan pulau yang sangat cantik di pagi hari yang semakin menginjak ke tengahari. Pokok kelapa melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi. Terlihat juga sekumpulan burung putih terbang melayang mengharung angin.

“Cantik cengkerang ni,” Lucy bersuara memecah kebisuan selepas rasa berdebar tak ketahuan hala tadinya beransur pergi. “March?”

“Honey??”

“Aaaa? Apa, apa?”

“Kau tidur??”

“Ha ha, sorry, sayang.. aku rasa bahu kau macam bantal pulak tadi. Hu hu,”

“Nasib takde air liur basi,”

“Ha ha, nak ke, aku boleh bagi,”

“Eee, pengotor!”

“Ha ha! Kau dah okay, sayang?” March bertanya dalam mamai. Boleh kau tertidur pulak ye, March. Aku sekeh tak pasal aje nanti, Lucy berbisik.

“Okay, aku lapar aje ni,”

“He he, don’t worry. Hero ada bawak makanan,” March bangun dan menyelongkar beg yang dibawa tadi dan mengeluarkan sebuah Tupperware lutsinar. “Back-up kalau tak dapat tangkap ikan, which is already failed,” March kelip mata sambil membuka Tupperware tersebut dan mengunjukkan pada Lucy.

“Mana kau dapat ni?”

“Aku bawak dari Malaysia,”

“Are you kidding me??!” Lucy hampir nak mengeluarkan kembali roti sandwich yang dah masuk pun dalam mulutnya.

“Ha ha, yeah, yeah.. aku gurau aje, telan, telan, jangan keluarkan balik. Aku ambil kat cafĂ© tadi,” dengan wajah ceria March menggigit roti sandwich bersalad yang berada di pegangannya sambil tersengih happy dapat mengenakan cinta hatinya tu untuk sekian kalinya. Aku suka dan please sangat untuk tengok muka geram dia kalau kena usik.. perfect! Terlalu comel untuk diungkapkan dengan kata-kata. March berbisik sambil terus tersenyum.

“Nak tak kalau kau duduk berdua aje dengan aku kat sini?” March mengajukan soalan.

“Sini? Oh my, takde tempat lain ke, nok? Aku nak shopping pun tak boleh. Mydin takde, Petaling Street, apatah lagi Pavi,”

“Amboi, demand sungguh kau ni, ha ha,” March mengelap tangannya ke seluar pendek paras lutut yang dipakainya. “Okay sikit tak perut kau?”

“Em, boleh la. Kalau ada dinasour, dinasour pun aku nak panggang sekarang ni,” betul-betul ayat perli tu!

“Ha ha, nafsu gajah sangat, beb!” March bangun dan melipat tikar tadi, lalu menyimpannya di dalam beg. Tupperware pun disimpan dan dia mengeluarkan sebilah pisau ala Rambo lantas disisip ke sisi seluarnya.

“Kau bawak pisau?? Jangan kata kau ni kanibal??

Khamis, 5 Jun 2014

March 8 novel/cerpen



"Kau buat pembedahan ke, beb??"

"Bedah apa ni, nok?" soal Lucy acuh tak acuh sambil memakai sunblock. Kemudian, tali bikini dibetul-betulkan sampai selesa.

"Pembedahan tukar jantina?"

"Eee, choi! Kau ni! Kau tengok nama aku apa kat IC?"

"Err, Ahmad Lutfi?"

"Jadi, selagi nama aku Ahmad Lutfi, aku masih semulajadinya lelaki, sekian.." March telan air liur. "Cepatla, nok. Kau tenung apa ni? Kata nak pergi memancing? Huu, i love this lovely hat, thank you, honey," cubit pipi March yang duk terkedu sambil mengenakan topi warna putih lining merah jambu beriben di kepalanya.

Sambil garu belakang kepala, March bertanya, “Tapi, apesal tak nampak? Bukan patutnya nampak ke?”

“Nampak apa ni, nok?”

“Err, aduh.. nampak tu la,” tunjuk March ke arah bahagian bawah bikini Lucy.

“Oh, itu.. ha ha, magic!”

“Magic? How come?” March tak puas hati. Dia pusing keliling Lucy sambil merenung tak puas hati. Sambil tu sempat cuci mata pandang tubuh gebu Lucy. Kulit dia aje dah mengalahkan aku, bisik March.

“So, kau ingat kau aje la ada lesen untuk sembunyikan ‘bukit’ kau tu? Aku pun ada jugak lesen untuk sembunyikan apa yang patut,” balasnya sambil menjungkitkan kening, nak tiru trademark Ziana Zain.

“Possible? Macam impossible aje aku rasa?”

“Nothing’s impossible, dear. Honey, cepat la, aku tak sabar ni nak sun bathing kat tepi pantai sambil pose ala-ala Angelina Jolie,”

“No, selagi kau tak cerita macam mana, aku tak nak gerak,”

“Degil kau ni,”

“Wajib la,”

“Ala, aku nak cerita pun payah la. But don’t worry, aku sembunyikan aje, aku tak buang lagi, ha ha,”

“Sayang, please cerita sebelum aku buka bikini kau ni, secara paksa,”

“Amboi, bermotif sangat kau ni,” March berpeluk tubuh sambil kerutkan dahi. Muka serius. “Okay, kau degil, aku tinggal kau, aku pergi sendiri,”

“Sayang.. kenapa degil sangat ni, em?”

”Siapa yang degil sekarang? Aku ke kau?” mata bertentang mata, dua-dua diam sebelum March bersuara,

“Okay, tapi kau tak kesian ke kat aku? I’m dying to know the fact,”

“Okay, okay. Sejak kau tak nak mengalah, aku cerita ajela. Tak pun aku bagi hint, kau cari aje dalam internet..?”

“Okay, tell me, right now,” mata bercahaya excited.

“Fesyen ni orang panggil tuck and tape. Aku rasa mudah sikit la nak sembunyi ‘bukit’ kau tu daripada sembunyi ‘dia’ ni,”

“Tuck and tape?”

“Yes, honey. Sekarang kau dah tau, jom gerak! Yeay, ikan, I’m coming!”

“Sayang, sekejap.. macam mana nak tuck and tape tu?” tak puas hati lagi tu.

“Jangan kata kau nak suruh aku demo depan kau?”

“Kalau kau rela nak tunjuk, aku lagi super rela nak tengok, ha ha,”

“Eee, gatal nauzubillah! No, never,”
“Alaaaaa...”

“Nope, takde ala-ala. Huduh benar kau nak merajuk bagai,”

“Ha ha, takpe, sayang. Aku pasang cctv nanti, rela tak rela, kau terpaksa bagi aku tengok jugak, wahahaha!”

“Ya Allah, kau ni tersampuk apa ni, March? Dah la, malas layan kau. Bye,” dengan lenggoknya Lucy meninggalkan March.

“Ceh, tunggu kau, sayang,” bisik March sebelum berlari laju mengejar Lucy dari belakang dan terus mendukung tubuh Lucy.

“Aaaaa! Melayang nenek kau terbang!” Lucy melatah terkejut.

“Ha ha ha! Apesal ringan sangat kau ni, em, sayang?” March ketawa sambil mencium pipi Lucy. “Alololo, comelnya. Malu ye?” March sengih tengok pipi merah Lucy, blushing.

“Nokkk!” Lucy menutup kedua belah pipinya. “Turunkan aku, sakit pinggang kau nanti,”

“Ala, sekadar dukung kau ni, sayang, takde hal la. Tengok badan la,” Lucy buat muka sambil membebel sendiri. Terdengar perkataan ‘perasan’ dalam bebelannya tu. March gelak aje. Rambut Lucy beterbangan disapa bayu pagi. Semalam sampai-sampai aje dua-dua terus tidur tak ingat dah duduk kat planet mana.

“Duduk kat belakang, kasi ekstrim sikit pagi-pagi ni, okay,” selepas menurunkan Lucy, March menghulurkan jaket keselamatan padanya.

“Huu, indah sungguh ciptaan Tuhan,” ujar Lucy sambil berjalan di dalam air jernih berwarna turqoise.

“Peluk kasi ketat-ketat sikit,” March sengih.

“Tu sebab kau pilih bot sece’ot ni kan?” Lucy mengecilkan mata memandang March bersilih ganti dengan memandang motorboat kecil tersebut yang berwarna biru.

“Opss, busted!” March kelip mata kiri. “Ha ha, baru la romantis, sayang,”

“Banyak la romantis kau, konon. Kalau aku tercicir tengah laut nanti, macam mana?”

Isnin, 26 Mei 2014

March 7 novel/cerpen

"March, macam mana malam pertama?" mama March senyum penuh makna dalam bisikan.

"Hehe, mana boleh cerita, mama ni," March sengih sambil tarik kerusi dan duduk. Karipap dicapai. Sarapan pagi di hotel mengharap la nak dapat karipap, apa lagi karipap sardin macam Mak Mun buat ni. Terbaik!

"Lucy sweetheart, come. Dah kenapa tercegat kat situ?" March pandang Lucy yang duk terteleng-teleng dari tadi. Kejap pandang atas, pandang kiri, pandang kanan, entah apa yang dicari entah.

"Kita tinggal kat sini ke, nok?" perlahan dia bisik selepas duduk di sisi March. Mama senyum aje memandang.

"Baby girl, how are you today?" mama menegur.

"Err.. err.. sihat, auntie,"

"Sayang, apa auntie ni, mama la," March senyum, Lucy tergaru-garu belakang kepala. Boleh pulak nak tersasul bagai.

"Hee, sorry, mama.."

"It's okay, sayang," mama membalas.

"Nak minum tak? Teh tarik Mak Mun terbaik, beb. Aku tuangkan,"

"Boleh.. tapi aku nak guna toilet, please.. kejap aje," Lucy bersuara. Bajet comel.

"Okay, nak aku teman ke?"

"Tak apa, aku okay. Kat mana?"

"Terus depan tu, masuk kanan," Lucy bangun, berjalan dan menghilang kemudiannya. Mama bersuara,

"March, tak nampak tanda-tanda pun," muka mama ala kecewa.

"Tanda apa, ma?" March bertanya sambil membuka akhbar. Berita tentang dua ekor panda yang disewa dari China menjadi perhatian. "Comel," bisiknya.

"Tanda malam pertama,"

"Apa tandanya, ma?" acuh tak acuh March bertanya. Mata ralit baca pasal panda.

"Emm, salah satunya cara pengantin perempuan berjalan,"

"Huh?" March panggung kepala dan merenung Lucy yang kebetulan berjalan mengarah kepada mereka. "Sama aje cara berjalannya, ma?"

"Darling, siapa pengantin perempuan kat sini?"

"Err, a'ah, March la, he he,"

"Cuba bangun berjalan, mama nak tengok,"

"Ala, mama ni.. okay, okay, nothing's happened," March balas. "Kitorang tidur dengan berbahagianya semalam, macam adik beradik, kan sweetheart,"

"He he.. a'ah, mama.." terkulat-kulat Lucy menjawab. Malu. Tambah lagi bila teringat apa yang jadi malam semalam. Ahai!

"Honeymoon would do,"

"Honeymoon.. tak apa la, ma.. lagipun March mesti busy, kan?" Lucy menyampuk.

"Em, tak la busy sangat, aku cuti seminggu. Ah, well, aku lupa nak beritahu kau, aku dah tempah tiket ke Maldives," March sengih tepi. "Petang ni, pukul 5.30,"

"Whaaatt??"

"He he, suprise, sayang," March kelip mata. "Come, ikut aku beli baju baru untuk kau," tutup surat khabar dan bangun sambil membetulkan baju kemejanya.

"Mamaaa, tak nak honeymoonnn..!" Lucy menjerit nyaring ditarik oleh March menuju ke pintu utama. Mama ketawa sorang-sorang. Alahai menantu aku..

"Sayang, mana ada orang kahwin tak honeymoon. Ke kau nak pergi London? Or Gold Coast? Tak pun Greece ke? Aku boleh tempah tiket baru,"

"Nope.. aku.. please.. honeymoon kat sini aje, boleh??" Lucy memujuk di porch kereta.

"Em, okay, bagi aku lima sebab kenapa kau tak nak pergi honeymoon, em?"

"Okay.. satu.. aku takut. Dua.. aku seram. Tiga.. I'm scared.. Empat.. I'm afraid.. lima.. aku tak nak MALAM PERTAMA!! Huwaaa!"

"Ha ha ha ha! Tak boleh pakai la alasan kau ni, sayang. Tak laku," March mendekati Lucy. "Sayang, kau tau tak, makin kau takut, makin aku suka, makin aku geram," March senyum penuh makna. "Rawrr,"

"March! Aku serius ni!"

"Ye la, aku pun. Serius bagai nak arwah ni," March balas. Lucy diam.. kemudian ketap bibir sebelum berkata dengan penuh perasaan.

"March.. nok.. aku tak mau. Tak mau.."

"Okay, okay.. shh, aku tak paksa kalau kau tak nak. Aku cancelkan aje flight kita, okay?" March peluk bahu Lucy. Kelip-kelip pandang March yang senyum ikhlas kat tepi. Aishh..

"Ada refund?"

"Tak,"

"Betul?"

"Betul. Sebab dah terlambat kalau nak cancel pun, so kira burn terus,"

"Harga tiket?"

"One way, sorang around RM5K,"

"RM5K??!"

"Ye, sayang," senyum.

***

"Janji tak sentuh aku?"

"Tak boleh janji,"

"March.."

"Ini kira sentuh tak?" March pegang tangan Lucy. Lucy kecikkan mata. Aku terkam dia ni karang.

"Okay, tak. Maksud aku, sentuh.. secara mendalam,"

"Mendalam?" kerut dahi.

"Ya, sentuh la.. sentuh-sentuh untuk dapatkan baby.." Lucy tunduk dengan suara yang rendah.

"Ha ha ha.. kau tak percayakan aku? Kalau aku nak, dah lama aku paksa kau, sayang. Tapi, kau patut tahu, aku kahwin dengan kau bukan sebab tu, tapi sebab aku sayang kau, aku nak jaga kau, kau faham?"

"Tapi, kau kata kau geram tengok aku??"

"Geram tak semestinya nak terkam kau. Geram nak peluk, nak cubit. Kan berbeza tu?"

"Em.. okay.." Lucy muncung. "Honey! Nak ni!" tiba-tiba mata terus blink-blink nampak bikini seksi warna merah hati campur ungu dan kuning.

"Kau nak pakai ni, sayang?" March telan air liur. Mati la semua pandang dia nanti. "Tak boleh. Seksi la.. wa aje ada permission untuk tengok lu,"

"Alaaaa, boleh laaaa, boleh laaaa, honey, pleashhh, pleashhhh,"

"Adoi, seksi sangat ni! Kau nak jadi bintang popular ke? Kalau kau punya curve tak ala JLo, aku tak kisah sangat, malangnya, JLo pun nak kalah dengan kau punya badan ni, sayangku sayang. Aku harap kau memahami aku seorang yang cemburu, okay," March letak kembali baju yang diunjukkan oleh Lucy. "Yang ni okay,"

"Haa, tak cun laaaa," Lucy pandang sebelah mata aje dengan baju yang dipilih oleh March. Bikini yang menutup sikit la daripada yang tadi, dan yang penting kurang keseksiannya.

"Sayang, tolong fahami aku.. aku tak suka orang ushar kau lebih-lebih, karang ada yang dapat percuma pelempang aku bagi,"

"Emm, yela. Dah la, tak nak dah," Lucy merajuk dan terus berjalan laju.

"Sayang..!" March kejar dari belakang. "Okay, okay. Tak mau merajuk. Aku belikan, tapi dengan set dress sekali okay. Belahan jiwa ni cover sikit," March tunjuk ke arah dada Lucy, sikit lagi nak tersentuh sebelum Lucy tepuk tangan March.

"Ha ha, adoi, sakit,"

"Padan muka! Gatal sangat kan,"

"He he, tolong garu," sua tangan.

"Kenapa pulak ni?" dengan kedua-dua tangan memeluk tubuh Lucy bertanya.

"Dah kata gatal, garukan la," March senyum comel.

"Aku hambat dengan penyapu kau ni karang, nok!"

"Ha ha ha! Meowwff! Jom cepat, banyak lagi benda nak beli ni,"

"Kalau ada penyapu boleh lipat, aku nak beli. Khas untuk kejar kau dengan penyapu,"

"Ha ha, daripada kau kejar aku dengan penyapu, baik kau cium aku di pipi, dapat pahala," March kelip mata sebelah dengan senyuman meleret tengok mata berapi Lucy. Ha ha, sooo cutee!















Kurangkan bulu di ketiak

salam semua. adoi tajuk ko best betul. hehe apa boleh buat semua orang ada bulu ketiak, yg xde tu dia sedikit alien la drpd yg lain. tp bulu ktiak ni kalau xdiuruskan mmg la akan mengundang ketibus (ketiak busuk) n ketibas (ketiak basah) hehe. so den ada jumpa beberapa petua yg mudah xmudah la, boleh la try kalau gigih

1. beli kapur sirih (den beli kat mydin, kat kedai India selalu dorg jual jgk) kapur ni sapu kat ketiak, biar 30 min, then cabut bulu2 bkenaan. sakit la, sapa kata xsakit cabut bulu ketiak, weh. katanya bulu akan lambat tumbuh dan bila tumbuh akan jarang2 gitu. nipis

2. kapur sirih jugak, ambil kunyit hidup dan calit kt kapur tadi then sapu kat ketiak dalam gerakan yg sesuai utk bagi masuk campuran kunyit dengan kapur tu ke dalam bulu roma. wat la dalam 10-15 min. tp dengan syarat, cabut dulu bulu2 ketiak tsebut. jgn cukur. cukur xjadi la. dan benda plg best, dia kata bulu xkan tmbuh dalam masa yg lama 3-4 bulan gitu. amcam, best kan. tp jgn mharap sgt, kita brusaha aje, kkdg sbb kan bulu tlalu tebal (krn ko suka mcukur), mgkn dia akan tmbuh dlm masa yg singkat, tp xrugi pun ko amalkan petua ni, kapur tu singgit je sebekas, drpd mcukur then gelapkan ketibus tu, baik cabut dan amalkan petua ni.

hehe, tu jela yg den nmpk mcm mudah sikit, yg lain mcm susa nak diaplikasi. oh ya, den da try yg no 1, baru try smlm, so xde lg resultnya. well, slmt mcuba petua nenek2 kita ;) gud lucksss

Selasa, 13 Mei 2014

MARCH 6 novel/cerpen

Lucy terjaga. Tiba-tiba aje. Terasa ada tangan kat perut. Perlahan-lahan dia ushar sebelah kanan, oh, March.. kawan baik aku masa zaman sekolah dulu. Okay, takde yang pelik pun, sambung tidur. Err, tapi.. kejap.. apesal dia peluk aku eh?! Dah tu tidur sekatil dengan aku pulak?! Huwaa!

'Weh, mamat ni dah kahwin dengan kau la, boleh kau buat-buat lupa pulak,' Lucy angguk-angguk sendiri. Aah, aku wife dia la.. ha ha, apa yang pelik, wife tidur sekatil dengan pasangan dia kan? Okay, sambung tidur.

Sebelum sambung tidur, dia terfikir apa dah jadi malam semalam, a.k.a malam pertama dia dengan March? Uhuk, malam pertama aku! Terus pucat sendiri dan terduduk secara refleks! Apakah.. apakah maksud tangan March kat perut aku ni.. agaknya.. apakah..? Oh no! Baju aku! Semalam.. aku pakai towel robe dan sekarang.. aku pakai baju tidur seksi! Aaaaaaa..! And for God's sake, without bra! Errk... March.. kau.. kau.. Lucy terkelip-kelip pandang March yang nyenyak tidur, tak terasa pun aura berdebar Lucy yang sampai terdengar kat telinga sendiri.

Persoalan pertama.. adakah aku dah tak suci lagi?? Persoalan kedua, macam mana aku terpakai baju seksi dengan tak bercoli bagai dan paling tak boleh blah, ada seluar dalam ni! Aaaaa.. Lucy gigit bibir. Aku berjalan dalam tidur ke? Aku rasa takde la aku bergigih nak berjalan dalam tidur semata-mata nak pakai baju tidur? So, jawapannya, makhluk kat sebelah aku ni yang tolong.. tukarkan.. baju.. aku.. Lucy ternganga sendiri.

"Aaaaaaaaa!!!"

"Haa? Apa, apa? Kenapa?" March terjaga dalam mamai dan kalut dia bertanya. "Kenapa ni, sayang?" dia bertanya pada Lucy yang sedang menghadang dada sendiri dengan air mata kat tubir mata. Alololo..

"Kau.. buat apa kat aku, nok? Sobs,"

"Kejap, kejap.. aku buat apa kat kau? Sorry, I can't recall," March pegang kepala. Mahu tak nya, tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba ada suara mengalahkan trompet menjerit kat sebelah, adeh.. terjaga secara mengejut macam tu, kalau tak kena gaya memang ada yang dapat makan kaki.

Diam. Diam. Diam. Cuma kelipan mata kedua-dua mereka menghiasi.

"Oh, baju kau ni?" kembali ke alam realiti, March bertanya.

"Yela, apa lagi," ucap Lucy sambil mengelap air mata sendiri.

"Aku tukarkan. Aku tengok dalam beg kau ada baju ni aje yang sesuai, so aku tukarkan ajela," March menjawab tenang.

"Mak.. maksudnya.. kk.. kau.. dah.. tengok.. semua..?" sangkut-sangkut Lucy bertanya.

"Erm, let me see.. erm, kind of.." March angguk-angguk selepas dapat recall kejadian semalam secara jelas.

"Aaaaa!! Kenapa kau tak mintak kebenaran aku?! Sampai hati kau, sampai hati kau!!" Lucy pukul-pukul bahu March. March dah tergelak-gelak. Ha ha, cutenya!

"Sayang, aku dah kejutkan kau, kau yang tak sedar. Lepas tu, aku kata tukarla baju dulu, then kau kata 'em, tukarkan, honey,' aku tukarkan ajela. Mana boleh tolak bila kau panggil aku honey, right?" March sengih lepas puas gelak tadi. Siap tiru lagi gaya Lucy bercakap dalam tidur.

"Huuu, aku tak percaya," muncung.

"Betul. Aku tak tipu kau, kau yang cakap macam tu, siap peluk aku lagi lepas tu.. ha ha, indahnya dunia,"

"Nok! Jahatla kau ni!"

"Ha ha..!" March gelak sebelum Lucy mula mencubit-cubit pulak. "Okay, okay.. sorry, sorry.. aku tengok yang atas je, yang bawah tak. Betul tak tipu,"

"Habis, macam mana aku pakai spentot ni??"

"Em.. macam tu ajela. Masukkan dari kaki sampai ke atas, taraa, siap,"

"Senang betul kau cakap, March!"

"Laa, dah memang senang pun. Memang macam tu aje cara dia. Tak tau la kalau kau pakai spentot dari atas kepala?"

"NOK!!"

"Ha ha ha! Okay, okay.. betul ni.. okay, kau bayangkan ni," pukul 4 pagi duk bercerita dua-dua ekor. "Kau kan pakai towel robe, jadi sebab aku budak baik, takdela aku bukak towel robe kau tu, aku pakaikan kau spentot dulu, then baru aku bukak towel robe tu and pakaikan baju pink-pink kau ni, then gitu la, settle," ujar March sambil angkat kening.

"Betul kau tak tengok??"

"Betul aku tengok yang atas aje. Rezeki.. ha ha,"

"NOK!!" sekali lagi kena tempik.

"Ala, lama-lama nanti aku akan tengok jugak kan, jadi apala salahnya jamu mata di malam pertama, betul tak?" March berkata kemudian ketawa lagi.

"Kau jamu mata aje kan? Tak ada buat benda lain??" Lucy bertanya lagi dengan jelingan tajam.

"Benda lain? Maksudnya?"

"Yela, kau cubit-cubit ke, kau usik-usik ke," siap buat aksi seperti yang disebut.

"Apa la yang dirisaukan sangat ni, em, sayang? Kita dah sah kan? Aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku buat pada kau, don't worry, okay?"

"..." muncung.

"Alolo, tak mau nangis. Come here," March tarik tangan Lucy dan bawa tubuhnya ke dalam pelukan. "Aku tak sentuh pun, aku tengok aje. Tengok.. tapi kalau tersentuh tu, aku tak jamin la, he he,"

"Aaaaa,"

"Okay, okay, dah, dah. Jom tidur, budak manja, aku penat la.. awal pagi lagi ni," pujuk March lembut sambil menjeling jam di tangannya.

"Betul kau akan bertanggungjawab?" tak puas hati lagi tu.

"Betul, sayang.. I will," senyum. "Tengok aku senyum ikhlas ni, kalau aku tipu, mesti aku senyum ala vampire yang kasanova, tapi malangnya, aku senyum ala Shah Jahan yang setia pada Taj Mahalnya," Lucy angkat kepala daripada bersembunyi di dada March, jeling sikit tengok senyum Shah Jahan kononnya tu.

"Mana kau tau dia senyum macam tu?"

"Err, I just know it, magic!" senyum. "Sayang, aku yang lamar kau, aku sayang kau tanpa syarat, jadi aku akan berpegang pada janji, aku akan jaga kau, sampai aku mati, insyaallah," March renung lembut mata Lucy. Sebelum dia kelip mata dan berkata, "Aku tau aku hensem, janganla renung sampai macam tu, segan aku, hi hi,"

"Eee, perasan nak mati la kau ni!" Lucy keluar dari pelukan March. Baru nak feeling romantik sikit, potong stim betul mamat ni.

"Ha ha, aku rasa aku tak perasan, memang kenyataan kan? Betul tak?"

"Yela, intan payung, hunny bunny, jom tidur," ucapnya malas layan dan segera membaringkan badannya membelakangi March.

"Tidur aje?" kepala March menjenguk dari belakang Lucy.

"Habis?"

"Malam pertama kita?"

"MARCH!!!" satu bangunan bergegar dengar jeritan Lucy dan ketawa March yang mengiringi. Hampeh betul la dua-dua ekor ni. Adeh..



Jumaat, 9 Mei 2014

MARCH 5 (novel/cerpen)

Lucy berdebar menapak naik ke bilik selepas dia membabai ahli keluarganya pulang. Di sebelah, March kelihatan tenang walaupun keletihan jelas terpancar pada wajahnya. Jari jemari Lucy digenggamnya kemas dan tuxedo hitamnya disangkut pada lengan, meninggalkan baju kemeja putih sahaja pada badan. Bila Lucy memandang sekilas, March tersenyum.

"Apesal? Berdebar nak harung malam pertama?" March senyum kambing. Lucy cepat-cepat berpaling dengan pipi yang merah mendengar persoalan March sebelum terdengar March ketawa mengekek. Cess! Lucy bengang. Sepatutnya dia yang patut malu, bukan aku! Hampeh betul la, aku sekeh karang dia ni, sia-sia aje!

"Kau yang patut berdebar, okay?!" Lucy menghentakkan kaki kuat ke atas lantai yang dipijaknya. Sekali langkah, sekali hentak. Sampai empat kali hentak kaki, March berhenti melangkah. Dan berhenti ketawa. Muka serius March mengambil tempat dan merisaukan Lucy. Err, aku salah cakap ke?

"Okay, we'll wait and see, sayang," wajah serius bertukar pada sengih kerang, kembali. Oh, myyy! Macam mana ni?? Aaaa, serius aku seram! Seram! Seram! Lucy gigit bibir sendiri.

"Yes, sampai pun kita," March melepaskan tangan Lucy sementara untuk membuka pintu. Bagi salam, dia melangkah masuk. "Hai, tak nak masuk ke, sweetheart?" March berwajah hairan bila Lucy cuma tercegat tak bergerak dari depan pintu suite yang disewa untuk mereka berdua, dengan terma bagi menikmati malam pertama. Bergegar lutut Lucy memikir..

"Err.. err.." tak ada ayat yang sesuai kalau nak lari pun. Kalau buat trik pengsan, lagi la tak laku! Senang-senang dia angkut aku masuk nanti! Adeh, apa idea nak buat ni?? Wajah pucat Lucy menggambarkan perasaannya ketika itu.

"Sayang, apesal ni? Kau tak sihat? Nak balik rumah?"

"Err.. tak.. aku.. aku.." kalau balik rumah waktu ni pun sah-sah kena halau!

"Kalau tak, come, masuk.. ke nak prince dukung bidadari ni, em?" lirikan mata nakal March menambahkan debaran di hati, tapi daripada dia dukung aku, baik aku masuk sendiri! jerit hati Lucy. Laju-laju dia masuk dan tutup pintu. Berdiri tegak. Tiru patung kat tugu. Aku dah masuk, then..?

"Good girl," March sengih.

"Aku.. nak mandi!" tak bukak kasut lagi, dia terus lari masuk bilik air. Dengan bergaun bagai.. nasib la, nok!! Dia sendiri pelik apesal berdebar lain macam sangat ni?? Huwaa! Boleh naik darah tinggi aku gini! Lucy buka dan buang kasut tinggi bangunan tu ke sebelah dan duduk di atas tandas duduk yang ditutup dengan penutupnya sambil memekup muka sendiri sebelum terdengar suatu ketukan. Dia panggung kepala. Tengok pintu. Lain macam bunyi ketuknya. Macam kat cermin. Dia pandang kiri, ahh, bala! Suite ni terlalu canggih sampai bilik air pun lutsinar, hamek kau, nyah! Aaaaaa.. March senyum menggoda di balik cermin yang cuma dilindungi oleh bidai kayu yang tetap la ada lubang-lubang bertuah untuk peeking orang di dalam dan peeking orang di luar. Haih, moden sangat pun susah jugak untuk aku yang pemalu ni! Err, sejak bila aku jadi pemalu sungguh ajaib macam ni pun, aku tak pasti..! Lucy mati kutu, dah tak boleh nak lari lagi. Jalani lah hidupmu dengan tenang, wahai Lucy.. bisiknya pasrah.

**

Lucy keluar selepas mandi yang bapak la lamanya. Saja dia mandi sampai sejam setengah, sempat main-main dengan bunga ros dan buih-buih. Tak lupa jugak dia tutup lampu dan nyalakan lilin wangi. Hampeh betul. Kau harap lepas kau keluar, kau selamat la kan? Lucy urut dada bila dia keluar dan melihat March sudah tertidur. Comel jugak dia bila tidur. Tadi pun masa dia mandi, dia perasan March tak ada dah peeking dia lagi lepas dia ketuk cermin. Mujur jugak dia tak buat aksi ketuk pintu nak mintak mandi bersama! Harus aku pitam!

Lucy duduk di kerusi dan memandang ke cermin sambil mengeringkan rambutnya. Dia tak suka pakai pengering rambut sebab nak jaga rambut daripada rosak.

"Sayang, kau dah siap mandi? Erm, wanginya.." suara serak March berkumandang di telinga Lucy. Apesal kau bangun??! Apesal tak tidur mati??! Apesal tak tidur sampai esok?!! Semua 'apesal' memburu fikiran Lucy. Aaaa.. wajah pucat tak berdarah kembali bertandang ke wajah.

"Aku nak mandi jugak.. baru kau ada rasa nak cium aku nanti, kan, sayang?" March bangun dan menghampiri Lucy. Senyuman tak ketinggalan walaupun penat. Senyumannya penuh kasih sayang, bukan senyuman menggoda macam tadi. Hati Lucy dipagut rasa bersalah. "Kenapa mandi lama sangat, aku rindu kau, tau?"

"Err.." Lucy telan air liur. Tak terkeluar perkataan dari mulut.

"Kau rehat la, aku mandi sekejap. Won't take long, promise. Nanti mesti kau rindu kat aku, kan?" senyum lagi kemudian berlalu sambil menggosok kepala sendiri selepas menguis hidung mancung Lucy yang terkedu. Kenapa kau layan aku baik sangat, March?? Aku ada hutang dengan kau ke kat kehidupan lepas?? (ini terjadi bila terpengaruh dengan filem). Tak pun ni sebahagian daripada acara dia nak menggoda aku, untuk dapatkan baby?? Gulp! Cepat lari buat-buat tertidur sampai esok! Lucy lompat mengalahkan terjunan Pandalela Rinong ke atas katil king yang ditaburkan bunga ros dan segera hilang di dalam mimpi yang hadir. Bau tilam yang wangi dan empuk memang tak ambil masa lama untuk dia segera tertidur, tapi dia lupa sesuatu.. sesuatu yang penting! Yes, sangat penting! Silap hari bulan la, Lucy.. taktik basi memakan diri.. haish!

Ahad, 4 Mei 2014

MARCH 4 novel/cerpen

March dan Lucy berjalan beriringan menuju ke pentas persandingan yang bertemakan warna silver ala Inggeris. Lagu instrumental Pachelbel's Canon in D mengiringi jalan mereka di karpet merah. Lucy dah perasan diva dengan jambangan bunga lili putih di tangan bila cameraman menangkap gambar mereka berdua.

"Nok, simpankan telefon aku, lupa la," sempat dia bisik sebelum sampai ke pentas. "Tak ada poket, tuxedo aje ada poket, takkan nak simpan dalam 'belahan jiwa' ni kut," Lucy menyendengkan badan rapat-rapat ke arah March, March senyum segaris sambil memandang ke arah 'belahan jiwa' yang dimaksudkan Lucy, kemudian tahan ketawa daripada tersembur.

"Ehem," March berdehem, cover. Apesal la 'belahan jiwa' dia obvious sangat bila pakai gaun ni, baru perasan, aduhai. Sebelum ni  tak perasan pulak aku. 'Belahan jiwa' dia tu la yang memang buat lelaki pandang dua, tiga kali kalau berselisih dengan dia. Haih. March berbisik sendiri.

"Bagi kat aku," gigih Lucy duk pegang telefon bimbit di tangan kiri sekali dengan jambangan bunga yang runner majlis bagi sebelum masuk ke dewan tadi. Bunga lupa petik alasan diorang, sebab tu la last minute baru bawak.

Tangan kanan sangkut kat lengan March. "Macammana?" Lucy bisik dengan senyum comel pandang depan. Diva ni! Dalam hati debar campur excited, terasa macam selebriti, uols! Huwaaa!

"Sayang, nanti atas pentas aku simpankan, okay," March senyum. Macam jauh benar tak sampai-sampai ke pentas.

"Cantik, nok. Thank you," Lucy tahan air mata bila duduk di kerusi sanding. Sebak sebab semua persediaan majlis ni March yang uruskan. Totally suprise! March macam dah confirm-confirm aje aku terima lamaran dia masa hari bersejarah tu, awal-awal dah setup semua kecuali gaun aje dia suruh aku pilih. Huu, mana tisu ni.. Lucy kalut sendiri..

"No, no, tak mau nangis-nangis, hari kita kahwin kan ni, sayang," March perasan air mata yang bertakung. Lucy ketap bibir, tarik air hidung dan kelip-kelip mata.

"Sayang.. okay tak ni?" March bertanya concern.

"Okay, thanks, March.. aku sayang kau, tak tau apa jadi kalau kau tak ada,"

"Shh, dah, dah. Cepat, gaya itik terbang!"

"Hah?" March peace pada cameraman dengan Lucy yang terkejut.

"Yeay! Gotcha!"

"Nok!" Lucy tepuk lengan March. "Padam gambar tu nanti, aku tak kira!"

"Tak nak, aku nak buat frame besar-besar, letak kat hall rumah, ha ha!"

"Ha ha, gila kejam!" Lucy sengih sambil sapu air mata di tubir mata yang sikit lagi nak menitis.

**

Selepas bertepung tawar dan bergambar di pentas dengan tetamu yang hadir, March bersuara sebelum acara memotong kek.

"Lucy, aku ada hal sekejap ni, urgent," March berkerut sambil merenung telefon bimbit di tangan. Tangan sebelah lagi direhatkan di dalam poket seluar.

"Kenapa?"

"Em, aku kena pergi sekarang, kau tunggu sini, okay,"

"Nok, jangan tinggal aku," dia pegang lengan March. "Bawak aku sekali, boleh?"

"Tak boleh. Ala, sekejap aje ye, bidadari sayang, nanti hamba datang kembali," March kelip mata dan berlalu. Lucy tarik seorang pari-pari suruh duduk atas riba. Dia terasa insecure tanpa March. Dengan cameraman, dengan tetamu-tetamu yang ramai, sampai hati March pergi..

Pari-pari kecik mendongak pandang Lucy dan senyum. "Bidadari.. bidadari cantik sangat. Sayang bidadari!" pari-pari bergaun labuh putih tu peluk pinggang ramping Lucy.

"So sweet, dear. Thank you!" Lucy senyum sambil picit pipi. "Oh, apakah.. blackout?? Seriously?! Aaaa, wedding of the year mak ni!" muncung. Tetamu ramai-ramai terdiam sebentar sebelum bising kembali seperti keadaan sebelumnya. Out of the blue, lampu spotlight ditujukan ke arah Lucy. "Opocot, silau mak!" hadang mata sendiri dengan tangan.

"Khas untuk bidadariku yang baru jatuh dari langit, I love you, sayang," Lucy tekup mulut bila muzik bermula dan spotlight kedua yang mengarah kepada March dipasang. Hadirin bertepuk tangan dan suara March mula kedengaran berlagu sambil diiringi spotlight, March perlahan-lahan melangkah menuju ke arah pentas, menuju ke arah kekasihnya yang setia menunggu.

Aku tak tahu
Apa yang ku rasakan
Dalam hatiku
Saat pertama kali
Lihat dirimu
Melihatmu
Seluruh tubuhku
Terpaku dan membisu
Detak jantungku
Berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


"Sweetnya prince," pari-pari di ribaan Lucy menggumam sambil tersenyum sorang-sorang ke arah March yang dengan sepenuh perasaannya menyanyi, gaya dah macam nak mengalahkan Anuar Zain! Tapi perlu ke nak lawan abang Nuar aku?? Over kau ni, nok!

Lucy terdengar ucapan pari-pari dan dia terpaksa akui.. err, March memang romantik terlampau! Apesal tak pernah tahu pun sebelum ni?? Adeh.. terasa cair.. naya betul! Lucy telan air liur sendiri. 

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu
Betapa ku terlalu mencintaimu
Aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Bila matanya bertentangan dengan mata March, mata cantik itu melakarkan satu melodi yang sangat indah, yang tak perlu diungkap dengan kata-kata, dan cukup meruntun hati Lucy. Dia sangat cintakan kau, Lucy.. jantung Lucy berdetak kuat dengar kata-kata hati sendiri.

Tolonglah aku
Bagaimana diriku
Ungkapkan itu
Rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku..

**

"Kau ni jahat la, habis rosak make up aku,"

"Alolo, sini tengok sikit. A'ah, la.. habis la, beb. Macam mana ni?"

"Yeke??" muka Lucy dah tak boleh blah. "Macammana ni, nok?! Kau la ni, tengok aku dah low self-esteem!"

"Ha ha, tak la, sayangsss.. tau tak, kau makin comel kalau menangis. Tapi, apesal kau nangis ni, em? Suara aku tak sedap sangat ke sampai tahap petala lapan?"

"March!" Lucy cubit March. "Kau tak buli aku sekejap tak boleh??" bertambah-tambah muncungnya.

"Ha ha, okay, okay, tak.. dah, dah, tak mau nangis lagi, aku luahkan apa yang aku rasa aje tadi, aku ikhlas sayangkan kau," March senyum sambil mengelap air mata yang bersisa di pipi Lucy. So sweet, bisik hati March. Terharu sampai menangis. Hu hu, love you, sayang..

"Come, potong kek,"

**

"Ceh, balas dendam konon, eh?" March berkata dengan mulut penuh kek dan menyapu krim yang terlekat di bibir.

"Ha, ha! Sedap tak, honey??" amboi, happy sungguh dapat sumbat kek sebesar alam dalam mulut aku, kan? Tunggu la..

"Sedap, sayang.. sayang nak rasa??" March sumbat lagi besar potongan kek dalam mulut Lucy dengan senyuman lebar. Angkat kening..

"March, kau tunggu aku belasah kau nanti!" ujarnya berbisik dengan nada semangat selepas bergigih menelan kek berkrim warna merah jambu muda tadi. Mata dah berapi. I'll kill you in your sleep!

"Okay, aku tunggu. Kau nak baby tak?" bisik March sambil tersenyum penuh makna. Erk! Lucy terus tersedak diiringi ketawa kuat March.

"Ha ha, love you, love you," pipi March merah, ketawa sampai berair mata. "Sorry, tak dapat tahan rasa nak peluk,"

"Eee, gatal la! Tak malu kau ni, nok!"

"Nak kish, pleashhhh," tangan peluk pinggang Lucy, tak nak lepas.

"March, kau ni tersampuk apa ni?? Eh, bawak mengucap panjang-panjang sikit, tak daya la nak layan gatal kau tu depan-depan orang ni,"

"Kalau tak depan orang? Boleh? Ngee," March kelip mata. Bahagianya dapat tengok jelingan manja dia, ha ha. Meowff!







Sabtu, 3 Mei 2014

MARCH 2 novel/cerpen

"Aku terima nikahnya, Maritza Aafiya binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya, RM300 tunai," pucat Lucy melafazkan ayat keramat tu, tu pun dah masuk kali ketujuh baru lepas. Afdhal tu tujuh kali!
Adeh la. Hilang terus debar aku nak jadi 'isteri' sebab debar tu sampai kali ketiga tak jadi aje, lepas tu debar terus ganti dengan geli hati sebab berpeluh-peluh ni ha si Lucy nak menyebut! Alahai, sayang, sayang.. March berbisik sambil tersengih memandang ke arah Lucy yang nampak sungguh jambunya dengan bersongkok dan berbaju melayu bagai.
Pagi tadi bergigih dia suruh si Lucy pakai baju singlet untuk tutup 'dada' tak ori dia tu, tak ke pelik kalau pengantin lelaki ada 'bukit'?
"Wei, nok, habis la 'bukit' aku, penat aku gemburkan tau untuk jadi macam sekarang ni." muncung."Alaaa, nok, tak boleh ke kalau tak pakai??" bebel Lucy dengan lenggoknya bila March hulurkan sehelai singlet. Singlet tu dicapai dengan hujung jari aje sambil tertelek-telek merenung, hampeh betul.
"Habis tu, takkan kau nak akad nikah pakai gaun kut, kalau nak resepsi tak apa la, ni nikah, terpaksa la kau yang pakai band, bukan aku," Lucy muncung dengar ayat March. "Alolo, nak mintak kiss ke, nanti baby bagi ye, sayang, ha ha ha!" March bantai gelak bila muncung Lucy makin panjang dengar pujukan atau lebih pada usikannya tu.
"Tak baik tau kau gelakkan aku,"
"Alolo, okay, okay, sorry. Beb, nanti dah habis akad ni, kau bukak la, keh. Lepas tu, kita pakai gaun dengan tuxedo, okay?" Lucy jeling dari hujung mata, sambil menggerak-gerakkan bibir dan badan pandang cermin. Nak jugak pakai bulu mata dengan foundation, padahal nak akad nikah aje, gasak kau la, Lucy! March geleng-geleng. Jangan tok kadi pengsan sudah.
"Alhamdulillah, lepas pun akhirnya," semua yang hadir senyum-senyum. March ketap bibir bila sampai masa nak sarung cincin dan batalkan wuduk.
"Kau nampak cantik, nyah.." bisik Lucy sambil sarungkan cincin. March tergelak besar. Tapi cepat dia cover bila orang lain buat muka blur tak faham bijik buah dia gelak bila orang sarung cincin. Patutnya, buat la tersipu-sipu malu ke kan. Padan la sikit dengan title pengantin perempuan. Tapi apa boleh buat.. terasa pelik bila orang puji aku cantik. Err, pelik okay.. tambah lagi Lucy yang puji aku? Terbalik kau! Ha ha! March ketawa sendiri dalam hati.
"Cepatla batalkan wuduk," mama sengih bila March dan Lucy tercengang-cengang kemudiannya.
"March.. dia.. boleh?" March buat isyarat ala-ala kissing dengan Lucy. Mamanya angguk. Apa punya jenis couple tak tau la, weh..
March cium pipi Lucy dengan hidung. Cukupla, testing untuk malam pertama, lebih-lebih karang, tak mampu korang nak tengok pulak, hu hu.. nak tunggu Lucy yang nak cium aku, tunggu la sampai Malaysia turun salji, uols.. March senyum memikirkan yang Lucy dah pun sah menjadi miliknya pagi itu, pagi esok dan selama-lamanya, insyaallah jika diizinkan Tuhan. Aku akan jaga kau, sayang.. sambungnya lagi.
**
"Resepsi kat hotel?? Lima bintang?! Oh my..! Really?!! Ohh, ohh!" jeritnya tak percaya sambil lari-lari anak kucing keliling bilik. Dengan pegang hujung songkok. Haih..
"Weh, apa ni, kan aku dah cakap dengan kau sebelum ni, yang kau terkejut babun ni dah kenapa?" March buka tudung dan letak di atas tilam biliknya.
"Mana baju aku, mana baju aku?? Hair dresser, where are you?? Oh my makeup artist.. ah, happynya aku rasa! Huwaa!" melompat-lompat dia seronok sambil menggenggam pergelangan tangan March. "March, aku akan jadi pengantin paling cantik di dunia, kan? Kan??"
"Yes, you will, Lucy. My only beautiful princess, always be," March senyum. Terharu dengan kegembiraan Lucy. Itu la dia, selalu over excited walaupun benda kecik aje pun, tapi tu la yang menggembirakan aku, bisik hati March.
"So, sekarang? Bila nak gerak ke hotel??" debar dia keluar bersama dengan suara excited.
"Tukar baju, then kita gerak sekali,"
"Aaaa, tak sabarnya, tak sabarnya! Call kawan aku, suruh dia datang cepat-cepat. Uhh, what a beautiful day! What a.. haa. Panas, panas!" sambil kibas-kibas tangan dia dail nombor kawan rapatnya, Rosa, teman seperjuangan masa di sekolah.
Aduhai.. March sembunyikan senyuman dan berlalu ke bilik air menukar pakaian biasa daripada baju kebaya dan tudung sebelumnya.
**