Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Jumaat, 5 April 2013

Novel Hero aku Tomboy

salam semua, dah lama xupdate. jd nya kali ni nak update ttg novel baru aku yg bakal diterbitkan. insyaallah dlm masa terdekat. oleh penerbitan yg sama yakni Kaki Novel.

well, sebelum ni tajuknya Kau ni Hantu Ke ? kan. so jdnya diubah dan tajuk baru pun diluluskan. tp warning, novel ni ada sikit skema (dan mgkn byk ahaii) dan kalau nak baca bab2 awal boleh la baca di blog di bawah tajuk novel yg lama. nnti kalau ada pmintaan atau atas kerajinan diri sdri, insyaallah aku update yg tbaru. peace ;)

ini adalah sinopsis novel tersebut :

Sinopsis
Kisah bermula dengan Khairul Ezzairy, pelajar nerd yang selalu blur-blur alam dan agak menitikberatkan soal agama. Dia dikurniakan kelebihan sixth sense untuk melihat benda-benda paranormal sehingga membuatkannya agak popular dengan panggilan Ghost Buster di universitinya kerana ada membantu menyelesaikan kes-kes misteri dengan kelebihannya itu.
Pertemuannya dengan Faz sehingga memaksa mereka berkahwin tanpa rela membuatkan hidupnya mula berubah. Faz, seorang tomboy dan bekas gangster pernah disalahanggapkan olehnya sebagai seorang lelaki. Faz yang mempunyai kisah silam yang kurang baik bersama lelaki memang membencinya seumur hidup sehingga satu peristiwa telah merubah perasaannya itu pada Khairul.
Adakah Faz yang gangster tapi takut yang amat dengan perkara paranormal dapat hidup tenang bersama Khairul? Adakah dia dapat melupakan kisah silam dan menerima Khairul sepenuhnya? Nerd vs gangster KL, siapa yang menang? Dan adakah jodoh mereka panjang dan berjayakah misi Khairul untuk cuba merubah gangsternya Faz dan bercinta kerana Allah hingga ke syurga? Ikuti kisah mereka di dalam novel romantik komedi seram suam-suam kuku ini, 'Hero Aku Tomboy'. Semoga terhibur!
Khairul : " Err, asyik dia aje jadi hero aku ni, apa kena??"
Faz : " Aku akan buat kau menyesal dengan apa yang kau katakan tadi, Khairul Ezzairy!"

** komen penulis : aku tgh mpersiapkan diri utk menerima segala kritikan atau pun kutukan (yg dah biasa aku terima sebelum ni) utk novel baru. antara kritikan pertama yg aku dapat, novel baru ni xblh lawan batk, rasa mcm xbrp menarik, bila baca xbrp ada feel sbb mcm skema dll. ehhmm, harusla buat aku bfikir.. yes la, aku tulis guna bhsa pasar pun xkena, dah tulis skema guna bahasa ala kamus pun xkena jugak. aku pun xtau dah mcm mana pasni. samada stick pd cara pnulisan batk atau pun sebaliknya.

xtau la weh. tp kalo aku baca balik pun ada jugak part yg aku rasa eh apesal aku tulis gini? ehehe hehe well, benda dah siap n bakal dipublishkan pun, so nak mnyesal pun da tidak bguna. aku jd dak skem utk mjaga kualiti pnulisan novel kat malaysia ni. kalo nak guna bhsa pasar n tulis mcm batk tu blh sangat wok, xde hal, tp itu lah sebab dan puncanya knp aku mngubah idntiti penulisan aku, mcm yg aku sebut td la.. pe pun mmg aku dapat rasakan yg novel HAT ni kurg mdapat sambutan. mgkn jugak sbb kurg promosi tak mcm batk dl promosi sana sini abg muzri tlg, dan mgkn jugak org xbrp minat cerita alaala seram pdhl xla seram sgt pun aku tulis, just kalo bc mmlm mgkn ada la yg terasa len mcm apatah lg kalo lampu pun terang tak terang gitu hhe.

apa pun, pls wish me luck ya! this is a new phase of my writing, hrp ada pkembangan yg baik. aku tak sabar menanti kelahiran baby baru ni. dan mgkn lepas ni baru aku tau penulisan mcmmana yg perlu aku guna utk penulisan seterusnya kalau ada insyaallah. well then, thanks again dear readers, pls give me a die hard supports ya! trimas2! jasa kalian amatlah dihargai.. tkasih semua

with luv,
arisa eriza

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yez sy bru beli n bru bce, kelakar, seram . .like sgt2. , . .;)

Arisa Eriza berkata...

alhamdulillah, tqsm dear reader! hugssss glad2 :))

Tanpa Nama berkata...

Hahaha, tercuit hati ketika membaca.. Dgan sikap yg ada pada diri ezzairy dan faz..
Memang thibur...

Normy Idayu Ismail berkata...

tgh bace novel ni skang...best la novel ni...skang ni tgh time kje rse cm nk curi2 bce je...xsbr nk tau kesudahan cite ni...

Normy Idayu Ismail berkata...

tengah bce novel ni skang...best ler novel ni..leh bg 5 bintang...skang ni tgh time kje...rse nk curi2 je bce novel...hikhikhik...xsbr nk tau kesudahan cinta Khairul & Faz...:)

Tanpa Nama berkata...

Just bought ur novel gonna start reading it soon... Tgk Tittle dah tertarik utk membeli... Will get back to u after reading it.. Apa² pun teruskan menulis tak kira apa pun org nak kata skema ke apa ke.. There will always be someone who is not happy dgn kejayaan kita..

Arisa Eriza berkata...

alhamdulillah, tkasih yg xthingga utk semua readers yg dah mbeli dan mbaca HAT. arisa hargai sgt :) luv u all, syes xtipu. klu ada komen mbina, arisa terima, tkasih sekali lagi :))

Tanpa Nama berkata...

siyes..mule2 x bajet novel ni de kaitan ngn antu2.sbb main beli je n x bce sinopsis.mule bukak novel ni waktu mlm (sesi layukan mata)..skali baca,kisah antu dpn2.hahaha.tutp buku pejam mata..tp dlm ati x sabar nk tgu esoknyer nk tau kisah strusnye..mmg pg2 lg trus sambung bce...syok giler..best sesgt...jatuh cintan ngn wtk khairul..hehehe..tahniah atas novel yg best nih..gud job...:-D

Arisa Eriza berkata...

alhamdulillah, hehe tkasih dear reader :) sengih arisa baca komen ni, arisa hargai sgt. tqsm ye ! <3