Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 7 Oktober 2015

Apartment 3 (Horror)

(Sorry for the very slow update. Dan terima kasih atas sokongan semua! penulis sgt terharu dan disebabkan beliau terharu, jadi beliau pun update chapter terbaru. sori beliau mmg xberniat utk biar semua tertunggu2. ehehe ok ini semua poyo! NOTE: novel apartment ni sebenarnya masih on the way typing. memandangkan penulis ada karya lain yang sedang diusahakan, sebab tu agak lambat utk update, terima kasih semua! muah!)
SELAMAT MEMBACA!
Shamira demam panas dah dua hari semenjak kejadian malam tu.. aku rasa serba salah jugak sebab aku yang menyebabkan dia jatuh sakit macam ni. Aku tak tau kenapa, tapi aku pun pelik macam mana dia boleh nampak orang duduk dekat kolam renang tu, dan macam mana dia boleh tau yang aku dan dia ikut malam tu bukan kak As, tapi orang tu berpakaian putih dan rambut panjang macam yang dia nampak di kolam renang. Tapi, yang aku nampak memang serius kak As, beb! Pergh, mujurla tak masuk dalam rumah dia, entah rumah siapa ke apa ke aku pun tak tau. Dan buku yang dia bagi tu berubah jadi habuk warna hitam lepas kak As sebenar muncul bagi al-Ma'surat yang benar sebenar-benarnya, tiada tipu dayanya lagi, magik sangat kan?
Gosip pasal apa yang jadi dua hari lepas tu memang jadi gosip terpanas lah untuk abad ni! Dan bertambahla cerita-cerita angker di apartment. Aku sakit kepala fikir. Macam mana aku patut buat? Fuh..
Aku tekapkan tuala di dahi Shamira. Dan aku rajin sekali baca surah dan ayat-ayat Ruqyah ataupun dipanggil dengan ayat Manzil dan diperdengarkan pada Shamira di samping aku letakkan sebotol air 1.5 liter untuk diberi minum kepadanya nanti. Begitulah yang aku dapat tips dan petua daripada ustaz. Ustaz tu ada bagi jugak satu botol air, tapi sikit sangat la, minum sekali dah habis.
Dan aku pun cuba la berikhtiar sendiri dengan bantuan Allah untuk membantu ubati demam panas Shamira ni. Orang tua-tua panggil ni keteguran. Alhamdulillah aku tak keteguran bersama, kalau tak siapa nak jaga kitorang yang bertuah ni agaknya?
Kak As pun ada datang melawat Shamira beberapa kali. Tapi, aku bila tengok aje kak As, aku terus pandang dengan rasa skeptikalnya. Tak nak lagi jadi macam malam tu. Hish, sampai sekarang aku terbayang-bayang sengihan penuh puaka kak As. Waaa!
Kak As datang lagi sekali mengucapkan selamat tinggal. Dia dah nak berpindah, bersama-sama dengan para pelajar lain. Maka tinggallah kami aje, pelajar universiti aku untuk sementara waktu sebelum pelajar kolej lain pula berhijrah ke sini. Aku harap ada la sesiapa yang dapat tolong semahkan apartment ni ataupun tolong ubatkan segala gangguan dan penyakit-penyakit yang tak nampak di mata kasar.. siapakah orang itu agaknya?
Tapi, aku tetap bersyukur yang kak As jadian tu tak bawak aku dan Shamira ke tingkat sebelas, tingkat paling berpuaka tu, kalau tak aku tak tau la nak lari tak cukup tanah rupa mana. Haiya!
" A.A.. aku nak pindah.." ini ayat paling aku tak boleh dengar yang keluar daripada mulut Shamira. Janganla tinggalkan aku sorang-sorang kat sini, Sham Kamikaze! Please!
" Alaa, please la stay, beb.. aku tak ada duit la nak pindah rumah," aku duduk bersila di sisi Shamira. Aku baru lepas bawak dia ke bilik air tadi sebab demam panas dia agak teruk, nak berjalan pun terhuyung-hayang, kalau esok dia tak kebah lagi, aku memang nak bawak dia pergi klinik atau hospital. Kalau nak harap nurse Anisa Wardah ni memang tak ada la, he he..
" Tak apa, A.A, aku boleh tanggung," Shamira bersuara lemah. Aku tahu dia memang anak orang kaya, orang senang, sebab tu ayat tu selamba aje keluar dari mulut dia.
" Tapi, beb, aku tak suka nak terhutang budi bagai ni.. dan aku pun tak nak jugak kalau tinggal sorang-sorang kat bilik ni, weh," aku ketap bibir.
Dah macam-macam jugak yang aku alami masa kat bilik ni.. kalau ikutkan memang aku pun nak blah, tapi aku pokai ni, apartment ni at least aku kena bayar RM100 aje setiap bulan dah masuk api, air. Kalau kat luar, susah la.. tengah-tengah bandar ni, satu bilik kecil aje mahu RM200, lagipun apartment ni selesa, cuma masalah gangguan tu ajela yang aku tak tahan. Aduhaii.. Tak kira apa yang aku dengar lagi ni, boleh kata tiap malam dengar bunyi orang alih perabut kat tingkat atas. Apa kau gila nak berpindah randah pukul 2,3 pagi??
" Aku rasa tak boleh dah nak tinggal kat sini, A.A.. aku tak kuat," adu Shamira. Aku faham perasaannya, sebab aku pun sama, tak kuat, cuma berlakon kuat aje ni!
" Kita cuba duduk untuk sem ni aje, boleh? Nanti kita buat surat minta duk luar?" aku cuba pujuk Shamira. Dia mencebik.
" Emm.."
" Nanti kau dah sihat, kau okay la, aku yakin, insyaallah," aku berkata padanya dengan mata bersinar-sinar bagai dipanah bulan dan bintang. Tak lupa senyuman terikhlas dan termanis di dunia. Mesti demam dia bertambah teruk kalau tahu aku perasan sampai macam ni sekali, aha ha ha!
**
Alhamdulillah, esoknya Shamira dah semakin pulih. Mesti ini berkat doa ayat-ayat Ruqyah dan bantuan Allah. Alhamdulillah. Dan aku pun semakin rajin membaca ayat-ayat pelindung sepanjang masa. Game pun aku dah kurangkan main. Aku main siang-siang aje, dan aku insyaallah akan cuba tidur paling lewat pukul 12. Dengar khabarnya esok pelajar baru akan masuk ke sini. Daripada kolej teknologi berhampiran.
" A.A, boleh kita usha mamat baru nanti. Bosan la usha mamat-mamat U kita aje, tak menarik. Harap-harap ada yang hot and delicious, aww!" dia kibas-kibaskan tangannya ke muka. Tanda 'panas'.
" Ee, gatal kau ni tak habis lagi rupanya?" aku balas malas. Hari ni tak ada mood sangat. Mungkin nak kibarkan bendera Jepun tak lama lagi, sebab tu rasa lemau aje. Tapi, aku rasa lega Shamira dah sihat dan kembali happy macam dulu, mahunya dia buat muka moody sepanjang masa dan ketika, aku jugak yang seram sendiri nanti!
" A.A, Shammy, malam ni lepak Hard Rock Cafe jom. Birthday Ismi," Lisa bersuara dari belakang. Pensyarah tak masuk lagi, jadi semua yang dah ada di dewan pakat bising bercerita itu ini.
" Err, malas la aku," aku membalas. Rupa orang tak ada mood selayaknya aku bereaksi.
" Alaa, jomla. The more, the merrier, yes?"
" A'ah, A.A, come on la. Apa kau dapat melepak kat bilik tu jugak pun. At least boleh makan sedap," sambung Yana, menyokong apa yang dikata Lisa.
" Adeh, aku tak ada mood la, beb," 
" Kenapa? Nak ABC (bukan air batu campur) eh? Waa, bro kita nak ABC la!" Shamira mengusik.  Ece ce, seronoknya kenakan aku? Dia dan geng lain ketawa kuat. Aku pulas pipi sorang-sorang nanti, baru padan muka kot.
" Apa bro-bro? Aku pakai tudung, okay? Sorry sikit,"
" Beb, cool la. Jom, don't waste your time. Masa muda la kena enjoy to the fullest! Kan?" Lisa terus memujuk. Dan kelibat Dr Amir membuatkan aku lega. Boleh lari daripada ajakan diorang sementara.. err, sementara ajela kot.
Malam tu, aku tertewas jugak dengan ajakan diorang. Ikutkan hati, aku memang nak lepak dalam bilik aje, nak tidur awal. Well, aku kan dah berhijrah sekarang ni, mana ada dah aku main game sampai pagi-pagi buta lagi. Dan aku memang tak minat sangat keluar malam-malam ni kalau tak perlu. Aku suka melepak dalam bilik lagi.. daripada membazir masa kat luar, baik aku studi tak pun main game. PC gamer aku ni kalau tak tau, bukan kaki lepak dan kaki disko macam Lisa and the gang..
Aku dan Shamira, Lisa and the gang sampai ke Hard Rock Cafe pada pukul 9.30 malam menaiki kereta Lisa, anak Tan Sri. Naik Baby Merc biru tuanya, kerlas kau, A.A!
Sampai aje, mata aku dihadiahkan dengan banjiran mamat-mamat dan minah-minah Barat sedang menikmati hidangan makan malam mereka. Tiba-tiba, aku tak rasa aku sebenarnya berada di Malaysia. Err?
" Okay, girls.. pilih la apa yang you all nak makan, tonight is on me, okay?"
" Yeay! Heaven!" geng Lisa yang dua orang lagi menjerit suka. Aku macam biasa, steady.. em, rezeki jangan ditolak. Tapi, aku terkedu sikit la memandangkan Hard Rock Cafe ni menghidangkan arak dan alkohol. Pertama kali ni aku datang ke tempat macam ni.. dalam bengong-bengong aku membuka menu yang diberi. Em, garu-garu pipi sambil merenung. What?! Kauu gilaaa?! Nak pengsan aku menengok ke harga makanan pada menu yang diberi. Terus pucat dan kerinting rambut.
" A.A, kau nak makan apa?" soal Shamira. Err, tak pernah seumur hidup aku makan kat tempat mahal yang hamat macam ni!
" Entah, beb. Aku tak tau la," aku jerit kuat bagi melawan bunyi muzik yang dipasang. Lisa and the gang dah oder makanan, aku sorang masih terkulat-kulat sendiri. Shamira pulak menunggu untuk membuat oder sekali dengan aku.
" Apa kata kau makan burger aje?" Shamira mengusul. " Aku nak try steak ni," aku tengok pada menu burger. Pergh, harga sebiji burger dia ni aje dah boleh dapat berbakul-bakul burger gerai tepi jalan nak masuk rumah aku kat kampung. Kalau ikut hati, aku memang rela tak makan, sebab aku tak biasa dan tak sanggup nak makan makanan mahal macam ni, walhal adik-adik aku kat rumah entah makan apa malam ni.. aku pulak boleh senang-lenang nak makan makanan mahal kat sini..
" Emm, aku tak makan kot, beb. Kenyang lagi la," aku beralasan. Menu kulit tebal tu aku tutup.
" A.A, any drink, please?" Shamira membuat muka pada aku. Penuh tanda soal. Air la pulak. Aku buka menu kembali. Air.. air.. emm..
" Air mineral ajela," lagak budak kampung sangat.
" A.A, nanti jangan bising kat aku kalau kau lapar malam ni," Shamira ugut.
" Okay, tak ada hal," aku balas dan menyandar ke kerusi sambil berkerut merenung para pengunjung di sini. Bukan calang-calang orang yang boleh datang sini, harga sebiji burger dia boleh dah aku buat belanja buang seminggu. Ya la, aku ni budak kampung aje, seboleh-bolehnya aku akan cuba cut cost untuk hidup. Laptop yang ada tu pun laptop abang sepupu aku yang berada sikit, dia dah habis belajar jadi dia bagi laptop tu pada aku sebab dia nak beli laptop baru. Telefon bimbit pun yang paling cikai tu la telefon aku. Boleh call dan mesej aje fungsinya. And bolehla main game ulat makan buah lepas tu langgar dinding lepas tu mati.
Kebanyakan barang-barang yang aku ada, semua orang yang bagi. Mp3 tu kawan baik aku yang bagi sebagai hadiah hari jadi. Femili aku tak sesenang Shamira dan Lisa. Jauh beza ibarat langit dan bumi.
Beberapa ketika kemudian, makanan yang dipesan mereka pun sampai. Geng Lisa dan juga Shamira sibuk menangkap gambar diri sendiri dan gambar makanan untuk dibuat kenang-kenangan dan dimuat naik ke laman sosial. Itulah kegilaan orang zaman sekarang. Aku tak suka menangkap gambar, kalau kau nampak gambar aku dalam Facebook ataupun Instagram, itu maksudnya orang tangkap curi-curi dan tak mintak kebenaran. Ceh, perasan hot sangat, nok!
" A.A, makanla sekali dengan aku, tak habis pun ni, banyak," Shamira merenung minta dibelas kasihan. Tadi aku dah makan dessert lepas dipaksa Lisa. Em, diorang ambil berat jugak pasal aku kan. Alhamdulillah. Aku betulkan duduk. Malam ni aku sorang aje pakai macam apa, jeans dengan sweater hitam, tudung bawal kelabu dengan selipar jepun. Eh, selipar jepun tu Shamira tak bagi pakai, jadi aku pakai la sneakers. Kalau tak, memang buat malu diri sendirila datang tempat mewah macam ni tapi pakai selipar asal Jepun tu. Err.. aku tak kisah, tapi kesian kat tuan punya organizer la kan.. betul tak?
Mereka yang lain semua pakai grand-grand gitu. Siap berdress bagai. Dalam pukul sebelas malam, live band mula mengambil tempat. Aku dengar lagu-lagu yang dipersembahkan, dan ada satu lagu yang memang jadi favourite Shamira yang selalu dipasang dalam bilik sampai aku pun dah hafal.
Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them
Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love
Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again
Lagu-lagu cepat aje kan kau hafal, A.A. Kalau bab hafal al-Quran, bukan main kau mengelat. Aku terasa apa yang aku fikir ni memang betul pun, aku memang malas menghafal surah. Lepas ni kena bagi rajin la sikit, hafal Quran ada banyak sikit peluang untuk masuk syurga. Tapi, kalau sekadar hafal aje, tapi tak amal apa yang ada dalam Quran tu pun, tak guna jugak, cik.. aku bermuhasabah diri sendiri di Hard Rock Cafe, terbaik!
Habis acara menyambut sambutan hari lahir Ismi, kami pun pulang. Sampai di depan apartment, masa menunjukkan pukul 1.12 pagi. Apartment dah mula sepi, cuma ada beberapa manusia yang masih melayan asmara melepak melepas rindu. Aku pandang malas. Lisa and the gang duduk di tingkat dua, jadi, lepas hantar mereka di tingkat dua, lif pun bergerak naik. Macam biasa, tingkat tiga lif wajib berhenti dan pintu terbuka. Dalam hati, aku berharap tak ada la kak As nak naik bersama ataupun kakak cantik nak tumpang naik ke tingkat sebelas..
Shamira berdiri betul-betul sebelah aku.. aku tak pandang ke luar yang gelap tak berlampu tu. Apa la kena dengan apartment ni agaknya, ada aje masalah lampunya. Wiring failed betul! Angin menderu membuatkan aku terasa sejuk walaupun bersweater. Shamira lagi la dengan dressnya, mesti sejuk bagai nak mengundang mati. Dari ekor mata aje aku bagai menjeling ke luar, cepatla tutup pintu lif ni, kau tunggu apa lagi? Aiseh. Dan ia pun tertutup kemudiannya dan naik ke atas. Misteri.
Sampai pun ke rumah! Berpeluh-peluh walaupun cuaca tak panas. Tiba-tiba housemate aku yang duduk bertiga dengan dua orang lagi keluar dari bilik.
" Korang dari mana?" eh, buang tebiat ke minah ni? Amina tanya aku. Aha, elok la panggil minah kan. Memang nama dia pun.
" Baru balik, birthday party. Kenapa, Min?" Shamira jawabkan. Aku cabut sneakers dan dengan malas berjalan menuju ke bilik. Penat la.. nak tidur.
" I nak balik pagi ni, pukul tiga. I homesick la,"
" So?" aku tanya bila dia cakap pandang aku, tak sempat nak lari masuk bilik.
" Temankan I turun, I tak berani la nak turun sendiri,"
" What? Kau nak balik pagi-pagi buta ni? Hagak la, weh," malas nak layan, aku dah penat lagi la dia nak buat drama pulak. " Dah tu ajak kitorang kenapa? Ajakla geng kau dalam bilik tu," bila susah baru nak cari aku dengan Shamira, kalau tak, haram la..
" I rasa rindu kat femili, so esok I pergi U dari rumah aje, bolehla temankan I turun ye nanti. Please, Mira. Please, A.A," aku mencebik. Haish, mengundang masalah betul la.
" Em, yela, yela. Tengokla kalau aku tak tidur lagi,"
" Okay, Min, nanti kitorang teman you turun, ye," Shamira ni lembut hati sangat. Layankan aje semua. Haila.. aku jugak yang jadi mangsa bersama.
" Thank you, Mira, thank you, A.A," terus beriak riang dan lari masuk bilik. Ceh.
" Apesal kau ikutkan sangat cakap dia tu, beb? Aku dah penat ni.. serius la tak tipu,"
" Ala, aku kesian aje kat dia.. em, a'ah la, aku pun penat jugak la, A.A," menyesal pun dah tak guna, weh.. aku gosok bijik mata dan kemudian beralih pula pada perut. Gosok perut yang kenyang.
Sebabnya diorang yang ramai-ramai tadi pandai pesan macam-macam, lepas tu tak nak makan sampai habis sebab alasannya diet. Haih, apesal la cakap macam orang Tehran cakap BM? Kejap tadi cakap heaven gila ada orang belanja, lepas tu cakap diet bila makanan dah sampai, last-last aku jugak jadi mangsa menghabiskan apa yang tak habis, sebab sayangkan makanan mahal tu dibuang macam tu aje. Nak kau jawab kat akhirat nanti, kenapa buang makanan padahal orang di Syria dan Somalia makan pun tidak. Phew.. penat rupanya membebel dalam hati ni.. aduhai..
" Entah la, beb," dan aku terus terlena..
" A.A.. Mira.. mama I dah sampai.." terdengar suara kartun. Em, mimpi apa ni? Lepas tu ada bunyi orang ketuk pintu. Em, hantu mana pulak main pintu? " A.A.. Wardah, mama I dah sampai, temankan I, please.." em.. Wardah? Siapa Wardah? Bukan aku ke? Dalam mamai-mamai, aku buka mata. Aku raba poket cari telefon bimbit, uhh, pukul 3.03 pagi. Terus teringat janji yang dibuat lebih kurang dua jam lepas. Teman Amina turun dengan Shamira. Untuk layankan budak manja nak balik rumah sebab homesick. Oh my..!
" Emm, ye, kejap," aku balas bila suara kartun tadi berbunyi lagi bersama ketukan perlahan. Aku mula rasa aku tak ikhlas nak temankan dia turun. Aku pandang Shamira di sebelah, tidur bagai kematian dah menjemput. Tinggal bernafas aje lagi yang membuktikan dia masih hidup.
" Jom," aku keluar dan ke bilik air membasuh muka.
" Mira mana?"
" Kau rasa?" aku balas malas. Mata pun bukak tak berapa nak bukak dah ni. Aku rasa cerita hari ni patut masuk dalam World Record. Teman budak manja turun dari apartment berhantu pagi-pagi buta dan naik kembali seorang diri. Excellent!
" Sorry, aku susahkan kau. Sorry sangat-sangat,"
" Lain kali balik siang-siang, siang pun tinggal empat jam je lagi, apa kena la dengan kau ni, Min. Tak faham aku," aku bukak pintu dan sarung selipar jepun. Mata kuyu aku tahankan daripada tak terlelap. Turun lif pun rasa mamai gila.
" Thank you, A.A.. ni, mama suruh bagi pada you, you okay ke nak naik sendiri?"
" Nak tak nak, kena naik jugak, Min. No, tak perlu la. Apa ni?" aku tanya bila Amina menghulurkan not wang kertas RM50. Aku teman turun dapat RM50? Baik la dia suruh mak dia aje naik ambil, tak ada la melayang RM50. Tapi, RM50 tu apa la sangat bagi mama dia, kereta Cayenne, beb.
" Mama suruh bagi jugak, you take care, A.A.. sorry, and thanks again!" Amina masuk ke dalam kereta dan aku terus berjalan ke lif. Suasana dah sepi sesepi-sepinya. Tinggal bunyi deruan kereta mama Amina aje yang makin sayup-sayup kedengaran dan akhirnya hilang.
Aku masuk ke dalam lif yang memang berada di tingkat G aje daripada tadi. Aku telan air liur tiba-tiba.. bila lif berhenti di tingkat tiga. Sadis bila terbuka dan ada penunggu sedang menunggu! Cik poch, okey, cik poch aka nama kampungnya pocong... heh, sadis kan hidup aku? Sadis, super sadis!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Gila btl apartmnt 2, kalo aku cfrm dh pindah awal2 seram woo

Arisa Eriza berkata...

hahaha betul! cari sakit je kalau tinggal kat apt macam ni :O

dan terima kasih dear Cinta eija!