Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 19 April 2012

Hero aku Tomboy 10


Kalau mata aku tak silap lah, matanya aku tengok tiba-tiba sahaja dah hilang sebelah, mukanya pula berkedut yang amat, berdarah sana sini beserta nanah dan berulat putih, segera aku terpana. Tangannya pula hanya sebelah kanan sahaja yang ada, kirinya pula sudah tiada. Cuma kelihatan tulang kekuningan bersama lengan baju yang koyak dan lusuh berlumuran darah. Dia senyum di balik bibir yang mengalir darah pekat. Aku terkejut lagi. Mahu kena heart attack macam ni! Serius lah tadi dia okay, takde cacat-cacat macam ni! Serius, weh! Aku terjerit kuat di dalam hati. Muka pucat aku memberitahu segala isi hati aku kala itu.
            Aku angkat punggung sedikit dan laju memandang ke bahagian belakang bas, biar benar kan pakcik ni. Semua yang aku tengok macam manusia biasa tadi dah berubah rupa. Ada yang tangan kudung, kepala pecah sehingga menampakkan otak dan mata terjojol keluar. Yang tengah pegang kaki dia pun ada! Allah! Tapi, err, pada pendapat aku la, tak payah kot pegang kaki kau yang dah tercabut tu! Dan kesimpulannya, semuanya sangatlah “cun-cun” dan yang paling penting, diorang tenung dan senyum pada aku! Senyuman termahal tu di abad ni! Alahai! Aku ni comel sangat kot sampai diorang nak tenung-tenung aku bagai??
            Oh, jadinya, memang benarlah tu apa yang pakcik ni kata! Benar, benar dan benar belaka.. Aku mengangguk-angguk kecil dan kembali memandang ke depan dengan gerakan seperti kartun slow motion. Bibir aku ketap dengan riak wajah risau. Bau hanyir tiba-tiba sahaja menyergah hidung aku. Aku tahan nafas. Aku lihat darah merah dan segar mula memenuhi ruang yang ada, penuh terpercik dan mengalir di dalam bas, di sana sini, pada tingkap, kerusi dan lantai, aku tengah pijak darah sekarang ni, okay! Aku mula bangun perlahan-lahan sambil memandang sekilas ke belakang, aku senyum cover macho, sempat lagi tu! Atau cover takut lah dalam erti kata sebenar! 

            Kemudian, aku segera toleh kembali ke depan, berjalan perlahan-lahan, dengan cubaan nak lari diam-diam katanya, tak tahu la menjadi tidak cubaan aku ni, harapnya diorang tak perasan la, kan.
            “ Kau nak ke mana tu??” oh, dah tertangkapkah?! Cepatnya! Cubaan aku nyata gagal! Suara garau pakcik bas itu menerkam kasar gegendang telingaku. Aku ketap bibir lagi. Ya Allah, apakah ini??
            “ He he,” aku buat-buat gelak antara dengar dan tidak. Aku kalau dah blur macam ni la jadinya, gelak perasan comel perlahan-lahan dengan perasaan tak bersalah. Kakiku terasa melekat pada lantai bas, aku terdiam di situ, kenapa pulak ni, aduhai, sadis, sadis!
            Tak sampai sepuluh saat kemudiannya, dengan tiba-tiba aje lagi, terasa bahu aku dicuit perlahan dari belakang. Tanpa berfikir panjang, ditambah pula dengan perasaanku yang sangat tidak keruan, aku elok berpaling ke belakang. Terpapar imej seorang gadis berlumuran darah pada leher dan kepala, terpalit juga darah pada pakaiannya yang mana pada ketika ini dia memakai skirt labuh hingga lutut berwarna hijau tua dan blouse biru tuck-in, gaya-gaya zaman nenek-aku-cun-lagi. Dia tersenyum padaku dan dengan tidak semena-menanya dia mencabut kepalanya. Aku terkejut bukan kepalang bila dia nak bagi kepala dia pada aku.

            “ Ambik la,” kata kepala itu yang kini berada di atas tangan kanan wanita tersebut. 


            “ Err, takpe, terima kasih!” Aku jerit lantas lari laju terus aku terjun dari bas hantu itu. Entah mana kuasa aku dapat pun aku tak tau! Aksi superman aku tu boleh la diterima sebab aku terjun dengan eloknya mendarat dalam semak. Bas yang sangat kotor, hodoh dan pecah sana sini itu aku tengok menghilang begitu sahaja selepas kedengaran suara gelak tawa garau bersama jeritan yang membuatkan bulu roma aku meremang. Aku istighfar beribu kali sebelum aku berjaya bangun dan keluar dari semak tersebut.


            Aku jadi bingung. Jam di tangan aku tilik. Dah pukul 8.41 pagi. Dah lewat sangat aku nak gerak ke kuliah. Ada mood lagi ke nak pergi kuliah kalau dah macam ni rupanya? Mahu demam seminggu kalau tak kena gayanya ni! Haish, tak boleh jadi betul. Aku berusaha menapak turun dari bukit yang agak curam itu, kembali ke arah kolej. Sempat aku kerling sebentar ke belakang, melihat ke arah gaung yang disebut oleh pakcik itu tadi dari kejauhan. Memang gaung di situ teramatlah dalamnya, kalau jatuh memang tak hidup! Gaung itu cuma dihadang dengan penghadang besi. Mujur pakcik bas tu tak bawak aku terjun gaung dengan bas-bas dia sekali, sipi aje lagi tadi, kalau tak, memang tak tengok dunia dah kot aku sekarang ni!


            Aku nak ke mana sebenarnya ni? Aku garu-garu tangan yang sedikit gatal, mungkin terkena miang semak tadi sambil berfikir, agak-agak orang bergantungan tadi tu ada lagi tak dekat situ? Aku tertanya-tanya sendiri. Aiseh. Serius, apa aku nak buat sekarang ni? Okay, cool bro, relax la kan, apa nak takut, ini kes hantu nak mintak tolong lagi la ni wa ha ha ha hensem sangat kot aku sampai rajin sangat hantu nak mintak tolong dengan aku! Tak pun, diorang semua dah buat mesyuarat tergempar kalau nak mintak tolong, sila cari aku di talian yang tertera! Erk..
            Ish, apa aku mengarut ni?? Tapi, apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh pakcik bas hantu dan hantu bergantungan tu? Tak ada klu yang aku dapat fikir.. atau diorang sengaja nak bergurau senda ala manja dengan aku, mana tau kan? Hu hu, bergurau manja? Memang tak la! Itu gurau meremang namanya!

            Aku berjalan lagi, menapak peralahan menuju ke arah kolej. Aku pandang pokok tadi, manusia tu dah takde! Fuh, Alhamdulillah syukur selamat! Aku semangat nak terus berjalan. Tak lama aku semangat, aku kecut perut balik. Dalam sekelip mata aje, dia ada balik dekat situ! Mak ai! Confirm kau memang hantu!


            Kali ni dia dah tak senyum, serius semacam. Tadi masa awal-awal aku nampak dia, dia pandang sebelah lain, ini sebelah lain pulak, wah, magik gitu. Dia seolah nak bercakap dengan aku. Dalam kesamaran suaranya aku dengar dia berkata..


            “ Ta.. sik..” renungannya dengan mata berdarah menggigilkan kaki, namun aku cuba untuk tabah. Aku balas tenungannya itu sambil mengetap bibir dan mengangguk perlahan kemudiannya. Aku mengambil keputusan untuk melintas jalanraya tersebut selepas itu untuk ke seberang. (Ini adalah cara untuk aku melarikan diri dengan lagak macam tak takut) Ye lah, takkan aku nak lalu bawah dia pulak kan, agak-agakla! Aku steady kan jalan, (berlagak macho depan hantu berkenaan) tapi serupa kena kejar hantu, tak lama lepas tu aku lari laju tak cukup tanah! Siapa tak seram, beb. Jumpa hantu siang-siang! Esh, kalau comel macam Sammy Cheng ke, Lisa Surihani ke tak apa jugak! Ini.. Tuhan aje yang tahu betapa “cantik” rupanya!


            Aku berlari sejauh yang mungkin sehingga aku merasa lelah dan penat. Otot kakiku pula mula terasa cekang. Mahu tak nya, kalau aku ikut acara lari pecut ni, Watson Nyambek pun ada harapan kalah dengan aku! Aku terhenti di bahu jalan, cukup jauh aku kira daripada lokasi hantu bergantungan itu berada. Aku duduk menyandar di sebatang pokok yang agak rendang sambil menyeka peluh dengan sapu tanganku. Botol air besar berukuran 1.5 liter di sisi beg aku capai dan dengan bismillah aku menghirup sedikit air tersebut yang masih penuh. Sambil itu, mataku tajam menjeling-jeling ke arah pokok ber”sejarah” tadi.
            Tidak lama kemudian, aku nampak kelibat dan mendengar deruan bunyi bising bas shuttle dari kejauhan. Bas baru dua tingkat berwarna biru tua, cantik. Pertama kali aku nampak. Pihak universiti baru beli bas baru gamaknya. Namun, dengan segera bas hantu tadi menyergah dalam ingatan otak. Uhh, itu la lain kali nak naik bas tu tengok betul-betul bas apa, baca doa apa yang patut. Tadi duk asyik sangat merenung sang hantu bergantungan tu siapa suruh? Taubat aku tak naik dah bas edisi lama tu lepas ni! Aku terjerit di dalam hati, serik! Bagi la sejuta dirham pun, insyaAllah aku minta masa sebulan untuk aku fikir dulu. Tapi, banyak juga sejuta dirham tu he he. Aku tergaru-garu kepala sambil merenung ke arah bas yang berhenti tidak jauh dariku.  

            Harus naik bas kah? Aku memerah otak berfikir. Dahiku mula berkerut, boleh kalah kerutan masa aku baca teori fizik. Tasik U tu jauh pulak kalau nak berjalan kaki, mahu berkurangan lima peratus lemak aku yang memang dah tak berapa nak cukup ni. Hari pun sudah hampir nak terik, kataku sendirian sambil merenung ke langit. Aku berkira-kira sendiri sampai la akhirnya bas itu pun dah bergerak pergi meninggalkan aku. Aku memandang bas itu dengan pandangan sepi. Hilangnya bas dari pandangan, kawasan berhampiran kembali sunyi. Aku mula melangkah kembali menuju arah tasik.
            Pada aku, aku tak la nak percaya sangat dengan kata-kata hantu gantung tu, dan betul ke tasik yang dia maksudkan tu tasik U? Kalau tasik lain, macam mana? Tapi, aku kena juga berusaha meleraikan kekusutan ni sementelahnya aku asyik terganggu dek kerana benda ni! Lepas satu, satu.. dan, kalau betul lah, tasik U itu adalah satu-satunya klu! Walaupun susah untuk aku terima menggunakan logik akal aku, tapi..
            “ Per.. caya!” aku terkejut nak gila bila hantu gantung tadi muncul balik, oh, dia dah tak tergantung dah, tapi dia ikut aku pulak! Dari ekor mata aku, aku nampak elok aje dia berjalan di sebelah. Ehem, kenapa la kau boleh baca pulak apa yang aku fikir ni?? Aiya, mati kering gua ini macam maa!
            Aku terus berjalan walaupun dada dah rasa macam nak pecah dan kepala lutut ketar semacam. Aku buat-buat serupa aku tak dengar apa dia cakap, bukan aku tak dengar, aku dengar, tapi aku seram nak tengok kau lagi, kau faham tak?? Tadi pun, aku terkejut dengar orang bisik di sebelah telinga (ala jeritan) aje yang buat aku terpandang ke arah dia. Secara tak sengaja aje pun. Tapi, dia tak puas hati bila aku buat tak layan dia dan aku tunduk aje sambil terus berjalan laju. Dia ikut sama menyaingi langkahku. Terror jugak sang hantu ni!
            Agaknya lepas dia dah penat nak ikut aku berjalan ala-ala jogging tu, dia terus bertindak ganas! Ambik kau, Rul! Hah, baru kau tau langit tinggi rendah! “ Kau.. per.. caya!” dia rentap bahu aku kasar ke arah sebelah kananku, untuk bagi aku mengadap muka dia, merenung tanpa rela ke arah matanya yang tiada mata hitam dan berdarah itu. Aku telan air liur dan aku angguk bila aku dah tak cukup kuat lagi dah nak berhadapan dengan dia yang berkulit pucat kebiruan itu dan jauhnya yang hanya seinci setengah dari hidung aku.
            “ Ya.. saya per.. caya..” dia segera hilang selepas aku berkata begitu, ya Allah leganya hati aku hanya Tuhan yang tahu! Aku terus menghiaskan bibir dan membasahkan lidah dengan istighfar dan zikir, bagi menghilangkan rasa terkejut aku yang dah kali ke berapa untuk pagi ni sahaja! Agaknya dia tak ada rasa karen-karen ke tadi bila pegang aku? He he, aku perasan aku kuat agama la pulak sampai boleh berkaren-karen bila hantu sentuh aku!
            Keluhan aku lepaskan, sambil kaki berjalan laju menuju ke tasik yang agak jauh untuk aku sampai ke sana. Peluh mula merenik kecil-kecil lalu turun laju membasahi sedikit bajuku. Aku menyeka peluh yang membuat badan aku terasa tak selesa dengan sapu tangan tadi yang berwarna kelabu berkotak biru.

            Aku membuat keputusan untuk menahan teksi bila kaki aku dah penat berjalan. Selama aku berjalan ni, tak ada bas lain lagi yang lalu. Terpaksa la tahan teksi, nak buat macam mana. Harapnya ini bukan lah hantu jugak. Karang dia kata dia hantu mati tahun 70-an pulak, naya la aku asyik nak buat aksi Superman aje! Bismillah, kalau kau hantu, tolong jangan mengaku kau hantu okay, apek! Apek tu senyum tanpa kata lepas aku kata “tasik”. Dia terus memandu dengan hati yang senang sambil bersiul-siul kecil. Lagu opera cina dari radionya dibuka kuat, namun aku abaikan sahaja walaupun niat di hati ada, nak minta dia perlahankan suara radionya itu. Sesaat selepas itu, radio itu terus diam. Hati aku dipagut rasa tak tenang. Apa kes tiba-tiba aje? Rosak gamaknya la kot. Radio tu pun dah nampak dhaif semacam aje. Aku membuat telahan sendiri sambil sekilas memandang ke arah radio tersebut.


            “ Tunggu hali hujan,” Kata apek itu dengan pelat cinanya yang pekat. Aku kerut dahi sambil memandang ke arahnya. Eh? Tanganku pula laju meraba poket, mencari duit tambang untuk dibayar.


            “ Wa bagi lu flee (free) tambang, asal lu tolong itu budak, manyak kasihan woo. Wa mau tolong tara boleh, sebab wa sula mati,” terima kasih aku ucap, apa lagi, aku blah ar. Hantu teksi pulak dah! Kenapa semua yang dah mati pulak tu yang aku jumpa ni?? Dan, siapa pulak budak yang dia sebut tu??

**

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oooo...mst rul ni blh tgk bende yg org len xnmpk......ph tu tlg jd detective conan tok dorg plak...hehehe....tp mst ade asal usul yg wat rul ni blh nmpk...k aq terskip bc tang tu,...huhuhuhu

Arisa Eriza berkata...

weh ko xskip la tp mmg aku xcter hahaha tanx igtkan nnt aku selit mmana, aku rs kalo aku tulis pun tpulg la org nk caya x tp aku mmg penah dgr kes tu hehhehe. tanx bc beb