Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Rabu, 30 Julai 2014

Teaser Raya March

“Hoi, nak bagi mati ke makcik-makcik kat dalam rumah ni?!” Lucy menjerit selepas menjenguk daripada tingkap dari atas rumah mak ngah. Memang betul si Maritza Aafiya yang tak sedar diri seorang wanita yang buat semua orang melatah tadi!

“Ha ha, sayang, come join sekaki,” March memberi isyarat dengan tangannya bersama. Senyuman bukan main lebar. Dadanya berdebar melihat pada senyuman tersebut. Nampak semakin hari semakin menawan pulak. Ahh, sudah..

“Tak ada masa aku! Kau jaga-jaga sikit, eh. Sedar diri la umur dah 27, bukan 7 tahun lagi!”

“Ha ha, apala ada pada umur pun, sayang. Yang penting sihat dan kuat,” ujarnya sambil menepuk lengannya sendiri sebelum melebarkan lagi senyumannya. T-shirt polo berwarna putih menambahkan darjah smartnya di balik cahaya-cahaya pelita dan lampu lip-lap selain lampu tangga di depan rumah mak ngah. Lucy dipandang dengan maksud yang mendalam. Membuatkan Lucy tersipu sendiri.

“Abang, cepatla, next!” seorang budak lelaki dalam ramai-ramai tadi menyampuk sambil tepuk-tepuk tangan March yang sedang memegang mercun ketupat di tangannya. Abang kepada mercun bola.

“Ha ha, okay, sayang, kejap, abang cucuhkan, eh?” ucap March sambil mengusap rambut budak tadi. Dia kelip mata pada Lucy sebelum melayan kembali budak-budak yang tertarik perhatian mereka dan mengerumuninya tadi. Mananya tak menarik perhatian, dia bawak balik 2 guni mercun! Aih..

‘Abang?? Esh, muntah hijau mak! Dah orang panggil dia abang, terusla, dia pun nak berabang-abang jugak!’ Lucy mencebik bibir sambil memeluk tubuh sendiri selepas dia berpaling ke dalam rumah kembali. ‘Abang? Abang March?’ Lucy sengih-sengih sendiri memikirkan March yang agak padan dengan gelaran ‘abang’ tersebut. Macam menambahkan kemachoannya dengan panggilan tersebut. Khayalannya pecah bila kedengaran mercun kedua yang dibaling di bawah rumah, tadi belakang, ni bawah pulak!

“Hoi! Aku bunuh kau malam ni, nokkk!!”

“Peace, no war!” March sengih dari bawah. Dan perang mercun kembali menggamatkan suasana malam sebelum raya tersebut. Suasana raya di kampung meriah dengan lampu warna-warni, pelita-pelita, kereta-kereta dari bandar dan perang mercun! Petanda paling padu raya dah dekat!

Tiada ulasan: