Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Isnin, 13 April 2009

bini aku tomboy ke? 7

' Mama!’ Zack terlompat-lompat sambil memegang-megang dan mengayun-ayunkan tangan mamanya yang nampak masih cantik walaupun dah agak berusia. Biasalah, wanita zaman moden kan pandai bergaya gitu. Tambah pulak, isteri orang-orang kaya macam papa si Zack itu. Tiap minggu pergi salun, buat rambut, basuh rambut, iron rambut, manicure, pedicure, urut and macam-macam lah, kalau dibuat list, seminggu baca pun belum tentu habis!

' Kenapa muka nampak cekung je nih? Pucat pulak tuh?’

' Takde pape, mama.’ Di tepi jalan berdekatan dengan Pudu Raya itu, Zack tersenyum-senyum sambil pipinya diusap-usapkan ke bahu mamanya, gayanya ala-ala kucing betina gatal. Kalau orang tengok, mesti fikir Sugar Mummy dengan gigolonya huhu.

Sebelum tu abang Din dah blah awal-awal selepas menghantar Zack ke situ, senak perut pulak katanya. Rambutnya ter’selamat’ untuk kali ni, tapi aku tetap akan mencari plan baru untuk kenakan dia lagi hua hua! Jahatnya la aku nih! Orang dah buat baik, balaslah baik-baik! Nasib la bang Din, terjumpa makhluk tak berekor macam aku ni huhu.

' Jom! Naik kereta. Mama and papa ada surprise untuk Zack!’ kata mamanya ceria. Surprise apanya mama nih? Hari ni birthday aku ke? Yeke? Entah. Aku pun tak ingat. Tapi kalau tanya aku punya beloved mama, of course dia tahu hehe. Sebabnya, mama aku terer matematik huhu. Ada pulak kena mengena math dengan tarikh birthday..? Tapi aku memang otak agak bengap, kalau orang tanya birthday aku je, aku memang kena bukak purse and tengok I.C yang ada gambar budak cute dalamnya tuh, sape lagi, budak cute itu semestinya aku huhu. Lari dari perbincangan sebentar, disebabkan aku suka perasan, tu yang suka lari tajuk tuh hehe! Yang paling kesian dekat aku nih, nombor I.C sendiri pun boleh tak ingat! Kenapa la jadi macam tu?

' Eh? Kenapa mama bawak Zack datang sini nih, ma?’

' Malam ni ada dinner dekat hotel five stars. Mama and papa dah setuju nak Zack ikut sekali. So, as my daughter, Zack kena lah dress up girly-girly, honey!’ Mamanya happy sambil menarik tangan Zack masuk ke dalam butik pakaian WANITA.
Girly-girly? What the thing?? No!!! Habislah segala kemachoan yang aku cuba tanamkan seumur hidup aku ini kalau aku dress up girly-girly! Ahh, no way, mama!!

' Tak nak, mama. Mama kan tau yang Zack a.k.a. makhluk tercomel di dunia nih tak pernah pakai gaun seumur hidup Zack?’ Zack cuba nak mengayat mamanya supaya tidak meneruskan hajat di hati mamanya untuk memakaikannya dengan dress perempuan.

' Sayang, dinner tu important to us. So, you must act like a girl, honey.’

' Mama. Zack suka beli baju baru, tapi Zack nak pakai baju kot, tak nak dress singkat macam mak nenek tak cukup kain nih, mama.’ Zack menyangkut kembali baju dress berwarna merah menyala yang cuba dipadankan ke badannya sebentar tadi.

' Zack, janganlah macam ni, okay? Kalau Zack sayang mama and papa, please, okay? Just for tonight.’ Adei la. Kenapa aku takde langsung naluri nak jadi wanita nih? Parah.. tapi, disebabkan mama dah ugut dengan kasih sayang, ni yang buat aku tak sampai hati nih!

' Berapa lama dinner tu, ma? Ada banyak makanan tak?’

' Banyak, sayang. Jangan risau. Kalau Zack pergi je dinner tu, mama gerenti Zack kenyang sampai lusa!’ Yes! Makan itu penting bagi aku! Walaupun aku agak cekeding, tapi makan tu kan keperluan asasi, tapi lagi, aku memang suka makan melebihi keperluan asasi! Yang herannya, aku tak gemuk-gemuk jugak sampai sekarang. Berat aku steady and tak pernah overweight. BMI aku memang sentiasa cantik and buat aku tersenyum sampai ke telinga tak capang aku tuh!

Sehelai gaun hitam berlabuci dan berbulu di bahagian dada dicapai oleh mama Zack yang glamer dengan panggilan Datin Gold a.k.a. Datin MASkiah. Nenek aku panggil dia Mas, so emas = gold, that’s why orang panggil dia macam tu. Padahal, asal-usulnya, aku yang mulut jahat pergi panggil mama aku macam tu hua hua. Macam papa aku. Kan ke nama glamer dia Dato’ Misai Putih? Tu atas jasa baik aku la tu meng’hadiah’kan mereka berdua nama glamer hehe.

' Try this, honey. Mama suka.’ Zack merenung gaun tersebut dari atas ke bawah. Tali nak gantung baju nih, mak ai nipis nya?! Lagi nipis daripada rambut aku! Over la pulak. Sekali orang tarik terus putus, alamatnya aku bukan pergi dinner, tapi jadinya macam aku pergi swimming pool pakai bikini!

Zack mengeluh panjang and kuat macam kerbau baru habis berendam dalam lumpur. Mata mamanya yang bersinar mengharap tu membuatkannya tak sampai hati nak menolak. Lastly, dia pun masuk ke dalam bilik persalinan di situ mencuba gaun yang tak pernah dipakai seumur hidupnya. Keluar je..

' Ala, cantiknya anak mama! Eh..?’

' Eh? Kenapa ni, mama??” Zack hairan kerana dengan tiba-tiba sahaja mamanya meraba-raba dadanya.

' Kenapa rata je ni, Zack?’

' Apa yang ratanya, mama?’

‘ Ni la, dada ni. Dah ke mana?’

‘ Ada je, mama. Takde dada, tak hiduplah Zack, ma. Dalam dada kan banyak benda-benda penting? Ada hati, jantung..’

‘ Bukan la. Mama mean ‘buah dada’.’ Mamanya membisikkan perkataan ‘buah dada’ itu di telinganya.

‘ BUAH DADA??’ Semua orang memandang ke arah Zack yang secara tiba-tiba menjerit menyebut tempat sensitiviti wanita itu. Aduh! Malunya aku! Mulutnya segera ditekup. Macam mana boleh terlepas cakap pulak nih?? Dah lah kuat macam petir! Panasnya pipi aku! Mama pulak senyum-senyum nenek kambing kat aku, bukan nak tolong back-up! Akhirnya, mama menarik Zack masuk ke dalam bilik persalinan tadi.

‘ Zack kenapa pakai bengkung? Dress macam ni tak boleh pakai dengan bengkung, nanti lelaki tengok pun tak selera. Zack tau kan dada tu asset penting orang perempuan?’ Esh, mama ni sejak bila pandai cakap mengarut pasal asset-asset penting, selera-selera lelaki nih? Wui, meremang bulu ketiak aku dengar!

‘ Dah. Buang bengkung tu. Jadi perempuan ye, sayang.’ Zack memang perempuan pun, mama. Nak jadi perempuan mana lagi?

‘ Bukak la baju.’

‘ Tak mau. Mama keluar dulu. Malu la..’

‘ Okay, okay. Mama tunggu dekat luar, okay sayang?’ Hai. Mama nih, entah-entah ada secret planning dengan papa nak kenakan aku? Jangan nak tunangkan aku sudah! Tapi, mungkin jugak! Mama dah pandai sebut-sebut pasal lelaki-lelaki dengan aku, dada didi dengan aku, macam bagi hint je gayanya?? Uhh, serabut!!

‘ Haa, baru lawa anak mama! Like mom, like daughter hihi!’ Eh, semangat pulak gelak mama ni.

‘ Ala, mama. Tak cun la dua bukit ni. Tak suka tengok! Bagila Zack pakai kot dengan slack je, mama. Tak selesa dengan gaun ni. Tak hensem langsung!’

‘ Zack.. tak sayang mama ke?’ Aaaa!! Alih-alih ungkit kasih sayang, saja je nak umpan aku! Apa lagi aku? Terimalah dengan redha.

‘ Mama dah pilih, kasut nih padan dengan gaun Zack!’

‘ Mama!’ Kasut tinggi berguruh-kilat itu diletakkan di hadapan mata dan ditenung, diukur dan dibuat statistik. Kesimpulannya, kasut ini tingginya = 4.25 inci, tumitnya = kecik nak mati = aku pakai mesti tercabut = macam cerita Cinderella = tapi aku bukan Cinderella! Aku tak hingin and tak pernah termimpi langsung nak jadi Cinderella tuh! Aku nih yang putera, kenapa pulak aku yang kena pakai kasut Cindetreller nih?? Aku tak boleh terima kenyataan yang sebegini kejam untuk aku yang sebegitu comel ini, uwaa mama!!

‘ Cuba pakai, honey.’

Zack merenung kasut tinggi macam bangunan tu, kemudian beralih merenung mamanya pulak, yang dok genggam dua-dua tapak tangan, macam orang Kristian sembahyang, dok tengok dekat aku yang rasa macam katak pisang dah pakai gaun nih! Kasut tinggi vs mama. Cukup 4 kali Zack beralih pandang dari kasut tinggi ke muka mamanya, akhirnya..

‘ Ahh!! Adei, sakitnya mama!’ Zack jatuh terduduk di atas lantai ber’tile’kan tile berwarna emas itu. Orang ramai hanya melihat padanya. Mama pulak cepat-cepat berlari ke arahnya dengan action muka terkejut. Hai tak payahla terkejut-kejut nenek kebayan pulak mama. Bukan mama tak tau yang anak mama nih tak pernah langsung pakai kasut tinggi! Tengok rak kasut aku, semua penuh dengan kasut sukan warna warni, yang ada tali macam kasut sekolah, mana ada WALAUPUN sepasang kasut tinggi WALAUPUN 1 inci! Aku tak suka, uwaa!!

Dalam kiraan 5 kali Zack terjatuh and bangun sendiri, akhirnya..
‘ Mama!! Zack tak nak dah! Tak sanggup lagi! Uwaa!!’ Jerit Zack yang sudah terduduk di atas lantai, dengan posing ala-ala mak nyah nak menggoda. ( Ala, abang nih!) – tiru gaya mak nyah kejap huhu.

‘ Mama, nasib tak terkoyak dress tak lawa nih!’ Zack berkata kuat.

‘ Ish, mulut!’ Mama membuat muka marah, nasib comel jugak macam aku huhu. Penjaga butik di situ cuma tersenyum-senyum melihat Zack, padahal dah naik menyampah tengok, asyik buat kecoh kat kedai aku je, entah bila nya nak balik!

‘ Dah, dah. Bangun. Mama carikan kasut lain, okay? Jom, ikut mama pilih.’ Zack berjalan dengan lagak tomboy nya la, dah nampak macam itik tempang sebelah kaki. Hampeh betul gaya! Dengan gaunnya lagi, adei la.

‘ Nak yang nih, ma, tak kira, nak yang nih jugak!’ Kata Zack merengek-rengek seperti budak kecik sambil menunjuk ke arah sepasang kasut.

‘ Mana boleh, Zack. Ni kasut lelaki nih!’

‘ Ala, boleh la, mama. Bukan orang nampak pun. Boleh la..’ Zack terus merengek-rengek sambil menggoyang-goyangkan badan mamanya perlahan-lahan.

‘ Tak boleh. Ni, yang ni cantik.’ Mamanya mengambil sepasang kasut lain agak rendah sedikit berbanding dengan yang tadi. Tapi tetap kategori high heels. Oh! Hari ini dalam sejarah, aku melancarkan perang ke atas semua kasut-kasut high heels di dunia! Yah, anti high heels’ here!!

‘ Tak nak! Zack tak nak high heels, mama. Tak suka, tak suka, tak suka jugak!’ Ya Allah! Gaya sebijik macam perempuan gedik hua hua. Memang sudah hilang segala kemachoan bin kehenseman aku selama nih, disebabkan high heels! Oh, I hate you, high heels!! So much until I die!

‘ Hep! Kenapa nih, Zack? Suka buat action macam ultraman! Buat malu je orang tengok! Dah, jom balik. Pergi tukar baju tu.’ Yay! That’s it! Tak perlu aku menjahanamkan lagi kemachoan aku yang memang dah tersedia macho nih huhu!

‘ Ya Allah! Dress macam ni, harga RM899, mama?? What? Dah lah tak cun, kain nipis, bulu tiruan..’ Zack bising di dalam kereta.

‘ Zack, biasala jadi perempuan. Yang penting, kena ada jenama. Baru la orang kata, alah membeli menang memakai.’ Emm, heran jugak aku nih! Takat baju tu, beli cap Petaling Street pun aku tak kisahla. Bukan nak pakai tiap hari. Ni pakai sekali, simpan bagi cik ti makan dalam almari. Dinner lain, beli baju lain pulak! Hai, memang membazir. Ish, ish, ish.

‘ Hai, mengumpat mama ke, Zack?’

‘ Eh, tahun bila nya pulak Zack mengumpat? Mama nih, tak baik sangka buruk tau?’ Esh, orang tua nih! Pakai ilmu apa nih? Macam tau-tau je aku dok bising pasal dia, hehe. Bising je ye, bukan mengumpat.

‘ Mama. Malam ni dinner apa?’

‘ Ada lah. Secret. Mana boleh beritahu Zack awal-awal. Tak surprise la nanti!’ Huh! Surprise? Secret? Jangan-jangan, betul nak suruh aku bertunang?? Uhh, aku tidak sanggup! Aku muda lagi! Tak sanggup nak melayan LELAKI dalam hidup aku! Lepas kahwin, mungkin mengandung, bersalin and beranak pulak, ohh, pondan lah aku gini!

‘ Zamri, stop dekat Istana Hotel depan sana, okay?’ Wah, jadi tour guide pulak mama nih! Mesti peta kat KL nih dia dah hafal! Kemudian, Zamri, pemandu kereta papanya yang drive Mercedes Benz itu pun memarkir kereta di tempat parkir kereta untuk hotel itu.

‘ Dinner kita kat sini ke, ma?’

‘ Tak. Dekat Sunway Resort Hotel and Spa.’ Hah, ambik kau! Sekali hafal dah macam owner hotel tu dah mama nih!

‘ Habis, buat apa kita kat sini?’

‘ Spa. Cuci badan sikit, Zack ni dah berapa hari tak mandi?’ A’ah kan. Baru teringat. Hari ni aku tak mandi lagi. Sibok nak makan sangat and dengan evil plan tadi, tu yang tak sempat mandi tu huhu.

‘ Mandi je semalam, ma.’ Tu pun mandi macam kambing takut air, katak puru la punya pasal huhu.

‘ Mandi and duduk kat mana? Anak mama okay kan?’

‘ Okay je, sihat walafiat plus makin berat huhu. Zack tumpang kat rumah abang tu.’

‘ Abang??’

‘ Ye. Dia fikir Zack lelaki, ma. So, nothing’s happened. Haa, mama jangan nak fikir bebukan. Zack cium nanti, haa.’ Zack mengugut kerana muka mamanya dah berubah, berkerut-kerut. Sebijik macam nenek aku dulu huhu. Jahatnya aku! Dahla orang tua tu dah arwah, ish, ish.. Al-Fatihah. Tibe-tibe pulak huhu.

‘ Em, okay. Yang penting, Zack kena pandai jaga diri. Jangan main serah-serah je body tu kat orang.’

‘ Ada pulak mama nih? Zack ni kan ma, kalau 10 orang lelaki taf kat depan mata tak pakai baju pun (spentot pakai ye huhu), belum tentu Zack nak heran, ma.’ Bukan nak berlagak la, tapi aku memang tak terbukak hati untuk lelaki mahupun wanita buat masa sekarang. Aku suka dengan hidup aku yang macam ni. Just kawan, no serious relation, tak payah aku nak pepening memikir nak jaga hati si dia hua hua. Baik aku jaga hati and perut aku je huhu. Papa and mama pun aku tak habis buli lagi, nak buli si dia pulak, tak cukup masa aku nanti, hehe.

‘ Dah, jom masuk.’ Mereka berdua pun berjalan sehingga ke Sompoton Spa setibanya mereka di pintu gerbang hotel itu. Wui, macam klasik giler nama spa nih! Sompoton!! Ultraman! Macam raksasa dengan ultraman je. Takde, gurau gurau je. Jangan terasa ye cik Sompoton huhu.

‘ Em hello.’ Mama beramah mesra dengan pekerja spa di situ. Macam saudara mara je gayanya.

‘ Zack! Sini salam dengan cousin mama.’ Ehh?? Cousin? Tahun bila aku ada saudara memara kat KL ni pulak? Tak tau pulak aku!

‘ Assalamualaikum, auntie.’ Zack tunduk menyalami cousin mamanya a.k.a. makcik yang dia tidak pernah tahu akan kewujudan makhluk itu huhu.

‘ Besar dah ye?’

‘ A’ah, auntie.’

‘ Maria, tolong buatkan budak ni, em kejap. Ni, Javanese lulur dengan Academie facials.’

‘ Dah nak nikah dah ke, Zack?’ Hah?? Telinga tak capang aku mengalami masalah ke? Aku rasa aku dengar perkataan nikah a.k.a. kahwin?? Tunang malam nih? Uwaa, mama!

‘ Tak. I nak bawak dia pergi dinner.’

‘ Oh I see. Sebabnya Javanese lulur ni bride-to-be yang selalu buat.’ Jawab auntie Maria dengan senyuman manis. B-ri-de.. t-o.. b-e..??

7 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

waahhaaaaa..
parents zack nk kawenkan zackk..
ekeke..
xsaba nk taw ape jd kat otel nnty..
cpt2 smbung...

Tanpa Nama berkata...

best ar cter nieh..
zack 2 gile2
hehehe

Hafia Hana berkata...

hu.h.u.h..u..

suprise!

shaz comel berkata...

hu3..
beshnyer cik penulis..

lovelysu berkata...

biler nak smabung?
tak sabar nak tgu

Tanpa Nama berkata...

jln citer nih best.Suspen pon ade..apa yg akn tjadi dgn ZACK ??? Adakah dye akn tros begini @ mjadi sorang gadis ayu yg sempurna? Cepot..dh xsbr nk tahu...

mishaq berkata...

zack bakal dikawenkan??
haha..tak sabo tggu..