Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 11 November 2010

August's Night (full)

' Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan selak pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku karang! Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okay, cau dulu.' aku menekan butang merah pada handphone dan meletakkannya kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku tenung ke arah jam di tangan, 11.23 p.m.

Siot, lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak tak siap, ini meeting karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam gini? 24 jam tu, ada 12 jam siang, matahari memancar, kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih?? Hairan jugak la aku!

Angin malam menerpa-nerpa ke tubuh membuatkan aku mula seram sejuk. Di hall luas depan fakulti, aku duduk di atas kerusi panjang sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu surut, ditambah pula dengan kilat yang memancar, hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan kesepian kat sini!

' Hai!' Sapa seorang mamat kiut, yang hadirnya langsung tidak disedari. Tetiba je muncul dengan baju dan seluruh badannya yang basah kuyup. Aku mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni aje. Nak membaca pun buku takde, tu jela kerja yang paling mudah dan paling membosankan yang boleh dibuat pun.

' Lebat kan hujan malam ni?' Mamat tadi dengan selamba badak kurusnya melabuhkan punggungnya di sebelah. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk, aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripada dia.

' A'ah. Agak lebat.' Lambat baru aku menjawab sapaan dia.

' Awak buat apa sorang-sorang kat sini?' Mamat itu bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku mula tak senang duduk. Aku merenung ke arahnya yang sedang memerah-merah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat waja di sebelah. Sedar, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan senyum comel khas buat aku. Gulp! Apa kes? Hantu pondan mau ngorat aku ke ni? Lelaki normal, supposedly, tak guna 'saya awak' nak cakap dengan lelaki. Dan dia ni, pandangan dan aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik.

‘ Saya Ray. Nice to meet you!’ Senyum comel masih tak lekang dari bibirnya, diiring pulak dengan tangannya yang menghulur minta disambut, membuatkan aku mula serba salah. Akhirnya aku pun menyambut tangan lelaki tu dengan wajah pucat. Aku tak sedia lagi nak jumpa hantu baru, beb!


‘ Saya nak balik kolej, tapi tersekat dekat sini, hujan lebat. Biasala kan, student, takde duit nak beli kereta.’ Sembang sakan dia ni. Tak nampak ala-ala gaya hantu pun. Yela, hantu mana ada main sembang-sembang, jumpa je terus cekik! Mungkin betul la kot dia ni orang kan? Aku cuba mengambus perasaan yang mula tercetus dalam hati, yang mengatakan lelaki ni bukan manusia.

‘ Ooo.. saya pun sama. Datang meeting persatuan tadi. Diorang yang lain naik kereta, tinggal saya dengan motor kapcai terkulat sorang-sorang kat sini.’ Laju da nsedap pulak guna perkataan saya dengan Ray ni. Haha wondering why?

‘ Oh, biasa tu. Orang kalau nak dapatkan apa yang dia nak, tak fikir perasaan orang lain dah kan, betul tak?’ Ray membalas dengan membawa beribu maksud tersirat. Aku ketawa je, memikirkan Ray cuba nak bergurau. Kami pun bersembang panjang menunggu berhentinya hujan pada malam itu.

**

‘ Wei! Bila masa kau balik? Aku tak sedar pun?’ Aku yang sedap berlingkar di dalam selimut pagi subuh tu terasa ada gegaran yang nyata. Muka Am terpampang di ruang mata. Kemudian, aku terjaga dan memegang kepala. A’ah. Bila masa aku balik dan tidur? Seriously, aku tak ingat langsung! Semalam.. aku sembang dengan Ray sampai tengah malam.. Then..? Apa jadi? Ish! Macammana aku boleh tak ingat ni??

‘ Entah. Aku pun tak tau la macammana. Dah la. Kau pergi solat, aku penat ni, nak tidur.’ Am menggeleng-gelengkan kepalanya. Serupa mamat dadah je si Rul ni, apa kes?

Aku merebahkan kembali badan yang terasa amat penat serupa tak tidur seminggu. Aku mula berfikir-fikir, kemudian berusaha bangun kembali kerana memikirkan waktu Subuh yang tidak berapa panjang itu dengan aku yang masih tidak solat lagi.

**

Pukul 7.45 pagi itu, aku terkocoh-kocoh turun. Lambat gila dah ni! Kelas pukul 8, itu la lepas subuh tidur balik, memangla lambat! Segera aku menuju ke arah tempat biasa motor diparkir, tapi macam mana boleh takde? Mak ai! Takkan Ray curik motor aku kot?? Hampeh betul kalau ye! Yela, semalam aku dengan dia! Kalau bukan dia, siapa lagi? Tapi, tak baik buruk sangka pulak. Tapi aku sesungguhnya sangat hairan ke mana motor aku and macammana aku balik kolej semalam??

Aku segera berlari ke depan kolej untuk menunggu bas. Sedang menunggu, dari kejauhan, mata aku yang ala-ala mengantuk ni dapat menangkap kelibat tubuh manusia yang sedang tergantung di pokok besar dengan darah menitis keluar dari mata dan hidungnya. Tali yang terikat pada lehernya kelihatan begitu lusuh, baju dan seluarnya juga sudah koyak rabak dan kotor. Dada mula bergetar laju, aku toleh ke kiri kanan. Aku tengok student lain nampak steady semacam je. Takkan diorang tak nampak??

Kehadiran bas mengganggu tumpuan aku. Pelbagai persoalan timbul dalam benak. Sambil kaki berjalan menaiki tangga bas, aku merenung ke arah manusia yang bergantungan itu. Mulut terkunci, tak daya nak bercakap, cuma istighfar di dalam hati saja yang aku mampu. Renung punya renung, bas mula bergerak. seiring dengan itu, manusia yang tergantung itu membuka mata dan tersenyum ke arah aku. Sumpah! Tu la senyum yang paling seram aku pernah tengok!

Aku telan air liur. Aku baru kembali ke alam nyata bila pakcik bas menegur aku.

' Buat apa di tangga? Duduk cepat.'

' Aha, ya..' Ketar aku menyambut. Aku pandang sekilas pada pakcik itu. Perasaan bercampur-baur selepas melihat senyuman pakcik drebar bas itu. Hati aku pula tak putus-putus membaca ayat pelindung.

' Kau tau tak sejak bila pakcik bawak bas?' Pakcik bas bertanya selepas aku duduk di kerusi hadapan yang berhampiran dengannya. Pelajar di dalam bas tak ramai, dalam 3,4 orang yang aku nampak dan sempat aku kira.

' Em, tak pakcik. Dah berapa lama?' Aku berbasa-basi demi menjaga hati orang tua itu.

' Dari 1965.' Pakcik itu menjawab.

' Ohh.' Aku angguk. Dah lama tu. Mesti dia dah tua, fikir aku.

' Kau tau tak, kami semua ni dah mati, masa bas ni jatuh dalam gaung depan tu? Hahahaha!' Gelak pakcik tu kuat. Matanya sudah hilang sebelah, mukanya berkedut dan berulat, tangannya hanya sebelah kanan sahaja yang ada, kirinya sudah tiada. Cuma kelihatan tulang dan baju lusuh berlumuran darah. Aku terkejut lagi. Mahu kena heart attack gini!

Aku pandang ke bahagian belakang bas, semua yang aku tengok macam manusia biasa tadi dah berubah rupa. Ada yang tangan kudung, kepala pecah sehingga menampakkan otak dan mata terjojol keluar. Kesimpulannya, semuanya sangatlah 'cantik-cantik' belaka dan yang penting, diorang tenung dan senyum pada aku! Bau hanyir mula menyergah hidung aku.

Tiba-tiba, terasa bahu aku dicuit dari belakang. Seorang gadis berlumuran darah pada leher dan kepala, tersenyum padaku dan tak semena-menanya dia mencabut kepalanya. Aku terkejut bukan kepalang bila dia nak bagi kepala dia pada aku.

' Ambik la.' Kata kepala itu.

' Err, takpe, terima kasih!' Aku jerit lantas lari laju terus aku terjun dari bas hantu itu. Aksi superman aku boleh la diterima sebab aku terjun dengan eloknya mendarat dalam semak. Bas itu aku tengok menghilang begitu sahaja selepas kedengaran suara gelak tawa garau yang membuatkan bulu roma aku meremang. Aku istighfar beribu kali sebelum aku berjaya bangun dan keluar dari semak tersebut.

Aku bengong. Jam aku tilik. Dah pukul 8.41. Dah lewat sangat aku nak gerak pergi kelas. Ada mood lagi ke nak pergi kelas kalau dah macam ni gayanya? Haish tak boleh jadi betul. Aku menapak turun dari bukit yang agak curam itu. Mujur pakcik bas tu tak bawak aku terjun gaung dengan bas-bas dia sekali, kalau tak, naya je aku!

Aku nak ke mana ni? Agak-agak orang bergantungan tadi tu ada lagi tak dekat situ? Aiseh. Serius, apa aku nak buat sekarang ni? Okay, cool bro, relax la kan, apa nak takut, ini kes hantu nak mintak tolong lagi la ni wahhahaha hensem sangat kot aku sampai tiap bulan hantu mintak tolong kat aku!

Aku jalan lagi, menapak menuju ke arah kolej. Aku pandang pokok tadi, manusia tu dah takde. Fuh, syukur selamat. Aku semangat nak terus berjalan. Tak lama aku semangat, aku kecut perut balik. Tiber je dia ada balik dekat situ. Mak ai! Kau memang hantu!

Kali ni dia dah tak senyum. Tadi dia pandang sebelah lain, ini sebelah lain pulak, wah magik gitu. Dia seolah nak bercakap dengan aku. Dalam kesamaran suaranya aku dengar.

' Ta.. sik..' Renungan dia dengan mata berdarah menggigilkan kaki namun aku cuba tabah. Aku ketap bibir dan angguk. Aku berpaling ke belakang dan angkat kaki. Aku steady kan jalan, tapi serupa kena kejar hantu, tak lama lepas tu aku lari tak cukup tanah! Siapa tak seram beb. Jumpa hantu siang-siang! Esh, kalau comel macam Aishwarya Rai ke, Lisa Surihani ke takpe jugak! Ini.. Tuhan aje yang tahu rupanya!

Aku nampak bas. Segera bas hantu tadi menyergah dalam ingatan. Uhh, itu la lain kali naik bas tengok bebetul bas apa, baca doa yang patut. Tadi dok asyik tenung sang hantu bergantungan tu siapa suruh.

Harus naik bas kah? Tasik U jauh. Hari pun nak terik dah ni. Aku berkira-kira sendiri sampai la akhirnya bas pun dah bergerak pergi meninggalkan aku. Aku tak la percaya sangat dengan kata-kata hantu gantung tu, tapi mungkin aku kena leraikan kekusutan ni sementelahnya aku asyik terganggu dek kerana benda ni. Keluhan aku lepaskan, sambil kaki berjalan laju menuju ke tasik yang agak jauh untuk aku sampai ke sana.

Aku tahan teksi bila kaki aku dah penat berjalan. Harapnya ini bukan lah hantu jugak. Karang dia kata dia hantu mati tahun 70an pulak, naya la aku asyik nak buat aksi Superman je! Bismillah, kalau kau hantu, tolong jangan mengaku kau hantu okay, apek! Apek tu senyum tanpa kata lepas aku kata 'tasik'

' Tunggu hari hujan.' Kata apek itu. Aku kerut dahi.

' Wa bagi lu free tambang, asal lu tolong itu budak, manyak kasihan woo. Wa mau tolong tak boleh, sebab wa suda mati.' Terima kasih aku ucap, apa lagi, aku blah arr. Hantu teksi pulak! Kenapa semua yang dah mati pulak tu yang aku jumpa ni?? Dan, siapa budak yang dia sebut tu?

**

Di tasik, aku tercari-cari klu lain. Serupa hero filem hantu aku beraksi. Dalam kepala aku berfikir. Kenapa di tasik, masa hari hujan?

Aku tengok langit. Cerah takde tanda nak hujan. Takkan nak aku buat solat sunat mintak hujan kat sini pulak kot. Memang tak dimakbulkan la sebabnya bukan darurat katanya. Tapi, aku tetap berdoa moga hujan turun supaya boleh lah aku selesaikan kes ni secepat mungkin sebab aku kena study jugak, sebab aku datang sini bukan nak cari hantu!

Aku duduk di bawah pondok yang tersedia di situ. Aku keluarkan buku untuk membaca sambil membunuh masa yang ada. Semalam hujan, insyaallah hari ni hujan jugak. Aku tengok jadual kelas, mujur lah jadual aku tidak padat sangat hari ni, aku mengeluh sendiri kerana tertinggal waktu belajar di kelas.

Penat aku menunggu hingga tertidur. Aku terjaga bila terasa cuitan sejuk pada lenganku. Terdengar bunyi rintik hujan. Ya Allah! Dah hujan! Alhamdulillah! Aku senyum dalam mamai hingga terlupa sebabnya aku menunggu hujan. Hati segera kecut untuk berjumpa sang hantu yang seronok sangat hantar geng2 hantu dia tu pada aku.

' Awak.'

' Huh, Ray? Apa awak buat di sini?'

' Tolong saya, boleh kan.'

' A.. awak ke yang apek teksi maksudkan?' Dalam ketar aku bersuara. Ray angguk dalam senyum. Mujur kau senyum, hantu. Geng-geng dia pun kerjanya senyum je kat aku. Aih, hantu senyum gamaknya!

' Saya ada kawan lelaki dulu. Dia suka saya, ajak saya couple, tapi saya tolak.'

' Sebab awak bukan gay?' Laju pertanyaan aku keluar.

' Tak, sebab saya tak nak bercinta masa belajar. Awak, nak tahu? Saya perempuan, bukan lelaki macam awak sangka.' Tangannya memerah lagi baju kemeja kuningnya semalam. Hairannya, hujan tak la lebat mana pun sampai nak kena perah-perah baju bagai.

Ohh, hantu tomboy rupanya. Ish, ada rupanya hantu tomboy. Harus la dia ber'saya awak' dengan aku.

' Then?'

' Then, satu malam dia mintak saya datang sini, ajak study. Tapi, dia bagi saya ubat pelali dalam botol air mineral. Saya tak fikir apa-apa masa tu, terus minum dan saya pengsan.'

' Dia psiko. Dia tikam saya banyak kali dalam semak dan buang badan saya dalam tasik tu.'

' Tapi, awak tak nampak macam hantu pun?' Ciss gigih aku tanya soalan gitu, kau nak mati, Khairul??

' Nak tengok rupa saya yang sebenar?' Senyum Ray lagi. Hantu baik, asyik senyum aje, he he. Nasib baik, kalau dia buat aksi cekik mencekik, aku jugak yang seram!

' No, it's okay then.' Aku senyum jugak sambil garu kepala.

' Tolong kebumikan saya, ya awak. Saya mintak tolong sangat. Dia buang saya dekat situ.' Ujar Ray, menunjukkan ke arah tepi tasik di situ.

' Insyaallah.' Kaki aku menuju ke tepi tasik. Waktu hujan begini tak ramai yang berada di tasik tambahan pula hari sudah menginjak ke waktu makan tengahari.

Aku berkira-kira. Nak terjun ke? Nak bagitau pak guard terus?

Aku terjun selepas membuka t-shirt aku. Kalau kes nya aku tersalah bagi info dekat pak guard, aku jugak yang kena kejar nanti.

**

' Thanks, bro. Saya hargai bantuan awak.'

' Lelaki tu?'

' Dia dah gila sebab tiap hari saya kacau dia tidur. Plus mintak tolong jugak dekat apek teksi, pakcik bas and so on. Terima kasih awak.' Ujar Ray, dia menghilang selepas tersenyum pada aku. Aku tersentak dari tidur malam tu selepas aku berjaya menjumpai tulang-tulang Ray yang dimaksudkan siang hari tadi.

Aku keluar ke beranda bilik aku, memandang ke arah langit yang masih hujan, dari kejauhan aku lihat motor aku di tepi jalan, manakala di sebelahnya 'lelaki' berbaju kemeja kuning melambai padaku sebelum menghilang.

' Kau yang sembunyi motor aku rupanya. Patut la hilang! Ray, Ray.' Aku berbisik. Moga esok takde lagi dah hantu bergantungan dan pakcik bas serta apek teksi senyum kat aku lagi!

- TAMAT -

** Kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Sila jangan percaya segala butiran yang ditulis kerana ia hanya imaginasi arisa eriza sebulat-bulatnya. hepi reading! thanks then!

5 ulasan:

Yong berkata...

speechless...hahaha funny lah. apa lagi nak komen ye? er mmg different lah. tak takut langsung....cam ghost whisper lak cter dia solve prob org mati.

Arisa Eriza berkata...

kuang3 tu la pasal kann, dah siap br sedar cter ni jd xseram lgsg da. aishh mmg kira failed la cter ni kui3

Naja berkata...

erm..,tp,pendek je cite nie..,mcm cerpen jerk..

arisa eriza berkata...

mmg cerpen pun, nnt akan dikembangkan jd nvel ;) insyaallah

Tanpa Nama berkata...

siapkan cepat cikit tau.....
x sbar syer nk bli