Aku tersedar dalam keadaan terkejut selepas melihat segala peristiwa yang terjadi, bermula dari Jane bergaduh sehinggalah Amy dilanggar sehingga mati, hantu comel pulak terpa aku depan mata! Mak ai, tolongla dear Jane, sang hantu comel, jangan main kerpah-kerpah gitu, kalau aku mati, siapa jugak nak tolong kau? Haa.. Bebelku sendiri sambil beristighar kuat. Dada aku urut. Astaghfirullah! Aku rasa macam masuk wayang aje tadi, ish! Sadis gila! Yang hantu comel ni pun cuba la guna cara lembut sikit kalau ya pun nak kejut aku, ada pulak main terbang melayang gitu tau-tau menerpa aku untuk beritahu dah the end! Haiya! Tutup tirai sudah la, aku faham lah dah habis wayang. Ish, merana aku 3 minit!
Aku segera membelek jam di tangan. Matahari menyinar di ufuk barat, pukul 6.30 seperti yang tertera pada jam tangan aku. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Badanku terasa penat yang amat, beserta dengan otot-ototku yang terasa regang dan sakit. Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. 2 minit berlalu hanya dengan kebilan mata aku sahaja. Tak dapat nak pick-up lagi apa yang patut aku buat. Terjangkit penyakit blur Am yang selalu sangat blur-blur alam tu gamaknya aku sekarang ni.
Namun kemudiannya aku segera bangun dan berlari-lari anak, beg Garfield aku, aku tak lupa, aku galaskannya di bahu dan bergerak sepantas yang mungkin. Rasa sengal otot aku abaikan. Lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya apabila aku melintas di hadapannya. Wah! Lif pun dah pandai automatik-automatik pulak dah sekarang ni eh? Ala-ala pintu dekat shopping complex pun ya. Namun aku lebih memilih untuk turun menggunakan tangga. Cukuplah pengalaman semalam dalam lif yang ada rupa nak tercabut tu, aku tak nak nanti silap-silap hari bulan, wayar otak aku pulak yang tercabut!
Daun pintu tangga yang sudah sangat usang itu aku tolak dan aku berlari marathon turun tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit! Ini menggunakan kelajuan larian aku yang terpantas. Kalau boleh terjun gamaknya, memang dah lama aku terjun! Tak gigih lagi untuk berlama-lamaan di sini! Tambahan pula, aku rasa macam aku ternampak mendiang Jane lagi di setiap tingkat aku menuruni tangga, berdiri tegak di tiap penjuru yang boleh dia berdiri dengan rambut panjang menutupi hampir keseluruhan wajahnya. Tangan pulak dia depang elok aje dua-dua, ish, tradisi hantu cina memang macam tu! Tapi aku buat-buat macam tak nampak untuk elak aku ‘brain freeze’ lagi atau terkena strok tak pun sawan angin!
Fokus aku hanya satu kini. Motor aku! Motor Honda Wave aku! Tertoleh-toleh bagai nak rak aku mencari selepas aku sampai ke tanah. Aku garu kepala sambil cuba mengingati di mana aku memparkir motor aku itu, namun connection failed! Sebabnya semalam aku parkir motor dekat depan flet rumah aku, ini bukan flet rumah aku weh! Mulut masih membebel sendiri, sambil istighfar dan berdoa moga motor kesayangan aku itu tidak hilang.
Aku bersyukur yang amat apabila motorku aku nampak terparkir elok di satu sudut di belakang bangunan. Tangan aku menyeluk poket dan segera mengeluarkan segugus kunci. Tangan aku yang ala-ala bergetaran itu dengan setabah mungkin aku cuba hilangkan keketaran itu. Aku menghidupkan enjin dan tak tunggu lama untuk memanaskan enjin, aku terus pecut laju. Nasib lah motor kesayangan, aku seram dow!
Alhamdulillah! Aku panjatkan syukur yang tak terhingga apabila tayar motor aku menjejak jalanraya yang penuh sesak dengan kereta. Jalanraya sesak pada waktu selepas waktu bekerja yang membawa kesesakan sehingga ke malam. Aku sempat menoleh ke belakang, ke arah bangunan tadi. Bangunan itu merupakan sebuah bangunan flet lama yang ditinggalkan yang berada tidak jauh dari universitiku. Flet itu tidak digunakan mungkin atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Aku pernah lalu dekat kawasan flet ni dulu. Tapi, yang semalam aku rasa macam aku balik rumah tu, apa bendanya? Ish, persoalan ni budak IQ tinggi pun belum tentu dapat jawab!
Jadi, soalan tu aku reserved untuk budak IQ tinggi. Sekarang ni, aku kena fikirkan tentang mimpi semalam yang mana sedang bermain-main di benak seolah ada tayangan video yang dirakam di dalam memori otak. Mungkin si amoi cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Ish, dah terang-terang kot dia tunjuk tempat berlaku dekat mana, yang aku dok blur sorang-sorang ni kenapa??
Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut. Aku segera mengambil keputusan untuk kembali ke kolej. Kalau balik ke rumah pun, belum tentu dia bagi aku balik rumah, karang dia bawak aku pergi flet dekat Sabah pulak, siapa nak hantar aku balik Semenanjung?? Ish, karut!
**
Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Sayup-sayup kedengaran azan Maghrib dari pelbagai arah. Perut aku pula berkeriut minta diisi. Laparnya, subhanallah! Terasa macam 2,3 bulan dah aku tak makan, namun aku gigihkan juga untuk melangkah. Puasa sunat! Boleh ke niat puasa sunat waktu maghrib? Cis, ajaran nenek moyang mana kau cekup ni, Rul?
Aku ke surau untuk solat dan membersihkan diri seadanya. Waktu solat maghrib itu tiada sesiapa yang aku kenali cuma seorang dua aku cam mukanya yang selalu aku lihat semasa minggu orientasi dahulu. Hati aku bagai meronta-ronta untuk menceritakan tentang kejadian misteri yang menimpa aku, namun mulutku seolah terkunci! Nak aje aku cekup seorang abang senior ni heret dia sekali pergi menyiasat. Bawak geng dia sekali pun bagus! Geng doa wirid panjang ni haa, mantap tu! Tapi, itu tinggal hanya lah khayalanku semata-mata.
Selepas solat fardhu berjemaah, aku solat sunat rawatib selepas maghrib 2 rakaat dan sunat hajat 2 rakaat, memohon supaya ditabahkan hati aku dan dielakkan dari sebarang bencana yang tidak diingini. Dalam pukul 8 malam, aku yang sudah menyiapkan diri dengan perisai zikir dan tawakal pada Allah pun segera menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Fokus baru aku, selesaikan semua masalah kemudian aku nak melantak serupa orang tak jumpa nasi 3 tahun dekat café! Nasi apa yang best? Nasi goreng biasa pun bisa buat aku kecur liur ni! Apa lagi nasi paprik! Tak pun nasi goreng USA. Aish, sabar, Rul, sabar! Aku memujuk hati dan perutku supaya bersabar sebentar demi menyelesaikan masalah yang datang bertimpa-timpa ini.
Palang yang menutupi jalan tar tersebut aku langkah, dengan lampu torch light yang agak malap dari telefon bimbit murahku ini, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Sinaran bulan penuh bersama bunyi cengkerik menemaniku. Aku rasa sinaran bulan lagi terang daripada lampu picit dekat telefon bimbit aku ni ha! Tapi takpela, buat syarat katanya. Ala, macam detektif dalam TV tu kan harus ada lampu picit kalau buat penyiasatan malam-malam.
Bibir aku pula terkumat-kamit berzikir. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku. Mungkin sebab aura zikir aku kot huhu. Hantu dan yang seangkatan dengannya takut untuk menghampiri orang yang kuat berzikir, seolah keliling orang itu ada satu aura yang boleh menyakitkan mereka andai tersentuh. Kata ustaz aku la. Harus la benda betul, takkan dia nak mereka buat cerekarama tipu dekat anak murid dia kot kan. Tapi, hantu amoi ni selamba je dekat-dekat dengan aku, maknanya aku ni tak berapa nak kuat ibadatnya lagi la, dan memang terbukti jugak kot hehe. Tapi, alhamdulillah juga aku masih kuat semangat! Kalau tak kuat, mahu kena sergah sekali, terus ting berpusing daa..
' Tolong saya..' Tiba-tiba dia berkata dan mendarat di atas tanah di hadapanku selepas aku yang berlagak serupa detektif tak bertauliah ni tercari-cari klu dalam keadaan bengong-bengong alam. Kesian benar kat aku ni haa, ish! Lapar sangat sampai mimpi yang dia bagi kat aku tu pun aku dah ala-ala lupa, dan dia ni macam tau-tau aje aku dah lupa. He he yela mana tak nya, aku dok terpusing-pusing seorang diri dekat atas tanah ni takde buat apa-apa, nampak sangat kot kebengongan aku ni!
Dia menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu telefon bimbit dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir. Klu yang sangat tepat di situ! Secara tiba-tiba bau ayam goreng panas-panas seolah-olah berada di depan hidungku membuatkan perasaan ingin-selesai-cepat membuak-buak dalam hati dan membara di dada.
' Awak.. tunggu sekejap ye. Saya lapor pada pak guard.' Kekonon aku bercakap dengan dia. Suara aku sekejap perlahan dan kemudiannya kuat pulak. Mungkin menyeimbangkan dengan kekalutan hati yang dipenuhi kesangsian dan kemusykilan bersama dengan kekobaran ingin makan menyebabkan suaraku seperti katak puru memanggil hujan.
Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku. Takde orang. Eh, mana pulak pak guard ni? Tapi, memang selalu takde orang pun dekat bilik kecil yang dijadikan pondok khas untuk para pengawal keselamatan ini berjaga. Alahai, abang guardku yang hensem, (agak aje la hensem) di manakah lokasi engkau sekarang? Menjelmalah dikau! Bebelanku kembali menyerikan bibir sambil aku berjalan laju ke sana ke mari sehinggalah aku terserempak dengan seorang lelaki berbaju uniform biru dan perutnya buncit ke depan, tahu lah aku itulah lelaki yang akan mengakhiri bebelanku malam ini.
**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan