' Am, aku nak balik rumah ni! Kau ada apa-apa hal nak beritahu, call aku, okay? Jangan lupa solat dan mengaji!' Aku tepuk bahu Am sambil kami bersalaman.
“ Rul, kau jangan balik lama-lama, sunyi aku nanti.” Am bersuara. Riak mukanya toya seakan sedih ditinggalkan aku bersendirian untuk tiga hari yang akan datang. Aku sengih menampakkan gigi putihku yang bersusun.
“ Ala,relax la, bro. Manje kan ada temankan kau huhu lagipun geng lain ramai lagi, kau sunyi kau ajak la diorang lepak sini.” Pujuk aku menandakan aku mengambil berat tentang perasaannya juga. Mungkin dia masih tak betah untuk tinggal keseorangan di bilik itu. Tapi, kalau aku tak balik, siapa nak tolong basuhkan baju aku? Takpe la, nanti senang-senang, aku buat deal dengan Am, mana tau dia nak tolong masukkan syiling lima puluh sen 5 keping dalam mesin basuh dobi dekat tangga tingkat bawah tu hehe sebagai ganti aku tak payah balik rumah untuk teman dia di sini. Tambah lagi syiling 50 sen 4 keping untuk dryer sekali. Mak ai, demand pulak aku! Harus la dia kata “Takpela, Rul. Kau balik aje la pergi basuh baju dekat rumah.” Huhu. Aku gelak di dalam hati memikirkan betapa teruk dan malangnya Am mempunyai sahabat seperti aku.
“Em, yela. Kau hati-hati balik. Kirim salam mak dan femili.” Am bersuara seakan pasrah. Dengan muka siput sedutnya, dia melambai ke arahku yang mana aku sudah pun keluar dari bilik.
“ Okay, kau pun sama. Jaga diri, okay? Assalamualaikum!” Aku balas lambaiannya dengan lambaian yang lebihmacho berbanding dengan lambaian lembut seakan tiada tulang pada tangan Am itu. Sesaat selepas itu, pintu bilik pun ditolak dan bunyi dentuman perlahan kedengaran di samping bunyi bising yang lain. Keadaan di kolej masih meriah dengan ramai pelajar-pelajar lain yang membuat kerja masing-masing. Ada yang sedang memberus pakaian di dalam tandas, mandi sambil menyanyi dan tak kurang yang menonton filem atau drama beramai-ramai. Kolej hanya akan mula sunyi bermula 11.30 malam dan ke atas. Itu lah yang aku sempat perhati selama lebih kurang 3 minggu aku di sini.
Kakiku laju menuju ke arah motorku diparkir, jam aku telek, masih awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Aku meletakkan beg balik kampungku yang mempunyai gambar kartun Garfield itu di dalam raga depan motor dan mula bergerak meninggalkan kolej. Kedengaran sayup bunyi cengkerik dan serangga lain dari arah hutan berdekatan selain bunyi deruan enjin motorku yang perlu diservis. Aku pandang sekilas ke arah hutan tersebut tanpa sebarang perasaan. Namun, di dalam hati aku tetap berdoa moga aku tak ternampak hantu comel duduk-duduk di pokok atau tersengih di balik semak.
Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam melalui lebuhraya. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam je beratnya motor aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kot! Haa, kan dah kata! Dari cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Aish, main-main pulak engkau ye? Hai, dalam banyak-banyak lelaki, kenapalah kau nak memilih aku ni jugak?? Seolah pertanyaan itu akan mengeluarkan emas dari mulut aku, membuatkan persoalan itu hanya tersekat di kerongkong aku saja.
Sampai di depan flet tempat femiliku tinggal tidak lama kemudian, aku mengetap bibir kemas. Berfikir sebentar sambil menenangkan diri. Aku masih tak boleh terima dia dalam hidup aku walaupun boleh kata dia selalu sangat teman aku sekarang ni pergi mana-mana pun. Sebelum turun dari motor, aku berlakon lagi dengan membuat aksi menyelongkar beg pulak sambil membebel-bebel seorang diri, kononnya nak bagi masa untuk dia turun dari motor dulu. Tak nak karang tersepak dia ke pulak ke kan sebab aku sekali aku turun motor memang kalau ada orang di belakang, sedap kena penyepak agung aku! Huhu kalau la aku tersepak dia, tunggu aje la dia bagi penyepak perdana yang teristimewa pulak untuk aku nanti! Cukupla dulu dengan apa yang aku dah dapat semalam dan senja tadi.
Aku pun turun dari motorku dan berlagak selamba. Buat-buat macam bini aku ikut aku balik jumpa mak dan bapak mertuanya. Ehem! Aku membimbit beg Garfield dan menuju ke arah pintu lif di bahagian lobi flet. Aku tekan punat lif dan menunggu lif sampai. Sambil menunggu, aku merenung kiri kanan dan atas bawah. Kenapa malam ni sunyi sangat, takde langsung manusia yang kelihatan? Yang ada cuma kereta-kereta dan lampu-lampu di dalam rumah deret yang terpasang. Seingat aku, tak pernah flet rumah aku jadi macam ni. Ke aku yang nyanyuk, tu tak tau la nak komen. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka. Bau bunga cempaka bunga tradisi orang Melayu secara tiba-tiba kuat menusuk ke dalam hidung tak mancungku. Uhh, tak pernah-pernah aku bau bunga ni kat bandar ni haa! Dekat kampung dulu-dulu ada la! Liur aku telan terasa pahitnya seolah menelan air daun hempedu bumi kala ini.
A’uzubillahi minasy syaithonir rajim. Bismillahir rahmaanir rahim! Ambik kau panjang! Langkah kanan aku masuk ke dalam perut lif itu. Tawakkal aje la ni. Nak naik tangga sampai tingkat 16, tak sempat sampai aku rasa dah bermacam fesyen muka dan rambut dah dia tayang kat aku nanti!
Aku cuba berlagak steady, padahal dalam hati dah nak pecah dada dah berdebarnya! Aku telan air liur lagi mendengarkan peti lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan! Berderau hebat darah aku! Seketika kemudian, terdengar pula bunyi seperti gergaji memotong besi, bunyi tiang diketuk-ketuk berselang seli dengan kaca terhempas. Lampunya mula terkelip-kelip, sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif pula bergegar-gegar semacam adabuldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak ai! Meriahnya serupa dekat disko! Apa dah jadi ni?? Ini management punya kerja la buat lif tak reti nak elok! Bebelku. Tapi, janganlah nak putus pulak tali lif ni! Mahu innalillah aku nanti!
Seorang diri di dalam lif, aku duduk bercangkung. Telinga dan mataku ku tutup serapat yang mungkin. Aku cuba bertenang dan menarik nafas dalam-dalam, cuba menghilangkan debaran di dada. Ayat Kursi mula kubaca sekuat hati, menyerahkan semuanya pada Allah samada ini kerjamanagement yang tak betul atau pun gangguan makhluk ghaib, semuanya di bawah kuasa Tuhan juga. Aku yakin dengan pertolongan Allah!
Allahula ila hailla huwal hayyul qayyum, La ta’huzu hu sinatuw wala naum, Lahu ma fis samaa wa ti wa ma fil ard, Manz zallazi yash fa’u ‘indahu illa bi iznih, Ya’ lamu ma baina aidi him wama khal fahum, Wala ya uduhu hif zuhuma wahuwal ‘aliyul ‘azimm (al Baqarah, __)
Akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif terbuka dengan sendiri kemudiannya. Aku buka mata kananku sedikit-sedikit, kemudian mata kiri, bangun perlahan-lahan dan mendongak. Tingkat 16 seperti yang tertera pada mesin di pintu lif tersebut aku baca. Alhamdulillah! Aku rasa aku tersenyum. Aku pun keluar dengan semangatnya tanpa ragu-ragu sambil menjinjit begku. Tapi kenapa aku rasa macam pelik aje? Bukan macam dekat rumah aku pun?? Ya Allah!
Aku hanya mampu terpaku di depan lif tadi. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Ngilu! Aku pandang ke hadapan. Ke kiri, ke kanan. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi deru angin yang kadang kala bertiup ke muka. Darahku tersirap laju naik ke wajah bila fikiran aku tersasar jauh lagi. Ini bukan flet rumah aku macam dalam fikiran aku! Bukan! Aku tarik nafas panjang. Bibir ku ketap. Baru aje lepas satu rintangan, datang pulak rintangan lain! Ya Allah! Aku terdiam dan hanya mampu berdiri kaku.
Kelihatan seorang wanita berpakaian baju skirtputih labuh hingga ke lutut dan berambut panjang mengurai dan bersinar umpama bintang tidak jauh dariku. Aish! Aurat! Pandang sekali dimaafkan, pandang dua kali dosa! Tapi, mata aku seolah dipukau untuk terus memandang ke arahnya. Allah, ampunkan aku! Dalam hati, aku mengagak dan membuat kesimpulan dia lah yang selalu mengganggu aku selama ini. Aku kembali mengumpul kekuatan dari dalam. Setelah cukup tinggi level motivasiku, perlahan-lahan aku berjalan menghampirinya. Aku dah agak penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa. ‘Apa salahku, kau buat ku begini?’ Lirik lagu Dilema secara tiba-tiba menjengah otak. Ish, mengganggu konsentrasi betul! Orang tengah serius ni!
' Awak..' Suaranya lembut mendayu memanggilku, agaknya la. Sebabnya aku rasa aku seorang aje yang ada di situ dengan dia. Mukanya tidak memandang ke arahku. Dia seolahnya sangat tenang memandang ke arah sana. Lembut angin terasa pada tubuhku,bertiupan menerbangkan sedikit lengan bajuku, namun tidak pada dia. Skirtnya tidak berayun langsung ditiup angin, hanya diam di situ. Seakan angin tidak langsung menyentuhnya. Sejuk angin malam itu menaikkan bulu romaku. Tegak berdiri. Sejuknya sama seperti angin sepoi-sepoi yang menerpa masuk ketika aku membuka pintu bilik di kolej tempoh hari.
' Ya..' Lama baru aku menjawab selepas tiada suara lain menjawab. Kalau ada pun, aku berani betitu pun bukan manusia jugak!
' Saya.. nak mintak tolong awak.' Dengan penuh sopan dia menyusun kata. Haa, kan senang kalau dia mintak baik-baik macam ni dari awal dulu. Tak payah la aku nak sakit-sakit jantung terkejut dengan segala cara dia nak mintak tolong daripada aku! Mujur dia pandai pilih, kalau kena nya aku ni mamat lemah jantung, tiap-tiap malam aku kejar kau, wahai hantu! Maksudnya, lepas aku mati la hehe. Dah kata lemah jantung kan, harus mati terkujat kot kena sergah dengan macam-macam gaya sebelum ni. Eh, tapi tak harus jugak kot dia nak pilih aku.
' Tolong? Tolong apa?' Dia segera berpaling ke arahku selepas aku menjawab persoalan yang berupa permintaannya itu. Wajahnya cantik dan ayu walau tanpa sebarang solekan. Serupa amoi cina. Dan memang serupa jugak dengan hantu-hantu yang rajin benar dok kacau aku sebelum ni. Hantu comel tu lah. Aish! Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi tembaga dan aku pengsan di situ.
-----
“ Jane, kau memang takde hati perut! Sanggup kau tikam aku dari belakang kan?” Amy menyinga.
“ Bila masa aku tikam kau dari belakang? Alan yang nak kan aku, Amy. Kau jangan nak menuduh sebarangan macam ni.” Jane mempertahankan dirinya.
“ Kau sudah tahu aku bersama dengan Alan Choo, kenapa kau masih nak dengan dia? Ramai lagi lelaki lain, kau tak patut rampas dia dari aku! Aku tak percaya kawan baik aku sanggup buat aku macam ni. Aku tak percaya! Kau pengkhianat! Pengkhianat macam kau memang patut mati aje. Masuk kubur supaya tak menyusahkan hidup orang lain!” Amy seperti naik gila memaki Jane di shopping complex petang itu. Pertengkaran mereka menjadi perhatian beberapa mata yang lalu-lalang di situ.
“ Amy,please. Aku tak nak kita bergaduh macam ini la. Aku sayangkan kau, aku minta maaf kerana buat kau macam ni. Aku rela tinggalkan Alan kalau itu yang kau mahu. Jom, kita balik dulu. Kita bincang pasal ni di kolej ya?” Jane memujuk Amy dan cuba menenangkan kawan baiknya itu. Dia turut menyesali perbuatannya yang sanggup menerima Alan, kekasih Amy yang ingin berpaling tadah kerana sikap panas baran Amy itu. Salah sikit mula la dia nak memaki dan naik angin tanpa mempedulikan siapa pun orangnya.
" Huh, aku takkan maafkan kau, Jane. Kau boleh blah pergi masuk neraka!” Amy menjerit kuat lalu berlari-lari anak meninggalkan Jane di situ, di hadapan Parkson Grand. Jane terpinga-pinga seorang diri. Merah juga pipinya menahan malu akibat perbuatannya dan akibat panas baran Amy itu, lalu dia melangkah pulang dengan hati yang berkecai. SMS ditaip dan dihantar kepada Alan;
Alan, kita putus saja sebab I salah buat keputusan. Tak patut I terima you sebelum you putus dengan Amy. I minta maaf, mulai sekarang kita dah tiada apa-apa. Terima kasih atas segalanya.
Alan segera menghubungi Jane sejurus SMS diterima, namun tiada balasan. Jane betul-betul nekad dengan keputusannya. Kalau ya pun, Alan tak patut menyunting Jane sebelum dia tinggalkan Amy dan Jane juga tak harus menerima. Kenapa dia baru sedar tentang hal itu, padahal Amy adalah kawan baiknya yang juga merupakan kawan sebiliknya di kolej. Jane serba salah dan dia sangat menyesali akan apa yang berlaku. Malam yang sunyi itu, Jane keseorangan di dalam bilik.
Jam di atas meja studinya ditenung, sambil beriak hairan dan risau kenapa Amy masih belum pulang walhal waktu sudah menginjak ke pukul 11.15 malam. Jarang sekali dia pulang lewat malam, kalau lewat balik pun dia akan beritahu. Mungkin dia amat marah dengan aku, fikir Jane. Kepalanya diletakkan di atas meja, terasa penyesalan menyesakkan dan menyakitkan dadanya. Dia menjadi tidak senang hati dan berasa akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku namun dia tak mampu meneka apakah perkara buruk itu. Jane menunggu Amy pulang sehingga dia tertidur. Hanya pada pukul 2 pagi dia terjaga apabila kedengaran bunyi bising kunci di pintu masuk bilik. Terpacul Amy dengan bau arak yang cukup kuat. Mata putihnya kemerahan. Jane yang masih mamai segera jaga sepenuhnya dan menghampiri Amy untuk membantu.
“ Amy, kau okay tak? Kenapa kau minum?” Jane bertanya lembut. Ikut rasa hati, dia ingin menjauhi Amy kerana rasa serba salah dan rasa malunya, namun dia tidak sanggup.
“ Kau tak payah sibok dengan hidup aku. Kenapa kau masih dekat sini? Kenapa kau tak pergi masuk..” Amy bising, nyata dia masih ingat kejadian siang hari tadi walaupun dia mabuk agak teruk. “ Uwekk..” Amy termuntah kemudiannya.
“ Amy, kenapa ni? Kau buat aku risau saja. Kau baring dulu, aku ambilkan kau ubat hilangkan mabuk kau ni. Ya?” Jane mengambil berat. Bukan direka-reka, dia memang ikhlas.
“ Kau tak payah berlakon baik nak jaga-jaga aku. Kau suka tengok aku macam ni kan? Dalam hati kau kata biarlah aku mabuk sampai mati, then kau boleh bersama dengan Alan bodoh tu kan??!” Dalam keadaan terhuyung-hayang Amy membebel.
“ Please, Amy. Aku dah putus dengan dia. Kau boleh tanya dia kalau kau tak percaya.” Jane mencuba nasib memujuk.
“ Kau jangan harap aku nak percaya lagi kata-kata kau! Kau boleh pergi mati la, Jane! Aku benci kau dengan jantan miang tu, aku benci!!” Amy berkata dengan pelat Cinanya, lantang sambil menolak Jane kuat sehingga gadis Tiong Hua itu terduduk di atas lantai.
“ Amy, please, bertenang. Aku pergi tandas kejap basahkan tuala untuk bersihkan muntah kau, ya? Kau kan tak suka bilik kita kotor? Kau rehat, okay.” Jane berkata lagi, lembut walaupun Amy bertindak kasar padanya tadi. Dia menyalahkan dirinya sendiri, disebabkan itu lah dia tidak mengalah di dalam terus memujuk Amy. Amy diam. Keluhan berat dilepaskan kemudian bibirnya diketap kemas. Matanya merenung tajam ke arah Jane, mengikuti dengan teliti segala pergerakan Jane. Hati Jane berombak terkejut dengan perlakuan kasar Amy, namun hatinya masih berprasangka baik kepada sahabatnya itu. Dia tahu Amy sangat baik cuma bersikap panas baran yang tidak menentu sahaja. Jane pulang ke bilik dengan sehelai tuala dan baldi di tangan.
Hatinya berdebar kuat, serasa Amy adalah makhluk asing yang hodoh dan dia rasa tak senang hati untuk berjumpa dengan Amy lagi seperti sebelum ni. Masuk saja ke dalam bilik, dia lihat Amy sedang duduk di atas kerusi. Kepalanya ditundukkan dengan rambut berjuntaian menutupi wajahnya. Gaya-gaya hantu ‘kak pon’ pun ada. Jane membisu dan terus meletakkan baldi di atas lantai dan memerah tuala kecil untuk membersihkan lantai bilik mereka.
“ Jane.. kan aku dah kata..” Amy bersuara perlahan di belakang Jane.
“ Ya, A.. my..” Suara Jane yang ceria kerana Amy mahu bercakap dengan baik dengannya terhenti begitu sahaja apabila dia merasakan satu benda tajam menyucuk perutnya.
“ Tak payah nak jaga-jaga aku, kau boleh pergi mati!!” Jerit Amy kuat, dia betul-betul dah kena rasuk dek syaitan! Dia ketawa kuat melihat perut Jane yang mengeluarkan darah memancut-mancut membasahi lantai. Tikaman demi tikaman ditusuk ke dalam perut Jane sehingga dia puas hati.
“ Amy.. aku.. min..ta maaf.” Kesakitan Jane tidak dapat dibendung lagi. matanya terpejam selepas telinganya hanya dapat menangkap ketawa kuat daripada mulut Amy sebelum semuanya kabur dan lenyap.
“ Puas hati aku! Jane, kau dengar tak? Puas hati aku! Puas hati aku! Jane! Jane? Jane?? Aku cakap dengan kau ni! Jane!” Amy menjerit nyaring. Pisau lipat di tangan dibuang ke tepi. Dia berasa cemas, ya, cemas apabila dia baru menyedari dia sudah menghabiskan nyawa sahabat baiknya itu.
“ Jane, cakap dengan aku! Jane, kau jangan mati! Jane! Aku tak berniat! Jane, Jane.. Jangan pergi. Jane..” Amy terjelepuk menyesal selepas dia tidak mendapat sebarang reaksi daripada Jane. Kerana cinta dia sudah membunuh! Membunuh sahabatnya sendiri. Memori bersama mereka berputar di dalam kepala. Panas barannya memakan dirinya sendiri.
“ Apa aku nak buat dengan mayat kau..” Amy buntu. Habis hilang segala rasa mabuknya. Peningnya cuba dikawal. Ada benda yang lebih penting perlu diselesaikan. Dia berfikir, cuma satu jalan sahaja terlintas di kepala. Dengan pantas dia mengambil baldi dan tuala pada tangan Jane dan membersihkan darah yang mengotori lantai. Pisau yang digunakan tadi dilap bersih dan dibuang ke luar tingkap. Hatinya berdebar kuat. Tangan dan kaki menggigil namun dia cuba menguatkan semangatnya. Dia tidak mahu dihukum kerana dia sudah melakukan satu pembunuhan.
Sebolehnya, biarlah dia sahaja yang mengetahui apa yang sudah terjadi. Dalam masa sepuluh minit, Amy menukar pakaiannya dan juga pakaian Jane. Jam menunjukkan 3 pagi. Selepas dia menuang air yang sudah bertukar warna kepada warna merah darah itu, dia lekas-lekas memapah mayat Jane keluar bilik. Dengan susah payah dia mengheret mayat itu ke seberang kolej, berhampiran dengan hutan dan jalan yang tidak digunakan. Tubuh Jane dibalut dengan jaket labuh supaya tidak menimbulkan syak kepada sesiapa yang mungkin terpandang mereka. Dia mencari tempat yang sesuai untuk dia mengebumikan tubuh Jane.
Penyodok kecil dikeluarkan dari poket bajunya selepas matanya menangkap satu port yang sesuai. Penyodok itu diambil dari dalam bilik peralatan tukang kebun dan janitor yang tidak berkunci. Tangannya pantas mengorek tanah sambil matanya melilau ke sana sini memerhatikan sebarang pergerakan yang ada di kelilingnya. Tanah yang dikorek tidak berapa dalam, cukup sekadar dapat menimbuskan tubuh Jane memandangkan tenaganya sudah banyak hilang semasa dia memapah Jane dari bilik mereka tadi ditambah pula dengan alkohol yang membuatkan tubuhnya rasa tidak bermaya. Kemudian, dia menolak mayat itu ke dalam lubang dan nasib menyebelahinya kerana lubang itu cukup-cukup saja muat untuk tubuh Jane. Dia menimbuskan tanah tersebut dengan hati yang tertekan.
Perasaannya bercampur-baur. Ketakutan menyelubungi, bertemankan bunyi cengkerik dan bulan mengambang penuh, angin sepoi-sepoi sejuk menaikkan bulu romanya. Namun dia cuba mengabaikan perasaan itu dan menangani secara psikologi supaya ketakutan itu dapat dihapuskan. Tanah tadi diletakkan dengan batu-batan bagi menutupi bukti bahawa tanah itu pernah dikorek dan seorang manusia ada di bawahnya.
“ Ampunkan aku, Jane. Ampunkan aku, Jesus Christ. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat. Aku menyesal dan aku nak bertaubat! Jane, aku mohon kau ampunkan aku.” Bisiknya dan dia menangis sebelum dia pergi daripada kuburan itu. Dengan tersedu dan hati yang berkecamuk, dia melintas jalan. Tanpa melihat kiri kanan, dengan tak semena-mena tubuhnya melayang dilanggar oleh sebuah kereta laju yang datang dari arah bukit yang agak curam di hadapan kolej. Dia merasai kesakitan itu, dia merasai penyesalan itu, dia merasai kebebasan itu, moga Tuhan ampunkan aku.. bisiknya sebelum nyawanya ditarik.
***
plz comment & tanx! :)
4 ulasan:
ooo.....mcm tu rupanya hantu tu matiii .
;) hehe tak tau la cukup tragik x cara dia mati kui3
ooooo...upenye cik han mtk rul tlg sempurnakan mayat die...hehehehe
haha klise sgt
Catat Ulasan