“ Rul! Rul! Bukak pintu, Rul!” kedengaran seseorang mengetuk kuat pintu bilikku sehingga mengejutkan Am yang sedang lena tidur. Aku yang sedang melayan kisah drama komedi Korea di dalam laptopku segera menanggalkan headphoneku selepas bunyi ketukan yang luar biasa kuatnya itu mengganggu-gugat fokusku pada cerita itu. Eh, aku pun layan Korea apa, jangan ingat kaum Hawa aje he he.
“ Siapa pulak ni.. ya, sekejap!” aku segera membuka pintu kerana ketukan bertalu-talu itu memang menunjukkan sesuatu perkara yang sangat cemas aka kecemasan lah kan. Muka Jeffry yang berpeluh bersama Rijal yang pucat terpampang di ruang mataku.
“ Kenapa ni, Jeff, Rijal..?” aku kerut dahi memandang ke arah mereka berdua. Yang paling dahsyat, Rijal la, sebab rupanya semacam orang yang terkena sampuk kala itu. Matanya tertumpu ke depan sahaja, pandang apa aku pun tak tau.
“ Bagi kami masuk dulu, boleh??” kalut Jeffry berkata sambil matanya melilau ke kiri kanannya. Aku meluaskan bukaan pintu bagi memberi mereka ruang untuk masuk. Jeffry memimpin Rijal kasar dan menolak rakannya itu laju ke atas katilku, menyuruh Rijal duduk sementara dia kalut mengarah aku menutup pintu secepat mungkin. Aku bengong-bengong lagi sebab tak tahu apa biji buahnya sampai macam tu sekali kalutnya Jeffry malam ni.
“ Rul! Kau kena tolong aku, Rul!” Jeffry berkata memulakan bicara selepas aku mengunci pintu bilik dan duduk di atas katil berhampiran mereka berdua. Am yang terjaga tadi sudah kembali tidur selepas bebelan ringkas plus meraban terdengar keluar dari mulutnya.
“ Aku kena ganggu. Rijal pulak lagi teruk sebab dia dua kali terkena malam ni, tu sebab dia jadi macam ni. Dia terkejut yang amat.” Jeffry bercerita. “ Dia kata dia jumpa penanggal dalam tandas tadi, lepas tu dia lari balik bilik, dia nampak pulak hantu The Ring macam yang aku nampak dulu sebelum dia!” Aku telan air liur mendengar. Aku ketap bibir memikir. Hantu lagi, weh!
“ Hantu The Ring?” tanyaku dengan dahi berkerut. Mulut yang sedikit menganga tu aku cuba tutup.
“ Hantu perempuan keluar dari skrin komputer! Bezanya kalau dalam The Ring, dia keluar dari TV! Kenapa la expert sangat benda-benda gitu sekarang ni. Ya Allah!” Jeffry memegang-memang dan menarik rambutnya tanda kesal tak sudah. Tak sangka wujud rupanya hantu macam tu, ingatkan dalam filem aje! Sesungguhnya dia berani bersumpah, kalau lah dia tahu hantu tu sebenarnya mendatangkan sakit otak dan jiwa, memang dia takkan sebut walaupun sekali untuk berjumpa dengan ‘mereka’!
Aku istighfar tiga kali mendengar pernyataan Jeffry. Ish, itu la takde penyakit cari penyakit. Ini mesti kes mulut cabul diorang la ni yang tak semena-mena memanggil benda bukan-bukan macam tu! Aku berbisik di dalam hati. Bibirku ketap dan aku cuba berfikir dengan pantas bagaimana untuk membantu mereka semampu yang boleh.
“ Kita kena bawa Rijal jumpa ustaz. Aku pun tak tahu apa aku boleh buat dengan dia. Cuba kau baca ayat Kursi dan hembus dekat dia sementara aku call ustaz Azam.” Ujarku yakin lalu segera bangun ke meja studi untuk mengambil telefon bimbitku selepas aku berdiam diri selama setengah minit.
“ Aku lupa ayat Kursi, Rul! Aku tak boleh fokus! Aku risaukan Rijal ni!” Jeffry membalas. Aku segera memberinya telefon bimbitku yang sudah aku dail nombor ustaz Azam, lantas segera duduk di sebelah Rijal yang sedang bersandar di dinding manakala matanya hanya diam seolah dipukau sesuatu. Kain basahnya sudah mula mengering sedikit namun tetap membasahkan tilam nipisku.
“ Istighfar, Jeff. Kau tolong cakap dengan ustaz, minta ustaz datang sini. Cakap kecemasan, dia akan faham,” aku berkata perlahan. Aku duduk bersila di depan Rijal, mula menutup mata dan membaca surah al-Fatihah serta ayat Kursi, tanganku tadah sehingga cukup tujuh kali bagi kedua-dua surah al-Fatihah dan ayat Kursi itu, lalu aku raub ke muka Rijal. Dia seolah tersedar dan mula meracau-racau tak tentu hala.
“ Lailahaillallah! Mengucap, Rijal! Lailahaillallah!” Aku menjerit kuat. “ Bila ustaz boleh datang??” tanyaku agak cemas sambil memandang ke arah Jeffry yang mula kembali kalut melihatkan keadaan Rijal.
“ Secepat mungkin!” jawab Jeffry sepantas kilat. Telefon bimbit cokia aku tu dia campak ke atas lantai, tercampak gamaknya terkejutkan si Rijal yang tiba-tiba meracau tak tentu hala. Takpe la, aku maafkan aje keterlanjuran kau tu, Jeff. Sempat aku berbisik sendiri di dalam hati walaupun sedikit risau kalau-kalau rosak handphone cokia aku tu, siapa nak ganti?? Terpaksa lah aku korek tabung adik di rumah sana, ha ha. Nanti ada masa abang ganti balik, ye dik? Oh, terlebih bebel pulak di masa puncak ni!
“ Tolong aku pegang tangan dia!” aku meminta bantuan Jeffry selepas Rijal mula meronta-ronta kuat hendak melarikan diri. Jeffry yang berbadan besar itu lebih kuat berbanding aku yang ada rupa seperti makhluk tak cukup zat ini!
“ La hau la wala quata illa billah!” aku melafazkan ayat itu kuat, Rijal memberi respons dengan menjerit sekuat hati dan merenungku tajam. Aku sambung pula dengan azan yang tidak berlagu. Mati la nak berlagu bagai kan di saat genting macam ni! Rijal itu terus meronta-ronta seolah sakit mendengarkan azan yang aku kumandangkan di sisinya.
“ Berani kau?! Kau cabar aku??” suara garau keluar dari mulut Rijal, suara yang lebih dalam daripada suara Rijal yang sebenarnya.
“ Jeff, baca ayat Kursi dengan aku, kuat-kuat!” Jeffry mengangguk, kemudian kami mula membaca dengan kuat. Semakin kuat bacaan kami, semakin kuat rontaan Rijal yang mula menyepak-nyepak angin dan berhajat ingin menyepak aku dan Jeffry, supaya dia dapat melarikan diri dari bilik aku.
“ Ha ha, kau orang memang failed! Baca ayat Kursi pun salah!” Tiba-tiba sahaja Rijal ketawa nyaring yang menaikkan bulu romaku, tegak. Jeffry aku tengok makin pucat dan terdiam mendengar ucapan dan ketawa Rijal yang berdekah-dekah. Ini mesti dia nak buat helah sebab dia tak dapat lari!
“ Jangan hiraukan dia! Dia nak mainkan kita, Jeff! Teruskan baca!” aku berkata kuat. Syaitan dan jin kafir adalah sebaik-baik penipu daya dan pemutar belit. Apa dia kata sepatah haram pun tak boleh percaya! Aku teruskan membaca ayat Kursi sambil merenung tajam ke arah Jeffry yang masih terdiam. Tak lama kemudian, dia kembali sedar dan ikut membaca sekali bersama aku walaupun suaranya tidak sekuat awal tadinya.
“ Kau ingat kau dah cukup bijak?? Kau akan hangus terbakar dengan aku jugak dalam neraka nanti, ha ha!” ish, kalut lah kau, Rijal! Nak aje aku ramas mulut celupar dengan hidung dia sekarang ni! Dah la badan bersabun bagai, berkilat macam cermin! Peluh yang lebat menitik dari dahinya membasahkan kembali badannya itu dan melicinkan kulit tubuhnya.
“ Ya Allah! Apa dah jadi ni??!” Am terjaga kembali selepas keriuhan kedengaran dengan nyata dari keadaan di dalam bilik kami ketika itu. Dia bangun dengan tiba-tiba dan menjerit sambil memegang hujung kain batiknya dan menutup mulut melihatkan keadaan Rijal yang terbuntang matanya itu. Mendengarkan suaranya, Rijal yang kerasukan itu tersenyum lagi sambil memandang ke arahnya. Am kecut perut, dada dah berombak bagai. Ketar lutut tak usah sebut, kalah penyanyi rock atas pentas!
“ Kau nak ikut kami tak, Ismail Ammar?? Ha ha! Jom, go to the hell!” lagi bergetar lutut serupa nak pengsan Am mendengar pertanyaan Rijal, siap sebut nama panjang lagi tu, wah, expert benar,weh! Siap speaking orang putih pulak tu, tak boleh blah betul, memang tabik spring lah kau!
“ Rul! Rul! Ak.. aku.. taa.. kkuut!” Am terjerit kuat. Gerun melihat pada Rijal kala itu. Gaya macam nak datang dekat dengan aku, tapi dalam masa yang sama, macam dia menjauhi pun ada aku tengok.
“ Am, tolong bukak pintu, ustaz dah datang tu!” arahku selepas kedengaran ketukan dan salam dari luar. Am yang sudah meremang bulu romanya itu segera melintasi kami dengan tidak banyak bicara lagi dan membuka pintu selaju mungkin. Riak muka pucat terpancar dari wajahnya. Dia terus keluar dan membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja. Badan lembutnya mula menggedik tak tentu arah. Tak berani dia mahu masuk lagi, seram! Jeritnya kuat menarik perhatian. Ustaz Azamuddin dilihat datang bersama dengan seorang warden kolej, Encik Amir. Mukanya berkerut dalam ketenangan.
“ Astaghfirullahal ‘azim!” ustaz Azamuddin bersuara kuat. Luar bilikku aku lihat mula meriah dengan pelajar-pelajar lain yang datang melihat keadaan yang berlaku. Rijal semakin mengganas, mata putihnya kian merah, sungguh kuat dan degil benda yang masuk ke dalam tubuhnya itu!
“ Kau! Mana kau muncul? Tiba-tiba aje, kau terjun dari langit ke, hah, Azamuddin??” muka Rijal kelihatan sedikit takut dengan kehadiran ustaz Azamuddin. Memang cukup expert dia ni, semua orang dia tau nama!
“ Kamu tolong pegang kaki dia, kuat-kuat!” ustaz Azamuddin menyuruh dua pelajar lain yang menyibukkan diri di situ untuk membantu kami. Mulut ustaz Azamuddin terkumat-kamit membaca sesuatu selepas dia duduk menggantikan Jeffry dan kemudiannya berkata, “ Aku tawarkan Islam kepadamu, peluklah Islam supaya kau mengenali Allah, Tuhan sekalian alam!”
“ Aku tak mahu! Aku tak mahu! Kau pergi, kau pergi sekarang! Aku sakit lah, bodoh!” Rijal menjerit membalas pertanyaan ustaz Azamuddin. Wajahnya berkerut sakit dipegang oleh ustaz Azamuddin yang sedang membaca ayat al-Quran tidak putus-putus. Ayat apa aku pun tak pasti tapi wajib ayat tu amat power sebab dia bagi respons positif, tak macam tadi, sempat nak gelakkan dan main-mainkan kitorang lagi tu! Ish, mana datang tak tau dia ni!
“ Aku tawarkan Islam kepadamu, jika kau enggan, aku terpaksa membunuh kau!” Kata Ustaz Azamuddin tegas sambil tangannya memegang leher Rijal selepas tiga kali tawarannya itu disebut.
“ Kenapa kau paksa aku? Kata Quran, Islam tak memaksa..” Rijal bersuara di dalam ketakutan diancam sedemikian, namun egonya tetap tinggi untuk tidak terus mengalah dengan ancaman ustaz tersebut. Siap bagi dalil al Quran bagai, ini Rijal yang sebenar atau jin kafir?? Ish, confuse sekejap!
“ Jawab soalan aku, kau nak terima Islam, atau kau nak mati??” kuat suara ustaz Azamuddin ditekan, menggemakan satu blok, rasanya blok sebelah pun boleh dengar! Aku terkejut dan tersentak mendengar suara ustaz Azam yang dah serupa pakai mikrofon menjerit di sebelah aku ni!
“ Aku tak nak mati, kau tak kan tak tau?!” Rijal menjawab selepas dilihat bibirnya diketap kuat menahan kesakitan manakala kakinya sudah mula perlahan daripada aktiviti rontaannya itu. Sakit sungguh gamaknya.
“ Jadi, aku sarankan kau terima Islam, kalau kau tak nak mati,” tenang ustaz Azamuddin melafazkan pernyataan itu, namun ketegasan tetap kelihatan.
“ Ya, ya, aku terima! Tolong jangan seksa aku lagi, aku sakit! Aku sakit!” rontaan Rijal kini diam, benar-benar lemah untuk menunjukkan kekuatannya lagi. Benarkah, atau sekadar lakonan semata-mata macam tadi??
“ Alhamdulillah. Ikut aku mengucap kalimah syahadah. Asy haduallaa ilaa haillallah, wa asy hadu anna muhammadur rasulullah,” jin yang merasuk Rijal perlahan-lahan mengikuti ucapan ustaz Azamuddin sambil nafasnya tersekat di kerongkong. Aku panjatkan rasa syukur yang tak terhingga mendengarkan syahadahnya itu. Alhamdulillah!
“ Dengan masuknya engkau ke dalam agama Allah ini, aku mahu engkau bersumpah dengan nama Allah, Tuhan sekalian alam, yang mana tiada Tuhan selain Dia, bahawa engkau tidak akan mengganggu kehidupan manusia lagi, di samping engkau akan menunaikan segala kewajipan engkau sebagai seorang Muslim, mempelajari hukum-hakam Islam di masjid golongan engkau (jin), atau engkau akan mati di dalam kemurkaan Allah S.W.T., nauzubillah! Aku bermohon kepada Allah supaya Dia melindungi engkau dan kami dari seksa api neraka-Nya,”
sila komen & betulkan kalo ada yg silap sbb penulis xla arif sgt pasal ni ^_^ thanks!
2 ulasan:
best citer..hehehe..suka bace novel eh?
tanx sis auni. xsuka sgt baca novel, suka tu suka tp pilih novel jgak hehe. tanx sbb baca :) byk yg kurang kena baiki
Catat Ulasan