Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 18 April 2013

Hero aku Tomboy 15

" Fazzy, panggil la Khairul elok-elok sikit. Siapa ajar ni panggil orang macam tu?" mama menegur Faz, mungkin dia terdengar suara Faz memanggil aku tadi. Tapi suara dan cara mama memang tak payah harapla Faz nak mendengar dan mengambil iktibar, kirim salam ajela katanya. Kalau aku yang tegur, agaknya dia kirim salam tampar dah kut..
 " TV kot, ma. Faz pun lupa siapa yang ajar, yang penting bukan mama dan papa la," aku mendengar lantang suara isteri aku itu menjawab. Penuh dengan loyar buruk dan kereknya bukan main. Aku menggeleng di dalam hati. Apa yang aku tau la, geng gangster memang kebanyakannya macam ni.
 Tapi, ini gangster pakej mahal ni, semua ciri dia ada. Cara dia aje dah nampak gangster bukan main dan kalau dah nama gangster harusla pandai seni kungfu panda, tak pun silat batang pinang kan.. harapnya dia takkan buat preview kungfu panda dia tu kat aku, aku tak sanggup nak menghadapi, weh! aku jeling-jeling bahunya yang kelihatan tegap di balik baju yang dipakai. Pergh, kalah aku!
 Aku masih tertanya-tanya kenapa Faz sampai boleh jadi seorang gangster. Kalau gangster universiti atau sekolah, boleh la aku terima lagi, ini gangster KL! KL, okay! Aku teringat apa yang Am sebut bila aku tanya kenapa, dia kata dia pun tak tau tentang fakta kenapa Faz jadi gangster. Tak sampai lagi gosip tu pada dia, dan dia suruh aku tanya sendiri nanti. Duh, tengokla keadaan macam mana!
 Am dah balik bersama tetamu-tetamu yang hadir. Dia sibuk dengan kerja katanya. Kebetulan dia ada kelas petang pukul tiga nanti.
 " Kau nak makan apa? Kau bubuh sendiri ajela. Aku dah lapar ni, tak sempat nak serve untuk kau," kata Faz endah tak endah sambil tangannya laju menyuap nasi ke dalam mulut yang berlaukkan sambal udang petai, ketam masak lemak cili api dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Matanya pula tertumpu pada TV yang terpasang di depan.
 " Duduk, Khairul. Janganla segan-segan, kalau segan, laparlah," kata mak mertua aku itu lembut sambil tersenyum. Hati aku yang masih tak boleh terima dengan ke'jantan'an isteri aku tu mula cair dengan layanan baik mak mertua. Hairan betul mana si Faz ni dapat perangai kasar kalah datuk aku ni pun aku tak tau la. Haih! Aku mengeluh sendiri.
 Tapi malangnya, dia dah pun jadi isteri aku.. aku nak menyesal pun dah tak guna. Sekarang ni aku kena belajar terima dia seadanya, sebab aku tahu, gangster mana pun, jahat mana pun, kebaikan dan kelebihannya tetap akan ada di mana-mana, tercicir tak sempat kutip di balik kelemahan yang tersedia.
 " Khairul tak ada kuliah hari ni?" lamunanku terhenti mendengar pertanyaan mama. Ehe, mama okay, bukan makcik lagi.
 " Em, hari ni memang tak ada kuliah, ma.. ma," aku menjawab sambil membetulkan duduk. Uh, segan pulak tiba-tiba.. aku tergaru-garu pipi sendiri.
 " Ek eleh, kau ni nak blushing-blushing pulak panggil mak aku mama, apa kes?"
 " Tak biasa lagi kot," aku beriak positif walaupun geram dengan mulut si Faz ni, tak habisnya lagi tu dengan mulut bertih jagungnya. Aku pergi borong bertih jagung dekat pasar malam sumbat dalam mulut kau nanti, nak?! Duh, dah kata gangster kampung pisang, weh.. sabar, sabar..
 " Apa bertih-bertih jagung? Kau ingat aku tak tau kau duk mengata aku?" soal Faz sambil menjeling aku. Aku tengok pinggannya dah habis licin, tak ada sebiji pun nasi yang tertinggal, manakala aku baru tengah menyenduk nasi ke dalam pinggan. Gila baik punya laju dia makan! Ini bela hantu raya punya fesyen ke ni?? Siap boleh tahu aku kata apa, ini memang masalah!
 " Eh, bertih jagung apa? Makan, mama," aku mempelawa mama makan sebagai meng'cover' keseganan aku dek kerana terkantoi dengan Faz. Bertambah-tambah segan aku yang memang dah segan pun tadi. Aha ha, tapi tipu la kan isteri aku ni nak bela hantu raya pulak. Dia sengaja nak kenakan aku la tu. Dan elok pulak dia tembak, memang betul tekaan dia nak mengenakan aku balik. aku diam.. mengecilkan diri di situ.
 " Makan, Khairul. Sedap tak udang tu? Fresh lagi kan?" tanya mama mesra.
 " Mama, tak payah baik sangat dengan dia ni, konon boleh nampak hantu, entah-entah dia yang bela hantu, tu pasal la boleh nampak hantu semua tu, ma," tak sempat aku balas, Faz menuduh aku dengan lantang dan sangat tiba-tiba. Ya, sangat tiba-tiba. Dia ingat aku mintak ke nak nampak benda bukan-bukan ni, mintak simpang ada la. Duh, mulut dia ni kena sampuk dengan jembalang mana aku pun tak berani nak kata! Aish!
 " Fazzy, tak baik la cakap macam tu. Khairul ni dah jadi suami Fazzy, Fazzy kena hormat dia, tau tak?" mama menegur. Dengan cara yang sama macam tadi.
 " Apa benda kau tenung? Nampak hantu?" dia tegur aku yang terus jadi tak lalu makan disebabkan dia. Nasib baik aku senduk semua serba sedikit. Diet di hari akad nikah sebab tak berapa nak lalu untuk makan. Orang yang terkejut dan terkena culture shock macam aku ni memang akan jadi macam ni untuk beberapa hari.
 " A'ah, dekat aje dengan awak tu," aku balas. Test sikit mamat gangster ni. Gangster tahap mana, kan?
 " Hah?? Mana, mana? Mama, hantu, ma, tak nak, Faz takut!" ha ha, aku gelak dalam hati. Badan dah serius tough, muka dah memang smart, sekali sebut hantu terus lari peluk mama. Harusnya kau peluk aku la, Faz. Ceh, tak harus la aku nak menggatal dengan dia! Silap hari bulan, meninggal aku kena lempar keluar tingkap, ahaks naya!
 " Betul ke, Khairul? Besar ke hantunya?" mak mentua aku bertanya sambil memandang ke arahku.
 " Ye, ma. Besar jugak, telinga pulak capang sikit," aku mengiyakan. " Tinggi ni," aku mengangkat tanganku tinggi bak mengukur angin untuk membayangkan tingginya si hantu tersebut. Mata Faz membulat. Mama berkerut sikit, rasa terancam jugak tapi dia cuba berlagak tenang. Mungkin dia fikir, tak nampak dan tak mengacau tak apa, boleh tahan lagi.. jangan nampak sudah.
 " Weh, mana, mana? Dia ikut aku tak?! Mana, beritahu la aku cepat!" Faz datang dekat menepuk-nepuk lenganku semangat sambil memandang ke kiri dan kanannya. Riak muka dah seram gila.
 " Ha ha, ini ha depan ni aje," aku menjawab endah tak endah. Saja nak bagi dia kelam kabut macam tu, nampak comel la sikit daripada muka dia yang selalunya beriak tak ada perasaan dan perasan maco tu.
 " Mana?? Beritahu betul-betul koordinat dia, weh! Aku nak hembus ni!" kedengaran suaranya membaca surah al-Ikhlas dengan laju sambil menutup mata. Aku tahan ketawa menengok ke mukanya, nampak benar dia percaya dengan kata-kata aku tadi. Ish, ish, tak sangka hari pertama nikah dah kena buli dengan laki sendiri. Tu la siapa suruh mulut tu tak reti nak duk diam? Kan dah kena.
 Muka tak ada perasaan dan perasan maco tu okay la, aku boleh terima lagi, tapi ayat-ayat yang keluar daripada mulut dia memang tak boleh blah! Sembang baik tak apa, ini sembang nak cari pasal, apa cerita, kan. Sini kita sembang drama terbaik! Dan aku dah dapat tahu kelemahannya di balik aura kegangsteran dan kemachoan yang selalu ditunjukkannya sebelum ni.
 " Nak hembus apa benda? Awak tu la hantunya!" mama tergelak kuat mendengar jawapanku. Dia gelak sampai merah pipi. Aku pun tak tunggu lama terus ketawa mengalahkan tuan rumah. Maklumla dari tadi aku tahan, ehe. Ingat seronok ke nak tahan gelak ni, seksa jugak tapi sebab ada niat yang tak berapa nak jahat ni terpaksalah aku berlakon jugak!
 " Hish, kau ni, bazir masa aku aje la!" Faz mengangkat tangannya nak ketuk kepala aku, tak pun nak sekeh macam yang budak kolej aku kena hari tu, tapi segera diturunkan kembali selepas ditegur mama. "Aku doa kau tercekik kejap lagi," ucapnya selamba sambil terus berlalu naik ke atas. Amboi, macam tu aje? Ingat dia nak terkam aku la tadi, mana tau kot nak buat cakar harimau ke kan, wa ha ha, angan-angan tinggi betul! Mujur sangat tak kena, aku tersangat bersyukur, alhamdulillah! Kalau tak, insyaAllah ada planet warna biru besar telur ayam gred A kat kepala aku nanti tak pasal-pasal!
 " Apa yang gamat sangat ni, sayang, Khairul?" papa Faz tiba-tiba muncul dari luar. Mungkin baru habis bersembang dengan rakan-rakannya yang hadir sebentar tadi yang aku tak perasan.. Papa ada sebut yang kenduri besar-besaran akan diadakan selepas kami berdua tamat universiti, insyaAllah. Sempat ke nak tahan ikatan ni sampai aku habis studi, aku sendiri pun ragu-ragu.
 " Si Fazzy tu ha, degil sangat abangnya. Sama la macam abang,"
 " Amboi, sedapnya perli abang ya?" jawab papa sambil mencubit manja pipi si isteri. Aku yang terpandang ni pulak yang jadi tersipu-sipu malu. Ehe, jarang la aku nak tengok aksi-aksi manja dan romantik romantik ni depan-depan mata. Heh, kalah anak dara pulak pemalunya aku ni! Yela, mak dengan ayah tak ada beraksi macam ni depan aku. Mana aku tak segan, live depan mata!
 " Abang ni, malu la, ada si Khairul ni, ha," balas mama sambil tersenyum simpul.
 " Ye, sayang, abang tau, chu.." alahai, tiba-tiba boleh pulak papa cium pipi mama depan-depan aku, aku rasa gamaknya doa Faz tadi dah termakbul! Aku rasa tercekik dan segera tersedak kuat.
 " Kamu okay tak, Khairul?" soal papa sambil terus laju mengurut-urut belakangku. Aku segera menghirup jus oren sejuk di sebelahku dengan gaya tak menyempatnya sampai naik pening kepala, sikit lagi nak juling mata. Lepas lega sikit aku rasa, aku terus mengangguk. Papa tersenyum kembali penuh mesra.
 " Okay, papa. Terkejut sikit aje," aku menyambut sambil ketawa perlahan.
 " Itu la abangnya, bukan nak segan depan anak menantu sendiri, ee, apa la," tegur mama manja.
 " Ala, dia dah kahwin, nanti dia faham la, kan Khairul?" ehe he, akan fahamkah aku?? Err.. akan fahamla kot..
 " Aha ha ha, ye la kan, papa..!" aku berlakon gelak dengan kuatnya kerana mahu menghilangkan rasa segan mendengar ucapan bapa mertuaku itu di samping menunjukkan penghormatan aku padanya. Akhirnya, aku jadi lagi segan daripada awal tadi. Ceh, macam apa aje kan..
 Kemudian belakang kepala aku usap perlahan menggunakan tangan kiri, pipi aku boleh pulak nak terasa panas tiba-tiba. Agaknya mesti dah merah, ceh, perasan putih melepak la pulak aku ni. Kau tu coklat muda, jangan nak perasan lebih, marah aku di dalam hati.
 " Ini, papa nak ke luar negara dah malam nanti. Papa tinggalkan si Faz tu dengan kamu, ya. Dia dah jadi tanggungjawab kamu, jaga la dia baik-baik. Papa percaya kamu boleh jaga dia," sekali pesan dah macam nak tinggal wasiat dah ha. Papa tepuk-tepuk bahu aku.
 " Err, insyaallah, papa," aku teruskan makan yang terasa macam sebulan lamanya makan tak habis-habis. Padahal aku rasa ciput aje makan tengahari aku hari ni.
 " Oh, ya. Papa nak minta nombor telefon ayah kamu, Khairul.. nak say hi pada biras kita ni, sayang," kata papa riang sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi berhampiran mama. Mama tersenyum gembira juga mendengar kata-kata si suami tercinta. Wah, bahagia dan cerianya papa dengan mama..
 " Baik, papa. Nanti saya hantarkan bussines card pada papa," aku balas sambil tersenyum.
 " Cepat makan. Nanti dah nak zuhur ni, terlepas khutbah Jumaat, sia-sia aje solat Jumaat kamu nanti," papa menegurku selepas dilihat aku masih mengira nasi di dalam pinggan! Dah rasa macam sebulan tiga hari la pulak aku makan tak sudah-sudah. Sewel kan. Aku gugup dan terus mengangguk laju. Tiba-tiba boleh pulak terlupa yang hari ni hari Jumaat! Penghulu segala hari dan hari yang mulia. Moga-moga direstui pernikahan aku dengan Faz. Ameen..
 ***
" Mama, saya nak balik kolej dah sekejap lagi," ucapku pada mama selepas aku pulang daripada solat Jumaat bersama bapa mertuaku. He he lawak pulak aku muda-muda ni dah ada bapa mertua, kau ada?
 " Eh, kenapa awal sangat? Balik la lewat sikit, nak tidur sini pun tak ada masalah, Khairul," mama membalas lembut. Matanya yang tadi tertumpu pada kaca TV home theatre di hadapannya itu beralih memandang aku sambil tersenyum. Papa dah berlalu ke atas untuk mengemas apa-apa yang patut. Mama kata papa suka kemas baju sendiri, tak suka susahkan mama kemaskan. Wah, gentleman sangat aku rasa. Tapi, kalau sekali sekala isteri kemaskan, sweet jugak, ehe..
 " Tak apa lah, mama. Saya ada kerja banyak yang nak kena siapkan ni, insyaallah ada masa terluang, saya singgah sini lagi nanti ya, mama,"
 " Em, iya lah kalau dah macam tu, nak buat macam mana kan. Cuba tanya Fazzy, mana tau dia nak ikut Khairul balik sekali ke," mama menyambung.
 " Dia.. em.." aku terasa blur tiba-tiba bila dengar apa yang keluar dari mulut mama.
 " Bilik dia di atas, dekat pintu ada dia letak signboard "Faz the one and only"," mama memahami yang aku blur dan cepat aje dia membalas. Tapi aku blur sebab aku tahu yang mesti Faz takkan punya la nak balik dengan aku. Aku berani bet la, confirm seratus lima puluh tiga peratus, beb! Penat aje aku bazirkan tenaga, masa dan peluh aku pergi tanya dia, tak percaya tengokla nanti! tapi tak apa la, nak jaga hati mama, aku pun bergerak ke tangga.
 Tangga yang dibaluti tiles seakan kaca itu aku pijak. Tingkap atau pun pintu (aku pun dah tak kenal) yang amat besar dan tinggi elok terletak di sebelah tepi tangga, berhias dengan curtain baldu biru gelap, diikat bagi menampakkan dekorasi lanskap yang amat indah di luar. Aku terpesona lagi. Pagi tadi dah terpesona jugak, mahu taknya rumah yang amat luas, cantik dan dihiasi dengan barangan yang mahal dan unik, ditambah pula dengan rekaan rumah yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi ala-ala di Bali, wah, aku sangat terpegun dan terkejut.
 Kalau nak dibanding dengan rumah aku, rumah pangsa mak ayah aku tu sekecil kuman aje aku rasa. Aku terasa rendah diri di situ sebelum kakiku langkah ke dalam pagi tadi. namun, melihat pada kebaikan dan kemesraan yang diberikan oleh ahli rumah ni (kecuali isteri aku itu, ehem), aku mula mencari titik baru untukku menyesuaikan diri di sini.
 Sampai di tingkat atas, aku terasa angin sepoi-sepoi berhembus perlahan menyapu muka. Bunyi burung berciap kadang kala menyapa telinga menjadi halwa yang sangat merdu dan tenang. Aku terpandang suatu ruang yang dipisahkan dengan pintu sliding door yang dibuka, yang mana di situ ada suatu ruang untuk bersantai. Aku segera menapak ke situ. Aku teruja! Sangat-sangatlah teruja sampai kalah rusa masuk kampung tahap terujanya!
 Kakiku laju berjalan memijak permaidani lembut untuk duduk di atas kerusi kayu cengal di situ sambil menghirup udara yang segar. Ruang yang terbuka itu sangat mengasyikkan. Aku duduk sebentar sambil tersenyum-senyum. Orang yang sederhana nak ke tingkat miskin macam aku ni mana la pernah datang dan duduk bersantai-santai kat tempat yang macam ni. Sungguh aku rasa damai! Terlupa sebentar pada kerja kursus yang berlambak di kolej.
 Lima ke sepuluh minit aku duduk di situ, segera aku teringat pada motifku naik ke tingkat atas. Aku cepat-cepat melangkahkan kaki mencari bilik Faz the one and only katanya itu. Aku tersengih sendiri di depan pintu membaca tulisan the one and only itu. Bajet bagus betul budak ni! Ha ha aku mengutuk tanpa sedar.
 Kemudian aku ketuk pintu biliknya yang kedengaran kuat dengan bunyi kartun bercakap dari dalam bersama-sama bunyi latar yang agak membingitkan telinga. Aku ketuk sampai naik lenguh tangan tapi batang hidung dia pun aku tak nampak lagi. Terpaksalah aku mencadangkan untuk mama nanti bagi meletakkan loceng pintu macam di hotel tu untuk bilik si Faz ni.
 " Wei, apa hal kau, tiba-tiba duk terketuk-ketuk depan pintu bilik aku ni??" lega aku rasa bila terdengar suara parau Faz menyapa telinga. Kau tau tak, merah tangan aku nak ke biru tua dah ni duk mengetuk pintu bilik kau. Aku tarik nafas memandang kepada Faz yang sedang memegang PSP di tangannya.
 Kalau bukan sebab mama, tak adanya aku nak naik dan aku aku ketuk tiga kali aje, kalau dia tak bukak, kira habis la kan. Sebab sabda hadis Nabi S.A.W, "Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan, maka hendaklah dia pulang.” (Riwayat Abu Daud). Kan.. tapi dah aku ketuk bagai nak rak rasanya lebih 33 kali dah, elok pulak tu ini bukan rumah orang lain, rumah isteri aku, jadinya, macam mana? Terpaksa la ketuk sampai dia bukak. Dan aku rasa nak sujud syukur kat sini lepas dia bukak pintu yang berkeramat gila ni!
 " Kau cakap cepat sikit boleh tak? Aku busy ni, kau tak nampak ke?" soal Faz lagi dengan suaranya yang dikuatkan bagi melawan kuatnya suara di channel Cartoon Network yang terpasang di TV plasmanya itu.
 " Busy buat apa? Main game?" yang tiba-tiba aku jadi busybody ni kenapa, aku pun tak tau!
 " Ah, kau tak payah sibukla! Cepat la cakap, weh, kalau tak aku tutup pintu ni biar terkepit jari kau, baru padan muka!" bapak kejam ayat! Aku segera menarik tanganku yang aku parking elok pada pintu biliknya itu. Mencegah lebih baik daripada mengubati! Pucat sekejap dengar ayat mengugut dia.
 " Saya nak tanya, em.. mak.. eh mama yang suruh tanya, awak nak ikut saya balik tak?"
 " Balik mana? Pluto?"
 " Balik kolej la. Saya ni ada rupa alien Pluto ke? Nampak sangat tipunya," aku balas.
 " Tipu tak tipu, tapi kau ni memang ada rupa spesis alien Pluto,"
 " Awak pernah jumpa ke alien tu?"
 " Pernah, ni depan aku ni la alien Pluto untuk pengetahuan kau,"
 " Oh iya ke, alien Pluto warna coklat rupanya, baru saya tahu hari ni,"
 " Bagus la, dah menambah sikit pengetahuan am kau pasal alien Pluto kan? Oh, kau ajak aku balik dengan kau kan? Naik motor kau yang kau guna untuk langgar aku hari tu tu? Cakap dekat mama, aku tak nak balik dengan kau, sekian harap maklum, terima kasih. Jaga diri, alien Pluto!" dumm sekali dia tutup pintu. Sikit aje lagi nak kena hidung aku. Mujur juga aku dah tarik tangan aku awal-awal, kalau tak, insyaallah hilang kuku jari aku dengan cara dia tutup pintu tadi. Bukan kuku aje aku rasa, entah-entah lima-lima jari aku ni hilang bersama! Mak ai..
 Ish, macam ni kau layan laki kau, Faz? Ish, ish. Kejam, kejam. Dah la sedap mengecop aku sebagai alien Pluto yang entah bertamadun ke tidak tu! Hai, anak siapa la budak ni, kan?? Aku membebel sendiri sambil kakiku langkah perlahan menuruni tangga. Memikirkan nasib yang menimpa diri. Oh, tak payahla nak emosional sangat, kalau aku yang wanitanya tak apala nak emosional bagai, ini aku yang lelakinya, ehe.. malula nak emosional tak ada halanya. Aku sengih pada mama dan menyalaminya dan papa sebelum pulang ke kolej.


Bab
*universal*
" Faz, kau tengok la tu, laki kau la, Khairul Ezzairy, alahai hensemnya dia!" bersinar-sinar mata Wawa.
 " Wei, kau gila ke, laki orang pun kau sibuk nak ushar-ushar," malas layan.
 " Waa, kau cemburu ke aku ushar-ushar dia? Pertama kali ni aku dengar, selalu kau mengutuk dia ada la,"
 " Wawaku sayang, tak ada maknanya aku nak cemburu buta, laki aku tak apa lagi kau nak ushar, jangan laki orang lain sudah. Tapi perlu ke dia sama kelas dengan kita? Menyemak lagi depan mata aku. Macam dah tak ada tempat lain dia nak pergi, kan?" bebel Faz sambil menjeling jam di tangan. 5 minit lagi kuliah keusahawanan akan bermula. Malang betul satu fakulti dengan dia, nasib baik tak sama kos! Bisiknya mencebik. Ruang dewan itu dirasakan sempit dan panas dengan kehadiran lelaki itu.

Bab
Satu minggu kemudian
*Khairul*
Awak dah makan belum? Saya kat kafe ni kalau nak pesan apa-apa?
 Aku dah siap taip mesej ringkas ni untuk dia, tapi aku jadi ragu-ragu nak hantar tiba-tiba. Nanti dia kata aku ni penyibuk antarabangsa pulak, macam mana? sadis gila bunyi ayat tu, weh! Aku tak hantar, kesian kat dia aje kalau tak makan lagi. Baru la aku sedar yang aku ni rupanya suami teladan yang mengambil berat tentang isteri sendiri.
 Ceh, baru sikit aje, kau dah perasan lebih, nanti yang nak dapat pahala, terus tak dapat. Dalam tak sedar, jariku tertekan butang send. Aduhai! Apa kena pulak dengan aku ni, aiseh! Aku tepuk dahi, menyesal gila bila telefon aku menyala memberitahu mesej sudah pun selamat sampai kepada si penerima.
 " Weh, terima kasih suami solehku, aku ada kaki, aku boleh cari makan sendiri, okay. Kau tak payah nak rasa dan sibuk nak ambil berat pasal aku, aku dah cukup sempurna walaupun kau tak ada," ayat yang diucapkan tanpa jiwa itu kedengaran perit menyapa telinga tak sampai tiga minit kemudiannya.
 " Dan sejak bila kau ada buat servis delivery ni, beb?" aku terus terpempan sementara waktu.
 Aku angkat muka memandang ke arah suara tersebut. Aku dah tahu, siapa lagi kalau bukan isteri gangster aku! Kan dah kata. Aku pandang dengan muka-tak-tahu-nak-bereaksi-macam mana ke arahnya. Aku dah agak dah, gerenti punya dia nak perli aku! Tahap sakit hati punya perli sekali dia bagi! Najwa kawan baiknya pula aku lihat menyiku kuat rusuk kirinya selepas habis dia berkata-kata.
 " Sakit la, kau ni apa kena, Wa??! Tak ada hala tiba-tiba nak menyiku aku?? Dah gila sangat nak masuk hospital?! Siku dah la tajam kalah pisau!" tempelak Faz kuat. Aku terus telan air liur. Nasi lauk paprik tengah hari itu aku tolak ke tepi sementelah Faz yang datang tiba-tiba dari belakang terus menghilangkan nafsu makanku. Yela, datang-datang aje terus cari pasal!
 Esok la aku buat iklan kat Mudah.com, siapa yang nak kurus dalam masa sebulan, sila berkahwin dengan Faz (kalau aku nak ceraikan dia la, siapa tak sayang bini oii). Sebaris ayat dia aje dah cukup buat tak lalu makan!
 " Kau tu la, jaga sikit cara percakapan kau, kau cakap dengan suami kau, bukan dengan kawan kau!" marah Najwa pula, sedikit kasar aku kira.
 " Kau dengar tu, pakcik Khairul? Kau ceraikan aje aku, kau kahwin dengan dia. Wawa, kau suka sangat dengan mamat ni kan? Aku pun tak kisah kalau kau nak kat dia," ucap Faz bersahaja dan kemudian memeluk tubuhnya sendiri. Rambutnya dilurut ke belakang selepas itu sambil menjeling aku penuh benci. Dan dia tak hairan langsung dengan apa yang dikata.
 Najwa yang mendengar butir katanya itu segera membulatkan matanya selari dengan pipinya yang mula kemerah-merahan tak tunggu masa. Malu apabila rahsianya terbongkar. Tambahan pula ada berpuluh pasang mata sedang menonton drama aksi di keliling kami. Siap ada yang berhenti berjalan semata-mata nak tengok pasangan pengantin baru nerd-gangster bergaduh. Mak ai. Standard macam kat panggung la pulak.. aku berdiri. Aku gigit bibir sebentar sebelum aku mengumpul kekuatan untuk bersuara melawan renungan berapi Faz.
 " Fazlah Joanna binti Datuk Mohammad. Dengar sini. Saya tak akan sekali-kali menceraikan awak kecuali mati saja yang akan memisahkan kita!" aku bersuara kuat yang akhirnya mematikan renungan membunuhnya tadi. Dia diam dan pandang ke arah lain. Riak muka tak percaya terlihat pada wajahnya. Mulutnya pula diketap sambil merenung jari-jemarinya sendiri. Tak lama kemudian, dia mendekati aku.
 " Okeh! Kau pun dengar sini, Khairul! Aku akan buat kau menyesal dengan kata-kata kau tadi, faham?!" jari telunjuknya diarahkan ke mukaku, dengan jelingan yang lebih tajam, dia berlalu pergi meninggalkan aku dengan haruman maskulin yang menusuk hidung. Baju jaket kulit hitamnya ditanggalkan sambil berjalan penuh amarah. Terserlah gelang tebal hitam yang bercorak bintang dan besi bulat pada tangannya. Dan gelang itu memang menyerlahkan kegangsterannya. Aku ketap bibir dan menggenggam penumbuk. Salah seratus peratus tanggapanku yang memikirkan dia diam kerana menimbang kata-kata aku sebentar tadi.
 Najwa yang serba salah dengan situasi itu pula dengan pantas mengejar Faz dari belakang. Dan suasana ala-ala panggung wayang sementara tadi kembali normal. Aku duduk kembali dan mengusap wajah sendiri, kenapa dengan aku ni?? Aku kena guna-guna ke apa?? Kenapa aku terlalu rasa ingin menjaga dia, mengambil berat tentang dia, tentang dia yang langsung tak hiraukan keberadaan aku di sisi dia?? dan dia memang betul-betul bencikan aku!
 Ya Allah, apa hikmahnya semua ni terjadi?? Aku menyesali takdir dan qadak qadar Tuhan untuk aku, padahal perbuatan tu sama dengan aku menyalahkan dan memarahi Tuhan, astaghfirullah! Aku kembali sedar dan beristighfar, nasi tengah hariku yang tidak daya untuk aku habiskan aku bawa ke kaunter untuk tapau dan bawa balik ke bilik. Malam nanti kut baru aku cuba habiskan, uhh alamatnya bertambah-tambahlah kurusnya aku nanti!
Bab
*Khairul*
" Fazlah, awak dengar tak apa yang kita tengah bincang ni?" suara merdu seorang gadis cantik menegur di suatu malam yang indah.
 " Apa benda kau nak aku cakap pasal perbincangan kita ni untuk menunjukkan aku mendengar, cik Hayati?" ego Faz berkata. Kakinya disilang panggung sambil muka berlagak hero, dia merenung tepat ke arah mata Hayati yang berada di hadapannya, agak jauh di sana. PSPnya diletakkan di atas meja.
 " Apa yang awak faham dengan planning kita? Saya tengok awak asyik main Playstation aje," perli baik cik Hayati ni, memang cari pasal la.
 " Kau ingat aku main PSP, aku tak dengar la? Aku tak pekak lagi. Okay, kau usulkan kita jual ice-blended dan bubble tea, kemudian jual strawberry and fruits chocolate dipping kononnya kan, plus biskut-biskut dan coklat homemade IKS (Industri Kecil dan Sederhana) makcik kau, why not kau tambah dalam list jual strawberry with fresh cream, else than that, boleh la kita beramah mesra dengan pelanggan-pelanggan, cari barang-barang dan sponsor bagai. Oh, kau nak mintak sponsor dengan berjalan-jalan di Jalan Tar, nonsense, kau bagi quotation, malam ni jugak aku mintak dengan papa, well done, ada benda lagi kau nak tahu, untuk membuktikan aku memberi perhatian atau tak, Miss Hayati binti Datuk Abdullah?"
 " Em, okay then.. tak ada," pucat lesi Hayati menjawab, malu diperlaku sedemikian dan menyesal kerana dia mengambil tindakan sebegitu. Ego Faz terlalu tinggi untuk dicabar, dia pula pantang apabila seseorang tidak memberi perhatian pada apa yang diperkatakan sehingga membuatkan dia berani menegur Faz walaupun dia tahu bagaimana perangai Faz sebenarnya.
 " Kalau tak ada, boleh saya minta diri, semua?" berlakon sopan la pulak, tapi kedengaran sinis di situ.
 " Ikut suka kau la," kedengaran beberapa suara lelaki yang menyambut. Aku yang termasuk sekali di dalam kumpulan tersebut terkunci mulut dan terkedu sendiri. Ganasnya isteri aku ni, bukan dengan aku aje, tapi dengan semua orang yang cuba cari pasal dengan dia. Aduh, memang tak aku nafi lagi dia memang gangster! Gulp!
 Aku lihat dia melempar pen dan buku nota kecilnya masuk ke dalam beg sandang hitamnya lalu mencapai PSPnya dan berlalu keluar dengan muka bengang tahap taiko kongsi gelap. Najwa ikut mengejar dari belakang dengan muka serba salah. Dah macam PA tak bertauliahla pulak kan. Faz ke hulu, dia ke hulu. Faz ke hilir, dia pun ke hilir. Kalau ke atas, aku pun tak tahu dia akan ke atas jugak ke?? Err..
 Uhh, Faz, aku tahu kau baik, dan aku yakin kau sungguh cantik di dalam. Aku mengelap peluh yang keluar walaupun berada di dalam bilik studi kolej yang berhawa dingin. Wajah Faz masih membekas di fikiran.

2 ulasan:

ana bukit berkata...

suka citer ni. tapi boleh tak font dia 2kar. sakit mata la nak baca...... khairul x jumpa hantu g ke lepas kawen ngan faz ni

Arisa Eriza berkata...

ok dear nnti arisa tukar. hehe ada byk lg hantu menunggu khairul. nanti dapatkan novel dia kat pasaran ye ;) dlm masa tdekat insyaaallah. t.kasih dear sis ana !