Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Khamis, 25 April 2013

Mandi Bunga Tahi Ayam 5

Bab 5

" Joe nak ke mana?"

" Nak pergi berniaga la, tok wan. Nak pergi mana lagi," jawabnya sambil memeluk bahu tok wan kesayangannya. " Tok wan duk elok-elok na, nanti Joe balik la macam biasa," ujarnya sambil memakai kasut sneakers yang berlubang di belakang dan di depan. Dah boleh tenung jari kaki sendiri. Siapa makhluk yang rajin nak tolong aku tampal kasut ni, dipersilakan sangat. Tak pun tolong sedekahkan yang baru lagi afdhal kata tok wan, he he, bebel Joe sebelum memberi salam kepada tok wannya yang sedang duduk-duduk di tangga rumah kayu mereka.

Dia sangat sayang kepada tok wannya melebihi ahli keluarga yang lain. Padanya, tok wan aje yang paling memahami dan paling sayang pada dia, dan yang penting, tok wan tak pernah membebel langsung pasal penampilannya apatah lagi perkahwinan. Sayang tok wan! Joe senyum sendiri sambil mengayuh basikal tua tok wannya yang mempunyai lampu dinamo yang akan menyala sendiri apa bila dikayuh.

" Woi, woi, woi! Gila, gila, double gila!" Joe tergolek. " Kau nampak tak aku yang besar gedabak kalah hantu raya ni?? Yang kau tiba-tiba melintas apa kena?? Bayar pampasan!" hulurnya sambil bangun menepuk punggung. Sikunya terasa perit.

" Sorry, Joe.. aku.. aku rindukan kau.."

" Adeh, malaun mana pulak kena sumpahan mandi bunga tahi ayam aku ni??" Joe cuba merenung makhluk di depannya itu. Tak nampak langsung. Malam ni gelap betul, bulan malu, mungkin ada bintang Capricorn yang duk 'phewit' kat dia kut, bebel Joe. " Mana pulak torchlight aku ni pergi? Tikus bawak lari ke?" Bahagian dalam beg lusuh berwarna hijaunya diraba-raba mencari lampu suluh berat berwarna silver yang sudah berkarat. Kalau jual kat penyimpan harta-benda lama memang laku. Bolehla kaya sehari dua. Fikirnya sambil menjeling-jeling mamat yang bersuara tadi dan yang dah membuatkan sikunya perit. Rasa macam dah luka..

" Ni aku, Leman.."

" Leman? Apesal aku rasa macam aku ni dihantui oleh bayangan Shah Leman?" perlinya. " Haa, jumpa pun!" muka gembira, dia suluh muka Leman. " Duh, apasal muka toya macam ni ni, adik ipar? Relaks. Kau kan dah nak mengundang orang makan nasik minyak? Muka tak boleh macam ni, nanti hilang seri,"

" Aku tak boleh terima hakikat.."

" Terima ajela, weh. Dan terimalah hakikat kau kena bayar pampasan sebab siku aku luka. Kau tengok ni, dah berdarah. Bertambah-tambahlah parut hero aku macam ni," suluhnya ke arah baju kemejanya yang memang konfiden lah kelusuhannya itu dan yang terbaiknya, dah terkoyak di bahagian siku! Siapa nak tolong tampal pulak ni??

" Leman! Triple pampasan sebab kau koyakkan baju kesayangan tok wan ak.." dia terus terkedu.

" Kahwin dengan aku, Joe! Aku belikan kau baju baru, kasut baru, rumah baru, semua untuk kau!"

" Kau gila nak makan tempeleng ke apa?? Gila! Geli gila!! Kau blah, Leman, blah!" Joe tolak badan Leman yang tiba-tiba memeluknya.

" Joe, please.. aku betul-betul sayangkan kau! Aku tak boleh hidup dengan orang yang aku tak sayang! Aku betul-betul maksudkan apa yang aku kata!"

" Weh, aku ni pun ada maruah! Kau ingat aku ni apa, hah? Suka hati kau nak peluk-peluk?? Blah sekarang sebelum kau makan penumbuk aku!" hilang hormatnya kepada bakal adik iparnya itu. Nafas Joe turun naik menahan amarah. Berani mati dia buat aksi! Dia kutip torchlightnya yang tergolek ke atas tanah dan merenung Leman. " Kau tak nak blah, biar aku yang blah. Melambatkan acara betul!"

" Apa ni bising-bising?" ada tiga lampu suluh menyuluh ke arah Joe dan Leman.

" Dipersilakan tuan tanya mamat ni! Aku blah dulu!" laju-laju dia mula mengayuh kembali basikal tok wan. Bad luck betul mamat Leman ni, bebel Joe. Kau tengok, berapa banyak kerugian yang dia bagi kat aku?? Pertama, siku aku luka, dah tu tak bayar pampasan. Kedua, dia koyakkan kemeja putih kuning aku (sebab kelusuhan), ni pun tak bayar pampasan. Ketiga, dia bengongkan basikal tua tok wan. Memang aku rasa nak hempuk aje kepala dia dengan basikal ni tadi! Keempat, dia bengongkan torchlight aku! Yela, dah nama torchlight zaman Jepun, sekali jatuh (yang dah memang pernah jatuh terhumban berkali-kali sebelumnya) wajib la ikut sama bengong. Dan kelima, dia peluk aku!! Ini adalah kerugian terbesar aku! Serius! Dah la bakal adik ipar, buat perangai tak senonoh dengan bakal kakak ipar sendiri, ini memang dah lebih! Duh, gila serabut! Apesal Leman jadi macam ni?? Leman!!!!

" Woi, gila bayang dengan Leman ke tiba-tiba kau jerit panggil dia??"

" Ceh, pernyataan membawa kegilaan. Tak ada hala sangat ke aku tiba-tiba nak gila bayang dengan BAKAL adik ipar sendiri?" Joe tekankan perkataan bakal. Ni lagi sorang kot nak makan pelempang aku. Dah la tegur tak bagi salam! Joe bising sambil turun daripada basikal tua tok wan. Dia tenung-tenung basikal tersebut yang lain macam aje melelongnya tadi. Heh, duit lagi!

" Yela, orang gila bayang aje tiba-tiba menjerit panggil nama orang tu," Bob bersuara menyakat.

" Weh, aku tak gila bayang, tapi aku gila nak belasah dia kau tau?? Kau tengok ni, berdarah siku aku, bengong alam basikal tua tu, dah tu terkoyak lengan baju aku, semua dia punya pasal! Hampeh gila aku rasa! Dah la pergi pe..," Joe terdiam. Aiseh, terkedu lagi!

" Pe apa? Peluk kau?? Pergh, hebat laaa, berani mati!"

" Gila! Peluk apa benda. Dia bertuah sungguh pergi penambah (menambah) sakit hati aku ni kata dia sayang aku!" aduh! salah cakap! err.. ni agenda nak selamatkan diri ke nak perangkap diri?? bisik hati Joe sambil pejamkan mata dan menggenggam penumbuk, mulut pulak diketap kuat, menyesal!

" Ha ha! Gila betul Leman ni nak tackle kau! Aku pun tak berani!"

" Kau ni memang spesis nak menambah sakit jiwa aku kan? Nak aku tambah kuantiti orang kat rumah sakit jiwa nun?? Tak sayang kawan langsung!"

" Relaks, beb! Ala, lagi pun kalau kau tak beritahu aku pun, dah memang tersebar pun gosip Leman nakkan kau, bukan Joyah," balas Bob sambil mengipas tubuhnya yang agak besar dan bulat itu dengan kipas daun kelapa berwarna-warni. Joe dah menganga kat sebelah.

" What are you talking about??! Kau jangan nak buat cerita palsu kat sini, weh!" keluar dah bahasa orang putih dia. Dia memang pelajar cemerlang masa sekolah dulu, tapi disebabkan kesusahan keluarga, dia rela mengorbankan diri untuk tak sambung belajar, tak sanggup nak menyusahkan lagi keluarganya. Banyak makan belanja kalau dia nak sambung belajar dan mungkin bukan masanya lagi.

" Beb, aku tak tipu kau la. Semua orang dah tahu, Leman suka kau, bukan adik kau," Bob menjawab selamba. Tak makan karan pun dengan muka raksasa Joe yang sikit masa lagi nak makan orang tu. " Kau tak percaya, tanya la Mat," muncungnya ke arah Mat di gerai sebelah yang menjual air dan keropok. Deretan gerai-gerai kecil dibuka setiap malam di tepi laut itu, dan menjadi penambah rezeki bagi orang yang rajin. " Beb, betul kan Leman tak nak kat Joyah, dia nak kat Joe??" jeritnya nyaring.

" Woi, apesal kau tak pergi jerit kat laut sana aje, tanya satu Perlis ni, tanya sekali sempadan Siam sana, biar semua orang tau! Gila!" Joe baran.

" A'ah la, betul la apa Bob kata," yang si Mat ni pun mencari pasal memang nak makan pisau hiris roti ni kot! Joe mengetap geram sambil mata duk aim ke arah pisau roti di hadapannya. Ada yang sia-sia jadi padang jarak padang terkukur kot malam ni! Huargh!! Muka Joe merah padam. Bermacam rasa bercampur. Dia tutup mata, tangannya menghentak kuat meja yang dibuka khas untuk para pelanggan sambil menghenyakkan punggung ke atas kerusi plastik putih di situ. Gila sakit jiwa aku rasa! Apa perasaan femili aku kalau diorang tahu? Apa perasaan Joyah? Mak? Abah?? Uhh! Shah Leman, kenapa kau suka aku, bukan Joyah???!!!

" Bob, aku cuti sakit malam ni. Blah dulu, bye,"

" Woi, kau sakit apa? Malam ni malam minggu la, ramai orang lepak!"

" Kau cari la orang lain, serius aku rasa nak gila," ujarnya sambil menolak basikal tua tersebut mengharungi pekat malam. Hatinya sakit..





2 ulasan:

ana bukit berkata...

kelaka, sian pun ada gak. nasib baik x kena tangkap khalwat. pape pun update cepat2 ye

Arisa Eriza berkata...

tanx dear ana :) ok insyaallah kalau ada idea blh update sll hehe