Assalamualaikum :)

Saya banyak tulis pasal gadis tomboy dan lelaki lembut bukan nak suruh org tiru yg buruknya, tp tiru la yg baiknya. Xsemua benda nampak dgn mata kasar, guna mata hati dan jgn ambil ssuatu keputusan dan tindakan ikut hati, tp bfikir seiring dengan ilmu dan akal.

Please jgn tpengaruh dgn benda yg xsepatutnya ye, rasanya kalau pandai mbaca, mesti pandai menilai mana baik mana buruk, kan.. muahx syg sume !

*Jom add friend kat FB, Arisa Eriza :) hee, tqsm *

Selasa, 30 Julai 2013

Pirates D'amour 4


Bab 4

" Makan la, beb. Ini dah termasuk dalam term and conditions, kan?" Ian seru aku yang dok merenung spagheti masak kicap. Ada ke masak kicap? Resepi mana dia cekup ni aku tak tau la. Beragak la sikit, Ian oi! Spagheti orang masak dengan sos tomato, bukan dengan kicap hitam bak katanya awal-awal tadi.
" Beb, kau masak apa benda ni? Takut aku nak makan," aku teleng pada Alex. Macam biasa, dia tetap tenang sambil menyuap spagheti masak kicap ke dalam mulut.
" Aku jumpa kat kedai tadi. Dia kata boleh masak macam-macam, murah pulak tu, so aku beli ajela. Ni kicap soya, lupa nak beritahu kau," Ian membalas dengan muka tak ada perasaan. Aku tenung lagi. Dah la kosong, daging pun tak ada, apatah lagi sayur! Tak cukup khasiat ni!
" Kalau makan ni hari-hari, matila aku, weh," aku kuis-kuis makanan tak cukup khasiat tu dengan hujung garfu.
" Kau sila diam, kau kena ingat, kita ni tak ada sumber pendapatan, bersyukur dengan apa yang ada!" ambik, kena seketul! Aku terkulat-kulat. Alex pandang aku yang kena marah dengan Ian. Apapun, apa yang Ian cakap memang betul..
" Luke, try dulu. Tak ada la teruk sangat pun rasanya," Alex menumpahkan simpatinya pada aku. " Ian, sabar," Alex memujuk Ian yang muka dah merah nak terkam aku. At the end, mungkin Ian dah sampai tahap kesabarannya nak layan kerenah aku yang mengada-ngada sangat ni. Terasa menyampah dengan diri sendiri yang tak boleh terima kenyataan dan adapt dengan suasana sekeliling. Aduh!
Aku pun dengan muka masih menagih simpati menyuap spagheti masak kicap resepi terbaru chef tak bertauliah yang bernama Ian itu ke mulut. Aku gigit-gigit sikit dan telan. A'ah ye, tak ada la teruk sangat rasanya. Masih boleh dikategorikan sebagai makanan untuk manusia. Aku pun makan dengan rupa orang kebuluran kemudiannya. Yela, aku memang tengah kebuluran pun, sebab sekarang ni ekspedisi mencari harta karun dah bermula.
Pagi tadi, Ian sediakan roti makan dengan jem aje. Aku mana makan sangat, aku selalu makan bijirin sarapan pagi dengan susu, telur hancur dengan sosej bagai, jadinya aku buat mogok lapar tak nak makan. Aku tahu Ian bengang dengan aku, tapi dia tahankan sebab malas nak bergaduh. Kesian kau, Ian.. hu hu.. dalam diam-diam, aku cuba untuk kikis perasaan nice-nice dan adapt dengan rupa sebenar aku yakni Lucas!
Selepas makan, aku cuba kaji peta yang menyatakan tentang harta karun yang ditinggalkan oleh seorang raja yang membina sebuah pulau untuk menyimpan hartanya dan juga beberapa orang gundik. Peta ni mengarah ke Kepulauan Melayu. Tempat Hang Tuah mangkat dijulang dan Puteri Gunung Ledang yang rupawan. Wah! Tapi, dengar-dengar kat sana dah ada KLCC dan Putrajaya, apa kejadahnya ada lagi harta karun, tak gitu?
" Kau rasa tempat ni kat mana?" aku tanya pada Ian, Alex dah mula menjalankan tugasnya menjadi pengemudi bot.
" Entah, beb. Aku tengah risaukan duit untuk isi minyak ni. Makan minyak kuat bot ni, weh!"Ian letak ibu jari dan jari telunjuknya di kiri dahi. Muka berkerut, boleh ganti aku. Ahai, makin cepat tua la kalau macam ni selalu. Hu hu, kesiannya kat kami ini..
" So, macam mana? Terpaksa la kau dengan Alex jadi gigolo sementara waktu, amacam? Ha ha ha,"
" Heh, cakap biar benar sikit," kena luku sekali.
" Beb, ada pulau la. Apa kata kita berhenti kejap kat sana," Alex memberi cadangan selepas beberapa minit tiada perbualan antara kami. Good boy! Aku angkat kening. Dah lama tak turun pulau. Menyesal pulak aku duk memperhabis duit kat bandar sampai tiga bulan lebih, kalau buat adventure macam ni awal-awal pun aku agak mesti duit tak kering macam sekarang! Oh sudah-sudah la tu Lucas, benda dah jadi, kau menyesal pun tak ada gunanya. Band katak puru masih dalam kenangan.
" Okay jugak tu, boleh rehatkan bot sekejap, dan kau, ikut aku!" arah Ian sambil menunjuk ke arah aku. Aku? Aku tunjuk ke muka sendiri. Eh, eh? Aku amah ke, bukan sepatutnya kau?
" Apesal pulak ni?" aku buat muka tak puas hati.
" Ikut aje, jangan banyak soal. Ingat janji kita," okay, terma dan syarat la tu. Nombor lima, ikut cakap Ian sebagai ketua lanun pencari harta karun. Cess!
Ian buka pintu tempat penyimpanan senjata api dan mengeluarkan sejenis senapang patah dan diberi kepada aku. Dia pula mengambil busur pemanah. " Test power, jom!"
" Alex?" aku bertanya sementelahnya Alex baik aje melepak dah atas pantai putih pulau tersebut. Enjin bot dah dimatikan. Aku turun dari bot, kaki mencecah air jernih berwarna kebiruan. Ikan-ikan cantik kelihatan berenang-renang riang. Aku terhibur melihat mereka. Masa di bandar Weston Green, jarang ada ikan datang dekat, mungkin sebab banyak bot yang diparking secara berjemaah di kawasan tu, membuatkan ikan-ikan kurang gemar untuk bersuka-ria di situ.
" Alex jaga bot, nah!" Ian lempar sebilah pisau rambo yang berbaju kepada Alex, dan disambut dengan senyuman di bibir. Like a victory gitu. " Kalau ada apa-apa, walkie-talkie aku, keh," Ian sempat berpesan kepada Alex.
" Okay, jaga diri, Luke," Alex berwasiat dengan senyuman yang jarang lekang daripada bibirnya. Aku angkat ibu jari tanda bagus, ala-ala ikon 'Like' pada Facebook. Wah, sempat lagi!
Aku ketap bibir. Pergh, dah lama tak test power ni! Aku tarik nafas panjang sambil mengekor Ian dari belakang, masuk ke dalam hutan yang agak tebal. Aku pun tak pasti pulau ni berpenghuni atau tak.
" Beb, ikut rapat sikit. hutan ni tebal, jangan sampai hilang," Ian tarik pergelangan tangan aku supaya merapatinya. " Get ready dengan shot gun, cek peluru,"
Aku dengan kekok tak kekoknya memeriksa senapang patah tersebut seperti biasa, terus aku teringat pada daddy.. apa khabar daddy agaknya?
" Weh, jangan berkhayal! Cepat, aku dah nampak sasaran kita!" aku kembali ke alam nyata kemudian, dan terus mengangkat senapang untuk bersedia jika aku perlu menembak. " Bet, kalau kau dapat seekor haiwan tak kira jenis apa pun, aku masak sedap untuk kau. Kalau tak, spagheti masak kicap ajela hari-hari, okay?" " Okeh, deal!" masakan sedap adalah heaven! Aku terus bermotivasi tinggi untuk membunuh! Wah! Membunuh tu, kelas kau, Maria!
" Shh.. kau nampak apa aku nampak?" Ian berbisik. Aku pandang dia, dengan muka serius kalah askar Tripoli, aku angguk pada dia. Dia dah bersiap sedia dengan anak panah pada busur. " Aku bagi chance kau test power dulu,"
Dalam debaran, aku kuatkan hati. Aku tekan picu senapang patah semi-auto buatan Itali itu dengan gaya hensem semulajadi (ceh), selepas aku dah target dengan baik punya. Bunyi peluru yang berlari keluar mengejutkan hutan yang sunyi, burung-burung segera berterbangan dengan bunyi ciapan yang bising. Dan yes, seekor kijang jatuh di tangan aku! Pergh! Aku memang terer atau ini adalah nasib baik untuk aku dapat makan sedap?!
" Huwaa! Berjaya, beb!" aku lompat rendah sambil menggenggam penumbuk, tanda excited super gila!
" Impressive!" puji Ian pada aku. Terus lah aku perasan dan membanggakan diri sendiri. Aku dan Ian berjalan ke arah mangsa yang dah jatuh tadi. Adakah ini yang dikatakan rezeki tergolek? Yang pastinya aku dah terbayangkan kijang panggang untuk dinikmati sambil merenung-renung langit yang indah, ditemani sepoi bahasa angin laut, bersama ombak berlari-lari menerjah gigi pantai. Oh, double triple heaven!
Tak sempat sampai kepada kijang yang bernasib sedikit malang tu, kedengaran semak ditolak dengan laju seperti ada sesuatu yang sedang berlari tak jauh daripada tempat aku dan Ian berjalan. Aku terkedu dan terus mematung. Ian memicing telinga. Muka dia mengisyaratkan isyarat 'berjaga-jaga'. Aku letakkan jari pada picu, bersedia untuk melepaskan peluru jika ada bahaya menjengah. Daripada gaya bunyi semak yang sedang diteroka tu, aku dapat bayangkan sesuatu yang besar dan berat. Err, apa benda agaknya? Adakah dinasour zaman prasejarah hidup kembali? Kemungkinan itu tetap ada!

6 ulasan:

Rose Azadir berkata...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

syafirah97 berkata...

Kak arisa, mne smbungn.. nk tahu..

Arisa Eriza berkata...

nanti sis upload ye dear :) lambat sikit kot

Arisa Eriza berkata...

tqsm sudi singgah :))

Tanpa Nama berkata...

Best gila kak citer ni. Kalau buat novel laku sangat

Arisa Eriza berkata...

haha ye? tqsm dear! ;) insyaallah ada rezeki blh diterbitkan hihi